Anda di halaman 1dari 41

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900, TANJONG MALIM ________________________________________________________ TAJUK: MENGANALISIS KARYA : CERPEN SAYA YANG TAK

PUNYA APA-APA ________________________________________________________


KESUSTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU (BMP 3023)

DISEDIAKAN OLEH : NORALIA BINTI ROSLAN NO. MATRIK : D20081032827

PROGRAM (MAJOR) : PENDIDIKAN GEOGRAFI FAKULTI MINOR FAKULTI DISEMAK OLEH : SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU : FAKULTI BAHASA : ENCIK ARIFF BIN MOHAMAD

ISI KANDUNGAN

BIL.

TAJUK

HALAMAN

1.0

PENDAHULUAN 1.2 BIODATA PENULIS

m/s 1-5

1.1 KARYA YANG DIPILIH DAN PELAJAR TINGKATAN YANG SESUAI 2.0 3.0 KESELURUHAN KARYA ANALISIS DAN ULASAN 3.1 NILAI 3.2 KEWAJARAN DAN RASIONAL 3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.2.5 PEMILIHAN CERPEN TEMA PERSOALAN BINAAN DAN TEKNIK PLOT WATAK DAN PERWATAKAN 3.2.5.1 WATAK PROTAGONIS 3.2.5.2 WATAK ANTAGONIS 3.2.5.3 WATAK DINAMIK 3.2.5.4 WATAK STATIK 3.2.6 3.2.7 3.2.8 3.2.9 PENGAJARAN PEMAPARAN MASYARAKAT PENERAPAN UNSUR FALSAFAH DIHASILKAN OLEH PENULIS YANG BERKEBOLEHAN m/S 31-36 m/s 6-11 m/s 14-30

4.0 SESUAI DENGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4 4.1.5 4.1.6 PELAJAR. 4.3 UNSUR KEINDAHAN 4.3.1 4.3.2 MEMULANGKAN PAKU BUAH KERAS BAGAI PELANDUK DIBAHAM HARIMAU KAMAR NOSTALGIA RANJANG SINIS PESIMIS APARTEID

4.1 MENGGUNAKAN BAHASA DALAM KARYA UNTUK MEMPERKAYA KOSA KATA

4.2 MENYATAKAN AKTIVITI PEMBELAJARAN YANG BOLEH DILAKUKAN BERSAMA

4.4 GAYA BAHASA 4.4.1 SINKOF 4.4.2 SIMILE

4.4.3 PERSONIFIKASI 4.4.4 ANAFORA 4.4.5 HIPERBOLA 4.5 KARYA INI MEMBANTU PELAJAR MENGHASILKAN PENULISAN KREATIF YANG BAIK 5.0 PENUTUP 6.0 BIBLIOGRAFI m/s 37

1.0 PENDAHULUAN

Penerapan komponen sastera dalam kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu telah diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah seluruh negara oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 lagi. Langkah ini telah dilaksanakan bagi menyesuaikan transformasi yang berlaku dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Menengah yang telah disediakan oleh pusat perkembangan kurikulum pada awal tahun 2000. Pengubahsuaian memasukkan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini, dilaksanakan di semua sekolah menengah secara berperingkat-peringkat, bermula Mac 2000 untuk pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4. Seterusnya pada tahun 2002, komponen ini diterapkan pula kepada pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 3 serta dimasukkan di dalam soalan peperiksaan ( Mahzan Arshad, 2003). Menurut Koh Boh Boon (1994), penggunaan bahan sastera merupakan bahagian penting yang perlu diberikan perhatian dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini kerana, dengan memasukkan bahan sastera akan mendatangkan banyak kesan yang positif kepada remaja. Justeru itu, keprihatinan Kementerian Pelajaran memperkenalkan subjek ini adalah dengan tujuan untuk mempercambahkan budaya membaca, menghayati, mempelajari dan mengetahui perkembangan dan kehidupan sastera melayu. Secara tegas dan jelas, antara objektif utama bahan sastera dimasukkan adalah : 1. Meningkatkan dan mengukuhkan ketrampilan berbahasa 2. Memupuk budaya membaca 3. Menghayati karya sastera 4. Menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran 5. Mengenal tokoh dan sejarah perkembangan sastera 6. Menghayati keindahan bahasa dalam karya dan mengaplikasikannya dalam penulisan. 7. Menghasilkan karya sastera seperti cerpen, pantun, syair, seloka, gurindam, sajak dan skrip drama. Bagi mencapai objektif tersebut, pelajar diperkenalkan kepada enam genre sastera iaitu novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi tradisional, puisi moden dan sajak. Pemilihan tersebut bukan sahaja mengutamakan ketrampilan menguasai bahan sastera itu, tetapi juga

bertujuan untuk menjana kemahiran berfikir, ketrampilan kreatif, ketrampilan keperibadian membentuk sahsiah diri malah ketrampilan bermasyarakat dan berkomunikasi. Menurut Ariff Mohamad (2009), kesusasteraan mempunyai nilai-nilai kehalusan, perasaan, intuisi, harapan, emosi dan lain-lain jenis unsur jiwa. Nilai-nilai ini jika diterapkan kepada pelajar justeru akan mngembangkan nilai intelek iaitu pengetahuan am pelajar dan menjana perkembangan kognitif secara perlahan-lahan. Oleh yang demikian, kepentingan dan keseriusan memasukkan unsur komsas iaitu bahan sastera ke dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah dan sekolah rendah tidak harus dipersoalkan. Sesungguhnya, sastera dapat membentuk minat membaca dikalangan remaja. Melalui budaya pembacaan yang diterapkan oleh guru dalam proses P&P, para pelajar akan dapat meningkatkan semangat dan budaya membaca di dalam diri setiap pelajar. Terdapat beberapa sebab mengapa bahan-bahan sastera dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran, pertamanya adalah untuk digunakan sebagai alat untuk menerapkan unsur-unsur kerohanian di dalam jiwa remaja. Melalui bahan sastera seperti cerpen, novel, seloka, pantun dan puisi yang dianalisis oleh para pelajar bersama guru, para pelajar akan dapat menilai unsur-unsur serta sikap yang digambarkan oleh setiap watak dalam bahan sastera. Sebagai contohnya apabila watak menggambarkan sikap baik hati, bersopan santun, peramah, menghormati orang tua dan mendengar kata, pelajar akan dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni tersebut ke dalam diri masing-masing. Begitu juga, apabila watak-watak negatif ditunjukkan, mereka akan dapat menilai buruk baik sikap tersebut dan tidak akan melakukannya. Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa dengan menggunakan bahan sastera kita dapat membantu mengembangkan daya pemikiran para pelajar. Hal ini kerana, selain memperkenalkan karya-karya penulis, terdapat juga unsur lain yang dapat dipelajari oleh pelajar yang seterusnya dapat diserap ke dalam jiwa. Kajian dan analisis mengenai karya sastera yang dipelajari dapat mengembangkan kemahiran berfikir pelajar dan membolehkan pelajar memberikan idea serta respon semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Justeru aktiviti ini dapat mengaktifkan pemikiran pelajar sewaktu di dalam kelas dan pengajaran guru tidak hanya berpusat kepada guru sahaja, sebaliknya komunikasi dua hala dijalankan. Keadaan ini seterusnya akan memberikan kesan positif dan perubahan yang baik di dalam diri pelajar.

1.1 Karya yang dipilih dan pelajar tingkatan yang sesuai menggunakan karya ini Cerpen yang saya pilih ini merupakan sebuah cerpen yang ditulis oleh Ismas saring iaitu sebuah cerpen yang bertajuk Saya Yang Tak punya Apa-apa yang merupakan cerpen yang diambil dari akhbar Berita Harian. Cerpen yang saya pilih ini mempunyai nilai-nilai dan unsur rohani yang tersendiri yang membuatkan saya kagum dengan olahannya. Karya ini amat sesuai digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi pelajar tingkatan 2. Hal ini kerana, terdapat pelbagai nilai murni yang diterapkan di dalam cerpen ini. Antaranya adalah nilai usaha yang gigih yang ditunjukkan oleh Kudus, mendengar kata guru, sikap suka mencuba, budaya nasihat menasihati yang diamalkan oleh cikgu CT Rajadurai dan sebagainya. Sesuai dengan objektif utama penerapan bahan sastera ini dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu untuk merapkan nilai murni dan unsur kerohanian ke dalam jiwa pelajar. Pada pendapat saya cerpen ini sesuai dijadikan bahan komsas untuk tingkatan 2 kerana pada peringkat yang sebegini remaja atau pelajar, baru mulai sedar akan kepentingan mempunyai hobi dan cita-cita yang tepat berdasarkan kegemaran dan minat masing-masing. Hal ini kerana, diyakini tahap remaja mempunyai potensi yang besar dan remaja dapat berfikir secara abstrak. Justeru itu, melalui pengajaran yang telah ditunjukkan oleh cerpen ini, pelajar-pelajar akan dapat menilai dan mula membina serta mengembangkan minat masing-masing sama ada dalam bidang penulisan, seni lukisan, kewartawanan, pengucapan dan sebagainya untuk berjaya dalam hidup. Selain itu, penggunaan kosa kata, gaya bahasa dan pembinaan jalan cerita cerpen ini juga tidak terlalu berat dan mudah difahami oleh pelajar. Pemilihan kata, kosa kata, penggunaan ayat dan laras bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap kognitif pelajar tingkatan 2.Seterusnya, cerpen ini juga turut memberikan kesan yang mendalam kepada para pelajar kerana cerpen ini mempunyai unsur-unsur pengajaran yang kuat yang ditunjukkan melalui watak cikgu Ct yang kerap memotivasikan kudus dan watak kudus yang rajin berusaha. Nilai-nilai seperti ini dapat memberi ruang dan pengajaran kepada para pelajar untuk berfikir dan memotivasikan diri untuk menjadi seorang insan yang cemerlang dan berjaya di masa hadapan.

