Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU BARIAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU Kod Sekolah : TBB 3090

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2013


Tarikh Masa Tempat Kehadiran : : : : 20 Disember 2012 (Khamis) 10:30 pagi Bilik Tayangan Semua ahli hadir kecuali (i) Puan Ayu Salina Binti Mohamed Zain

Bersebab

LAPORAN Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Che Mat Shafie Bin Mat Rosidi selaku setiausaha panitia matematik 2013 bagi mewakilkan bagi pihak pengerusi 2013 yang tidak dapat hadir kerana hal kecemasan.

(1) Ucapan aluan Pengerusi Majlis. (1.1) Encik Che Mat Shafie Bin Mat Rosidi, selaku wakil pengerusi Panitia Matematik memulakan mesyuarat dengan bacaan Al Fatihah dan berharap agar perjalanan mesyuarat pada hari ini lancar dan menghasilkan pelbagai idea dan keputusan yang bermutu agar prestasi bagi mata pelajaran matematik pada tahun 2013 nanti akan lebih cemerlang dan berlaku peningkatan yang memberangsangkan. Encik Mat juga turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua ahli di atas segala kerja buat dan penat jerih yang dicurahkan pada tahun 2012 yang lalu dalam memastikan kejayaan anak murid di dalam mata pelajaran matematik khasnya, dan meneruskan kecemerlangan tersebut pada tahun 2013 nanti. Tindakan : Semua ahli

(1.2)

(2) Ucapan Puan Penolong Kanan Kurikulum (2.1) Puan Zaibidah Binti Yusof selaku PK1, membuka bicara dengan turut menyampaikan ucapan penghargaan ke atas semua usaha dan penat lelah semua ahli pada tahun 2012 dan berharap agar segala usaha tersebut diteruskan dan ditambahbaik pada tahun 2013 nanti. Puan PK1 turut memperkatakan tentang tranformasi di dalam bidang pendidikan yang sedang giat berlaku dan mengharapkan agar semua ahli dapat melengkapkan diri dan bersedia menghadapi sebarang perubahan di dalam kurikulum agar hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi gemilang dapat direalisasikan. Beliau turut menggalakkan semua ahli panitia untuk menghasilkan seminimum satu kajian tindakan setiap tahun yang mana berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi guru ketika penyampaian Pembelajaran dan Pengajaran di dalam kelas agar penyelesaian mengikut kaedah yang tepat

(2.2)

(2.3)

(2.4)

dan terarah bagi setiap permasalahan dapat dihasilkan serta didokumentasikan. Ini akan turut membantu dan dijadikan rujukan kepada rakan ahli yang lain. Beliau juga melahirkan hasrat untuk melihat keupayaan murid di dalam mata pelajaran matematik terus meningkat dan menjadikan subjek ini sebagai salah satu matapelajaran yang membolehkan murid memperolehi gred A dengan mudah di dalam peperiksaan OTI dan UPSR 2013 nanti. Tindakan : Semua ahli

(3) Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu. (3.1) (3.2) En. Mat meminta semua ahli meneliti minit mesyuarat yang lalu dan menyuarakan sebarang perkara berbangkit untuk di beri perhatian. Semua ahli bersetuju dengan laporan minit mesyuarat dan tiada sebarang perkara berbangkit diutarakan. Minit yang lalu dicadang untuk disahkan oleh Encik Shahrul dan disokong oleh Puan Saieda. Tindakan : Semua ahli

(4) Perancangan Aktiviti Tahun 2013 (4.1) Mesyuarat turut membincangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada 2013 dan dan telah sepakat untuk meneruskan aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2012 seperti bulan matematik, mengemaskini dan menceriakan sudut matematik dan program sifir. Puan PK1 memaklumkan bahawa pada tahun 2013, Bulan Matematik telah ditetapkan pada bulan Mei dan meminta semua ahli bersedia untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik bagi menghidupkan bulan tersebut dan dapat menarik minat murid terhadap program yang bakal dijalankan. Puan PK1 juga turut mengingatkan untuk memaklumkan kepada Pengerusi Panitia, Puan Ayu Salina serta S/U untuk menyiapkan Pelan Taktikal dan Strategik 2013 untuk diserahkan kepada pentadbir secepat yang mungkin. Tindakan : Pengerusi, S/U dan semua ahli

(4.2)

(4.3)

