Anda di halaman 1dari 21

PENGAJIAN ULUM

AL-QURAN
KONSEP ILMU DALAM PEMAHAMAN AL-
QURAN

- Ulum - asal perkataan ilmu atau ilmu-ilmu

- Al-Quran Qaraa bererti baca.


Iaitu kalam Allah atau kitab yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui
perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa arab
dengan keterangan dan maknanya yang tepat,
diriwayat secara mutawatir dan membacanya
suatu ibadah bermula daripada surah al-Fatihah
dan berakhir dengan surah an-Nas.
Merupakan kitab terakhir diturunkan pada malam 17
Ramadhan.

Nama lain al-Quran al-Furqan (pembeza), al-tanzil


(yang diturunkan), al-zikr (peringatan), al-Kitab (satu
kitab)

Gelaran al-Quran nur (cahaya), huda (petunjuk),


rahmah (pemberi kerahmatan), majid (agung), mubarak
(yang diberkati), bashir (pemberita berita gembira), nazir
(pemberi peringatan)

Mengandungi 114 surah, 30 juzuk, diturunkan di Mekah


(ayat makkiyah) dan di Madinah (ayat madaniyyah)
PERTUMBUHAN ULUM AL-QURAN

Generasi sahabat orang yang paling


mengetahui dan menguasai uslub bahasa
Arab.

Mendapat bimbingan terus dari Rasulullah


untuk memahami ayat al-Quran.
Contoh:



Al-Anam:82
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan
kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah
orang-orang yang mendapat petunjuk




Luqman: 13
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran
kepadanya: Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya
mepersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar
Keadaan berbeza selepas kewafatan Rasulullah SAW
terutamanya selepas pemerintahan Khalifah Umar al-
Khattab diikuti khalifah Uthman, Ali, Bani Umayyah dan
Abbasiyyah.
Perkembangan Islam di tempat yang berbeza dalam
kalangan pelbagai bangsa, bahasa dan budaya.
Lahir berasaskan keperluan pembukuan al-Quran dan
menyusun pendekatan pengkajian al-Quran.
Justeru lahirlah pelbagai ilmu
berkaitan al-Quran (ulum al-
Quran) antaranya Ilmu:
i. al-Rasm al-Quran (al-Uthmani)
(ilmu membuku dan menyelaraskan
tulisan dan bacaan al-Quran secara
sistematik)
ii. Irab al-Quran dibina oleh Abu
Aswad al-Duwali
(kaedah bagi memelihara keaslian
bahasa Arab)
Muncul abad ke 3 hijrah
iv. Asbab al-Nuzul
(ilmu membincangkan sebab-sebab
ayat al-Quran diturunkan)
v. Makki Wal Madani
(membincangkan asal ayat atau
surah diturunkan samada di Mekah
atau Madinah)
vi. Nasikh Wal Mansukh
(Membincangkan ayat-ayat yang
telah dimansukhkan samada bacaan
atau hukumnya)
vii. Gharib al-Quran abad ke 4 hijrah
(membahaskan maksud perkataan-
perkataan yang ganjil yang tidak
biasa digunakan dalam percakapan
biasa)
viii. Qiraat abad ke 5 hijrah
(ilmu kaedah-kaedah membaca al-
Quran)
Muncul abad ke 6 dan
seterusnya
ix. Badaul Quran
(membincangkan pelbagai jenis
keindahan makna dan
perumpamaan di dalam ayat-ayat al-
Quran)
x. Hujajil Quran
(membincangkan hujah-hujah dan
dalil-dalil yang digunakan di dalam
ayat-ayat al-Quran)
xi.Aqsam al-Quran
(membincangkan kata-kata sumpah
Tokoh-tokoh terawal ilmu-ilmu Al-Quran

Kalangan sahabat; Khulafa Al-Rasyidin, Ibnu


Abbas, Ibnu Masud, Zaid bin Thabit,Ubay bin
Kaab, Abu Musa al-Asyari dan Abdullah Ibn Zubair
Kalangan Tabiin; Mujahid, Ata ibn Jasar, Ikrimah,
Qatadah, Hassan al-Basri, Said bin Jubair dan Zaid
bin Aslam
Kalangan Tabi Tabiin; Malik bin Anas
Kemunculan kitab al-Burhan fi Ulum al-Quran karangan
Ali Ibn Ibrahim Ibn Saad al-Hufy menjadi titik awal
munculnya istilah Ulum al-Quran.

Jika al-Quran dikaji dengan teliti, wujud 77450 jenis ilmu


berdasarkan perdaraban semua kalimah dalam ayat al-
Quran dengan 4 aspek: zahir, batin, makna sebenar dan
kata terbitan.
SEJARAH PEMBUKUAN AL-QURAN
Peringkat awal, penulisan wahyu di atas pelepah
tamar, kulit binatang, tulang-tulang dan batu secara
tersusun mengikut susunan ia diturunkan.

Ramai penghafaz al-Quran terbunuh selepas


kewafatan Rasulullah, khususnya semasa
peperangan Yamamah, Umar al-Khattab
mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar
membukukan al-Quran dalam satu mashaf.
Zaid bin Thabit telah melaksanakan
tugas dengan baik sehingga berjaya
mengumpulkan semua tulisan wahyu
ke dalam satu mashaf.
Mashaf diserahkan kepada Saidina
Umar r.a.
Apabila beliau meninggal dunia
mashaf diletakkan di bawah jagaan
Saidatina Hafsah.
Mashaf ini menjadi asas bagi
penulisan mashaf yang standard dan
seragam semasa pemerintahan
Semasa pembukuan Saidina Uthman
memelihara perbezaan bacaan.
Mashaf telah disalin dalam beberapa
salinan oleh Zaid bin Thabit, Abdullah bin
Zubair, Saad bin al-As dan Abd Rahman
bin al-Haris.
1 naskah disimpan oleh Saidina Uthman
dan bakinya dihantar ke seluruh pelusuk
dunia.
Bagaimanapun ayat al-Quran
dalam mashaf Uthmani ini pada
awalnya tidak mempunyai titik
dan baris.
Masalah timbul apabila lebih
ramai orang bukan Arab
menerima Islam.
Keperluan untuk meletakkan titik
dan baris bagi membolehkan al-
Quran dibaca.
Peringkat meletakkan titik
dan baris pada ayat al-
Quran:
i. Meletakkan titik. Dilakukan oleh
Abu Aswad al-Duwali pada
zaman Khalifah Muawiyah.
ii. Meletakkan titik bagi
membezakan huruf. Oleh Nasir
bin Asim dan Yahya bin Yamur
pada zaman Abdul Malik bin
Marwan
iii. Meletakkan tanda baru;
huruf ( ) waw kecil di atas- baris
hadapan
huruf alif kecil tanda baris atas
huruf ya kecil- tanda baris bawah
huruf ha- tanda sukun
huruf kepala ain- hamzah
Oleh Al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi.
PENGAJARAN UTAMA DALAM AL-QURAN

- Konsep ketauhidan atau ketuhanan kepada Allah.


- Menjelaskan tentang konsep ketuhanan iaitu
hanya Allah yang patut disembah.
- Menjelaskan dan menekankan tentang kehebatan
Allah serta sifat Maha Pengasih dan Maha Pemurah.
- Menjelaskan tanggungjawab manusia sebagai
khalifah Allah.
- menjelaskan prinsip moral sebagai panduan
kehidupan manusia.
- Ketaatan manusia akan dibalas di dunia dan
dijanjikan syurga semasa di akhirat kelak.
KEISTIMEWAAN AL-QURAN
- Merupakan panduan dalam semua aspek
kehidupan m anusia.
- Menjadi sumber pelbagai jenis pengkajian.
- Orientalis-orientalis barat yang mengkaji Islam
mengakui al-Quran kitab paling hebat.
- Beriman kepada kitab-kitab juga salah satu
rukun iman.
- Sumber rujukan dan panduan hidup.
- Meliputi peraturan dan undang-undang Allah.
- Sumber pengetahuan, kepercayaan dan
amalan yang benar bagi manusia.
- Tidak berubah walaupun satu kalimah.
- Merupakan mukjizat berbentuk maknawi.

Firman Allah, maksudnya: Ia menurunkan


kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (al-
Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang
mengesahkan isi Kitab-Kitab Suci yang telah
diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga
yang menurunkan Kitab-Kitab Taurat dan Injil
(Ali Imran:3)

Anda mungkin juga menyukai