Anda di halaman 1dari 50

PANDUAN AMALAN SELAWAT

DALĀ’ILUL-KHAIRĀT
DALĀ’ILUL-KHAIRĀT
AL-IMĀM AL-JAZŪLĪ 

PENGENALAN

Dalā’ilul-Khairāt adalah kitab


amalan selawat yang paling
masyhur sejak zaman-
berzaman yang telah dikarang
oleh seorang Walī Ṣūfī
berketurunan darah Baginda
Rasūlullāh  dari Maghribi
(Morocco) iaitu Al-‘Ārif Billāh Al-Imām As-Sayyid Muḥammad
bin Sulaimān Al-Jazūlī Al-Ḥasanī  . Beliau wafat pada tahun
870 Hijrah (1465 Masihi).1

Selawat-selawat yang telah disusun di dalam Dalā’ilul-


Khairāt ini adalah selawat yang telah diambil daripada kitab-
kitab Islam yang mu’tamad dan semisalnya, ianya juga
diambil daripada apa yang telah diriwayatkan daripada
Baginda Nabi , daripada Para Sahabat , daripada Para
Tābi’īn , dan daripada mereka-mereka yang hidup
selepas mereka dikalangan insan-insan yang agung, terpilih,

1 ِ 
‫א‬
Kitab : ‫אت‬ َ ُ ِ َ ‫ ; َد‬cetakan Amman, Jordan yang telah di-taḥqīq
َْ
(disemak) oleh Syaikh Nūḥ Ḥā Mīm Keller.
1
ulamā’, dan insan-insan yang baik daripada apa yang telah
disusun di dalam wirid-wirid mereka, atau apa yang telah
ditulis oleh mereka di dalam karangan-karangan mereka.2

KISAH DISEBALIK SEBAB SELAWAT INI DITULIS


Al-‘Allāmah Aḥmad Aṣ-Ṣāwī  telah menyebutkan :
Pada suatu hari Al-Imām Al-Jazūlī  hendak menunaikan
solat kerana telah masuk waktu, lalu Beliau pun bangun
untuk berwudhū’, tetapi Beliau tidak mempunyai alat
(timba) untuk mengeluarkan air daripada telaga itu. (paras
air telaga itu jauh ke bawah tidak sampai ke paras
permukaan bumi).

Ketika Beliau sedang kebingungan itu, seorang budak


perempuan memandangnya daripada tempat yang tinggi.
Lalu budak perempuan itu berkata kepadanya : “Kamu lelaki
yang dipuji oleh ramai orang tentang kehebatan dan
kebaikanmu, maka mengapa kamu kebingungan apabila
tiada alat (timba) untuk mengeluarkan air daripada telaga?”

Kemudian budak perempuan itu pun mendekati Al-Imām Al-


Jazūlī  dan meludah ke dalam telaga tersebut. Maka tiba-

2 ِ 
‫א‬
Kitab : ‫אت‬ َ ِ ِ َ ‫אت َ َ َد‬ ِ 
‫א
 َ َ
ُ א‬
ُ َ ‫א‬ َ  ; karangan Asy-Syaikh
َْ
Yūsuf bin Ismā’īl An-Nabhānī . Halaman : 45.
2
tiba paras air telaga itu naik ke atas memenuhi telaga
sehingga sampai ke paras permukaan bumi.
Selepas Al-Imām Al-Jazūlī  selesai berwudhū’, Beliau
bertanya kepada budak perempuan itu ; “Wahai anak kecil,
aku sangat kagum kepadamu, dengan amal apakah kamu
boleh sampai ke martabat (darjat) ini?”
Lalu budak perempuan itu menjawab : “Dengan banyak
berselawat kepada insan yang apabila dia berjalan di padang
belantara, binatang-binatang buas akan mengibas-
ngibaskan ekornya (menjadi jinak) - (iaitu Baginda Nabi
Muḥammad ).
Setelah mendengar jawapan budak perempuan itu, Beliau
pun bernazar mengarang sebuah kitab selawat, maka itulah
kitabnya yang dinamakan : “Dalā’ilul-Khairāt”.3

Muslim manuscripts of Dalail Al-Khayrat year 1650 from


The National Library of Israel Collections - Wikipedia.

3 ِ 
‫א‬
Kitab : ‫אت‬ َ ُ ِ َ ‫ ; َد‬cetakan Amman, Jordan yang telah di-taḥqīq
َْ
(disemak) oleh Syaikh Nūḥ Ḥā Mīm Keller.
3
PENYAKSIAN ‘ULAMĀ’ PADA PENERIMAAN ALLĀH DAN
BAGINDA  KE ATAS DALĀ’ILUL-KHAIRĀT

Telah berkata syaikh kami iaitu Syaikh As-Sunnah Al-Imām Al-


‘Allāmah Asy-Syaikh Ḥasan Al-‘Adawī Al-Miṣrī  di dalam
ḥasyiahnya : ‫אت‬ َ ِ ِ َ ‫אت َ َ َد‬
ِ 
‫א‬
َْ
ِ 
‫  ُ ُغ א‬:
 َ َ ُ

“Telah cukuplah kitab ini sebagai suatu kemuliaan, pada


manfaat yang diperolehi daripadanya, dan penerimaan Allāh
akannya yang menyebabkan akal kita menjadi kehairanan.
Bagaimana tidak? Kerana sesungguhnya telah mengambil
sebahagian daripada Para ‘Ārifīn (Para Wali Allāh) secara
terus daripada Baginda Sayyidil-Mursalīn (Penghulu sekalian
Rasūl) .

Telah berkata syaikh bagi syaikh-syaikh kami dan syaikh


mereka iaitu Al-Imām As-Sujā’iy  di dalam ḥāsyiahnya
bagi kitab ini, yang dinaqalkan daripada gurunya iaitu Al-
Qutb Al-Ghauth Al-Imām Muḥammad Al-Ḥifnī  :

“Sesungguhnya aku telah mengambil kitab ini melalui jalan


zahir (bertemu semasa masih hidup) daripada syaikh kami
iaitu Al-‘Allāmah Muḥammad Al-Budairī Ad-Dimyāṭī , dan
Beliau mengambil daripada Al-Qutb Al-Ghauth Muḥammad

4
bin Aḥmad Al-Miknāsī , sehinggalah ke akhir sanad
daripada pengarangnya (Imām Al-Jazūlī ).

Manakala aku telah mengambil melalui jalan batin (bertemu


secara kerohanian) melalui Wali Allāh  Sayyidī
Muḥammad Al-Maghribī At-Tilmisānī , dan Beliau telah
berkata :

“Aku telah mengambil Dalā’ilul-Khairāt melalui jalan batin


(bertemu secara kerohanian) daripada Baginda Nabi .”

Al-Imām As-Sujā’iy  juga berkata lagi :

“Aku juga telah mengambil Dalā’ilul-Khairāt daripada Syaikh


‘Abdul-Wahhāb Al-‘Afīfī  ; dan Beliau meriwayatkannya
daripada Sayyidī Muḥammad Al-Andalusī , dan Beliau
mengambilnya daripada jalan batin (bertemu secara
kerohanian) daripada Rasulullāh . Begitulah berakhirnya
ibarat yang dinukilkan Asy-Syaikh Ḥasan Al-‘Adawī Al-Miṣrī
.4

4 ِ 
‫א‬
Kitab : ‫אت‬ َ ِ ِ َ ‫אت َ َ َد‬ ِ 
‫א
 َ َ
ُ א‬
ُ َ ‫א‬ َ  ; karangan Asy-Syaikh
َْ
Yūsuf bin Ismā’īl An-Nabhānī . Halaman : 38-49.
5
Maqām Al-‘Ārif Billāh Al-Imām Al-Jazūlī 
di Marrakesh, Maghribi. (1404M-1465M)

6
MANĀQIB (BIOGRAFI)
AL-IMAM AL-JAZŪLĪ 

NASAB
Beliau adalah Al-‘Ārif Billāh Al-Imām As-Sayyid Muḥammad
bin ‘Abdir-Raḥmān bin Abī Bakr Sulaimān Al-Jazūlī Al-Ḥasanī.

KELAHIRAN DAN AWAL KEHIDUPAN


Beliau dilahirkan di Jazūlah (
َ ‫) َ ُو‬5 iaitu sebuah kampung
qabīlah Barbar di satu penempatan bernama As-Sūs yang
terletak di Selatan Maghribi (Morocco) pada 807H (1404M).
Jazūlah dikenali sebagai negeri Para Ulamā’ dan Auliyā’
(wali-wali).

