Anda di halaman 1dari 18

Kini Terbongkar Satu Lagi Rahsia…

BAGAIMANA MENJANA
WANG LUMAYAN MELALUI
KEMAHIRAN SENI
BELADIRI

TEKNIK AMPUH BAGAIMANA KEMAHIRAN


SENI BELADIRI ANDA BOLEH MENJANA
WANG LUMAYAN TANPA PERLU MEMBUKA
GELANGGANG ATAU BERADU TENAGA

************
TEKNIK YANG PASTI DAN SESUAI BAGI SEMUA TAHAP, ALIRAN,
UMUR DAN JANTINA.
************

Oleh : Zahrul Azua Kamaluddin


‘DISCLAIMER’ DAN NOTIS

Panduan ini adalah hak milik sepenuhnya Team PEMIKAT.


Jadi,semua hak-hak penerbitan adalah hak milik Team PEMIKAT
sepenuhnya. Panduan ini ditulis untuk pembelajaran anda sahaja
dan jika anda mengalami kerugian,kami tidak akan bertanggung
jawab kerana ia adalah kecuaian anda sendiri.

Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-


mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa
jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada penerbit
TEAM PEMIKAT.

Cetakan Pertama : 2008


Diterbitkan Oleh :
TEAM PEMIKAT

http://www.pemikatjualan.com

admin@pemikatjualan.com

http://www.pemikatjualan.com/ 1
Pengenalan

Seni beladiri merupakan satu seni atau amalan yang telah wujud sejak
beribu-ribu tahun dahulu. Pelbagai jenis aliran serta jenis telah dihasilkan manusia
atas ilham yang dikurniakan oleh tuhan kepada manusia.

Seni beladiri disamping sebagai satu warisan ketamadunan manusia,


persediaan terhadap keselamatan manusia ia juga sebagai amalan bagi menjana
kesihatan yang baik.

Seni beladiri juga mengajar pengamal-pengamalnya tentang membuat baik


terhadap sesama manusia serta makhluk-makhluk tuhan yang lain dan bukan
sebaliknya. Sikap yang baik serta hormat-menghormati diterapkan di dalam setiap
pengamal tidak kira dalam bentuk fizikal atau pun rohani.

Seni beladiri telah menjadi satu industri terhadap manusia memenuhi


keperluan hidup mereka. Banyak gelanggang-gelanggang dibuka dan penganjurnya
mendapat keuntungan atau pendapatan dari kelas-kelas latihan yang ditawarkan.

Pengamal-pengamal Seni beladiri sekarang ini mampu menjadikan seni itu


sendiri sebagai kerjaya mereka dan ada diantara mereka yang menjana kekayaan
dengannya.

Mungkin anda kurang bersetuju dengan kenyataan ini kerana hanya ada satu
cara sahaja untuk menjana wang dengan kemahiran ini iaitu membuka pusat latihan
dan memberikan perkhidmatan latihan kepada pelajar-pelajar.

Tambahan pula untuk menjadi tenaga pengajar bukanlah sesuatu yang


mudah. Ia memerlukan satu minat yang mendalam, iltizam yang tinggi dan
kepakaran yang tinggi. Ia juga mungkin memakan masa yang lama untuk mencapai
tahap sebagai jurulatih atau guru.

http://www.pemikatjualan.com/ 2
Antara halangan lain adalah jika mungkin anda layak untuk menjadi jurulatih
anda memerlukan modal yang besar untuk membuka gelanggang ataupun membuka
pusat latihan.

Anda juga terpaksa mendaftarkan gelanggang anda dan mendaftarkan


kegiatan anda serta anda perlu berada di bawah mana-mana pertubuhan seni
mempertahankan diri. Anda terpaksa melalui proses-proses tertentu sebelum anda
dapat merealisasikan impian anda membuka gelnggang.

Mungkin pada pemikiran anda, anda mempelajari ilmu Seni beladiri yang
anda pilih bukanlah untuk mencari keuntungan semata-mata. Saya yakin anda sangat
cintakan seni beladiri anda. Namun adalah tidak salah untuk menjana kewangan dari
apa yang anda minat, tahu, pandai serta mahir.