1.2 Biodata penulis

Nama beliau ialah Ismas saring atau nama sebenarnya Saring Sirad adalah merupakan nama yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat karya sastera tanah air. Dengan nama-nama pena lain seperti Alina Osman, Binja Aka, Sabsira, Tunas, Teratai Desa dan Tunas, namanya dapat disebariskan dengan beberapa orang penulis pada tahun-tahun akhir 1950-an atau awal 1960-an. Beliau lahir pada 8 Mac 1938 di Kampung tambak Jawa Jeram, Kuala Selangor, Selangor. Tinggal di no. 38 Taman Haji Hamzah, 42200 Kapar, Selangor Darul Ehsan. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam menghasilkan puisi dan cerpen. Pendidikan Ismas Saring bermula di Sekolah Melayu Tambak Jawa hingga darjah lima pada tahun 1950. Kemudian, menamatkan pendidikan darjah enamnya di Sekolah Melayu Jeram pada tahun 1951. Ismas meneruskan pendidikannya ke Sekolah Menengah Anglo Chinese Klang. Beliau lulus dalam bidang penulisan kreatif dan kewartawanan dari beberapa institusi di dalam dan luar negara.. Beliau menamatkan khidmatnya sebagai Mata-mata Khas pada tahun 1959. Setelah puas bekerja sendiri, pada tahun 1965, beliau bertugas dengan Majalah Angkatan Baru sebagai Sidang Pengarang hingga tahun 1968. Kemudian, bertugas pula sebagai Sidang Pengarang di Syarikat Karyawan dari tahun 1969 hingga 1970. Dari tahun 1977 hingga 1993, Ismas menjadi wartawan di Berita Harian. Kini beliau merupakan penulis bebas di samping menjadi penyumbang tetap kepada akhbar Berita Harian dan Harian Metro, serta menulis dalam majalah pengembaraan dan pelancongan. Kemudian, Ismas mula menceburkan diri dalam dunia penulisan pada tahun 1956 sewaktu berkhidmat dalam Pasukan Mata-mata Khas. Pada waktu itu, kebanyakan karyanya dihantar dan tersiar dalam majalah Asmara. Cerpen pertamanya yang tersiar dalam majalah ini berjudul Lahirnya Anak Merdeka. Bentuk karya yang dihasilkan Ismas sehingga kini ialah cerpen, puisi, drama pentas, drama radio, skrip TV dan rencana. Ciptaannya tersiar dalam hampir semua akhbar dan majalah tanah air seperti Utusan Melayu, Berita

Harian, Berita Minggu, Jelita, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Utusan Filem dan Sports, Gelanggang, Filem, Dian, Asmara dan Gema Islam. Bagi mendalami pengetahuan dan pengalaman berkarya, Ismas tidak jemu menghadiri bengkel dan kursus yang berkaitan dengan penulisan dan sastera. Misalnya, dalam tahun 1963, beliau mengikuti Kursus Penulisan PENA di Universiti Malaya. Ismas juga pernah mengikuti Kursus Penulisan Kreatif di Yayasan Pengetahuan Malaysia, di bawah bimbingan Allahyarham Tengku Abu Bakar Husny dengan perbelanjaan sendiri. Beliau sering terbabit dalam kegiatan sastera, antaranya ialah menjadi Pengasas Hari Puisi Pertama di Melaka dan Hari Puisi Kedua di Taman Budaya Kuala Lumpur serta dilantik sebagai Setiausaha Hari Puisi Ketiga di Klang, Selangor. Pada tahun 1972, Ismas mengendalikan Kursus Penulisan PENA di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Temu Sastera ASEAN di Shah Alam (1994) dan menyertai seminar serta forum pelancongan antarabangsa di Indonesia, Thailand, Hong Kong, Australia, Taiwan, Jepun, Korea dan beberapa buah negara Eropah termasuk Belanda, Itali, Perancis, Sweden, Switzerland, Jerman dan United Kingdom, juga Amerika Syarikat. KARYA Cerpen - Gelisah (antologi bersama). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors, 1967. - Bunga Gunung (antologi bersama). Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., 1982. - Dalam Pencarian. Subang Jaya: Tra Tra Publishing & Trading, 1983. - Diri dan Cermin (antologi bersama). Bangi: Persatuan Penulis Selangor, 1993. Puisi - Tinta Pena (antologi bersama). Kuala Lumpur: PENA, 1981. - Menjunjung Titah Perintah. Subang Jaya: Tra Tra Publishing & Trading, 1984. - Menjunjung Duli (antologi bersama). Negeri Sembilan: Jawatankuasa Gerakan Membaca, 1985. Temu Puisi (antologi bersama). Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, 1991. - Puisi-puisi Kunjungan (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995. - Drama : Seng Kaya Ngene (antologi drama). Kapar: Wong Kam Pung, 1999.

2.0 KESELURUHAN KARYA

SAYA YANG TAK PUNYA APA-APA


Oleh Ismas Saring

KETIKA dia balik ke kamar 803 Hotel Palace, jam di atas meja kecil di hujung ranjang sudah menunjuk ke angka hampir 12 tengah malam waktu tempatan. Lazimnya waktu begitu orang sedang lena atau diulit mimpi. Tapi dia baru saja balik daripada assignment bersama teman lain dalam lawatan ke taman Sun City sebuah destinasi pelancongan baru di Afrika Selatan. Dia berpeluang menjadi tetamu kepada penganjur atas tiket penulis kembara yang sering membuat liputan ke merata destinasi pelancongan yang baru diperkenalkan kepada warga dunia untuk menarik mereka berkunjung sebagai pelancong bagi meningkatkan pendapatan ekonomi negara. Sebelum itu, dia pernah menjadi tetamu kepada Bandaraya Fukuoka di Jepun. Selama seminggu dia bersama rakan-rakan lain yang juga menjadi tetamu kepada Datuk Bandar Fukuoka ekoran pelancaran penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke pulau ketiga besarnya di negara matahari terbit itu. Puas juga dia melawat bukan sahaja di sekitar Bandar Raya Fukuoka, tetapi juga ke Wilayah di luar bandar raya itu seperti ke Bandar Raya Nagasaki, Kumamoto, Beppu, Amakusa dan lain-lain. Kali ini dia mendapat tawaran melawat Afrika Selatan khususnya di Sun City selain dari Johannesberg (Joberg), Cape Town, Bukap (Perkampungan Melayu Cape), Tanjung Pengharapan, Zoo Kwe Maritani dan lain-lain. Lapan hari amat cepat masa berlalu dirasakan dan kalau boleh mahu dia berada lebih lama di negara yang pernah terkenal dengan sistem apartheidnya itu. Harapannya untuk melawat ke penjara di Pulau Robin, tempat Presiden pertama Kulit Hitam Nelson Mandela dipenjarakan, tidak kesampaian atas alasan tiada dalam senarai. Menurut pegawai promosi, Robin Islands tidak termasuk dalam senarai liputan dan ia adalah di luar tanggungan penganjur. Jika mahu juga ke sana, atas biaya sendiri. Bukanlah dia tidak mampu, tetapi banyak perkara yang perlu diubah seperti penukaran tiket dan jadual penerbangan balik, tempoh penginapan yang perlu diperpanjangkan sekurang-kurangnya

untuk jangka waktu tiga hari. Kerana ketika itu tiada penerbangan harian dari KLIA ke Joberg atau Cape Town, urusan pengangkutan dan semuanya membabitkan kos yang bukan sedikit jumlahnya. Jika dia mahu melakukannya boleh juga. Yang perlu dia hanya memberitahu pihak pengurusan bagi melanjutkan tempoh dan jika memerlukan kewangan, dia boleh mendapatkannya daripada pihak pengurusan dan boleh dipotong daripada jumlah elaun yang diperuntukkan kepadanya untuk liputan selama lapan hari itu. Elaun atau disebut wang saku ini tidak pernah dia memberitahu sesiapa termasuk isteri dan anak-anaknya, kecuali hanya menyatakan segalanya on the board yang dibayar dan ditanggung sepenuhnya oleh penganjur. Selesai mandi, jam sudah menunjuk ke angka satu pagi. Walaupun letih, tetapi tidak rasa mengantuk. Mungkin kerana terlalu letih, tidak ada rasa mengantuk. Dia membuat kopi bagi menyegarkan tenaganya. Dia membaringkan diri di ranjang dan ingatannya kembali mengenang nostalgia masa yang pernah dilaluinya sepanjang menjalankan tugas selaku penulis kembara. Banyak pengalaman ditimba daripada kerjaya itu. Walaupun dia tidak berkelulusan dari menara gading, jauh-jauh lagi mempunyai gelaran Dr atau Prof, tetapi dia bersyukur kerana tugasnya itu sudah membawanya terbang ke beberapa negara yang mungkin tidak dinikmati oleh golongan sepertinya. Bersyukur dia kepada Allah SWT atas segala rahmat yang dianugerahkan kepadanya. Nostalgia menguasai kepala otaknya yang seketul. Sebab itu pernah satu hari dia diperlekeh oleh kawan-kawannya yang mendakwa dirinya bodoh kerana tidak mendapat bayaran daripada kerjanya membuat liputan kecuali penerbangan, penginapan, pengangkutan, lawatan dan makan minum, semuanya percuma dan ditanggung oleh penganjur. Kalau aku, aku tak mau. Buat apa kerja penat-penat dan menghadapi risiko dalam penerbangan dan perjalanan, tiada upah, begitu kata Udin memperlekeh usahanya. Dia tidak menjawab. Hanya tersenyum dan diam menerima tempelakan rakannya. Tetapi dalam hatinya berkata sendirian, bodoh-bodoh aku kalaupun tak dapat bayaran, dapat juga pengetahuan, pengalaman dan melihat negara orang, tetapi kalau aku tak pergi lagi dua kali bodoh, tak dapat bayaran dan tak dapat melihat negara orang.
10

Habis ? Macam tu ke selalu kau pergi? Tak ada elaun? Tanya lagi Udin mencungkil rahsianya. Iyalah. Buat apa aku bohong. Kalau ada wangnya pun, takkan aku nak bagi kau,"jawabnya selamba, "tak apalah. Kalau tak ada upahnya pun, aku dapat pergi tengok tempat orang. Kalau aku tak terima dan buat, lagi dua kali bodoh. Dahlah tak dapat duit, tak dapat pergi pulak. Macam kaulah. Kerana nak cari duit sangat, tak ke mana pun. Paling Jauh aku dengar kau buat rombongan ke Phuket, sambungnya memulangkan paku buah kerasnya. Kenangannya kembali ke zaman sekolah sewaktu di tingkatan empat di sebuah sekolah menengah Inggeris. Memang tiada dalam kamus cita-citanya dia ingin menjadi penulis, sebaliknya dia bercita-cita ingin menjadi pelukis. Sejak dia menyaksikan pameran lukisan di dewan sekolahnya oleh pelukis tempatan, hatinya terdetik ingin menjadi seorang pelukis terkenal jika pun tidak sebagai Picaso, tapi menjadi pelukis tempatan seperti Cikgu Idris Salam dan Hashim Haji Siraj pun sudah memadai. Sejak itu, dia mula jinak dengan alat lukisan. Pencil warna. Kertas lukisan dan sebagainya dibelinya secara beransur-ansur dalam keadaan tidak berduit. Dia pun mulai mengarak alat lukisan ke sana ke mari, termasuk di tepi pantai, tepian sawah, di kampung dan di mana saja dia akan membawa alat lukisan dan mulai mencakar kertas lukisan tanpa garis panduan untuk jadi seorang pelukis. Bagaimanapun, cita-citanya menjadi pelukis bukan sahaja terencat, tetapi mati bagai pelanduk dibaham harimau kerana apabila gurunya mengadakan kelas lukisan, murid di tingkatan itu dikehendaki melukis seekor anjing yang sedang menyalak. Dan apabila masa cukup, semua murid menyerahkan hasil lukisan masing-masing termasuk lukisannya. Malangnya apabila sampai kepada penelitian guru terhadap lukisannya dia dipanggil. Kudus apa yang kau lukis? tanya CT Rajadurai gurunya yang berkelulusan di sebuah universiti di India dan berasal dari Ceylon (sekarang Sri Lanka). Semua murid memanggilnya Cikgu CT. Dia tidak menjawab, hanya menatap wajah gurunya yang tersenyum sinis sambil menatap lukisannya.

