Anda di halaman 1dari 17

PEMBANGUNAN WAKAF PENDIDIKAN DI MALAYSIA DEVELOPMENT OF WAQFS FOR EDUCATION IN MALAYSIA

Syed Mohd. Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa1


Pusat Siswazah Perniagaan (Graduate School of Business), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Felo Kanan Bersekutu di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia

137

Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010

PEMBANGUNAN WAKAF PENDIDIKAN DI MALAYSIA DEVELOPMENT OF WAQFS FOR EDUCATION IN MALAYSIA


Syed Mohd. Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa*2

ABSTRAK Wakaf adalah amalan mulia yang sangat di galakkan oleh Islam. Sebagai salah satu mekanisme kebajikan, wakaf agak unik berbanding dengan sedekah, hadiah dan derma kerana harta yang diwakafkan itu akan di tahan ia itu tidak dihabiskan tetapi sebaliknya apa-apa manfaat atau pulangan daripada penggunaan harta wakaf itu boleh dibelanjankan. Bermula dengan amalan wakaf harta tetap secara langsung, dewasa ini perkembangan wakaf adalah dalam bentuk wakaf tunai dan daripada tunai inilah sebahagiannya dimanfaatkan untuk pembangunan atau pembelian hartanah atau harta lain dan sebahagian pula akan dilaburkan dalam pasaran kewangan. Mengambil iktibar daripada sejarah amalan wakaf di dalam tamaddun Islam serta amalan endowmen di dunia Barat, mekanisme atau kaedah wakaf tunai (aset cair) dalam berbagai aplikasi atau produk perlu dilaksanakan dengan segera. Pembangunan ini dapat dipercepatkan melalui badan khas diperingkat negeri dan kebangsaan dengan mengambil pelajaran daripada perkembangan institusi-institusi zakat. Penulis membuat saranan akan beberapa produk wakaf pendidikan yang berpotensi. ABSTRACT Waqf (Islamic Endowment) is an act of virtue, highly encouraged in Islam. As one of the mechanism for welfare, waqf is unique in that the asset that has been given as waqf is not spent or expensed but rather the asset is maintained or held in kind but any benefits, financial or otherwise, that is able to be derived from it can be used, expensed or consumned. In contrast, any gifts or donations received can be spent directly. With its beginnings more in the form of fixed assets, current trends of waqf are in the form of cash. Through cash collected, a portion will be used to develop or purchase landed properties or fixed assets and another portion will be invested in financial markets. From the traditions of Islamic history and also the development of endowment in the West, it is an important and necessary effort that waqf in the form of cash (liquied assets) be urgently applied in various applications. Taking the que from the institutions of zakat, this development of cash waqf can be expedited through the formation of formal organisations at the state and federal level. The writer makes some suggestions as to the potential products of waqf for education. Katakunci: Wakaf, sedekah jariah, aset cair, pemegang amanah.

*Penulis adalah Prof Madya di Pusat Siswazah Perniagaan (Graduate School of Business), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Felo Kanan Bersekutu di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kertas kerja ini dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa ke 7: Epistemologi Tauhid Ekonomi Zakat dan Wakaf di ILIM Bangi, Selangor, Malaysia.

138

PEMBANGUNAN WAKAF PENDIDIKAN DI MALAYSIA DEVELOPMENT OF WAQFS FOR EDUCATION IN MALAYSIA Syed Mohd. Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa

Pengenalan Diantara amalan terpuji lagi mulia anjuran Islam terhadap pemilik harta adalah untuk menginfakkan harta tersebut untuk kebaikan, iaitu di jalan Allah (infaq fi sabilillah )3. Berinfak yang wajib adalah Zakat. Salah satu kaedah berinfaq sunnat pula adalah Sadaqah Jariah. Amalan bersedekah jariah ini amat digalakan kerana manfaatnya (dan pahalanya) adalah berpanjangan kerana harta dan nilai prinsipal yang disedekahkan itu akan kekal tetapi manfaat atau pulangan dari harta itu akan digunakan untuk tujuan kebajikan. Ini berbeza dengan sedekah biasa dimana harta yang di sedekahkan itu akan turut dibelanjakan tetapi pahala pihak bersedekah ini tetap diperolehi. Sadaqah Jariah juga disebut sebagai WAKAF dalam erti kata bahan yang disedekah itu ditahan dan hanya manfaatnya di gunakan. Apabila seseorang itu berniat mewakafkan sesuatu harta, maka dari awal lagi harta itu pasti akan dikekalkan. Di bawah Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, wakaf dimasukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri dan dikecualikan dari peruntukan Kanun Tanah Negara. Secara tradisinya wakaf di Malaysia adalah didalam bentuk tanah, masjid dan surau serta sekolah agama dan peralatannya sekali. Dewasa ini usaha sedang giat dilakukan untuk membangunkan tanah wakaf am yang mempunyai potensi pembangunan. Kerajaan Pusat, dalam usaha memakmurkan amalan Wakaf, telah menubuhkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bagi membantu usaha peringkat negeri. Dari dana yang disalurkan melalui JAWHAR beberapa projek pembangunan telah mula dilaksanakan. Disamping itu sebuah Yayasan Wakaf Kebangsaan telah juga ditubuhkan hasil penggembelingan Majlis Agama Islam Negeri dengan JAWHAR. Projek atau produk pertama Yayasan ini adalah Wakaf Tunai. Pembangunan Wakaf di peringkat negeri-negeri telah mula mengorak langkah bagi membangunkan projek Wakaf. Beberapa usaha baru yang ketara oleh pihak Negeri dalam urusan Wakaf adalah dengan melancarkan Saham Wakaf. Unit Wakaf telah diperbesarkan dan kaedah utama yang telah dilancarkan adalah Saham Wakaf. Wang tunai yang dikumpulkan melalui program Saham Wakaf ini telah dimanfaatkan untuk membeli hartanah dan projek lain yang diluluskan. Walaupun menampakkan perkembangan, namun perkembangannya wajar dipertingkatkan kerana pada kadar perkembangan yang ada, sesuatu matlamat untuk memperkasakan wakaf di dalam sektor ketiga Ekonomi Islam juga tidak ketara. Pembangunan sektor ketiga melalui program wakaf adalah sangat penting bagi mewujudkan mekanisme penjanaan dana yang bersifat lestari serta melibatkan hampir seluruh warga masyarakat. Infrastruktur kebajikan amat perlu diusahakan dengan segera agar amalan infaq ini dipupuk dan akhirnya menjadi suatu Budaya Masyarakat dan
3

