Anda di halaman 1dari 22

Membina daya kreatif kanak-kanak

Membina daya kreatif kanak-kanak DAYA kreatif bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan. Daya kreatif paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka. Bagaimanapun, jika ibu bapa ingin menanamkan daya kreatif ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreativiti dan kepintaran. Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi. Sebagai guru, ibu bapa atau penjaga, mereka boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreatif . Tugas membesarkan anak-anak yang kreatif adalah lebih mudah daripada yang disangkakan. Ibu bapa hanya perlu memberikan sedikit galakan dan peluang untuk mereka mendapat kebebasan untuk bertindak dan bersuara. Ibu bapa boleh menyediakan pelbagai jenis bahan untuk mainan kreatif anak seperti alat-alat lukisan, pakaian lama, plastisin dan doh mainan buatan sendiri, blok binaan atau kotak, dan sebagainya. Ibu juga boleh membacakan buku untuk anak-anak dan menggalakkan mereka membaca. Tunjukkan kepada mereka bahawa membaca adalah kegiatan yang menyeronokkan. Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan idea untuk mendorong mereka memulakannya. Ada kanak-kanak yang mungkin gemar melukis objek, orang atau haiwan yang mereka lihat. Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan kemahiran pemerhatian atau pengamatan mereka. Jangan galakkan mereka melukis watak-watak kartun popular. Sebaik-baiknya, galakkan kanakkanak mencipta atau melukis watak mereka sendiri. Secara umum, elakkan aktiviti-aktiviti seni membabitkan langkah demi langkah yang membawakan hasil yang boleh diramalkan. Gunakan bahan-bahan berlainan untuk aktiviti-aktiviti lama. Sebagai contoh, semburkan krim pencukur pada cermin tingkap atau ke atas meja dan biarkan mereka melukis dengan jari. Atau, warnakan beras dengan menggunakan pewarna makanan dan biarkan mereka cuba membuat koolam. Atau, izinkan mereka menggunakan selimut, kerusi dan kotak untuk membuat istana. Galakkan mereka memikirkan sesuatu dengan sendiri. Ibu bapa seharusnya menyokong idea atau ciptaan mereka - bukan mengkritik atau cuba membetulkan rupa atau bentuk hasil kreatif mereka. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang sangat kreatif biasanya lahir daripada keluarga yang mengenakan terlalu sedikit peraturan penting tetapi bermakna. Pakar pendidikan awal Itali, Loris Malaguzzi yang menulis dalam The Hundred Languages of Children berkata, kreativiti lahir daripada pelbagai pengalaman. Ia disertakan dengan pembangunan sumber peribadi yang mendapat sokongan, termasuk kebebasan untuk meneroka luar daripada batas pengetahuan.

Dalam usaha untuk meningkatkan daya kreatif anak-anak, tugas ibu bapa ialah untuk membantu mereka mendaki gunung mereka sendiri, setinggi yang terdaya. Tiada sesiapa yang dapat melakukan lebih daripada itu. - Artikel ini dibawakan oleh Walls Paddle Pop - jenama aiskrim keluaran Unilever (M) Holdings. macademia posted at 4-8-2006 14:57 Mac gemar biarkan anak2 berkreatif dgn alatan seni..... alhamdullillah sekolah sekarang juga memberi ruang utk pelajar2nya kreatif melalui matapelajaran pendidikan seninya, pendidikan seni bukan hanya setakat melukis dan mewarna dgn crayon dan water colour....... mereka gunakan bahan2 buangan, barangan hidupan semulajadi, etc...... Syd posted at 2-10-2006 15:25 yang nih via email (e-group) [quote]3 Ciri Anak Kreatif assalamualaikum, hari ni kita sembang pasal anak2 kita pulak yeacalah manalah tau kita dapat menonjolkan potensi anakanda2 kita. 1. Spontan 2. Rasa ingin tahu 3. Tertarik pada hal-hal yang baru Jika diperhatikan pada tiga perkara tersenarai diatas, mesti kita akan mendapati bahawa semua ciri itu ade pada anakanda kita. Ke tak perasan? He he. Dari apa yang dinyatakan tu fahamla kita bahawa semua anak adelah kreatif secara semulajadi tetapi kaedah kita mendidiklah yang boleh menjunamkan kekreatifan diorg. So, kenelah reti yang kita mak bapak nih mempertahankan kebolehan diorg. Soalan di bawah mungkin dapat membantu saya dan semua yang membaca memahami dah berapa jauh kemampuan kita dalam hal nih Adakah kita menerima segala kelebihan dan kekurangan anak dan adakah kita menghargai kelebihannya dan membantu dia mengatasi kelemahannya? Adakah kita menyedari bahawa setiap individu adalah unik tak sama dan tak akan dapat disamakan dengan anak orang lain? Tahukah kita bahawa kreativiti tu byk dimensi dan mungkin dimensi kreatif anak kita tak sama dari kita? Sudahke kita mengenalpasti minat dan bakat anak kita satu persatu Adakah kita bagi dorongan atas apa yang diorang lakukan atau kita marah diorang pulak? Adakah kita memberikan perhatian atas apa yang diorg buat cthnya join sekaki melakukan aktiviti bersama Adakah kita sering memperkenalkan perkara2 baru pada mereka? Atau kita lebih rela menyembunyikannya? Adakah kita berinteraksi dgn anak2 dgn cara santai atau kita cakap ala2 marah gitu? Adekah kita memberi ruang waktu, tempat dan kemudahan dan bahan2 agar anak kita menjadi lebih kreatif? Pernahke kita bagi projek khusus berkaitan dgn minat diorg utk diorg praktikkan kekreatifan mereka? Adakah selama ini kita berminat dengan hasil projek mereka atau kita hanya minat dengan proses mereka sahaja? Adakah kita menilai hasil tangan mereka dari sudut pandangan kita tanpa menggunakan perspektif penilaian anak2? Adakah kita membantu mereka menguatkan lagi kebolehan mereka? Empat kunci untuk mempertahankan kreativiti anak

