Anda di halaman 1dari 33

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH PENGENALAN RENDAH] BMM 3106

Murid-murid sekolah rendah merupakan aset negara pada masa hadapan bagi meneruskan kesinambungan bangsa dalam memajukan negara menjelang Wawasan 2020. Walau bagaimanapun, wujudnya jurang pemisah dalam membangunkan generasi muda dalam keseimbangan potensi individu. Penekanan dalam konsep kepelbagaian kecerdasan serta perbezaan individu murid menjadikan pendidikan pemulihan sebagai pilihan dalam membantu mereka agar berjaya mencapai matlamat kehidupan dan kejayaan sistem pendidikan di negara ini. Sehubungan itu, pemulihan merupakan satu pendekatan yang berbeza daripada kelas biasa dalam sistem persekolahan kebangsaan. Pendidikan pemulihan berfokuskan objektif memulihkan sesuatu kekurangan atau sesuatu kecacatan dalam membentuk kemahiran pembelajaran murid. Permasalahan murid-murid lembam amat merisaukan bukan sahaja ibu bapa tetapi juga masyarakat dan kerajaan. Masalah pencapaian yang rendah atau masalah pembelajaran murid kebiasaannya dipengaruhi oleh faktor psikologi, biologi dan persekitaran (Roselan 2003). Banyak definisi yang telah dinyatakan oleh para ilmuan.Antaranya, menurut Albewhite (1977), yang mengatakan pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan gangguan emosi. Beliau menegaskan bahawa: By remedial teaching is meant teaching which is based in a different diagnosis whichforms the basisfor scientific remedial procedures. Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1983 ), berpendapat pemulihan ialah satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus

Page 1

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Menurut Ishak Harun & Koh Boh Boon (1983), Pemulihan ialah perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalahmasalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa.

ISU UTAMA PENDIDIKAN PEMULIHAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH

Isu utama dalam pendidikan pemulihan Bahasa Melayu terutama sekali di sekolah rendah ialah masalah membaca. Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya 2005). Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung kepada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman membaca. Masalah membaca dalam kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pelajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah .
Page 2

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 Masalah bacaan dalam kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum. Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya kepada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah. JENIS MASALAH BACAAN

Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman.Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut: a) Membuang/Meninggalkan (omission). Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut uah , kering disebut kerin . Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai Buku itu tebal. Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti mengandungi disebut mengandung dan sebagainya.

b) Ulangan (repetition). Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.

Page 3

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 c) Gantian (substitute) Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ladang disebut lalang. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat.

d) Tambahan (insertion) Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya buah disebut buwah. Manakala penambahan perkataan berlaku seperti berikut; Saya suka makan rojak. dibaca sebagai Saya sangat suka makan rojak. e) Pembalikan (reversals) Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang. Contohnya ,bala disebut laba, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya, contoh: Dia makan nasi dibaca sebagai Dia nasi makan, dan begitu juga dengan pembalikan frasa.

f) Tidak kenal huruf Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna. g) Salah sebutan Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan. Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna
Page 4

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah seperti berikut:
i.

Membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan.

ii. iii.

Bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar. Teragak-agak (hesitation) bacaannya. bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut

sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan

iv.

Membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan. Membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak.

v. vi.

Menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca. Tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut dahi, menggeleng kepada dan sebagainya.

vii. viii. ix. x.

Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau blurring. Kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan. Cuba mengelak daripada aktiviti membaca. Tidak boleh membaca langsung. Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh

murid-muridnya

kerana

tingkah

laku

tersebut

menunjukkan

murid

berkenaan

menghadapi masalah dalam bacaan.

Page 5

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH MASALAH-MASALAH DALAM MEMAHAMI BACAAN RENDAH] BMM 3106

Selain masalah bacaan nyaring, kanak-kanak juga menghadapi masalah memahami apa yang dibaca. Masalah tidak memahami isi bahan bacaan tentu akan mengganggu proses pembelajaran murid berkenaan. Guru dapat mengesan masalah memaham di kalangan muridnya berdasarkan pemerhatian dan juga melalui aktivitiaktiviti soal jawab, kuiz, menceritakan semula, merumus petikan, dan sebagainya. Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah:
i.

Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya,

ii.

Tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat Panjatlah lagi pokok itu. yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok.

iii.

Gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca.

iv.

Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca.

v. vi.

Gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca. Tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca.

vii.

Tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.

Page 6

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106

Punca masalah membaca adalah rumit YANG dan sukar hendak ditentukan secara 2. PUNCA-PUNCA ATAU FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN MASALAH khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca BACAAN masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu :
i.

Faktor Fizikal. Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius).

ii.

Faktor Kognitif dan Bahasa. Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.

iii.

Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan. Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan
Page 7

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.

3. CARA MENGATASI MASALAH BACAAN DALAM STRATEGI PENDEKATAN, Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca murid-muridnya dan KAEDAH, TEKNIK SERTA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN seterusnya menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera. Berbagai-bagai YANG SESUAI. kaedah dan teknik mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar

Page 8

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 bacaan. Kaedah dan teknik mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca murid. Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang telah kita pelajari dan kita gunakan untuk membantu murid yang tidak dapat membaca dengan baik. Sebenarnya semua kaedah dan teknik itu boleh digunakan dengan berkesan Semuanya bergantung kepada cara kita merancang strategi pengajaran dan melaksanakannya ke atas murid berkenaan. Perkara terpenting adalah murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi mantap. Kemahiran-kemahiran yang dikuasai ini kelak akan membantu mereka menguasai kemahiran bacaan seterusnya

KAEDAH MENGAJAR

Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya KAEDAH ABJAD / bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana penerimaan KAEDAH VAK HURUF seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar KH adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat beberapa kaedah mengajar bacaan dalam Bahasa Melayu yang sesuai AS dengan binaan perkataan Bahasa Melayu yang terbentuk melalui gabungan suku kata.

KAEDAH PANDANG SEBUT

KAEDAH FONIK / BUNYI

KAEDAH GABUNGAN BUNYI-KATA

AN CA BA

PE LI

MU HA N BA CA AN

KAEDAH PELBAGAI DERIA - VAKT

KAEDAH FEMALD

Page 9

KAEDAH GILLINGHAM

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106

3.1 Kaedah Mengajar Bacaan a. Kaedah Abjad / Huruf Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

Page 10

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 Contoh: i. Memperkenalkan huruf ( a z ) ii. Memperkenalkan huruf vokal ( a, e, i, o, u ) iii. Menggabungkan huruf konsonan dan vokal ( ba, be, bi, bo, bu ) iv. Membentuk perkataan daripada suku kata (ba + tu = batu ) v. Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah. Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.

b. Kaedah Pandang Sebut / Kaedah Seluruh Perkataan Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris.Namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya. Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.
Page 11

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak

menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].

c. Kaedah Fonik / Bunyi Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ]. [ b ] + [ a ] = [ ba ] [ t ] + [ a ] = [ ta ] [ ba ] + [ta ] = [ bata ]

d. Kaedah Gabungan Bunyi Kata ( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )

Page 12

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory). Contoh : i. ii. iii. iv. v. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf. ( a ) Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf. uru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf. vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf (terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar). vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu

Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan latih/tubi berikut : i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan). ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja). Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.
Page 13

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106

3.2 Kaedah Khas Pemulihan Bacaan

Terdapat segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang serius dan memerlukan kaedah bacaan khas untuk mengajar mereka seperti kanak-kanak Disleksia, kanak-kanak pemulihan, dan kanak-kanak berkeperluan khas (PKBP). Antara kaedah bacaan yang akan dibincangkan dalam bahagian ini adalah seperti kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham, dan semua kaedah ini digolongkan sebagai pendekatan kinestetik.(Margaret, Lynne, Janet, 1989).

a. Kaedah VAK Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya. Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar : i. Memerhati perkataan yang hendak dipelajari. ii. Menyebut perkataan itu. iii. Cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya. iv. Membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal. Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul.

Page 14

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106

b. Kaedah Membaca Pelbagai Deria VAKT (Multisensory Reading Method) Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud; V - visual (penglihatan) A audio (pendengaran) K - kinesthetic ( pergerakan ) T - tactile ( sentuhan)

Kaedah ini berpegang kepada prinsip rangsangan dalam pembelajaran dan berdiri atas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah pengajaran adalah sepeerti berikut: i. ii. iii. iv. Kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan. Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10 ( menggunakan krayon ). Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu. Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain. v. Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah :
Lihat huruf (V) Dengar guru sebut huruf (A) Page 15

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106


Menyebut huruf (A) Dengar huruf yang disebut (A) Rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K) Rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T) Lihat pergerakan tangan semasa tracing (V) Dengar

sendiri

huruf

yang

disebut

semasa

membuat

surihan (A) Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.

c. Kaedah Fernald Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu. Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu: i. ii. iii. iv. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi, Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi, Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan, dan Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.

Page 16

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 Peringkat Peringkat 1: Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas.
Pelajar surih huruf-huruf dengan jari (T K) sambil menyebut dan mendengar

pengajaran

dalam

kaedeah

Fernald

adalah

seperti

berikut:

sebutan perkataan itu . Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V) . Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh. Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.

Peringkat 2:
Pelajar tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang

guru tulis, menyebut,

dan menulis perkataan tersebut.

Pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.

Peringkat 3:
Pelajar belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus

daripada perkataan- perkataan bercetak (teks).


Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh

membaca daripada buku. Peringkat 4:


Page 17

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106


Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya

dengan perkataan- perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari. Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca. Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa pelajar dan kaedah VAKT. Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi iaitu: i. Kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan. ii. Keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan. iii. Hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia, murid pemulihan, dan murid PKBP.

d. Kaedah Gillingham Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970 an difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkahlangkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun (minimum).

Page 18

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 Kaedah Gillingham menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya. Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf huruf. Enam kesatuan asas itu adalah seperti berikut: i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan denga bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu. ii. A-V (Auditory-Visual). Bunuyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja. iii. A-K (Auditory Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis. iv. K-A (Kinesthetic Auditory). Tangan murid didibantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut. v. V-K (Visual Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis. vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf.

Langkah-langkah pengajaran; Langkah 1:


Dengan menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid.

Page 19

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106


Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru. Apabila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya.

Soalan guru , Apakah bunyi huruf ini? Langkah 2: Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf.

Soalan guru, Berikan nama huruf yang bunyinya [ ] . Guru menggunakan strategi ejaan lisan.

Langkah 3: Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya. Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu.
Guru

mula

memperkenalkan

tulisan

sambung.

Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun huruf- huruf menjadi perkataan. Sebagai rumusan, semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan kelemahan bacaan pelajarnya, mengenal pasti punca masalah, dan cuba membantu mereka membina kemahiran membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk.

3.3 Kesimpulan
Page 20

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 Keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berke[perluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut. 3.4 Rumusan i. Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman. ii. Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan. iii. Guy L.B. dan rakan-rakannya (1989) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu faktor fizikal, faktor kognitif dan bahasa, dan faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan. iv. Murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi mantap.

Page 21

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 v. Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak

berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah berbeza antara satu sama lain. vi. Kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham digolongkan sebagai pendekatan kinestetik dan hanya digunakan untuk mengajar bacaan bagi kanak-kan ak yang mengalami masalah bacaan yang teruk.

Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

4. RPH BAHASA MELAYU TAHUN 4 DENGAN MENGAPLIKASIKAN AKTIVITI Tahun : 4 Budiman Tarikh Masa Bilangan Murid Tema Tajuk Fokus Utama PEMULIHAN DAN PENGAYAAN. : 12 September 2012 : 08.30 pagi hingga 09.30 pagi ( 60 minit ) : 25 orang murid : Keluargaku Sayang : Keluarga Bahagia :

1.1 Aras 1 (i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau dilihat atau dibaca.
Page 22

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 8.2 Aras 1 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. Fokus Sampingan :

5.2 Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Hasil Pembelajaran : Diakhir pengajaran ini murid-murid dapat :


1. Berbual tentang perkara yang dialami. .

2. Membina lima ayat tunggal dan lima ayat majmuk. Sistem Bahasa : 1. Tatabahasa ( ayat tunggal dan ayat majmuk) 2. Sebutan dan intonasi Pengisian Kurikulum : a. Ilmu b. Nilai Murni : Pendidikan Moral. : Kasih sayag , bekerjasama

c. Kemahiran Bernilai Tambah : 1. Kemahiran berfikir ( menjana idea ) 2. Kederdasan pelbagai ( muzik )
3. Pembelajaran Kontekstual ( pengalaman sedia ada )

Pengetahuan Sedia Ada

: Setiap murid mempunyai pengalaman tersendiri dalam keluarga masing-masing.


Page 23

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 Bahan Bantu Mengajar : Power point ( gambar) Petikan Lembaran kerja Alat Bantuan Mengajar : Komputer riba LCD

LANGKAH / MASA Set Induksi ( 5 minit )

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

CATATAN

1.Keluarga bahagia. 2.Soalan : Apa yang kamu lihat? Apakah cirri-ciri keluarga bahagia.

1.Guru mempertontonkan tayangan video tentang Keluarga Bahagia. 2.Guru bersoal jawab berdasarkan tayangan video yang dilihat. 3.Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

P : Kontekstual Nilai :Kasih saying BBM : Video Keluarga Bahagia

Page 24

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 Langkah 1 ( 10 minit ) 1.Guru memperdengarkan rakaman cerita seorang murid yang hidup dalam keluarga bahagia. 2.Murid bercerita tentang keluarga masing-masing. P : Kontekstual BBM : Rakaman cerita.

Langkah 2 ( 20 minit )

Ayat Tunggal : Satu Subjek + Satu Predikat Ayat Majmuk : Satu/Lebih Subjek + Satu/Lebih Predikat

1.Guru mengagihkan petikan kepada setiap murid. 2.Murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang sesuai berbantukan guru. 3.Guru dan murid-murid bersoal jawab berdasarkan isi petikan tersebut. 4.Guru membimbing murid-murid mengkategori ayat-ayat tunggal dengan ayat majmuk. 5.Murid membaca ayat-ayat tunggal dan majmuk yang telah

KP : Verballinguistik. KB : Mengkategori BBM: Petikan cerita Powerpoint ( ayat tunggal & majmuk)

Page 25

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 digarisi.

Langkah 3 (10 minit )

1.Guru menayangkan gambargambar keluarga bahagia. 2.Murid membina ayat tunggal dan majmuk berdasarkan gambar. Guru menyemak kerjakerja murid.

KB : Menjana idea Nilai : Kasih sayang BBM : Powerpoint (gambar keluarga bahagia)

Langkah 4 (10 minit)

1.Bahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pemulihan dan kumpulan pengayaan. 2.Bagi kumpulan pemulihan bimbing murid membina ayat tinggal dengan mengasingkan subjek dan predikat berpandukan gambar.

KB: menjana idea Nilai : Bekerjasama BBM : Lembaran kerja.

Page 26

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 Kumpulan pengayaan,muridmurid membina ayat majmuk. Penutup (5 minit ) 1.Guru dan murid-murid menyanyikan lagu keluarga bahagia. 2.Murid membuat rumusan isi pelajaran yang dipelajari. KB : Merumus KP :Muzik

REFLEKSI PENGHASILAN KERJA KURSUS REFLEKSI : JASLAN BIN JEMAIN Assalmualaikum . Dengan nama Allah S.W.T., saya mulakan refleksi saya ini .Tanpa rahmat dan izin-Nya adalah mustahil bagi saya untuk menyiapkan kerja kursus Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu SR ( BMM3106 ) bagi semester tiga ini. Saya amat berterima kasih kepada barisan pensyarah yang telah memberi tugasan berbentuk kerja kursus . Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami dengan lebih mendalam masalah pembelajaran yang dihadapi oleh muridmurid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Selain itu juga,saya dapat mengetahui beberapa pendekatan,kaedah dan strategi untuk mengatasi masalah ini.Akhirnya saya telah dapat mengaplikasikan segalanya dalam RPH dan seterusnya di dalam bilik darjah.

Page 27

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 Tentunya kerja kursus ini memberi cabaran kepada diri saya.Hal ini demikian kerana saya bukan seorang pelajar sepenuh masa , malah saya seorang pendidik yang diamanahkan untuk menyediakan murid-murid saya yang akan menghadapi peperiksaan UPSR yang tidak lama lagi.Tugas-tugas wajib saya di sekolah dan juga di luar sekolah sudah tentulah menjadi salah satu faktor pergerakan saya terbatas. Selain kekangan masa , pada mulanya saya amat sukar untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan terutamanya bahan-bahan cetak (buku rujukan).Untuk saya membuat rujukan di Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn,Batu Pahat Johor mungkin amat sukar kerana kekangan masa juga jarak yang agak jauh.Di sekolah, kemudahan pusat sumber tidaklah dapat membantu saya kerana buku-buku rujukan hanyalah berfokuskan kepada ilmiah tahap kanak-kanak. Alhamdulilah, saya bersama rakan saya telah mencuba sedaya upaya untuk membahagikan masa dengan sebaiknya .Dengan berkat kesabaran kami dan izin-Nya serta bantuan daripada pelbagai pihak terutamanya sokongan moral daripada Dr.Hussin bin Sarif, akhirnya kami dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Semasa membuat tugasan ini, alhamdulilah banyak rujukan yang kami peroleh berupa bahan cetak mahupun internet. Saya juga amat berterima kasih kepada pensyarah subjek ini iaitu Dr.Hussin bin Sarif telah banyak memberi motivasi serta sumber inspirasi kepada kami.Pada awalnya beliau telah menerangkan tentang pengisian kerja kursus tersebut.Dengan penerangan itu kami mulai nampak apa yang perlu kami buat. Tempoh masa yang mencukupi untuk menyiapkan juga memberi impak kepada kami untuk menyediakan dan menyiapkan kerja kursus yang semampunya.
Page 28

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 Kesimpulannya, dapat saya katakan di sini bahawa tugasan kerja kursus projek pada kali ini banyak memberi manfaat dan banyak pengalaman baharu yang saya peroleh.Insaalah saya akan aplikasikan sebaik mungkin di dalam kelas saya . Akhir kata, terima kasih sekali lagi saya rakamkan kepada pensyarah kursus,rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang terlibat membantu saya menyiapkan kerja kursus projek ini, tidak kiralah secara langsung atau tidak langsung. Sekali lagi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami hulurkan buat Dr.Hussin bin Sarif. Mogamoga segala hasil usaha kami ini menerbitkan respon yang terbaik daripada pihak tuan. Terima kasih. ........................................ ( JASLAN BIN JEMAIN )

PN NORAISHAH BINTI SAKDAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera..Syukur Alhamdulillah, berkat doa dan izin-Nya maka dapatlah saya menyiapkan kerja kursus untuk Subjek Pengajaran Pengayaan dan Pemulihan (BMM3106). Di ruang ini juga, tidak saya lupakan pensyarah Dr Hussin bin Sarif yang membimbing, memberi tunjuk ajar dan sentiasa bersabar dengan tingkah laku anak didik beliau yang penuh dengan kepelbagaian karenah masing-masing. Tidak lupa juga kepada Cikgu Jaslan yang telah memberikankan kerjasama untuk menyiapkan kerja kursus ini. Sepanjang saya melaksanakan kerja kursus ini, banyak pengalaman dan ilmu serta kemahiran baru yang dapat saya peroleh dan timba. Saya sedar bahawa sebagai seorang pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan dicari sebanyak mungkin. Oleh itu, melalui kursus ini secara tidak langsung saya dapat mengumpul dan menyimpan sebanyak bahan yang boleh sebagai simpanan dan bekalan saya nanti untuk dijadikan sebagai bahan bantu pengajaran. Walaupun tugasan kali ini, melibatkan
Page 29

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 dua orang untuk satu tugasan, tetapi dengan adanya komitmen antara saya dan Cikgu Jaslan, akhirnya kerja kursus ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kami sering berbincang tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan di sekolah saya dan Cikgu Jaslan dan kami telah mengambil keputusan untuk memilih kemahiran membaca sebagai fokus utama kajian kami. Saya sedar bahawa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang pelbagai, menarik serta menyeronokkan murid terutama bagi murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan. Melalui kursus ini, secara tidak langsung, saya dapat belajar bagaimana untuk membina bahan yang menarik untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama bagi murid pemulihan. Melalui kerja kursus yang disediakan, amat menginsafkan saya bahawa murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah, amat memerlukan perhatian dan bimbingan terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas. Mereka juga ingin berjaya dan peling diharapkan murid-murid ini mendapat peluang meneruskan

pelajaran mereka seperti murid-murid biasa.

Walaupun terdapat kekangan masa antara melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik dan juga sebagai seorang pelajar di PPG, saya jadikan ini sebagai rencam kehidupan yang perlu dilalui untuk mencapai cita-cita menjadi seorang pendidik yang berilmu dan menjadi contoh kepada anak-anak yang semuanya sedang belajar bahawa usia bukan penghalang seseorang untuk mencapai kejayaan.
Page 30

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106

Secara tuntasnya, dapatlah saya simpulkan bahawa kursus ini memberi ruang serta peluang kepada saya untuk menimba sebanyak mungkin kemahiran teknologi untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kursus ini juga dapat meningkatkan kemahiran yang dapat membantu serta mempermudahkan proses penyampaian pengajaran di dalam kelas kelak. Akhir kata, segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki dapat terus dikembangkan dan digunakan semaksimum yang mungkin serta diaplikasikan di sekolah. InsyaAllah, sekian.

Terima kasih.

........................................ (NORAISHAH BINTI SAKDAN)

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS


NAMA PELAJAR MATA PELAJARAN KUMPULAN : : : JASLAN BIN JEMAIN NORAISHAH BINTI SAKDAN BMM3106 BM1 DR HUSSIN BN SARIF T/TANGAN
Page 31

PENSYARAH PEMBIMBING : MINGGU

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106 Pertama Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran. Perbincangan dengan kumpulan dan pembahagian tugasan.

Kedua, ketiga dan keempat

Mencari bahan di internet, buku dan sesi soal jawab dengan guru pemulihan.

Kelima -

Perbincangan dengan pensyarah. Mengolah bahan yang diperoleh Menaip dan menyiapkan tugasan. Menyiapka tugasan dan aktiviti membinding. Tugasan di hantar kepada pensyarah. BIBLIOGRAFI

Chua Tee Tee & Koh Boh Bon. 1992. Pendidikan Khas dan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Buku Panduan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas. Syed Abu Bakar Syed Akil, (1997)., Bimbingan khas perkhidmatan pendidikan pemulihan. Kuala Lumpur : DBP Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1 Malay Language Education Journal (MyLEJ) http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-12_Rasid_UPM.pdf

Page 32

[PEMULIHAN & PENGAYAAN BM SEKOLAH RENDAH] BMM 3106

http://irene-masalahpendengarandanpertuturan.blogspot.com/

http://wasilahpendidikankhas.blogspot.com/2011/05/masalah-pengajaran-bahasadalam.html http://catatannota.blogspot.com/2012/02/tajuk-3-kaedah-teknik-pengajaran.html

http://www.saujana.sg/portals/0/bahan%20pengajaran/pemulihan.pdf http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-12_Rasid_UPM.pdf

Rujukan Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman

Malaysia Sdn. Bhd.

Page 33

Anda mungkin juga menyukai