Anda di halaman 1dari 19

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

1.0 PENGENALAN Ekonomi berasaskan pengetahuan (K-Ekonomi) merupakan sebuah ekonomi di mana penjanaan dan penggunaan pengetahuan menjadi penyumbang yang besar kepada pertumbuhan ekonomi dan pewujudan kekayaan. Walaupun faktor pengeluaran yang lazim seperti buruh, modal, bahan mentah dan keusahawanan terus penting, pengetahuan akan menjadi faktor utama yang menerajui pertumbuhan, menghasilkan nilai baru dan menyediakan asas untuk mengekalkan daya saing. Walaupun teknologi maklumat (IT) merupakan alat penggerak asas utama, namun nadi bagi ekonomi berasaskan

pengetahuan adalah sumber manusia - khususnya keupayaan mencipta, berusaha menghasilkan pembaharuan, menjana dan memanfaatkan buah fikiran baru serta menggunakan teknologi dan kemahiran keusahawanan yang terbaik. Industri sedia ada akan menjadi lebih berintensifkan pengetahuan manakala industri baru berasaskan pengetahuan dan industri sokongan akan muncul. Dengan itu, ekonomi akan bercirikan aktiviti yang berasaskan pengetahuan dan industri berteknologi tinggi akan mempunyai bahagian yang besar dalam guna tenaga, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan eksport. Selain menjadi satu faktor pengeluaran, pengetahuan juga akan menjadi satu barangan yang boleh diperdagangkan.

Ekonomi berasaskan pengetahuan menyediakan satu kaedah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mampan serta berdaya saing dalam jangka masa sederhana dan panjang. Dalam hubungan ini, Malaysia akan membangunkan kemudahan yang diperlukan dan memajukan industri yang mempunyai potensi untuk menjadi industri yang berintensifkan pengetahuan. Sektor swasta akan terus menjadi jentera pertumbuhan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, manakala sektor awam akan menyediakan persekitaran yang sesuai dan menggalakkan. Objektif sosial dan kesaksamaan akan kekal menjadi unsur penting dalam tahap pembangunan ekonomi yang baru ini dengan tanggungjawab tambahan untuk mengurangkan jurang pengetahuan di kalangan berbagai golongan pendapatan yang berlainan, di antara masyarakat bandar dengan luar bandar dan di antara wilayah.

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

Pengelasan Industri oleh Lee dan Has di Kanada (1996)

PENGETAHUAN TINGGI

PENGETAHUAN SEDERHANA

PENGETAHUAN RENDAH

Peralatan Saintifik & Profesional Peralatan Komunikasi & Elektronik Penerbangan dan Alatan Perkhidmatan Komputer & berkaitan Mesin Perniagaan Perkhidmatan Kejuruteraan dan Saintifik Keluaran Farmasi dan Perubatan Kuasa Elektrik Keluaran Kimia Lain Jentera Pemprosesan Petroleum & Bahan Api Perkhidmatan Penasihat Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Perkhidmatan Kesihatan dan Sosial Perhubungan Paip Perkhidmatan Perniagaan Lain

Peralatan Pengangkutan Lain Keluaran Elektrik dan Elektronik Lain Besi Bukan Ferus Tekstil Komunikasi Keluaran Kertas dan Berkaitan Perlombongan Getah Plastik Besi Ferus Keluaran Bahan BukanMetalik Perdagangan Borong Petroleum Mentah dan Gas Asli Keluaran Besi Fabrik Kenderaan Bermotor Makanan dan Minuman Tembakau Kewangan, Insurans dan Hartanah Percetakan dan Penerbitan Pembinaan Perkhidmatan Hiburan dan Rekreasi

Perikanan dan Memburu Keluaran Pembuatan Lain Perkayuan Perabot dan Pemasangan Perhutanan dan Pembalakan Pengangkutan Penyimpanan dan Pergudangan Pertanian Peruncitan Perkhidmatan Personel Kuari dan Lombong Pasir Pakaian Barangan Kulit

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

2.0 ESEI Dalam konteks persaingan di peringkat antarabangsa di era globalisasi hari ini, Malaysia mempunyai pendekatan tersendiri untuk memacu pembangunan ekonominya. Melalui rancangan pembangunan 5 tahun yang telah diperkenalkan sejak merdeka, Wawasan 2020 menjadi matlamat utama ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Proses pencapaian taraf negara maju memerlukan lebih daripda pembangunan infrastruktur dan pendapatan per kapita yang tinggi dalam kalangan penduduk. Antara aspek lain yang perlu diambil kira adalah tahap pendidikan dan kualiti sumber manusia atau modal insan.

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Istilah modal insan (human capital) adalah merupakan suatu istilah ekonomi yang baru. istilah ini juga jelas menggambarkan ianya daripada fahaman kapitalisme. tidak hairanlah, manusia hanya dilihat sebagai buruh dan pengusaha, seperti mana yang terdapat dalam ilmu ekonomi moden. Dengan itu, manusia dilihat sebagai suatu jenismodal dan dinamakan sebagai modal insan, iaitu sebagai suatu aset tenaga yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi, pembangunan negara, mahupun kemajuan bangsa dan ummah. Modal ini perlu digerudi, dibangunkan dan diuji bagi menentukan kemampuannya sebelum memanfaatkannya.

Untuk memahami maksud pembangunan sumber manusia, kita perlu jelas atau tahu matlamat kewujudan unsur terpenting yang hendak dibangunkan iaitu manusia itu sendiri. Asalnya, manusia dijadikan Allah untuk beribadat kepada-Nya. Perkara ini dijelaskan melalui firman-Nya bermaksud: Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembah kepada Ku." (Surah az-Zaariyat, ayat ke 56) dan Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyeru kepada kebaikan dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. (Surah Ali Imran ayat ke 110). Manusia merupakan makhluk istimewa, kerana memiliki kelebihan akal dan fikiran yang tidak terdapat pada makhluk Allah yang lain. Disebabkan itu manusia merupakan aset paling berharga dan modal terpenting. Faktor utama kejayaan para rasul adalah kehadiran sejumlah pendukung yang setia, komited dan kompeten iaitu para sahabat. Sesungguhnya sejarah para rasul itu amat relevan sekali untuk dijadikan contoh dan teladan dalam konteks pembinaan work force atau tenaga kerja berasaskan nilai-nilai Islam Justeru itu,
3

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

untuk menjadi sebuah negara membangun yang cemerlang, gemilang dan terbilang maka perlulah terdapat pengisian modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Jika kita lihat dengan teliti memang wujud sinergi antara pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dengan tahap pengetahuan sains dan teknologi dalam kalangan rakyat tetapi bagi negara-negara Harimau Asia seperti Jepun dan Korea Selatan, kekurangan sumber semula jadi tidak menghalang mereka daripada mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang menakjubkan dalam abad ini. Kejayaan yang dicapai kedua-dua negara ini sering dijadikan model oleh negara lain, termasuk pesaing dalam menangani aspek nilai sebagai pemacu kepada pertumbuhan ekonomi negara. Dengan nilai modal insan yang tinggi, rakyat Jepun dan Korea Selatan berjaya membuka mata dunia terhadap kemajuan yang dicapai. Rakyatnya mempunyai kesetiaan tinggi bukan sahaja terhadap negara negara malah pekerjaan. Sikap rakyat negara-negara ini sewajarnya dicontohi masyarakat Malaysia dalam memperkembangkan lagi sektor ekonomi negara. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Kerajaan Malaysia amat menekankan kepentingan kepentingan pembangunan modal insan dalam menerajui pembangunan negara. Pembangunan modal insan telah diletakkkan sebagai salah satu teras utama dalam pelaksanaan RMK-9 serta diberikan penekanan khusus dalam teras Kedua Misi Nasional iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

Sebagai usaha untuk membangunkan modal insan seperti yang terkandung dalam teras dasar pembangunan modal insan di atas, kerajaan telah melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Pada yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral. Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan dan latihan, dalam Bajet 2007, sejumlah 33.4 bilion ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan (merupakan 21% daripada keseluruhan Bajet 2007). Daripada jumlah ini, 6.7 billion ringgit diperuntukkan bagi pendidikan rendah, 6.2 billion ringgit bagi pendidikan menengah dan 10.4 billion ringgit bagi penggajian tinggi serta 10.1 billion ringgit lagi untuk program latihan.

Dalam Laporan Parlimen kesebelas, (2005) Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Adham bin Baba menyatakan bahawa bagi melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yangmempunyai ciri-ciri Towering Personality, Kementerian Pengajian Tinggi telah meminta agar semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memantapkan program pengajian yang melibatkan kurikulum dan aktiviti kokurikulum masing-masing. Program-program yang mantap akan dapat mempertingkatkan lagi keupayaan pelajar dalam membina sikap yang lebih berdaya saing, berkeyakinan dan
5