Di sana lah Beliau menghafaz Al-Qur’ān dan menuntut ilmu,


kemudian Beliau ke Fās dan Beliau telah menghafaz kitab :
“Al-Mudawwanah” yang berjilid-jilid, dan di sana Beliau hidup
dengan Para Ulamā’ yang sezaman dengannya dan
diantaranya adalah seorang tokoh ṣūfī besar yang masyhur
iaitu Asy-Syaikh Aḥmad Zarrūq .6

Sebahagian ulama’ menyebutnya dengan lafaz Juzūlah (


َ ‫) ُو‬.
ُ
5

6 Kitab ِ 
‫א‬
: ‫אت‬ َ ُ ِ َ ‫ ; َد‬cetakan Amman, Jordan yang telah di-taḥqīq
َْ
(disemak) oleh Syaikh Nūḥ Ḥā Mīm Keller.
7
GURUNYA DI DALAM MENEMPUH SULŪK
Di Fās, Imām Jazūlī  juga telah berṣuḥbah dengan Syaikh
Muḥammad bin ‘Abdullāh Amghār  dan telah
mengambilnya sebagai sebagai mursyidnya (murabbinya) di
dalam Taṣawwuf. Syaikh Muḥammad bin ‘Abdullāh Amghār
 adalah pemegang sanad tertinggi dengan jarak perbezaan
enam (6) orang rijāl sahaja sehingga kepada Al-Walī Al-Kabīr
Al-Imām Abī Al-Ḥasan Asy-Syādzilī , kemudian daripada
Beliau (Imām Syadzilī ) sehinggalah kepada Rasūlullāh .

Ketikamana Beliau (Imām Jazūlī ) bersuluk ditangan


gurunya (Syaikh Muḥammad bin ‘Abdullāh Amghār ),
gurunya itu telah memasukkannya di dalam khalwah dan
sentiasa mengambil berat di dalam mentarbiyyahnya selama
empat belas (14) tahun. Selepas daripada itu, telah dibukakan
(dikurniakan) oleh Allāh  ke atas Imām Jazūlī  dengan
pembukaan (kurniaan kerohanian) yang luas.

Selepas Beliau berkelana ke bahagian timur (timur Arab),


Beliau telah menunaikan di sana Fardhu Haji, Imām Jazūlī 
telah dikurniakan izin untuk memberi petunjuk dan
memimpin orang ramai bersulūk di jalan Allāh .

8
MURID DAN PENYEBARAN ṬARĪQAHNYA
Telah menjadzab (menarik) kepada ṭarīqah Imām Jazūlī 
ribuan para murīd. Bahawa murīd-muridnya dengan
kelebihan kemasyhuran Dalā’ilul-Khairāt telah memberi
kesan positif yang besar ke atas masyarakat Maghribi.

Imām Jazūlī  telah mengajar pengikut-pengikutnya


berselawat ke atas Baginda Nabi Muḥammad  dan fana’ di
dalam maḥabbah (cinta) kepada Allāh  dan Baginda
Rasūlullāh , ziarah Para Auliyā’ (Wali-Wali) ‫ي‬, Beliau
mentarbiyyah mereka berlepas dari daya dan upaya diri
sendiri, dan mentarbiyyah mereka bertawakkal kepada Allāh
 dengan sebenar-benar tawakkal.7
7 ِ 
‫א‬
Kitab : ‫אت‬ َ ُ ِ َ ‫ ; َد‬cetakan Amman, Jordan yang telah di-taḥqīq
َْ
(disemak) oleh Syaikh Nūḥ Ḥā Mīm Keller.
9
PENYAKSIAN BAGINDA NABI KE ATAS IMĀM JAZŪLĪ 
Telah berkata kepadanya Baginda Nabi  di dalam
mimpinya bertemu Baginda Nabi  :
“Aku adalah hiasan bagi seluruh Para Nabi, dan kamu
adalah hiasan bagi seluruh Para Wali.”
Sesungguhnya Allāh  telah memuliakan Beliau dengan
perkhabaran gembira yang banyak, yang mana perkhabaran-
perkhabaran gembira itu jelas menunjukkan penerimaan
Allāh  yang diperolehi daripada Dalā’ilul-Khairāt ini.8

Maqām Yang Dikasihi Baginda Nabi Sayyidinā Muḥammad ,

Sayyidinā Abu Bakr Aṣ-Ṣiddīq , dan Sayyidinā ‘Umar Al-Khaṭṭāb .

8 ِ 
‫א‬
Kitab : ‫אت‬ َ ُ ِ َ ‫ ; َد‬cetakan Amman, Jordan yang telah di-taḥqīq
َْ
(disemak) oleh Syaikh Nūḥ Ḥā Mīm Keller.
10
KEWAFATAN

Telah berkata Imām Al-Fāsī  di dalam syarahan Beliau :

Imām Al-Jazūlī  wafat di suatu tempat bernama ‫אل‬$!"


(suatu tempat di dalam negeri Metraza, Maghribi), akibat
diracun ketika sedang menunaikan solat subuh, samaada
pada sujud kedua rakaat pertama atau pada sujud pertama
rakaat kedua, tanggal 16 Rabī’ul-Awwal 870H (1465M).

Beliau dimaqamkan pada waktu zohor di hari yang sama di


dalam masjid yang Beliau dirikan di Sūs.

Kemudian telah berkata lagi Imām Al-Fāsī  :

Aku mendapati pada penulisan sebahagian daripada mereka


bahawa Imām Al-Jazūlī  tidak mempunyai anak lelaki.
(Kekhalifahan Beliau disambung oleh para murid Beliau.)9

ِ 
‫א‬
Kitab : ‫אت‬ َ ِ ِ َ ‫אت َ َ َد‬ ِ 
‫א
 َ َ
ُ א‬
ُ َ ‫א‬ َ  ; karangan Asy-Syaikh
َْ
9

Yūsuf bin Ismā’īl An-Nabhānī . Halaman : 67.


11
KARĀMAH
Kemudian telah berkata lagi Imām Al-Fāsī  :

Selepas 77 tahun daripada kewafatan Beliau, jasad Beliau


dipindahkan dari Sūs ke Marrakesh. Ketikamana jasad Beliau
dikeluarkan daripada kuburnya di Sūs, ternyata jasadnya
sempurna sepertimana hari Beliau dimaqamkan.

Jasadnya tidak dimamah bumi, tempoh yang panjang tidak


mengubah sedikit pun keadaannya, kesan cukur pada rambut
kepalanya dan janggutnya jelas kelihatan, sama keadaannya
seperti hari kewafatannya. Ini kerana hari kewafatannya
dekat dengan hari Beliau bercukur.

Sebahagian orang yang hadir telah meletakkan jari-jemarinya


di atas wajah Imam Jazuli  sebagai suatu kerinduan
kepadanya (dan mengambil berkat), lalu didapati darah
terkumpul di bawah jari-jemarinya (kesan berbekas warna
darah pada wajah akibat sedikit tekanan), bilamana dia
mengangkat kembali jarinya, darah itu pun kembali seperti
biasa orang hidup.

Maqam Beliau di Marrakesh, Maghribi. Tampak padanya


keagungan dan kemuliaan yang besar, pengaruh yang jelas,
manusia berpusu-pusu menziarahinya, dan ramai yang
membaca Dalā’ilul-Khairāt disisinya (di maqamnya).

12
Telah sabit bahawa sesungguhnya bau kasturi terdapat di
kuburnya disebabkan banyak selawat Beliau ke atas Baginda
Nabi .

Ṭarīqah Imam Jazūlī  adalah Ṭarīqah Syādziliyyah, Beliau


mempunyai kalām yang banyak di dalam ṭarīq (perjalanan
kerohanian menuju Allāh) yang mana kalāmnya itu menjadi
panduan ikutan manusia, bertebaran kalamnya itu dikalangan
manusia. Beliau juga mempunyai karangan di dalam Ilmu
Taṣawwuf, dan Beliau mempunyai ḥizb yang diberi nama ;
“‫ول‬+  % ‫ ”*ب ('אن א
א‬serta kitab Dalā’ilul-Khairāt ini.

- Tamat biografi Imām Jazūli  daripada syarahan Imām Al-


Fāsī .

Daripada penjelasan ini, dapat diketahui bahawa Imām Jazūlī


adalah daripada kalangan Wali-Wali Allāh  yang agung.
Oleh yang demikian, penerimaan ke atas kitabnya ini
“Dalā’ilul-Khairāt” dari sekalian Ummah Muḥammadiyyah
disepakati pada seluruh pelusuk dunia dan zaman dengan
kemuliaan darjat Baginda Saiyyidinā Muḥammad Kekasih
Pilihan .10

ِ 
‫א‬
Kitab : ‫אت‬ َ ِ ِ َ ‫אت َ َ َد‬ ِ 
‫א
 َ َ
ُ א‬
ُ َ ‫א‬ َ  ; karangan Asy-Syaikh
َْ
10

Yūsuf bin Ismā’īl An-Nabhānī . Halaman : 67-68.


13
The opening page from a 17th-century copy of Dala’il Al-Khayrat from
The Walters Art Museum, Maryland, United States - Wikipedia.
14
DALĀ’ILUL-KHAIRĀT

PENYAKSIAN UMMAH KEBERKATAN DALĀ’ILUL-KHAIRĀT

Ye, kemasyhuran Dalā’ilul-Khairāt tersebar ke seluruh Dunia


Islam dari barat Afrika sehinggalah ke Indonesia. Keluarga-
keluarga mengambil berat di dalam mengamalkannya, para
pemerintah saling menghadiahkan nuskhah terbaik yang
dibanggakan padanya, masyarakat umum mengagungkannya
dan memuliakannya, mereka menunaikan ibadah Haji dan
sentiasa membawanya di dalam pakaian mereka.

Telah dijumpai di Makkah dan Madinah nuskhah Dalā’ilul-


Khairāt yang ditulis dengan tangan. Ianya adalah nuskhah
yang unik yang telah wujud dan gemilang sejak beberapa
kurun yang lalu.

Sesungguhnya masyarakat umum dan khusus telah


menyaksikan turunnya keberkatan-keberkatan dimana
sahaja dibaca padanya Dalā’ilul-Khairāt sebagai menyahut
seruan Allāh  :


9 ِ '<
 ‫ن َ َ ٱ‬
ّ َ 7 8َ ُ+ 6/ُ 0َ ‫ َכ‬2ِ 3َ 4 5َ ‫ َو‬.
َ  ‫ ن ٱ‬,ِ
ِ ِ ِ ِ
‫א‬
ً ْ Cَ ‫ َو َ( ّ ُ ْא‬/ْ َ َ ‫ ْא‬7 Aَ ‫<ُ ْא‬5‫? َء َא‬+ َ @
 ‫ َ=א ٱ‬+7 َ>3+َ 4

15
Ertinya : Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat
(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi
(Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam
sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.- (Al-
Aḥzāb : 56)11

A detail from a 15th-century manuscript of Dala’il Al-Khayrat


showing Al-Masjid an-Nabawi and Kaaba. - Wikipedia.

11 ِ 
‫א‬
Kitab : ‫אت‬ َ ُ ِ َ ‫ ; َد‬cetakan Amman, Jordan yang telah di-taḥqīq
َْ
(disemak) oleh Syaikh Nūḥ Ḥā Mīm Keller.
16
DIANTARA PUNCA UMMAH ZAMAN KINI RAMAI TIDAK
MENGENALI DAN TIDAK MENGAMALKAN DALĀ’ILUL-
KHAIRĀT
Pada zaman moden kini yang memerintah ke atas kita selepas
kemerosotan zaman Khilāfah Islāmiyyah, telah hilang
kegemilangan Al-Jazūlī  sejurus kelemahan yang tertimpa
pada Kerohanian Islam akibat daripada golongan orang-orang
yang :
َ ُ ِ 8ْ 5ُ ?ُ ْ Gَ ‫ َא‬G ,ِ ‫א
ُא‬Fَ ﴿
﴾ ‫ن‬
Ertinya : Mereka menjawab :“sesungguhnya kami orang-
orang yang hanya membuat kebaikan. - (Al-Baqarah : 11)

Tidak selamat daripada kesan fitnah mereka12 kecuali Para


Muslimīn yang benar-benar berpegang dengan petunjuk
imam-imām terdahulu.

Telah berkata seorang ‘ālim di zaman moden ini dari


Maghribi iaitu Asy-Syaikh ‘Abdullāh At-Talīdī  tentang
Dalā’ilul-Khairāt :

“Sesungguhnya telah mengamalkan dan mendapat


pengalaman ramai daripada Para Muslimīn akan

12 Fitnah yang dimaksudkan oleh Syaikh Nūḥ Ḥā Mīm Keller di sini ialah
fitnah golongan Ahli Bid’ah iaitu golongan ideologi Wahhābī. Kini
Wahhābī berpusat di Saudi Arabia dan pengikutnya semakin tersebar di
pelusuk dunia.
17
kebaikannya dan keberkatannya, dan mendapat manfaat
dengannya di seluruh pelusuk timur dan barat dunia sejak
zaman-berzaman serta generasi demi generasi.

Asy-Syaikh Al-Muḥaddith Asy-Syarīf


‘Abdullāh bin Abdul-Qādir At-Talīdī (1926-2017) - Maghribi.

Dan mereka telah menyaksikan Dalā’ilul-Khairāt ini


mempunyai keberkatan-keberkatan dan cahaya-cahaya
kerohanian yang tidak terlintas di fikiran.

18
Sesungguhnya Para Muslimīn bersungguh-sungguh di dalam
pembacaannya secara individu dan kumpulan-kumpulan di
masjid-masjid dan di rumah-rumah. Mereka adalah orang-
orang yang fanā’ di dalam berselawat ke atas Baginda Al-
Ḥabīb Al-A’ẓām (Kekasih Agung)  dan mereka memuji-muji
Baginda .

Sehinggalah muncul dan tersebarnya Fikrah Al-Wahhabiyyah


(Pemikiran Wahhabi) dikalangan manusia dan telah terfitnah
masyarakat awam dengan pemikiran ini, mereka telah berasa
was-was akibat daripada pendapat-pendapat Ibnu Taimiyyah
dan mujaddid ṭarīqahnya (pembaharu ideologinya) iaitu
Muḥammad bin ‘Abdul-Wahhāb An-Najdī,13 maka akibat
daripada itu telah lemah Para Muslimīn di dalam
mengamalkan Dalā’ilul-Khairāt, mereka lesu untuk
berselawat ke atas Baginda Rasūlullāh secara khususnya, dan
berzikir kepada Allāh secara umumnya.”

- Dipetik daripada kitab : ‫ب‬ ِ 


ِ ‫َو‬L ِJ‫א‬
ِ ِ$ْ 
‫אء א‬ ِ Kَ ِ ‫ِ ب‬Iْ 
‫; א‬
َ ْ َ ُ َ ُ
14
Halaman : 143-144.

13 Untuk lebih mendalam berkenaan fitnah dan kezaliman yang telah


dilakukan golongan Wahhābī, boleh rujuk kitab : ِ ِ‫א‬J 
‫ َ< ُ א‬0ْ !ِ ; karya Asy-
 َ
Syaikh Aḥmad Zainī Daḥlān Al-Makkī .
14 ِ 
‫א‬
Kitab : ‫אت‬ َ ُ ِ َ ‫ ; َد‬cetakan Amman, Jordan yang telah di-taḥqīq
َْ
(disemak) oleh Syaikh Nūḥ Ḥā Mīm Keller.
19
PENGAMALAN DALĀ’ILUL-KHAIRĀT
DI ZAMAN SILAM MELAYU NUSANTARA

Nukilan : Hasanuddin Yusof


Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara

Saya pernah melihat sendiri dua kitab Dalā’ilul-Khairāt yang


usianya hampir sezaman iaitu sekitar abad ke-18, satu di
Muzium Turki dan satu lagi di Perpustakaan Kuno Tanoh
Abee15. Kitab Dalā’ilul-Khairāt menjadi amalan penting bagi
para tentera Turki ‘Uthmāniyyah dan Tentera Aceh.

Bukan sahaja ‘Uthmāniyyah dan Aceh, Dalā’ilul-Khairāt turut


menjadi amalan pejuang-pejuang dan para tentera kerajaan-
kerajaan Islam lain di seluruh dunia termasuk angkatan
Kesultanan Melaka. Di dalam buku “Perang Sabil”,
Mualimbunsu Syam menyatakan seperti berikut :-

"Dikhabarkan bahawa panglima dan bala-bala tentera Sultan


(Melaka) ramai yang menghafal dan mempraktikkan amalan
di dalam kitab ini (Dalā’ilul-Khairāt). Maka tidak hairan kalau
kitab tersebut sering dijumpai bersama jasad para syuhadā’
yang melawan kafir penjajah di era awal 1511 Masihi,
menghadapi pasukan kerajaan Katolik Portugis yang datang
menyerang Kesultanan Melaka."

