Anda di halaman 1dari 3

PENIPISAN LAPISAN OZON

Pengenalan

Masalah alam sekitar tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat global pada hari ini.
Hal ini kerana perkara ini telah wujud sejak beberapa tahun lalu dan masalah ini telah
menjadi semakin parah pada abad ke 21 kini, ini sekali gus mengugat keseimbangan
ekosistem yang secara tidak langsung mengubah iklim dunia. Masalah alam sekitar
seperti pencemaran air, pencemaran udara, pemanasan global, penipisan lapisan ozon
dan sebagainya sememangnya mengundang pelbagai bencana alam yang mampu
meragut sehingga ratusan nyawa manusia apatah lagi haiwan. Oleh yang demikian,
tidak hairanlah kiranya para pemimpin kini sedang hebat membincangkan isu ini di
meja mesyuarat peringkat antarabangsa. Malahan para saintis juga sedang berusaha
untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini. Tahukah anda
bahawa masalah penipisan lapisan ozon pernah menggemparkan seluruh dunia
apabila saintis telah menemui lubang ozon pada tahun 1987 ? Penemuan ini berlaku di
kawasan Antartika.
Masalah alam sekitar seperti penipisan lapisan ozon ini sememangnya telah
mencuri tumpuan pelbagai pihak untuk mencari jalan penyelesaiannya. Malahan,
rangkaian media turut tidak ketinggalan untuk membuat liputan dan berusaha
menulis rencana untuk memberikan kesedaran terhadap manusia sejagat agar
mengekalkan dan memelihara keindahan alam semula jadi. Namun demikian, masalah
ini bagaikan lagu dan irama yang sememangnya tidak boleh dipisahkan lagi dengan
kehidupan manusia. Walaupun, masalah alam sekitar ini khususnya masalah
penipisan lapisan ozon agak mustahil untuk ditangani, namun semua pihak
sewajarnya memberikan kerjasama yang padu untuk menangani masalah ini,
setidak-tidaknya masalah ini akan dapat dikurangkan. Kita sebagai insan ciptaan
Tuhan yang mempunyai fikiran seharusnya mempunyai tanggungjawab dalam

memelihara alam semulajadi agar apa yang kita ada pada hari ini akan dapat
dikongsikan kepada generasi yang akan datang kelak.
Sumber petikan : http:www.bmpengurusankumpulan15.blogspot.com

Literasi Saintifik /Scientific literacy


Contexts
Hazards, global
Pengetahuan
Content
Kompetensi
Explain phenomena scientifically
Cognitive Demand
Medium
Soalan 1.
Jelaskan fungsi lapisan ozon?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Contexts
Pengetahuan
Kompetensi
Cognitive Demand

Hazards, Global
Content
Explain phenomena scientifically
High

Soalan 2
Jelaskan kesan fenomena ini kepada hidupan di Bumi. .
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contexts
Pengetahuan
Kompetensi
Cognitive Demand

Hazards, Global
Procedure
Explaining phenomena scientifically
High

Soalan 3
Pada pendapat anda, nyatakan dua (2) langkah yang paling berkesan untuk mengatasi
masalah penipisan lapisan ozon. Berikan penjelasan yang terperinci .
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai