Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2013 PROGRAM IJAZAH

SARJANA MUDA PERGURUAN (PENDIDIKAN RENDAH) Semester 5 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

NO. KOD:

RBT3110

TARIKH:

Mei 2013

SKEMA PEMARKAHAN (SP)

No. Kod: RBT3110 BAHAGIAN A ( 20 markah ) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. B C C B B C A D B C B D A C C D B A D A

SP

SULIT

BAHAGIAN B (40 markah) Jawab semua soalan. 1. a Produk yang dihasilkan oleh usahawan hanya dapat dijual kepada pengguna dengan adanya aktiviti pemasaran. Pelaksanaan aktiviti pula adalah bersandarkan perancangan. Terang secara ringkas lima kepentingan rancangan pemasaran kepada organisasi perniagaan. i panduan dan halatuju untuk melakukan proses kerja pemasaran. Dapat pastikan apa sebenarnya yang ingin dilakukan, bila untuk melakukan kawalan kepada pelaksanaan. Dapat pastikan tidak lari dari matlamat asal juga dapat bantu menilai prestasi semasa tugas-tugas yang dilakukan keseragaman antara strategi dan aktiviti dapat dibentuk dan dipantau. segala usaha boleh difokus dan memudahkan matlamat perniagaan dicapai. membantu kenalpasti perubahan tren dan citarasa pelanggan. Secara tidak langsung rancangan pemasaran memerlukan maklumat berkaitan pasaran. Maklumat dapat diguna untuk pembangun produk membantu pengagihan sumber dana secara cekap dan berkesan. Dengan adanya rancangan pemasaran unit/jabatan kewangan dapat mengenalpasti keperluan dan penggunaan dana. agihan mengikut dapat dilakukan mengikut keutamaan. Bekalan dan agihan personel juga dapat dikenalpasti dan dilakukan dengan cekap dan berkesan bagi memastikan operasi perniagaan pada tahap optimum setiap masa. 1 isi = 1 markah 5 isi = 5 markah b Promosi ialah usaha yang dijalankan untuk menarik perhatian perhatian pelanggan bagi mendorong tindakan terus daripada konsumer, syarikat atau orang tengah untuk membuat pembelian. Terangkan secara ringkas lima langkah yang perlu diikuti oleh pemasar dalam usaha untuk menghasilkan promosi yang berkesan. i. Mengenalpasti pengguna sasaran Kenalpasti bakal pembeli,pengguna sedia ada dan pembuat keputusan belian. (Adakah orang perseorangan,kumpulan masyarakat,organisasi kerajaan atau swasta). Menentukan objektif komunikasi Kenalpasti tahap kesediaan pengguna sasaran - sama ada pada peringkat kesedaran, pengetahuan, keinginan, keutamaan ataukeyakinan dan pembelian.

ii

iii

iv

vi

ii.

(Supaya dapat mengetahui cara menggalakkan mereka untuk membeli). iii. Mereka bentuk mesej Fokus (menimbulkan keinginan, mengekalkan minat, menarik perhatian dan mendorong pembelian). Ciri-ciri istimewa (berbanding produk pesaing). Kandungan (berciri pujukan yang rasional, beremosi atau bermoral). Struktur mesej-( pemasar membuat rumusan sendiri atau membiarkan keputusan dibuat oleh pengguna, sehala atau dua hala). Format ( warna,bunyi,animasi dan lain-lain). iv. Memilih media Bersifat peribadi seperti bersemuka dan melalui panggilan telefon. Bukan bersifat peribadi seperti melalui media cetak, elektronik dan peragaan. v. Mendapatkan maklumbalas Untuk mengukur keberkesanan promosi Melalui soal selidik,temu ramah dan pemerhatian Mengambil keputusan sama ada meneruskan atau menukar program promosi. 1 fakta = markah 1 fakta + huraian = 1 markah 5 fakta + huraian = 5 markah 2. a Untuk mengukur keberkesanan dan kecekapan syarikat dalam mengurus aset-asetnya, firma boleh menggunakan nisbah pusing ganti jumlah aset, nisbah pusing ganti aset tetap dan nisbah pusing ganti inventori. i Terangkan bagaimana nisbah pusing ganti jumlah aset boleh mengukur kecekapan pihak pengurusan menjana pendapatan. Nisbah ini memberi gambaran - bagi setiap seringgit yang dilaburkan ke atas aset, berapa banyak boleh jana jualan yang merupakan pendapatan perniagaan. Bila nilai nisbah pusing ganti aset tinggi menunjukkan sumber aset diurus (dieksploitasi) dengan cekap dan berkesan sehingga mampu mengeluarkan aras jualan yang tinggi. Ia secara ringkas memberi maklumat berapa kali aset total berpusing atau berganti dengan jualan. 3 markah ii Perihalkan maklumat yang boleh diperolehi dari nisbah pusing ganti inventori. Memaklumkan penganalisis berapa kali inventori dalam simpanan dapat dijual dan diganti semula dalam setahun. Semakin tinggi nilai nisbah bermakna kitaran pertukaran inventori semakin pendek tempohnya dan semakin kerap ianya di replenish dengan inventori yang baharu. 2 markah