Muhammad Abdul Munim Al-Jammal (2000). Ensiklopedia Ekonomi Islam, Jilid 1 (Terj). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ms 239

139

Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010

natijahnya adalah mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT. Selain peruntukan daripada pihak Kerajaan, usaha untuk mempelbagaikan sumber dana bagi projek dan program yang melibatkan kepentingan awam adalah sangat penting. Pembangunan agensi Wakaf peringkat negeri-negeri insyaAllah akan dapat mengembangkan fungsi Sektor Kebajikan (Ijtimai) dalam negara, seiring dengan kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh Sektor Kerajaan (Siasi) dan Sektor Perdagangan (Tijari)4. Beza dan uniknya Sektor Kebajikan dalam Islam berbanding ekonomi semasa ialah Sektor Kebajikan Islam adalah bersifat lestari (self sustaining) dan memerlukan kepada pengurusan harta-harta yang tiada pemilik iaitu harta wakaf. Potensi Pembangunan Berasaskan Wakaf Asas kepada Wakaf adalah bersumberkan hadis Nabi Muhammad saw (maksudnya): Apabila mati sahaja seseorang anak Adam (manusia) maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah (Wakaf), ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak soleh yang mendoakan kebaikan kepada ibu bapanya. (Riwayat Muslim) Di dalam kitab Tanbihul Ghafilin oleh Abullaits Assamarqandi ada dihuraikan lagi aktiviti yang memberi kesan manfaat dan pahala yang berpanjangan seperti berikut: Yazid Arraqqasyi meriwayatkan dari Anas r.a. berkata: Tujuh macam yang dapat diterima pahala sampai sesudah matinya: 1. Siapa yang membangun masjid maka ia tetap mendapat pahalanya selama ada orang sembahyang di dalamnya. 2. Siapa mengalirkan air sungai, selama ada yang minum daripadanya. 3. Siapa yang menulis mushaf ia mendapat pahala selama ada orang yang membacanya. 4. Orang yang menggali sumur (perigi) selama masih ada orang mempergunakan airnya. 5. Siapa yang menanam tanaman selama dimakan oleh manusia atau burung. 6. Siapa yang mengajar ilmu yang berguna, selama dikerjakan oleh orang yang mempelajari. 7. Orang yang meninggalkan anak salih mendoakan dan membaca istighfar baginya; yakni jika mendapat anak lalu diajari ilmu dan Al-Quran, maka ayahnya akan mendapat pahalanya selama anak itu melakukan ajaran-ajarannya, tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri; sebaliknya jika dibiasakan berbuat lacur fasik maka ia mendapat dosanya tanpa mengurangi dosa orang yang berbuat sendiri. Asas dan huraian Wakaf di atas dapat menjelaskan bahawa amalan soleh yang utama adalah yang mempunyai kesinambungan manfaat dan pahalanya pula akan berterusan selama mana harta wakaf itu masih dimanfaatkan. Ada harta yang menjangkau tempoh yang amat lama maka pahala itu berterusan selama mana penderma itu masih hidup (di dunia) sehingga selepas dia mati (Akhirat).
4

M. Umer Chapra (1985). Foundation.

Towards A Just Monetary System. London: The Islamic

140

PEMBANGUNAN WAKAF PENDIDIKAN DI MALAYSIA DEVELOPMENT OF WAQFS FOR EDUCATION IN MALAYSIA Syed Mohd. Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa

Dari huraian hadis di atas, dapat diambil contoh akan aktiviti berasaskan wakaf dimana: i) ii) ada barangan atau aset atau sesuatu yang di wakafkan barangan itu dimanfaatkan secara berterusan

Antara contoh aktiviti wakaf dari hadis di atas adalah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pembangunan Masjid dan juga tempat beribadat Projek saliran air sungai Penulisan mushaf, kitab-kitab yang bermanfaat dan aktiviti pembacaan Pembekalan air perigi, air paip dan seumpamanya Pembangunan pertanian Program pendidikan ilmu yang berguna dan diamalkan Progam pembangunan keluarga bahagia teladan

