Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Sinopsis Filem Cikgu Limau Kasturi Filem Cikgu Limau Kasturi mengisahkan tentang seorang guru baru Bahasa Inggeris, iaitu Cikgu Halim yang ditakdirkan untuk mengajar di sebuah sekolah yang terletak jauh di pedalaman Kelantan, iaitu di Kampung Limau Kasturi. Kawasan penempatan tersebut tidak mempunyai bekalan air dan elektrik serta hanya dapat dihubungkan dengan satu stesen kereta api yang sudah usang. Pada mulanya, Cikgu Halim amat susah hati dan keberatan untuk pergi mengajar di sekolah tersebut, namun setelah ibunya memberi dorongan dan semangat, beliau akur dengan takdir yang dihadapinya itu. Ketika di kampung tersebut, beliau telah banyak dibantu oleh Pak Hassan, salah seorang penduduk di kampung tersebut. Cikgu Halim cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung tersebut walaupun suasananya jauh berbeza dengan bandar. Di kampung, beliau telah mempelajari dan melihat nilai-nilai kemasyarakatan yang tidak dapat dirasai ketika di bandar. Pada hari pertama mengajar, terdapat seorang murid bertindak nakal dengan membaling gumpalan kertas pada Cikgu Halim. Tetapi, beliau tidak memarahi murid nakal tersebut, sebaliknya beliau memberi nasihat sehingga menyebabkan budak tersebut menyesal dengan tindakannya. Pada suatu hari ketika Cikgu Halim sedang mengajar di dalam kelas,beliau perasaan akan kehadiran seorang budak perempuan yang sembunyi-sembunyi cuba menjawab pertanyaan Cikgu Halim terhadap murid-murid di dalam kelas. Budak itu bernama Rohani dan merupakan anak kepada Lebai Lazin. Budak itu mempunyai keinginan yang mendalam untuk bersekolah, namun tidak dibenarkan oleh bapanya yang berfahaman kolot mengenai pendidikan. Lebai Lazin telah pergi berjumpa dan memarahi Cikgu Halim kerana mempengaruhi Rohani untuk belajar. Tetapi, Lebai Lazin mula sedar akan kepentingan pendidikan pada Rohani, dan dia meminta Cikgu Halim untuk memasukkan Rohani ke sekolah. Sepanjang Cikgu Halim mengajar di sekolah tersebut, telah banyak berlaku perubahan terhadap sikap murid-murid disitu dan murid-murid juga semakin rapat dan meminati beliau. Ketika, beliau semakin dapat menyesuaikan diri di kampung itu, beliau telah menerima surat daripada kementerian mengenai permohonannya untuk bertukar

sekolah telah diluluskan. Beliau berat hati untuk meninggalkan sekolah tersebut. Ketika berada di rumahnya, beliau terbaca diari ibunya dan ibunya menceritakan hal sebenar bahawa ibunya berasal dari Kampung Limau Kasturi. Ibunya tidak berpeluang untuk bersekolah walaupun mempunyai keinginan tersebut. Disebabkan itu, ibunya sering menderma kepada sekolah tersebut dan mengharapkan anaknya dapat menjadi tenaga pengajar di kampung tersebut. Setelah mengetahui cerita tersebut, Cikgu Halim kembali semula ke sekolah Kampung Limau Kasturi untuk menabur bakti sebagai seorang pendidik kepada genarasi kampung tersebut.