b Syarikat Megah Bhd. 2011 2012 (%) (%) 8.95 Jadual 1 Teliti maklumat bagi Syarikat Megah Bhd. dalam Jadual 2 di atas dan jawab soalan-soalan berikut. i Jelaskan nilai nisbah yang diperolehi oleh Syarikat Megah Bhd bagi tahun 2011 dan 2012. Bagi tahun 2011 Syarikat memperoleh untung bersih sebanyak 8.95 sen daripada setiap ringgit jualan dan 10.98 sen untuk setiap ringgit Jualan bagi tahun 2012. Peningkatan mungkin kerana kos barang dijual dan belanja am dapat dikurangkan berbanding jualan. 2 markah ii Terangkan maklumat yang diperolehi berdasarkan perbandingan nisbah syarikat bagi tahun 2011 dan 2012 dengan nisbah industri. Syarikat-syarikat dalam industri memperoleh untung bersih 13.8 sen dan 14 sen untuk setiap ringgit Jualan bagi tahun 2011 dan 2012 masing-masing. Nisbah syarikat jauh rendah dalam memperoleh untung bersih untuk setiap ringgit jualan. Bermakna prestasi syarikat dari segi keuntungan secara relatif kurang memberangsangkan. Sebabnya: Pengurusan kos dan jualan syarikat agak lemah berbanding syarikat-syarikat pesaing secara purata. 2 markah iii Kemukakan tiga faktor yang menentukan kejatuhan dan kenaikan nisbah ini. Harga jualan tinggi harga, nilai jualan tinggi hasil tinggi Harga faktor-faktor pengeluaran atau kos rendah nilai kos rendah Strategi jualan bersesuaian kuantiti dijual meningkat hasil tinggi Hasil tinggi tolak kos yang rendah = untung bersih tinggi Kesan: margin untung bersih tinggi 1 fakta = markah 1 Huraian dan fakta = 1 markah 3 fakta dan huraian = 3 markah 10.98 Industri 2011 (%) 13.80 2012 (%) 14.05

Nisbah Nisbah margin untung bersih

3.

Lukis satu graf (secara anggaran) yang menggambarkan perhubungan antara nilai kini wang terhadap perubahan kadar faedah (i = 0%, 5%, 10%, 15%) dan bilangan tempoh pendiskaunan/masa (t = 2, 4, 6, 8, 10 tahun).

Graf nilai kini wang terhadap perubahan kadar faedah dan bil. tempoh
Nilai Kini Wang Bagi RM1

1.00 0.75 0.50 0.25

I = 0% I = 5% I =10% I = 15% Setiap kadar faedah = m 4 kadar x m = 2 markah

10

Tempoh

Penglabelan paksi-x: Tempoh Pendiskaunan + angka = 1 markah Penglabelan paksi-y: Nilai Kini Wang bagi RM1 + angka = 1 markah Penglabelan setiap kadar faedah + graf = 2 markah Jumlah markah = 4 markah b i Encik Danial menyimpan RM1000 di Bank Kita pada 1hb. Jan 2013 dan akan mengeluarkannya pada akhir tahun 2017 nanti. Berapakah jumlah yang terkumpul pada ketika itu jika pihak bank membayar kadar keuntungan sebanyak 10 peratus setahun? Rumus nilai depan amaun FV = PV (1+i)n di mana : PV = 1000, i = 10%, n = 5 tahun [1 markah] FV = 100 (1 + 0.10)5 FV = RM1610.50 [1 markah] Jumlah markah = 2 markah ii Pada 1hb. Jan 2012, Encik Bob menyimpan wang sebanyak RM3000 di Bank Kerjasama yang membayar kadar keuntungan sebanyak 4 peratus setahun. Pada 1hb. Jan 2015, Encik Bob dijangka akan menambah lagi simpanannya sebanyak RM5000. Berapakah jumlah wang yang dipunyai oleh Encik Bob pada 31hb. Dis 2018?
1.1.2012 1.1.2013 (0) (1) i =4% RM3000 1.1.2014 (2) 1.1.2015 (3) RM5000 RM5624.50 RM3795.90 RM9420.40 1.1.2016 (4) 1.1.2017 (5) 1.1.2018 (6)

