Anda di halaman 1dari 3

Dalail Khairat

Ijazah Dalail Khairat dan Syarah Khas Maulidur Rasul

Ijazah Kitab Dalail Khairat Kitab Dalail Khairat adalah sebuah kitab yang sangat istimewa kerana ia
mampu menjulang Islam pada kedudukan yang tinggi. Kitab ini menjadi lambang umat Islam mengasihi
Nabi saw hingga umat Islam dihormati oleh orang bukan Islam. Dalail Khairat menjadi bukti betapa kita
mengasihi Rasulullah saw sebagaimana yang disebut oleh ulama, “Sesiapa yang mengasihi sesuatu maka
dia layak menyebut nama kekasihnya”.

Imam Abbas al-Mursi berkata, “Jikalah hilang ingatan aku kepada Rasulullah saw walau dalam sekelip
mata maka janganlah mengira aku sebagai umat Islam yang sempurna imannya”. Orang yang sentiasa
menghampirkan dengan Nabi saw ketika di dunia akan berada hampir dengan Nabi saw ketika di akhirat
kelak. Untuk membolehkan Nabi saw mengenal kita maka ucapkanlah salawat ke atas Nabi saw
sebanyak-banyaknya sebab malaikat akan menyampaikan salam kita kepada Rasulullah saw. Nabi saw
mempunyai ingatan yang sangat kuat. Baginda saw mempu mengingat ayat al-Quran dengan sekali
dengar sahaja maka sudah tentu Nabi saw boleh mengingat nama-nama orang yang mengucap salawat
keatasnya. Untuk itu, kita hendaklah sentiasa berusaha memasukkan nama kita dalam senarai orang-orang
yang pernah diperdengar atau disampaikan salawat kepada baginda saw.Sebagaimana ibubapa yang
mengasihi anak yang rajin menziarahinya atau menghubunginya maka begitulah juga dengan baginda
saw. Baginda saw akan mengasihi umatnya yang rajin atau sentiasa bersalawat kepadanya. Tidak
sepatutnya kita mempersembahkan amalan buruk kepada Nabi saw sehingga baginda terpaksa
beristighfar untuk kita sedangkan kita sepatutnya menjadi kebanggaan Rasulullah saw.

Rabiah al-Adawiyyah mengerjakan solat sunat sebanyak 1000 rakaat sehari semalam. Bila ditanya kenapa
beliau solat sebanyak itu, Rabiah menjawab, “Aku mahu Rasulullah saw berbangga dengan umatnya
apabila baginda saw berbual-bual dengan nabi lain. Baginda saw tentu akan bertanya kepada Musa as
samada umatnya ada atau tidak yang mampu mengerjakan solat sehingga 1000 rakaat. Jadi aku berusaha
hendak memastikan bahawa tiada seorang pun umat Nabi Musa as mampu menandingi umat Nabi
Muhammad saw. Tujuanku tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menggembirakan Nabi saw dengan
amal ibadah umatnya”.

Kita hendaklah menggembirakan Nabi saw. Jika kita tidak mampu menggembirakan Nabi saw jangan
pula kita membuatkan Nabi saw bersedih. Kita kena faham bahawa hubungan kita dengan Nabi saw tidak
terputus. Hubungan roh tidak pernah putus. Para masyaikh mempunyai hubungan khusus dengan Nabi
saw seperti bermimpi Nabi saw tatkala perasaan rindu terhadap Nabi saw begitu mencengkam. Perasaan
kasih itu kemudiannya akan mendatangkan rasa cemburu dan semangat untuk mempertahankan Nabi saw
dan agama Islam. Ada ulama yang memohon dipercepatkan ajal kerana terlalu rindu kepada Nabi saw.

Para ulama, wali Allah dan sahabat merasakan kematian itu adalah sesuatu perkara yang ringan dan
mudah. Mati seumpama hadiah. Ketika dalam keadaan nazak, Bilal al-Habsyi berasa sangat gembira
kerana akan berhimpun dengan para kekasihnya iaitu Nabi saw dan para sahabat yang telah
mendahuluinya walaupun isterinya merintih kasihan melihat Bilal di ambang maut. Sakaratul maut yang
pedih dan sakit itu bertukar menjadi sesuatu yang lazat bagi para aulia kerana tidak sabar hendak
berhimpun dengan Rasulullah saw dan para sahabat.

Kita perlu berusaha mencintai Rasulullah saw supaya kasih itu terpahat dalam benak hati kita. Salah satu
cara untuk membenihkan rasa cinta kepada Rasulullah saw ialah dengan memperbanyakkan salawat.
Sebab itulah para ulama menyusun pelbagai jenis salawat untuk memupuk rasa cinta kepada Nabi saw
secara berterusan.

Salah satu kitab salawat yang mahsyur ialah Dalail Khairat yang dibaca pada hari ini. Kata Asy-Syeikh
Abdullah as-Siddiq al-Gumhari, dua kitab yang paling mahsyur dibaca selain al-Quran dan Hadith ialah
Matan al-Ajrumiyyah[1] dan Dalail Khairat[2]. Kedua-dua kitab ini dibaca oleh orang awam dan
khawwas. Pada zaman dahulu, manusia berhimpun membaca kitab Dalail ini. Ada raja yang menulis kitab
ini dengan tinta emas dan mengarahkan rakyatnya membaca dan beramal dengan kitab ini.
Imam al-Jazuli menyusun kitab ini mengikut hari. Dengan cara itu, ia mengajar umat Islam agar
berdisiplin membaca salawat setiap hari. Kata Syeikh Abdul Qadir al-Talidi, “Sebelum kemunculan orang
Wahhabi, orang ramai berkerumun membaca kitab ini. Bila muncul puak ini, orang mula menjauhi kitab
ini”. Ini adalah satu musibah kerana orang tidak mengambil berat tentang bacaan salawat. Kata syeikh,
kita kena kuat menganjurkan majlis salawat dan menghimpunkan umat untuk membacanya. Kita kena
asaskan majlis salawat sehingga orang berasa lazat mendengarnya.

Tentang sanad dalam ijazah kitab ini, ahli sufi lebih menggemari dihubungkan kepada sanad yang
panjang. Bagi mereka semakin panjang sanad, semakin barokah hubungan dengan rantaian sanad itu
kerana mereka dihubungkan dengan ramai periwayat yang alim. Sementara bagi ahli hadith, mereka
cenderung kepada sanad yang pendek kerana sanad tersebut lebih diyakini. Syarah khas Maulidur Rasul
Yayasan Sofa Kata Hasan ibn Thabit, “Aku hairan melihat ramai orang-orang bijak pandai yang
mengengkari majlis maulid. Aku hairan melihat mereka yang ada aqal dan taraf kedudukan yang tinggi
dalam bidang keilmuan tetapi gagal melihat kecantikan Rasulullah saw dan tidak berdiri memuliakan
Nabi saw. Sayyid Abbas Alawi al-Maliki pernah menjadi duta membina kubah Sakhra di Palestin.
Ditaqdirkan Allah, beliau berpeluang menyaksikan sambutan Maulid yang diadakan secara besar-besaran
kerana pada masa itu bulan Islam adalah bulan Rabiul Awwal. Dalam satu majlis maulid yang
dihadirinya, beliau melihat ada seorang lelaki berdiri dari mula sehingga habis bacaan maulid. Maulid
yang dibaca ialah Maulid Barzanji. Sayyid Abbas berasa hairan melihat perbuatan lelaki itu lalu dia
bertanya setelah selesai majlis. Kata lelaki itu, “Sebelum ini, aku tergolong dalam kelompok orang yang
mengengkari amalan maulid. Sehinggalah pada satu malam, aku bermimpi berjumpa Nabi saw. Dalam
satu kumpulan maulid, semua ahli kumpulan itu berdiri menyambut Nabi saw sebaliknya aku menjadi
lumpuh. Nabi saw berkata kepadaku, “Engkau lumpuh sebab tidak berdiri menghormati aku.” Dengan
taqdir Allah, apabila aku bangun pagi, aku tidak dapat menggerakkan kakiku. Puas aku berubat ke sana
sini tetapi tidak berhasil. Sehinggalah pada satu hari, aku bernazar sekiranya aku pulih dari penyakit
lumpuh ini maka aku akan berdiri dari awal maulid hingga selesai. Pada sebelah malamnya, aku
bermimpi bertemu Nabi saw. Dalam mimpi itu, Nabi saw menyapu kakiku yang telah lumpuh. Esok pagi
dengan taqdir Allah, kakiku boleh bergerak semula. Semenjak dari itu, aku tidak lupa menunaikan
nazarku apabila menghadiri majlis maulid”.