15Perpustakaan Kuno Tanoh Abee terletak di Kabupaten Seulimeum


Aceh Besar, sekitar satu jam perjalanan dari kota Banda Aceh.
20
Kitab himpunan selawat Nabi ini memberikan suntikan rohani
yang luar biasa kepada para tentera Islam. Betapa pentingnya
kitab ini sehinggakan tentera-tentera Islam dahulu
membawanya ke medan perang. Sebab itu ketika Raja Haji
syahid dibedil meriam Belanda, kitab Dalā’ilul-Khairāt ada
pada gengaman tangannya.

Pejuang Islam dahulu, mereka kuat amalan-amalan agama,


berhati bersih dan lembut serta mengangkat senjata pada
musuh yang benar, maka musuh-musuh Islam gerun kepada
mereka. Orang sekarang yang mengaku pejuang agama
umpama ISIS, longgar amalan agama, berhati buas dan zalim
serta mengangkat senjata pada orang yang salah. Maka
mereka sedang ditertawakan musuh.

Kitab Dalā’ilul-Khairāt di Perpustakaan Kuno Tanoh Abee,


Aceh, Indonesia. - (Hasanuddin Yusof - kanan)

21
PEMBAHAGIAN DALĀ’ILUL-KHAIRĀT KEPADA ḤIZB HARIAN,
SEPEREMPAT, SEPERTIGA, DAN SEPARUH KITAB.

Telah berkata Syaikh Muḥammad Al-Fāsī  di dalam


syarahannya ke atas Dalā’ilul-Khairāt di akhir Ḥizb Pertama :

“Ini adalah akhir Ḥizb Pertama yang tepat bersamaan dengan


Nuskhah Sahliyyah (nuskhah Dalā’ilul-Khairāt yang paling
diyakini ketepatannya yang ditulis oleh Imām As-Sahlī .)

Sesungguhnya pembahagian Kitab Dalā’ilul-Khairāt kepada


ḥizb-ḥizb mengikut hari, seperempat kitab, dan sepertiga
kitab adalah bertepatan dengan nuskhah tersebut. Ianya
bermula daripada “Faṣl Al-Kaifiyyah” (ِ Nِ ‫א
כ‬
َ ُ 8!َ ) , kerana
 ْ ْ
permulaan pembacaan bermula daripadanya. Ḥizb Pertama
lebih panjang sedikit daripada seperlapan kitab jika
dinisbahkan sempurna Ḥizb Kedua daripada sempurna
seperempat yang pertama, wAllāhu a’lam.

Ḥizb adalah wirid yang diamalkan secara istiqāmah oleh


seseorang, yang mana wirid itu mungkin terdiri daripada
selawat, bacaan tertentu dan selain daripada itu, ianya adalah
satu himpunan daripada Al-Qur’ān, atau selainnya yang
dipertanggungjawabkan ke atas dirinya untuk
16
membacanya.

16 ِ 
‫א‬
Kitab : ‫אت‬ َ ِ ِ َ ‫אت َ َ َد‬ ِ 
‫א
 َ َ
ُ א‬
ُ َ ‫א‬ َ  ; karangan Asy-Syaikh
َْ
Yūsuf bin Ismā’īl An-Nabhānī . Halaman 45-46.
22
A 15th-century copy of Dala’il Al-Khayrat from
The Chester Beatty Library, Dublin, Ireland. - Wikipedia.

A detail from a 15th-century manuscript of Dala’il Al-Khayrat


showing Al-Masjid An-Nabawi and Kaaba. - Wikipedia.

23
TERTIB MEMULAKAN BACAAN DALĀ’ILUL-KHAIRĀT

1. ﴾ %Rِ Q
‫א‬ ِ َ
َ َ .‫א‬َ P N$ْ 0َ (L ﴿ [3 KALI]
ُ ْ

2. ﴾ ٍ  ِ ِ ٍ
َ 5ُ ‫א‬Gَ ِ( ‫ ّ َو َ َ "ل‬5ُ ‫א‬Gَ ِ( َ َ ِ ّ A %=ُ P
L ﴿ [3 KALI]
 ّ َ  ّ َ َ 

ِ P ‫אء‬
3. ﴾ 
َ ‫א‬Qَ Cَ .‫א‬ ِ َ ِ
ِ َ C‫ ِא‬Nَ
‫﴿ א‬
َ
Ertinya : Al-Fātiḥah untuk keredhaan Allāh.
[Al-Fātiḥah - 1 KALI]

َ َ ْP  A ٍ َ 5ُ ‫א‬Gَ ِِ ( ‫وح‬


4. ﴾ % (‫ َو‬/ِ َ َ .‫א‬
ُ َ ِ 
ِ َ َ C‫ ِא‬Nَ
‫﴿ א‬
ّ َ
Ertinya : Al-Fātiḥah untuk Rūḥ Sayyidinā Muḥammad .
[Al-Fātiḥah - 1 KALI]

ِ V
‫אن א‬
5. ﴾ ;
‫و‬ ِ ِ P ِ ' ;َِL ‫وح ( ِِي‬
ِ
ِ َ َ C‫ ِא‬Nَ
‫﴿ א‬
ُ َ َ َ ( ?ِ ‫ َ ْא‬5ُ .‫א‬
َْ ُ َ  ْ ّ َ
Ertinya : Al-Fātiḥah untuk Rūḥ Sayyidī Abī ‘Abdillāh
Muḥammad ibn Sulaimān Al-Jazūlī . [ Al-Fātiḥah - 1 KALI ]

6. ﴾ ‫<א‬+َ ِ
‫ِ َ<א َو ِ
 ِא‬
ِ +‫א‬Kَ 
ِ َ C‫ ِא‬Nَ
‫﴿ א‬
َ
َ َ
Ertinya : Al-Fātiḥah untuk guru-guru kita dan ibu bapa
kita. [ Al-Fātiḥah - 1 KALI ]

24
ِ ِ 
‫אت وא
 ِ ِ? وא‬
7. ﴾ ‫אت‬ ِ <َ 5ِ Wْ 
‫ ِ<? وא‬5ِ Wْ 
‫ א‬Xِ ِ V
ِ َ C‫ ِא‬Nَ
‫﴿ א‬
َ ُْ َ َ ُْ ُ َ َ ُ َ َ
Ertinya : Al-Fātiḥah untuk sekalian mu’minīn, mu’mināt,
muslimīn dan muslimāt. [ Al-Fātiḥah - 1 KALI ]

8. Baca : Ayat Al-Kursi. [1 KALI]

9. Baca :
﴾ ? ِ ِ %*‫َر‬L J‫א و‬R!‫ [ * ِא‬.‫﴿ !א‬
َ *‫א
א‬
 ُ َ ْ َ ُ َ ً َ ٌ ْ َ ُP َ
[ 1 KALI ]
Ertinya : Allāh jualah penjaga sebaik-baiknya, dan Dia lah jua
Yang Maha Mengasihani dari sesiapa yang menaruh belas
kasihan. (Sūrah Yūsuf : 64)

10. Baca :

9 ِ '<
 ‫ن َ َ ٱ‬
ّ َ 7 8َ ُ+ 6/ُ 0َ ‫ َכ‬2ِ 3َ 4 5َ ‫ َو‬.
َ  ‫ ن ٱ‬,ِ ﴿
ِ ِ ِ ِ
﴾ ‫א‬
ً ْ Cَ ‫ َو َ( ّ ُ ْא‬/ْ َ َ ‫ ْא‬7 Aَ ‫<ُ ْא‬5‫? َء َא‬+ َ @
 ‫ َ=א ٱ‬+7 َ>3+َ 4
[ 1 KALI ]
Ertinya : Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat
(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi
(Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam
sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Aḥzāb
: 56)

25
11. Baca :

/ُ ُ (‫ ِ? ْא‬5َ َ َ ‫ َو َאرِ ْכ‬%ِّ (َ ‫ ّ ِ َو‬Aَ %=ُ P


L ﴿
ْ 
﴾ % (َ ‫ َو‬/ِ َ َ .‫א‬ A 5 ‫א‬Gِ(
َ ْ ُP  َ ٌ  ّ ُ َ ُ ّ َ
[ 3 KALI ]

Ertinya : Ya Allāh, limpahkanlah rahmat, kesejahteraan dan


keberkatan ke atas jiwa yang namanya Saiyyidunā
Muḥammad .
[Tertib Memulakan Bacaan Dalā’ilul-Khairāt ini telah dipetik daripada
Kitab Dalā’ilul-Khairāt cetakan Kiyai Haji Muḥammad Zaini bin 'Abdul
Ghani Al-Banjari atau masyhur dengan panggilan Abah Guru Sekumpul
atau Tuan Guru Ijai dari Martapura, Kalimantan Indonesia.]