Jelas bahawa program wakaf amat luas dan tidak terbatas kepada projek keagamaan semata-mata tetapi meluas kepada apa-apa aktiviti yag menepati amal yang soleh dan berkepentingan awam. Boleh disimpulkan bahawa aktiviti baik yang berterusan dan mendatangkan manfaat kepada pihak lain adalah dalam ruang lingkup wakaf atau sadaqah jariah. Maka salah satu keperluan yang sangat penting untuk diketengahkan adalah keperluan dana yang mampan untuk agenda pendidikan. Di Malaysia, umumnya terdapat tiga aliran utama dalam persekolahan: sekolah kendalian kerajaan Persekutuan/Negeri; sekolah aliran agama kendalian Majlis Agama Islam Negeri dan sekolah kendalian persendirian (swasta). Setiap tahun para ibu bapa dikehendaki untuk membayar dan menyumbang sejumlah wang untuk menampung keperluan operasi sekolah terutama yang melibatkan program kecemerlangan akademik. Bagi sekolah-sekolah swasta yang menawarkan kurikulum elit dan mengenakan yuran yang tinggi, mungkin sumber kewangan mereka adalah kukuh. Namun bagi majoriti sekolah, terutama yang menawarkan kurikulum aliran agama Islam, keperluan kewangan merupakan diantara agenda yang besar bagi pentadbiran sekolah. Pelbagai usaha terus dilakukan baik oleh pihak sekolah mahupun badan seperti PIBG untuk menampung keperluan kewangan. Dalam konteks pendidikan sekolah, amalan kaedah wakaf dapat memenuhi tiga keperluan utama: 1. Pembangunan sekolah dan kemudahannya 2. Menampung kos operasi 3. Aktiviti kecemerlangan akademik, sahsiah dan kepimpinan Secara tradisinya usaha bagi mendapatkan dana pembangunan adalah daripada peruntukan kerajaan atau daripada sumbangan awam melalui kaedah wakaf. Bagi sekolah yang mendapat bantuan kerajaan, bantuan ini akan meliputi kos operasi juga. 141

Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010

Bagi sekolah lain, sumber kewangan yang utama datang daripada pelbagai yuran dan usaha mendapatkan sumbangan dan derma. Dana yang terkumpul ini tidak menggunakan kaedah wakaf dan dana ini terus dibelanjakan. Melalui kaedah pengumpulan dana berbentuk derma ini adakalanya berjaya mengumpul nilai yang besar dan adakalnya tidak. Maka model penjanaan dana ini tidak stabil. Islam sangat menggalakkan umatnya berinfak tetapi perlu ada kebijaksanaan di dalam memilih kaedah-kaedah yang dapat menjamin kestabilan jangk panjang. Dalam jangka panjang, kaedah wakaf di lihat amat relevan dan bersesuaian. Amalan Wakaf Dalam Kehidupan Seharian Kemuncak pada gagasan Wakaf adalah pada zaman Khilafiah Uthmaniyyah. Satu kajian oleh Razali Othman (2005)5, menyingkapkan kehebatan amalan Wakaf seperti berikut: Seseorang dilahirkan dalam rumah yang diWakafkan, tidur dalam buaian yang diWakafkan, membaca buku-buku yang diWakafkan, mengajar dalam sekolah yang diWakafkan, menerima gaji dari pentadbiran Wakaf, dan akhirnya bila ia mati kelak, urusan jenazahnya adalah atas pentadbiran Wakaf dan ia dikuburkan dalam tanah perkuburan Wakaf. Istanbul, dalam tahun 1576, merupakan manifestasi perhubungan di antara alam sekitar (nature), manusia (human being) dan Tuhan (God) melalui institusi Wakaf. Ribuan institusi Wakaf telah diwujudkan bagi memberi perkhidmatan awam dan bagi memastikan institusi ini berfungsi secara berterusan, harta-harta peribadi telah juga diWakafkan. Melalui Wakaf, harta-harta peribadi ini telah menjadi ribuan perkampungan, ratusan pekan/bandar, jalan-jalan yang menghubungi bandar-bandar, jambatan-jambatan dan sebagainya. Kajian menunjukkan tiga perempat tanah Empire Ottoman adalah tanah Wakaf; setengah tanah pertanian Algeria adalah Wakaf; sepertiga tanah Tunisia adalah Wakaf, dan seperlapan tanah pertanian Mesir adalah Wakaf. Selain Wakaf harta tetap, Wakaf tunai juga mendapat sambutan yang hebat. Senario di atas menggambarkan keadaan atau suasana dimana masyarakat berlumbalumba untuk membuat Amal Jariah seperti kemudahan kesihatan, kemudahan awam, kemudahan pendidikan, kemudahan ibadat khusus dan lain-lain kemudahan untuk kepentingan awam. Yang cantiknya ialah bahawa semua kemudahan diatas dibangunkan, diselenggarakan dan dikembangkan berasaskan konsep Wakaf. Keperluan kewangan Insititusi Pendidikan Agung Al-Azhar di Mesir dikendalikan sepenuhnya melalui kaedah wakaf.

Razali Othman (2005). The Influences of Colonisation On The Perception and Practices of Wakaf. Jurnal IKIM. Kuala Lumpur.

142

PEMBANGUNAN WAKAF PENDIDIKAN DI MALAYSIA DEVELOPMENT OF WAQFS FOR EDUCATION IN MALAYSIA Syed Mohd. Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa

Amalan Wakaf-Endowmen Institusi Pendidikan di Masyarakat Barat Konsep Wakaf telah diperkembangkan oleh masyarakat Barat melalui Endowment. Pembangunan institusi pendidikan seperti Harvard, Oxford dan Cambridge telah dilakukan melalui konsep Wakaf. Laporan The Sutton Trust Report (2003) menyatakan: the way forward is through endowment. Laporan itu menyatakan bahawa endowmen boleh digunakan untuk invest in new facilities; ... pay for specific chairs or general academic posts; undertake research, and pay researchers competitively and create scholarship funds. Kajian oleh Razali Othman (2005)6 juga melaporkan bahawa pada tahun 2003, sepuluh universiti terbesar di Amerika Syarikat dan UK masingmasing mempunyai dana endowmen berjumlah USD74.24 billion dan USD7.268 billion. Dalam tahun 2003 juga dana endowmen di Oxford dan Cambridge masing-masing bernilai USD3.2 billion. Melalui satu rencana di Internet (2009), dilaporkan dalam tahun 2008, dana endowmen di Harvard sendiri berjumlah USD36.9 billion yang terdiri daripada 11,000 dana berasingan. Secara keseluruhannya, ketika menjelang tahun 2000, dana endowmen pelbagai sektor di Barat telah mencecah nilai USD2 trillion dengan hasil pendapatan yang melebihi USD700 billion. Prospek Progam Berteraskan Kaedah Wakaf Dalam usaha untuk menggerakkan Program Wakaf, dua pendekatan utama boleh digerakkan iaitu:
(a) Penjanaan dana/sumber dari pelbagai pihak agensi agama negeri, Kerajaan Negeri

dan Persekutuan, yayasan, syarikat, koperasi dan individu, alumni, ibu bapa, berasaskan wakaf dan infaq umum. (b) Penjanaan dana/sumber dari aktiviti harta wakaf itu sendiri. a) Penjanaan Sumber Pelbagai Pihak Aktiviti penjanaan dana/sumber dari kumpulan sasar: i) Sumbangan individu Skim potongan gaji Wakaf dan infaq Skim sumbangan e-Wakaf dan e-infaq Skim pembayaran sumbangan di kaunter/pusat bertauliah Pembiayaan langsung aktiviti, projek hartanah ii) Sumbangan Korporat, Koperasi dan Badan Bukan Kerajaan iii) Sumbangan Kerajaan Pusat/Negeri langsung danmatching grant iv) Sumbangan luar negara b)
6

Penjanaan Sumber Harta Wakaf

Ibid, Razali Othman (2005).

143

Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010

Pulangan dari Hartanah Wakaf a. Sewaan b. Pajakan c. Keuntungan modal ii) Hasil projek Sektor Pertanian & Perladangan iii) Hasil projek Sektor Perindustrian iv) Pulangan Portfolio Pasaran Wang dan Modal Di antara produk-produk yang menggunakan kaedah wakaf dan boleh dilancarkan adalah seperti:

i)

Skim Wakaf dan Infak Am dengan Takaful Skim Pendidikan dengan Takaful Skim Wakaf Pembangunan Pendidikan dengan Takaful Skim Hibah dan Wasiat Pendidikan

Skim di atas boleh secara tunai atau dalam bentuk aset lain. Dana-dana yang terkumpul akan segera dimanfaatkan kepada aktiviti penjanaan hasil dan juga dibuat peruntukan perbelanjaan berasaskan keutamaan pengembangan ilmu. Apabila Dana Wakaf telah mempunyai nilai yang besar, maka pada ketika itu penggunaan dana Wakaf dan hasilnya boleh diperuntukkan kepada projek-projek pembangunan besar, yang sebahagian diantaranya tidak menjana hasil kewangan dan sebahagian pula menjana hasil. Portfolio Pelaburan Dana Wakaf memerlukan suatu garis panduan juga bagi tujuan kelestarian dan pengembangan dana, khususnya Dana dalam bentuk Tunai bagi pelbagai tujuan penggunaan.

Pemasaran Skim-Skim Wakaf dengan ElemenTakaful Skim Wakaf-Takaful adalah produk yang ditawarkan bersama dengan Syarikat Takaful Berlesen (ST). Pada prinsipnya pihak ST akan bekerjasama dalam usaha untuk memasarkan produk wakaf. Pihak penganjur akan berunding dengan pihak ST bagi membolehkan kita melantik wakil-wakil dari kalangan individu atau entiti berdaftar bagi memasarkan produk Wakaf-Takaful. Perundingan akan juga meliputi isu pemberian insentif kepada wakil terlantik. Skim Wakaf-Takaful boleh bersifat Kebajikan Am, Pendidikan, Pembangunan dan lain-lain.

