Anda di halaman 1dari 13

BUAT DUIT DENGAN

OLEH: WAZEEN AZIZAN (THE FOUNDER)

Copyright 2010-2013 Funemo, All right reserved.

Page 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Alhamdulillah, Syukur kepada Allah S.W.T atas pelancaran laman sosial terbaru di Malaysia iaitu FUNEMO.COM. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya ibu bapa saya Azizan Radzi dan Noor Aeni Che Abd Razak dalam pembikinan laman sosial ini. Setelah hampir 2 tahun berlalu untuk merealisasikan idea saya ini, akhirnya FUNEMO.COM Berjaya dibangunkan walaupun pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi untuk menyiapkan laman sosial ini. Pada 1hb Jan 2013, tarikh keramat yang membuatkan saya gembira kerana FUNEMO.COM dilancarkan di bawah syarikat FUNEMO ENTERPRISE dengan penuh bersejarah kerana laman web ini bakal membantu ramai orang untuk membuat pendapatan setiap bulan sambil bersosial melaui internet. Telah anda ketahui, tujuan FUNEMO.COM ditubuhkan adalah untuk mengumpul penduduk di seluruh dunia ini bersosial dan berhubung dengan ramai orang. Tapia apa yang kami fokuskan terlebih dahulu adalah rakyat Malaysia dan Insyaallah akan berkembang ke seluruh dunia suatu hari nanti. Dengan berkonsepkan gabungan social media dan e-commerce akan dapat membantu semua orang hidup dalam dunia maya dengan melakukan aktiviti harian masing-masing hanya dengan FUNEMO.COM. Tetapi apa yang bakal saya terangkan di dalam e-book ini adalah berkaitan dengan bagaimana anda berpeluang untuk menjana pendapatan setiap bulan dengan FUNEMO.COM. Satu persatu akan saya terangkan supaya anda mudah faham apa yang cuba saya sampaikan kepada anda. Sebelum tu izinkan saya kenalkan diri terlebih dahulu. Saya adalah seorang Internet Marketer yang telah tamatkan pengajian di sebuah institut pengajian tinggi di Malaysia dengan kepujian ijazah perancangan Bandar dan Wilayah. Saya telah berkecimpung di dalam dunia bisnes internet ini lebih kurang 6 tahun yang lepas. Pelbagai cabaran dan halangan telah saya tempuhi untuk mengenal apa itu bisnes internet dan telah banyak wang telah saya habiskan untuk mencedok ilmu bisnes internet walaupun hakikatnya saya adalah seorang pelajar Perancang Bandar. Tiada masalah untuk saya FOKUS kepada 2 perkara dalam satu masa iaitu Ilmu Perancang Bandar dan juga Ilmu Bisnes Internet! Apa yang telah saya dapat daripada ilmu-ilmu tersebut telah saya aplikasikan di dalam dunia internet dan akhirnya idea FUNEMO.COM diwujudkan. Jadi,teruskan pembacaan anda untuk saya terangkan lebih dalam tentang bagaimana BUAT DUIT DENGAN FUNEMO!

Copyright 2010-2013 Funemo, All right reserved.