Membangunkan keperibadian anak dengan kasih sayang Dengan kasih sayang ibu bapa akan menerima anak seadanya. Jangan memaksa dia menjadi orang lain memandangkan setiap individu adalah unik. Sebagai contohnya saidina Umar r.a dan Abu Bakar r.a. meskipun dilatari latar belakang agama, mereka tetap berbeza. Ibaratnya bintang, semua bintang akan bergemerlapan. Terangnya satu bintang tidak akan gelapkan cahaya bintang yang lain. Seperti yang kita perhatikan dikalangan sahabat2 Baginda Rasulullah SAW. Mereka semuanya kreatif tapi dimensinya berbezaalman Al-Farisi mahir dalam perang parit, Umar Bin Khattab mahir dalam tertib lalu lintas, Abu Bakar Ash-Shiddiq mahir dalam ekonomi Islam, Khalid bin Al Walid mahir dalam perang moden dan lain-lain lagi. Masalah orang sekarang adalah seolah2nya kita mahu fotostat kepandaian anak2 jiran kita pada anak kita sedangkan perkara nih mustahilkan? Memberi motivasi dan semangat Sama seperti kita berpuasa, solat berjemaah bersama2 kenapa tidak melakukan bersama2 untuk aktiviti yang boleh mengembangkan lagi bakat mereka. Membantu anak2 membuat system atas apa yang dihasilkannya Pertama : ruang waktu yang mencukupi, tempat yang selesa dan bahan yang mencukupi untuk menampung bakat mereka Kedua : menggilirkan keterlibatan kita kerana ada masa mungkin anak mahu bersendirian membuat kerja mereka dan ada masanya mereka memerlukan kita. Ketiga : sediakan mereka bilik yang selesa untuk menghasilkan sesuatu Keempat : memelihara suasana harmoni yang tidak menyekat kebolehan anak2. Menilai hasil kreativiti anak2 Pastikan kita tidak menilai ikut perspektif kita. Tambah pulak kalau kita nih jenis cerewet kan nanti terbantut perkembangan anak2. contoh bila anak boleh kira dari satu hingga sepuluh, kita puji la dan kita bagi ganjaran walaupun dia mengambilk masa untuk mencapai kemajuan itu. Semoga apa yg ditulis nih membantu kita sama2 membangunkan pemimpin yg berfikiran positif di masa hadapan yealam sayang buat semua

salam, YM : sitisifir10 0199147161 sitisifir10@ yahoo.com[/quote] KakFie posted at 5-10-2006 14:59 [quote]Originally posted by [i]Syd[/i] at 4-8-2006 02:11 PM Membina daya kreatif kanak-kanak DAYA kreatif bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan. Daya kreatif paling jelas dapat dilihat pada kan ... [/quote] Nak cerita sikit tentang Hundred Languages of Children dalam artikel tu...