Instrumen Pasaran Modal Dan Kewangan Selain sumbangan pelbagai pihak yang senantiasa di alu-alukan, program penjanaan sumber tidak akan terhad kepada kaedah tradisi. Bagi membiayai pembangunan harta modal pendidikan (dan juga projek lain seperti perindustrian, perladangan, pertanian, infrastruktur), pihak Pengurusan boleh menggunakan instrumen-instrumen pasaran 144

PEMBANGUNAN WAKAF PENDIDIKAN DI MALAYSIA DEVELOPMENT OF WAQFS FOR EDUCATION IN MALAYSIA Syed Mohd. Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa

modal dan wang. Ini bererti bahawa akan terdapat pelbagai projek pembangunan wakaf yang akan bersifat penjanaan hasil dimana sebahagian pulangan akan digunakan bagi membiayai kos projek dan sebahagiannya untuk tujuan perkembangan wakaf. Projek penjanaan hasil akan melalui penelitian kajian kethauran/fisabiliti bagi memastikan pencapaian program wakaf. Ciri-ciri lain seperti matching grant dari pihak swasta dan Kerajaan, manfaat pencukaian, perkongsian pintar, pelaburan, pengurusan projek swasta, pengurusan dana, pengurusan hartanah dan sebagainya akan ditelitikan penggunaannya agar matlamat program wakaf dapat dicapai secara efektif dan berkesan.

Program Lain dan Skim Berteraskan Wakaf Selain Skim Wakaf Pendidikan-PIBG dengan elemen Takaful, pihak Pengurusan dijangka boleh memperkenalkan produk-produk Wakaf yang innovatif dengan bercirikan elemen Takaful Kelompok, Perkongsian Pulangan Untuk Di Wakaf, Wakaf Instrumen Pasaran Kewangan, Wakaf Instrumen Pasaran Modal, Skim Gabungan Khairat-TakafulWakaf, Skim Wakaf Pembangunan Pertanian dan Perikanan, Wakaf Pembangunan Infrastruktur Awam dan pelbagai lagi yang menggunakan konsep wakaf. Pelbagai program yang bakal dijalankan berpotensi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan pelbagai peringkat dari pengurusan, pentadbiran dan sokongan. Program kebajikan juga perlu dan mampu diurus secara profesional. Setiap yang baik dan dilaksanakan mengikut anjuran agama akan menjadi Amal Soleh, insyaAllah. Firman Allah SWT di dalam Surah At Taghaabun 64 : 9 yang bermaksud: ...Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal soleh, niscaya Allah akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan memasukannya kedalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. ... Nabi Muhammad saw telah bersabda (maksudnya): Janganlah kamu sekalian satu sama lain hasad menghasad, tipu-menipu, bencimembenci, jauh-menjauhi, dan janganlah (merebut) membeli/menjual (barang) yang sedang hendak dibeli/dijual oleh orang lain. Dan jadilah engkau sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi orang Muslim yang lain, tidak boleh ia menzaliminya, enggan membelanya, mendustanya dan menghinanya. Taqwa itu di sini. Dan Beliau mengisyaratkan kepada dadanya tiga kali. Terlalu kejahatan seseorang jika ia menghina saudaranya yang Islam. Setiap Muslim bagi Muslim yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya. (Riwayat Muslim)

145

Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010

InsyaAllah amalan Wakaf akan mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang di kalangan warga Selangor khususnya dan pihak lain umumnya. Amalan bantu membantu, tolong menolong, amal jariah adalah ciri-ciri Takwa yang sebenar dan akan mendatangakan Rahmat Allah kepada kita semua. Sesungguhnya Keimanan dan Ketaqwaan adalah teras kejayaan manusia. Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah 2:177 (bermaksud): Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebaktian, akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah kebaktian orang yang beriman kepada: (1) Allah (2) Hari kemudian (Akhirat) (3) Malaikat-malaikat (4) Kitab-kitab (5) Nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada: (6) Kerabatnya (7) Anak-anak yatim (8) Orang-orang miskin (9) Musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (10) (Memerdekakan) hamba sahaya (11) Mendirikan sembahyang, dan (12) Menunaikan zakat; dan (13) Orang-orang yang menepati janjinya apabila dia berjanji, dan (14) Orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan Mereka itulah orang-orang yang bertakwa. CADANGAN PROGRAM DANA WAKAF PENDIDIKAN DI SEKOLAH Cadangan program Dana Wakaf Pendidikan ini terbit setelah penulis melalui pengalaman sebagai AJK PIBG sebuah sekolah berteraskan Agama. Disamping itu penulis telah melihat kepada bilangan Sekolah Menengah Agama yang telah mendapat bantuan kerajaan. Berasaskan data di dalam Jadual 1, jelas kelihatan bahawa sekolahsekolah ini mempunyai bilangan pelajar yang terhad dan berkemungkinan besar sumber kewangannya tidak besar. Penulis telah membuat simulasi akan potensi dana yang mungkin dapat dikumpulkan melalui tiga pendekatan:
(a) Komponen sumbangan infak bulanan dan komponen caruman Takaful bulanan (b) Komponen sumbangan infak tahunan dan komponen caruman Takaful bulanan (c) Usaha pengumpulan dana daripada pihak industri-dermawan korporat