Jumlah wang

Pengiraan: FV6 = [PV 0(FVIF i,n) + PV 3(FVIF i,n)] ( markah) FV6 = [3000 0(FVIF 4%,6) + 5000 3(FVIF 4%,6)] ( markah) FV6 = [3000 0(1.2653) + 5000 3(1.1249)] ( markah) FV6 = [3795.90 + 5624.50] FV6 = RM9420.40 ( markah) Jumlah markah = 2 markah iii Puan Marissa menabung setiap hujung tahun sebanyak RM1500 sejak dari tahun 2009 di Bank Mesra dengan kadar 7 peratus setahun. Beliau akan meneruskan tabiat menabung pada penghujung tahun sehingga tahun 2015. Berapakah jumlah wang Puan Marissa jika beliau ingin mengeluarkannya pada akhir tahun 2015?

1.1.2009 1.1.2010 (0) (1) i =4% RM1500 RM1500

1.1.2011 (2) RM1500

1.1.2012 (3) RM1500

1.1.2013 (4) RM1500

1.1.2014 (5) RM1500

1.1.2015 (6) RM1500 FVA = ?

Pengiraan: FVA6 = [PMT (FVIFA i,n) ( markah) FVA6 = [1500 (FVIFA 7%,6) ( markah) FVA6 = [1500 (7.1533) ( markah) FVA6 = 10 730 ( markah) Jumlah markah = 2 markah

ATAU

FVA6 = PMT (1 + i)n-1 i ( markah) FVA6 = PMT (1 + 0.07) 0.07 FVA6 = [1500 (7.1533)] ( markah) FVA6 = RM10 730 ( markah) Jumlah markah = 2 markah 4. a Kemukakan lima perkara yang dikawal oleh Akta Perlindungan Data Personal 2009. i. Data personal pemilik diproses bagi maksud yang sah disisi undang-undang dan berkaitan secara langsung dengan aktiviti penggunaan data itu. Bermakna pemilik data tidak berhak menahan data personalnya untuk tidak diproses sekiranya undang-undang memerintahkan perkara itu dibuat. Pemprosesan data personal pemilik yang dibuat oleh data user memang perlu bagi maksud aktiviti itu atau berhubung secara langsung dengan maksud aktiviti. Bermakna data user tidak boleh memproses data personal pemilik untuk aktiviti lain. Pengumpulan data peribadi pemilik oleh data user adalah mencukupi untuk tujuan/maksud aktiviti dan tidak berlebihan. Bermakna data user tidakmengumpul (collect) data peribadi pemilik yang tidak berkaitan dengan aktiviti. Penyimpanan data peribadi pemilik oleh data user memang perlu bagi maksud aktiviti itu sahaja. Selesai aktiviti, data personal pemilik sepatutnya dimusnahkan. Penggunaan data peribadi pemilik oleh data user adalah demi kepentingan pemilik dan hanya bagi maksud yang sah disisi undang-undang dan berhubung secara langsung dengan aktiviti penggunaan data itu. 1 isi = 1 markah 5 isi = 5 markah
6-1

( markah)

ii.

iii.

iv.

v.

Rangkakan lima faktor yang boleh mempengaruhi keberkesanan e-dagang di Malaysia. i. Tahap penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan perdagangan elektronik. Semakin tinggi tahap penguatkuasaan undang-undang, pembeli dan penjual semakin yakin untuk melaksanakan transaksi secara elektronik. Kecekapan proses perniagaan meningkat. edagang secara kolektif mencapai matlamat. Wujud mekanisme yang membolehkan pengguna faham dengan jelas kewujudan batas keselamatan dan keupayaan teknologi supaya tidak berlaku kebergantungan yang melampau. Pengguna bertransaksi

ii.

dalam keadaan risiko rendah, lebih bijaksana kerana tiada peluang berlakunya opportunism. e-dagang semaikn berkesan. iii. Kuantiti modal insan yang mencukupi dalam bidang keselamatan ICT. Secara kolektif mereka akan meningkatkan jaminan proses transaksi dilakukan dengan selamat kerana mereka terlibat dengan pemantauan. Kualiti modal insan yang celik IT. Semakin ramai yang celik IT bermakna semakin ramai yang tahu berurusan secara atas talian dengan bijaksana. Urusan memakan masa yang pendek, tanpa batasan waktu dan lokasi. e-dagang semakin berkesan Kualiti modal insan dari aspek rohani amanah, jujur, bertanggungjawab. Semakin ramai yang tinggi aspek rohani, pengguna/pemain e-dagang akan lebih berasa selamat untuk menjalankan transaksi. e-dagang semakin berkesan Agihan perbelanjaan kerajaan terhadap produk dan perkhidmatan yang berkaitan keselamatan ICT. Semakin tinggi agihan - rakyat Malaysia mendapat infrastruktur dan rangkaian teknologi yang semakin tinggi Qos (Quality of Service). Peniaga boleh mempunyai rangkaian yang lebih cekap dan selamat. pembeli mendapat perkhidmatan yang lebih baik dan cumtomised. e-dagang menjadi lebih berkesan mana-mana faktor yang bersesuaian 1 isi = 1 markah 5 isi = 5 markah BAHAGIAN C (40 Markah)

iv.

v.

vi.

vii.

1.

ZnZ merupakan sebuah perniagaan menjual buku. untuk terus berdaya saing ZnZ perlu menguasai perniagaan secara elektronik. Jelaskan satu isu yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pemilihan ke atas rangkaian teknologi. Berserta contoh, kemukakan dua jenis perhubungan elektronik yang boleh diamalkan oleh ZnZ. Seterusnya bersandarkan satu kelebihan belian secara elektronik, cadang satu cara untuk menawan pelanggan sedia ada dan pelanggan berpotensi. Isu yang perlu dipertimbangkan Qos iaitu quality of sevice atau kualiti perkhidmatan- di mana perlu pertimbangkan trade- offs antara kelajuan (speed), kebolehpercayaan (reliability) dan kos (cost). Ini berkaitan gabungan keupayaan yang tinggi untuk berhubung, jaminan kerahsiaan dan integriti data serta keberadaan (availability) rangkaian perkhidmatan. Sebagai peniaga - memerlukan rangkaian yang membolehkan mereka berhubung/dihubungi pada kelajuan yang tinggi (kadar masa yang rendah) pada bila-bila masa (malah mereka mungkin mengharapkan rangkaian yang boleh menyusun penerimaan data mengikut prioriti) serta jaminan keselamatan dan kerahsiaan keatas data perniagaan yang pelbagai kategorinya.

