Anda di halaman 1dari 3

Soalan Esei 1. Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.

(a) Pilih satu topik daripada subjek major anda dan dengan menggunakan model ASSURE, jkelaskan bagaimana anda akan dapat merancang dan menyampaikan topik yersebut kepada murid anda. 1.(b) Huraikam lima perbezaan antara model ASSURE dan model ADDIE. 2. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran da pembelajaran merangkumi beberapa perisian seperti pemprosesan perkataan dan hamparan elektronik telah membolehkan pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokan. (a) Bandingkan lima perbezaan perisian pemprosesan perkataan dengan hamparan elektronik dari aspek penggunaannya. (b) Berdasarkan satu topik bagi mata pelajaran opsyen anda, bincangkan langkah-langkah untuk membina satu persembahan multimedia interaktif untuk pengajaran anda. 3.(a) Huraikajn lima prinsip yang perlu diambil kira dalam menghasilkan suatu grafik yang berkualiti dan menarik. (b)Sebagai juru audio, anda telah dibekalkan dengan skrip untuk rakaman audio. Terangkan langkah-langkah yang anda akan ambil untuk tugas tersebut. Soalan Esei 1. (a) Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Huraikan lima ciri yang terdapat dalam Model ADDIE? (b) Cik Fatimah bertujuan menggunakan rekabentuk pengajaran model ASSURE dalam menyediakan pengajarannya untuk pelajar Tahun 3. Jelaskan kriteria pemilihan media, bahan dan kaedah yang sesuai digunakan untuk mengajar matapelajaran opsyan anda. 2. (a) Semasa menghasilkan media interaktif untuk dijadikan bahan bantu mengajar, huraikan lima fitur yang dogunakan dalam pembinaan media tersebut. (b) Hamparan elektronik diguna oleh guru dalam pengurusan bilik darjah dan aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraikan empat kelebihan yang terdapat pada perisian hamparan elektronik.

3.(a) Carta merupakan bahan sumber pengajaran yang kerap digunakan oleh guru-guru. Huraikan bagaimana anda boleh melibatkan pelajar secara aktif menggunakan carta sebagai bahan pembelajaran. (b) Nyatakan dengan ringkas konsep-konsep berikut 1. 2. 3. 4. 5. Mel elektronik Telesidang video Hipermedia Realiti Maya Enjin pencarian

Soalan Esei 1. Prinsip reka bentuk pengajaran ASSURE telah digunakan secara meluas oleh papa pendidik. Berdasarkan kenyataan di atas: (a) Anda dikehendaki menerangkan langkah yang perlu dilakukan dalam prinsip reka bentuk pengajaran ASSURE dan berikan contoh situasi mengikut urutan.(10 markah) (b) Anda dikehendaki membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam mata pelajaron major (RPH ditulis dalam Bahasa Malaysia) mengikut prinsip reka bentuk pengajaran ASSURE. 6. (10 markah) 2. Anda perlu membina perisian persembahan elektronik bagi kelas tahun 3. Berdasarkan keperluan ini (a) Terangkan prinsip pembinaan grafik CASPER untuk diaplikasikan ke dalam perisian tersebut. Setiap hujah perlu disertakan dengan contoh situasi.(10 markah) 7. (b) Anda juga dikehendaki membina story board bagi perisian tersebut. 8. (10 markah ) 9. 3. Anda perlu membina perisian pesembahan elektronik bagi kelas tahun 4, berdasarkan keperluan ini (a) Dalam memgambil gambar bagi video terdapat beberapa shot yang dilakukan. Anda dikehendaki melukis empat bentuk shot yang terlibat. 10. ( 10 markah) 11. (b) Bagi membuat rakaman terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan. Nyatakan langkah-langkah yang perlu dilakukan dari mula perancangan hingga ke teknik mengambil gambar. 12. (10 markah)

Nov 2011 Contoh Soalan Esei Soalan 1 a) Kepelbagaian aras pengetahuan, murid merupakan lumrah di dalam sesebuah kelas. Bagi memastikan hasil pembelajaran tercapai, guru seharusnya bijak menangani situasi ini. Merujuk kepada reka bentuk pengajaran, jelaskan apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan jika anda berhadapan dengan situasi tersebut. (10 markah) b) Merujuk kepada reka bentuk pengajaran. Model ADDIE dikatakan berbeza dengan mdel ASSURE. Nyatakan aspek-aspek perbezaan keduanya. (10 markah) Soalan 2 a) Kemahiran pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) oleh guru-guru di bilik darjah memberi kesan positif kepada pengajaran dan pembelajaran. Perisian yang guru-guru kerap gunakan seperti pemprosesan perkataan, hamparan elektronik dan persembahan elektronik. Bincangkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam perisian MS Word dengan ciri-ciri perisian MS Power Point.(10 markah) b) Anda telah dilantik menjadi penyelaras bagi sambutan majlis jubli perak bagi sekolah anda. Dengan menggunakan perisian-perisian dalam MS Office, huraikan bagaimana anda dapat membantu penganjuran majlis tersebut berjaya dilaksanakan dengan meriah.(10 markah) Soalan 3 a) Penggunaan bahan sumber 3D dalam pengajaran dan pembelajaran banyak memberikan impak positif kepada pelajar. Walaubagaimanapun tidak kurang kekangan yang dihadapi bagi merealisasikan penggunaan bahan ini dalam bilik darjah. Beri pendapat anda tentang kekuatan-kekuatan serta kekangankekangan penggunaa bahan sumber 3D di sekolah-sekolah. (10 markah) b) Penggunaan bahan multi-media dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan cara yang betul menyeronokkan murid-murid. Misalnya bahan seperti ini terdapat di pasaran dibina secara umum iaitu tidak menjuruskan situasi sebenar mengikut rumusan analisis pelajar. Anda sebagai seorang guru matapelajara pengkhususan anda, sila selesaikan masalah tersebut dengan memerihalkan pertimbangan, langkahlangkah dan contoh bagaimana membina bahan multimedia berasaskan MS Power Point. (10 markah)

Anda mungkin juga menyukai