Anda di halaman 1dari 3

BAB 8 : KOMEN DAN CADANGAN

8.1 Komen

Malaysia Airport Sdn Bhd, Sibu merupakan sebuah organisasi syarikat yang
memberikan pelatih-pelatih dari intitusi pengajian tinggi samada dari awam mahupun
swasta untuk menjalani latihan industri iaitu dengan menempatkan pelatih-pelatih
untuk menjalani latihan industri. Para pelatih didedahkan dengan kerja-kerja yang
melibatkan kerja-kerja seperti membaiki panel pintu ‘Aerobridge’, membuat
pemeriksaan jentera bomba, membaiki ‘Conveyer Belt’ 90° serta membaiki pam air
untuk tandas.

103
Selain itu, para pelatih diberi peluang untuk membuat pemeriksaan penyaman
udara, membuat pemeriksaan terhadap semua tandas dan juga melakukan
pemeriksaan terhadap semua ‘Substation’.

Selama lebih kurang 6 bulan menjalani latihan industri, pelatih telah banyak
diberi tunjuk ajar oleh penyelia dan juga pekerja-pekerja di Malaysia Airport Sdn
Bhd. Pelatih didedahkan dengan banyak kemahiran yang bakal dipratikkan apabila
berada di alam pekerjaan yang sebenar nanti. Pelatih berasa amat bertuah kerana
diberi kepercayaan melakukan sebahagian daripada tugasan kerja yang
membolehkan pelatih menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan serta mampu
mmemperolehi pengalaman yang luas.

Para pelatih banyak didedahkan dengan ilmu Kejuruteraan Mekanikal iaitu


melakukan kerja bersama-sama pekerja. Dengan pendedahan yang bermanfaat dan
berguna ini pelatih dapat membina personaliti diri yang baik iaitu sebagai individu
yang boleh bekerja secara berpasukan, amanah dalam setiap tugasan yang diberi,
berkeyakinan untuk berurusan dengan pihak-pihak lain dan bertanggungjawab dalam
apa jua keadaan. Selain itu, pelatih juga dapat mempelajari cara-cara berkomunikasi
dengan berkesan serta dapat mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.

Melalui latihan industri, segala pengalaman dan kemahiran yang pelatih


miliki digunakan dengan sebaik-baiknya bagi mencapai tahap penguasaan di dalam
bidang kerja yang pelatih lakukan. Dalam menjalankan tugasan yang diberi, saya
telah berjaya mempengaruhi diri dan minda serta meningkatkan kemahiran menerusi
pengalaman berharga yang diperolehi selama 6 bulan. Secara tidak langsung ianya
dapat meningkatkan kualiti dan prestasi diri kerana telah dipengaruhi oleh bidang
tugas yang diceburi.

104
Justeru itu, Latihan Industri merupakan satu peransang bagi mendidik para
pelatih agar berwawasan, berinovasi dan bercita-cita tinggi. Sekaligus berjaya
melahirkan tenaga pekerja yang mahir dan berpandangan jauh di negara Malaysia.

8.2 Cadangan

Latihan industri ini adalah baik bagi setiap pelatih agar didedahkan dengan
banyak kemahiran yang bakal dipratikkan apabila berada di alam pekerjaan yang
sebenar nanti. Lawatan pensyarah adalah amat penting semasa pelajar sedang
menjalani latihan industri bagi mengikuti perkembangan pelajar dari semasa ke
semasa. Selain itu juga, pelajar dapat merasakan pihak politekik mengambil berat
akan kebajikan dan latihan yang diawasi oleh pihak politeknik.

Program latihan yang diperlukan hendaklah dinyatakan kepada semua tempat


yang memberi latihan kerana tidak semua tempat menyediakan program untuk
pelatih. Jika senarai program dinyatakan dan disertakan, ia dapat melancarkan lagi
aktiviti yang dilakukan oleh pelajar itu di mana ia tidak bergantung kepada penyelia
yang mengawasi pelajar itu untuk membuat aktiviti yang dilakukan. Sekurang-
kurangnya pentadbiran tempat latihan mengetahui perkara yang harus diperlukan
oleh pelajar berdasarkan kursus yang diikuti di politeknik. Ini mengelakkan pelajar
dari disuruh melakukan suatu kerja di luar bidang tugas.

105

Anda mungkin juga menyukai