Asalnya adalah satu pameran yang mempamerkan hasil-hasil kerja kanak-kanak pre school di Italy yang menggunakan [color=Blue]Reggio Emilia [/color]philosophy. Ini salah satu early childhood education philosophy yang lebih menekankan pada luahan fikiran kanak-kanak melalui hasil seni. Cikgu-cikgu pulak banyak ambil gambar kanak-kanak beraktiviti dalam kelas sebagai laporan harian. Tiap-tiap hari cikgu akan tulis dalam log book segala aktiviti dan dialogue antara cikgu dan murid tentang sesuatu isu. Parents boleh baca daily report ni hari-hari beserta dengan gambar. Memang banyak hasil kerja tangan diorang. Boleh buat art exhibition. Apabila bincang sesuatu isu, diorang akan berkreatif sendirilah tak kisahlah dengan apa cara sekalipun untuk express hasil fikiran diorang tentang isu tu melalui hasil seni. Cikgu pun akan berdialogue dengan budak-budak kecik ni tentang isu tersebut. SEMUA kena bagi pendapat sebab cikgu akan tulis dalam daily log book apa response tiap-tiap orang . Memang betul-betul stimulate theri thinking process. Tadika anak sulung akak dulu gunakan approach ni (bukan di Malaysia)...sememangnya sangatsangat menarik. Walaupun tadika tak ada uniform tapi akak memang asingkan baju2 casual untuk tadika dan untuk pakai harian sebab comotnya dengan paint Tuhan saja yang tahu....walaupun pakai art smock. Tahulah budak-budak bila disuruh brekreatif memang all out habis... Dan cikgu-cikgu dia kena rajinlah sebab nak buat report, ambik gambar hari-hari. Tapi puas hati sebab kita tahu apa anak kita buat kat sekolah. [[i] Last edited by KakFie at 5-10-2006 03:02 PM [/i]] andah_amon posted at 8-11-2006 14:44 nak bagik anak kreatif bagik jer derang conteng dinding.... macam macam karya dah kat dinding umah haku sampai dah tak kuasa aku nak marah.... nanti raya taun depan aku cat ler balik..... hehehehheheheh :lol tina^^ posted at 8-11-2006 15:10 eh skang dah ada cat dinding yg kalau kena conteng kiter boleh lap jek balik bahan contengan tue kan?? brand aper eh? Page: [1] View Full Version: Membina daya kreatif kanak-kanak

Pengenalan Seni, Definisi Seni, Definisi Pendidikan & Definisi Pendidikan Seni
Pengenalan Apabila membicarakan tentang seni, masyarakat umumnya lebih tertarik dengan seni yang lebih popular seperti seni muzik mahupun seni lakonan. Ini bertitik tolak daripada pendedahan yang meluas diterima bagi kedua-dua cabang seni tersebut. Lantaran itu, seni muzik dan seni lakonan ini mempunyai impak yang bukan sedikit ke atas khalayak di negara ini. Nama-nama kecil dan besar yang menguasainya begitu mudah bermain di bibir masyarakat, baik anak kecil, mahupun golongan yang lebih tua. Namun begitu, apabila memperkatakan tentang seni visual, ianya seakan jauh terpinggir. Walaupun sebenarnya ia telah wujud lebih awal di kalangan masyarakat, kita masih merasakannya sebagai suatu cabang seni yang duduknya pada kelas kedua. Hanya golongan tertentu sahaja yang benerbenar menghayati seni visual dalam erti kata penghayatan estetika selayaknya. Walaupun kewujudan seni visual adalah seusia dengan peradaban manusia, namun masyarakat di Malaysia masih memandang sinis akan kepentingannya di dalam membentuk nilai-nilai kemanusiaan dan budaya bangsa. Bermula dengan lebih dikenali sebagai Seni Lukis dan Pertukangan/ Pekerjaan Tangan di era sebelum merdeka sehinggalah beralih kepada Seni Visual sejak kebelakangan ini, namun martabatnya masih diletakkan pada tempat yang sama. Lantaran itu, sejajar dengan hasrat untuk membentuk warga negara yang tahu menghargai budaya, mempunyai nilai-nilai norma kemasyarakatan yang luhur berpaksikan kepada Rukun Negara, maka perubahan demi perubahan dilakukan ke atas kurikulum pendidikan negara. Perubahan ini merangkumi pelbagai mata pelajaran di sekolah merangkumi peringkat rendah persekolahan sehinggalah ke peringkat tertinggi. Perubahan ini turut merangkumi mata pelajaran Pendidikan Seni yang dikira akan dapat mengangkat martabat seni visual khasnya ke suatu kedudukan yang lebih baik. Di samping itu, ia juga menjadi serampang dua mata sebagai uasaha membentuk minda baru masyarakat Malaysia, tidak sekadar memandang seni dari sudut estetikanya sahaja malahan mampu mengangkat darjat dan peranan seni visual di dalam pembentukan ketamadunan negara.

i) Definisi Seni Apa sebenarnya yang dinamai seni itu sendiri? Terlalu banyak kupasan dan pendefini sian mengenai seni, baik melalui tokoh-tokoh sejagat mahupun tokoh seni tempatan. Baik kupasan berlandaskan estetika semata-mata mahupun pengertian seni yang dapat dikutip melalui kacamata agama. Ini melambangkan betapa luasnya kesenian itu sendiri lantaran manusia yang normal secara totalnya amat senang dengan sesuatu yang mempunyai nilai-nilai dan unsur seni.