2.0 Kemahiran Intrapersonal Dan Interpersonal Pada Watak Cikgu Halim Kemahiran Intrapersonal yang terdapat pada watak Cikgu Halim ialah beliau redha dan akur dengan tawaran mengajar di pedalaman dan berusaha menjalankan tugasnya sebaik mungkin. Beliau juga berfikiran positif dan berusaha memotivasikan diri untuk terus mengajar di Kampung Limau Kasturi. Selain itu, beliau juga mampu untuk mengawal kekecewaan dan kesedihan apabila beliau berjaya mengharungi kehidupan di pedalaman dengan agak baik. Beliau juga sentiasa memperbaiki kelemahan diri agar dapat diterima dengan baik oleh murid-murid beliau dan penduduk kampung. Manakala Kemahiran Interpersonal yang terdapat pada watak Cikgu Halim ialah beliau berusaha untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru yang tidak pernah beliau alami iaitu suasana kampung. Beliau juga berusaha dalam menjaga hubungan dengan orang kampung seperti menghormati Lebai Lazin dan Pak Hassan serta meluangkan masa dengan orang kampung ketika waktu lapang bagi merapatkan hubungan silaturahim. Selain itu, beliau juga mahir berbicara dan berkomunikasi dengan orang kampung walaupun berbeza dialek percakapan. Beliau dapat menerima pandangan orang lain dengan baik walaupun pandangan beliau tidak diterima dan dipertikai iaitu ketika beliau berbahas dengan Lebai Lazin mengenai pentingnya pendidikan di sekolah. Di sekolah pula, Cikgu Halim mahir dalam menguruskan murid-

murid di dalam kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran serta mampu mewujudkan hubungan yang baik dengan anak muridnya.

3.0 Kompetensi Kecerdasan Emosi Yang Terdapat Pada Watak Cikgu Halim Kompetensi Kecerdasan Emosi Personal yang terdapat pada watak Cikgu Halim adalah seperti kesedaran kendiri iaitu sedar akan kaitan antara perasaan dan pemikiran, perlakuan dan tutur. Contohnya, Cikgu Halim tidak memarahi atau merotan Aziz yang nakal, sebaliknya beliau cuba menasihati murid tersebut, kerana beliau

sedar sekiranya Aziz dimarahi atau dirotan, ia akan memburukkan lagi keadaan. Perkara ini dibuktikan melalui petikan berikut: . cikgu kalau nak hukum Aziz cikgu boleh tapi cikgu tak mahu, sebab Aziz dah besar, Aziz pandai, Aziz cerdik, boleh berfikir sendiri. Petikan filem Cikgu Limau Kasturi

Dalam Pengurusan Kawalan Kendiri pula, Cikgu Halim berjaya mengawal emosinya apabila berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung, walaupun pada asalnya menjadi bebanan bagi dirinya. Cikgu Halim juga amanah dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Di sebabkan sikap amanah itulah menyebabkan beliau mempunyai motivasi untuk terus mengajar dikawasan pedalaman, walaupun pada asalnya sukar untuk beliau menyesuaikan diri tempat baru tersebut. Seterusnya ketekunan, beliau mempunyai ketekunan dalam melaksanakan tugasnya sebagai guru apabila beliau menerima pujian daripada guru besar Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi. Perkara ini dibuktikan melalui petikan kata-kata guru besar seperti di bawah: . baru dua minggu cikgu mengajar di sini, tapi saya dah nampak perubahan sikap murid-murid sekolah ini. Nampaknya cikgu faham benar tentang psikologi kanak-kanak di sini.

Petikan dari filem Cikgu Limau Kasturi

Beliau juga mampu menyesuaikan diri dengan suasana kampung walaupun agak sukar bagi dirinya pada permulaan dan itu membuktikan bahawa beliau mempunyai kebolehsuaian dalam apa jua keadaan dan suasana. Selain itu, Cikgu Halim mempunyai inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah apabila beliau mampu memikirkan cara yang sesuai dan berkesan bagi menarik minat murid untuk belajar dengan lebih baik lagi tanpa ada rasa bosan dalam diri murid. Beliau juga mengadakan kelas dan mengajar murid-murid sekiranya terdapat masa lapang. Dalam aspek Motivasi Kendiri pula, Cikgu Halim telah menunjukkan komitmennya dalam bidang pendidikan apabila dia sanggup mengajar walaupun di pedalaman demi pendidikan anak bangsa, kerana dia sedar dengan tanggungjawabnya dalam mendidik kanak-kanak dikawasan pedalaman yang sangat memerlukan pendidikan untuk turut sama maju seiring dengan pelajar lain yang jauh lebih selesa kemudahan pendidikan mereka. Cikgu Halim juga optimisme dalam kerjaya beliau apabila beliau cekal untuk terus mengajar di kampung walaupun menghadapi pelbagai kesukaran demi mencapai matlamat negara. Dalam pengurusan kemarahan pula, Cikgu Halim telah menunjukkan bahawa beliau telah berjaya mengawal kemarahan apabila terdapat seorang murid yang telah bersikap nakal di dalam kelas. Cikgu Halim tidak memarahi murid itu, sebaliknya beliau bersikap profesional dengan menasihati murid tersebut dan caranya itu benar-benar berkesan apabila murid tersebut menyesal dengan perbuatannya. Ia dibuktikan melalui petikan kata-kata murid nakal tersebut seperti di berikut: . cikgu, hari tu cikgu kata kalau kita buat nakal dan berasa bersalah, kita mesti menyesal dan minta maaf. Saya menyesal baling kertas dekat cikgu baru-baru ini, saya mintak maaf cikgu. Petikan dari filem Cikgu Limau Kasturi

Pada watak Cikgu Halim juga terdapat Kompetensi Kecerdasan Emosi Sosial seperti Kesedaran Sosial iaitu sikap empati telah ditunjukkan oleh Cikgu Halim apabila beliau berasa kasihan dengan nasib Rohani yang ingin bersekolah dan cuba membantu dengan menasihati bapanya tentang kepentingan pendidikan. Beliau juga berkemahiran dalam mengembangkan orang lain, ini terbukti apabila ketika mengajar, beliau banyak memberi nasihat dan dorongan kepada muridnya serta memberi maklum balas yang membina menyebabkan beliau disenangi murid-muridnya. Berikut adalah sebahagian nasihat dan dorongan yang Cikgu Halim berikan pada muridnya: . kita tak boleh ketawakan pada orang yang cuba nak belajar. . kamu kalau nak belajar, kamu kena rajin bertanya, rajin menjawab, dan tak takut kalau kita buat salah. Sebab apa kalau kita buat salah, barulah kita boleh belajar daripada kesilapan kita itu. Petikan dari filem Cikgu Limau Kasturi

Beliau juga berjaya membuka minda Lebai Lazin tentang pentingnya pendidikan disekolah untuk kejayaan masa depan seseorang. Seterusnya, ciri orientasi khidmat yang terdapat pada Cikgu Halim telah menyebabkan beliau berusaha untuk memperbaiki teknik pengajaran dan pembelajaran beliau agar ia dapat diterima murid dengan baik. Cikgu Halim juga berkemahiran dalam melayani kepelbagaian apabila beliau berusaha untuk bergaul dengan orang kampung walaupun mempunyai perbezaan latar belakang. Beliau juga memahami dengan perbezaan pendapat terutamanya ketika berbahas dengan Lebai Lazin dan cuba mengubahnya dengan sopan. Dalam Kemahiran Sosial pula iaitu dari aspek komunikasi, Cikgu Halim mempunyai kemahiran komunikasi yang baik kerana beliau pandai menyampaikan pembelajaran di dalam kelas dan bijak berbicara dengan orang kampung. Beliau juga

menjadi pemangkin perubahan apabila berjaya mengubah sikap muridnya menjadi lebih baik dan mengubah pandangan Lebai Lazin tentang pendidikan. Dalam pengurusan konflik, Cikgu Halim berusaha untuk bercakap dengan sopan dan berharap Lebai Lazin tidak terasa hati ketika mereka sedang berbahas mengenai pendidikan Rohani. Perkara tersebut dibuktikan melalui petikan dibawah: .saya.. saya mengaku yang saya ni bukanlah orang alim macam Pak Lebai, tapi Pak Lebai kena tahu. . saya minta maaflah Pak Lebai sekiranya kata -kata saya tu bunyinya macam syarahan. Saya mengaku yang saya ni bukanlah orang ahli agama. Petikan dari filem Cikgu Limau Kasturi

Cikgu

Halim

juga

berkemahiran

dalam

menyemai

dan

mengekalkan

hubungan. Perkara ini terbukti apabila beliau amat disukai oleh murid-muridnya dan beliau juga disenangi oleh Pak Hassan serta guru besarnya sendiri kerana beliau pandai dalam menyemai dan mengekalkan hubungan.

4.0 Kemahiran Interpersonal Dan Intrapersonal Pada Watak Pak Hassan Kemahiran Interpersonal yang terdapat pada watak Pak Hassan adalah seperti sikap bersyukur iaitu Pak Hassan bersyukur dengan nikmat yang dia perolehi. Contohnya, dia bersyukur apabila dia dikurniakan anak walaupun usianya sudah tua, sehingga Cikgu Halim tersalah anggap anak kecil Pak Hassan tersebut sebagai cucunya. Perkara ini dibuktikan melalui petikan berikut: .Eh, cucu ke ni?! lawanya, comelnya kata Cikgu Halim apabila melihat budak kecil disamping Pak Hassan.

Balas Pak Hassan, Eh, bukan cucu ! Tua-tua pun anak sendiri nih, dah mugo tuhan nok wi wat guano. Syukur je la. Petikan dari filem Cikgu Limau Kasturi

Pak Hassan juga amat mengambil berat mengenai pendidikan anaknya sama ada pendidikan akhirat mahupun duniawi kerana dia percaya pendidikan itu amat penting dalam kehidupan. Selain itu, Pak Hassan mempunyai sifat ingin tahu yang kuat. Sifat ini ditunjukkan oleh Pak Hassan apabila dia banyak bertanyakan mengenai asal dan tujuan kehadiran Cikgu Halim datang ke Kampung Limau Kasturi. Dia juga ada bertanyakan tentang asal ibu Cikgu Halim yang juga pernah tinggal di kampung tersebut. Manakala Kemahiran Intrapersonal yang terdapat pada watak Pak Hassan pula adalah seperti sikap yang sentiasa membantu orang lain. Sikap ini menyebabkan dia sangat disenangi masyarakat sekelilingnya. Contohnya, dia membantu Cikgu Halim ketika Cikgu Halim mula-mula sampai ke Kampung Limau Kasturi. Pak Hassan jugalah yang memberikan tempat tinggal dan membekalkan Cikgu Halim makanan tanpa meminta sebarang balasan. Pak Hassan juga mudah memahami sekiranya seseorang itu berada dalam masalah atau kesukaran. Ini terbukti apabila dia sedar masalah yang dihadapi Cikgu Halim ketika mula-mula sampai di Kampung Limau Kasturi. Selain itu, Pak Hassan mahir dalam berbicara dengan orang sekelilingnya, ini terbukti apabila Cikgu Halim berasa senang berbual dengan Pak Hassan walaupun terdapat halangan dari segi loghat tetapi Cikgu Halim masih lagi dapat memahami apa yang dibualkan Pak Hassan. Pak Hassan juga pandai menjaga hati orang lain terutamanya Cikgu Halim apabila dia menerima juga bayaran sewa rumah dan makanan yang diberikan Cikgu Halim walaupun hanya RM 50 daripada jumlah sebenar iaitu RM 200 agar tidak mewujudkan perasaan serba salah dan tidak selesa pada diri Cikgu Halim terhadap bantuan yang diberikan Pak Hassan. Perkara ini dibuktikan dengan petikan berikut:

. beginilah, kalau cikgu nak saya terima secara ikhlas. Bolehlah, saya terima d uit cikgu ni secara ikhlas sebanyak lima puluh ringgit. Tapi yang lebih ni cikgu kena ambil balik, kalau cikgu tak ambil balik, kecil hati saya. Petikan dari filem Cikgu Limau Kasturi

5.0 Kompetensi Kecerdasan Emosi Yang Terdapat Pada Watak Pak Hassan Kompetensi Kecerdasan Emosi Personal yang terdapat pada watak Pak Hassan adalah seperti kesedaran ketepatan kendiri. Contohnya, perwatakan Pak Hassan yang sering merendah diri dan sedar akan asal usulnya menunjukkan sifat sebenar orang kampung walaupun ketinggalan daripada arus pemodenan. Ini terbukti apabila dia hanya menerima RM 50 yang diberikan oleh Cikgu Halim walaupun pada asalnya Cikgu Halim memberikan RM 200 sebagai wang sewa rumah dan makannya. Hal ini demikian, Pak Hassan sedar dia tidak sepatutnya mengambil peluang untuk keuntungan sendiri, lebih-lebih lagi orang yang berbakti untuk penduduk kampung. Seterusnya adalah kesejahteraan. Pak Hassan berpuas hati dengan kehidupannya, lebih-lebih lagi apabila dia masih dikurniakan anak walaupun di usia lanjut. Dia hidup dengan gembira dan mempamerkan emosi yang positif terhadap orang disekelilingnya. Dalam Pengurusan Kawalan Kendiri pula, Pak Hassan merupakan seorang yang amanah sebagai peduduk kampung yang suka membantu orang dalam kesusahan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kerana dia sedar itu sudah menjadi tanggung jawab dirinya dalam membantu orang yang kesusahan. Pak Hassan juga mempunyai ketekunan dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang ayah yang menjaga pendidikan anaknya. Ini dapat dibuktikan apabila dia telah menghantar anaknya pergi mengaji seperti yang dinyatakan dalam petikan berikut:. .enam tahun baru, nih nak gi hantar pegi ngaji quran. Petikan dari filem Cikgu Limau Kasturi

Selain itu, Pak Hassan berkemahiran dalam menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenalinya, dan menyebabkan dia mudah disenangi oleh orang sekelilingnya terutamanya Cikgu Halim. Kemudian, dalam aspek Motivasi Kendiri pula, Pak Hassan menunjukkan sifat komitmennya dalam membantu orang yang memerlukan pertolongan mengikut kemampuan yang ada pada dirinya. Contohnya, dia berusaha membantu Cikgu Halim dengan menyediakan tempat tinggal dan membekalkan makanan kepada Cikgu Halim. Selain itu, Pak Hassan juga mempunyai sifat inisiatif apabila dia bersedia dalam membantu orang lain bila bantuannya diperlukan dan ada peluang untuk berbuat demikian walaupun ia tidak memberikan sebarang keuntungan kepada dirinya. Disamping itu, Pak Hassan seorang yang pandai mengawal kemarahan. Ini terbukti apabila dia tidak pernah menunjukkan kemarahannya kepada sesiapa. Walaupun banyak masalah yang Cikgu Halim hadapi ketika mula-mula sampai di Kampung Limau Kasturi, Pak Hassan dengan tenang membantu Cikgu Halim menyelesaikan masalah tersebut tanpa merungut dan mengharapkan balasan. Seterusnya pula, Kompetensi Kecerdasan Emosi Personal yang terdapat pada watak Pak Hassan adalah seperti Kesedaran Sosial iaitu sikap empati. Sikap empati tersebut telah ditunjukkan oleh Pak Hassan apabila dia berjumpa dengan Cikgu Halim. Ketika itu, Cikgu Halim baru tiba di Kampung Limau Kasturi dan beliau telah dibantu oleh Pak Hassan yang kebetulan berada di stesen kereta api. Pak Hassan menyedari bahawa Cikgu Halim memerlukan bantuan memandangkan beliau baru sampai di kampung tersebut lebih-lebih lagi Cikgu Halim merupakan orang dari bandar dan tidak biasa dengan suasana di kampung. Selain itu, Pak Hassan juga mempunyai kemahiran dalam melayani