Juga jaminan data diterima oleh pihak yang tepat. Qos yang tinggi melibatkan kos yang tinggi. 5 markah Dua jenis perhubungan elektronik; i. pasaran elektronik. mempunyai perhubungan perniagaan berjangka pendek bersama ramai pembekal buku. ZnZ boleh menggunakan khidmat internet melalui khidmat direktori mendapatkan maklumat pembekal-pembekal buku dari semasa ke semasa menilai tawaran-tawaran para pembekal mengikut masa, dan jenis buku tanpa perlu terikat dengan mana-mana pembekal. Selain itu dengan adanya khidmat intelligent comparison programme memudahkan penilaian dan pemilihan pembekal terbaik setiap kali belian hendak dilakukan. Dalam perhubungan ini ZnZ tidak membina hubungan yang khusus dengan mana-mana pembekal sebaliknya sentiasa berpeluang mendapatkan bekalan yang mengoptimumkan hasil dan meminimumkan kos transaksi. hirarki elektronik. mempunyai perhubungan perniagaan berjangka panjang bersama pembekal-pembekal tertentu. ZnZ boleh berkongsi sistem elektronik seperti EDI melalui rangkaian telekomunikasi peribadi seperti VANs. Perkongsian sistem seperti ini membolehkan perhubungan yang secara automatik - perubahan maklumat berkaitan bilangan buku di ZnZ dapat dikenalpasti dengan tepat dan cepat oleh pembekal dan bekalan boleh dihantar dengan cepat dan tepat masa. Permintaan sesuatu buku boleh dipindahkan dari komputer ZnZ terus kepada komputer pembekal. Perhubungan seperti ini akan membina satu ikatan/perhubungan yang kuat saling sokong menyokong kerana kemenjadian satu perniagaan membantu meningkatkan perniagaan yang satu lagi. 1 fakta = 1 markah 1 fakta + huraian = 5 markah 2 fakta + huraian = 10 markah Kelebihan perniagaan elektronik boleh dibincang dari sudut khidmat pelanggan, pilihan dimaklum dan kepelbagaian. Khidmat pelanggan lebih cepat dan dalam kuantiti yang lebih banyak dalam masa yang ditetapkan kerana satu komputer boleh melayan pelanggan dengan lebih pantas. pesanan dan belian boleh dilakukan dengan pantas. ZnZ boleh mengambil peluang meningkatkan khidmat pelanggan selepas belian membina hubungan peribadi seperti menghantar ucapan melalui emel, melaksanakan pemasaran elektronik menghantar katalog buku-buku yang bersesuaian dengan pelanggan. Dengan ini kesetiaan pelanggan boleh wujud. Pilihan dimaklum menyediakan laman sesawang yang interaktif kerana perdagangan elektronik memberi peluang kepada pelanggan mendapatkan maklumat dihujung jari cepat dan pantas. Znz boleh mengambil peluang menyediakan laman sesawang yang mempunyai maklumat yang kemaskini berkaitan buku-buku yang terdapat di pasaran,menyediakan sinopsis buku-buku yang terdapat di ZnZ. memaklumkan kemudahan-kemudahan yang dinikmati apabila membeli belah bersama ZnZ. Mengambil peluang menyediakan forum yang dianggotai oleh affinity group sebagai satu cara promosi WOM(words of mouth).

ii.

Kepelbagaian mengambil peluang menjual buku-buku digital disamping buku-buku fizikal yang boleh dipesan/ditempah secara elektronik. menjual customised cards di mana pelanggan boleh menggunakan kreativiti menggubah kad-kad ucapan secara elektronik sebelum membuat pesanan. juga boleh menjual customised bundles of products yang boleh dipesan secara elektronik cara penghantaran, masa penghantaran, cara bayaran. 1 fakta = 1 markah 1 fakta + huraian = 5 markah Jumlah = 20 markah 2. Teliti kes pendek di bawah Pada tahun 1989, Rayyan telah berjaya mendapatkan segulung ijazah daripada Universiti Pertanian Malaysia. Tidak seperti graduan lain yang ingin bekerja makan gaji, Rayyan sebaliknya telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Berbekalkan modal daripada wang simpanannya sebanyak RM50,000, Rayyan telah menubuhkan Ans Mushroom Sdn.Bhd.yang mengusahakan cendawan bermutu tinggi. Alasan beliau menceburkan diri dalam bidang ini kerana kekurangan penglibatan kaum bumiputera walaupun kerajaan telah memberikan pelbagai insentif kepada pengusaha dalam bidang ini. Sebagai seorang yang baharu memulakan perniagaan, Rayyan telah memohon untuk diberikan taraf perintis daripada kerajaan. Seperti kebanyakan perniaga-peniaga yang lain, Rayyan tidak terkecuali daripada mengalami kemerosotan penjualan dalam tahun 1990 yang mengalami kegawatan ekonomi di mana kerugian yang telah beliau alami mencecah lebih dari RM20,000. Walaupun rugi, beliau tidak berputus asa dan terus berusaha untuk memulihkan perniagaannya. Beliau mendapatkan pinjaman bank berjumlah RM100,000 dan mencagarkan rumahnya. Rayyan kemudiannya bangkit daripada kegagalannya dan mencari jalan untuk meningkatkan perniagaannya lagi. Antara langkah pemulihan yang diambil oleh Rayyan adalah seperti membina makmal dan menubuhkan satu pasukan penyelidikan khusus berkaitan dengan cendawan. Akhirnya kumpulan penyelidikannya telah berjaya dalam menghasilkan cendawan istimewa yang dinamakan Anomush dan Gigamush. Cendawan ini sangat laku dan dijual pada harga melebihi RM25.00 setiap 500 gram. Perniagaan Rayyan terus berkembang sehingga berjaya mengekspot barangannya ke Eropah dan Amerika Syarikat. Dengan kejayaan itu, Rayyan telah berjaya untuk membayar balik kesemua pinjamannya dan kini nilai bersih keuntungan perniagaannya meningkat kepada RM1 juta. Berdasarkan petikan di atas, kenal pasti sama ada Rayyan dianggap sebagai seorang peniaga atau usahawan dengan memberi bukti-bukti yang dapat menyokong pendapat anda. Bincangkan lima cara bagaimana Rayyan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Rayyan adalah seorang usahawan kerana beliau memiliki ciri-ciri berikut i. Berani menghadapi risiko. Tidak seperti graduan lain yang ingin bekerja makan gaji, Rayyan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang kurang penglibatan kaum