Rumusan dari simulasi penjanaan dana wakaf adalah seperti di Jadual 2 dan 3. Pada tahap konservatif, sehingga akhir tahun ke dua puluh jumlah dana terkumpul adalah diantara RM 3 juta hingga RM 4 juta. Bagi meningkatkan jumlah kutipan dan dana terkumpul, beberapa inisiatif wajar diketengahkan oleh pelbagai pihak. Di antara contohnya adalah:
(a) Permotongan atau Pengecualian cukai berganda kepada penderma/pewakif (b) Pemberian insentif gandaan (matching) seperti RM3 bagi setiap RM1 kutipan kepada

Sekolah
(c) Rebat cukai atas dermaan/wakaf (d) Keutamaan kemudahan kepada para penyumbang (e) Pengecualian cukai pada sekolah (swasta)

146

PEMBANGUNAN WAKAF PENDIDIKAN DI MALAYSIA DEVELOPMENT OF WAQFS FOR EDUCATION IN MALAYSIA Syed Mohd. Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa

Jadual 1 : Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan 31 Januari 2009 Purata Pelajar 298 317 320 285 198 178 278 265 148 676 666 391

Negeri Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Pulau Pinang Sabah Selangor Terengganu Jumlah

Bil Sekolah 3 14 1 7 15 4 24 11 2 23 14 118

Jumlah Pelajar 894 4,431 320 1,998 2,973 712 6,682 2,917 296 15,546 9,327 46,096

Sumber: Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia

Jadual 2: Potensi Kutipan Dana Sekolah I (Infaq dan Takaful Bulanan)


80% Bil Tahun Penderma Skim Infaq Bulanan 70% $10.00 348 1,208 1,531 1,320 780 1 5 10 15 20 23,412 81,176 102,915 88,731 52,395 30% $20.00 20,068 69,579 88,213 76,055 44,910 20% Skim Takaful Bulanan 60% $10.00 5,017 17,395 22,053 19,014 11,227 40% $20.00 6,689 55,186 23,193 191,342 29,404 242,585 25,352 209,151 14,970 123,501 100,000 20,000 10,000 10,000 10,000 155,186 1,047,403 2,266,671 3,466,195 4,287,038 Jumlah Skim Tahunan Infaq Korporat Kumulatif

147

Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010

Selain itu kerjasama pintar dengan pelbagai pihak adalah sangat digalakkan. Media cetak masih aktif di dalam hal ini. Contohnya ada dilaporkan bahawa akhbar Nanyang Siang Pau telah berjaya mengumpul derma untuk institusi pendidikan melebihi RM269 juta dalam tempoh 20 tahun. Akhbar Sin Chew Jit Poh pula berjaya mengumpul derma melebihi RM147 juta dalam tempoh 12 tahun. Pada puratanya, kedua-dua akhbar Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Jit Poh berjaya mengumpul purata sebanyak RM12 RM15 juta bagi membantu 20 - 25 buah sekolah setiap tahun. Usaha-usaha media ini putut mendapat pujian dan wajar diperkembangkan. Ini contoh yang baik dimana usaha pendanaan itu dilakukan pada peringkat kebangsaan dan tidak secara bersendirian sahaja oleh sekolah-sekolah. Jadual 3 : Potensi Kutipan Dana Sekolah II (Infaq Tahunan dan Takaful Bulanan)
70%
Bil Penderma Tahun

30% Skim Takaful Bulanan 60% $10.00 7,525 26,092 33,080 33,344 28,521 16,841 40% $20.00 10,034 34,790 44,106 44,459 38,027 22,455 33,411 115,844 146,868 148,043 126,626 74,771 100,000 50,000 50,000 50,000 50,000 50,000 133,411 848,011 1,787,757 1,985,800 2,733,712 3,450,404
Jumlah Skim Tahunan

Skim Infaq Tahunan 70% $50.00 30% $100.00 7,316 25,367 32,161 32,418 27,728 16,373

Infaq Korporat

Kumulatif

348 1,208 1,531 1,544 1,320 780

1 5 10 11 15 20

8,536 29,595 37,521 37,821 32,350 19,102

Jangkaan Penyumbang Dan Nilai Sumbangan Pada Tahun Asas dan Seterusnya 1. Pengkalan Data Alumni dan Penyumbang Kepentingan mewujudkan dan mengurus pengkalan data yang aktif adalah teramat penting! Kegagalan untuk menguruskan pengkalan data aktif ini adalah salah satu punca utama kepada kegagalan sesuatu usaha menjana dana. Kita memberi tumpuan kepada penyediaan brosur dan pamphlet sebagai media hebahan kita untuk mengutip derma. Lebih menyedihkan adalah senario dimana para pelajar sekolah sendiri di tugaskan dimerata tempat untuk melaksanakan projek menderma. 2. Profil Para Penyumbang Usaha akan dilakukan bagi mewujudkan satu profil penyumbang mengikut suatu pengkelasan atau kategori penyumbang. Profil ini disebutkan sebagai Piramid Penyumbang dengan mempunyai beberapa kategori penyumbang dan juga penyumbang berpotensi, penyumbang yang terlepas menyumbang dan kategori tidak menyumbang. Bagi setiap kategori itu akan dibuatkan satu analisis profil berkaitan 148

