Anda di halaman 1dari 15

BAB 4 : ‘AEROBRIDGE’

4.1 Pengenalan

Jenis ‘Aerobridge’ yang digunakan di lapangan terbang Sibu ialah MSB-5.


‘Aerobridge’ MSB-5 menyediakan kemudahan untuk menaiki dan meninggalkan
pesawat, ia juga melindungi penumpang daripada hujan, angin kencang, salji, tiupan
angin kencang dari enjin atau pesawat terbang dan debu. Komponen ‘Aerobridge’
MSB-5 terdiri daripada ‘Rotunda’, ‘Tunnel’, ‘Mini-mover’, dan ‘Bridgehead’.
‘Aerobridge’ ini dikawal oleh ‘Operator Aerobridge’ yang berada di ‘Bridgehead’
dan ia boleh digerakkan dari posisi tempat disimpan ke posisi pesawat.

Sebelum melakukan operasi, operator ‘Aerobridge’ haruslah memahami


kendalian dan cara penyelengaraan ‘Aerobridge’ sepenuhnya. Kecuaian operasi dan
pengendalian yang kurang atau lemah boleh menyebabkan masalah yang tidak
diduga.

53
Rajah 4.1 : Bahagian-bahagian ‘Aerobridge’.

4.2 Perkara Yang Harus Diamalkan Untuk Mewujudkan Operasi Yang


Selamat Ketika Beroperasi:

1. Sebelum, semasa dan selepas operasi, operator ‘Aerobridge’ haruslah


memastikan tiada orang berada di jambatan dan tiada orang serta kereta
berada di apron sekeliling jambatan tersebut.

2. Operator perlu sentiasa berada dalam posisi yang betul untuk


memasukkan kunci dan menghidupkannya selepas memastikan tiada
orang dan kerendaan berada di apron dan kawasan sekeliling jambatan.

3. Operator mesti memastikan ‘Hood’ (Canopy) berada dalam keadaan


posisi yang sempurna atau dalam keadaan asal.

4. Operator haruslah mengawal tuas dengan kadar kelajuan yang beransur-


ansur dan secara perlahan-lahan.

54
5. Operator mesti sentiasa dalam posisi kawalan kelajuan tuas semasa
kawalan hidraulik sedang beroperasi. Jika operator melepaskan tuas, tuas
tersebut akan serta merta kembali kepada keadaan asal iaitu berhenti dan
akan menyebabkan pergerakan terhenti serta merta.

6. Pergerakan jambatan perlu berhenti pada jarak 50cm dari ‘Fuselage’


kapal terbang dan kepala jambatan ataupun ‘Bridgehead’ diputarkan
dengan betul supaya kepala jambatan itu akan selari dengan ‘Fuselage’
kapal terbang. Lantai jambatan perlulah dilaraskan pada posisi yang
rendah iaitu 10cm hiingga 15cm bertentangan dengan aras lantai kapal
terbang dan gerakan jambatan dengan perlahan-lahan sehingga rapat
dengan ‘Fuselage’ kapal terbang dengan sempurna.

7. Setelah ‘Fuselage’ dan lantai ‘Bridgehead’ telah bersambung dengan


sempurna, operator dilarang untuk memutarkan kepala jambatan untuk
mengelak kerosakan dari ‘Fuselage’ dan jambatan. ‘Senser Wheel of
Auto –Leveller’ akan berpindah ke posisi automatik apabila kunci suis
utama dimasukan dan setelah ‘Fuselage’ dan ‘Bridgehead’ bersambung.

8. Mengawal menaik atau menurun, kehadapan atau kebelakang tidak boleh


dan tidak sepatutnya dioperasi dengan manual apabila posisi automatik
dipilih.

9. Tayar dari peralatan memandu haruslah disimpan dalam keadaan selari


dengan tengah-tengah logitud dan tayar hendaklah dikunci dengan
‘Stopper’. Silinder lift haruslah dalam keadaan menarik kembali
sepenuhnya dan jambatan berada dalam keadaan asal bila disimpan.
10. Apabila ‘Parking’ brek longgar kerana manual operasi, tayar aerobridge
haruslah dikunci dengan ‘Stopper’ untuk mengelak sebarang pergerakan.

55
11. Apabila jambatan ditarik oleh kereta tarik, sudut lubang gandar haruslah
tidak melebihi 90° arah lawan jam dan 15° arah jam bertentangan ‘Tunnel
Centerline’.

12. Jika halaju angin melebihi 90 mph, untuk menarik kembali jambatan fan
bergerak ke posisi ‘Parking’, ‘Aerobridge’ tersebut haruslah disokong
oleh ‘Jacks’ ke dalam kedua-dua ‘Lifting Columns’.

4.3 Perlaksanaan Utama

4.3.1 Muatan

Aerobridge MSB-5 berkebolehan menahan:

Lantai(Floor) 45 lb/sq.ft
Atap(Roof) 12 lb/sq.ft
Kelajuan Angin 70mph

4.3.2 Kelajuan Dan Lain-lain

Jadual 4.1 : Jadual kebolehan operasi Aerobridge MSB-5

56
No. Jenis Operasi Kebolehan
1 Pergerakan kawalan utama Sekitar 0 hingga 1.8 ft./s
2 Paras kelajuan automatik Kurang daripada 1 inch/s
3 Kepala jambatan ‘Bridgehead’ Sekitar 5º/s
4 Kemudian gandar roda Sekitar 8º/s
5 Ketinggian kepala jambatan 2.0m hingga 5.5m
6 Sudut kemudian batang roda gandar -90º lawan arah jam
-15º arah jam
7 Pusingan sudut jambatan -60 lawan arah jam
-15 arah jam
8 Panjang jambatan (dari ‘Rotunda Center’ Jenis A- Maksimum 27600mm
hingga ‘Point of Head’) Minimum 18870mm
Jenis B- Maksimum 25230mm
Minimum 18145mm

4.4 Sistem Hidraulik

Sistem hidraulik menyediakan dua pam hidraulik, dua ‘lifting cylinder’, satu
‘Steering Cylinder’, satu motor hidraulik, injap solenoid dan sebagainya. Ia
berkebolehan dalam pergerakan ‘Lifting, ‘Running’ dan Steering. Semua pergerakan
ini dikawal oleh kuasa elektrik. Suis untuk menghidupkan bekalan kuasa elektrik ini
berada di stesen kawalan.

4.4.1 Lokasi Alatan Hidraulik Yang Digunakan Pada Aerobridge

Lokasi alatan hidraulik pada ‘Aerobridge’ adalah:

i. Unit Kawalan Kuasa (Power Unit)

57
- Unit Kawalan Kuasa mengandungi ‘Manifold Block’, injap
solenoid, injap ganti dan injap kawalan aliran, berkedudukan
diatas rangka tangki

ii. Pam Hidraulik dan Motor Elektrik


- Pam Hidraulik dan Motor Elektrik disambung oleh perangkai
rantai yang berada di tepi rangka tangki.

iii. Tangki Minyak


- Rangka bawah mampu menampung 210 liter minyak dan
digunakan untuk menyalur minyak ke Tangki Minyak dan ‘Frame
Member’.

iv. Unit Kawalan Kelajuan.


- Unit kawalan kelajuan mengandungi kawalan pam, kawalan
silinder, injap kawalan aliran dan injap solenoid.
- Kawalan kelajuan tuas bersambung dengan kawalan pam didalam
stesen kawalan melalui link
- Kawalan silinder dan injap kawalan aliran berkedudukan diatas
tangki.

v. ‘Lifting Cylinder’
- Dua ‘Lifting Cylinder’ disediakan untuk memeriksa injap-injap
yang berada ditepi pengerak rangka.

vi. Kemudian Silinder(Steering Cylinder)


- ‘Lifting Cylinder’ terletak dibawah rangka tangki.

vii. Motor HIdraulik


- Motor hidraulik bergabung dengan unit-unit gear yang berbeza.