Ketahuilah bahawa Rasulullah saw adalah cahaya. Sebab itulah jasad Rasulullah saw tidak mempunyai
bayang. Imam as-Suyuti menyebut bahawa Rasulullah adalah cahaya. Bahkan Nabi saw memohon
kepada Allah Ta’ala, “Jadikanlah aku cahaya, Ya Allah”. Apapun hakikat kenabian cahaya Rasulullah saw
terlalu luas untuk dimengerti oleh umatnya. Atas sebab itulah Imam Akbar, Ibn Arabi berkata,
“Sesungguhnya pengetahuan aku terhadap cahaya Rasulullah saw hanyalah sebesar lubang jarum sahaja.
Itu sajalah makrifah yang dikurniakan kepada aku”

Kitab Shalawat Dalail Al Khairat disusun oleh Imam al-Jazuliy. Nama lengkap Beliau adalah Abu
Abdillah Muhammad Ibn Sulaiman al-Jazuliy al-Simlaliy al-Syarif al-Hasani. Beliau dilahirkan di
Jazulah yaitu di Maroko, negeri Afrika.

Imam al-Jazuliy belajar di kota Fas yaitu sebuah kota yang cukup ramai yang terletak tak jauh dari Mesir.
Beliau belajar hingga menjadi sangat banyak menguasai ilmu yang bermacam-macam sehingga namanya
tersohor, kemudian Beliau menulis kitab yang berisi tentang shalawat “Dalail al-Khairat”. Beliau wafat
waktu melaksanakan shalat subuh pada sujud yang pertama (atau pada sujud yang kedua menurut satu
riwayat), tanggal 16 Rabiul Awal tahun 870 Hijriyah.

Sejarah Singkat Tersusunnya Kitab Dalailul Khairat

Suatu hari Beliau (Imam al-Jazuliy) akan mengambil air wudhu, namun tali timbanya putus, akhirnya
Beliau berusaha untuk mencari tali pengganti. Karena begitu dalamnya sumur setiap tali yang ia masukan
ke dalam sumur, tali itu tidak pernah sampai, sehingga membuatnya bingung.

Namun tiba-tiba ada seseorang yang datang kemudian meludah di sumur itu dan begitu mudahnya orang
itu mengambil air dengan tangannya sendiri, karena setelah sumur itu ia ludahi seketika air yang ada di
dalam sumur itu naik ke atas dengan sendirinya. Kemudian Syekh Jazuliy bertanya, ”Dengan apakah
engkau memperoleh karomah ini?”, jawabannya; "Karena saya memperbanyak membaca shalawat
kepada Nabi Muhammad S.a.w".

Kemudian Syekh Jazuliy bersumpah akan menyusun sebuah kitab yang berisi tentang shalawat. Akhirnya
setelah Beliau melakukan Riyadhoh dan Uzlah selama 41 tahun, maka Beliau dapat menyusun kitab
Dalailul Khairat ini.

Anda mungkin juga menyukai