PEMBANGUNAN WAKAF PENDIDIKAN DI MALAYSIA DEVELOPMENT OF WAQFS FOR EDUCATION IN MALAYSIA Syed Mohd. Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa

dengan maklumat demografi mereka, nilai sumbangan dan potensi mereka serta membuat perancangan strategik yang bermakna sebagai tindakan susulan. Maklumat-maklumat ini amat penting bagi membolehkan Sekolah menjalankan strategi-strategi yang khusus mengikut kategori penyumbang dan nilai sumbangan mereka agar rancangan dan visi memperkasakan pelbagai program Wakaf Pendidikan dapat direalisasikan secara berencana. 3. Penglibatan Penyumbang Utama Setelah adanya pengkalan data yang aktif dan dilakukan analisis profil penyumbang, maka pihak Sekolah boleh mempertimbangkan untuk mewujudkan satu badan atau Jawatankuasa Khas yang terdiri daripada para penyumbang utama atau penyumbang besar bagi memaklumkan perkembangan Sekolah dan bagaimana sumbangan wakaf dan derma mereka itu telah dapat membawa perubahan yang sangat positif. Pemakluman yang telus serta pengiktirafan akan sumbangan mereka akan dapat merapatkan lagi hubungan penyumbang kepada sekolah dan seterusnya dapat melibatkan mereka dengan perkembangan berterusan sekolah serta kempen-kempen seterusnya. 4. Pelaporan Keteleusan dalam apa sahaja aktiviti sekolah adalah amat penting, apatah lagi ia melibatkan soal kewangan dan perkembangan akademik para pelajar (anak mereka). Pada asasnya maklumat yang penting selain kutipan dan perbelanjaan adalah sejauh mana dana yang dikumpul itu telah dapat mencapai objektif derma itu sendiri. Umpamanya kalau kita katakan derma bertujuan untuk membantu anak fakir miskin, maka maklumat inilah yang perlu dihebahkan dan bagaimana dengan derma itu para pelajar telah dapat meningkatkan pencapaian akademik, sahsiah dan kepimpinan mereka. Kalau boleh di adakan majlis bersesuaian mempertemukan keluarga angkat dengan para pelajar. 5. Kempen Menyumbang Tahunan Kempen tahunan ini adalah sangat bersesuaian dengan fitrah manusia. Takwim pun adalah berasaskan tahunan. Pihak Masjid pun biasa menjalankan kempen derma seperti sempena Bulan Ramadhan Mubarak dan sebagainya. Maka dipihak Sekolah pun wajar menganjurkan program Menyumbang Tahunan. Dengan adanya kempen tahunan maka sekolah akan dapat membuat analisis dan penilaian terhadap kejayaan sesuatu kempen dan mengambil tindakan pembaikan bagi tahun-tahun berikutnya. Program-program dapat diatur berasaskan tempoh kempen, katakan tempoh empat bulan, sebagai pengisian kempen seperti ceramah dan forum sempena majlis pelancaran, khutbah di Masjid Kariah, larian amal, pameran dan sebagainya. Kempen boleh juga dibantu oleh sukarelawan dan diadakan aktiviti Telethon Dermawan selama dua minggu bagi menghubungi bakal penyumbang dan mendaftar/kemaskini pengkalan data.

POTENSI SKIM WAKAF PENDIDIKAN KEBANGSAAN Bermula dengan model mikro pada tahap satu sekolah dan berkembang untuk kelompok sekolah-sekolah berasaskan aliran, mukim, bandar, daerah dan negeri, program Wakaf

149

Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010

Pendidikan ini boleh dipertimbangkan untuk peringkat Kebangsaan bagi semua rakyat dalam Negara tanpa mengira bangsa dan anutan agama. Jadual 4: Potensi Wakaf Pendidikan Peringkat Kebangsaan
BILANGAN SEKOLAH DAN KELAS DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KERAJAAN DAN BANTUAN DAN BANTUAN KERAJAAN DI MALAYSIA SEPERTI PADA 30 JUN 2007 NUMBER OF SCHOOLS AND CLASSES IN GOVERNMENT AND GOVERNMENT-ASSISTED PRIMARY AND SECONDARY SCHOOLS IN MALAYSIA AS OF 30TH JUNE 2007 Bilangan Sekolah* Number of Schools Bilangan Kelas** Number of Classes Bilangan Bilik Darjah Number of Classrooms

Jenis Sekolah Types of School Sekolah Rendah /Primary Schools Kebangsaan / National Jenis Kebangsaan (C) /National Type Jenis Kebangsaan (T) /National Type (T) Khas /Special Jumlah Kecil / Sub-total Sekolah Menengah / Secondary Schools Biasa / Regular Asrama Penuh / Fully Residential Agama / Religious Khas / Special Teknik / Technical ***Model Khas / Special Model ***Sukan / Sports Seni / Arts Jumlah Kecil / Sub-total Jumlah Besar / Grand Total

5,783 1,289 523 28 7,623

81,275 18,971 4,209 302 104,757

85,526 17,883 4,022 316 107,747

1,840 54 55 4 90 11 2 2 2,058 9,681

66,034 1,250 1,404 84 2,645 399 54 8 71,878 176,635

57,653 1,422 1,512 71 2,831 380 52 63,921 171,668

* Tidak termasuk sekolah tidak beroperasi / Excluding non-operational schools ** Termasuk kelas prasekolah / Including pre-school classes *** Termasuk kelas Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) / Including Level 2 classes (Year 4, 5 and 6).

Bilangan Pelajar Sekolah Rendah Tahun Pelajar (Juta)


2000 2.91 2005 3.04 2010 3.2

Sumber: Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia

150

PEMBANGUNAN WAKAF PENDIDIKAN DI MALAYSIA DEVELOPMENT OF WAQFS FOR EDUCATION IN MALAYSIA Syed Mohd. Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa

Dari Jadual 4, kita dapat melihat potensi yang amat besar dalam melaksanakan Program Wakaf Pendidikan Kebangsaan. Bilangan sekolah akan terus berkembang beriringan dengan perkembangan bilangan rakyat di dalam negara. Konsep Caruman Program Wakaf Pendidikan Kebangsaan ini akan menggunakan pendekatan caruman bulanan atau tahunan. Para pelajar yang memasuki alam persekolahan bermula darjah satu akan mula mencarum. Pencaruman ini akan berterusan sehingga mereka tamat persekolahan tingkatan lima. Ini bererti mereka aktif mencarum selama sebelas tahun. Konsep Manfaat Sebagai skim Wakaf, maka pelaksanaan manfaat Program Wakaf Pendidikan Kebangsaan ini akan menggunakan hasil pulangan atas pelaburan. Pada asasnya program ini boleh memperuntukkan manfaat seperti berikut: 1. Skim Pembiayaan kos / yuran pelajaran peringkat selepas SPM 2. Skim Bantuan Kebajikan Kematian/Keilatan Kekal semasa belajar di sekolah Tadbir Urus Adalah disarankan sebuah Perbadanan di tubuhkan khusus bagi melaksanakan program ini. Ia melibatkan kepentingan awam dan nilai dana yang besar. Maka program ini memerlukan kepada tadbir urus yang disokong dengan perundangan yang bersesuaian. Jadual 5A : Potensi Penjanaan Dana Wakaf Pendidikan pada kadar RM10 setahun
Tahun Bilangan Pelajar Kadar Tahunan Jumlah 1 3,000,000 10 30,000,000 30,000,000 Terkumpul 60,150,000 90,450,750 2 3,015,000 10 30,150,000 3 3,030,075 10 30,300,750 4 3,045,225 10 30,452,254 120,903,00 4 5 3,060,452 10 30,604,515 151,507,51 9

Jadual 5B : Potensi Penjanaan Dana Wakaf Pendidikan pada kadar RM12 setahun

Tahun Bilangan Pelajar Kadar Tahunan Jumlah Terkumpul

1 3,000,000 12 36,000,000 36,000,000

2 3,015,000 12 36,180,000 72,180,000

3 3,030,075 12 36,360,900 108,540,90

4 3,045,225 12 36,542,705 145,083,60

5 3,060,452 12 36,725,418 181,809,02

151

Seventh International Conference The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010

Jadual 5C : Potensi Penjanaan Dana Wakaf Pendidikan pada kadar RM20 setahun
Tahun Bilangan Pelajar Kadar Tahunan Jumlah 1 3,000,000 20 60,000,000 60,000,000 Terkumpul 2 3,015,000 20 60,300,000 120,300,00 0 3 3,030,075 20 60,601,500 180,901,50 0 4 3,045,225 20 60,904,508 241,806,00 8 5 3,060,452 20 61,209,030 303,015,03 8

Jadual 5 memberi nilai potensi dana wakaf yang dapat dikumpul dan akan berkembang untuk tahun-tahun berikutnya. Untuk tempoh peralihan atau awal program ini, adalah penting bagi Kerajaan Persekutuan mendokong projek ini dengan menyediakan belanjawan matching sebagai sokongan kepada projek yang bersifat lestari dalam jangka masa panjang. Kalau kita melihat kepada Dana Endowmen Universiti Harvard, dalam tahun 2008, sejumlah US$1.8 billion telah disumbangkan kepada pihak Universiti untuk pelbagai aktiviti dan keperluan. Begitu juga dengan Dana Wakaf Pendidikan Kebangsaan ini, insyaAllah dalam tempoh jangka panjang, dana yang terkumpul akan menjadi besar dan manfaat skim dapat diperluaskan dan dipertingkatkan. RUMUSAN Program Pembangunan Wakaf Pendidikan ini bukan saja akan memperkasakan konsep Wakaf, ia juga berpotensi untuk : i. ii. iii. iv. v. vi. Memperkasakan sektor ketiga ekonomi Islam Mengembangkan aktiviti ekonomi melalui pelbagai projek pembangunan, pelaburan dan perniagaan Pelengkap (compliment) kepada program Pembangunan Bantuan Kerajaan Pelengkap kepada program Kebajikan Bantuan Kerajaan Pelengkap kepada program Pendidikan Bantuan Kerajaan Menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan agama atas konsep wakaf

Untuk tahun-tahun seterusnya, pelbagai usaha boleh dipertingkatkan seperti pelancaran produk-produk baru yang juga berteraskan kaedah Waqaf, program Kebajikan dan program Kecemerlangan Pendidikan.

152

PEMBANGUNAN WAKAF PENDIDIKAN DI MALAYSIA DEVELOPMENT OF WAQFS FOR EDUCATION IN MALAYSIA Syed Mohd. Ghazali Wafa Bin Syed Adwam Wafa

153

Anda mungkin juga menyukai