 Kemudian teruskan membaca Selawat Dalā’ilul-Khairāt


sebagaimana kaedah-kaedah pembahagian yang ingin
dipilih oleh pengamal amalan ini atau lebih baik dimulai
dahulu dengan membaca 201 Nama-Nama Baginda Nabi
 yang terdapat di bahagian permulaan kitab Dalā’ilul-
Khairāt sebelum membaca selawat Dalā’ilul-Khairāt.

 Selepas menyebut setiap satu nama Baginda Nabi


maka sebutlah : (di dalam kitab ini
diletakkan simbol bunga sahaja). - [lihat halaman 18-24]

26
Kiyai Haji Muḥammad Zaini bin 'Abdul Ghani Al-Banjari
(Abah Guru Sekumpul atau Guru Ijai) - (1942-2005) - Indonesia.

Kiyai Haji Badruddin (Guru Ibad) - [kiri] - (1937-1992)


As-Sayyid Muḥammad bin ‘Alawī Al-Mālikī - [tengah] - (1944-2004)
Kiyai Haji Muḥammad Zaini (Guru Sekumpul) - [kanan] - (1942-2005)

27
Kitab Dalā’ilul-Khairāt ini telah dibahagikan kepada empat
(4) Kaedah Pengamalan :

1. KAEDAH PERTAMA : AMALAN INI DIBAHAGIKAN KEPADA


LAPAN (8) ḤIZB : Ini bagi mereka yang ingin mengkhatamkan
satu kitab dalam tempoh tujuh (7) hari (seminggu). Iaitu
sehari khatamkan satu ḥizb.

ḤIZB ِ
‫א  ْ ُب‬ HARI HALAMAN WAKTU

ḤIZB ِ Nِ ‫ ٌ ِ!; َכ‬8ْ !َ ISNIN 27-40 PETANG


PERTAMA  ْ
;ِِ '<
‫א‬ َ ‫ َ_ ِة‬8
‫א‬
ّ  

ḤIZB KEDUA ;G‫א
` ِא‬ ِ
 ‫א
 ْ ُب‬ SELASA 43-60 BEBAS

ḤIZB KETIGA ُ
‫א
` ِא‬
a ِ
 ‫א
 ْ ُب‬ RABU 60-78 BEBAS

ḤIZB ِ
Xُِ ‫א
 ْ ُب א
א‬ KHAMIS 78-97 BEBAS
KEEMPAT 
ḤIZB KELIMA bُ 5‫א
ِא‬ َ ‫א
 ْ ُب‬ ِ JUMAAT 97-117 BEBAS

ḤIZB KEENAM ‫אدس‬ ِ ِ


ُ 
‫א‬  ‫א
 ْ ُب‬
SABTU 118-138 BEBAS

ḤIZB KETUJUH Xِ‫א


ب א
א‬ ِ AHAD 138-158 BEBAS
ُ  ُ ْ
ḤIZB ?ُ 5‫א
 ْ ُب א
َ` ِא‬
ِ ISNIN 159-168 PAGI
KELAPAN
DOA - - 40-43 -
28
PENJELASAN KAEDAH PERTAMA :
 Bagi yang memilih mengkhatamkan sehari satu Ḥizb, maka
hendaklah dia memulakan bacaan Ḥizb Pertama (Halaman
27-40) pada Petang Isnin iaitu diantara selepas Asar
sehinggalah sebelum masuknya Maghrib (Kerana selepas
Maghrib telah dikira masuknya hari seterusnya iaitu Selasa
bagi kiraan hari Islam. Boleh juga Ḥizb Pertama dimulakan
daripada Ẓohor sehingga sebelum Maghrib pada Isnin
tersebut sekiranya bimbang tidak dapat melakukannya di
waktu Asar.)

 Kemudian pada hari berikutnya, bacalah ḥizb hari-hari


seterusnya. Pembaca boleh memilih mana-mana waktu
kelapangannya diantara Maghrib hari tersebut sehinggalah
sebelum Maghrib keesokannya. (sebaiknya selepas Solat
Subuh.)

 Maka apabila bertemu Hari Isnin berikutnya, bacalah Ḥizb


Kelapan (Halaman 159-168) iaitu diantara selepas Subuh
sehingga sebelum Zohor. (Boleh juga Ḥizb Kelapan itu dibaca
apabila bermulanya masuk Maghrib Isnin sehingga sebelum
Ẓohor Isnin, kerana disebelah petangnya selepas Zohor akan
dibaca Ḥizb Pertama. ) - [Ini bermakna, Hari Isnin mempunyai
dua Ḥizb yang perlu dikhatamkan, iaitu Ḥizb Pertama dan
Ḥizb Kedua.]
 Setelah khatam membaca kesemua lapan ḥizb, bacalah Doa
di Halaman 40-43. Doa ini juga boleh dibaca setiap kali tamat
satu ḥizb pada setiap hari.

29
2. KAEDAH KEDUA : AMALAN INI DIBAHAGIKAN KEPADA
EMPAT (4) BAHAGIAN : Ini bagi mereka yang ingin
mengkhatamkan satu kitab dalam tempoh empat (4) hari.
Iaitu sehari seperempat (1/4 : suku) kitab.

SUKU (1/4) ِ
‫א  ْ ُب‬ HARI HALAMAN WAKTU

SUKU ِ Nِ ‫ ٌ ِ!; َכ‬8ْ !َ PERTAMA 27-58 BEBAS


PERTAMA  ْ
;ِِ '<
‫א‬ َ ‫ َ_ ِة‬8
‫א‬
ّ  

SUKU KEDUA ;ِ G‫א
` ِא‬
 Xِ ْ 
‫א‬
7 ‫ َ ُאء‬0ِ ِْ , KEDUA 58-91 BEBAS
ّ
SUKU KETIGA aِ
‫א
` ِא‬
 Xِ ْ 
‫א‬ ِ
7 ‫ َ ُאء‬0ِْ ,
KETIGA 91-130 BEBAS

Xِ ِ ‫ א
א‬Xِ ْ 
‫א‬ ِ
7 ‫ َ ُאء‬0ِْ ,
SUKU KEEMPAT 130-168 BEBAS
KEEMPAT 
DOA - - 40-43 -

PENJELASAN KAEDAH KEDUA :


 Bagi yang memilih mengkhatamkan keseluruhan Dalā’ilul-
Khairāt ini setiap empat (4) hari sekali, maka hendaklah dia
memulakan bacaan Suku Pertama (Halaman 27-58) pada hari
pertama dia bermula. Begitulah hari-hari seterusnya
mengikut pembahagian yang telah ditetapkan seperti di
dalam jadual di atas.
 Setelah khatam membaca kesemua Dalā’ilul-Khairāt, bacalah
Doa di Halaman 40-43. Doa ini juga boleh dibaca setiap kali
tamat suku (1/4) bacaan pada setiap hari.

30
3. KAEDAH KETIGA : AMALAN INI DIBAHAGIKAN KEPADA
TIGA (3) BAHAGIAN : Ini bagi mereka yang ingin
mengkhatamkan satu kitab dalam tempoh tiga (3) hari. Iaitu
sehari sepertiga (1/3) kitab.

SEPERTIGA (1/3) ِ
‫א  ْ ُب‬ HARI HAL WAKTU

1/3 PERTAMA ِ Nِ ‫ ٌ ِ!; َכ‬8ْ !َ PERTAMA 27-68 BEBAS


 ْ
;ِِ '<
‫א‬ َ ‫ َ_ ِة‬8
‫א‬
ّ  

1/3 KEDUA ;ِ G‫א
` ِא‬ aِ ُ `7
‫ َ ُאء א‬0ِ ِْ , KEDUA 69-120 BEBAS
ّ 
1/3 KETIGA aِ
‫א
` ِא‬
 aِ ُ `7
‫ َ ُאء א‬0ِ ِْ , KETIGA 120-168 BEBAS

DOA - - 40-43 -

PENJELASAN KAEDAH KETIGA :

 Bagi yang memilih mengkhatamkan keseluruhan Dalā’ilul-


Khairāt ini setiap tiga (3) hari sekali, maka hendaklah dia
memulakan bacaan Sepertiga Pertama (Halaman 27-68) pada
hari pertama dia bermula. Begitulah hari-hari seterusnya
mengikut pembahagian yang telah ditetapkan seperti di
dalam jadual di atas.
 Setelah khatam membaca kesemua Dalā’ilul-Khairāt, bacalah
Doa di Halaman 40-43. Doa ini juga boleh dibaca setiap kali
tamat sepertiga (1/3) bacaan pada setiap hari.