(5) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (5.1) En. Mat memaklumkan kepada mesyuarat bahawa Encik Abdullah merupakan guru yang telah dilantik sekolah serta telah menghadiri kursus KSSR bagi matapelajaran matematik Tahun 3 dan meminta Encik Abdullah membentang kepada semua ahli tentang pengisian kurikulum dan sebarang maklumat dan hebahan terkini yang diperolehi semasa kursus tersebut . Encik Abdullah telah membentangkan dengan jelas tentang kandungan kurikulum KSSR Matematik Tahun 3 dan semua ahli telah mendapat pemahaman yang jelas. Puan PK1 mengingatkan sekali lagi bahawa setiap bahan yang diperolehi semasa berkursus hendaklah dibuat salinan oleh guru-guru yang menghadirinya dan menyerahkan salinan yang asal kepada beliau sebagai simpanan sekolah. Tindakan : Semua ahli

(5.2)

(5.3)

(6) Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) (6.1) Puan Saieda memaklumkan bahawa saringan 1 (kohort 4), saringan 4(kohort 3) dan saringan 7 (kohort 2) akan dijalankan mengikut arahan jabatan dari masa ke semasa mengikut jadual yang bakal dibekalkan nanti. Puan PK1 amat berharap agar guru-guru dapat sedaya upaya membantu murid-murid yang bermasalah di dalam subjek matematik agar tidak terus ketinggalan jauh daripada rakan sebaya yang lain. Turut dimohon agar guru menjadi lebih kreatif di dalam memikirkan dan melaksanakan P&P agar pengajaran yang disampaikan berkesan dan bermakna sekaligus membantu murid-murid yang lemah ini menguasai pelajaran. Tindakan : Guru-guru LINUS

(6.2)

(7) Program I-Think (7.1) Sejajar dengan pelantikan SK Tengku Bariah sebagai Rintis Fasa-2 program i-THINK, adalah diingatkan kepada semua guru untuk menggunakan pengetahuan yang diperolehi semasa berkursus baru-baru ini untuk memperkenalkan i-THINK kepada para murid. Puan PK1 meminta agar guru menjadi lebih kreatif dan menerima bahawa idea pendekatan i-THINK merentasi kurikulum sebenarnya bukan untuk menyusahkan, malahan membantu guru-guru mengajar dan seterusnya menjana daya kreativiti dan pemahaman murid dengan lebih berkesan dan bermakna. Puan Nurulhuda mencadangkan agar pihak Panitia menetapkan satu hari bagi semua ahli membina serta mendokumentasikan contoh-contoh peta pemikiran yang bersesuaian dan relevan dengan topik-topik yang terdapat di dalam Huraian Sukatan Matematik mengikut tahun seperti mana yang telah dilihat semasa lawatan ke SK Pusat Bukit Besar baru-baru ini. Cadangan dipersetujui, dan En Mat akan memaklumkan tarikh tersebut setelah berbincang dengan Puan Pengerusi. Tindakan : Semua ahli

(7.2)

(7.2)

(7.3)

(8) Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian (8.1) En. Mat memaklumkan bahawa penulisan Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah dimasukkan tarikh pada ruangan minggu seperti mana yang diputuskan ketika mesyuarat guru kelmarin. Encik Abdullah mengutarakan kebimbangan beliau terhadap ketiadaan contoh RPT di internet bagi tahun 3 dan 5 kerana KSSR kerana adalah tahun yang pertama bagi tahun 3 dan dialih bahasa bagi tahun 5 untuk dijadikan rujukan. Puan Nurulhuda memberi respon dan berjanji untuk membantu bagi mendapatkannya dari sumber-sumber yang lain dan akan berkongsi dengan ahli-ahli yang lain secepat yang mungkin. Mesyuarat bersetuju agar corak penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dikekalkan sepertimana tahun-tahun sudah dan kepada mana-mana ahli yang kurang arif, boleh merujuk kepada rakan-rakan yang lain. Tindakan : Semua ahli

(8.2)

(8.3)

(9) Hal-Hal Lain (9.1) Puan Saieda meminta agar Panitia menyediakan laminating film untuk digunakan oleh semua ahli bagi menyediakan Alat Bantu Mengajar yang lebih lama bertahan. Tindakan : Pengerusi dan Pentadbir Encik Abdullah mencadangkan agar diadakan satu tabung bagi Panitia Matematik sebanyak RM10 sebulan agar aktiviti yang bakal dijalankan dapat diteruskan tanpa sebarang kengkangan kewangan. Respon : Semua ahli bersetuju Tindakan : Semua ahli dan S/U selaku bendahari

(9.2)

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:00 tengah hari.

Disediakan oleh,

. (PUAN NURULHUDA JAAFAR) S/U Panitia Matematik 2013, SK Tengku Bariah, K. Terengganu s.k : Fail Panitia GPK pengurusan Semua ahli

Anda mungkin juga menyukai