Anda di halaman 1dari 3

PENDAHULUAN - Pemerdagangan orang ertinya segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan

seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang - Penyeludupan migrant pula bermaksud mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana Negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan tertentu. (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 -Aktiviti perdagangan manusia merupakan antara jenayah tertua. Ia juga dianggap sebagai suatu industri universal dan tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi. -Mangsa-mangsa pemerdagangan manusia terdiri daripada perempuan, lelaki dan kanak-kanak atau remaja yang berumur tidak melebihi 18 tahun. -Kes jenayah seperti pemerdagangan manusia turut berlaku di Malaysia, dimana baru-baru ini Malaysia telah berjaya menyelamatkan 1,252 mangsa pemerdagangan manusia dari 18 negara dalam tempoh 2008 hingga 2010. ISI 1-Tujuan Pemerdagangan manusia dan penyeludupan imigrant (i)Eksploitasi seks. - Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan (ii) Buruh Terikat Mangsa yang diseludup secara haram dipaksa melakukan kerja melampaui keupayaan dan sekiranya mangsa menolak akan diugut diserahkan kepada pihak berkuasa. Mangsa akan dimanipulasi sepenuhnya dan berada di bawah pengawasan ketat. Biasanya akan didera dan tidak dibayar gaji. (iii)Pengabdian Domestik Secara Paksa Mangsa ialah pekerja -pekerja domestik yang dipaksa bekerja di tempat yang tidak formal dan tidak diberi bekerja dengan pekerja yang lain. Migran asing, biasanya wanita dan kanak-kanak direkrut dari negara-negara yang kurang membangun seperti Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Latin. Wanita diarah bekerja sebagai pembantu rumah dan pengasuh manakala kanak-kanak akan dijadikan buruh atau pengemis. Mangsa akan ditempatkan di negara-negara maju seperti Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Taiwan dan Malaysia. (iv)Permindahan Organ -Pemindahan organ merupakan salah satu dari aktiviti pemerdagangan orang. -Organ kebanyakannya diperoleh dari negara-negara miskin dan mundur. Kegiatan ini melalui cara mengeksploitasi mangsa di dalam negara ataupun yang diseludup secara haram. Ia memberikan keuntungan yang tinggi di peringkat antarabangsa. Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dianggarkan 10 peratus dari 70,000 buah pinggang yang dipindahkan setahun mungkin berasal dari pasaran gelap. (v)Pemerdagangan Bayi -Bayi yang dijual di pasaran gelap juga memberikan pulangan yang lumayan kerana permintaannya yang tinggi (contohnya di Malaysia, bayi dijual dari harga RM10,000 hingga RM20,000 seorang). Bayi yang

diperdagangangkan biasanya diculik, diseludup atau dibeli oleh individu atau kumpulan yang terlibat dengan sindiket ini. Bayi mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran gelap. 2-Faktor berlaku (i)Faktor Individu yang Tiada Pegangan Agama -Individu yang tidak beragama tidak mempunyai petunjuk hidup dan mudah terjebak dalam masalah sosial. Setiap agama mengajar penganutnya tidak melakukan perkara yang berdosa. Mereka yang tidak mempunyai pegangan agama mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral. Meraka sanggup melakukan apa-apa saja demi mengaut keuntungan yang maksimum walaupun melakukan hal yang menyalahi undang-undang. Mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dalam dunia ini. Seseorang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan akhlak . (ii)Faktor Ekonomi -Melalui kajian daripada para pengkaji sosial, ditetapkan bahawa faktor ekonomi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kes penyeludupan manusia berlaku. Pada zaman kini, masalah jurang pendapatan semakin serious di Asia Tenggara.Orang yang berpendapatan rendah agak susah untuk meneruskan kehidupan mereka pada zaman ini dengan menerima gaji yang sedikit. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan walaupun jalan singkat tersebut menyalahi undang-undang.Akiviti pemerdagangan manusia akan mendatangkan pendapatan yang sangat lumayan.Ini telah mendorong peniaga manusia ledih giat dalam aktiviti haram ini dan bilangan kes pemerdagangan manusia di Malaysia semakin meningkat. (iii) Mencari pekerjaan yang menguntungkan di sebabkan kemiskinan -Proses globalisasi telah meningkatkan 'push-pull' faktor-faktor yang mendorong keinginan para migran untuk mencari pekerjaan yang lebih menguntungkan di luar negeri (iv)Faktor Kegagalan Kerajaan -Penguatkuasaan yang tak bersistematik merupakan faktor berlakunya masalah penyeludupan manusia. Walaupun kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang dan akta untuk membanteras masalah penyeludupan manusia, tetapi usaha ini tidak dilakukan secara berterusan dan menyeluruh. Contohnya, Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam senarai negara yang tidak memerangi isu penyeludupan manusia dengan secukupnya. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa orang pegawai Jabatan Imigresen telah didakwa terlibat dalam kes penyeludupan manusia. Maka, kelonggaran undang undang ini telah menyebabkan kes penyeludupan manusia berterusan di negara Malaysia. 3-Kesan negatif (ii)Mencemarkan imej Negara di Mata Dunia -Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu pemerdagangan manusia sememangnya mencemarkan imej negara. Hal ini menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang. Sekaligus menunjukkan negara umpama sarang (ii)Mengancam Keselamatan dan Keamanan Negara -Jenayah yang berlelusa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan untuk tujuan tertentu termasuk pelacuran, pusat hiburan dan rumah urut seta sebagainya. Sindiket atau mereka yang terlibat turut melakukan jenayah lain untuk mengaut keuntungan. (iii)Menjejaskan Hubungan Diplomatik Antara Negara -Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara. Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat (iv) Peningkatan Masalah Sosial -Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya. Penularan penyakit berjangkit. Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat

4-Langkah-langkah mengatasi (i) Penguatkuasaan undang-undang -Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000 -Akta Antipermerdagangan Orang 2007 (ii) Memperketat kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan dengan lebih teliti -Kawalan kemasukan pelancong asing . Menutup peluang penyeludupan manusia berlaku. Kawalan menggunakan Akta Imigresen untuk mengesan kemasukan secara haram. (iii) Koordinasi antara kementerian -Penguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu mengurangkan aktiviti ini. Contohnya koordinasi antara Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri bagi membersihkan imej Negara. KESIMPULAN -Aktiviti jenayah ini yang mempunyai jaringan dan sindiket profesional harus dilihat secara menyeluruh dan jika tidak dibanteras secepat mungkin boleh menjejaskan imej prestasi dan nama baik negara di mata dunia terutama imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh. *INFO TAMBAHAN (PERBEZAAN PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN PENYELUDUPAN MIGRANT) PEMERDAGANGAN MANUSIA 1- Instrumen/ undang-undang antarabangsa yang terlibat adalah Protocol to Prevent, Suppress and Punish Trafficking in Persons, especially Women and Children di bawah UN Convention on Transnational Organised Crime. 2- Elemen utama bagi membuktikan sebarang kesalahan berhubung dengan pemerdagangan orang adalah unsur eksploitasi dan ia boleh berlaku di dalam sesebuah Negara tanpa melibatkan aspek rentas sempadan. Ianya boleh juga berlaku di peringkat domestik 3- Melibatkan elemen eksploitasi, manipulasi, ancaman terhadap mangsa yang terlibat. Eksploitasi berterusan dan berulang. PENYELUDUPAN MIGRANT 1- Instrument/ undang-undang antarabangsa yang terlibat adalah Protocol Against The Smuggling Of Migrants By Land, Air And Sea di bawah UN Convention on Transnational Organised Crime. 2 -Elemen penting di dalam penyeludupan migran adalah ianya mesti melibatkan unsur rentas sempadan 3 -Melibatkan kerelaan orang yang diseludupkan dan keuntungan terhadap sindiket penyeludupan manusia. Kegiatan penyeludupan tamat apabila tiba di destinasi.

Anda mungkin juga menyukai