Apa yang bakal anda perolehi sebentar lagi adalah satu teknik ampuh yang
sangat berkesan namun amat mudah dilakukan serta tidak memerlukan kos yang
sangat tinggi bagi menjana wang dan kekayaan melalui kemahiran seni beladiri
anda.

Anda juga mungkin tidak perlu untuk sampai ke tahap jurulatih atau Tok
Guru untuk memilikinya. Apa yang saya harapkan supaya anda mempunyai minat
mendalam serta sedikit usaha bagi memperolehinya.

Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari kelebihan diri yang ada pada
diri anda dan tukarkannya dalam bentuk wang yang mampu anda perolehi.

Namun bagaimana anda boleh menjana wang lumayan dari ilmu kemahiran
seni mempertahankan diri anda dengan tanpa membuka gelanggan dan beradu
tenaga? Sila ikuti laporan seterusnya.

Menjana Wang Dari Kemahiran Seni Beladiri Anda

http://www.pemikatjualan.com/ 3
Seperti yang telah saya perkatakan sebelum ini bahawa jika anda adalah
seorang pengamal seni bela diri anda boleh menjana wang anda dengan hanya
kemahiran yang ada pada anda. Anda tidak perlu membuka gelanggang atau beradu
kekuatan untuk memperolehinya. Yang paling mengujakan anda juga tidak perlu
untuk menjadi seorang jurulatih gelanggang.

Baik… mungkin anda sudah tidak sabar untuk mengetahui teknik rahsia ini.
Apa yang boleh saya katakan konsepnya sama sahaja seperti apa yang dilakukan
oleh sesebuah gelanggang atau jurulatih. Berkonsi ilmu yang ada kepada orang lain.

Ramai para jutawan memberi nasihat bahawa untuk menjana kekayaan


adalah dengan menjadi seorang pelajar dan dalam masa yang sama mengajarkan
atau berkongsi ilmu yang anda ada kepada orang lain.

Dengan kata ringkasnya anda boleh menjana wang lumayan anda dengan
menghasilkan dan terbitkan sendiri produk-produk maklumat yang berkaitan dengan
seni bela diri anda dan anda pasarkannya kepada mereka-mereka yang memerlukan
produk-produk maklumat seni bela diri tersebut.

Apakah yang saya maksudkan dengan produk maklumat tersebut? Produk


maklumat tersebut adalah produk maklumat dalam bentuk panduan atau boleh saya
katakan satu produk “Bagaimana Untuk…” yang mempunyai topik tentang seni bela
diri.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mari kita bincangkan dengan lebih
terperinci.

Terbitkan Produk-Produk Maklumat Tentang Seni


Beladiri Anda

Mungkin anda tertanya-tanya bolehkah anda menerbitkan produk-produk


makllumat berbentuk panduan dan siapa yang akan membelinya dari anda?

http://www.pemikatjualan.com/ 4
Sebenarnya ia adalah satu perkara yang amat mudah. Ramai para jutawan
menggunakan teknik ini. Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan teknik-teknik
yang anda pelajari anda boleh tukarkannya dalam bentuk produk maklumat dan
jualkannya kepada mereka yang berminat.

Teknik tersebut samada anda boleh bukukan dengan merakamkan gambar-


gambar yang menunjukkan gerakan mudah teknik yang anda ingin perkenalkan itu,
anda juga boleh merakamkan pergerakkan-pergerakkan teknik tersebut dalam VCD
atau DVD.

Jadi teknik yang anda perkenalkan itu boleh dijadikan rujukan bagi mereka
pengamal-pengamal seni bela diri tidak kira tahap tinggi atau rendah dan tidak
terbatas atas satu-satu aliran sahaja samada silat, tae kwan do, karate,kung fu dan
apa saja aliran.

Tidak semestinya teknik tersebut atas apa yang anda pelajari sahaja tetapi
mungkin teknik-teknik baru yang mudah untuk dilakukan oleh siapa sahaja
walaupun mereka yang tidak pernah mempelajari seni bela diri juga boleh
mempraktikkannya.

Dengan cara ini, anda bukan saja menjadi pengamal seni bela diri, anda juga
menjadi penulis dan penerbit buku serta CD seni bela diri. Hebat bukan?
Apakah anda wajib mempunyai kemahiran yang tinggi untuk melakukannya?
Jawapannya TIDAK! Syarat pertama ialah anda harus mempunyai minat yang
mendalam dan cinta pada seni bela diri.

Empat proses asas yang perlu anda ketahui sebelum anda menghasilkan
produk maklumat anda:
1) Tentukan topik apa yang ingin anda terbitkan
2) Cari bahan terbitan
3) Terbitkan produk malumat
4) Pasar dan jual produk tersebut

http://www.pemikatjualan.com/ 5
Tentukan Topik Apa Yang Ingin Anda Terbitkan

Seni beladiri mempunyai topik yang sangat luas. Anda terlebih dahulu perlu
tentukan topik apa yang ingin anda sampaikan. Untuk menentukannya anda terlebih
dahulu tentukan dahulu siapa sasaran pembaca anda. Anda perlu lihat ke atas
jantina, tahap kemahiran serta latar belakang.

Salah satu caranya adalah melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh


sasaran pembaca anda. Salah satu contohnya mungkin ada orang yang ingin
mempelajari seni bela diri namun tiada masa untuk menghadiri kelas-kelas yang
disediakan. Jadi dengan produk maklumat anda tersebut mereka boleh
mempelajarinya hanya dari rumah mengikut masa terluang mereka.

Mungkin wanita-wanita yang ingin menjaga diri dan ingin mencari ilmu seni
bela diri bagi menyelamatkan diri dari ancaman bahaya gangguan seksual. Jadi anda
keluarkan produk khusus dan sesuai bagi wanita mempraktikkannya.

Anda juga mungkin boleh kelaskan topik anda mengikut tahap-tahap sasaran
bakal pembaca. Samada ianya teknik asas, pertengahan mahupun kemahiran tinggi.

Berikut adalah kemungkinan topik-topik bagi rijukan anda yang boleh anda
keluarkan mengikut sasaran pembaca anda.

1) Tip-tip menjaga keselamatan dan bahaya jenayah.


2) Tip-tip menghindar dari bencana bahaya jenayah.
3) Tip-tip kesihatan dan pemakanan.
4) Tip-tip latihan penafasan.
5) Tip-tip latihan senaman

Dan berbagai-bagai panduan lain samada berkait terus atau tidak dengan seni
bela diri. Dengan ini pelanggan anda akan rasa berbaloi dan puas hati dengan
terbitan buku yang anda hasilkan.

http://www.pemikatjualan.com/ 6
Bagaimana Mencari Bahan Terbitan

Dalam hal ini anda harus mempunyai fikiran yang terbuka dan tidak terlalu taksub
pada satu-satu aliran sahaja. Anda boleh gunakan teknik aliran lain dan sesuaikan
dengan aliran yang anda amalkan. Ciptakan sesuatu yang baru tapi praktikal. Di
sinilah anda patut gunakan kreativi anda serta kemahiran anda.

Cara termudah bagi mendapatkan idea tulisan anda adalah dengan membaca.
Gunakan bahan-bahan bacaan seperti majalah-majalah, buku-buku serta bahan
bacaan lain yang mempunyai kaitan dengan seni bela diri sebagai rujukan anda.

Cara termudah dan termurah adalah menggunakan kemudahan perpustakaan.


Dengan cara ini anda dapat menambah pengetahuan seni bela diri anda. Bukan
setakat bahan-bahan bacaan malah jika anda mampu mendapatkan produk-produk
VCD atau DVD seni bela diri juga sangat-sangat membantu anda.

Cara lain adalah anda boleh mendapatkan tip-tip serta kaedah-kaedah


gerakan yang mudah dari guru anda atau dari pengamal-pengamal senior. Anda juga
boleh menjadi seolah-seolah seorang wartawan yang sedang mencari bahan untuk
kajian tulisan dan penerbitan anda.

