Anda di halaman 1dari 2

MODEL-MODEL KOMUNIKASI 1. Di bina untuk memahami bagaimana komunikasi berlaku antara individu. 2.

Def : Model adalah gambaran sistematik sesuatu peristiwa dalam keadaan sempurna atau abstrak. Ia membantu berfokus kepada factor-faktor tertentu satu demi satu. Ia memudahkan prosedur untuk dianalisa. 3. Model-model komunikasi membantu memperjelaskan bagaimana mesej dan peranan dikomunikasikan secara berkesan antara guru-guru dan murid-murid. KOMUNIKASI BERDASARKAN MODEL-MODEL 1. Dalam proses komunikasi terdapat 4 jenis model yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah iaitu: a. Model Claude Shannon dan Warren Weaver b. Model Wilbur Schramm I c. Model Wilbur Schramm II d. Model Wilbur Schramm III 2. Model Claude Shannon dan Warren Weaver a. Berfokus kepada bagaimana suatu konsep matematik disampaikan disampaikan oleh guru. Menurut Shannon dan Weaver, sumber maklumat tersimpan dalam memori si penyampai(guru). Guru akan hantar mesej menggunakan alat transmitter (suaranya) dan mesej yang berisyarat akan disampaikan kepada otak sipenerima (murid-murid) melalui telinga mereka. Kadang-kadang terdapat gangguan dalam mesej yang dihantar kepada si penerima. b. Model dihuraikan dalam rajah:
Alat pemancar
pesanan Isyarat

Maklumat

suara
Isyarat

Gangguan
Mesej

Otak

Telinga

c. Model ini dicadangkan enam jenis elemen Sumber maklumat Transmitter Mesej/pesanan Destinasi Penerima Tanda isyarat mesej d. Model ini juga dikenali sebagai model transmitter atau penerimaan maklumat. berdasarkan model ini, krberkesanan penyampaian dan penerimaan sesuatu pesanan bergantung kepada sumber-sumber gangguan yang menjadi penghalang dalam model komunikasi asas ini. e. Satu lagi sumber gangguan adalah kebisingan yang berlaku dalam bilik darjah. Berdasarkan gangguan ini, mesej yang diterima oleh murid-murid mungkin tidak sama.

3. Model Wilbur schramm I a. Satu sumber ransangan mesti dikodkan dalam bentuk isyarat atau mesej oleh pihak pengantar.penerima yang menerima mesej perlu menginterprestasi atau memecah kod mesej tersebut.

Anda mungkin juga menyukai