Anda di halaman 1dari 3

refleksi bina insan guru MOHD NOR IZWAN BIN SULAIMAN PISMP PJ IPGM KKB AMBILAN JAN 2008

861118-35-5865

KLINIK BADANG 22.10.2009 KHAMIS Pertama kali menjejakkan kaki ke sana setelah sekian lama tidak bersama guru-guru pelatih dalam program yang dinamakan Bina Insan Guru (BIG). Untuk BIG kali ini (siri 4 2009), guru-guru pelatih yang terlibat ialah dari PISMP PJ 1 dan PJ 2 Ambilan Jan 2008. Seronok dapat menjalankan aktiviti bersama guru-guru pelatih yang sungguh kreatif dan bersemangat. Dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah

sesuatu yang mudah. Oleh itu, setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan manjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan terhadap teknologi terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang guru perlulah sentiasa up to date dengan mengamalakan adab -adab yang terpelihara. Saya sebagai seorang guru pada masa hadapan dapt mempelajari pelbagai aspek pengalaman dengan adanya Program BIna Insan Guru ini. Terima kasih tidah\k terhingga kepada En. Wan Suhaimi B. Wan Setapa yang banyak membimbing saya sebagai pelajar di IPGM Kampus Kota Bharu ini. Tanpa tutor sehebat beliau siapalah saya dan terima kasih juga kepada En. Khairul Azman bin Khairuddin sebagai tutor kedua kelas saya yang menjadi tonggak utama penyuntik semangat kepada saya dan rakan sekelas. Setiap aktiviti dalam Program Khidmat Masyarakat yang telah di

jalankan di Klinik Badang, Kota Bharu telah menyedarkan saya sebagai seorang guru yang perlu menyedari apakah itu tugas sebenar sebagai seorang guru kelas pertama yang bukan tugasnya hanya meliputi tugas pengajaran dalam kelas sahaja. Kesedaran kepada saya perlu terbit dalam diri di samping tanggungjawab yang amat pentig perlu

ada dalam diri saya sebagai seorang pendidik yang akan mendidik pelajar saya menjadi seorang insane yang Berjaya dalam kehidupannya. Sepanjang Program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri pelatih yang mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain membersih kawasan klinik tersebut. Persiapan sebelum program berlansung juga dilakukan bersama-sama sehinggalah berakhirnya program itu. Saya sebagai seorang guru sanggup membuang perasaan malu saya dengan berjumpa masyarakat setempat dan melakukan kerja pembersihan di sepanjang kawasan klinik tersebut. Tiada kata pengeluhan atau kata tidak yang keluar dari mulut saya, tetapi apa yang ada hanyalah saya boleh, saya boleh melakukannya. Bukan sahaja mengutip

sampah dikawasan dalam dan luar klinik saya dan rakan sekelas lakukan tetapi termasuklah mencuci tandas, mengelap tinggap, memotong rumput, mengemop lantai, penyediaan makanan dan sebagainya. Setiap aktiviti yang dilakukan saya rasa itu masih belum mencukupi bagi program ini. Dan saya rasa Program Bina Insan Guru ini perlu dijalankan lebih ekstrim untuk membentuk satu modal insan guru yang mampu mengharungi pendidikan di masa hadapan. Sebagai seorang guru saya tidak akan mengeluh jika saya di minta melakukan tugas seumpama ini. Saya tidak akan malu melakukan tugas ini, saya tidak akan menyesal melakukan tugas ini dan apa yang akan keluar dari mulut saya hanyalah saya boleh, saya boleh dan saya akan melakukan tugas-tugas seumpama ini. Dalam pemikiran saya apabila posting nanti mungkin saya akan di hantar mengajar di kawasan pendalaman yang mempunyai kawasan yang kurang bersih dan di situlah tugas saya yang akan menyedarkan orang kampung tentang apakah pentingnya kebesihan itu. Saya akan menganjurkan pelbagai program seperti gotong-royong dan sebagainya. Bagi saya tiada apa yang mampu mengancam semangat saya sebagai seorang guru pelatih yang akan keluar dari IPGM Kampus Kota Baru ini dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menjadi seorang guru yang Berjaya membawa anak murid ke jalan kejayaan bukan sahaja dalam bidang pendidikan korikulum dan kokurikulum tapi termasuklah membentuk modal insan yang mempunyai jasmani, emosi, rohani, intelek, social yang menjadi rakyat Malaysia satu suara dan satu semangat yang mampu menggoncang Negara lain dalam semua bidang. Saya juga amat berbangga kepada pegawai Bina Insan Guru ini En Zainol Bin Zakaria yang banyak memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berguna kepada

saya dalam meningkatkan keupayaan diri dalam pembentukkan menjadi seorang guru yang berguna pada masa hadapan. Cuma saya masih lagi mempunyai kelemahan dalam perhubungan sosial bersama staf-staf klinik tersebut yang terdiri dari kaum hawa. Tetapi saya telah cuba sedaya upaya meningkatkan dan mempelajari bagaimana meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan mereka. Dalam program ini kami juga tidak meninggalkan perkara wajib yang harus dilakukan iaitu solat zohor berjemaah. Kami telah pergi ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat zohor berjemaah. Program pada hari ini telah ditutup dengan kehadiran En Lazim pegawai dari Hal Ehwal Pelajar IPGM kampus Kota Bharu. Ucapan terima kasih tidak terhingga juga kepada En Che Kamaruddin yang telah membantu saya dan pelajar lain untuk perhubungan dengan pihak pengurusan Klinik Badang. Program seumpama ini harus dijalankan

kerana memberi terlampau banyak manfaat kepada guru pelatih IPGM Kampus Kota Bharu untuk keluar sebagai seorang bakal pendidik yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai