Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN CALON BIASISWA PERSEKUTUAN 2013

Tarikh : 17 April 2013 (Rabu) Masa : 11.00 pagi Tempat : Bilik 3P KEHADIRAN i. Hadir 1. En. Ruslan bin Madisal 2. Cik Hermah binti Sapri 3. Pn. Siti Kamilah binti Idris 4. Pn. Raihan binti Lutfi 5. En. Henfin Eau Yun Chiong 6. Cik S. Zulieherdawatti binti Mohd Ali 7. Cik Nur Syahida binti Abdul Manap 8. Cik Yusra binti Ab.llah 9. Pn.Siti Mariah binti Abd Talib 10. Pn. Juanah Entigang 11. En. Mohd Fadzil bin Ah Talib 12. En. Masran bin Kotung 13. Cik Aninah Kimin 14. Cik Mardiaty Abidin 15. Pn. Catherine Chee Chai Lan 16. Pn. Ainon Hassan 17. En. Azizan bin Abdullah 18. Pn. Missiah Ajek

19. Pn. Rasistha Alwarince 20. Pn. Nurulazwin Seidi 21. Mohd Sahibudin bin Said

AGENDA: 1. Ucapan Pengerusi 2. Pemilihan calon biasiswa 3. Masalah disiplin pelajar 4. Hal-hal berbangkit

1.0 Ucapan Penegrusi / PK HEM 1.1 En. Ruslan selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kerana kesudian guru-guru hadir ke mesyuarat hari ini 1.2 En. Ruslan memaklumkan tujuan mesyuarat ini diadakan untuk memilih calon Biasiswa Kecil Persekutuan tahun 2013. Tindakan : Makluman

1.3 En. Ruslan meminta guru tingkatan untuk memeriksa borang biasiswa pelajar untuk kelas masing dan memilih pelajar berdasarkan markah merit pelajar yang lebih daripada 65% . 1.4 En. Ruslan memaklumkan pemilihan calon berdasarkan syarat syarat tertentu iaitu pencapaian peperiksaan , bilangan tanggungan, status kewarganegaraan, pendapatan keluarga dan kelakuan pelajar. 1.5 En. Ruslan mengingatkan guru tingkatan untuk memilih pelajar yang sebetulnya layak untuk dijadikan calon pemegang biasiswa kecil dan memaklumkan nama pelajar yang terpilih dalam mesyuarat ini. Tindakan : Guru Tingkatan

2.0 Pemilihan calon biasiswa 2.1 En. Ruslan memaklumkan senarai nama pelajar yang layak memohon daripada pihak JPN telah diperolehi.

2.2 En. Ruslan memaklumkan beliau akan membaca senarai nama pelajar dan meminta persetujuan semua guru tingkatan dan ahli jawatankuasa untuk pemilihan calon biasiswa yang layak. Tindakan : Guru tingkatan

2.3 Nama pelajar yang layak untuk dicalonkan sebagai pemegang Biasiswa Kecil Persekutuan ialah: 1) Chrisley Eliska Lorence 2) Edika Rizwan bin Nasa 3) Loveni Jefrin 4) Farithly Rams Tiongsi 5) Clara Ester Jamin 6) Azham Itzenan Mehail 7) Ahmad Faridi Firdaus bin Maulidin 8) Abiezer Azarel Lausin 9) Nur Aiman Akmal bin Majunting 10) Nur Ayuh Natasha bt Frenle 11) N. D Cole Johnny 12) Mohd Norizal Egal 13) Mohd Hafiz bin Jaley 14) Laznel Liwis 15) Angela Jane Asni 16) Mosdih bin Sangi 17) Jafyq Jastin 18) Aeria Jemis 19) Zielie Clyn Jesson 20) Zicrollando Zicko 21) Wally Azsar bin Wally Elsar 22) Siti Asmah bt Ismail 23) Royen Filyonex Robil

24) Amirah bt Umrah 25) Angelahlin Marial 26) Nurfitri bt Hamad 27) Siti Noraniza bt Omar 28) Sharil Nizam bin Matzan 29) Siti Napisah binti Abdul Latip 30) Raimon Gunsik 31) Joevin Jomidin Assim 32) Muhd Azrul Rabbana 33) Siti Karsum binti Abdul Mamat 34) Roslina binti Harikin 35) Hallyvia Jerry 36) Norita Majinul 37) Nur Indah Sagirah 38) Aidil Hairul bin Abd Latif 39) Nur Farhanah bt Ahmad 40) Tannoor bin Rasid 41) Siti Nur Fatiha binti Shanon 42) Witasidasidarisa binti Jimulis 43) Rozha Hanini binti Nasripan 44) Ana Antong 45) Ayunnis Peter 46) Afery Haumisin 47) Verene Magunding 48) Jelesie Majikin 49) Vyrronth Salpin 50) Nurlizah Maulidin

51) Mohd Azry Sam bin Hariffin 52) Neronika Headly 53) Liliana bt Janain 54) Flonica Asangki 55) Mohd Fairey Sham Darius 56) Peter Angelbert 57) Lyziana Kimsin

Tindakan : Guru Biasiswa 2.4 En. Ruslan memaklumkan pelajar yang tidak berjaya dicalonkan adalah disebabkan oleh masalah disiplin dan tahap pencapaian akademik yang tidak memuaskan serta jumlah pendapatan keluarga yang melebihi RM1600.00 . Tindakan : Makluman 3.0 Masalah disiplin pelajar 3.1 En. Ruslan memaklumkan pemegang biasiswa yang mempunyai masalah disiplin dan akademik akan ditarik balik kelayakan untuk mendapat wang biasiswa. 3.2 Cik Yusra memaklumkan terdapat 2 pelajar yang merupakan pemegang biasiwa telah dibatalkan kelayakan biasiswa disebabkan oleh masalah disiplin dan kewarganegaraan serta diganti dengan pelajar daripada tingkatan yang sama . 3.3 Cik Yusra meminta persetujuan untuk mengambil tindakan ke atas pemegang biasiswa yang bermasalah dengan memberi surat amaran . 3.4 En. Ruslan meminta semua guru tingkatan dan guru biasiswa memantau pelajar yang mempunyai masalah disiplin dan mendapatkan laporan daripada guru disiplin dan guru kaunseling sekiranya ada pemegang biasiswa yang terlibat dengan masalah disiplin sekolah. Tindakan : Guru Biasiswa dan Guru Tingkatan 4.0 Hal-hal lain 4.1 Cik Yusra memaklumkan bermula tahun ini sistem pangkalan data murid (APDM) akan digunakan untuk menggantikan sistem maklumat murid untuk memudahkan urusan biasiswa.Cik Yusra juga memaklumkan Sistem Pengurusan Biasiswa (SISPEB) akan diganti dengan sistem Aplikasi Bantuan untuk urusan pemohonan dan semakan bantuan termasuk biasiswa. 4.2 En. Ruslan meminta semua guru tingkatan supaya mengemaskini dan melengkapkan data murid dalam sistem APDM untuk urusan pemilihan calon biasiswa. . Tindakan : Guru Tingkatan 5.0 Penutup 5.1 En. Ruslan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa biasiswa yang hadir serta di atas kerjasama yang telah diberikan.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari Minit mesyuarat ini dicadangkan untuk disahkan oleh______________________________ Dan disokong oleh _____________________ pada _________________jam_____________.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

............................................. (CIK YUSRA BT AB.LLAH ) Guru Biasiswa SMK Abdul Rahim

.......................................... (EN. RUSLAN BIN MADISAL ) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Abdul Rahim

Anda mungkin juga menyukai