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lainlain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri. Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. Kesimpulannya, biar dari sudut pandangan mana sekalipun, seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan. Keindahan yang mampu memukau dan mempersonakan mata dan hati yang menghayatinya dengan segenap pancaindera yang ada. ii) Definisi Pendidikan Pendidikan menurut Plato, seorang filosofis Yunani, ialah mengasuh jasmani dan rohani seseorang agar dapat sampai ke satu tahap keindahan dan kesempurnaan yang paling tinggi. Secara jelasnya, pendidikan adalah suatu usaha membentuk kesempurnaan dan keindahan di dalam diri individu. Pengertian ini adalah sejajar dengan apa yang diungkapkan oleh salah seorang lagi filosofis Yunani iaitu. Aristotle di mana beliau mengungkapkan pendidikan sebagai satu usaha untuk menyediakan akalfikiran untuk diisikan dengan ilmu pengetahuan, sebagaimana menyiapkan tanah untuk diisikan dengan tanam-tanaman. Berdasarkan Kamus Dewan, pendidikan berasal daripada kata dasar didik yang membawa pengertian memelihara dan memberi latihan berupa ajaran ataupun pimpinan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. Pendidikan pula membawa maksud proses mengubah sikap dan tata laku seseorang dalam usaha mematangkan individu tersebut. Secara jelasnya, pendidikan bolehlah ditakrifkan sebagai proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada seseorang. Oleh kerana luasnya konsep pendidikan itu disamping pertalian intimnya dengan ilmu, para cendikiawan seringkali memberi pendefinisian tentang pendidikan berdasarkan cabang ilmu masingmasing bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas. Umpamanya, di dalam Islam sendiri, konsep ilmu terbahagi kepada dua, iaitu ilmu akhirat ( ukhrawi ) dan ilmu keduniaan ( duniawi ). Bertitik-tolak

daripada kefahaman tersebut, Abdul Halim el-Muhammady mentakrifkan pendidikan daripada kacamata Pendidikan Islam sebagai suatu proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, Quran dan Sunnah, pengalaman salaf al-soleh serta ilmuwan muktabar dengan matlamatnya bagi melahirkan insan yang soleh. Manakala penganut aliran Fungsionalisme melihat individu tidak penting dalam menentukan apa yang sesuai untuk dirinya. Pendidikan bagi mereka bukanlah untuk membentuk potensi dan kebolehan individu bagi dirinya tetapi untuk keperluan komuniti dan masyarakatnya. Ini adalah lantaran masyarakatlah yang menentukan baik dan buruknya sesuatu perkara. Salah seorang penganut aliran ini, Durkheim ( 1956 ) umpamanya mendefinisikan pendidikan sebagai penerapan pengaruh generasi dewasa kepada mereka yang memasuki era baru dalam kehidupan sosial. Mereka yang dididik adalah dikehendaki mempelajari dan mempraktikkan nilai-nilai keperluan sebagaimana yang dikehendaki oleh generasi yang lebih awal. Oleh itu, secara umumnya Durkheim menganggap fungsi pendidikan adalah untuk mengekalkan masyarakat dengan menyediakan rangka normatif dan kognitif masyarakat dalam diri invidu. John Dewey, seorang pakar pendidikan Amerika Syarikat mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses perkembangan individu. Menurut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan selamat. Hj. Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih di kenali sebagai Hamka iaitu salah seorang tokoh pendidikan Islam yang paling berpengaruh di Indonesia. Beliau mendefinisikan pendidikan sebagai suatu proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap rendah diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya. Rabindranath Tagore, salah seorang ahli falsafah dan penyair India yang terkemukamenyatakan pendidikan sebagai suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan dengan penuh makna. Menurut beliau, pendidikan tidak seharusnya hanya terikat dengan buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan sebenar manusia. Oleh itu, pendidikan secara jelasnya boleh dilihat sebagai suatu proses berterusan dalam usaha membentuk individu bagi memenuhi keperluan diri dan masyarakatnya, berlaku samada secara formal ataupun non-formal. Ini adalah kerana, setiap individu, terutamanya individu muslim, telah ditetapkan secara jelas tujuan matlamat pendidikan tersebut. iii) Definisi Pendidikan Seni Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari. Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, garafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.

Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidiikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semulajadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik. Kesimpulannya, pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat yang jelas. Pendidikan seni adalah suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya

Apa itu Seni Lukis???


Mengenal Seni Lukis Seni lukis adalah hasil karya yang diciptakan dengan menggunakan media dua dimensi berupa kertas, kain kanvas, triplek, kaca,kulit dan sebagainya dengan menggunakan alat melukis kuas, pisau palet dan lainya dengan menggunakan unsur-unsur seni rupa berupa titik, garis, bidang, warna, gelap terang, dan tekstur dengan memperhatikan prinsip-prinsip seni rupa yaitu komposisi/susunan, gelap terang, proporsi,dan sebagainya, dengan menggunakan teknik melukis yang sesuai.