11

Saya suruh kamu lukis anjing, tapi apa yang kamu lukis? kata lagi gurunya dengan wajah bercampur agak lucu. Anjing Cikgu, jawabnya tenang. Tetapi hati menggeletar. Takut kalau-kalau cikgunya bukan sahaja marah, tetapi merotannya. Ini bukan anjing ini kambing, kata Cikgu CT, anjing mana ada tanduk, sambung Cikgu CT sambil menunjukkan lukisan kepada Kudus. Itu bukan tanduk Cikgu. Itu telinga, jawab Kudus agak berani, itu telinga anjing marah. Telinganya tegak. Itu bukan tanduk. Dah, pergi duduk tempat kamu, arah Cikgu CT sambil menahan ketawa lucu, menatap terus lukisan Kudus. Apabila semua kertas dikembalikan kepada murid, Kudus menerima semula kertas lukisannya dengan mendapat markah kosong. Sejak hari itu dia bukan sahaja berhenti daripada melukis, tetapi juga membuang semua alat lukisan ke dalam Sungai Kelang sewaktu dalam perjalanan balik dari sekolah ke rumahnya di Kampung Kuantan. Hati Kudus berdebar-debar, cemas dan agak takut ketika waktu rehat dia dipanggil oleh Cikgu CT. Semua rakan sekelasnya bubar, keluar dengan melakukan apa yang sepatutnya dilakukan mengisi masa rehat. Tetapi Kudus ditahan gurunya dan dia duduk berhadapan dengan Cikgu CT. Saya beritahu kamu dan saya harap kamu tidak marah, Cikgu CT bersuara, kamu tidak ada bakat jadi pelukis. Itu pemerhatian dan daripada pengalaman saya. Tapi . Tapi apa dan mengapa? Tanya Kudus memintas. Memberanikan diri bertanya mengapa Cikgu CT membunuh cita-citanya jadi pelukis. Tapi kamu ada bakat dalam persuratan. Dalam penulisan, Cikgu CT memberi jawapan ringkas, saya percaya kalau kamu lakukan bersungguh-sungguh, satu hari kamu pasti menjadi penulis yang berjaya.

12

Penulis? Sambut Kudus menggelengkan kepala. Tidak terlintas walau sebesar zarah pun di hatinya dia nak jadi penulis. Ya penulis, tegas Cikgu CT, kalau terus kamu pelajari bagaimana jadi penulis, saya yakin satu hari nanti kamu pasti berjaya menjadi penulis. Tak taulah sama ada penulis aliran Inggeris atau Melayu, sambungnya memberi perangsang kepada Kudus. Macam mana saya nak jadi penulis Cikgu, kata Kudus memberanikan diri, saya orang miskin, tak ada duit nak beli buku untuk belajar jadi penulis, dia berterus terang ketidakmampuannya kerana miskin. Untuk membayar yuran sekolah pun terkadang terhutang beberapa bulan. Jangan pesimis, Cikgu CT memberi semangat, kalau tak ada duit beli buku, boleh baca dan pinjam di perpustakaan. Kalau tak mampu ke perpustakaan, kamu kutiplah majalah atau akhbar yang orang buang dan baca serta pelajarilah dengan serius, saya yakin kamu akan berjaya akhirnya. Terima kasih Cikgu, tapi saya tidak ada cita-cita menjadi penulis, namun saya akan cuba ikut nasihat Cikgu. Doa dan restulah saya, semoga saya akan bersedia menghadapi cabarannya, jawab Kudus menerima nasihat gurunya dan tanpa disedari air matanya berlenang membasahi pipi. Kamu menangis, tanya Cikgu CT, jangan menangis. Percayalah. Segala kejayaan bermula daripada kepayahan dan setiap kepayahan sering mengalirkan air mata dan air mata adalah semangat serta boleh memberi kejayaan. Saya harap, kamu bersabar dan ikutlah nasihat saya. Saya menangis, kata Kudus terharu, saya menangis kerana saya sedar, saya yang tak punya apa-apa. Mana boleh mencapai kejayaan seperti yang cikgu harapkan.

Jangan bimbang, perjalanan seribu batu, bermula daripada langkah yang pertama, Ingatlah pesanan ini. Jadikanlah ia panduan untuk berusaha, Cikgu CT membaja tunas yang dikenal pasti daripada bakat anak muridnya, kamu kena ingat, jika gagal, jangan putus asa. Cubacuba dan cuba lagi, kamu akan berjaya akhirnya, tambah Cikgu CT memberi rangsangan.

13

Sejak itu, Kudus benar-benar mengubah pendirian daripada ingin menjadi seorang pelukis kepada penulis. Kudus ternyata berubah dan mula kuat membaca serta rajin ke perpustakaan mengikut nasihat gurunya. Masa berlalu dan dia meninggalkan sekolah itu, namun segala nasihat dan harapan Cikgu CT cuba diamalkan dan akhirnya kini berjaya juga menjadi seorang penulis kreatif dan wartawan yang diiktiraf dan kini dia berada di kamar 803 Hotel Palace Sun City, Joberg, Afrika Selatan adalah kerana nasihat dan janjinya kepada Cikgu CT bahawa dia akan berusaha menjadikan harapan Cikgunya menjadi kenyataan. Dia masih teringat, bukan sahaja setiap Hari Guru diraikan, dia akan mengirim poskad kepada Cikgu CT Rajadurai, malah di mana saja dia berada di luar negara, dia akan mengingati gurunya itu Ketika dia membuat liputan di Frankfurt Jerman, dia menulis kepada Cikgu CT dengan katakata, segalanya bermula daripada nasihat dan semangat yang cikgu berikan dulu, tanpa itu semua saya tidak berada di sini sekarang daripada Kudus (I who have nothing). INFO ISMAS Saring atau nama sebenarnya, Saring Sirad, berpengalaman sebagai Polis Khas (SC) ketika darurat 1956 hingga 1959. Dilantik sebagai Penolong Pengarang Angkatan Baru Kuala Lumpur pada 1966 hingga 1967 dan Penolong Pengarang Syarikat Karyawan Kuala Lumpur (1968). Berkhidmat sebagai wartawan Berita Harian pada 1977 hingga 1993 sebelum beralih sebagai Penulis Kembara (1994-2003). Menerima Anugerah Tokoh Kebudayaan (media massa) Negeri Selangor pada 2005 dan Anugerah Tokoh Kewartawanan Negeri Selangor (2006).

SINOPSIS Cerpen Saya Yang Tak Punya Apa ini mengisahkan tentang Kudus, seorang pelajar miskin yang berjaya menjadi seorang penulis kreatif dan wartawan yang diiktiraf hasil daripada
14

dorongan dan kata-kata nasihat daripada gurunya. Pada mulanya memang tidak terlintas di dalam pemikirannya untuk menjadi seorang penulis, sebaliknya dia bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis. Hasratnya itu menjelma setelah dia menyaksikan sebuah pameran lukisan yang berlangsung di dewan sekolahnya. Sejak dari peristiwa itu, kudus beranggapan bahawa dia mempuyai bakat dalam bidang lukisan dan mula berjinak-jinak dengan alat lukisan yang dibelinya secara beransur-ansur, walaupun dalam keadaan yang tidak berduit. Dia sering membawa alat lukisannya ke mana jua dia pergi untuk memahirkan dirinya dengan dunia lukisan. Walau bagaimanapun, pada suatu hari di dalam kelas melukis, citacitanya untuk menjadi seorang pelukis terbantut rentetan hasil lukisannya yang gagal memenuhi kehendak imej visual yang dikehendaki guru seninya. Hal ini seterusnya menyebabkan dia mendapat markah kosong dan malu dihadapan rakan-rakan sekelas. Rentetan daripada peristiwa itu juga, Kudus telah membuang segala peralatan melukisnya ke dalam Sungai Kelang. Selang beberapa hari kemudiannya, dia telah dipanggil oleh guru seninya tersebut dan dia telah dinasihatkan supaya beralih arah ke bidang penulisan kerana menurut pemerhatian dan pengalaman guru tersebut, Kudus mempunyai potensi untuk berjaya dalam bidang penulisan. Pada mulanya, Kudus berasa rendah diri kerana dia merupakan seorang pelajar miskin yang sering kali terhutang dengan pihak sekolah kerana tidak dapat membayar yuran, walau bagaimanapun cikgu CT meletakkan harapan yang tinggi padanya untuk berjaya. Akhirnya, berkat usaha Kudus secara berterusan rajin membaca dan pergi ke perpustakaan menjadikan dia seorang penulis yang kreatif dan wartawan yang terkenal diperingkat antarabangsa. Kudus rajin mengirim poskad kepada gurunya itu kerana menurutnya jasa cikgu Ct yang amt besar itu akan terus dikenang untuk selama-lamanya.

3.0 ANALISIS DAN ULASAN 3.1 Nilai

15

Menurut Ariff Mohamad & Siti Khariah Zubir (2009), nilai ialah segala perbuatan, perlakuan atau tindakan bermutu, berdarjat, bertaraf atau elok yang harus dijadikan contoh dan tauladan. Nilai pendidikan yang sesuai diterapkan dalam diri pelajar setelah membaca cerpen ini ialah : Nilai gigih. Nilai ini dapat ditunjukkan melalui kegigihan Kudus berulang alik membaca buku di perpustakaan untuk menambah ilmu dan menambahkan bahan bacaan untuk memantapkan penulisannya. Hal ini dapat dibuktikan apabila Kudus benar-benar mengubah pendirian daripada ingin menjadi seorang pelukis kepada ingin menjadi seorang penulis. Kudus ternyata berubah dan mula kuat membaca serta rajin ke perpustakaan atas nasihat gurunya. Sebelum itu, Kudus juga telah menunjukkan kegigihannya dalam bidang lukisan sebelum dia beralih arah ke bidang penulisan. Kudus sentiasa mengarak alat lukisannya ke sana ke mari, termasuk di tepi pantai, tepian sawah, di kampung dan ke mana saja dia pergi dia akan membawa alat lukisannya dan mula mencakar kertas lukisan tanpa garis panduan untuk jadi seorang pelukis. Kegigihannya tanpa mengenal erti penat lelah telah membawanya sehingga menjadi seorang yang berjaya. Nilai kegigihan yang ditunjukkan oleh Kudus ini wajar diikuti oleh para pelajar untuk memperoleh kajayaan. Nilai berfikiran positif. Nilai ini dapat ditunjukkan oleh watak Kudus yang sentiasa berfikiran positif. Sebagai contohnya, Kudus tidak mementingkan soal elaun pemergiannya ke luar negara malah dia sudah cukup bersyukur kerana telah diberi peluang untuk melihat dan merasai sendiri keadaan di negara lain. Kudus juga tidak memikirkan wang ringgit atau ganjaran malah dia mengutamakan pengalaman yang akan diperoleh dalam lawatan tersebut. Hal ini terbukti apabila, walaupun Kudus tidak diberikan elaun atau perbelanjaan semasa melawat negara-negara lain tersebut, namun dia tetap berpuas hati dan berpandangan positif bahawa lawatannya itu akan memberikannya seribu satu keuntungan kepadanya kelak. Nilai ini akan mengajar pelajar supaya tidak hanya mementingkan kebendaan dan wang ringgit semata-mata dalam kehidupan.

Nilai bijak menggunakan peluang. Nilai ini dapat dibuktikan apabila Kudus berpeluang untuk menjadi tetamu kepada penganjur atas tiket penulis kembara yang sering membuat liputan ke merata destinasi pelancongan yang baru diperkenalkan kepada warga dunia untuk menarik mereka berkunjung sebagai pelancong bagi meningkatkan pendapatan

16

ekonomi negara. Sebelum itu, dia pernah menjadi tetamu kepada Bandaraya Fukuoka di Jepun. Selama seminggu dia bersama rakan-rakan lain yang juga menjadi tetamu kepada Datuk Bandar Fukuoka ekoran pelancaran penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke pulau ketiga besarnya di negara matahari terbit itu. Kudus puas melawat bukan sahaja di sekitar Bandar Raya Fukuoka, tetapi juga ke Wilayah di luar bandar raya itu seperti ke Bandar Raya Nagasaki, Kumamoto, Beppu, Amakusa dan lain-lain atas alasan untuk menimba pengalaman dan menggunakan peluang yang berada di depan mata. Nilai mudah berurusan (easy going). Hal ini terbukti apabila harapan Kudus untuk melawat ke penjara di Pulau Robin, tempat Presiden pertama Kulit Hitam Nelson Mandela dipenjarakan, tidak kesampaian atas alasan tiada dalam senarai. Menurut pegawai promosi, Robin Islands ia tidak termasuk dalam senarai liputan dan ia adalah di luar tanggungan penganjur. Jika mahu juga ke sana, Kudus harus pergi atas biaya sendiri. Hal ini bukanlah menggambarkan bahawa Kudus tidak mampu, tetapi akan ada banyak perkara yang perlu diubah seperti penukaran tiket dan jadual penerbangan balik, tempoh penginapan yang perlu dipanjangkan sekurang-kurangnya untuk jangka waktu tiga hari untuk melakukannya. Kerana ketika itu tiada penerbangan harian dari KLIA ke Joberg atau Cape Town, urusan pengangkutan dan semuanya membabitkan kos yang bukan sedikit jumlahnya. Oleh itu, Kudus telah mengambil keputusan untuk pulang sahaja tanpa mengikutkan kehendaknya itu dan tidak menyusahkan orang lain. Nilai bersyukur dengan kurniaan tuhan . Nilai ini dapat ditunjukkan oleh watak Kudus amat bersyukur dengan anugerah tuhan kepadanya dalam bidang penulisan. Hal ini terbukti apabila Kudus telah berjaya menjadi seorang penulis kreatif dan wartawan yang diiktiraf. Walaupun dia tidak berkelulusan dari menara gading, jauh-jauh lagi mempunyai gelaran Dr atau Prof, tetapi dia bersyukur kerana tugasnya itu sudah membawanya terbang ke beberapa negara yang mungkin tidak dinikmati oleh golongan sepertinya. Bersyukur dia kepada Allah SWT atas segala rahmat yang dianugerahkan kepadanya. Nilai bersyukur ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar akan pentingnya mereka menghargai kesenangan dan kemudahan yang telah mereka peroleh sekarang jika hendak dibandingkan dengan situasi Kudus dahulu. Nilai tidak mudah melatah atau naik angin. Hal ini ditunjukkan oleh watak Kudus yang pernah pada suatu hari dia diperlekeh oleh kawan-kawannya yang mendakwa dirinya bodoh kerana tidak mendapat bayaran daripada kerjanya membuat liputan. Dia hanya
17

mendapat penerbangan, penginapan, pengangkutan, lawatan dan makan minum yang percuma dan ditanggung oleh penganjur. Kalau aku, aku tak mau. Buat apa kerja penatpenat dan menghadapi risiko dalam penerbangan dan perjalanan, tiada upah, begitu kata Udin memperlekeh usahanya. Kudus tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum dan diam menerima tempelakan rakannya. Tetapi dalam hatinya berkata sendirian, bodoh-bodoh aku kalaupun tak dapat bayaran, dapat juga pengetahuan, pengalaman dan melihat negara orang, tetapi kalau aku tak pergi lagi dua kali bodoh, tak dapat bayaran dan tak dapat melihat negara orang. Hal ini membuktikan yang Kudus tidak bertindak terburu-buru dalam mempertahankan dirinya dan seterusnya nilai ini dapat diaplikasikan oleh pelajar dalam aktiviti seharian. Nilai tidak mudah putus asa. Kudus tidak pernah berputus asa dalam mengejar citacitanya. Buktinya semenjak cita-citanya dibantutkan, ditegur dan diberi dorongan oleh cikgu CT dia telah berubah menjadi pelajar yang bersemangat dan rajin pergi ke perpustakaan untuk menambah ilmu pengetahuan untuk dimuatkan dalam penulisannya. Buktinya, Kudus telah berima kasih kepada gurunya, dengan menyatakan dia tidak mempunyai cita-cita dia bersedia menghadapi cabaran. Usaha Kudus untuk berjaya ini akan dapat menjadi penulis, namun dia akan cuba ikut nasihat cikgu. Doa dan restu gurunya dipohon semoga dijadikan pedoman kepada para pelajar untuk lebih Berjaya. Nilai keazaman yang tinggi. Kudus mempunyai semangat dan azam yang tinggi. Buktinya, Kudus telah membeli kertas lukisan dan alatan melukis secara beransur-ansur walaupun dia menyedari dia berasal dari golongan keluarga miskin dan berada dalam keadaan tidak berduit. Dengan menggunakan alat melukisnya itu jugalah dia kehulu kehilir belajar melukis tanpa panduan dan tunjuk ajar dari orang lain. Selain itu, keazaman Kudus juga ditunjukkan apabila Kudus telah menyahut cabaran yang telah diberikan oleh cikgu CT untuk melihat dia berjaya dalam bidang penulisan.Doa dan restulah saya, semoga saya akan bersedia menghadapi cabarannya, jawab Kudus menerima nasihat gurunya dan tanpa disedari air matanya berlenang membasahi pipi. Semenjak itu, dengan semangat yang kental Kudus berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kemahiran menulisnya dari semasa ke semasa hinggalah berjaya ke hari ini. Nilai ini perlu dicontohi setiap pelajar untuk Berjaya. Nilai berfikiran terbuka. Ini terbukti dalam watak Kudus yang amat berfikiran terbuka dalam menerima teguran dan nasihat dari cikgu CT Rajadurai. Walaupun menurut gurunya dia tidak mempunyai bakat dalam bidang melukis, dia tetap tidak berputus asa dan
18

menerima cadangan dan teguran dari gurunya yang mengatakan supaya dia beralih arah ke bidang penulisan dengan hati yang terbuka. Buktinya dia tidak mengambil hati akan kata-kata gurunya, malah segala nasihat, teguran dan cabaran dari cikgu CT Rajadurai disahut dengan penuh semangat sehinggakan dia berjaya menjadi seorang wartawan dan penulis yang terkenal. Selain itu, sikap keterbukaannya juga terpamer apabila dia bersetuju untuk mengikuti program tiket penulis kembara untuk membuat liputan di negara lain. Kudus memandang segala peluang yang ada dihadapannya dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Nilai ini dapat dijadikan contoh kepada pelajar remaja dalam membuat pemikiran tentang masa depan mereka. Nilai nasihat menasihati. Nilai ini telah ditunjukkan oleh cikgu Ct Rajadurai yang sering menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada Kudus untuk maju dalam penulisan. Jangan bimbang, perjalanan seribu batu, bermula daripada langkah yang pertama, Ingatlah pesanan ini. Jadikanlah ia panduan untuk berusaha, Cikgu CT membaja tunas yang dikenal pasti daripada bakat anak muridnya, kamu kena ingat, jika gagal, jangan putus asa. Cubacuba dan cuba lagi, kamu akan berjaya akhirnya, tambah Cikgu CT memberi rangsangan. Nasihat-nasihat dari cikgu CT telah dijadikan panduan kepada Kudus dalam mengenali dirinya sendiri dan mengejar cita-cita untuk menjadi seorang yang berjaya. Nilai bantu membantu. Nilai ini ditunjukkan oleh watak cikgu CT yang sudi membantu anak muridnya yang masih diambang mencari cita-cita. Walaupun cikgu CT berasal dari bangsa lain, dia tetap berusaha untuk membantu anak murid melayunya untuk berjaya dalam hidup. Buktinya dia telah membantu Kudus mencari hala tuju hidup setelah menyedari anak didiknya itu sedang berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan bakat yang tidak ada pada dirinya. Akhirnya, Cikgu CT telah melihat satu bakat lain yang wujud dan terpendam di dalam diri pelajarnya itu yang pada pendapatnya bakat itu boleh dikeluarkan dan dibangunkan lagi untuk menghasilkan suatu kejayaan yang lebih gemilang. Nilai membakar semangat atau pendorong. Hal ini telah dibuktikan oleh watak Cikgu CT Rajadurai dalam kata-kata semangatnya untuk Kudus seperti Tapi kamu ada bakat dalam persuratan. Dalam penulisan, Cikgu CT memberi jawapan ringkas, saya percaya kalau kamu lakukan bersungguh-sungguh, satu hari kamu pasti menjadi penulis yang berjaya. Ya penulis, tegas Cikgu CT, kalau terus kamu pelajari bagaimana jadi penulis, saya yakin satu hari nanti kamu pasti berjaya menjadi penulis. Tak taulah sama ada penulis aliran Inggeris atau Melayu, sambungnya memberi perangsang kepada Kudus.
19

Tambahnya lagi, Jangan pesimis, Cikgu CT memberi semangat, kalau tak ada duit beli buku, boleh baca dan pinjam di perpustakaan. Kalau tak mampu ke perpustakaan, kamu kutiplah majalah atau akhbar yang orang buang dan baca serta pelajarilah dengan serius, saya yakin kamu akan berjaya akhirnya. Cikgu Ct banyak memberikan dorongan dan semangat kepada Kudus untuk menjadi manusia yang berjaya. Nilai menunaikan janji dan berpegang teguh pada janji. Hal ini telah ditunjukkan oleh Kudus apabila dia telah berjaya menunaikan janjinya pada cikgu CT Rajadurai untuk menjadi seorang penulis yang berjaya. Buktinya, masa berlalu dan dia meninggalkan sekolah itu, namun segala nasihat dan harapan Cikgu CT cuba diamalkan dan akhirnya kini berjaya juga menjadi seorang penulis kreatif dan wartawan yang diiktiraf dan kini dia berada di kamar 803 Hotel Palace Sun City, Joberg, Afrika Selatan. Hal ini adalah kerana nasihat dan janjinya kepada Cikgu CT bahawa dia akan berusaha menjadikan harapan Cikgunya menjadi kenyataan. Nilai mengenang jasa. Nilai ini telah ditunjukkan oleh Kudus yang sentiasa mengingati jasa gurunya. Buktinya, dia masih teringat, bukan sahaja setiap Hari Guru diraikan, dia akan mengirim poskad kepada Cikgu CT Rajadurai, malah di mana saja dia berada di luar negara, dia akan mengingati gurunya itu. Ketika dia membuat liputan di Frankfurt Jerman, dia menulis kepada Cikgu CT dengan kata-kata, segalanya bermula daripada nasihat dan semangat yang cikgu berikan dulu, tanpa itu semua saya tidak berada di sini sekarang, surat daripada Kudus diakhiri dengan (I who have nothing). Segalanya bermula atas satu nasihat dan dorongan yang telah diberikan oleh cikgu CT Rajadurai yang tulus dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa.

3.2 Kewajaran dan rasional 3.2.1 Pemilihan Cerpen Saya yang Tak Punya Apa Saya memilih cerpen Saya yang tak Punya Apa-apa ini kerana cerpen ini menggunakan bahasa yang baik dari segi struktur, tatabahasa, kosa kata yang pelbagai dan laras bahas yang betul. Gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini juga mengandungi gaya

20

bahasa yang bertenaga dan turut disulam di dalam plot yang mampu mendukung ekspresi dan menimbulkan kesejajaran antara persoalan dan tekniknya. Pengajaran dan pembelajaran gaya bahasa dalam Bahasa Melayu lazimnya dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran komsas. Hal ini juga bersesuaian dengan tujuan hasil pembelajaran utama bidang estetika yang mana pelajar akhirnya dapat memahami dan menghayati pelbagai genre sastera dengan mempelajari pelbagai konsep dan variasi bahasa dalam sastera. 3.2.2 Tema Menurut Ariff Mohamad & Siti Khariah Mohd Zubir (2009), tema adalah merupakan gambaran tentang gagasan, fikiran, atau persoalan pokok yang menjadi tunjang sesebuah cerita atau persoalan utama yang diutarakan oleh pengarang sesebuah karya ataupun isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan oleh penyair. Tema yang terdapat dalam cerpen Saya Yang Tak Punya Apa ini mengungkapkan tentang kegigihan dan pahit jerih seorang pelajar miskin dalam mencari dan mengejar citacita sehingga menjadi insan yang berjaya. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Kudus dalam cerpen ini telah membenarkan peribahasa bahawa Dimana ada usaha disitu ada kejayaan. Walaupun Kudus berasal dari keluarga yang latar belakangnya miskin akhirnya dia dapat membuktikan kebolehannya kepada gurunya dalam bidang penulisan. Selain itu, cerpen Saya Yang Tak Punya Apa-apa ini juga mengungkapkan tema tentang kegigihan seorang guru bukan Islam menjadi pendorong dan pembakar semangat seorang pelajar Islam untuk berjaya dalam hidup.

3.2.3 Persoalan Persoalan ialah perkara-perkara lain atau sampingan yang ingin dikemukakan oleh pengarang bagi memantapkan tema dalam sesebuah karya atau isi-isi sampingan yang membentuk idea puisi (Ariff Mohamad & Siti Khariah Mohd Zubir, 2009).

21

Di dalam cerpen ini terdapat pelbagai persoalan lain yang telah diwujudkan bagi menyokong tema cerpen ini. Antaranya adalah tentang kegigihan seorang guru bukan Islam menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada seorang pelajar Islam untuk berjaya dalam hidup. Cikgu CT Rajadurai yang berbangsa India dengan tulusnya membantu memberi kesedaran dan dorongan kepada pelajar yang berbeza bangsa dengannya untuk merubah haluan cita-citanya untuk menjadi insan yang lebih berjaya. Cikgu CT tidak pernah membezakan anak muridnya itu dengan anak muridnya yang lain yang sebangsa dengannya, sebaliknya dia melayan dan menegur Kudus tanpa ada perasaan dan semangat perkauman di dalam dirinya. Selain itu, cerpen ini turut mengutarakan persoalan pentingnya budaya mencuba dalam diri setiap pelajar. Hal ini telah dibuktikan oleh Kudus yang telah mencuba menjinakjinakkan diri dalam bidang lukisan untuk menjadi seorang pelukis setelah melihat satu pameran lukisan di dewan sekolahnya. Kita sedia maklum, peringkat remaja merupakan peringkat yang penuh dengan konflik. Disini, remaja mula cuba untuk mengenal diri dan mencari identiti masing-masing. Dalam mencari identiti ini, pelajar harus membuka minda mereka dengan mencuba perkara baru. Oleh itu, budaya mencuba perkara- perkara positif sangatlah digalakkan bagi membolehkan pelajar dapat menilai diri mereka dan memilih bidang yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka untuk menjadi insan yang berjaya. Cerpen Saya Yang Tak Punya Apa ini juga mengungkapkan persoalan berkaitan sikap segelintir orang Melayu yang terlalu mementingkan kebendaan. Hal ini telah dibuktikan oleh watak Udin iaitu kawan kepada Kudus yang telah memperlekehkan kerja Kudus yang membuat liputan tanpa mendapatkan elaun. Menurutnya lagi orang bodoh sahaja yang mahu membuat kerja tanpa balasan atau ganjaran yang ditujukan khas untuk menyindir Kudus. Padahal menurut Kudus, tujuan sebenar dia melawat negara lain adalah sekadar untuk menimba pengalaman, pengetahuan dan melihat negara orang yang pada akhirnya akan memberikan manfaat yang banyak kepadanya dalam menghasilkan sesebuah penulisan yang mantap. Disamping itu, cerpen ini juga mengungkapkan persoalan berkaitan usaha sektor kerajaan untuk meningkatkan dan memajukan sektor pelancongan dengan memberikan peluang kepada penulis-penulis terkenal menjadi tetamu kepada penganjur atas tiket penulis kembara, untuk membuat liputan ke merata destinasi pelancongan yang baru diperkenalkan kepada warga dunia khususnya untuk menarik mereka berkunjung sebagai pelancong bagi
22

meningkatkan pendapatan ekonomi negara. Buktinya Kudus pernah menjadi tetamu kepada Bandaraya Fukuoka di Jepun. Selama seminggu dia bersama rakan-rakan lain yang juga menjadi tetamu kepada Datuk Bandar Fukuoka ekoran pelancaran penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke pulau ketiga besarnya di negara matahari terbit itu. Selain itu, dia juga mendapat tawaran melawat Afrika Selatan khususnya di Sun City selain dari Johannesberg (Joberg), Cape Town, Bukap (Perkampungan Melayu Cape), Tanjung Pengharapan, Zoo Kwe Maritani dan lain-lain. Melalui lawatan-lawatan tersebut, penulis-penulis harus menghasilkan karya penulisan yang akan menceritakan serba sedikit tentang tempat-tempat yang telah mereka lawati. Persoalan yang akhir sekali adalah persoalan berkaitan jiwa pelajar yang masih mudah dilentur. Persoalan ini disokong dan dibuktikan lagi berdasarkan watak Kudus yang pada mulanya telah menanamkan hasrat untuk menjadi seorang pelukis setelah melihat satu pameran lukisan di dewan sekolahnya, punah akibat satu peristiwa yang didalangi oleh gurunya sendiri. Gurunya itu telah berjaya merubah pendiriannya dari ingin menjadi seorang pelukis kepada ingin menjadi seorang penulis. Hal ini telah membuktikan bahawa jiwa remaja sebenarnya sangat mudah untuk dilentur lebih-lebih lagi dengan kata-kata dorongan, rangsangan dan nasihat yang bertubi-tubi dari pihak guru. Oleh yang demikian, pihak guru bangunlah, sedarlah bahawa kamu memainkan peranan yang besar dalam membentuk potensi pelajar.

3.2.4 Binaan dan teknik plot Menurut Ariff Mohamad & Siti Khariah Mohd Zubir (2009), plot ialah rentetan peristiwa yang timbul daripada kesan dan akibat. Melalui cerpen Saya Yang Tak Punya Apa-apa ini penulis telah berjaya menghasilkan sebuah cerpen yang menarik dari aspek binaan dan teknik

23

plot yang rasional untuk dijadikan bahan pengajaran dalam Bahasa melayu. Dari segi binaan plot, cerpen ini telah disusun mengikut kronologi yang mudah difahami oleh pelajar. Plot dalam cerpen ini adalah terdiri daripada permulaan, perkembangan, konflik, klimaks, dan peleraian. Pada permulaan plot, penulis telah memulakan cerita tentang situasi Kudus yang terkini. Kudus baru sahaja pulang dari membuat tinjauan bersama rakan lain dalam lawatan ke Taman Sun City iaitu sebuah destinasi pelancongan baru di Afrika Selatan. Penulis telah memulakan cerita dengan bercerita serba sedikit tentang rutin harian dan pekerjaan watak utama iaitu Kudus. Kudus dengan rakan-rakan penulisnya yang lain telah ditugaskan untuk membuat liputan tentang tempat-tempat yang telah mereka lawati bagi meningkatkan jumlah pelancong dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara. Bahagian ini juga menggambarkan perasaan kudus yang sememangnya puas dan seronok dengan kerja-kerja sehariannya. Pada peringkat perkembangan plot pula dapat dilihat menerusi watak udin iaitu kawan kepada Kudus yang mengkritik dan memperlekehkan kerja kudus yang membuat kerja bodoh tanpa mendapat bayaran. Menurutnya dia tidak mahu melakukan kerja yang berhadapan dengan risiko dalam penerbangan dan perjalanan tetapi tiada ada upah. Sebaliknya Kudus hanya tersenyum dan diam menerima tempelakan rakannya. Tetapi dalam hatinya berkata sendirian, bodoh-bodoh aku kalaupun tak dapat bayaran, dapat juga pengetahuan, pengalaman dan melihat negara orang, tetapi kalau aku tak pergi lagi dua kali bodoh, tak dapat bayaran dan tak dapat melihat negara orang. Pada peringkat perumitan atau pun konflik pula dapat dilihat menerusi kemusnahan impian kudus untuk menjadi seorang pelukis apabila lukisannya mendapat kritikan dan mendapat markah kosong. Hasratnya untuk menjadi seorang pelukis terkenal tidak kesampaian.Cita-citanya menjadi pelukis bukan sahaja terencat, tetapi mati bagai pelanduk dibaham harimau kerana apabila gurunya mengadakan kelas lukisan, murid di tingkatan kelasnya itu dikehendaki melukis seekor anjing yang sedang menyalak. Dan apabila masa cukup, semua murid menyerahkan hasil lukisan masing-masing termasuk lukisannya. Malangnya apabila sampai kepada penelitian guru terhadap lukisannya dia dipanggil. Lukisannya mendapat komen yang memalukan dan apabila semua kertas dikembalikan kepada murid, Kudus menerima semula kertas lukisannya dengan mendapat markah kosong. Sejak hari itu dia bukan sahaja berhenti daripada melukis, tetapi juga membuang

24

semua alat lukisan ke dalam Sungai Kelang sewaktu dalam perjalanan balik dari sekolah ke rumahnya di Kampung Kuantan. Pada peringkat klimaks, dapat dilihat menerusi Kudus berdebar-debar, cemas dan agak takut ketika dipanggil oleh Cikgu CT rajadurai pada waktu rehat. Semua rakan sekelasnya bubar, keluar dengan melakukan apa yang sepatutnya dilakukan mengisi masa rehat. Tetapi Kudus ditahan gurunya dan dia duduk berhadapan dengan Cikgu CT. Kudus tergamam apabila gurunya itu menyatakan bahawa dia tidak ada bakat untuk menjadi pelukis. Tetapi cikgu tersebut telah memberikannya satu cadanagan lain yang menurut guru tersebut bersesuaian dan kudus mempunyai bakat tersebut. Pada mulanya Kudus menolak mentahmentah cadangan gurunya itu atas sebab-sebab dia seorang yang miskin dan pada ketika inil jugalah Kudus telah diberikan dorongan, rangsangan dan tunjuk ajar dari cikgu Ct untuk menjadi seorang penulis. Peringkat peleraian ditunjukkan setelah Kudus mencapai kejayaan. Masa berlalu dan dia meninggalkan sekolah itu, namun segala nasihat dan harapan Cikgu CT cuba diamalkan dan akhirnya kini berjaya juga menjadi seorang penulis kreatif dan wartawan yang diiktiraf dan kini dia berada di kamar 803 Hotel Palace Sun City, Joberg, Afrika Selatan adalah kerana nasihat dan janjinya kepada Cikgu CT bahawa dia akan berusaha menjadikan harapan Cikgunya menjadi kenyataan. Dia kerap mengirim poskad kepada Cikgu CT Rajadurai bukan sahaja ketika Hari Guru malah di mana saja dia berada di luar negara, dia akan mengingati gurunya itu. Ketika dia membuat liputan di Frankfurt Jerman, dia menulis kepada Cikgu CT dengan kata-kata, segalanya bermula daripada nasihat dan semangat yang cikgu berikan dulu, tanpa itu semua saya tidak berada di sini sekarang daripada Kudus (I who have nothing).