kepelbagaian. Sebagai contoh, Pak Hassan melayani Cikgu Halim dengan baik walaupun mempunyai perbezaan latar belakang. Hal ini menyebabkan Cikgu Halim berasa selasa tinggal di tempat barunya itu. Seterusnya ialah orientasi khidmat yang

ditunjukkan Pak Hassan apabila dia telah membantu membawa Cikgu Halim ke Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi seperti yang diminta olehnya. Pak Hassan juga menyediakan tempat tinggal dan makanan tanpa diminta Cikgu Halim, kerana dia sedar yang Cikgu Halim memerlukannya. Selain itu Pak Hassan memberikan anaknya pendidikan yang secukupnya demi kelangsungan hidup masa depan anaknya itu. Dalam Kemahiran Sosial pula Pak Hassan telah menunjukkan pengaruhnya dengan cuba menggunakan alasan yang munasabah dan kata-kata yang sopan untuk tidak menerima RM 200 yang diberikan oleh Cikgu Halim sebagai bayaran sewa rumah dan makanan tanpa menyebabkan Cikgu Halim terasa hati dengan penolakkan tersebut. Berikut adalah alasan yang diberi oleh Pak Hassan untuk tidak menerima wang tersebut: . cikgu tak boleh nak banding. Di bandar, ni kampung lain. Tambah pula cikgu ni mari sini sebagai orang mendatang.Tambah pula cikgu mari mengajar sini untuk anak kampung sini. Jadi ni tak kena benarlah kalau saya ambil duit cikgu ni . Petikan dari filem Cikgu Limau Kasturi

Pak Hassan juga mempunyai kemahiran komunikasi yang baik kerana beliau sopan dalam berkata-kata agar tidak mengguris hati orang lain. Di samping itu, Pak Hassan menjadi pemangkin perubahan kepada Cikgu Halim untuk terus mengajar di kampung tersebut apabila dia telah menunjukkan emosi yang positif dan sifat-sifat sebenar yang terdapat pada orang kampung. Hal ini menyebabkan Cikgu Halim berasa selesa hidup di kampung tersebut. Pak Hassan juga bijak dalam menyemai dan mengekalkan hubungan, lebih-lebih lagi dengan Cikgu Halim.

6.0 Refleksi Introsektif Tahap Kompetensi Personal Dan Kompetensi Sosial Diri Anda Berbanding Dengan Watak Yang Dikaji.

Kompetensi Kecerdasan Emosi Personal yang terdapat pada diri saya berbanding dengan watak yang dikaji adalah seperti Kesedaran Kendiri. Kemahiran Kesedaran Kendiri yang terdapat pada diri saya lebih rendah jika dibandingkan dengan Kesedaran Kendiri yang terdapat pada kedua-dua watak yang dikaji. Hal ini demikian, kerana saya sukar dan lambat memahami masalah dan keperluan orang lain. Jadi, bagi mengatasi kelemahan ini, saya perlu lebih cekap dan peka dalam memahami masalah dan keperluan orang lain. Tetapi, saya mempunyai nilai kesejahteraan yang sama dengan watak Pak Hassan kerana saya hidup dengan gembira dan mempamerkan emosi yang positif. Dalam Pengurusan Kawalan Kendiri pula, nilai amanah yang terdapat pada kedua-dua watak dengan diri saya agak berbeza dari segi tujuan dan kepentingannya. Watak Cikgu Halim dan Pak Hassan yang amanah dalam melakukan sebarang pekerjaan demi kepentingan orang lain dan tanpa mengharapkan sebarang balasan amat berbeza berbanding dengan diri saya yang kadang-kadang hanya mementingkan diri sendiri dan mahukan balasan diatas setiap pekerjaan atau perkara yang dilakukan. Nilai amanah yang terdapat pada diri saya adalah tidak baik, jadi saya perlu mengubahnya agar setiap perkara Dari nilai ketekunan pula kami mempunyai tahap ketekunan yang sama iaitu melakukan sebarang pekerjaan dengan tekun dan bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat yang dituju. Kemahiran kebolehsuaian saya sama jika dibandingkan dengan Cikgu Halim, tetapi masih jauh berbeza jika dibandingkan dengan Pak Hassan. Hal ini kerana, saya lambat menyesuaikan diri dengan suasana baru dan asing. Tetapi Pak Hassan dapat menyesuaikan diri dengan mudah dan cepat apabila menghadapi suasana baru dan asing, contohnya, Pak Hassan mudah bergaul dan menyesuaikan diri dengan Cikgu Halim yang baru tiba di Kampung Limau Kasturi.

