Anda di halaman 1dari 33

DRAF

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)


DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


TAHUN EMPAT

DRAF
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


TAHUN EMPAT

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Cetakan Pertama 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA SURAT

PENDAHULUAN MATLAMAT OBJEKTIF STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) ELEMEN MERENTAS KURIKULUM FOKUS MATA PELAJARAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU PENTAKSIRAN PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

1 1 1 2 3 3 4 6 7 7 8 10 12

DRAF PENDAHULUAN diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah

pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, tidak terlalu menekankan akademik dan tidak membebankan murid. Ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk MATLAMAT

mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan

Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas

(Masalah Pembelajaran) bertujuan

membimbing murid agar berupaya; i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam

menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina dengan hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat 1

ii.

mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian

DRAF iii. memperoleh kemahiran dan keterampilan ke arah Domain bagi setiap tunjang adalah: i. ii. iii. iv. v. vi. Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Sains dan Teknologi Perkembangan Fizikal dan Estetika Keterampilan Diri

kehidupan berkerjaya iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam vii. viii. ix. x. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian melibatkan diri dalam aktiviti riadah menghargai keindahan alam dan warisan budaya menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi

Kurikulum modal

Berasaskan insan yang

Tunjang

dibina

bagi dan

membangunkan berketerampilan.

berpengetahuan

Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama

yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah 2

DRAF KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan bentuk dan Standard yang

bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid

Pembelajaran

diorganisasikan

dalam

modular

mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan. 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kemahiran

Berfikir

Aras

Tinggi

ialah

keupayaan dan nilai

untuk dalam

mengaplikasikan

pengetahuan,

kemahiran

membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. 3

DRAF KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktiviti

menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan

KBAT Mengaplikasi

Penerangan Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara

aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran mereka. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Menganalisis

Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,

Menilai

Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi

Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen

Mencipta

menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif

Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Jadual 1: Penerangan KBAT Kreativiti dan Inovasi Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum mata pelajaran. Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. 4

DRAF Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan Mengamalkan sikap keusahawanan; Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan; Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

pengurusan perniagaan; Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan; dan Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.

warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif. Keusahawanan Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020 adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah rendah.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan mata untuk

memperkukuhkan

pembelajaran

sesuatu

pelajaran.

Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet, perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh

dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan

keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan: 5

DRAF dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu: Belajar mengenai TMK Belajar melalui TMK Belajar dengan TMK III. Pelaksanaan Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Standard Kurikulum TMK terbahagi kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Terdapat tujuh topik Standard Kandungan. Standard Kandungan ini memberikan petunjuk tahap kebolehan dalam lingkungan Standard Pembelajaran TMK. Guru boleh menggunakan standard ini dalam perancangan aktiviti FOKUS MATA PELAJARAN berasaskan TMK. i. Mata Pelajaran : Teknologi Maklumat and Komunikasi (TMK) I. Matlamat Pengenalan makmal komputer

ii. Pengurusan makmal komputer iii. Pengenalan kepada perkakasan komputer iv. Fungsi perkakasan komputer v. Pengenalan kepada aplikasi sistem komputer vi. Pengaplikasian sistem komputer vii. Pengenalan kepada internet PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TMK adalah satu bidang pembelajaran yang melibatkan pelbagai bidang khususnya sistem komputer dan komunikasi. TMK juga teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, perkasasan dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana sahaja dan bila-bila masa.

II.

Objektif

TMK boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih seronok serta membentukdan guru dan murid menjadi lebih kreatif dan inovatif. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran TMK, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: 6

Standard Kurikulum TMK memfokuskan kepada pengetahuan perkasasan dan aplikasi perisian dalam menghadapi pelbagai bentuk maklumat pada murid pendidikan khas Tahap II ( Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6).

DRAF Pembelajaran kendiri Kolaboratif Pembelajaran berasaskan projek Inkuiri-penemuan Penyelesaian masalah Pembelajaran masteri Konstruktivisme Pembelajaran Penerokaan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain. RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU RPI memperincikan antara lain: i. Definisi Rancangan Pendidikan Individu: Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen ii. iii. iv. v. Tahap prestasi sedia ada murid Perancangan akademik dan bukan akademik Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid Objektif pendidikan yang boleh diukur Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi

bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid. (Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas, 2000)

mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian vi. vii. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu

perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka.

RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid

pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan 7

DRAF PENTAKSIRAN SEKOLAH Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan

standard kurikulum. Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama dalam PdP kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan Pentaksiran Rujukan Standard Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit PS boleh dilaksanakan secara:

pembelajaran, semester atau tahun.

pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses

memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:

mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan sedemikian standard tidak prestasi yang ditetapkan. pencapaian

Holistik tentang

iaitu

mampu

memberi

maklumat

menyeluruh dan

Pentaksiran

membandingkan

penguasaan,

pengetahuan,

kemahiran,

seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama

pengamalan nilai murni; Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP; Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai

sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum 8

mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan

DRAF balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif. Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang Tafsiran Umum TAHAP PENGUASAAN 1 MAKSUD TAFSIRAN UMUM Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif. Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.

bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masingmasing.

Tahu

2 Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan. 3

Tahu dan Faham Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran TMK (Suaian)

Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

DRAF waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap TAFSIRAN Mengetahui tentang asas TMK Mengetahui dan memahami tentang asas TMK Mengetahui, memahami dan mengaplikasi asasTMK Mengetahui, memahami dan mengaplikasi asasTMK mengikut prosedur yang betul Mengetahui, memahami,mengaplikasi dan mempraktikkan asas TMK dengan lebih sistematik Mengetahui, memahami,mengaplikasi,mempraktik serta boleh menyampaikan maklumat asas TMK dengan lebih kreatif dan kritis keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah

TAHAP PENGUASAAN 1 2

disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik

dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan

pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah:

Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran TMK Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, Setiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada 10 bukan hasil akhir yang diperoleh.

DRAF Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz. Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari. Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio. Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk

menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.

11

DRAF PENGENALAN MAKMAL KOMPUTER STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk..) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk..) TAHAP PENGUASAAN (Murid boleh.) TAFSIRAN

1.1 Mengenal pasti dan menyatakan lokasi makmal komputer

1.1.1 Mengecam pelan lokasi makmal komputer

Menunjuk makmal komputer dalam pelan sekolah

2 1.1.2 Mengenal pasti lokasi laluan pergi dan balik ke makmal komputer 3

Mengenal pasti kedudukan makmal komputer dalam pelan sekolah

Melabelkan lokasi makmal komputer dari pelan sekolah

Memerihalkan kedudukan makmal computer

Melakarkan laluan pergi dan balik ke makmal komputer dengan betul

Mempraktikkan laluan pergi dan balik ke makmal komputer dengan betul

12

DRAF PENGENALAN MAKMAL KOMPUTER STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk..) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk..) TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN (Murid boleh.)

1.2 Mengenal pasti makmal komputer

1.2.1

Menyatakan i) peralatan dalam makmal komputer ii) ruang kerja (work station) iii) susun atur peralatan dalam makmal komputer

Menunjukkan peralatan di dalam makmal komputer

Menamakan peralatan makmal komputer

Mengenal pasti peralatan mengikut ruang kerja guru dan murid

Membezakan ruang kerja murid dan ruang kerja guru

Mengelas peralatan mengikut susun atur ruang kerja guru dan murid

Menyusun atur peralatan mengikut ruang kerja guru dan murid dengan betul

13

DRAF PENGURUSANAN MAKMAL KOMPUTER STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk..) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk..) TAHAP PENGUASAAN (Murid boleh.) TAFSIRAN

2.1 Mengenal pasti organisasi makmal komputer

2.1.1 Mengenal pasti carta organisasi makmal komputer

Menunjuk carta organisasi makmal komputer

Mengenal pasti jawatan dalam carta organisasi makmal komputer

2.1.2 Mengenal pasti dan menyatakan kepentingan carta organisasi 4 Menamakan tugasan mengikut jawatan dalam carta organisasi 3 Menyusun carta organisasi mengikut jawatan

Melakar carta organisasi mengikut hierarki makmal komputer

Membina carta organisasi makmal komputer

14

DRAF PENGURUSANAN MAKMAL KOMPUTER STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk..) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk..) TAHAP PENGUASAAN (Murid boleh.) TAFSIRAN

Menunjuk carta peraturan dan keselamatan di dalam 2.2 Mengenal pasti peraturan di dalam makmal komputer 2.2.1 Mengenal pasti dan menyatakan peraturan di makmal komputer 2 Menyebut 3 peraturan makmal komputer dan 3 peraturan keselamatan di dalam makmal komputer 2.2.2 Mengenal pasti dan menyatakan keselamatan di dalam makmal komputer 4 3 3 peraturan makmal komputer dan 3 peraturan keselamatan di dalam makmal komputer Memerihalkan 3 peraturan makmal komputer dan 3 peraturan keselamatan di dalam makmal komputer. Menjelaskan dengan contoh 3 peraturan makmal komputer dan 3 peraturan keselamatan di dalam makmal komputer Mengamalkan 3 peraturan makmal komputer dan 3 peraturan keselamatan di dalam makmal komputer dengan selamat. 15 1 makmal komputer

DRAF PENGENALAN KOMPUTER STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk..) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk..) TAHAP PENGUASAAN (Murid boleh.) TAFSIRAN

3.1 Mengenal asas komputer

3.1.1 Mengenal pasti: i. Komputer meja ii. Komputer riba 1

Menunjukkan:i. Komputer meja

ii. Komputer riba

3.1.2 Meneroka komputer dengan menyentuh monitor, papan kekunci, tetikus dan unit sistem 3 3.1.3 Mengenal pasti dan menyatakan kegunaan komputer 4 2

Menamakan:i. Komputer meja

ii. Komputer riba

Menyentuh dan menunjukkan monitor, papan kekunci, tetikus dan unit sistem

Melabelkan sistem

monitor, papan kekunci, tetikus dan unit

Menyenaraikan 5 kegunaan komputer

6 16

Menjelaskan dengan contoh 5 kegunaan komputer

DRAF PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk..) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk..) TAHAP PENGUASAAN (Murid boleh.) TAFSIRAN

4.1 Mengenal perkakasan komputer

4.1.1 Mengenal pasti dan menyatakan: i. Monitor (monitor)

Menunjukkan perkakasan komputer I. Monitor (monitor) ii. Papan Kekunci (keyboard) iii. Tetikus (mouse) iv. Unit Sistem

ii. Papan kekunci (keyboard) iii. Tetikus (mouse) iv. Unit Sistem 2 i.i.

Menamakan perkakasan komputer I. Monitor (monitor) ii. Papan Kekunci (keyboard) iii. Tetikus (mouse) iv. Unit Sistem

Mengenal pasti perkakasan komputer I. Monitor (monitor) ii. Papan Kekunci (keyboard) iii. Tetikus (mouse) iv. Unit Sistem

17

DRAF STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk..) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk..) TAHAP PENGUASAAN (Murid boleh.) TAFSIRAN

Melabelkan setiap perkakasan komputer I. Monitor (monitor) ii. Papan Kekunci (keyboard) iii. Tetikus (mouse) iv. Unit Sistem

Membezakan setiap perkakasan komputer I. Monitor (monitor) ii. Papan Kekunci (keyboard) iii. Tetikus (mouse) iv. Unit Sistem

Menyenaraikan 4 perkakasan komputer dengan betul

18

DRAF PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk..) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk..) TAHAP PENGUASAAN (Murid boleh.) TAFSIRAN

4.2 Mengenal perkakasan tambahan komputer

4.2.1 Mengenal pasti dan menyatakan: i. Pembesar suara (speaker) ii. Mikrofon (microphone) iii. Pencetak (printer) iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

Menunjukkan perkakasan tambahan komputer i. Pembesar suara (speaker)

ii. Mikrofon (microphone) iii. Pencetak (printer) iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

Menamakan perkakasan tambahan komputer:i. Pembesar suara (speaker)

i.ii.

ii. Mikrofon (microphone) iii. Pencetak (printer) iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

Mengenal pasti perkakasan tambahan komputer i. Pembesar suara (speaker)

ii. Mikrofon (microphone) iii. Pencetak (printer) iv. Auto Voltage Regulator (AVR) 19

DRAF STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk..) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk..) TAHAP PENGUASAAN (Murid boleh.) TAFSIRAN

Melabelkan setiap perkakasan tambahan komputer i. Pembesar suara (speaker)

ii. Mikrofon (microphone) iii. Pencetak (printer) iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

Membezakan setiap perkakasan tambahan komputer i. Pembesar suara (speaker)

ii. Mikrofon (microphone) iii. Pencetak (printer) iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

Mengasingkan 4 dengan betul

perkakasan

tambahan komputer

20

DRAF PENGENALAN PENGOPERASIAN SISTEM KOMPUTER STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk..) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk..) TAHAP PENGUASAAN (Murid boleh.) TAFSIRAN

5.1 Mengenal pengoperasian asas komputer

5.1.1 Latihan amali prosedur menghidupkan komputer dengan betul

Menyebut prosedur (tatacara ) i. menghidupkan komputer dengan cara yang betul dan ii. mematikan komputer dengan cara yang betul

5.1.2 Latihan amali prosedur mematikan komputer dengan betul i.iii. 5.1.3 Mengenal pasti dan menyatakan kesan tidak mematikan komputer mengikut prosedur 3 Menunjuk cara menghidupkan dan mematikan komputer dengan prosedur (tatacara ) yang betul ii. 2 Mengenalpasti prosedur (tatacara ) i. menghidupkan komputer dengan cara yang betul dan mematikan komputer dengan cara yang betul

Menjelas dengan contoh 4 kesan tidak mematikan komputer mengikut prosedur (tatacara ) yang betul

21

DRAF STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk..) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk..) TAHAP PENGUASAAN (Murid boleh.) TAFSIRAN

Mempraktikkan prosedur (tatacara ) i. menghidupkan komputer dengan cara yang betul dan ii. mematikan komputer dengan cara yang betul

Menyusun mengikut keutamaan dan boleh membantu rakan menghidupkan dan mematikan komputer serta dapat menyatakan 4 kesan tidak mematikan komputer mengikut prosedur (tatacara ) yang betul

22

DRAF PENGENALAN PENGOPERASIAN SISTEM KOMPUTER STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk..) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk..) TAHAP PENGUASAAN (Murid boleh.) TAFSIRAN

5.2 Mengenal perisian sistem 5.2.1 Latihan amali membuka pemprosesan perkataan program perisian pemprosesan perkataan (MS Word) mengikut prosedur yang betul

Memilih ikon program perisian pemprosesan perkataan (MS Word)

Memerihal prosedur (tatacara )membuka dan menutup program perisian pemprosesan perkataan (MS Word)

5.2.2 Latihan amali menutup program perisian pemprosesan perkataan (MS Word) mengikut prosedur yang betul

Mempraktikkan prosedur (tatacara) membuka dan menutup program perisian pemprosesan perkataan (MS Word) dengan cara yang betul

Menggunakan program perisian pemprosesan perkataan (MS Word):i. menaip huruf dan nombor secara bebas

5.2.3 Latihan amali menaip huruf dan nombor: i. Secara bebas 5

Menggunakan program perisian pemprosesan perkataan (MS Word):i. menaip huruf dan nombor secara berpandu

ii. Secara berpandu 23

DRAF STANDARD PRESTASI STANDARD KANDUNGAN (Murid dibimbing untuk..) STANDARD PEMBELAJARAN (Murid berupaya untuk..) TAHAP PENGUASAAN (Murid boleh.) TAFSIRAN

Demonstrasi membuka dan menutup program perisian pemprosesan perkataan (MS Word) serta dapat menaip huruf dan nombor:i. Secara bebas ii. Secara berpandu

24

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917 http//www.moe. gov.my/bpk

Anda mungkin juga menyukai