Anda boleh membuat temu ramah dengan pengamal-pengamal seni bela diri
yang berpengalaman. Jadikan ia sebagai kajian peribadi anda. Pada kajian yang saya
lakukan apabila seorang pengamal seni bela diri mencapai tahap kemahiran yang
tinggi ia akan dapat mempelajari keputusan-keputusan buah-buah gerakkan.

Semua gerakan-gerakan boleh membuahkan 1 langkah atau buah yang juga


dikenali sebagai “BUAH MAUT” dan selalunya ini rahsia pada guru. Hanya pelajar-
pelajar terpilih sahaja yang akan mempelajari buah-buah mudah dan maut ini.
Pada pengalaman saya, pada permulaan guru kami memberitahu bahawa 3
langkah asas yang kami belajar boleh menjadi 1 buah maut dengan hanya 1 langkah
yang mudah.

http://www.pemikatjualan.com/ 7
Pada mulanya saya tidak faham dan apabila saya mula mahir dalam teknik-
teknik asas tersebut barulah saya faham bahawa semua langkah asas boleh
dipendekkan menjadi 1 gerakkan maut yang mudah tanpa mengeluarkan banyak
tenaga.

Bagaimana 1 pukulan atau tepisan sahaja mampu menjatuhkan musuh tidak


kira apa jua saiz lawan anda dengan mudah. Jika anda rajin bertanya pada guru serta
pengamal yang senior,anda akan memperolehi berbagai-bagai tip mudah. Jadikan
guru anda sebagai kawan rapat anda diluar gelanggang. Secara tidak langsung anda
adalah seorang pengamal seni bela diri, penulis, penerbit, wartawan, pengkaji yang
serius dan komited.

Dengan ini juga terbitan anda akan menjadi lebih berkualiti kerana isinya
adalah asli terus dari pakar-pakar, sebab itulah saya katakan, anda menjadi seorang
pakar untuk menghasilkan terbitan anda bukanlah suatu kemestian.

Dari kajian anda secara menyeluruh melalui pengalaman anda, bahan-bahan


bacaan, VCD dan kajian dari pakar-pakar seni bela diri akan membuahkan hasil
yang menakjubkan dan sesuatu yang luar biasa.

Disinilah kehebatan anda terserlah dimana satu perkara biasa telah


ditukarkan menjadi satu produk yang luar biasa . Yang penting teknik yang anda
terbitkan itu mestilah teknik mudah untuk mempertahankan diri yang lojik dan
praktikal. Boleh dipelajari dalam janga masa yang singkat. Barulah pasaran anda
menjadi laris dan luas.

Penerbitan Buku

Salah satu cara mudah untuk mengeluarkan produk maklumat adalah dalam
bentuk buku. Untuk menghasilkan buku tersebut bukanlah susah. Anda hanya boleh
mula menulis dari rumah. Jika anda tidak mempunyai komputer, anda boleh
mengupah seseorang untuk menaip semula tulisan anda.

http://www.pemikatjualan.com/ 8
Penghasilan buku juga adalah murah. Anda boleh fotokopi buku anda dari
salinan asal. Sekeping paling mahal pun baru 10 sen sahaja.
Terpulang pada anda untuk membuat berapa muka surat. Buku tersebut anda
boleh “staple” kan atau “binding” kan. Harga pada buku tersebut terpulang pada
anda.

Katakan kos fotokopi RM3. Kos penghantaran RM5 (sila guna pos ekspres
atau pos laju) dan dicampurkan kos-kos lain, anda boleh meletakkan harga antara 3
ke 5 kali ganda dari harga kos tersebut.

Namun terpulang pada anda. Mungkin anda rasa harga tersebut terlalu
mahal. Apa yang bernilai di sini adalah ilmu serta idea anda. Bukan kertas untuk
menghasilkan buku tersebut.

Di zaman digital ini anda boleh menggunakan format ini untuk dijadikan
sebagai buu panduan tanpa kertas. Ebook merupakan satu produk informasi yang
sangat mudah serta mampu memberkan marjin yang tinggi pada anda.

