Anda di halaman 1dari 10

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU MERISIK

Adat ini juga dikenali sebagai meninjau atau menengok. Ianya adalah bagi memastikan gadis yang hendak dipinang masih belum berpunya. Ini adalah kerana Islam melarang meminang gadis yang telah bertunang. Ia juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang keluarga gadis, kemahiran berumahtangga, adab sopan, tingksh laku, rupa paras serta pengetahuan agamanya. Biasanya adat ini dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki.

Semasa merisik, biasanya pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan sekiranya pihak gadis bersetuju, tarikh peminangan akan di tetapkan. Namun begitu, adat merisik sudah jarang dilkukan kerama mereka sudah saling mengenali di samping untuk menjimatkan kos.

MEMINANG

Setelah merisik dan diketahui bahawa si gadis masih belum berpunya, pihak lelaki akan menetapkan satu tarikh untuk menghantar rombongan peminangan. Urusan peminangan ini juga akan dilakukan oleh keluarga terdekat pihak lelaki. Adat meminang ini adalah bagi pihak lelaki menyatakan hasrat mereka secara rasmi. Turut dibincangkan di dalam adat meminang ini adalah berkenaan jumlah hantaran dan bilangan ahli rombongan yang akan datang pada majlis pertunangan bagi memudahkan pihak gadis membuaat persiapan.

PERTUNANGAN

Setelah majlis meminang di selesaikan, maka majlis pertunangan diadakan. Pihak lelaki akan di wakili oleh saudara mara terdekat. Sempena majlis pertunangan, satu kenduri diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung sebagai bingkisn utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, kuih muih, buah - buahan , pakaian dan lain-lain yang digubah cantik akan diberikan kepada pihak perempuan.

Mengikut adat, hantaran akan turut diberikan kepada kakak si gadis jika si kakak masih belum berkahwin. Ini dinamakan langkah bendul. Bilangan hantaran juga di hantar dalam bilangan ganjil seperti lima, tujuh, sembilan, sebelas dan tiga belas kerana bilangan genap membawa implikasi yang tidak baik. Bilangan hantaran pihk perempuan juga akan melebihi hantaran daripada pihak lelaki.

Antara contoh barangan hantaran pada majlis pertunangan adalah seperti berikut :

AKAD NIKAH

Akad nikah bukanlah suatu adat tetapi adalah merupakan ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sebuah perkahwinan. Akad nikah dilaksanakan selepas semua perjanjian yang dibuat dengan pihak perempuan telah disempurnakan seperti wang hantaran, mas kawin dan barangan lain.

Upacara ini boleh dilakukan di masjid, pejabat kadi atau di rumah pengantin perempuan. Di dalam upacara ini, bapa pengantin prempuan perlu menjadi wli untuk menikahkan anaknya. Namun begitu, dia boleh mewakilkan kepada jurunikah untuk menjalankan bagi pihaknya. Kebiasaanny, majlis akad nikah akan diadakan sehari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Pada majlis itu, pengantin lelaki akan mengenakan pakaian berwarna cerah seperti majlis pertunangan. Sebelum akad nikah, Tuan Kadhi akan memeriksa wang belanja dan hantaran lain bersama dua orang saksi dari pihak pengantin perempuan. Pengantin lelaki akan duduk di atas sebuah hamparan sementara Tuan Kadhi akan masuk menemui pengantin perempuan bagi mendapatkan persetujuan untuk dinikahkan. Selepas itu, Tuan Kadhi akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum hal-hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Kemudian, Tuan Kadhi akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki. Lapafaz nikah adalah berbunyi "Aku nikahkan dikau dengan (nama pengantin perempuan) dengan mas kawin sebanyak( mengikut negeri) tunai."Pengantin lelaki akan menjawab, " Aku terima nikahnya (nama pengantin perempuan) dengan mas kawin sebanyak( mengikut negeri) tunai". Saksi akan mengesahkan lafaz nikah itu jelas atau tidak. Jika tidak, akad nikah akan dilakukan semula sehingga saksi berpuas hati. Selepas itu, doa selamat di bacakan sebagai tand kesyukuran.

Selepas itu, pengantin lelaki akan menyarungkan cincin perkahwinan ke jari pengantin perempuan sebagai tanda membatalkan air sembahyang. Si isteri akan menunggu di bilik yang dihias indah. Sesudah itu, mereka akan bersalaman sebagai tanda mereka telah diijabkabulkan. Kemudian , adat berinai dijalankan dimana kedua mempelai di tepung tawar. Peralatan yang digunakan adalah seperti semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit,sepiring ini, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua pihak akan melakukan upacara tepung tawar dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tpk tsngan pengantin. Beras kunyit dan bertih akan di tabur di hadapan pengantin dan orang ramai. Bunga telur akan diberi kepada orang yang menepung tawar.

Upacara Akad Nikah

PERKAHWINAN

ADAT BERINAI

Majlis berinai biasanya diadakan berpingkat-peringkat.

BERINAI CURI - biasanya diadakan tiga malam sebelu hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.

BERINAI KECIL - biasanya diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk jiran,saudara mara dan sahabat handai sahaja.

BERINAI BESAR - biasanya diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan.

Selepas adar Berinai Besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan.. Sebaliknya pengantin lelaki akan pulang terus kerumahnya atau bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. 2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga. 3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik. 4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. 5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering. 7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. 8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. 9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis. 10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama. 11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. 12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) 13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir. 14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi banyak toksid. 15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga. 17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin. 18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. 19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri. 20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari. 21. Elakkan minum minuman keras dan merokok. 22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. 23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin. 24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan. 25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. 26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. 27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). 28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat. 29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul. 30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama. 31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org. 33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi. 34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. 35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar. 36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. 37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. 38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. 39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri. 40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. 41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding. 42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. 43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. 44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Anda mungkin juga menyukai