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

mempunyai perwatakan unggul di samping memberi ruang kepada pelajar untuk membina kemahirankemahiran lain seperti kemahiran dalam bidang pengurusan, keusahawanan dan kepimpinan. Dengan itu menjadi tugas pihak pengurusan di IPTA untuk memastikan program-program yang dilaksanakan di institusi itu mampu untuk melahirkan graduan yang mempunyai nilai-nilai modal insan sejajar dengan kehendak pihak kerajaan dalam usaha membangunkan negara. IPTA juga menerapkan ilmu keusahawanan dalam kurikulum semua program pengajian yang ditawarkan. Aspek yang dinyatakan tadi memberikan ruang untuk mahasiswa mahasiswi selama berada di alam kampus mengatasi masalah sikap dan tabiat yang diperlukan oleh pasaran kerja yang mahukan mereka berpersonaliti unggul dalam mengurangkan kadar pengangguran. Teori modal manusia dan pendekatan kadar pulangan umpamanya telah membuktikan bahawa pendidikan berupaya meningkatkan produktiviti dan pendapatan seseorang yang selanjutnya boleh mendorong kepada pertumbuhan ekonomi. Pembangunan modal insan di IPTA amat penting bagi institusi ini melahirkan insan yang mampu menaikkan nama negara bukan dari segi kemahiran dan kepakaran semata-mata tapi juga dengan menonjolkan sikap dan keperibadian yang mulia bagi mengelakkan berlakunya sebagainya. perkara-perkara yang tidak diingini seperta rasuah dan

Rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana apabila modal insan mula diterapkan di Malaysia, pada tahun 2005 meskipun pertumbuhan ekonomi dunia adalah rendah, Malaysia tetap mencatat pertumbuhan yang membanggakan. Ini adalah kesan daripada pengaplikasian modal insan dalam sistem ekonomi di Malaysia. Kesan ini dibuktikan dengan ucapan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, ekonomi pada tahun 2005

mencapai pada paras lima peratus, didorong oleh kekukuhan permintaan domestik dan harga komoditi yang kekal tinggi serta didokong oleh sistem perbankan yang mantap. Akaun semasa terus mencatatkan lebihan selama 93 bulan berturut-turut sehingga Julai 2005, rizab antarabangsa berada pada paras yang tinggi sementara hutang luar negara terus berada pada tahap yang terkawal.

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR MAKLUMAT (ICT) Infrastruktur maklumat negara dalam bentuk sistem rangkaian telekomunikasi merupakan syarat fizikal yang penting untuk pembangunan industri asas pengetahuan. Infrastruktur ini penting untuk menyebarkan kegunaan teknologi maklumat yang akan menjana permintaan untuk produk berintensifkan buruh. Syarat ini juga merupakan faktor
6

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

penting untuk menarik pelaburan langsung asing kerana negara Asia amat bergantung padanya untuk pembangunan industri seterusnya. Infrastruktur maklumat yang canggih juga penting agar sejajar dengan pembangunan industri dan ekonomi bertaraf dunia.

Seiring dengan peningkatan pertumbuhan ekonomi negara dan juga pertambahan kualiti hidup rakyat, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dalam masalah akses ICT yang ketara diantara penduduk bandar dan luar bandar. Pada tahun 2006, kerajaan telah mewujudkan Strategi MYICMS 886 (Perkhidmatan Maklumat Komunikasi dan Multimedia Malaysia 886) bagi memantapkan usaha membangun dan mengembangkan perkhidmatan ICT di bawah RMK-9. MYICMS 886 bertujuan mewujudkan kitaran pemangkin dengan meningkatkan pelaburan sedia ada dalam prasarana ICMS yang akan menyokong pertumbuhan perkhidmatan ICMS pada masa akan datang yang berhasrat untuk semua rakyat celik IT dalam menuju Wawasan 2020.

Melalui National Strategic Framework for Bridging the Digital Divide (NSF-BDD) yang diwujudkan pada bulan Ogos 2007, satu telecentre untuk satu mukim telah diwujudkan. Setiap telecentre ini dilengkapi dengan kemudahan internet dan infrastruktur ICT yang membolehkan komuniti setempat mendapat pelbagai kemudahan. Golongan seperti pelajar sekolah, belia dan golongan miskin merupakan sasaran kepada penubuhan telecentre tersebut. Dengan adanya kemudahan telecentre, golongan sasar ini akan dapat didedahkan dengan teknologi internet dan perkhidmatan atas talian yang seterusnya dapat meningkatkan taraf sosio- ekonomi mereka. Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) telah mewujudkan peluang bagi merealisasikan negara untuk melahirkan masyarakat berilmu. Penubuhan Schoolnet merupakan salah satu langkah dalam pembentukan masyarakat berilmu dalam bidang ICT. Projek Rangkaian Schoolnet ini menghubungkan 10,000 sekolah dengan kemudahan internet berkapasiti jalur lebar @128kbps/1Mbps. Kemudahan ini menjadikan tempat pembelajaran berkesan dan melahirkan modal insan yang cemerlang.