TOPIK 1 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak. 1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang empunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikansenivisual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. (d) Aspek Persepsi murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. (e) Aspek Sosial dan Emosi Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkansemangat ekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. 1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. (b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanakkanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. 1.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK 1.4.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day (a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. -tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. -terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa. (b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. (c) Pra-Remaja (10-13 Tahun) Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. 1.4.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain (a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

(b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. (c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun) Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. (d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun) kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. (e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistic di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. (f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. 1.4.3 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh GeorgesHenri Luquet (a) Peringkat Fortuitous Realism Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar. (b) Peringkat Failed Realism Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali. (c) Peringkat Intelectual Realism Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Bentuk lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik. (d) Peringkat Visual Realism Melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding. Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik. 1.5 KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK (a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung (hasil karya di[uji,dipamerkan) (b) Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami (pertandingan) (c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan (beri peluang meneroka dan bereksperimentasi. TOPIK 2 TEORI-TEORI DALAM SENI 2.1 DEFINISI SENI Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemenelemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. 2.2 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi. 2.3 PERKEMBANGAN ESTETIK Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan mata dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka. 2.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK (a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. (b) Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna. (c) Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkatperingkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

2.5 TEORI-TEORI KOGNITIF 2.5.1 Teori Gestalt- Prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian. Dalam erti kata lain, melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna yang lebih mendalam daripada melihat komponenkomponen individu (tiang, lantai, dinding, pintu, tangga). Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh. Hukum-hukum Teori Gestalt (a) Hukum Pragnanz Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalah tidak teratur. (b) Hukum Persamaan (Similarity) Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami. Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai persamaan di dalam kumpulan yang sama. (c) Hukum Keintiman (Proximity) Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Rangsanganrangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama. (d) Hukum Lengkap (Closure) Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama. (e) Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation) Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya. (f) Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character) Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut. - Teori Gestalt juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah. - Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri. 2.5.2 Teori Sosial-Interaksi Piaget(ahli epistemologi genetik di dalam bidang biologi dan falsafah.) -Piaget merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir, cuma kanak-kanak dewasa mempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda mereka. Jawapan kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza. - prinsip penyelidikan biologinya : (a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation) Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi (accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri individu dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada penyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif. (b) Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia sebenar). Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan digantikan dengan skema tersusun. Perkembangan Kebolehan Kognitif (a) Peringkat Deria-Pergerakan (0-2 Tahun) Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasa untuk menamakan objek di sekitarnya. Satusatunya cara interaksi dengan persekitaran ialah melalui kesan deria dan gerak-gerinya. Apabila umur bayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut m ula memahami konsep kekal (permanence) iaitu kesedaran bahawa walaupun sesuatu objek hilang daripada pandangannya, objek tersebut tidak ghaib begitu sahaja. (b) Peringkat Pra-olahan (2 6 Tahun) Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama untuk panggilan objek di sekelilingnya. Walaupun begitu, penguasaan ini masih baru dan terbatas dan akan berkembang sepenuhnya sehinggalah kanakkanak tersebut mencapai peringkat pengolahan formal. (c) Peringkat Pengolahan Konkrit (7 11 Tahun)

Kebolehan kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan padatan. Kebolehan ini membantu mereka memahami konsep lain yang lebih rumit seperti susunan angka, pengklasifikasian bahan mengikut sifat, serta kemampuan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif. d) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas) Kanak-kanak ini mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental di penghujung zaman remaja, namun kekurangan pengalaman mengehadkan pengetahuan dan kebolehan mereka untuk menggunakan apa yang mereka tahu. Di peringkat ini juga, perkembangan fizikal kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding perkembangan mental apabila mereka mula melangkah ke awal alam remaja. Pendekatan Teori Sosial-Interaksi Piaget dalam Pembelajaran (a) Peringkat Pra-olahan (2-6 Tahun) Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat praolahan, iaitu apabila kanak-kanak mencapai umur dua hingga enam tahun. Adalah penting bagi guru-guru prasekolah ataupun ibu bapa menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi kerana secara tidak langsung ia juga akan menggalakkan daya cipta kanak-kanak. (b) Peringkat Pengolahan Konkrit Di peringkat ini, kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yang sangat tinggi dan sentiasa ingin bertutur untuk menarik perhatian. Namun begitu, di dalam kelas yang sama mungkin ada sebilangan kanak-kanak yang sangat petah bertutur dan sangat aktif, manakala sebilangan lagi lebih suka mendiamkan diri. (c) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas) Di peringkat ini, pelajar telah mula faham konsep-konsep abstrak dan mula membentuk identiti diri. Mereka mula memahami kepentingan falsafah hidup dan prinsip, politik dan konsep agama. Guru boleh membantu dengan mengadakan perbincangan dalam topiktopik ini agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar. Antara bentuk perbincangan ialah membantu dalam menentukan hala tuju pelajar, persediaan yang perlu dilakukan serta menetapkan matlamat. Pendekatan Konstruktivis Pendekatan Konstruktivis dalam Pengajaran Bruner telah menggariskan tiga prinsip utama di dalam konteks pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivis. 1. Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman pelajar serta mengikut konteks kesanggupan pelajar untuk belajar (kesediaan). 2. Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh pelajar dengan mudah (organisasi). 3. Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu (melangkaui maklumat yang dibekalkan guru). Kaedah ini mengaplikasikan empat cara tertentu di dalam penyampaian sesuatu topik. 1. Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijak membezakan jenis dan sifat maklumat yang diterima. 2. Menstruktur maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami 3. Susunan paling berkesan di dalam menyampaikan material pengajaran 4. Sifat dan bentuk ganjaran (reward) atau hukuman (punishment) yang akan dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu. TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA) - Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu: Garisan Rupa Bentuk Jalinan Ruang Warna - Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. - Rupa Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi. Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan

ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder. PRINSIP-PRINSIP REKAAN -Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentuTujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej. - Kontra wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan). - penegasan ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih dramatik. Imbangan ialah keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan. Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, imbangan tidak simetri dan imbangan semua arah. Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi. Kepelbagaian merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan mewujudkan kepelbagaian. Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan. ORGANISASI REKAAN Komunikasi visual merujuk kepada pembelajaran yang membolehkan pelajar berkomunikasi secara visual melalui hasil kerja seni. Komunikasi visual terdiri daripada dua tumpuan utama iaitu; reka bentuk grafik dan multimedia. Reka bentuk grafik meliputi pengenalan reka bentuk grafik, poster, simbol, logo dan maskot, kaligrafi, tipografi, pembungkusan, grafik persekitaran, ilustrasi, dan komputer grafik. Poster merupakan reka bentuk komunikasi yang berfungsi menyampaikan mesej dan intipati daripada gubahan idea. Ianya juga merupakan elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya. Simbol Ialah reka bentuk grafik yang diringkas dan dipermudahkan daripada imej sumber alam semula jadi dan alam buatan manusia. Simbol terdiri daripada flora dan fauna serta benda-benda yang terdapat di sekeliling manusia. Ianya lebih ringkas dan mudah daripada tanda yang menggunakan teks. Logo Logo ialah visual grafik yang menjadi identiti kepada firma perniagaan, kelab, persatuan, organisasi dan bandan-badan tertentu. Maskot Maskot pula digunakan untuk menarik minat pada sesuatu sambil menampilkan ciri-ciri kemesraan. Tipografi (Muka Taip) Tipografi merupakan seni menyusun atur atau merekaletak sesebuah muka surat dengan menggunakan huruf untuk mendapatkan hasil yang menarik. Terdapat 3 kumpulan muka taip yang diaplikasikan dalam rekaan grafik iaitu muka taip serif, san serif dan hiasan. Pembungkusan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pembungkusan jenis lembut dan pembungkusan jenis keras. Pembungkusan seni lembut terdiri daripada beg plastik, kertas, plastik pembalut dan kertas pembalut. Manakala pembungkusan jenis keras terdiri daripada kotak, tin, botol dan sebagainya. Grafik Persekitaran Ialah reka bentuk grafik yang ada pada alam sekeliling. Ianya berkonsepkan pengiklanan untuk menyampaikan maklumat di samping mempromosi kepada pembaca dan pengguna. Ilustrasi Ilustrasi merupakan seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar. Pada zaman dahulu, ilustrasi digunakan untuk merakamkan legenda dan peristiwa bersejarah. Kini ianya lebih bersifat komersial dan berkembang

pesat seiring dengan penemuan teknik percetakan. Komputer Grafik Komponen grafik dalam perisian menggunakan komputer grafik ialah teks, warna, bentuk, ilustrasi dan garisan yang boleh membantu pelajar. Penggunaan komputer grafik membantu pelajar meningkatkan mutu hasil kerja kerana komponen grafik telah tersedia dalam pelbagai perisian. Multimedia Multimedia ialah penggunaan komputer untuk sesuatu persembahan dengan menggunakan sokongan teks, grafik, audio dan video. Ianya menggunakan rangkaian hubungan dan alat untuk membolehkan pengguna melayari, berinteraksi, mencipta dan berkomunikasi. KRAF TRADISIONAL DAN DIMENSI BARU Tembikar/Seramik merupakan hasil kraf tradisional yang paling awal dapat dikesan oleh tamadun manusia. Ia menggunakan tanah liat yang didapati di kawasan persekitaran atau tepian sungai, sawah dan sebagainya. objek ini berfungsi sebagai bekas kegunaan harian, hiasan dan dalam kematian.

