Anda di halaman 1dari 2

EDU 3083

ISL : M18- Nyatakan kemahiran professional guru yang sepatutnya


diamalkan
Individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang
diceburinya . Seseorang yang memiliki kemahiran professional mampu
melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak masalah. Bagi seseorang
profesional, beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah
juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain. Dalam konteks
profesion keguruan, guru yang professional haruslah mempunyai tiga ciri
kemahiran profesional guru iaitu:
i. Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran yang tinggi
ii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi
iii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-
murid.

Di samping itu sebagai seorang guru yang professional, mereka juga harus
mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid.
Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar,
bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan
sekalipun.

Seorang guru yang professional juga seharusnya berupaya membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif.
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja
mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang
terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir,
pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

Guru yang professional juga perlulah menguasai kemahiran untuk
menggunakan teknologi maklumat. Ini kerana bidang pendidikan sentiasa
berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman,
perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan
internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa pelbagai cabaran
kepada kerjaya perguruan. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi dan info
komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin kearah
menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti

Profesionalisme perguruan seterusnya memerlukan seorang guru
berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak. Guru dalam profesion
keguruan ini perlu menjadi seorang tokoh yang serba tahu, khususnya setiap
aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan. Guru diharapkan dapat
membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya
bersama-sama murid di dalam kelas.

Guru juga dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri sewaktu
menggunakan isu-isu semasa sebagai bahan kajian dan perbincangan
dengan murid. Sewaktu menangani perubahan sistem pendidikan yang
semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri
dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. (Syed Ismail Bin syed Mustapa.
Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s:6-8 )

Anda mungkin juga menyukai