58
Rajah 4.2 : Lokasi hidraulik pada ‘Aerobridge’.

4.5 Penyenggaraan

4.5.1 Pengenalan

59
Untuk mendapat jangka hayat yang panjang dan perlaksanaan yang terbaik
pada ‘aerobridge’, penyenggaraan termasuk:

1. Penyemakan (Inspection)

2. Pelinciran (Lubrication)

3. Penyesuaian (Adjustment)

4. Pembersihan (Cleaning)

5. Mengecat (Painting)

Perkara diatas haruslah selalu dilakukan bertepatan dan selaras dengan arahan
yang diberikan. Pemeriksaan harian, bulanan, setiap 3 bulan dan tahunan perlulah
dilakukan oleh pengendali ‘Aerobridge’ yang telah ditugaskan dalam hal ini. Segala
masalah peyengaraan perlulah mendapat tindakan daripada orang yang terlatih dan
berpengalaman sahaja.

4.5.2 Langkah-langkah Pencegahan Yang Perlu Diambil Kira

i. Hanya orang ataupun pengendali yang berkelayakan (di iktiraf) sahaja


yang boleh mengendali ‘Aerobridge’ tersebut.

60
ii. Orang yang mengendali ‘Aerobridge’ tidak dibenarkan menambah
kelajuan ‘Aerobridge’ secara mengejut ataupun mendadak.

iii. Pastikan ‘Bridgehead Front Shutter’ selalu ditutup apabila jambatan


sedang disimpan ataupun tidak digunakan.

iv. Rendahkan jambatan kepada kerendahan yang maksimum apabila


jambatan disimpan ataupun tidak digunakan.

v. Sentiasa tarik kembali jambatan sehingga kepanjangan yang minimum


apabila jambatan disimpan ataupun tidak digunakan.

vi. Penyenggaraan, penyemakan, pembaikian, pembaikpulih, dan segala


penukaran haruslah dilakukan oleh orang yang berkemahiran sahaja.

vii. Minyak atau gris yang digunakan tidak boleh bercampur dengan benda
asing seperti air, debu dan lain-lain yang berkaitan.

viii. Bersihkan sebarang debu, kotoran dan sebarang mendapan.

ix. Gunakan peralatan yang mengikut dan yang telah ditetapkan oleh piawai.

4.5.3 Penyemakan

Pemeriksaan ke atas unit dan komponen yang tersendiri harus cekap


dilakukan mengikut rutinnya. Pencegah penyenggaran, penyemakan dan
pemeriksaan haruslah dilakukan mengikut rutin nya iaitu harian, bulanan, setiap 3

61
bulan dan setiap 1 tahun untuk mendapat keadaan operasi ‘Aerobridge’ tersebut
dalam keadaan yang maksima dan terbaik.

Contoh jadual penyemakan dan pemeriksaaan penyenggaraan dilampiran di


lampiran B pada muka surat 113 (sampel sebenar tidak dapat dikeluarkan dari luar
Malaysian Airport Berhad kerana hal ini adalah sulit).

4.5.4 Pelinciran

Untuk mendapat jangka hayat dan perlaksanaan yang terbaik pada


‘Aerobridge’, pelinciran haruslah dilakukan dengan serius selaras dengan jadual
pelinciran.

4.5.4.1 Langkah-langkah Pencegahan Yang Diambil Kira:

i. Pelinciran haruslah dilakukan oleh juruteknik yang berkelayakan sahaja.


ii. Juruteknik tidak dibenarkan melakukan pelinciran secara melampau.
Pelinciran yang melampau akan mengalakkan debu atau pasir melekat

62
pada bahagian yang dilincir dengan berlebihan dan akan menyebabkan
‘scording’.

iii. Semasa penukaran minyak haruslah berjaga-jaga untuk mengelakkan


benda asing masuk semasa penukaran minyak.

4.6 Proses Kerja Yang Dilakukan (Kerja Penyelenggaraan ‘Cable Canopy


Aerobridge’).

4.6.1 Pengenalan

Membaiki ‘Cable Canopy Aerobridge’ merupakan salah satu kerja


penyenggaraan ‘Aerobridge’. ‘Cable Canopy’ merupakan salah satu komponen yang
terdapat dalam ‘Aerobridge’ yang mempunyai fungsi untuk menaikan dan
menurunkan’Hood’(Canopy).