Anyaman adalah warisan yang terkenal di kawasan luar bandar terutamanya di negerinegeri Terengganu, Perak, Melaka dan Kedah. Anyaman bukanlah produk tetapi lebih merupakan kemahiran dalam penghasilan produk. Biasanya produk yang dianyam diperbuat daripada daun mengkuang atau pandan, dan dijadikan sebagai perkakas atau objek harian seperti tikar, tudung saji dan sebagainya. Ukiran Merupakan sejenis seni warisan yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar yang menjadi identiti ukiran mereka. Antara motifnya ialah awan larat yang mempunyai unsur-unsur flora dan fauna, kosmo, geometri dan lain-lain. Tekat Tekat lebih dikenali sebagai tekat bersuji atau sulaman timbul. Ia merupakan seni sulaman benang pada kain dasar dan dibentuk dengan menggunakan kertas yang diliputi benang emas. Batik Produk batik mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Tidak hairanlah ia menjadi salah satu produk pelancongan yang terlaris. Di antara jenis-jenis batik termasuklah batik tulis/lukis, terap/blok, pelangi, skrin dan sebagainya. Motif yang digunakan adalah seperti flora dan fauna, geometri dan sebagainya. Tenunan Tenunan adalah proses menjalinkan sehelai benang sehingga menjadi sebidang kain. Tenunan merupakan hasilan jalinan benang losen (benang dasar) dengan benang pakan (benang sisip). REKA BENTUK DALAMAN DAN LANSKAP Salah satu cara peningkatan kehidupan dalam kediaman atau ruang awam supaya dapat meningkatkan status ruang tersebut agar selesa, selamat dan sesuai dengan cita rasa pemiliknya. Reka bentuk ruang dalaman terhasil daripada kombinasi beberapa elemen asas seni bina seperti tiang, dinding, lantai, siling dan atap. Kategori reka bentuk hiasan dalaman terbahagi kepada dua iaitu reka bentuk ruang kediaman dan reka bentuk ruang awam dan komersil. REKABENTUK PERSEKITARAN Lanskap Lanskap merupakan pemandangan yang boleh dilihat secara semula jadi ataupun buatan manusia. Ianya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori yang merangkumi lanskap, kediaman, komersial, institusi, pinggir jalan dan kemudahan awam. Jenis-jenis Lanskap Lanskap lembut merangkumi penggunaan tumbuh-tumbuhan yang meliputi pelbagai jenis pokok, tumbuhan renek dan tumbuhan tutup bumi. Satu lagi jenis lanskap ialah lanskap keras atau kejur. Peranan dan Fungsi Lanskap Secara umumnya, lanskap mempunyai beberapa fungsi dan peranan utama. (a) Fungsi Fizikal Tumbuhan Lanskap

mengawal hakisan tanah memberi perlindungan dan teduhan meredakan iklim mengawal pencemaran alam menjadi tirai dan dinding mengarah pergerakan atau petunjuk arah imbangan ekologi dan kehidupan fauna (b) Fungsi Estetik Tumbuhan Lanskap membentuk ruang merangka pemandangan melembutkan mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi menjadi penyatu pelbagai elemen (c) Fungsi Ekonomi Tumbuhan Lanskap Selain daripada yang dinyatakan di atas, tumbuhan lanskap mampu menyediakan pemandangan yang baik dan indah serta memberikan faedah kepada masyarakat dan negara dari segi rekreasi, kesihatan, pendidikan dan pelancongan. TOPIK 4 MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK 4.1 kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam. 4.1.1 Pelbagai Jenis Alat dan Media (a) Alatan Asas Alatan-alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon. (b) Gambar Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. Pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka. (c) Rakaman Video dan Penggunaan ICT guru boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada para pelajar di bilik media atau bilik pandang dengar yang terdapat di sekolah-sekolah. Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dengan memanipulasikan perisian-perisian yang ada. penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital, pencetak dan Internet pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan. 4.2 PENGALAMAN DERIA Setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan. 4.2.1 Cara Belajar 4.2.1.1 Belajar Secara Visual Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam golongan ini lebih cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan gambar. 4.2.1.2 Belajar Secara Auditori Pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami, dan proses menulis nota dilakukan kemudian. Adakalanya pelajar auditori tidak memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar dengan sendiri penjelasan guru. 4.2.1.3 Belajar Secara Kinestetik Pelajar golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui sentuhan dan pergerakan. golongan ini memerlukan aktiviti yang lebih berbentuk hands-on. TOPIK 5 KREATIVITI DAN KANAK-KANAK 5.1 KREATIVITI Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. 5.2 PENGERTIAN KREATIVITI Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat. Manakala daripa da perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada

sebelumnya. 5.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea. Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains, Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas ) fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses engamatan dan merekod.) TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI 5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher (a) Peringkat Rangsangan Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. (b) Peringkat Penerokaan Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. (c) Peringkat Perancangan Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu: Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya. Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya. (d) Peringkat Aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut? (e) Kajian Semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. Laura H. Chapman 3 kaedah diperkenalkan : (a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. (b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. (c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri. Calvin W. Taylor (a) Kreativiti Bersifat Ekspresif Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontandan bebas mengikut kemampuan

yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil. Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah. (b) Kreativiti Melalui Penghasilan guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun. (c) Kreativiti Bersifat Inventif Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa. (d) Kreativiti Bersifat Inovatif Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan. (e) Kreativiti Bersifat Emergen Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanakkanak apabila melukis. CIRI-CIRI KREATIVITI (a) Bersifat Fleksibel Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. (b) Sensitif dan Peka Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria. (c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa. (d) Bersifat Terbuka Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik. (e) Logik Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa. (f) Berfikiran Bebas Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan. 5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI 5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming) (a) Kaedah Pertama Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan. (b) Kedah Kedua Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut. (c) Kaedah Ketiga Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya. (d) Kaedah Keempat Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja. Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar. (a) Penyoalan Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni. (b) Penemuan

Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian. (c) Pemerhatian proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya. (d) Percubaan Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki. (e) Penerokaan Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling. (f) Memanipulasi murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran. (g) Aktiviti/Bermain Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah. 5.7 MENINGKATKAN MOTIVASI Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti. (a) Memilih Bahan dan Alat Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. (b) Masa Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka. (c) Rangsangan Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. (d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid. (e) Hormat-menghormati Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan (f) Memberikan Galakan dan Motivasi Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya. (g) Penghargaan Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.

http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/2498/841.pdf

Seni Lukis
Adalah salah satu cabang dari seni rupa. Dengan dasar pengertian yang sama, seni lukis adalah sebuah pengembangan yang lebih utuh dari menggambar. Adapun beberapa aliran seni lukis yang dianut oleh beberapa seniman lukis antara lain:

Surrealisme
Lukisan dengan aliran ini kebanyakan menyerupai bentuk-bentuk yang sering ditemui di dalam mimpi. Pelukis berusaha untuk mengabaikan bentuk secara keseluruhan kemudian mengolah setiap bagian tertentu dari objek untuk menghasilkan sensasi tertentu yang bisa dirasakan manusia tanpa harus mengerti bentuk aslinya.

Kubisme
Adalah aliran yang cenderung melakukan usaha abstraksi terhadap objek ke dalam bentuk-bentuk geometri untuk mendapatkan sensasi tertentu. Salah satu tokoh terkenal dari aliran ini adalah Pablo Picasso.

Romantisme

Merupakan aliran tertua di dalam sejarah seni lukis modern Indonesia. Lukisan dengan aliran ini berusaha membangkitkan kenangan romantis dan keindahan di setiap objeknya. Pemandangan alam adalah objek yang sering diambil sebagai latar belakang lukisan. Romantisme dirintis oleh pelukis-pelukis pada zaman penjajahan Belanda dan ditularkan kepada pelukis pribumi untuk tujuan koleksi dan galeri di zaman kolonial. Salah satu tokoh terkenal dari aliran ini adalah Raden Saleh.

Ekspressionisme
Adalah kecenderungan seorang seniman untuk mendistorsi kenyataan dengan efek-efek emosional. Ekspresionisme bisa ditemukan di dalam karya lukisan, sastra, film, arsitektur, dan musik. Istilah emosi ini biasanya lebih menuju kepada jenis emosi kemarahan dan depresi daripada emosi bahagia. Pelukis Matthias Grnewald dan El Greco bisa disebut ekspresionis.

Fauvisme
Adalah suatu aliran dalam seni lukis yang berumur cukup pendek menjelang dimulainya era seni rupa modern. Nama fauvisme berasal dari kata sindiran "fauve" (binatang liar) oleh Louis Vauxcelles saat mengomentari pameran Salon d'Automne dalam artikelnya untuk suplemen Gil Blas edisi 17 Oktober 1905, halaman 2. Kepopuleran aliran ini dimulai dari Le Havre, Paris, hingga Bordeaux. Kematangan konsepnya dicapai pada tahun 1906.

Realisme
Di dalam seni rupa berarti usaha menampilkan subjek dalam suatu karya sebagaimana tampil dalam kehidupan sehari-hari tanpa tambahan embel-embel atau interpretasi tertentu. Maknanya bisa pula mengacu kepada usaha dalam seni rupa unruk memperlihatkan kebenaran, bahkan tanpa menyembunyikan hal yang buruk sekalipun. Pembahasan realisme dalam seni rupa bisa pula mengacu kepada gerakan kebudayaan yang bermula di Perancis pada pertengahan abad 19. Namun karya dengan ide realisme sebenarnya sudah ada pada 2400 SM yang ditemukan di kota Lothal, yang sekarang lebih dikenal dengan nama India.

Naturalisme
Di dalam seni rupa adalah usaha menampilkan objek realistis dengan penekanan setting alam. Hal ini merupakan pendalaman labih lanjut dari gerakan realisme pada abad 19 sebagai reaksi atas kemapanan romantisme. Salah satu perupa naturalisme di Amerika adalah William Bliss Baker, yang lukisan pemandangannya dianggap lukisan realis terbaik dari gerakan ini. Salah satu bagian penting dari gerakan naturalis adalah pandangan Darwinisme mengenai hidup dan kerusakan yang telah ditimbulkan manusia terhadap alam.

Itulah beberapa aliran yang dikenal dalam dunia seni lukis. http://forum.vivanews.com/hobi-lainnya/55120-jenis-jenis-aliran-dalam-seni-lukis.html

Anda mungkin juga menyukai