3.2.5 Watak dan perwatakan Menurut Ariff Mohamad & Siti Khariah Mohd Zubir (2009), watak adalah pelaku dalam sesebuah karya atau tokoh dalam cerita atau pelakon yang memainkan peranan bagi

25

menggerakkan atau menghidupkan sesebuah cerita dalam sesebuah karya. Watak tidak semestinya manusia tetapi mungkin juga terdiri daripada haiwan, pokok atau unsur alam. Manakala perwatakan pula menurut Ismail Sarbini & Abu Seman Bakar (2002) adalah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman. Pelukisan watak itu boleh secara langsung oleh pengarang atau secara tidak langsung iaitu melalui aksi, tutur kata atau pemikiran watak-watak berkenaan. Dalam cerpen Saya Yang Tak Punya Apa-apa penulis tidak mewujudkan banyak watak, sebaliknya watak yang terdapat dalam cerita ini hanyalah melibatkan empat watak iaitu watak Kudus, Cikgu CT Rajadurai, Udin dan pegawai promosi. Kudus merupakan seorang pelajar yang rajin dan mudah membuat perubahan. Watak Kudus juga memaparkan ciri-ciri seorang pelajar yang berpandangan positif dan selalu berfikiran terbuka dan kehadapan. Selain itu, watak Kudus juga mempamerkan budaya mengenang jasa dan mempunyai keazaman yang tinggi serta tidak mudah putus asa. Nilai positif yang ditunjukkan dalam watak ini amat berguna dan wajar dijadikan contoh kepada para pelajar dalam membentuk sahsiah diri yang unggul di samping menerapkan unsur-unsur kerohanian yang murni di dalam jiwa masing-masing. 3.2.5.1 Watak protagonis/utama Watak protagonis adalah pelaku utama yang menghidupkan cerita atau watak yang memainkan peranan penting. Kudus merupakan watak utama dan merupakan penggerak dalam cerpen ini. Kudus adalah seorang wartawan dan penulis yang terkemuka. Berasal dari keluarga miskin. Sudah berkeluarga. Mendapat dorongan dan rangsangan dari gurunya untuk berjaya. Kudus sedang sibuk dengan tugasannya untuk membuat liputan tentang tempattempat yang menarik di luar negara. Dari segi perwatakan pula, watak utama cerpen ini iaitu Kudus merupakan watak yang paling banyak menonjolkan nilai-nilai positif dan murni dalam diri. Watak Kudus dalam cerpen ini memaparkan ciri-ciri dan sikap yang positif seperti cekal dan tidak mudah putus asa, rajin, seorang yang gigih dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya, selalu berfikiran kehadapan, berpandangan positif, mendengar nasihat dan seorang yang mengenang jasa. Sebagai contohnya, Kudus merupakan seorang yang cekal dan tidak mudah putus asa. Buktinya, Kudus tetap cekal meneruskan cita-cita barunya untuk menjadi seorang penulis walaupun telah kecewa kerana dia tidak mempunayi bakat dalam bidang melukis. Meskipun,

26

cita-cita Kudus pada mulanya untuk menjadi seorang pelukis telah hancur berderai namun berkat kata-kata semangat dan dorongan dari gurunya dia telah berjaya dalam bidang penulisan. Dia sering ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan sehingga menjadi seorang penulis yang terkemuka. Selain itu, Kudus seorang yang berfikiran positif dan kehadapan. Buktinya,Kudus bijak menggunakan peluang yang terpampang di depan matanya dengan menyertai tawaran menjadi penulis atas tiket kembara ke luar negara untuk membuat liputan. Lawatannya ke luar negara tidak disia-siakan begitu sahaja. Segala pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sewaktu lawatan tersebut dicatat supaya dia dapat menyisipkan suasana dan pengalaman berada di negara lain ke dalam penulisannya kelak. Banyak manfaat yang diperolehinya dalam mengikuti lawatn tersebut. 3.2.5.2 Watak antagonis Watak antagonis adalah watak yang memainkan peranan dalam sesebuah karya yang menentang pelakon atau watak utama. Watak ini digambarkan oleh watak Udin iaitu kawan kepada Kudus. Udin merupakan rakan Kudus sejak sekolah lagi. Bekerja dibawah satu organisasi. Perwatakan Udin ialah berfikiran sempit, peka dan berfikiran negatif. Buktinya, Udin telah memperlekehkan kerja Kudus yang membuat liputan di luar negara tanpa mendapat elaun. Menurutnya, perbuatan tersebut hanyalah perbuatan orang bodoh kerana berani menghadapi risiko dan kepenatan tanpa sebarang upah. Selain itu, Udin juga seorang yang peka kerana mengambil tahu perkembangan semasa rakan-rakannya. Contohnya, Udin sentiasa bertanyakan perkembangan semasa Kudus apabila berjumpa. Dia sentiasa bertanya khabar dan perkembangan semasa Kudus dari semasa ke semasa.

3.2.5.3 Watak dinamik Watak dinamik adalah watak yang bijak, hebat dan boleh mencipta kejayaan. Watak ini ditunnjukkan oleh watak cikgu Rajadurai. Cikgu Rajadurai adalah seorang guru sekolah

27

menengah. Pernah mengajar Kudus sewaktu Kudus di tingkatan 4. Seorang guru Seni. Berasal dari Ceylon (sekarang Sri Lanka). Berkelulusan di sebuah universiti di India. Perwatakan Cikgu CT Rajadurai adalah tegas, yakin, beridea, penyayang, suka menolong dan baik hati. Ketegasan cikgu Rajadurai terbukti apabila dia dengan tegasnya memberitahu Kudus bahawa Kudus tidak mempunyai bakat dalam bidang melukis. Beliau juga seorang yang yakin, buktinya cikgu Rajadurai yakin melalui pemerhatian dan pengalamannya bahawa Kudus mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Selain itu, beliau seorang yang sentiasa beridea, buktinya beliau menunjukkan kepada kudus cara-cara untuk mendapatkan ilmu tanpa menggunakan wang iaitu dengan pergi ke perpustakaan ataupun menguutip majalah atau akhbar yang telah dibuang. Disamping itu, beliau juga seorang yang baik hati kerana sudi memberikan tunjuk ajar, dorongan dan kata-kata perangsang untuk Kudus terus berjaya. 3.2.5.4 Watak statik Watak statik adalah watak sampingan yang tidak berkembang dan tidak menonjol. Watak ini ditunjukkan oleh pegawai promosi. Pegawai promosi ini bekerja di bawah jabatan kerajaan yang menjalankan program tiket kembara. Perwatakan yang ditunjukkan oleh watak ini adalah jujur, telus dan tegas. Buktinya, beliau menyatakan kepada kudus dengan jujur dan tegas bahawa Robin Islands tidak termasuk dalam senarai liputan dan ia adalah di luar tanggungan penganjur. Menurutnya lagi, jika Kudus mahu juga ke sana, mestilah dibawah biaya sendiri.

3.2.6 Pengajaran Pengajaran menurut Ariff Mohamad & Siti Khariah Mohd Zubir (2009), adalah sesuatu yang menjadi didikan atau teladan kepada pembaca setelah selesai membaca sesebuah karya.

28

Pengajaran juga adalah nilai murni yang menyarankan individu atau yang mengajar manusia supaya berbuat sesuatu yang baik yang disenangi dan diterima oleh setiap anggota masyarakat dan agama dan meninggalkan apa sahaja yang bertentangan dengan kehendak masyarakat. Dalam cerpen Saya Yang Tak Punya Apa ini terdapat banyak unsur pengajaran yang wajar dicontohi oleh pelajar. Antaranya adalah kita hendaklah menanamkan sifat suka mencuba di dalam diri. Pengajaran ini terpancar pada watak Kudus yang gemar mencuba pelbagai perkara untuk berjaya dalam hidup. Sebagai contohnya, minat Kudus untuk menjadi seorang pelukis bermula apabila dia menyaksikan sebuah pameran lukisan yang dijalankan oleh seorang pelukis tempatan di dewan sekolahnya. Sejak dari peristiwa itu, hatinya terdetik ingin menjadi seorang pelukis terkenal. Selain itu, Kudus juga berani mencuba nasib untuk berjaya dalam bidang penulisan apabila dia telah mengorak langkah untuk sering berkunjung ke perpustakaan dan menghasilkan penulisan-penulisan yang mantap sehingga menjadi seorang penulis dan wartawan yang terkemuka. Selain itu, kita perlulah menanamkan sikap rajin dalam diri untuk berjaya dalam hidup. Kerajinan akan membawa kepada kejayaan. Buktinya seperti yang telah ditunjukkan oleh watak Kudus yang rajin berusaha. Dalam cerpen ini, Kudus benar-benar telah mengubah pendiriannya daripada ingin menjadi seorang pelukis kepada penulis dengan merubah sikapnya dan mula kuat membaca serta rajin ke perpustakaan, mengikut nasihat gurunya. Sikap kudus yang rajin membaca dan ke perpustakaan ini menjadikannya seorang yang berilmu dan dapat menghasilkan penulisan yang bermutu dan mantap sehinggalah dia berjaya menjadi penulis dan wartawan yang terkemuka. Disamping itu, cerpen ini turut memaparkan pengajaran yang kita hendakah sentiasa berfikiran terbuka. Pengajaran ini dibuktikan melalui watak Kudus iaitu sewaktu kudus menerima segala teguran dan nasihat dari gurunya dengan hati yang terbuka, tanpa menyimpan sebarang dendam. Kudus juga telah bertindak atas nasihat dan dorongan dari gurunya itu. Walaupun, cita-citanya untuk menjadi seorang pelukis telah dikritik oleh cikgu CT Rajadurai dengan menyatakan bahawa dia tidak mempunyai bakat dalam bidang melukis, tetapi dia tidak mudah melatah atau melenting sebaliknya dia menerima segala teguran dan cadangan gurunya itu dengan fikiran dan hati yang terbuka sehingga menjadi seorang yang berjaya.