Page 2

Perkara utama kenapa saya hasilkan FUNEMO.COM adalah untuk membantu ramai orang membuat pendapatan melalui internet walaupun RM1. Suatu platform iaitu FUNEMO.COM adalah sebuah laman web sosial yang digabungkan dengan online shopping dan juga sistem affiliate. Apa yang cuba saya gabungkan ini adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai seperti ANDA untuk sama-sama membuat pendapatan hanya melalui internet dengan cara mudah dan senang tanpa perlu berfikir dan buat kerja-kerja teknikal yang memenatkan anda. Pada mulanya,saya ingin kenakan caj pendaftaran untuk sesiapa yang ingin sertai FUNEMO.COM tetapi dengan niat untuk membantu orang seperti anda, saya hanya buka pendaftaran ini secara PERCUMA sahaja dan dengan keahlian PERCUMA ini juga, anda dapat bersosial sambil menjana pendapatan secara senang. Jangan risau,ianya PERCUMA seumur hidup anda. Sebenarnya FUNEMO.COM ada persamaan dengan FACEBOOK.COM. Kedua-dua laman web ini bertujuan untuk menghubungkan manusia tanpa batasan. Tetapi apabila saya perasan tentang dengan kewujudan Facebook ini banyak memberi impak negatifnya terutamanya pengguna membuang masa berjam-jam lamanya dengan hanya bersosial melalui Facebook. Jadi,saya ambil perkara negatif tersebut untuk mewujudkan satu laman media sosial yang memberi manfaat kepada anda walaupun anda berjam-jam lamanya melayari internet. Maka, FUNEMO.COM ditubuhkan untuk menggerakkan lagi ekonomi Negara dan juga kehidupan manusia di sekeliling. Jadi,jom kita belajar bagaimana anda boleh buat duit melalui FUNEMO.COM.

Perkara Asas Yang Perlu Anda Ketahui: Funemo.com bukan sekadar sebuah laman media sosial biasa, tetapi ia didatangkan dengan shopping online,news dan juga sistem affiliate. Apa yang perlu anda tahu untuk membuat duit di Funemo.com ini adalah AFFILIATE. Jangan risau,semuanya adalah PERCUMA sahaja. Affiliate merupakan suatu program di mana ramai orang menjana pendapatan 4 hingga 5 angka setiap bulan secara sambilan. Ia merupakan satu cabang buat duit secara senang kerana orang yang menyertai affiliate ini tidak perlu untuk berhadapan dengan pelanggan kerana mereka hanya promosikan link affiliate yang telah diberikan kepada mereka semasa mereka mendaftar. Konsep affiliate adalah ahli affiliate beri pelanggan kepada pemilik produk/laman web, dan mereka akan dapat komisyen jika sesuatu tindakan dibuat oleh pelanggan tadi iaitu seperti tindakan membuat pembelian. Jadi,tugas utama para affiliate adalah dengan hanya promosikan link affiliate yang telah diberikan untuk mendapat komisyen. Jadi, begitulah program Affiliate FUNEMO.COM berjalan. Setiap kali ada jualan terhasil melalui link affiliate anda, anda akan dapat komisyen! Senang bukan?

Copyright 2010-2013 Funemo, All right reserved.

Page 3

Ok,sekarang saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana cara untuk menjadi affiliate di FUNEMO.COM. *Penting: Untuk melayakkan diri anda menjadi sebahagian daripada affiliate di laman web kami, anda hendaklah mendaftarkan diri anda sebagai ahli sosial di FUNEMO.COM sama ada daftar secara manual pada borang pendaftaran yang disediakan di laman web atau daftar dengan menggunakan akaun Facebook anda dengan hanya klik pada butang Login With Facebook.

Copyright 2010-2013 Funemo, All right reserved.

Page 4

Jika,anda telah menjadi salah seorang ahli laman sosial FUNEMO.COM, Tahniah kami ucapkan dan selamat berhubung dengan rakan-rakan, saudara mara dan lainlain lagi. Langkah seterusnya adalah mendaftar akaun FUNEMO PARTNER untuk menjadi affiliate program kami. Login ke akaun FUNEMO anda, kemudian scroll mouse anda sehingga ke paling bawah laman web kami, kemudian klik pada butang Affiliate. Lihat gambar rajah di bawah:

Copyright 2010-2013 Funemo, All right reserved.

Page 5

Satu paparan penerangan tentang bagaimana program affiliate Funemo berjalan akan dapat anda lihat. Baca dengan teliti apa yang tertera di situ kerana ada penerangan tentang PERATURAN dan KEPERLUAN yang perlu anda ketahui sebelum mendaftar menjadi Partner Affiliate kami. Setelah anda faham dengan apa yang telah diterangkan, sila klik pada butang JOIN NOW . Lihat gambar rajah di bawah:

Sekarang,anda hendaklah isi maklumat-maklumat yang diperlukan dan pastikan maklumat yang anda berikan adalah tepat dan benar untuk memudahkan urusan kami terutamanya untuk pembayaran komisyen nanti. Setelah selesai mengisi borang yang disediakan, sila klik pada butang Signup.

Copyright 2010-2013 Funemo, All right reserved.

Page 6

Semak emel anda, dan akaun Partner Affiliate anda akan diaktifkan oleh pihak pengurusan kami dalam masa 24 jam hingga 48 jam. Diharap dapat bersabar untuk memberi ruang kepada kami menyemak maklumat-maklumat yang telah anda berikan tersebut.

Setelah akaun Partner Affiliate anda diaktifkan, sila semak emel anda kerana di dalam kandungan tersebut mempunyai satu pautan (link) untuk anda login ke member area akaun Partner Affiliate Funemo anda. Tahniah saya ucapkan kepada anda kerana berjaya menjadi salah seorang ahli affiliate kami. Bagaimana Cara Promosi Link Affiliate Anda? Langkah-langkah yang akan saya terangkan ini adalah cara bagaimana anda ingin promosikan link affiliate anda untuk layak mendapat komisyen di setiap jualan yang terhasil jika ada pelanggan yang membuat pembelian di FUNEMALL melalui link affiliate anda. Klik pada link member area (akan diberikan di emel anda), kemudian LOGIN untuk masuk ke dalam ruangan Partner Affiliate anda.

Di sini terdapat 2 cara untuk anda layak dapat komisyen. Ingat,untuk anda layak mendapat komisyen adalah apabila sesuatu jualan terhasil melalui link affiliate anda!

Copyright 2010-2013 Funemo, All right reserved.

Page 7

CARA PERTAMA adalah dengan mempromosikan Link Affiliate Asas anda. Di mana link affiliate asas anda berada adalah seperti gambar rajah di bawah:

Link Affiliate Asas ini saya namakan sebagai Soft-selling Affiliate. Dengan hanya mempromosikan Soft-selling Affiliate ini, anda akan menerima komisyen 10% di setiap jualan yang terhasil daripada pelawat yang anda bawa jika pelawat tersebut membuat pembelian di FUNEMALL. Situasinya seperti berikut: Contohnya, Link Affiliate Asas saya adalah seperti berikut: http://www.funemo.com/#a_aid=12345 Saya promosikan link tersebut di wall facebook saya. Contoh cara saya promosi adalah: Jom kita mencari rakan-rakan baru di laman sosial terbaru di Malaysia iaitu FUNEMO! Saya gembira di bersosial di sana sebab ada banyak kemudahan seperti news,blogging,games,dan juga shopping online. Jom join sekali kat sana dan daftar sebagai ahli. Jumpa di sana ok. Love Being Connected! Klik di sini untuk mendaftar: http://www.funemo.com/#a_aid=12345 Ok,itu adalah contoh ayat promosi saya untuk menarik orang ramai supaya mendaftar di Funemo. Apa yang akan anda dapat setelah berbuat demikian? Contohnya Ali adalah rakan anda di Facebook atau Twitter. Ali ternampak ayat promosi anda, kemudian Ali klik pada link affiliate asas anda tadi dan Ali terus mendaftar sebagai ahli Funemo. Sedang Ali melayari dan bersosial di dalam Funemo, dia berkenan dengan produk-produk yang dijual di FUNEMALL. Kemudian Ali buat pembelian dan buat pembayaran untuk dapatkan produk di FUNEMALL. Anda akan dapat KOMISYEN 10% daripada setiap Jumlah(RM) pembelian oleh Ali !! Senang kan?
Copyright 2010-2013 Funemo, All right reserved.

Page 8

Ini sangat mudah! Ya,memang saya wujudkan platform ini untuk memudahkan anda buat pendapatan secara senang dan santai. Tapi, bukan sekali itu sahaja anda akan dapat komisyen. Contohnya, keesokan harinya, Ali berminat untuk beli produk lain pula di Funemall, anda akan terus dapat komisyen 10% hasil pembelian oleh Ali di Funemall selagi cookies da ip Ali tidak rosak! Ya! Anda bukan tersalah tengok atau tersalah dengar, memang itulah apa yang saya berikan kepada Partner Affiliate Funemo!