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

Infrastruktur ICT lengkap tidak bermakna tanpa kandungan yang boleh diguna pakai dan bermutu. Kerajaaan telah menyediakan pelbagai bentuk ransangan bagi

menggalakkan pertumbuhan

industri kandungan tempatan termasuklah bantuan dalam

bentuk geran, rebat dan kewangan. Inisiatif lain yang turut diambil oleh kerajaan dalam memacu pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara, kerajaan telah membelanjakan dan yang besar bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta pengkomersialan teknologi. Kerajaan juga telah menyedia, melaksana dan menggalakkkan penggunaan perkhidmatan atas talian ke seluruh negara. Kewujudan e-kerajaan, e-pendidikan, e-kesihatan dan juga beberapa aplikasi elektronik lain. Kemudahan kemudahan seperti ini akan mempercepatkan proses perkembangan teknologi dan ekonomi Malaysia.

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

Dalam apa juga sistem ekonomi watak utama yang memainkan peranan adalah manusia atau pekerja. Watak inilah berubah-ubah dari satu fasa ke fasa seterusnya. Bagi ekonomi berasaskan pertanian dan perindustrian, watak ini perlu memiliki kekuatan fizikal dan maklumat sebagai ciri utama. Namun bagi ekonomi order baru, watak ini bukan sahaja perlu memiliki semua perkara tersebut tetapi pengetahuan yang bukan sahaja statik tetapi dimanipulasi dan dicanai dengan kreatif bagi menghasilkan pengetahuan baru. Disinilah ICT memainkan peranan yang pemangkin sebagai pemboleh dan pemangkin kepada melahirkan pekerja-pekerja yang berpengetahuan.

Menurut analisis Tengku Mohd Azzman (1988), satu daripada kesan ICT ialah hubungan komputer melalui telekomunikasi untuk mewujudkan rangkaian maklumat yang menjangkau seluruh dunia. Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) dalam laporannya pada tahun 1989, melihat potensi rangkaian ini untuk meningtkatkan keupayaan manusia dari dua dimensi asas iaitu infrastruktur elektronik memudahkan pengaliran maklumat cara moden dan rangkaian maklumat ini

membangkitkanj kebolehan untuk mengoptimumkan input bagi memenuhi kehendak pembeli supaya ICT berupaya membawa anjakan kepada paradigma teknologi positif.

Potensi ICT boleh dilihat dapat dilihat berdasarkan dua perspektif utama iaitu pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masyarakat dan insan. Dari sudut pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, ICT dilihat sebagai faktor baru dan senjata strategik bagi pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara. Potensi dan kesan sebenar ICT bukan sahaja terletak pada kemampuan industri dalam menggiatkan pertumbuhan negara, malah yang lebih penting adalah keupayaan ICT itu sendiri mempertingkatkan keupayaan manusia dalam mengendalikan maklumat dan pengetahuan. Seterusnya, maklumat dan pengetahuan tersebut boleh digunakan bagi memperbaiki taraf sosial dan ekonomi individu, keluarga, masyarakat dan negara.

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) Bidang penyelidikan dan pembangunan turut dilihat membantu memudahkan usaha pembangunan ekonomi di Malaysia. Di bawah RMK-9, kerajaan telah menyasarkan seramai 50 orang penyelidik bagi setiap 10000 tenaga kerja. Dalam usaha untuk mencapai matlamat tersebut, pelbagai cara telah dilaksanakan antaranya meningkatkan bilangan pensyarah yang memiliki PhD kepada 60 peratus. Bagi merealisasikan matlamat tersebut
9

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

sebanyak RM 1.2 bilion telah diperuntukan di bawah RMK-9 dalam mana sejumlah 6300 orang pensyarah melanjutkan pengajian di peringkat PhD atau setaraf .Tiga modality latihan telah dilaksanakan yang terdiri daripada kursus sepenuh masa dalam negara, kursus sepenuh masa luar negara dan kursus PhD secara program split dengan kerjasama universiti terkemuka seperti Nottingham, Imperial College dan Melbourne. Pihak Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional turut memperuntukkan sebanyak RM 500 Juta untuk tujuan membiayai graduan yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan PhD. Kemudahan pinjaman tersebut telah dilaksanakan mulai sesi akademik tahun 2007/2008 turut menyumbang kepada penambahan bilanagan penyelidik. Dengan langkah yang diambi, bilangan penyelidik dapat dicapai seperti sasaran yang ditetapkan dan menjadikannya setanding dengan negara lain seperti Jepun,Korea Selatan, Singapura dan Kesatuan Eropah (EU).