29

Kita mestilah berfikiran jauh. Kita mestilah sedar bahawa dengan berfikir secara kritis kita akan mendapat banyak keuntungan di masa akan datang. Pengajaran ini ditunjukkan oleh watak kudus apabila kudus bersetuju menjadi tetamu kepada penganjur atas tiket penulis kembara, yang sering ditugaskan untuk membuat liputan ke merata destinasi pelancongan yang baru diperkenalkan kepada warga dunia untuk menarik minat mereka berkunjung sebagai pelancong bagi meningkatkan pendapatan ekonomi negara. Dengan berkunjung ke Negara lain beliau bukan sahaja dapat menyiapkan tugasannya malah beliau turut mendapat pengetahuan dan pengalaman berada di negara orang. Seterusnya, kita hendaklah menolong orang lain tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. Pengajaran ini dipancarkan oleh watak cikgu Ct Rajadurai yang berbangsa India yang sanggup menolong membangunkan taraf hidup pelajar Islam. Cikgui Ct Rajadurai dengan hati yang tulus telah memberi banyak dorongan dan nasihat kepada Kudus untuk memajukan diri. Beliau juga memberikan kata-kata semangat kepada Kudus untuk terus berusaha menjadi seorang penulis. Buktinya, beliau merangsang Kudus dengan menyatakan bahawa beliau yakin satu hari nanti Kudus pasti berjaya menjadi seorang penulis. Tidak kiralah sama ada menjadi penulis aliran Inggeris atau Melayu. Pengajaran ini wajar diamalkan dan dicontohi oleh masyarakat lebih-lebih lagi golongan guru supaya tidak memilih kasih dalam bekerja.

3.2.7 Pemaparan masyarakat yang berkait dengan agama, sikap, politik dan ekonomi. Karya yang dihasilkan oleh Ismas saring dalam cerpen Saya yang Tak Punya Apa-apa ini amat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) kerana banyak

30

memaparkan tentang masyarakat yang sangat berkait rapat dengan nilai agama, sikap dan juga ekonomi. Pemaparan masyarakat yang berkait dengan nilai agama dapat dilihat menerusi watak Kudus yang amat mensyukuri nikmat pemberian Tuhan kepadanya sehingga menyebabkan dia berjaya menjadi seorang penulis dan wartawan yang terkemuka. Buktinya, sepanjang beliau menjalankan tugas selaku penulis kembara, banyak pengalaman ditimba daripada kerjaya itu. Walaupun dia tidak berkelulusan dari menara gading, jauh-jauh lagi mempunyai gelaran Dr atau Prof, tetapi dia bersyukur kerana tugasnya itu sudah membawanya terbang ke beberapa negara yang mungkin tidak dinikmati oleh golongan sepertinya. Bersyukur dia kepada Allah SWT atas segala rahmat yang dianugerahkan kepadanya. Sikap Kudus mensyukuri anugerah Tuhan ini wajar dicontohi oleh para pelajar kerana ini akan mendekatkan diri kita sentiasa berada dalam kehidupan yang sederhana. Pemaparan dari segi sikap pula banyak memaparkan sikap kegigihan, pemikiran yang kehadapan dan terbuka, keazaman yang tinggi serta mengenang jasa wajar diikuti dan dijadikan pedoman. Kegigihan dan keazaman seorang pelajar mengejar cita-cita dengan berusaha bersungguh-sungguh serta berfikiran terbuka dalam menerima teguran sangatlah dikagumi. Sikap Kudus yang mengenang jasa gurunya juga wajar dijadikan contoh kepada pelajar. Pemaparan sikap kegigihan dan keazaman ini penting kerana ia merupakan pokok dalam sesebuah kehidupan untuk terus berjaya dan jasa seseorang mestilah dikenang kerana tanpa dia kita tidak boleh berada ditahap sekarang. Selain itu, penulis juga turut menyorotkan tentang pemaparan dari sudut peningkatan ekonomi di mana ini dapat dilihat menerusi watak kudus yang berjaya meningkatkan ekonomi keluarga dengan usahanya sendiri. Kudus yang pada mulanya berasal dari keluarga miskin berjaya menaikkan taraf dan kualiti hidup keluarganya. Buktinya, Kudus ditawarkan bayak peluang untuk keluar Negara setelah menjadi penulis dan wartawan yang terkemuka dan dikenali ramai. Hal ini dapat menimbulkan kesan motivasi dalam diri masyarakat dapat agar menyedari status mereka dalam keluarga dan masyarakat.

3.2.8 Mengandungi unsur falsafah Cerpen ini mengisahkan tentang kegigihan seorang pelajar membina dan menjayakan citacitanya setelah mendapat galakan, dorongan dan rangsangan daripada gurunya yang berlainan

31

bangsa. Cerpen ini mengandungi unsur falsafahnya yang tersendiri kerana dalam falsafah negara juga ada mengatakan pentingnya keseimbangan komponen utama sebagai seorang manusia yang mana manusia dianggap terdiri daripada empat komponen iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Keseimbangan keempat-empat komponen ini akan menghasilkan individu yang berjaya. Gabungan daripada empat komponen ini sentiasa bersifat bersepadu dan saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam cerpen Saya Yang Tak Punya Apa ini mengandungi keempat-empat komponen tersebut. Sebagai contohnya komponen intelek dapat dilihat menerusi watak Kudus yang mempunyai intelek yang berkembang kerana minatnya dalam bidang pembacaan dan penulisan amatlah membantu dalam memajukan dirinya dan meningkatkan taraf hidup keluarganya. Selain itu, komponen emosi yang seimbang di dalam diri Kudus kesan daripada galakan dan dorongan dari gurunya menyebabkan Kudus cukup bersemangat untuk menggapai cita-citanya untuk berjaya dalam bidang penulisan. Mesej yang ingin disampaikan oleh penulis juga berjaya memberi ruang dan kesedaran dalam diri pelajar kerana dalam cerpen ini mengandungi banyak nilai-nilai dan pengajaran yang wajar dicontohi. Disamping itu, cerpen ini juga berjaya menyisipkan pemikiran ideologikal yang menyindir segelintir orang melayu yang sangat mementingkan kebendaan. Hal ini dapat dibuktikan oleh watak Udin yang mengatakan bahawa tindakan Kudus pergi membuat liputan ke luar negara sebagai satu tindakan yang bodoh. Walhal sebaliknya, Kudus turut mendapat input tambahan dalam lawatan tersebut seperti mendapat pengetahuan dan pengalaman tentang negara lain yang boleh digunakan di dalam penulisannya pada masa akan datang.

3.2.9 Dihasilkan oleh penulis yang diyakini kebolehannya

32

Pada pendapat saya cerpen Saya Yang Tak Punya Apa ini telah dihasilkan oleh penulis yang diyakini kebolehannya kerana Ismas Saring adalah merupakan seorang penulis yang terkemuka dan banyak menghasilkan cerpen serta puisi.tambahan pula, beliau pernah ke Sekolah Menengah Anglo Chinese Klang. Selain itu, beliau telah lulus dalam bidang penulisan kreatif dan kewartawanan dari beberapa institusi di dalam dan luar negara. Beliau juga menjalani latihan khusus dalam bidang penulisan pelancongan (travel writer) di Jakarta, Bangkok dan Frankfurt. Selepas meninggalkan bangku sekolah, beliau melakukan pelbagai pekerjaan, antaranya kerja kampung, kontrak dan tukang kebun. Kemudian, dari tahun 1977 hingga 1993, Ismas menjadi wartawan di Berita Harian. Kini beliau merupakan penulis bebas di samping menjadi penyumbang tetap kepada akhbar Berita Harian dan Harian Metro, serta menulis dalam majalah pengembaraan dan pelancongan. Kemudian, Ismas mula menceburkan diri dalam dunia penulisan pada tahun 1956 sewaktu berkhidmat dalam Pasukan Mata-mata Khas. Pada waktu itu, kebanyakan karyanya dihantar dan tersiar dalam majalah Asmara. Cerpen pertamanya yang tersiar dalam majalah ini berjudul Lahirnya Anak Merdeka. Bentuk karya yang dihasilkan Ismas sehingga kini ialah cerpen, puisi, drama pentas, drama radio, skrip TV dan rencana. Ciptaannya tersiar dalam hampir semua akhbar dan majalah tanah air seperti Utusan Melayu, Berita Harian, Berita Minggu, Jelita, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Utusan Filem dan Sports, Gelanggang, Filem, Dian, Asmara dan Gema Islam. Bagi mendalami pengetahuan dan pengalaman berkarya, Ismas tidak jemu menghadiri bengkel dan kursus yang berkaitan dengan penulisan dan sastera. Beliau sering terbabit dalam kegiatan sastera, antaranya ialah menjadi Pengasas Hari Puisi Pertama di Melaka dan Hari Puisi Kedua di Taman Budaya Kuala Lumpur serta dilantik sebagai Setiausaha Hari Puisi Ketiga di Klang, Selangor. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Temu Sastera ASEAN di Shah Alam (1994) dan menyertai seminar serta forum pelancongan antarabangsa di Indonesia, Thailand, Hong Kong, Australia, Taiwan, Jepun, Korea dan beberapa buah negara Eropah termasuk Belanda, Itali, Perancis, Sweden, Switzerland, Jerman dan United Kingdom, juga Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, Ismas saring merupakan seorang penulis yang sememangnya berbakat dan diyakini berkebolehan. 4.0 SESUAI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
33

4.1 Menggunakan bahasa dalam karya untuk memperkaya kosa kata/perbendaharaan kata Karya ini amat sesuai digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu kerana penulis menggunakan bahasa dalam cerpen untuk memperkaya kosa kata atau perbendaharaan kata. Penulis juga turut memasukkan perkataan baru yang boleh membantu memperkayakan perbendaharaan kata seseorang pelajar. Berikut merupakan contoh-contoh kosa kata yang terdapat dalam cerpen Saya Yang Tak Punya Apa-apa:i. Kamar Dalam cerpen ini penulis banyak memasukkan istilah klasik seperti kamar. Perkataan kamar membawa maksud bilik atau ruang bagi orang lama. Contohnya : Ketika dia balik ke kamar 803 Hotel Palace, jam di atas meja kecil di hujung ranjang sudah menunjuk ke angka hampir 12 tengah malam waktu tempatan. ii. Nostalgia Cerpen ini juga memasukkan istilah klasik seperti Nostalgia. Perkataan nostalgia bermaksud kerinduan atau berasa rindu akan sesuatu yg pernah dialami pada masa lalu, kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yg telah berlalu. ( Kamus Dewan Edisi ketiga) Contohnya : Dia membaringkan diri di ranjang dan ingatannya kembali mengenang nostalgia masa yang pernah dilaluinya sepanjang menjalankan tugas selaku penulis kembara. iii. Ranjang Penulis juga memasukkan perkataan Ranjang untuk menambahkan kosa kata baru yang boleh memperkayakan perbendaharaan kata. Ranjang bermaksud tempat tidur atau katil. Contohnya : Ketika dia balik ke kamar 803 Hotel Palace, jam di atas meja kecil di hujung ranjang sudah menunjuk ke angka hampir 12 tengah malam waktu tempatan.

34

iv.

Sinis Cerpen ini juga mengandungi perkataan Sinis untuk menambahkan kosa kata baru yang boleh memperkayakan perbendaharaan kata. Sinis bermaksud mengejek (memerli, mempersenda), mengandungi ejekan (cemuhan), bersifat mengejek atau memandang rendah orang lain. Contoh : Dia tidak menjawab, hanya menatap wajah gurunya yang tersenyum sinis sambil menatap lukisannya.

v.

Pesimis Cerpen ini juga mengandungi perkataan Pesimis untuk menambahkan kosa kata baru yang boleh memperkayakan perbendaharaan kata. Pesimis bermaksud orang yg bersikap pesimistik iaitu bersikap atau berpandangan mudah putus asa. Contoh : Jangan pesimis, Cikgu CT memberi semangat, kalau tak ada duit beli buku, boleh baca dan pinjam di perpustakaan.

vi.

Aparteid Penulis juga memasukkan istilah sejarah seperti Aparteid. Aparteid membawa maksud dasar yang membezakan warna kulit (biasanya antara kulit putih dgn kulit hitam), dasar diskriminasi terhadap orang berkulit hitam (di Afrika Selatan). Contoh : Lapan hari amat cepat masa berlalu dirasakan dan kalau boleh mahu dia berada lebih lama di negara yang pernah terkenal dengan sistem apartheidnya itu.

4.2 Menyatakan perkara yang perlu dilakukan setelah pelajar membaca karya sebagai aktiviti pembelajaran.

35

Antara aktiviti pembelajaran yang boleh dilakukan setelah pelajar membaca karya ini adalah seperti membahagikan pelajar mengikut kumpulan dan memberi tugas pada setiap kumpulan sama ada untuk menyenaraikan watak dan perwatakan yang terdapat di dalam cerpen ini, membuat sinopsis ringkas, menyenaraikan nilai dan pengajaran yang terdapat di dalam cerita, menyatakan plot cerita dan menyenaraikan unsur-unsur gaya bahasa yang digunakan dalam cerpen tersebut. Di akhir perbincangan setiap kumpulan perlu mempersembahkan hasil kerja masing-masing supaya dapat difahami dan dikongsi bersama ahli kelas yang lain. 4.3 Unsur keindahan Dalam cerpen Saya Yang TAk Punya Apa-apa ini terdapat pelbagai jenis teknik digunakan untuk mengindahkan cerita. Penulis telah memasukkan unsur peribahasa ke dalam cerpen ini untuk mengindahkan ayat. Antaranya adalah : i. Paku buah keras Penulis telah memasukkan unsur peribahasa seperti memulangkan paku buah keras iaitu yang bermaksud seperti membalas semula perbuatan yang telah dilakukan ke atasnya untuk mengindahkan cerita. Contoh : Kerana nak cari duit sangat, tak ke mana pun. Paling Jauh aku dengar kau buat rombongan ke Phuket, sambungnya memulangkan paku buah kerasnya. ii. Bagai pelanduk dibaham harimau Cerpen ini juga mengandungi unsur-unsur peribahasa seperti Bagai pelanduk dibaham harimau yang bermaksud sesuatu perkara yang sudah nyata tidak kesampaian kemudiannya disokong lagi dengan peristiwa berikutnya yang memilukan. Peribahasa ini juga sinonim dengan peribahasa lain yang berbunyi sudah terjatuh, ditimpa tangga.

Contoh :

36

Bagaimanapun, cita-citanya menjadi pelukis bukan sahaja terencat, tetapi mati bagai pelanduk dibaham harimau kerana apabila gurunya mengadakan kelas lukisan, murid di tingkatan itu dikehendaki melukis seekor anjing yang sedang menyalak. Selain itu, terdapat juga unsur kata-kata semangat yang mengindahkan cerita di dalam cerpen Saya Yang Tak Punya Apa ini seperti segala kejayaan bermula daripada kepayahan dan setiap kepayahan sering mengalirkan air mata dan air mata adalah semangat serta boleh memberi kejayaan. Komponen-komponen seperti peribahasa, simpulan bahasa, pepatah dan bidalan ini merupakan teknik-teknik yang dapat dimasukkan kedalam cerita supaya cerita lebih gramatis dan lancar serta dapat menarik minat pembaca.

4.4 Gaya Bahasa Menurut Koh Boh Boon (1994), gaya bahasa ialah cara atau ragam bahasa yang digunakan dalam penulisan atau lisan ataupun cara pemakaian bahasa dalam sesebuah karya, susunan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan tema dan persoalan dalam sesebuah karya yang dihasilkan. Kemahiran menggunakan gaya bahasa akan memancarkan keindahan (estetika) disamping menonjolkan keperibadian penulis kerana biasanya seseorang penulis mempunyai gaya bahasanya sendiri. Gaya bahasa juga dapat dikelompokkan kepada lima jenis iaitu:1. Gaya bahasa pengulangan 2. Gaya bahasa penyirnaan 3. Gaya bahasa perbandingan 4. Gaya bahasa pertautan 5. Gaya bahasa pertentangan

Terdapat pelbagai unsur gaya bahasa yang digunakan dalam cerpen ini. Setiap gaya bahasa yang digunakan mempunyai keindahannya yang tersendiri. Penulis juga menggunakan pelbagai gaya bahasa untuk menarik minat para pembaca agar mengetahui tentang variasi bahasa di samping memberi keseronokan kepada para pembaca untuk meneruskan pembacaannya. Contoh gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini ialah:-

37

i.

Sinkof

Sinkof ialah pengguguran huruf sisip atau suku kata sisip perkataan dengan menghilangkan huruf tengah bagi perkataan atau pewujudan kata singkat iaitu kata yang terhasil akibat penghilangan huruf atau suku kata. Contoh : Dah, pergi duduk tempat kamu, arah Cikgu CT sambil menahan ketawa lucu, menatap terus lukisan Kudus. -Perkataan dah merujuk kepada perkataan sudah.

ii.

Simile

Simile ialah perumpamaan. Simile merupakan perbandingan terus iaitu membandingkan dua hal yang pada hakikatnya berlainan tetapi dengan sengaja kita menganggapnya sama. Perumpamaan ini secara jelas mengungkapkan sesuatu sesuatu perbandingan dengan menggunakan kata seperti, umpama, bagai, laksana, macam dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk membandingkan sesuatu. Contoh: Bagaimanapun, cita-citanya menjadi untuk pelukis bukan sahaja terencat, tetapi mati bagai pelanduk dibaham harimau kerana apabila gurunya mengadakan kelas lukisan, murid di tingkatan itu dikehendaki melukis seekor anjing yang sedang menyalak.

iii.

Personifikasi

Personifikasi ialah sejenis gaya bahasa perbandingan, iaitu penginsanan atau pemberian ciriciri peribadi orang atau sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuhtumbuhan, keadaan, peristiwa, barang yang tidak bernyawa atau idea yang abstrak (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007b; 87). Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1026) pula mendefinisikan istilah personifikasi sebagai pemberian sifat-sifat manusia kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain yang mendapat kesan sastera atau seni.

38

Contoh: Lazimnya waktu begitu orang sedang lena atau diulit mimpi. iv. Anafora

Anafora adalah pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contoh: kalau tak ada duit beli buku, boleh baca dan pinjam di perpustakaan. Kalau tak mampu ke perpustakaan, kamu kutiplah majalah atau akhbar yang orang buang dan baca serta pelajarilah dengan serius, saya yakin kamu akan berjaya akhirnya.

v.

Hiperbola

Hiperbola adalah merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya. Contoh : Penulis? Sambut Kudus menggelengkan kepala. Tidak terlintas walau sebesar zarah pun di hatinya dia nak jadi penulis.

4.5 Karya ini membantu pelajar menghasilkan penulisan kreatif dengan baik

39

Cerpen Saya Yang Tak Punya Apa ini menggunakan ayat yang agak ringkas dan mudah. Ini dapat membuktikan kepada pelajar bahawa untuk menghasilkan penulisan kreatif bukanlan memerlukan penggunaan ayat yang panjang atau bahasa yang tinggi tetapi para pelajar itu sendiri perlu membangkitkan minat dan memahami dengan lebih mendalam tentang bentuk bahasa yang komunikatif dengan kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur ayat yang hendak digunakan. Selain itu, dengan adanya cerpen ini secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan kepada para pelajar bagaimana cara untuk mengolah dan menghasilkan penulisan kreatif yang sememangnya mempunyai unsur keindahan, kekreatifan, kerasionalan, keintelektualan, kesaintifikan, keunikan mutu dan gaya bahasa yang memiliki ciri menghibur. 5.0 PENUTUP Cerpen yang ditulis oleh Ismas Saring yang bertajuk Aku Yang Tak Punya Apa-apa ini perlu digunakan dalam pengajaran kerana cerpen ini menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami dan ringkas. Kebiasaanya, bahasa sering dikaitkan dengan kajian karya kreatif komsas khususnya karya prosa moden seperti cerpen ini. Penulis juga turut menggunakan diksi dan juga aspek-aspek gaya bahasa atau stilistik untuk memberi keindahan dalam sesuatu cerita itu agar dapat menarik perhatian para pembaca. Selain itu, cerpen ini perlu digunakan dalam pengajaran kerana terdapat nilai-nilai murni dan pengajaran yang dapat membantu memberi kesedaran kepada para pelajar. Nilainilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini secara tidak langsung akan membentuk personaliti setiap pelajar untuk terus membentuk sahsiah yang murni sesuai dengan kehendak negara yang sentiasa mahukan generasi yang unggul dan bersahsiah tinggi. Contohnya, nilai kegigihan, keazaman dan kasih sayang. Sesuatu pengajaran itu akan menjadi menarik sekiranya guru dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran di dalam kelas. Contohnya, guru meminta para pelajar mencari gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini. Secara tidak langsung pelajar akan dapat menyenaraikan dan cuba mencari gaya bahasa seperti yang dikehendaki oleh guru. Selain itu, cerpen ini wajar dijadikan bahan pengajaran kerana terdapat nilai positif yang boleh digunakan oleh guru untuk mengaplikasikannya dalam bilik darjah dengan baik.

6.0 BIBLIOGRAFI

40

Ariff Mohamad & Siti Khariah Mohd Zubir. (2009). Kesusteraan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusataka Salam Sdn Bhd. Kathiresan D. (1998). Kajian Teks Sastera STPM-Novel Empangan. Petaling Jaya: Addison Wesley Longman Sdn. Bhd. Ruzaini Yahaya. (2001). Penghayatan Novel Terminal Tiga. Kuala Lumpur: dewan bahasa s\dan Pustaka. Othman Puteh. (1993). Penulisan Cerpen Visi dan Langgam. Cetakan kedua (1999). Kuala Lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Puteh. (1994). Langgam Penceritaan Cerpen Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Koh Boh Boon. (1994). Pengajaran Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohd Yusof Hasan. (1995). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia, dewan Bahasa dan Pustaka. Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu, Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Ismas Saring. (2009). Saya Yang Tak Punya Apa. Berita Harian. Diperoleh pada Ogos 17,2009 daripada http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sastera/20090523094722/A rticle/

41

Anda mungkin juga menyukai