Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU TUGASAN PROJEK PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN JUN NOVEMBER 2012 NAMA

A IPG : IPG KAMPUS PERLIS NAMA KURSUS : ASAS KALKULUS KOD KURSUS : MTE 3108 NAMA PELAJAR : UNIT/KUMPULAN : PISMP AMBILAN JUN 2012 (MAJOR) TARIKH HANTAR : 26 OGOS 2013

TARIKH MULA : 15 JULAI 2013 Hasil Pembelajaran :

1.
2. 3. 4. 5. 6.

Membezakan antara fungsi dan bukan fungsi. Melakarkan graf fungsi secara manual /menggunakan GSP/kalkulator grafik. Menentukan fungsi sonsang Mengenal pola & perhubungan Mencari terbitan pertama dan kedua serta kamiran bagi fungsi. Mengaplikasikan konsep terbitan & kamiran dalam penyelesaian masalah

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1,2,5 dan 6.

Objektif Tugasan :
Pada akhir tugasan projek ini, pelajar-pelajar dapat : 1. 2. 3. Menghasilkan satu penulisan artikel berkaitan dengan Kalkulus yang meliputi 4 tajuk yang dipelajari. Mencari terbitan pertama dan kedua bagi fungsi serta titik minimum dan maksimum bagi graf Menggunakan dan mengaplikasikan teknologi dijelaskan melalui perisian GSP untuk melakar dan membuat interpretasi graf Fungsi.

Geometer Sketchpad(GSP) dan Geo Gebra (GG) adalah suatu alat pembinaan, demontrasi dan penerokaan yang dinamik.GSP dan GG kini merupakan satu dimensi yang berkesan untuk pembelajaran matematik. Program perisian ini membantu pelajar membina dan menyiasat matematik model, objek, rajah, gambar rajah dan graf. Dengan GSP dan GG, anda boleh memberi pelajar anda secara visual yang jelas untuk meneroka dan memahami konsep abstrak dalam geometri, algebra, trigonometri, asas kalkulus dan kalkulus. Konsep yang pada mulanya sukar bagi pelajar anda untuk memahaminya, menjadi sangat jelas apabila mereka melihat gambaran visual pada skrin dan berinteraksi dengannya menggunakan GSP dan GG. Oleh itu sebagai seorang guru matematik,anda dikehendaki menggunakan konsep matematikal yang sesuai dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus.terutamanya GSP dan GG untuk tujuan melengkapkan projek ini. Dalam melaksanakan projek ini,anda dikehendaki melakukan perkara berikut secara individu dan berkumpulan yang terdiri daripada 2 atau 3 ahli sahaja;

Arahan Tugasan

1.0

PENULISAN PROJEK ( INDIVIDU)


Baca mengenai sumbangan Sir Isaac Newton dan Gottfried Leibnitz berhubung penciptaan Kalkulus berlandaskan satu atau lebih bahan rujukan. Anda boleh menggunakan sumber internet sebagai bahan rujukan.Namun kesemua input tersebut haruslah diakui kesahihannya. Tulis satu laporan tidak kurang daripada 200 patah perkataan tentang peranan Newton dan Leibnitz dalam perkembangan kalkulus.Anda boleh memasukkan maklumat biografi,tetapi teras utama laporan anda memerlukan penerangan secara terperinci ,kaedah dan catatan mereka.

2.0

PROJEK GSP 1/ GG 1 (INDIVIDU)


Salah satu aktiviti dalam projek ini adalah untuk merancang projek GSP.Anda diberi satu tugas melibatkan graf polynomial. f(x) = 2x6 + 3x5 + 3x3 2x2.Graf anda haruslah disertakan dengan yang berikut: Gunakan graf f and f untuk membuat anggaran titik maksima dan minima Hard copy graf hendaklah dikemukakan Kalkulus yang terlibat dalam menentukan titik maksima dan minima haruslah dibincangkan

3.0

PROJEK GSP II / GG II (KUMPULAN)


Anda dikehendaki mereka bentuk rel roller coaster melibatkan graf polinomial. Reka bentuk hendaklah mengandungi perkara berikut: Fungsi polinomial yang dipilih sendiri sekurang-kurangnya 5.Harus dipastikan bahawa semua fungsi itu boleh dibezakan dan selanjar. Lukis graf berskala lengkap. Justifikasi berkaitan rel roler coaster yang dicadangkan hendaklah dibincangkan secara terperinci.

4.0

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 4.1 4.2 Isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut:

4.2.1 kandungan / bahan-bahan yang relevan dengan isi kandungan kursus. 4.2.2 persembahan hasil tugasan menampilkan kesungguhan dan berpengetahuan luas dari pelbagai aspek. 4.3 4.4 4.5 Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong tugasan anda hendaklah dikemukakan Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil tugasan anda. Hasil tugasan perlu kemas, menarik dan koheren.

Tugasan disediakan oleh _________________________ ( Jabatan................................... IPGK....................................... ) ( Penyelaras Kursus..................

Di semak oleh: ________________________ ) Pakar Bidang (SME).............. Jabatan.................................. IPGK.......................................

Disahkan oleh ___________________________ ( ) Ketua Jabatan.............................. Jabatan......................................... IPGK............................................

Anda mungkin juga menyukai