CARA KEDUA pula adalah dengan mempromosikan Link Affiliate Kempen anda. Di mana anda boleh dapatkan link affiliate kempen anda? Lihat pada gambar rajah:

Saya namakan Link Affiliate Kempen sebagai Hard-selling Affiliate. Dengan hanya mempromosikan link affiliate kempen anda ini juga, anda akan dapat buat pendapatan secara berterusan. Untuk pengetahuan anda, setiap bulan,kami akan adakan cabaran Affiliate dan Link Affiliate Kempen ini diwujudkan untuk cabaran affiliate tersebut. Komisyen yang akan anda dapat adalah bergantung kepada peratusan yang telah kami tetapkan untuk link affiliate kempen ini dan ada yang mencecah 50% komisyen! Jadi,sentiasalah tengok di ruangan campaign untuk melihat link-link affiliate baru untuk anda promosikan.

Copyright 2010-2013 Funemo, All right reserved.

Page 9

Supaya anda lebih faham tentang Link Affiliate Kempen atau Hard-selling Affiliate ini adalah seperti berikut: Contohnya Situasinya, kami menganjurkan satu cabaran affiliate untuk bulan Januari 2013. Cabaran affiliate ini adalah untuk produk Talking Hamster. Jadi,target kami adalah untuk habiskan 400 unit produk Talking Hamster ini. Jadi,kami wujudkan satu link affiliate baru untuk anda promosikan untuk mendapat komisyen berganda dan menjadi Top Affiliate untuk bulan Januari 2013. Top Affiliate kebiasaanya akan menerima hadiah berupa wang tunai, gajet, dan lain-lain. (Takhluk kepada syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Funemo). Contoh ayat promosi untuk Hard-selling affiliate ini adalah seperti berikut: Anda klik pada butang Share dan ia akan dishare terus ke Wall Facebook anda. Untuk menguatkan lagi keberkesanan promosi anda, anda hendaklah menulis sesuatu supaya rakan-rakan anda di Facebook dapat tengok dan baca ayat promosi anda.

Copyright 2010-2013 Funemo, All right reserved.

Page 10

Untuk Cara Kedua ini, Link Affiliatenya terlalu panjang. Adalah boleh buat pilihan utk ambil code banner untuk diletakkan di dalam blog anda atau copy link yang disediakan itu kemudian pendekkan link anda di sini: http://bitly.com Contoh: Wow! TALKING HAMSTER ini sangat cantik! Dapat ajuk apa yang kita cakap tak kira bahasa. Kita cakap I LOVE YOU, dia balas balik cakap I LOVE YOU! Pandai pulak hamster ni. Kalau korang nak beli hamster ni, ada dijual di FUNEMO. Klik kat bawah sekarang! . Kemudian, contohnya Abu adalah rakan Facebook anda. Abu ternampak ayat promosi anda tadi dan berminat untuk beli Talking Hamster untuk dijadikan hadiah kepada anaknya. Jadi, Abu klik pada link yang telah anda share tadi, kemudian dia membuat pembelian produk Talking Hamster tadi di FUNEMALL. Anda terus akan dapat komisyen 50%!!! Wow,ini sangat menarik bukan??? Dan bukan setakat itu sahaja, jika Abu berminat dengan produk lain juga. Contohnya Al-Quran Digital (komisyen 10%) yang dijual di FUNEMALL dan buat pembelian bersama-sama dengan Talking Hamster tadi, maka anda akan dapat komisyen berganda. 50% komisyen untuk Talking Hamster dan 10% komisyen untuk Al-Quran Digital. Anda dapat untung dua komisyen dengan hanya mempromosikan 1 link produk sahaja!! Ok,kali ni jom kita buat kira-kira: Kita ambil contoh Produk A dan Produk B. Kedua produk kami telah setkan 10% komisyen untuk anda. Harga Produk A = RM100 Komisyen yang akan anda dapat adalah RM10 Harga Produk B = RM150 Komisyen yang akan anda dapat adalah RM15 Contohnya Ismail membuat pembelian untuk Produk A dan juga Produk B melalui link affiliate anda. Jadi,komisyen terkumpul yang akan dapat adalah RM25. Cuba bayangkan jika Ismail beli produk lain lagi walaupun hari yang berlainan dengan jumlah RM1000 pembelian. Jadi, anda akan dapat komisyen RM100 hanya dari seorang pelanggan yang anda bawa ke Funemo! Cuba anda bayangkan lagi, jika dalam masa sebulan anda dapat bawa 300 pelawat untuk mendaftar menjadi ahli FUNEMO.COM melalui link affiliate anda. Dalam 300 tu hanya 100 orang yang buat pembelian di Funemall dan 100 orang itu adalah orang seperti Ismail yang buat pembelian dengan jumlah RM1000 sebulan. Pengiraan komisyen yang akan anda dapat adalah: RM100 (komisyen) x 100 orang = RM10,000
Copyright 2010-2013 Funemo, All right reserved.