31
4. KAEDAH KEEMPAT : AMALAN INI DIBAHAGIKAN KEPADA
DUA (2) BAHAGIAN : Ini bagi mereka yang ingin
mengkhatamkan satu kitab dalam tempoh dua hari. Iaitu
sehari separuh (1/2) kitab.

SEPARUH (1/2) ِ
‫א  ْ ُب‬ HARI MS WAKTU

SEPARUH ِ Nِ ‫ ٌ ِ!; َכ‬8ْ !َ PERTAMA 27-82 BEBAS


PERTAMA  ْ
;ِِ '<
‫א‬ َ ‫ َ_ ِة‬8
‫א‬
ّ  

SEPARUH ِ َ ‫َכ‬
‫َ و ُل‬e‫ א‬dُ 8ْ ّ<
‫א‬ KEDUA 82-168 BEBAS
KEDUA ُ
DOA - - 40-43 -

PENJELASAN KAEDAH KE EMPAT :

 Bagi yang memilih mengkhatamkan keseluruhan Dalā’ilul-


Khairāt ini setiap dua (2) hari sekali, maka hendaklah dia
memulakan bacaan Separuh Pertama (Halaman 27-82) pada
hari pertama dia bermula. Manakala keesokannya Separuh
Kedua sehingga khatam kesemua selawat Dala’ilul-Khairāt.
 Setelah khatam membaca kesemua Dalā’ilul-Khairāt, bacalah
Doa di Halaman 40-43. Doa ini juga boleh dibaca setiap kali
tamat separuh (1/2) bacaan pada setiap hari.

32
PENTING : PETUNJUK KHUSUS PADA ḤIZB HARI JUMAAT
(HALAMAN 109)
Apabila pembacaan Dalā’ilul-Khairāt sampai pada halaman
seratus sembilan (109), iaitu Ḥizb Hari Jumaat, pembaca
akan mendapati adanya satu garisan kosong, maka sebutlah
di situ nama dirinya sendiri, kemudian boleh disebut selepas
itu nama ibu bapa si pembaca atau sesiapa sahaja yang
ingin didoakan akan kebaikan kepadanya. Teks di halaman
tersebut adalah seperti berikut :
‫אت‬ِ ‫ َ<ــ‬5ِ Wْ 
‫ ِ< ـ? وא‬5ِ Wْ 
‫ א‬%‫ـ*ـ‬Cَ ‫ـ ِ
ـ; و‬Nِ $ْ ‫ ـ‬Cَ ‫َ ْن‬L‫و‬
ُ َ َ ُ َ َ ْ َ َ َ
‫َ ْ*ـ ـــــ ـ َאء‬e‫אت א‬ ِ ‫وא
ـ ــــ ِ ِ ـــ ـ? وא
ــ ــــ ِ ـ ـ ـ‬
َ َ ُْ َ َ ُْ
‫ــ'ـــ ـ ِـ َכ‬Q‫ ـــــ ـ ِ
ــ َـ‬Nِ $ْ ‫ـ ـ‬Cَ ‫َ ْن‬L‫אت َو‬ َ َ ‫ـ ـ‬5ْ َe‫ وא‬%ْ ‫ ْ< ـ ُ=ـــ ـ‬5ِ
ْ َ
ِ ‫ــــ ـ‬g‫ـא‬
‫ـ;ء‬ ِ ‫ـ ـــــ‬
َ ‫ א
ــ‬h‫ــ‬ ِ ‫ــ‬Gِ @‫ـــ‬
ْ ‫___________ א
ـ ــ ُـ‬
ِ ِ ِ
َ ‫ ـ‬0ُ Cَ ‫َ ْن‬L‫ َو‬d‫ ــ ـ‬Qj ‫א
ـ ـ‬
ٌ ‫ـ ـ‬Nُ ‫ ـ‬lَ ‫ــــ َכ‬G ,ِ /‫ب َ َـ ـ ْــ‬
‫ر‬
?َ ‫ ـא َ
ِـــ‬Qَ ‫א َر ب א
ـ‬+َ ? ِ ِ
َ 5" % =ُ ‫ ـ ـ‬P
‫ א‬%ٌ ‫َر* ـ ــ ــــــــ ـ ـ‬

Ertinya : Engkau ampunilah diriku dan Engkau kasihanilah


seluruh Para Mu’minīn dan Mu’mināt. Para Muslimīn dan
Muslimāt. Yang hidup mahupun yang mati dari mereka.
Engkau ampunilah hambaMu _____________ yang berdosa,
yang melakukan banyak kesilapan, dan yang lemah ini.
Engkau berkenanlah menerima taubat ke atasnya,
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. Yā Allāh perkenankanlah wahai Tuhan sekalian
alam.
33
PERSOALAN-PERSOALAN BERKENAAN PENGAMALAN
DALĀ’ILUL-KHAIRĀT

SOALAN 1 :
Sekiranya saya terlalu sibuk, saya tidak sempat menghabiskan
bacaan Dalā’ilul-Khairāt, adakah boleh saya hanya membaca
mana sekadar yang sempat?

JAWAPAN :
Telah berkata Al-Muḥaddith Asy-Syaikh ‘Usāmah bin Sa’īd
Mansī Al-Ḥasanī Al-Mālikī ḥafiẓahullāh :

“Kamu boleh membaca setiap hari satu bahagian daripada


kitab ini, atau satu ḥizb, atau mana-mana sahaja yang kamu
inginkan. Yang penting kamu berselawat ke atas Baginda
Rasūlullāh .

Samaada selawat daripada kitab Dalā’ilul-Khairāt ini atau


selainnya, tetapi kitab ini telah tersebar ke atas dunia Islam
dengan penyebaran yang luas sehingga ianya mencapai
kejayaan yang besar kerana keikhlasan pengarangnya.

Mungkin kamu boleh mengkhatamkan kitab ini dalam


tempoh tujuh (7) hari, atau satu (1) hari sekaligus, atau empat
(4) hari, kamu bebas memilih, bergantung kepada
kelapangan waktu dan kemampuan kamu. Yang penting
insan mencontohi apa yang diperintahkan oleh Allāh 
dengan firmanNya :
34

9 ِ '<
 ‫ن َ َ ٱ‬
ّ َ 7 8َ ُ+ 6/ُ 0َ ‫ َכ‬2ِ 3َ 4 5َ ‫ َو‬.
َ  ‫ ن ٱ‬,ِ ﴿
ِ ِ ِ ِ
﴾ ‫א‬
ً ْ Cَ ‫ َو َ( ّ ُ ْא‬/ْ َ َ ‫ ْא‬7 Aَ ‫<ُ ْא‬5‫? َء َא‬+ َ @
 ‫ َ=א ٱ‬+7 َ>3+َ 4

Ertinya : Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat


(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi
(Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera
dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Aḥzāb : 56)17

Al-Muḥaddith Asy-Syaikh ‘Usāmah bin Sa’īd Mansī Al-Ḥasanī Al-Mālikī.


(1967 - sekarang) - Saudi Arabia.

17Dipetik daripada ucapan Beliau di dalam sebuah majlis pembacaan


Dalā’ilul-Khairāt di Masjid Dr. ‘Abbas Ḥassan Zakī, Qāhirah, Mesir pada
tahun 2017.
35
SOALAN 2 :
Saya tidak mendapat ijāzah khusus atau ijāzah bersanad yang
bersambung daripada mana-mana guru bagi mengamalkan
amalan Dalā’ilul-Khairāt ini, adakah saya boleh
mengamalkannya?