Sumber : National Survey of Research & Development 2006 Report, MOSTI

10

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

Di samping itu, di bawah RMK -9 negara telah membelanjakan sebanyak 1.5 peratus daripada KDNK berbanding 0.49 peratus di bawah RMK -8 untuk R&D. Berikutan peningkatan peruntukan, kerajaan telah menstruktur semula dana R&D. Dalam RMK-8 peruntukan R&D disediakan di bawah dana Penumpuan Penyelidikan Dalam Bidang Keutamaan namun dalam RMK-9, dana tersebut digantikan dengan ScienceFUND dan TechnoFund, masing-masing sebanyak Rm1.2 bilion dan RM 1.5 bilion di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kerajaan juga mewujudkan skim Geran Penyelidikan Fundamnetal (Fundmental Research Giant Scheme FRGS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan peruntukan sebanyak RM 200 Juta. Penstrukturan semula dana R&D bukan sahaja penting untuk menggiatkan aktiviti penyelididkan di Malaysia, tetapi juga menggalakkan pengkomersialan hasil penyelidikan melalui kerjasama rapat terutamanya di antara pihak institusi penyelidikan dan IPTA dengan syarikat swasta.

Dalam RMK-9, empat buah universiti awam telah dijadikan Universiti Penyelidikan bagi menerajui aktiviti penyelidikan dan menggiatkan aktiviti pembangunan. Universitiuniversiti tersebut ialah Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. IPTA secara kolektif merupakan pengguna terbesar peruntukan dana R&D yang disediakan. Di bawah ScienceFund pada tahun 2006, daripada RM 196 Juta yang dikeluarkan, IPTA telah diperuntukan sebanyak RM153 Juta. Bagi TechnoFund pula, IPTA telah mengemukakan 42 cadangan projek bagi tahun 2006 namun sehingga kini hanya 16 projek telah diluluskan oleh MOSTI. Skim Geran Penyelidikan Fundamental di bawah telah dilaksanakan bagi membiayai penyelidikan fundamental di IPTA dalam bidang-bidang seperti sains tulen, sains sosial dan kemanusiaan, sains perubatan, sains alam sekitar dan warisan kebangsaan. Sebanyak RM 67.9 Juta telah diagihkan kepada 18 buah IPTA dan untuk pusingan kedua cadangan penyelidikan yang bernilai RM 300 Juta telah dikemukakan oleh IPTA untuk pertimbangan KPT. Sungguhpun di bawah RMK-9, terdapat peningkatan tiga kali ganda nisbah peruntukan R&D daripada KDNK di bawah RMK-8 tetapi peruntukan R&D di negara ini masih rendah 0.63% berbanding dengan negara lain seperti Jepun (3.12%), Korea Selatan (2.64%) dan SIngapura (2.13%).

11

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

Sumber : National Survey of Research & Development 2006 Report, MOSTI

Selain

itu,

dalam

mempergiatkan

aktiviti

penyelidikan

dan

inovasi

dan

membangunkan sistem pengurusan harta intelek bagi menyokong sistem inovasi kebangsaan, kerajaan membuat Penyediaan insentif kepada penyelidik seperti

memaksimumkan pemberian royalti dan pembahagian pendapatan hasil daripada penyelidikan kepada penyelidik. Peningkatan kesedaran hak harta intelek di kalangan penyelidik IPT dapat diwujudkan dengan mendaftarkan penemuan penyelidikan sebagai harta intelek dan mewujudkan serta memantapkan Unit Harta Intelek di setiap IPT. Untuk bersaing dalam persekitaran k-ekonomi, seseorang perlu memberi tumpuan kepada penggunaan modal intelektual, faedah maklumat, budaya pembelajaran dan lebih penting lagi, organisasi yang bergerak agak pantas. Penubuhan Networked Content Development Grant dan Dana eContent adalah untuk menyahut cabaran tersebut yang menggalakkan ciptaan, pengeluaran dan pengedaran kandungan yang kreatif, asli dan sebagai potensi untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

12

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

Jika dilihat negara-negara Asia boleh dibezakan berdasarkan ciri-ciri kemampuan inovasi untuk pembangunan negara. Korea dan China merupakan negara Asia yang mempunyai teknologi yang canggih iaitu negara tersebut mengumpul teknologi secara besar-besaran dan kepakaran pengurusan untuk bersaing dengan firma Amerika dan Jepun (Lehman Brothers, 2000). Korea mempunyai kecekapan yang rendah dalam nisbah input dan output R&D. Sistem pengurusan di Taiwan yang berjaya pada masa lepas juga menghadapi pelaburan swasta yang tidak cekap dalam R&D berbanding dengan firma bersaiz kecil yang membantu industri serta menjadi asas dalam penyelidikan (Sigurdson, 1999). Manakala pelajar mereka yang sedang menuntut di negara asing tidak berminat untuk tinggal di luar negara bagi mendapatkan pengalaman kerja selepas menamatkan pendidikan mereka di sana. Ini menyebabkan faedah yang diperoleh daripada pengalaman dan jurutera yang pulang dari negara industri akan berakhir lima hingga 10 tahun lagi. Oleh itu, di Malaysia pemulihan dan pembaikan diperlukan untuk merangsang pelaburan R&D oleh sektor swasta dengan membangunkan keupayaan inovasi, meningkatkan peranan universiti dalam aktiviti R&D.

SAINS DAN TEKNOLOGI (S&T) Kemajuan Sains dan Teknologi (S&T) merupakan satu ciri sebuah negara maju. S&T perlu dibangunkan sebagai pemangkin kepada aktiviti ekonomi dan menjadi penggerak kemajuan sesebuah negara. Hubungan S&T dengan ekonomi sangat rapat.
13

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

Sesebuah negara yang maju ekonominya tetapi tidak ada aktiviti S&T ibarat manusia yang hidup sihat tetapi tidak punya 5 pancaindera. Manakala negara yang maju S&T tetapi tidak mantap ekonominya, ibarat manusia yang lengkap pancaindera tapi tidak bertenaga. Kesan kedua-dua keadaan ini ialah negara akan bersifat statik. Malah mungkin akan jadi mundur. Sebaliknya perkembangan menggalakkan dalam kedua-dua bidang (S&T dan ekonomi) membolehkan sesebuah negara menjadi dinamik dan berkembang. Maka mutu dan taraf hidup masyarakatnya akan meningkat.

Antara faktor perkembangan ekonomi ialah kemajuan S&T. Ini kerana aktiviti ekonomi banyak bergantung kepada teknologi, dan berkait rapat dengan kemajuan sains. Melalui penyelidikan sains, banyak teknologi baru dapat dibangunkan. Kemajuan teknologi membolehkan peralatan-peralatan baru dibina bagi tujuan aktiviti ekonomi. Bidang perindustrian, misalnya, banyak bergantung kepada teknologi. Antaranya keperluan dalam pembinaan bangunan, kemudahan infrastruktur dan alat pengangkutan, serta penggunaan mesin dalam sektor pembuatan. Bidang perindustrian merupakan antara faktor kepada kemajuan ekonomi moden. Tanpa S&T, industri mungkin tidak akan berkembang. Akibatnya aktiviti ekonomi sesebuah negara tidak dapat berlaku dengan berkesan. Ini akan menjejaskan pendapatan dan hasil ekonomi sesebuah negara industri seperti Malaysia. Kepentingan peranan S&T dalam usaha mencapai strategi dan matlamat rancangan pembangunan ekonomi telahpun menerima pengakuan umum di kalangan pakar-pakar akademik dan industri. Oleh yang demikian peningkatan tahap kepakaran pengurusan, pengetahuan dan kemahiran S&T adalah merupakan satu daripada penyelesaian yang telah ditentukan dalam Wawasan 2020. Kebenaran ini boleh dilihat dalam peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi penyelidikan pertanian seperti RRIM, PORIM, MARDI dan juga Universiti Pertanian dan sumbangan mereka kepada pertumbuhan sektor pertanian di negara ini.

Selaras dengan strategi mengutamakan pembangunan S&T, Kerajaan pada bulan April 1986 telah mengumumkan Dasar Sains dan Teknologi Negara. Dasar Sains dan Teknologi Negara adalah bertujuan "menggalakkan penggunaan S&T sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosio ekonomi negara." Dasar Sains dan Teknologi Negara memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan
14

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang berkaitan.

Untuk melaksanakan Dasar Sains dan Teknologi, RMK-5 telah memperuntukkan sebanyak RM 4146 juta di bawah tanggungjawab Majlis Penyelarasan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN). Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan anggotanya terdiri daripada wakil agensi-agensi pusat dan juga saintis-saintis terkenal. Seterusnya dalam RMK-6, Sektor S&T telah diperuntukkan sebanyak RM 600 juta. Peruntukan ini ditujukan kepada rancangan memaju dan menyelaraskan projek-projek P&P dengan tujuan mempertingkatkan keupayaan teknologi tempatan. Implikasi yang penting berkaitan dengan tindakan ini adalah rancangan pembangunan S&T pada pertama kalinya disatukan dalam rancangan pembangunan ekonomi negara di bawah RMK-5. Integrasi rancangan pembangunan sumber-sumber S&T dalam RMK-5 dan RMK-6 menumpukan

sumbangannya kepada usaha-usaha Pembaunan ekonomi. Dalam menyelaras dan menguruskan pembahagian peruntukan RMK-5 dan RMK-6, MPKSN telah

memperkenalkan satu skim khas, Program Penekanan Penyelidikan Di Bidang Keutamaan (IRPA: Intensification of Research in Priority Areas). Matlamat skim ini adalah untuk menentukan supaya projek-projek penyelidikan yang dijalankan oleh institusi-institusi diselaraskan untuk mencapai matlamat membangunkan keupayaan teknologi. Di bawah strategi ini, projek-projek R&D dibahagikan kepada 4 sektor iaitu, pertanian, industri, strategik dan perubatan. Berdasarkan statistik yang terkandung dalam RMK-6, 50 peratus daripada jumlah peruntukan R&D di RMK-5 telah digunakan dalam sektor pertanian, 34 peratus sektor perindustrian dan 17 peratus sektor-sektor lain.

Skim ini telah memperkenalkan sistem pengurusan R&D yang lebih terpusat. Mekanisma IRPA juga telah menggerakkan proses rundingan dan pencapaian kata sepakat di kalangan ahli sains dari sektor awam dan swasta. Tambahan pula, MPKSN telah disusun semula dan satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sains dan Teknologi telah

dibentuk.Selaras dengan strategi meningkatkan keupayaan teknologi, Majlis Penyelarasan dan Pemindahan Teknologi Perindustrian yang dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan dianggotai oleh pengusaha-pengusaha tempatan yang terkenal, pegawai-pegawai agensi pusat dan pakar-pakar teknik dan saintifik daripada institusi-institusi penyelidikan, telah menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun 1987
15

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

untuk menggubal Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian..Dua puluh sembilan kajian yang melibatkan setiap sektor perindustrian telah dijalankan oleh pakarpakar tempatan dan ini diikuti dengan perbincangan oleh ahli-ahli Konsortium Penyelidikan Kebangsaan yang ditubuhkan khas untuk tujuan membincang dan mendapatkan persetujuan melaksanakan Pelan tersebut. Pelan itu dibentang dan dipersetujui oleh Kerajaan pada 30hb. Mei 1990. Kerajaan telah menerima 42 syor yang terkandung dalam Pelan tersebut yang dikumpulkan di bawah 5 Penekanan Strategik. Rancangan Malaysia Keenam telah memperuntukkan sebanyak RM166 juta untuk melaksanakan syor-syor tersebut.

Dalam RMK-9, Kerajaan mempunyai matlamat dalam meningkatkan kemampuan dan keupayaan teknologi kerana cabaran globalisasi dan persaingan yang semakin meningkat.Oleh itu, di bawah RMK-9, beberapa subsektor dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan telah dikenal pasti sebagai berpotensi untuk menjadi sektor pertumbuhan. Ini pada asasnya melibatkan penggunaan teknologi yang akan memudahkan peningkatan kepada aktiviti berteknologi tinggi. Ini akan mengurangkan persaingan langsung dengan negara yang mempunyai kos buruh yang lebih rendah dan pada masa yang sama, memperkukuh kedudukan negara dalam rantaian nilai di peringkat antarabangsa.

Dalam sektor perkilangan, asas produk bagi industri elektrik dan elektronik (E&E) penggunaan meluas bahan maju dan teknologi baru termasuk digital, tanpa wayar,

teknologi nano dan fotonik dilihat berkembang. Perkembangan baru, khususnya di wilayah utara yang meliputi Pulau Pinang dan peluasan Taman Teknologi Tinggi Kulim di Kedah dan dalam Lembah Klang, telah merangsang pertumbuhan subsektor E&E yang lebih tinggi. Syarikat multinasional (MNC) dalam industri E&E dijangka terus menggunakan sumber tempatan serta perkhidmatan pihak ketiga bagi beberapa aktiviti bukan teras mereka di seluruh dunia. Pengembangan industri jentera dan kelengkapan (J&K), pertahanan dan petrokimia turut menawarkan peluang pertumbuhan baru dari segi pembangunan baru produk dan proses, dan melalui rantaian dengan industri lain termasuk aeroangkasa, automotif dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Terdapat banyak peluang pelaburan hasil daripada aktiviti nilai ditambah yang tinggi dan intensif teknologi dalam industri automotif yang masih belum diteroka. Kapasiti
16

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

produktif dan teknikal yang ditingkatkan dalam industri automotif akan membolehkan penglibatan pengeluar tempatan yang lebih meluas, dalam pengeluaran alat ganti dan komponen automotif berprestasi tinggi bagi pasaran tempatan dan global. Kelompok

automotif sedia ada dan yang baru, terutamanya di Lembah Klang dan Tanjung Malim serta Gurun dan Bertam di Wilayah Utara, akan membantu pertumbuhan sektor automotif seterusnya.

Pendekatan yang holistik terhadap pembangunan industri bioteknologi, yang meliputi bioteknologi tani, bioteknologi penjagaan kes ihatan dan bioteknologi perindustrian, juga akan menjadi sumber pertumbuhan baru. industri ini dibangunkan dengan usaha sama penyelidikan daripada Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan universiti

tempatan. Industri ini telah mendapat peruntukan berjumlah RM35 bilion untuk perancangan pembangan dan R&D.Terdapat skop yang begitu luas dalam usaha untuk memperkukuh R&D berasaskan bioteknologi yang dijalankan serta pemindahan,

pengkomersialan dan penggunaan produk dan proses bioteknologi yang baru. Bioproduk, termasuk perubatan tradisional dan herba serta makanan tambahan lain juga perlu dimajukan bagi pasaran niche. Pembangunan industri nutraseutikal dijangka mendapat manfaat daripada penggunaan tumbuh-tumbuhan dan sumber laut secara melua. Dalam bidang produk penjagaan kesihatan dan farmaseutikal, pengeluaran, pengedaran dan pemasaran ubat-ubatan dan vaksin generik menyediakan peluang-peluang pelaburan baru. Dalam bioteknologi perindustrian, terdapat ruang untuk pembangunan produk baru termasuk biobahan, enzim perindustrian dan biopemangkin. Sementara itu, Majlis

Pelaksanaan Bioteknologi ditubuhkan bagi menentukan hala tuju dasar keseluruhan, mengawasi pelaksanaan inisiatif bioteknologi negara memastikan penyelarasan antara dan menyediakan forum untuk

Kementerian. Majlis ini bekerjasama rapat dengan

Kementerian dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk menarik pelaburan dan meningkatkan penyertaan sektor swasta.

Penekanan semula terhadap bidang pertanian turut menyediakan platform yang lebih komersial dan berasaskan teknologi untuk merangsang pertumbuhan dan pembangunan sektor ini. Secara khusus, industri makanan halal termasuk pemprosesan daging, produk ternakan, perikanan serta sayur-sayuran dan buah-buahan menyediakan pelbagai peluang pelaburan baru yang mampu mencapai taraf global.

17

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

KESIMPULAN K- ekonomi ialah satu sistem pemprosesan ekonomi baru tentang pengeluaran, penggunaan, pemasaran dan pengagihan yang berdasar kepada ilmu pegetahuan, informasi dan komunikasi dan teknologi sebagai pemadunya. K-ekonomi dengan prinsip pelaburannya sentiasa beroperasi dalam hukum pulangan bertambah lebih. Dengan kata lain, K-ekonomi menggunakan ilmu pengetahuan dan teknologi sebagai modal asas bagi mempelopori segala sumber lain dalam proses pembangunan ekonomi negara. Sistem ekonomi ini mempunyai kedua-dua perubahan kuantiti dan kualiti secara bersepadu dalam sistem operasinya. Walau bagaimana pun kita sebagai orang islam, hendaklah kita rumuskan formula K-ekonomi itu selaras dengan fungsi kita sebagai manusia, hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.

18

PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

3.0 RUJUKAN

MASTIC, 1999. National Survey of Research and Development

Malaysia, 1998. Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan. Jabatan Perangkaan Malaysia.

Malaysia, 2000. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) . Laporan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kuala Lumpur: Ampang Press Sdn. Bhd.

Rizaudin Sahlan, Abu Sufian Abu Bakar, Radziah Md. Tahir, Zalina Zainal dan Zalina Mohd. Mohaideen (2000), Industri Asas-Pengetahuan. Kertas latar bagi National Seminar Malaysias Transformation into A K-Economy: Challenges & Responses, 20-21 November. UKM: Kuala Lumpur. Rizaudin Sahlan dan Abu Saufian Abu Bakar, 2001. Industri Asas -Pengetahuan: Tujahan Dasar dan Peranan Pemerintah. Kertas seminar dibentangkan dlm. Bengkel Kebangsaan Capacity Building Towards Excelence in Economic Research and Policy Formation, 23-24 April, UUM: Sintok. Selamah Maamur dan Rizaudin Sahlan, 2001. Modal Manusia dan Sumbangannya Terhadap Keluaran. Kertas seminar dibentangkan dlm. Persidangan Kebangsaan Pembangunan Sumber Manusia dalam Era K-Economy, 16-17 Oktober. UKM: Kuala Lumpur. Zalina Zainal, Raziah Md. Tahir dan Rizaudin Sahlan, 2001. Industri Asas Pengetahuan: Sumbangan Terhadap Ekonomi Malaysia. Kertas seminar dibentangka n dlm. Seminar Kebangsaan Sosioekonomi dan IT, 2-4 November. UUM: Alor Setar

19

Anda mungkin juga menyukai