Page 11

Sudah 5 angka pendapatan anda!! Cuba bayangkan jika ada 500 orang seperti Ismail yang mendaftar dan membuat pembelian melalui link affiliate anda?? RM100 (komisyen) x 500 orang = RM50,000 Jika anda dah dapat sampai tahap tu, saya ucapkan Tahniah! Anda seorang affiliate yang berjaya.

Tapi,saya tidak mahu bagi harapan tinggi untuk anda kerana pendapatan bulanan anda adalah atas usaha anda sendiri dengan giat mempromosikan link affiliate anda. Ok,saya tunjukkan pengiraan komisyen minimum untuk anda. Contohnya Aminah buat pembelian dengan jumlah RM100 sebulan. Jadi,komisyen yang akan anda dapat adalah 10% iaitu RM10. Kita lihat potensi pendapatan anda jika ada 100 orang seperti Aminah yang menjadi ahli Funemo.com dan membuat pembelian di Funemall melalui link affiliate anda. RM10 (komisyen) X 100 orang = RM1000 Tahniah! Anda berjaya buat pendapatan 4 angka! Oleh itu, sifirnya adalah semakin ramai anda perkenalkan FUNEMO.COM kepada rakan-rakan anda dengan promosikan link affiliate anda, semakin tinggilah potensi untuk anda menjana pendapatan secara sambilan dan mungkin ini akan jadi punca pendapatan utama anda jika anda fokus mempromosikan link affiliate anda.

Copyright 2010-2013 Funemo, All right reserved.

Page 12

Jadi,anda sudah dapat gambarkan apa yang saya cuba sampaikan ini? Jika Ya, Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan. Jika masih tidak faham, boleh hubungi kami di Fanpage FB FUNEMO kami di http://www.facebook.com/funemo untuk ketahui lebih lanjut tentang cara buat duit ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana memberi peluang kepada saya untuk menerangkan konsep di FUNEMO.COM ini. Kali ni saya harap,dengan kewujudan FUNEMO.COM, tiada lagi masalah buang masa kerana anda ada tujuan ketika bersosial. Anda akan dapat hasil lumayan jika anda lipat gandakan usaha anda. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Sila baca kembali ebook ini jika anda masih lagi tidak faham kerana ia adalah peluang terbaik untuk anda menjana pendapatan tanpa modal. Saya doakan anda berjaya dunia akhirat dan kejayaan saya adalah bergantung kepada kejayaan anda juga. Semoga FUNEMO.COM dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Terima kasih dan Assalamualaikum.

Ikhlas,

Wazeen Azizan (C.E.O of Funemo.com) Email: funemo.com@gmail.com

Copyright 2010-2013 Funemo, All right reserved.

Page 13

Anda mungkin juga menyukai