Seterusnya, dalam Motivasi Kendiri pula, terdapat nilai komitmen pada diri saya ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau diberikan tanggungjawab. Nilai ini juga terdapat pada kedua-dua watak yang saya kaji. Saya juga berkemahiran dalam mengawal kemarahan sama seperti watak-watak yang saya kaji. Ini dapat dibuktikan apabila saya lebih suka mendiamkan diri dan menyelesaikan sesuatu masalah dengan sendiri tanpa merungut dan memarahi orang yang melakukan masalah tersebut. Kemudian, Kompetensi Kecerdasan Emosi Sosial yang terdapat pada diri saya berbanding dengan watak yang dikaji adalah seperti Kesedaran Sosial iaitu empati. Nilai empati saya sangat rendah kerana saya lebih kepada mempunyai nilai simpati terhadap sesuatu atau seseorang yang menghadapi masalah. Nilai empati yang di miliki Pak Hassan lebih tinggi berbanding saya kerana dia sentiasa membantu orang lain apabila dia mampu dan berpeluang berbuat demikian. Orientasi khidmat yang terdapat pada diri saya juga berbeza berbanding watak-watak yang saya kaji, kerana saya kadang-kadang membantu orang lain demi dapatkan ganjaran dan kepentingan sendiri berbanding Cikgu Halim dan Pak Hassan yang membantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran. Dalam melayani kepelbagaian pula saya tidak mempunyai kemahiran seperti yang terdapat pada Pak Hassan. Saya tidak mahir dalam melayani orang lain dengan baik berbanding Pak Hassan. Sebagai contoh, Pak Hassan melayani Cikgu Halim dengan baik walaupun mempunyai perbezaan latar belakang. Hal ini menyebabkan Cikgu Halim berasa selasa tinggal di tempat barunya itu. Seterusnya, dari aspek Kemahiran Sosial pula iaitu kemahiran komunikasi. Kemahiran komunikasi saya agak lemah, sekaligus mempengaruhi saya dalam melayani kepelbagaian. Apabila saya berkomunikasi dengan orang sekeliling, saya sering terlepas kata dan menyebabkan orang lain terasa hati. Berbanding dengan Cikgu Halim dan Pak Hassan yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik kerana beliau sopan dalam berkata-kata agar tidak mengguris hati orang lain. Tetapi, dari segi pemangkin perubahan, saya mempunyai kemahiran tersebut. Melalui emosi dan tingkah laku positif yang saya tunjukkan, saya berjaya menjadi contoh dan pemangkin

kepada perubahan orang-orang di sekeliling saya dan ini sama seperti yang terdapat pada diri Cikgu Halim dan Pak Hassan. Akhir sekali, kemahiran menyemai dan mengekalkan hubungan. Kemahiran ini tidak terdapat pada diri saya dan sebab itu saya kurang mempunyai kawan dan sering dilupakan oleh orang lain. Jauh berbeza jika dibandingkan dengan watak-watak yang saya kaji, iaitu mereka pandai dalam menyemai dan mengekalkan hubungan menyebabkan mereka disenangi oleh orang disekeliling mereka.

Anda mungkin juga menyukai