Anda di halaman 1dari 11

8 KESILAPAN

YANG DILAKUKAN
OLEH PENJUAL KETIKA
MENJUAL EBOOK

Oleh : Zahrul Azua Kamaluddin


‘DISCLAIMER’ DAN NOTIS

Panduan ini adalah hak milik sepenuhnya Team PEMIKAT.


Jadi,semua hak-hak penerbitan adalah hak milik Team PEMIKAT
sepenuhnya. Panduan ini ditulis untuk pembelajaran anda sahaja
dan jika anda mengalami kerugian,kami tidak akan bertanggung
jawab kerana ia adalah kecuaian anda sendiri.

Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-


mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam
apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada
penerbit TEAM PEMIKAT.

Cetakan Pertama : 2008


Diterbitkan Oleh :
TEAM PEMIKAT

http://www.pemikatjualan.com

admin@pemikatjualan.com

http://www.pemikatjualan.com/ 1
Kesilapan-Kesilapan Penjual Ebook
Seringkali penjual-penjual ebook terutama mereka yang baru
hendak bermula atau yang telah bermula berasa hampa kerana
jualan ebook mereka tidak seperti yang diharapkan. Mereka mula
menyalahkan perniagaan mereka itu dan ada juga yang berputus
asa meninggalkan industri jualan ebook ini. Sebenarnya tanpa
mereka sedari mereka gagal kerana silap mereka sendiri. Jadi
mari kita lihat beberapa kesilapan dari berpuluh kesilapan penjual
ebook dalam usaha mereka menjual produk mereka. Untuk
pengetahuan anda saya sendiri pernah melakukan kesilapan yang
sama.

#1 Hanya bergantung kepada email sahaja untuk


berkomunikasi.

Satu perkara yang mampu membahayakan usaha jualan


terutamanya jualan ebook adalah dimana penjual ebook hanya
bergantung kepada email semata-mata bagi berkomunikasi
dengan prospek/pelanggan mereka.

Ya… email merupakan satu medium yang termudah dan termurah


bagi berkomuniksi dengan prospek / pelanggan anda namun
pergantungan sepenuhnya terhadap email semata-mata
merupakan satu perkara yang bahaya bagi perniagaan menjual
ebook anda.

Perlu anda ingat bahawa tanpa langkah-langkah berjaga-jaga pada


senaraian email anda tersebut ia mungkin boleh lenyap serta

http://www.pemikatjualan.com/ 2
merta sahaja jika berlaku sebarang kesilapan atau kerosakan
padanya. Oleh itu pergantungan terhadapnya semata-mata
amatlah berisiko.

Selain email terdapat pelbagai medium komunikasi antara anda


dan prospek anda seperti tele-conference, audio, video, fax, sms,
blog, RSS Feed, Joint Venture, Network marketing, newsletter
(fizikal @ digital), seminar, wokshop, talk dan banyak lagi

#2 Hanya bergantung kepada satu sumber traffik


sahaja.

Ini satu lagi kesilapan besar yang dilakukan oleh penjual ebook
iaitu mereka membina empayara perniagaan dan pembinaan
senaraian mereka melalui satu sumber traffik. Katakan anda
hanya bergantung kepada iklan PPC semata-mata bagi membina
senaraian pelanggan anda, kos bagi PPC meningkat dari semasa
ke semasa. Sehingga kos pengiklanan ini tidak mampu lagi anda
tanggung maka anda membantutkan pengembangan perniagaan
anda.

Adalah lebih baik memiliki 100 cara untuk mendapat seorang


pelanggan dari mendapat 100 pelanggan melalui 1 cara sahaja.

Jadi anda harus pelbagaikan sumber traffik anda. Terdapat


pelbagai sumber yang mana majoritinya adalah percuma seperti :

http://www.pemikatjualan.com/ 3
Program Affiliate | Pemasaran artikel | Blog | Komen di blog dan
forum | Ebay | Ebook (viral marketing) | Iklan di Ezine, forum, blog
| Joint Venture | Social Network (Facebook, Friendster, Twitter dll) |
Senaraian dan traffik orang lain | Masennger | Iklan Offline dan
sebagainya.

Anda tidak perlu melakukan semuanya serentak kerana saya


sendiri belum menghabiskan kesemua sumber di atas. Cukup
sekadar 5 sumber pada satu masa dan tambahkan satu sumber
setiap 2 atau 3 bulan.