Semasa latihan industri ini, saya berpeluang mengambil pengalaman untuk


membaiki ‘Cable Canopy Aerobridge’ di ‘Aerobridge BAY No 2’. Semasa
melakukan kerja ini, saya dibimbing oleh juruteknik dari “Shift B”. Mereka
memberi tunjuk ajar mengenai cara menukar ‘Cable Canopy’ yang terputus. ‘Cable
Canopy’ dapat dibaiki dan digunakan seperti biasa dan tidak ada aduan mengenai
‘Cable Canopy’.

4.6.2 Langkah-langkah Kerja

63
i. Notifikasi dikeluarkan oleh DO(Duty Officer)mengenai aduan
terhadap “Cable Canopy Aerobridge”. Notifikasi diberikan kepada
juruteknik yang bertugas.

ii. Peralatan yang diperlukan disediakan.

Rajah 4.3 : Rajah menunjukan pekerja sedang membuka syiling ‘Aerobridge’.

iii. Setelah sampai ke tempat tersebut, buka syilling ‘Aerobridge’ yang


berada di “Bridge Head”dan bawa tangga ke hadapan “Bridge Head”.

64
Rajah 4.4 : Anak panah menunjukan kabel yang rosak dan perlu di tarik keluar.

iv. Kabel ‘Canopy’ yang putus ditarik dari dalam sehingga habis.

Rajah 4.5 : Kerja pemasangan kabel yang baru.

v. Kabel yang baru dimasuk kan dari luar ‘Canopy’, kabel yang di ikat
dari luar akan disambungkan ke ‘Roller’.

65
Rajah 4.6 : Kabel yang telah di pasang.

vi. Setelah kedua-dua hujung disambung, butang ‘Canopy’ masuk


ditekan untuk menaikkan ‘Canopy’ ke keadaan asal supaya wayar
kabel dapat digulungkan.

vii. Keadaan ‘Canopy Aerobridge’ diperiksa samada ia berfungsi dengan


baik atau sebaliknya.

viii. ‘House Keeping’ dilakukan dan kesemua peralatan disimpan ke


tempat yang asal setelah segalanya selesai dan kerja pembaikan telah
berjaya.

ix. Kerja membaiki kabel ‘Canopy Aerobridge’ selesai. Notis Nofikasi


ditutup dan diserahkan kepada pihak pengurusan Lapangan Terbang
Sibu untuk tindakan selanjutnya.

66
4.7 Komen Dan Cadangan

Pada pandangan saya, kerja membaik pulih ‘Aerobridge’ haruslah dilakukan


dalam masa yang sesuai seperti masa pengunaan ‘Aerobridge’ tidak digunakan. Hal
ini adalah kerana ia tidak menganggu proses pengunaan ‘Aerobridge’. Selain
daripada itu pihak yang bertugas untuk memantau kerosakan haruslah ditugaskan
untuk memantau kemungkinan kerosakan supaya kerosakan dapat dibendung lebih
awal dan akan menjimatkan kos untuk membaik pulih.

4.8 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, penyelengaraan haruslah dilakukan mengikut jadual


yang ditetapkan supaya menjamin jangka hayat dan kesalamatan pengguna.
Kerosakan haruslah diambil tindakan secepat yang mungkin supaya tidak
menganggu operasi pengunaan ‘Aerobridge’. Ini juga akan mengelakkan sebarang
aduan dari pihak pengguna.

Setelah mempelajari dan mengikut penyelia membaiki kerosakan dalam


‘Aerobridge’ ini saya secara tidak langsung mengetahui serba sedikit cara
menyelengara dan membaiki ‘Aerobridge’ serta setiap komponen dalam aerobridge.
Melalui proses kerja mengantikan kabel ‘Canopy’ ini, saya telah dapat menimba
pengalaman baru dan dapat saya aplikasikan pengunaan dan juga manfaat yang saya
perolehi pada masa akan datang mahupun ketika berada di politeknik.

67

Anda mungkin juga menyukai