JAWAPAN :
Telah berkata guru kami Asy-Syaikh Dr Yusrī Rushdī Jabr Al-
Ḥasanī Al-Azharī ḥafiẓahullāh :

“Tidak perlu Yā Sīdī (wahai Tuan), kerana telah ada ijāzah


umum untuk berselawat iaitu sebagaimana Firman Allāh  :


9 ِ '<
 ‫ن َ َ ٱ‬
ّ َ 7 8َ ُ+ 6/ُ 0َ ‫ َכ‬2ِ 3َ 4 5َ ‫ َو‬.
َ  ‫ ن ٱ‬,ِ ﴿
ِ ِ ِ ِ
﴾ ‫א‬
ً ْ Cَ ‫ َو َ( ّ ُ ْא‬/ْ َ َ ‫ ْא‬7 Aَ ‫<ُ ْא‬5‫? َء َא‬+ َ @
 ‫ َ=א ٱ‬+7 َ>3+َ 4

Ertinya : Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat


(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi
(Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera
dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Aḥzāb : 56)

Kamu boleh terus membacanya tanpa ijāzah khusus, tetapi


jika kamu mengambil ijāzah daripada syaikh (guru), maka ada
padanya tambahan madad (bantuan kerohanian), kamu akan
bersungguh-sungguh di dalam pembacaannya, kamu fanā’

36
ketika membacanya, hatimu bercahaya-cahaya dengan
segera. Kesimpulannya kamu boleh membacanya tanpa
sanad daripada guru.”18

Asy-Syaikh Dr Yusrī Rushdī Jabr Al-Ḥasanī Al-Azharī Al-Miṣrī.


(1954 - sekarang) - Mesir.

18Dipetik daripada ucapan Beliau di dalam sebuah majlis syarahan


Dalā’ilul-Khairāt di Masjid Al-Asyrāf, Muqaṭṭam, Qāhirah, Mesir pada
tahun 2019.
37
SOALAN 3 :
Mengapakah selawat Dalā’ilul-Khairāt mempunyai lapan (8)
ḥizib harian, sedangkan seminggu hanya mempunyai tujuh
hari?

JAWAPAN
Telah berkata Al-‘Allāmah Dr ‘Alī Jumu’ah Al-Azharī
ḥafiẓahullāh (Mufti Mesir 2003-2013) :

“Kitab Dalā’ilul-Khairāt dibahagikan kepada sepertiga (1/3)


kitab bagi pengamal yang ingin mengkhatamkannya dalam
tempoh tiga hari. Ianya dibahagikan kepada seperempat
(1/4) kitab bagi pengamal yang ingin mengkhatamkannya
dalam tempoh empat hari. Ianya dibahagikan kepada tujuh
hari (tujuh ḥizib) bagi pengamal yang ingin
mengkhatamkannya
dalam tempoh seminggu.

Ketikamana kamu melihat nuskhah Dala’ilul-Khairāt kamu


akan mendapati adanya Ḥizib Hari Isnin, Selasa, Rabu,
Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, dan sepatutnya ianya tamat di
situ, tetapi ada satu lagi Ḥizb Hari Isnin (Ḥizb Kelapan). Maka
telah disebut di situ Ḥizb Hari Isnin pada permulaan dan satu
lagi Ḥizb Hari Isnin pada pengakhiran. Ini kerana Hari Isnin
adalah hari kelahiran Yang Mulia Baginda Nabi .

Maka bacalah Ḥizb Pertama pada petang Isnin (selepas Asar


sehingga sebelum Maghrib), kemudian teruskan Ḥizb Selasa,
38
Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad dan apabila sampai pada
Subuh Isnin maka kamu khatamkan Dalā’ilul-Khairāt. Ini
bermakna Ḥizb Isnin Pertama pada petang Isnin, dan Ḥizb
Isnin kedua pada pagi Isnin. Ini bermakna kamu telah
melengkapkan satu pusingan, maka jadilah kamu seperti
keadaan orang yang sedang berjalan. Berkesinambungan
lidah kamu sentiasa berselawat ke atas Baginda Rasūlullāh
.”

Al-‘Allāmah Asy-Syaikh Dr ‘Alī Jumu’ah Al-Azharī Al-Miṣrī.


(1952 - sekarang) - Mesir.
39
SOALAN 4 :
Adakah perempuan yang uzur (ḥaidh) boleh membaca
Dalā’ilul-Khairāt?

JAWAPAN :
Telah berkata Al-Fādhil Ustaz Nazrul Nasir Al-Azharī
ḥafiẓahullāh kepada saya Al-Faqīr IlAllāh Raja Mahadi Raja
Ahmad : “Ya, tidak ada masalah bagi perempuan yang uzur
(ḥaidh) untuk membaca Dalā’ilul-Khairāt.

Al-Fādhil Ustaz Nazrul Nasir Al-Azharī. - Malaysia.

40
KITAB DALĀ’ILUL-KHAIRĀT VERSI BARU DARI
JORDAN - (DITAḤQĪQ OLEH SYAIKH NŪḤ ḤĀ MĪM KELLER)

Berbicara berkenaan kitab Dalā’ilul-Khairāt cetakan terbaru


ini, sesungguhnya kami berharap kepada Allāh 
mengkabulkan usaha untuk
mencetak kitab Al-Imām Al-
Jazūlī  yang masyhur ini
dengan cetakan yang lebih
baik daripada cetakan-
cetakan yang terdahulu pada
keindahannya, ketilitiannya
dan mudah dibaca.
Ini adalah kerana “The Royal
Aal Al-Bayt Institute for
Islamic Thought19 Amman,
Jordan telah memohon
kepada kami me-reka bentuk
cetakan tersebut dan menerbitkannya.

TEKS MATAN KITAB


Kami telah memulakan kerja mentaḥqīq (penyemakan) teks
matan kitab Dalā’ilul-Khairāt di Mesir pada Jun tahun 2003.
Kami telah menerima 95 buah manuskrip Dalā’ilul-Khairāt
yang telah kami himpunkan dari beberapa negara.

;5ِ _َ (ْ m
ِ ‫ ْכِ א‬Nِ ْ
ِ ِ ‫ א
 َ ِכ‬nِ '
ْ ‫"ل א‬ (W5
َْ ُ ُ َ  َ ُ
19
 َ
41
Kami telah merujuk seluruh percanggahan teks matan kepada
sebuah kitab syarah bagi Dalā’ilul-Khairāt yang berjudul ;

َ ِ ِ َ ‫ ِح َد‬oَ ;!ِ ‫אت‬


ِ 
‫א‬
“‫אت‬
َْ ْ
ِ 
‫ א‬X
‫ ِא‬Iَ 5”
 َ َُ َ

yang mana ianya adalah sebuah syarah yang lengkap lagi


terbaik yang telah dikarang oleh Al-Imām Muḥammad Al-
Mahdī Al-Fāsī (wafat pada tahun 1109 Hijrah).

Dan dirujuk pula kitab syarahan yang terbaik ini bertepatan


dengan nuskhah Dalā’ilul-Khairāt yang paling utama iaitu
sudah semestinya nuskhah Sahliyyah yang ditaḥqīq yang telah
dibaca di hadapan Imām Al-Jazūlī tujuh tahun sebelum
kewafatannya. Telah dibaca Dalā’ilul-Khairāt kepada Imām
Jazūlī  oleh anak muridnya iaitu Muḥammad Aṣ-Ṣaghīr As-
Sahlī . Kami telah bersandar kepada riwayat Nuskhah
Sahliyyah tersebut.

Kemudian kami telah berusaha membuat penyelarasan


secara tepat nama fasal-fasal dan tajuk-tajuk kecil yang
membahagi-bahagikan kitab Dalā’ilul-Khairāt kepada
separuh, sepertiga, seperempat, dan ḥizb-ḥizb yang dibaca
pada setiap hari.

Sesungguhnya kami telah mendapati bahawa pembahagian


ḥizb-ḥizb kepada hari-hari dalam seminggu adalah tidak sabit
pada rujukan-rujukan yang utama, dengan penambahan
42
kepada suatu yang meliputi pembahagian ini adalah suatu
yang tidak jelas yang muncul dikeranakan bilangan ḥizb-ḥizb
adalah sebanyak lapan (8) ḥizb sedangkan hari-hari di dalam
seminggu ialah tujuh (7).

TEMPAT-TEMPAT BERHENTI BACAAN


Kemudian kami telah menambah kepada teks matan daripada
awalnya sehingga ke akhirnya beberapa tempat berhenti
bacaan sebagaimana yang telah diamalkan oleh orang-orang
terdahulu pada peletakannya sebagai suatu penjelasan bagi
tempat-tempat berhenti semasa pembacaan. Mereka juga
menjaga wazan, qāfiah dan i’rāb. Kami tidak mendapati
adanya perbezaan para penulis diantara nuskhah di dalam
pemilihan tempat-tempat berhenti tersebut.

SANAD DAN IJAZAH


Kemudian kami telah menyisipkan pada teks matan yang
seterusnya ; kami telah melampirkan sanad dan ijazah
pembacaan Dalā’ilul-Khairāt yang disandarkan ke atas ijazah
yang kami dapat daripada Sayyidah Fāṭimah Asy-Syifā’  iaitu
Permaisuri Libya yang lalu, sanadnya tinggi yang bersambung
kepada pengarang Al-Imām Al-Jazūlī . Sebagaimana yang
telah kami lampirkan pada bahagian akhir penutup kitab (lihat
halaman 170-173.) - [Sesiapa yang telah menerima kitab
cetakan Jordan yang ditaḥqīq oleh Syaikh Nuḥ Ḥā Mīm Keller
ini, maka secara langsung dia dikira telah mendapat ijazah
dan sanad daripada Beliau.]

43
Permaisuri Libya : Sayyidah Fāṭimah Asy-Syifā’ . (1911-2009)
Syaikh Nuḥ Ḥa Mim Keller telah mendapat ijazah dan sanad
Dalā’ilul-Khairāt yang tinggi daripada Beliau.

REKA BENTUK (DESIGN) KITAB


Kami telah mencari di dalam Dunia Islam penulis khat yang
terbaik tulisannya pada kejelasan dan keindahannya agar
diceritakan keindahan Kitab Dalā’ilul-Khairāt, nurnya dan
wilāyahnya (sifat rahsia kewalian yang ada di dalamnya).

Maka pada penghujung pusingan di dalam pemilihan kami,


kami telah memilih Al-Ustādz ‘Uthmān Ṭaha ( /g ‫) `אن‬,
berkemungkinan Beliau adalah penulis khat yang paling
masyhur pada catatan kehidupan, dengan sebab

44
penulisannya untuk muṣḥaf yang mulia (Al-Qu’rān) yang telah
dicetak di Madīnah Al-Munawwarah dan ianya telah telah
diagih-agihkan di seluruh pelusuk dunia.

Maka Beliau telah menuliskan khat untuk kami halaman-


halaman Dalā’ilul-Khairāt yang ditulis pada 182 halaman
berukuran (52cm x 34 cm) yang mengambil masa beberapa
bulan.

Syaikh ‘Uthman Ṭaha (1934 - sekarang)


Asal Syria dan kini menetap di Saudi Arabia.

Kemudian kami telah memohon seorang penulis khat


daripada Iraq iaitu Al-Ustādz ‘Abbas Al-Baghdādī untuk me-
reka bentuk satu lingkaran bulatan yang menjadi judul kitab
yang jelas dapat dilihat di kulit (cover) kitab dan di halaman
pertamanya.
45
Kemudian kami telah menghubungi seorang ahli seni (pelukis)
Turkey iaitu : ( ‫אن‬gg pV<( ;C‫א‬VG ) agar melukiskan untuk
kami kaligrafi ornament pada tempat-tempat berhenti
bacaan Dalā’ilul-Khairāt.

Kami juga telah memohon kepakaran dari satu kumpulan Irāq


- yang terdiri daripada sepasang dua beradik iaitu ; Muthannā
dan Mūḥammad Al-‘Ubaidī - untuk menyempurnakan kerja-
kerja kaligrafi ornament yang masih berbaki.

Kedua-duanya telah datang ke Jordan sebanyak dua kali.


Mereka telah tiba pada ziarah mereka kali yang pertama
untuk pembentangan sampel, dan berjalan perbincangan
demi perbincangan sesama kami berkenaan penetapan
warna-warna, dan lakaran-lakaran. Dan mereka telah hadir
pada ziarah mereka kali yang kedua dengan membawa alat-
alat, warna-warna dan emas tulin yang telah digunakan di
dalam nuskhah khat yang asal. Kedua-dua mereka telah
menyempurnakan kerja mereka sekitar tempoh lima puluh
(50) hari.

Kami telah bersandarkan ukuran saiz kitab, kerangka


halaman-halaman muka surat, proses tadzhīb (menghias
kitab dengan emas tulin) dan lain-lain lagi perincian-perincian
kitab ini mengikut nuskhah Dalā’ilul-Khairāt versi turāth
(kitab-kitab tua/warisan) yang terdahulu.

46
Tidak hanya sekadar menomborkan halaman-halaman muka
surat tetapi kami juga telah mengikut sistem “ ُ 'qِ Qْ 0
‫א‬
 ” ; iaitu
َ
penulisan perkataan pertama daripada halaman di sebelah
kiri, ianya ditulis juga pada bahagian paling bawah di halaman
kanan. Kami telah meletakkan yang sedemikian pada setiap
halaman-halaman kitab. Kami juga telah memberi petunjuk
kepada pembetulan-pembetulan nota kaki melalui tanda
yang telah kami sertakan pada bawah teks matan.

PENERBITAN KITAB
Telah dicetak kitab ini di Amman, Jordan pada percetakan
tempatan. Proses penjilidannya (cover) pula telah dilakukan
oleh syarikat “<Q'
‫אد א‬W!ُ ” (Fouad Baayno) di Beirut, Lubnan.
Ianya adalah sebuah syarikat penjilidan yang terbaik di Timur
Tengah.

Sebagaimana telah dilakukan juga penjilidan dengan


penjilidan cetakan agung (menarik/indah) serta proses
tadzhīb (menghias kitab dengan emas tulin), dibuat juga
bekas-bekas kitab yang diperbuat dengan tangan (hand
made) daripada Kayu Oak bagi nuskhah yang dihadiahkan
kepada individu-individu kenamaan.

47
Dengan kurniaan Allāh , telah sempurna kerja-kerja
menerbitkan kitab ini, dan telah diterbitkan kitab ini dari
pihak ; The Royal Aal Al-Bayt Institute for Islamic Thought :
(;5ِ _َ (m ِ ِ ِ ِ ِ
ْ ِ ‫ ْכِ א‬Nْ
 ‫א
 َכ‬
َ nْ 'َ
ْ ‫"ل א‬
ُ ُ َ ( Wَ 5ُ ) Amman, Jordan pada
Jun 2005, selepas dua puluh lima (25) bulan proses kerja-kerja
ini dijalankan (bersamaan : dua tahun satu bulan).
Kemudian diterbitkan kini cetakan yang indah dengan cover
berwarna hitam sahaja dengan kertas yang berkualiti tinggi
(yang ada di tangan kita sekarang). Pihak yang menguruskan
pada cetakan yang baru ini ialah syarikat ;
“ ِKَ <
‫א‬ ِ ‫ر‬ ِ ِ ِ 0Nَ
‫ ” دאر א‬di Amman, Jordan.
 ‫א(אت َو‬
َ َ ّ
r ْ ُ َ
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Segala puji bagi Allāh Yang Maha Mulia lagi Maha Berkuasa ke
atas setiap sesuatu yang berkaitan dengan usaha-usaha
menerbitkan kitab ini. Begitu juga kami berterima kasih
kepada sesiapa yang bantuan pertolongannya, atau doanya,
atau kecintaannya kepada Baginda Nabi  menjadi sebab di
dalam kejayaan menzahirkan karya agung Al-Jazūlī yang kekal
(dijaga dan diberkati Allāh) ini di dalam versinya yang baru.
Mudah-mudahan Allāh  membalasi kalian semua dengan
kebaikan. Rahmat, kesejahteraan, dan keberkatan Allāh ke
atas Saiyyidinā Muḥammad selama mana disebut doa atau
perkataan atau huruf daripada Dalā’ilul-Khairāt sehinggalah
Allāh melenyapkan bumi dan sesiapa yang di atasnya. - Nuh
Keller ( ‫) ح כ‬
48
Syaikh Nūḥ Ḥā Mīm Keller (1954 - sekarang) - Jordan-based US Muslim.

Grand Mufti of Egypt Ali Gomaa (Left) listens to Jordan-based US Muslim Sheikh Nuh
Keller during the 14th General Conference of the Royal Aal al-Beit Institute for Islamic
Thought along the Dead Sea, 04 September 2007. Scholars and clerics gathered for the
conference entitled "Love in the holy Koran". - AFP - TAMAT -

TERJEMAHAN : RAJA MAHADI RAJA AHMAD | 10.07.2019 | +60137187147

49

Anda mungkin juga menyukai