#3 Menjual tanpa strategi pemasaran.

Menjual dan memasar adalah dua perkara yang hampir sama tapi
tidak serupa. Dalam jualan tiada pemasaran tetapi dalam
pemasaran terdapat jualan. Jadi anda harus bersikap, berfikir dan
bertindak seperti seorang ahli pemasaran. Penjual hanya mencipta
jualan tetapi pemasar bukan sahaja mencipta jualan malah lebih
dari itu.

#4 Tidak faham dan tidak tahu apa yang


prospek/pembeli inginkan

Jika anda tahu apa yang diperlukan oleh pembeli-pembeli anda


maka 70% dari usaha pemasaran anda telah anda lakukan. Jadi
apa sebenarnya yang dikehendaki oleh pelanggan @ prospek

http://www.pemikatjualan.com/ 4
anda? Dari pengalaman saya sebagai seorang pembeli dan kajian
saya terhadap propspek/pembeli didapati bahawa,

 Prospek mahukan keputusan yang segera


 Prospek mahukan kepuasan yang segera
 Prospek mahuklan jalan pintas (short cut)

Manusia sememangnya makhluk yang malas. Jika diberi pilihan


antara yang mudah dan yang rumit sudah tentu mudah menjadi
pilihan. Pada dasarnya prospek/pelanggan tidak mahukan lebihan
maklumat atau data. Mereka sendiri telah tenggelam di dalam dan
lemas di dalam lambakan maklumat. Jika anda dapat
memberikan sesuatu yang mesra masa pelanggan dan mesra
pengguna maka jualan yang meletup dapat anda lakukan.

#5 Tiada ilmu tentang jualan dan penulisan surat


jualan

Surat jualan merupakan satu senjata bagi usaha pemasaran dan


jualan anda. Ramai diantara penjual ebook yang tiada
pengetahuan tentang penulisan surat jualan lalu mengupah
penulis-penulis surat jualan untuk mereka.

Bukanlah maksud saya mengupah seorang penulis surat jualan


itu satu tindakan yang tidak bagus. Ianya suatu yang bagus bagi
mempercepatkan kerja-kerja anda, namun yang tidak bagusnya
anda hanya bergantung dan mengharapkan penulis tersebut
semata-mata.

http://www.pemikatjualan.com/ 5
Seringkali terjadi penjual-penjual ebook di cap sebagai penjual
ebook penipu kerana apa yang dijanjikan di surat-surat jualan
tidak seperti apa yang ada di dalam ebook yang anda jual. Kenapa
ini berlaku ini kerana yang betul-betul faham dengan produk
ebook itu adalah anda sendiri bukan penulis surat jualan
tersebut. Jadi walaupun anda mengupah penulis surat jualan
anda harus tahu apa yang patut ditulis olehnya.

Ada juga ketika anda salah memilih penulis surat jualan yang
mempunyai pendekatan penulisan yang terlalu ‘Hype’. Pembeli
ebook sekarang ini merupakan pembeli bijak dan ada diantara
mereka yang tahu dan mahir tentang penulisan surat jualan. Jika
terdapat penulisan yang tidak mengikut etika, aliran penulisan
serta hukum-hukum tertentu dan terdapat seperti sesuatu yang
ingin disembunyikan oleh penulis surat jualan tersebut pasti surat
jualan anda tidak akan dilayan. Oleh itu anda harus belajar
tentang konsep serta kemahiran penulisan surat jualan.

#6 Tiada kelainan

Mungkin ebook yang anda jual tersebut mempunyai topik yang


sama dengan ebook-ebook lain yang juga dijual oleh penjual-
penjual ebook yang lain. Jika anda tidak mencipata kelainan maka
anda dalam bahaya. Tidak salah menjual ebook yang mempunayi
kandungan atau topik yang sama namun anda harus mencipta
kelainan. Kelainan samada dari segi penyampaian, format,
kategori dan sebagainya. Mungkin dalam ebook-ebook dari penjual

http://www.pemikatjualan.com/ 6
yang tidak membincangkan satu-satu topik dalam kategorinya jadi
anda harus mengisi ruang ini.

#7 Menghasilkan ebook yang kurang permintaan.