bumiputera walaupun kerajaan telah memberikan pelbagai insentif kepada pengusaha dalam bidang ini. Sediakan gunakan wang simpanan sebagai modal sebanyak RM50 000. Bukti mempunyai jangkauan dalaman yang tinggi dengan pertimbangan yang rasional. ii. Menginovasi hasil produk Membentuk kumpulan penyelidikan dan berjaya dalam menghasilkan cendawan istimewa yang dinamakan Anomush dan Gigamush. Bukti mampu memperluaskan fikiran di luar kotak hingga hasilkan produk yang dapat penuhi citarasa pelanggan masa kini. ii. Berpandangan jauh ekspot barangannya ke luar negara. Membina makmal dan menubuhkan satu pasukan penyelidikan khusus berkaitan dengan cendawan.Perniagaan Rayyan terus berkembang sehingga berjaya mengekspot barangannya ke Eropah dan Amerika Syarikat. Bukti membuat sesuatu tindakan bukan untuk kesan jangka pendek tetapi kesan jangka panjang, bukan setakat untuk penuhi pasaran temp[atan tetapi ke perinmgkat antara bangsa. iv. Tidak mudah putus asa. Mengalami kemerosotan penjualan dalam tahun 1990 akibat kegawatan ekonomi, kerugian mencecah lebih dari RM20 000. Terus berusaha memulihkan perniagaan dengan membuat pinjaman bank berjumlah RM100 000 dan mencagarkan rumahnya. Rayyan bangkit daripada kegagalannya dan mencari jalan untuk meningkatkan perniagaannya. Antara langkah pemulihan yang diambil oleh Rayyan adalah seperti membina makmal dan menubuhkan satu pasukan penyelidikan khusus berkaitan dengan cendawan Bukti terus berjuang meskipun gagal v. Pandai merebut peluang Rayyan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang kurang penglibatan kaum bumiputera walaupun kerajaan telah memberikan pelbagai insentif kepada pengusaha dalam bidang ini. Bukti gunakan peluang untuk berjaya. vi. Kreatif menghasilkan cendawan istimewa yang dinamakan Anomush dan Gigamush. Cendawan ini sangat laku dan dijual pada harga melebihi RM25.00 setiap 500 gramdan mendapat sambutan di peringkat dunia. Berfikiran unik hingga mampu membangun produk. vii. Tekun bekerja Membentuk kumpulan penyelidikan hingga berjaya. Memperluaskan fikiran di luar kotak hingga hasilkan produk yang dapat penuhi citarasa pelanggan masa kini. Membina makmal dan menubuhkan satu pasukan penyelidikan khusus berkaitan dengan cendawan untuk hasilkan cendawan bermutu tinggi dan penuhi cita rasa pelanggan. Terus berusaha memulihkan perniagaan meskipun dilanda masalah

1 fakta = 1 markah 1 fakta + huraian = 2 markah 5 fakta + huraian = 10 markah Lima cara perniagaan Rayyan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. i. mengeluarkan produk yang memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Menyediakan produk yang berkualiti tinggi kepada pengguna dalam memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Penyelidikan secara konsisten menghasilkan produk yang bermutu tinggi, meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup masyarakat. ii. mewujudkan peluang pekerjaan Pengeluaran yang semakin diterima pelanggan memerlukan pekerja yang semakin ramai dengan pelbagai jawatan. Dalam perniagaan hari ini Rayyan perlu terlibat dalam e-dagang maka pekerjaan baharu boleh diwujudkan contoh program analyst, perekabentuk promosi. Ditambah pula dengan sifat perniagaan yang berbentuk antarabangsa Lebih ramai anak-anak tempatan memperolehi peluang untuk bekerja. iii. Meninggikan taraf hidup rakyat melalui pemberian pendapatan dan pilihan produk yang semakin banyak Peluang pekerjaan meningkatkan pendapatan isi rumah. Perbelanjaan kepada cara hidup yang lebih baik boleh dilakukan pendidikan, penjagaan kesihatan (rawatan perubatan), jenis pemakanan. Selain itu produk perniagaan Rayyan menambah bilangan pilihan produk dipasaran kepada pengguna. Kesannya ialah pengeluar akan saling meningkatkan mutu produk masing-masing. Akhirnya pengguna mempunyai barisan produk berkualiti tinggi untuk dipilih. iv. Meningkatkan pendapatan negara melalui bayaran cukai Melalui bayaran cukai, perniagaan Rayyan dapat membantu membangunkan negara. Cukai menjadi sumber dana kepada kerajaan untuk membina pusatpusat pendidikan dan sebagainya. Pengeluaran yang bertambah menyebabkan hasil jualan bertambah. Maka pendapatan yang dikenakan cukai bertambah. v. Membawa negara ke arah negara maju melalui penemuan dan ciptaan baru. Komited dalam penyelidikan. Peluang untuk penemuan dan ciptaan baharu. Membawa kepada bidang pengeluaran baharu, peluang pekerjaan baharu, bentuk perniagaan baharu. Bantu ke arah negara maju. vi. Menyumbang kepada peningkatan KDNK negara melalui peningkatan keluaran. Keluaran perniagaan Rayyan meningkat. KDNK meningkat. Lambang kemakmuran ekonomi negara. Tarik pelabur-pelabur ke Malaysia. Peningkatan dalam ekonomi negara. 1 fakta = 1 markah 1 fakta + huraian = 2 markah

5 fakta + huraian = 10 markah Jumlah = 20 markah 3. Anda baharu menamatkan pengajian keguruan dalam bidang Reka Bentuk Teknologi dan ditempatkan di Sekolah Kebangasaan Tuanku Abdul Rahman, Kedah sebagai guru Kemahiran Hidup. Bila anda meneliti keputusan peperiksaan Tahun 4, anda mendapati bahawa masih terdapat sebilangan besar murid yang belum mencapai tahap yang minimum dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup khususnya dalam komponen Perniagaan dan Keusahawanan. Anda berpendapat murid ini harus diberi ruang dan peluang untuk mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri. Salah satu daripada strategi yang anda rasa boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah melalui pembelajaran masteri. Jelaskan ciri-ciri dalam konsep pembelajaran Masteri dan huraikan langkah-langkah yang akan anda ambil untuk menyesuaikan model pembelajaran Masteri dalam pembelajaran Perniagaan dan Keusahawanan untuk kelas anda. Bincangkan juga tahap persediaan guru dan murid untuk menjayakan konsep pembelajaran ini. Menyesuaikan ciri-ciri pembelajaran Masteri dalam pembelajaran Perniagaan dan Keusahawanan Definisi/pengenalan Pembelajaran Masteri: Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid. 2 markah Ciri-ciri Pembelajaran Masteri: Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran.
Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan. 1 isi = 1 markah

3 isi = 3 markah Model pembelajaran Masteri & langkah-langkah perlaksanaan

Dalam pembelajaran Masteri, langkah yang perlu dilaksanakan: i. Hasil pembelajaran perlu ditentukan, dan disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran. ii. iii. iv. v. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan mengembirakan. Keupayaan dan Pencapaian dinilai semasa aktiviti Pembelajaran. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan. Semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri. 1 penerangan langkah = 1 markah 7 penerangan langkah = 7 markah

vi. vii.

Peranan dan Tugas Guru dalam Pembelajaran Masteri: i. ii. Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran. Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran masteri kerana langkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat. Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah: Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai; Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri; Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari; Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian diagnostik; Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif. Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah itu.

iii.

iv.

v.

Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran. Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu. Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar menguasai sesuatu perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan. 1 penerangan peranan dan tugas = 1 markah 4 penerangan peranan dan tugas = 4 markah

vi. vii.

Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri: i. Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar . ii. Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan . iii. Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus: tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi iv. Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari. 1 penerangan peranan dan tugas = 1 markah 4 penerangan peranan dan tugas = 4 markah [Jumlah markah = 20 markah]

Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

Anda mungkin juga menyukai