Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (SEKOLAH RENDAH) SEMESTER 5 / 2013

JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN & SOALAN TUGASAN DAN RUBRIK PEMARKAHAN RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN PROJEK

(PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) TAJUK KURSUS : PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN (RBT3119) TARIKH MULA 24 OGOS 2013

NAMA GURU PELATIH : SEMESTER : 5 / 2013

TARIKH HANTAR

21 SEPTEMBER 2013

Hasil Pembelajaran: 1. Mengumpul bahan-bahan rujukan yang berkaitan. 2. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan bidang perniagaan dan keusahawanan 3. Menyiapkan portfolio rancangan pemasaran dengan lengkap dan kemas 4. Merancang strategi pemasaran, campuran pemasaran, belanjawan pemasaran dan pelan tindakan pemasaran. 5. Membuat laporan dan refleksi setiap produk yang dihasilkan. Kerja kursus ini bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran 2,3,4 dan 5. Objektif Kerja Kursus Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut : 1. Menghasilkan satu produk yang sesuai dengan keperluan pasaran masa kini. 2. Mengenalpasti amalan perniagaan, membuat analisis situasi pasaran dan pemasaran, membuat perbandingan persekitaran perniagaan serta menjalankan analisis SWOT bagi perniagaan yang dipilih. 3. Pelajar dapat menghasilkan portfolio pemasaran produk dengan baik. Tugasan Projek (50%) Anda sebagai seorang usahawan yang gigih ,sentiasa melihat dan merebut peluang yang ada , berinisiatif dan bertanggungjawab serta berfikiran kreatif dan berinovasi . Anda dikehendaki menghasilkan satu produk baru yang amat releven dalam kehidupan pengguna. Justeru, rancangan pemasaran perlu disediakan bagi menjamin kejayaan strategi pemasaran yang dirancang berdasarkan penyelidikan pemasaran yang dijalankan dan. seterusnya, menjadi alat kawalan kepada agihan sumber perniagaan secara cekap dan berkesan.

Dalam kumpulan bertiga hasilkan satu portfolio rancangan pemasaran yang sistematik dan

bersepadu untuk memasarkan produk anda. Rancangan pemasaran perlu mengambil kira komponen penting di bawah: 1. Ringkasan eksekutif 2. Situasi pemasaran masa kini 3. Ancaman dan peluang 4. Objektif dan isu 5. Strategi pemasaran 6. Program pemasaran 7. Belanjawan tindakan 8. Kawalan Panduan Pelaksanaan Projek 1. 2. 3. 4. 5. 6. Tugasan ini adalah berkumpulan. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat. Gunakan maklumat yang dikumpul sebagai bahagian utama isi tugasan taksiran. Kajian terhadap aspek pemasaran bagi produk yang dipasarkan oleh perniagaan. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Format penulisan laporan tugasan adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. Font Arial. Saiz huruf ialah 11. Langkau satu setengah baris. Rujukan mengikut format APA berdasarkan tiga sumber yang berbeza. Contoh cara menulisnya;

Glenn. (1977). Teaching primary mathematics : strategy and evaluation . London: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Camel Graph. (2009). Sejarah dan Perkembangan. Dipetik pada 23 Februari 2011 daripada http://seniwarisanbudaya.blogspot.com/.
v. Lampiran (carta, jadual, gambar dan lain-lain). 7. Tugasan ini membawa markah 100 % dengan wajaran 50 %. 8. Bahagian kulit portfolio yang bersaiz A4 hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut: LOGO KPM dan IPG NAMA AHLI KUMPULAN ANGKA GILIRAN/NOMBOR KAD PENGENALAN KUMPULAN/ UNIT NAMA KURSUS TAJUK PROJEK/ TUGASAN KOD KURSUS NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut : 1. 2. 3. 4. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong maklumat yang disampaikan. Keseluruhan isi dan maklumat perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

Kriteria Pemarkahan 1. Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan. 2. Markah akan diberi secara individu berdasarkan Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus.

Tugasan disediakan oleh _________________________ (ZULKIFLI BIN MAT ISA@HASHIM) Pensyarah Kursus RBT3119 IPGK Darulaman

Disahkan oleh, ________________________ (NASRUL BIN SAMSUAR) Ketua Jabatan, Jabatan Kajian Sosial IPGK Darulaman

Anda mungkin juga menyukai