Mungkin anda pernah dengn dengan ungkapan menjana wang


dengan apa yang anda minati maka anda pun menghasilkan
ebook yang mana anda minat topiknya. Namun tanpa pengamatan
serta kajian tertentu apa yang anda minati rupa-rupanya tidak
ramai yang suka. Jadi anda harus lihat pada pasaran. Apa yang
mereka cari sebenarnya. Apa yang boleh anda bantu bagi
menyelesaikan masalah prospek/pengguna. Jadi anda harus
jualkan apa yang prospek/pelanggan anda laparkan. Pasti jualan
meletup milik anda.

#8 Hanya fikirkan jualan tanpa fikirkan untuk


membantu orang lain.

Apabila ini berlaku anda seumpama menutup periuk nasi anda.


Jika anda hanya memikirkan untuk mencipta jualan semata-mata
maka secara lasung anda tidak membina hubungan baik dengan
prospek / pelanggan anda. Ini bermaksud anda hanya
memikirkan perniagaan jangka pendek. Seringkali saya lihat
email-email follow up dari penjual yang saya terima setiap minggu
hanya menekan saya untuk membeli. Tiada apa informasi yang
diberi kepada saya hanya mesej jualan. Apa salahnya penjual
tersebut menyampaikan mesej berinformasi tidak kira mengenai

http://www.pemikatjualan.com/ 7
produk yang dijual atau informasi-informasi yang lain atau pun
penulisan-penulisan yang mampu mengeratkan hubungan. Jika
ini yang dilakukan pasti dan pasti saya membeli ebook mereka.

Kesimpulan

Perniagaan menjual ebook merupakan satu perniagaan yang


lumayan jika kena caranya. Kini ramai telah menyedari akan
potensi perniagaan ini dan kita telah lihat ramai juga dari kita
telah mula berjinak-jinak untuk menjual ebook tidak kira samada
menjula ebook sendiri mahupun ebook-ebook dari orang lain.

Ramai yang telah menceburi perniagaan menjual ebook namun


dalam tidak sedar ramai dari penjual-penjual ebook ini
mengundurkan diri akibat kekcewaan kerana gagal mencapai
matlamat. Jadikan kesilapan-kesilapan yang dikongsikan sebagai
panduan bagi memudahkan perjalanan anda untuk menjalankan
perniagaan menjual ebook anda.

Anda perlukan lebih lagi…

Untuk berjaya dalam perniagaan menjual ebook anda bukan


sahaja patut menjual malah memasarkannya. Oleh itu satu
transformasi dari seorang penjual kepada seorang pemasar
informasi harus dilakukan.

http://www.pemikatjualan.com/ 8
Bagi memudahkan anda untuk melakukan persediaan untuk
TRANSFORM diri anda dari seorang penjual ebook kepada
Pemasar Informasi maka anda perlukan bantuan lanjutan. Untuk
itu sila baca iklan di bawah…

Pencarian anda berhenti di sini…

Tahukah Anda Bahawa Anda Mampu


Memasarkan Perniagaan, Produk Mahupun
Perkhidmatan Dengan Lebih Mudah ?

Ya… anda boleh melakukannya jika anda tahu menggunakan


sistem yang mengandungi Kuasa Emosi, Kuasa Penulisan dan
Kuasa Informasi seterusnya membina nama, kredibiliti serta
empayar perniagaan dengan lebih berkesan…

MEMPERKENALKAN

RAHSIA SISTEM PEMIKAT


JUALAN

http://www.pemikatjualan.com/ 9
Anda bakal memiliki :
 Bagaimana anda mampu menggegarkan emosi pelanggan
sehingga pelanggan tidak sabar-sabar untuk membeli dari
anda

 Bagaimana anda boleh memasar dan menjual apa pun


jenis produk (digital atau fizikal) mahupun perkhidmatan
dengan lebih mudah

 Bagaimana anda juga boleh membina perniagaan, nama,


kredibiliti serta empayar perniagaan dengan lebih cepat

 Bagaimana seorang usahawan internet yang menjual


ebook mampu memperolehi jualan yang diharapkan

 Bagaimana menjana limpahan pelanggan dan jualan


tanpa perlu banyak bergerak. OKU pun boleh buat.

 Bagaimana semakin lama semakin ramai prospek


mengejar anda untuk mendapat produk ataupun
perkhidmatan anda

 Bagaimana anda boleh memperolehi kesemua diatas


hanya dengan kuasa emosi, kuasa penulisan dan kuasa
informasi

Sila klik ke :
www.pemikatjualan.com

http://www.pemikatjualan.com/ 10

Anda mungkin juga menyukai