Ebook sangat mudah untuk dihasilkan. Anda hanya perlu tukarkankannya


dalam bentuk pdf format setelah selesai anda taipkan termasuk meletakkan gambar-
ganbar berkaitan melalui Words.

Proses penghantaran juga mudah dengan hanya menggunakan internet dan


jika anda mahu supaya ianya diposkan maka ianya boleh disimpan di dalam CD
ROM.

Penerbitan VCD / DVD

Untuk menambahkan lagi nilai terbitan anda, saya sarankan supaya setiap gerakan-
gerakan tersebut dimasukkan di dalam VCD. Mungkin anda sendiri boleh menjadi
model dalam terbitan VCD anda atau anda boleh mengupah rakan-rakan
seperjuangan anda untuk menjadi model dalam VCD terbitan anda.

http://www.pemikatjualan.com/ 9
Dengan cara ini pembaca bukan sahaja boleh membaca buku , malah boleh
melihat secara terus teknik-teknik tersebut dalam VCD hanya di rumah.

Jika anda tidak mempunyai kamera anda boleh pinjam dari rakan-rakan atau
boleh sewa dari “photographer”. Selepas itu anda boleh pindah masuk ke dalam
VCD.

Anda boleh gunakan atau mendapatkan perkhidmatan ini samada di kedai


komputer, kedai gambar atau cyber café yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Jadi sekarang anda mempunyai produk lengkap iaitu buku dan VCD. Di sini
anda boleh kenakan harga antara RM40 hingga RM60. (Ini hanya saranan kami
sahaja). Tetapi masih terpulang pada anda untuk menentukan nilai hasil terbitan.
Harganya mestilah tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.

Untuk menyalin CD jika anda mempunyai kemudahan tersebut baru


bermodalkan antara 80 sen ke RM1 sekeping. Jika di cyber café antara RM2 atau
RM3 sekeping. Atau anda boleh tawarkan harga katakan RM50 untuk buku tersebut
dan percuma VCD teknik-teknik anda.

Perniagaan Di Rumah Yang Menguntungkan

Perniagaan penjualan produk maklumat merupakan satu perniagaan yang


menguntungkan. Ianya adalah salah satu dari punca pendapatan pasif. Katakan harga
buku anda RM25.

Jika anda dapat menjual 1 set buku sehari bermakna dalam masa sebulan
anda memperolehi 30xRM25 = RM750 sebulan. Kalau 5 set buku sehari, sebulan
pendapatan anda RM3750. Bukanlah ini satu pendapatan sampingan yang
lumayan.

http://www.pemikatjualan.com/ 10
Untuk menjualnya tidak perlulah anda menyimpan stok kerana anda perlu
memilih cara supaya ianya “Produce On Demand” bermaksud menyediakan
produk mengikut permintaan. Dapatkan duit dulu barulah anda sediakan produk
anda tersebut. Adakah susah untuk anda lakukannya?

Katakan anda menerima pesanan produk maklumat anda sebanyak RM25.00


dan buku anda tersebut mempunyai 30 mukasurat. Jadi dari salinan asal buku anda
tersebut anda buat ‘fotokopi’ di kedai.

Katakan paling mahal untuk fotostat sekeping 20 sen jadi anda gunakan
sebanyak RM6.00 dari wang pesanan yang telah anda terima untuk membuat kerja
fotostat tersebut.

Bagaimana Memasarkan Terbitan Anda

Salah satu cara terbaik memasarkan terbitan anda adalah melalui “mail
order” atau gaya pos. Sekarang anda fikirkan bagaimana anda mendapatkan buku
panduan ini dari kami. Sudah tentu dari pesanan pos. Begitu juga caranya yang
anda boleh gunakan untuk memasarkan produk anda. Anda boleh iklankan dalam
ruang iklaneka dan rampai iklan, bagi memasarkan produk anda. Yang penting anda
patut pasaran tertumpu.

Pasaran Terus & Pasaran Tertumpu

Pasaran terus atau tertumpu bermaksud pasaran terus dan tertumpu pada
sasaran pasaran yang betul dan tepat. Kita pasarkan pada pelanggan yang mahu dan
berminat sahaja.

http://www.pemikatjualan.com/ 11
Contohnya menjual pancing atau joran pada kaki pancing. Ini pasaran terus
atau pasaran tertumpu kerana kaki pancing yang memang memerlukan pancing.
Tentu tidak tepat jika menjual racun serangga kepada kaki pancing. Memang tidak
tepat kerana racun serangga perosak anda patut jualkan kepada mereka yang minat
menanam sayur atau pokok.

Jadi pasaran anda hendaklah kena pada tempatnya bagi mengelak kos yang
berlebihan. Salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan pasaran
tertumpu adalah melalui perniagaan gaya pos atau “mail order”.

Pengiklanan

Untuk memulakan pasaran anda melalui “mail order” anda harus mempunyai
iklan-iklan yang menarik perhatian bakal pelanggan terus kepada anda.

Anda boleh iklankan di iklan – iklan kecil di bahagian bahagian rampai iklan,
klasifikasi samada di surat khabar, majalah atau tabloid . Sila lihat contoh iklan
dibawah:-

1. Teknik Pertahankan Diri


2. Teknik dan tip-tip mudah pertahankan diri
3. Belajar teknik mudah mempertahankan diri dalam masa 2 jam
4. Sediakan payung sebelum hujan-Pelajari teknik mudah mempertahankan
diri hanya di rumah
5. Sudah terhantuk baru nak mengadah-Ketahui rahsia mudah
mempertahankan diri dalam masa 2 jam.

Jika anda lihat dari iklan-iklan ini tentu anda boleh pilih yang mana satu adalah
iklan yang terbaik. Di atas adalah iklan-iklan yang anda boleh anda gunakan tetapi

http://www.pemikatjualan.com/ 12
saya yakin bahawa anda lebih kreatif dari saya. Cuba perhatikan dan fikirkan iklan-
iklan yang dapat menarik minat bakal pelanggan. Jadikan diri anda sebagai
pelanggan, maka anda akan tahu apa yang bakal pelanggan anda mahukan. Contoh
iklan di rampai iklan @ klasifikasi

‘Sediakan payung sebelum hujan. Pelajari teknik mudah seni mempertahankan


diri dalam masa 2 jam hanya dari rumah. Untuk keterangan percuma hantarkan
sampul surat bernama dan beralamat sendiri beserta stem 50 sen ke (alamat) atau
smskan nama dan alamat anda ke (no. H/P).”

atau seperti yang saya lakukan:- ‘Rahsia bagaimana kemahiran seni


mempertahankan diri boleh menjana wang lumayan dengan tanpa membuka
gelanggang atau beradu kekuatan.’

Sila hubungi syarikat media yang menguruskan ruangan-ruangan iklan


tersebut untuk mengetahui kos bagi pengiklanan. Setelah anda memperoleh nama
dan alamat pelanggan, poskan mereka surat jualan yang mempunyai keterangan
ringkas produk anda, serta borang pesanan.

Ingat! surat jualan perlu menarik, ringkas dan padat. Surat jualan adalah
wakil diri anda. Surat jualan yang menarik akan membantu pasaran anda secara
terusan. Selepas anda mengirim tempahan, apa yang perlu anda buat adalah
“fotokopi” buku anda serta menyalin CD-CD yang anda terbitkan. Jadi anda
mengeluarkan produk selepas mendapatkan bayaran dari pelanggan. Mudah
bukan?

Mengiklankan di surat khabar,majalah dan tabloid atau terus ke majalah-


majalah seni bela diri adalah salah satu cara yang paling berkesan. Antara cara lain
jika anda mahir menggunakan komputer dan internet anda boleh membuat iklan
percuma di internet seperti di website iklanpercuma.com, iklanfree.com dan
bermacam-macam lagi website yang menyediakan iklan melalui ‘flier-flier’, tetapi
ingat cara yang paling berkesan adalah iklan melalui majalah-majalah atau surat
khabar.

http://www.pemikatjualan.com/ 13
Paling sesuai pemasaran anda terus kepada pengkhususan majalah seni bela
diri. Jika topik atau isu berkaitan dengan wanita seperti “ Mempertahan Diri
Khusus Untuk Wanita.” terus iklankan di majalah-majalah wanita. Dengan cara ini
anda dapat memasarkan produk anda tanpa berjumpa pelanggan. Hebat bukan?

