Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN FIZIK (ELEKTROMAGNET) 1.Rajah di bawah menunjukkan solenoid dililitkan pada rod kertas.

a.Lukiskan garis-garis medan magnet di sepanjang solenoid itu- 2M b.Tandakan N pada hujung solenoid yang bertindak dengan cara yang sama seperti kutub utara N bagi satu magnet.-1M c.Cadangkan satu kaedah untuk menambahkan kekuatan magnet tanpa menambah sebarang alat tambahan.-1M d.Nyatakan satu peralatan dalam sekolah yang mengaplikasikan konsep fizik ini.- 1M 2.Apabila sebatang rod logam AB diletakkan di atas dua batang pengkonduksi besi licin yang tetap seperti ditunjukkan dalam Rajah di bawah, terdapat satu medan magnet yang menuju ke dalam halaman.

a.Nyatakan arah arus dan arah daya di atas rod itu- 1M b.Apakah gerakan rod itu jika i.medan magnet itu diterbalikkan?-1M ii.kutub-kutub sel diterbalikkan?-1M c.Apakah kesan ke atas gerakan rod itu jika i.satu magnet yang lebih kuat digunakan?-1M ii.d.g.e. sel itu berkurang?-1M iii.pemisahan di antara batang-batang besi itu berkurang?-1M

COPYRIGHT BY M.R.I @ SMKO 2013

3.Rajah A menunjukkan suatu magnet bar dan empat bulatan yang mewakili kedudukan empat kompas memplot.

a.Lukis suatu anak panah di dalam setiap bulatan untuk mewakili pesongan yang betul penunjuk kompas itu-2M Rajah B menunjukkan medan magnet yang seragam di antara dua magnet kekal.

Suatu dawai lurus P membawa arus ke dalam satah kertas kemudian diletakkan seperti dalam Rajah C

b.Lengkapkan garis-garis daya magnet untuk menunjukkan medan lastik dihasilkan. Tunjukkan arah daya, F, yang bertindak pada dawai P dengan satu anak panah.-2M Rajah D menunjukkan suatu litar elektrik yang menggunakan suatu geganti elektromagnet untuk menghidupkan suatu motor, M.

c.Terangkan secara terperinci bagaimana suis S yang ditutup menyebabkan motor M dihidupkan -4M

COPYRIGHT BY M.R.I @ SMKO 2013

4. Rajah menunjukkan sebuah transformer yang disambung kepada motor elektrik 12 V, 24 W a.u.

a.Nyatakan jenis transformer yang digunakan.-1M b.Hitung bilangan lilitan gegelung sekunder itu.-1M c.Hitung arus yang mengalir dalam gegelung sekunder itu.-2M Rajah menunjukkan transformer yang sama disambungkan kepada sebuah komponen elektrik dalam kotak X untuk menyalakan sebuah mentol a.t.

d.Namakan komponen elektrik dalam kotak X.-1M 5.Rajah di bawah menunjukkan sebuah pengecas bateri komputer yang disambung kepada bekalan kuasa 240 V a.u. Pengecas bateri itu mengandungi kotak X dan kotak Y.

Fungsi komponen di dalam kotak X adalah untuk menurunkan voltan daripada 240 V a.u. kepada 20 V a.u. a.Namakan komponen di dalam kotak X.-1M b.Terangkan mengapa a.u. dan bukan a.t. yang dibekalkan dalam Rajah di atas.- 1M c.Nyatakan konsep fizik yang menerangkan bagaimana komponen di dalam kotak X berfungsi-1M d.Kecekapan komponen di dalam kotak X ialah 80%. Hitung arus input apabila kuasa output ialah 65 W.-2M

COPYRIGHT BY M.R.I @ SMKO 2013

6. Rajah A menunjukkan kren pengangkat besi yang digunakan untuk memindahkan besi dari satu tempat ke tempat yang lain. Rajah B menunjukkan sebuah loceng elektrik yang menghasilkan bunyi ring apabila terdapat arus elektrik.

a.Apakah yang dimaksudkan dengan arus elektrik?-1M b.Menggunakan Rajah A dan B, bandingkan prinsip kerja kren pengangkat besi dan loceng elektrik. Hubungkaitkan prinsip kerja itu untuk membuat satu kesimpulan tentang konsep fizik yang berkaitan- 5M c.Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, terangkan cara untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga elektrik di sebuah rumah.-4M d.Kren pengangkat besi merupakan salah satu alat yang penting dalam industri. Menggunakan konsep fizik yang sesuai, cadang dan terangkan pengubahsuaian yang perlu dilakukan kepada sebuah kren pengangkat besi untuk meningkatkan keberkesanannya.-10M 7. Rajah A dan Rajah B menunjukkan gerakan suatu magnet kekal mendekati suatu solenoid panjang untuk menunjukkan suatu konsep fizik

a.Lakarkan corak medan magnet yang dihasilkan oleh suatu solenoid panjang- 1M b.i.Dengan menggunakan Rajah A dan Rajah B, hubungkaitkan pemesongan penunjuk galvanometer dengan gerakan magnet kekal. ii.Dengan menggunakan Rajah B dan Rajah C, hubungkaitkan pemesongan penunjuk galvanometer dengan bilangan lilitan solenoid untuk mendeduksikan suatu konsep fizik yang berkenaan.- 5M

COPYRIGHT BY M.R.I @ SMKO 2013

Rajah D menunjukkan suatu mentol 6 V menyala dengan terang apabila disambungkan kepada terminal suatu gegelung dawai kuprum yang mempunyai 50 lilitan. c.Terangkan dengan jelas bagaimana kejadian ini berlaku. -4M

Rajah E menunjukkan suatu transformer yang digunakan dalam suatu TV untuk mengubah voltan input 240 V kepada voltan output 12 V. d.Cadangkan pengubahsuaian yang boleh dibuat kepada struktur transformer itu untuk meningkatkan pretasinya.Nyatakan dan terangkan pengubahsuaian itu berdasarkan aspek-aspek berikut i.jenis dan ketebalan dawai digunakan dalam gegelung primer dan sekunder; ii.bilangan lilitan bersesuaian bagi gegelung primer dan gegelung sekunder; iii. struktur dan reka bentuk teras besi lembut untuk mengurangkan kehilangan kuasa; komponen elektrik dan susunan litar yang dikehendaki untuk menghasilkan rektifikasi 12 V a.u. kepada 12 V a.t.-10M

COPYRIGHT BY M.R.I @ SMKO 2013