Kesimpulan

Jadi inilah caranya bagaimana anda boleh menjana wang lumayan anda
dengan kemahiran seni beladiri anda tanpa perlu membuka gelanggang atau beradu
tenaga. Sebenarnya teknik ini telah diguna pakai berdekad-dekad lamanya,
terutamanya di USA dan Eropah dan ramai lagi yang telah menjadi jutawan atas
teknik-teknik jualan ini. Antara lain kita telah membincangkan:

1. Bagaimana anda boleh menjana wang dengan menjual produk maklumat


anda?
2. Apakah jenis-jenis produk maklumat yang boleh anda keluarkan seperti
buku, VCD dan DVD?
3. Bagaimana menerbitkan dan memasarkannya?
4. Bagaimana anda mendapatkan keuntungan darinya?

Tapi ingat! Beri masa 2 ke 3 bulan untuk membuahkan hasil.

SELAMAT MENCUBA

Anda perlu bantuan selanjutnya...

http://www.pemikatjualan.com/ 14
Sesungguhnya apa yang anda baca di dalam laporan ini hanyalah satu teori
semata-mata. Anda boleh terus mempraktikkannya namun untuk memastikan
kejayaan anda anda perlukan lebih lagi ilmu. Oleh jika anda rasa anda serius untuk
menjana wang dengan mengeluarkan dan memasarkan produk maklumat anda apa
yang perlu anda lakukan adalah dengan membaca iklan di bawah :

Pencarian anda berhenti di sini…

Tahukah Anda Bahawa Anda Juga Mampu


Menjana Lebih Limpahan Pelanggan Dan
Jualan Walaupun Anda Seorang ‘Newbie’?

Ya… anda boleh melakukannya jika anda tahu menggunakan


sistem yang mengandungi Kuasa Emosi, Kuasa Penulisan dan
Kuasa Informasi bagi memasarkan apa pun jenis perniagaan,
produk mahupun perkhidmatan, membina nama, kredibiliti dan
empayar perniagaan dengan lebih berkesan…

MEMPERKENALKAN

RAHSIA SISTEM PEMIKAT JUALAN

http://www.pemikatjualan.com/ 15
 Bagaimana anda mampu menggegarkan emosi pelanggan
sehingga pelanggan tidak sabar-sabar untuk membeli dari
anda

 Bagaimana anda boleh memasar dan menjual apa pun jenis


produk (digital atau fizikal) mahupun perkhidmatan
dengan lebih mudah

 Bagaimana anda juga boleh membina perniagaan, nama,


kredibiliti serta empayar perniagaan dengan lebih cepat

 Bagaimana seorang usahawan internet yang menjual ebook


mampu memperolehi jualan yang diharapkan

 Bagaimana menjana limpahan pelanggan dan jualan tanpa


perlu banyak bergerak. OKU pun boleh buat.

 Bagaimana semakin lama semakin ramai prospek mengejar


anda untuk mendapat produk ataupun perkhidmatan anda

 Bagaimana anda boleh memperolehi kesemua diatas hanya


dengan kuasa emosi, kuasa penulisan dan kuasa informasi

Daftar sekarang dan anda bakal memiliki kesemua di


atas. Selepas daftar jangan lupa... kami akan berikan
anda sebuah ebook percuma bertajuk :

“GAGAL JUAL EBOOK”

http://www.pemikatjualan.com/ 16
SILA LAWATI :

http://www.pemikatjualan.com/

Ikhlas,
Zahrul Azua Kamaludin (TEAM PEMIKAT)
(Pewaris Ilmu Pemasar Informasi)

http://www.pemikatjualan.com/ 17

Anda mungkin juga menyukai