Anda di halaman 1dari 8

SULIT 3755/2

3755/2 [Lihat sebelah


SULIT
Bahagian A
[75 markah]
Jawab tiga soalan sahaja.



1(a) Terangkan perbezaan di antara keperluan dan kehendak manusia. (4 markah)

Gambar 1 menunjukkan perbualan Encik Fauzi dan Puan Sabariah, seorang usahawan.


Gambar 1


1(b) (i) Huraikan faktor-faktor pengeluaran yang terlibat yang diperlukan oleh Puan
Sabariah (4 markah)

1(b) (ii) Terangkan peranan Puan Sabariah kepada penduduk setempat. (6 markah)

1(c) Mengapakah pelbagai jenis pengkhususan wujud dalam pengeluaran ? (5 markah)

1(d) Bagaimanakah bantuan perniagaan promosi dan komunikasi dapat membantu Encik
Sayyid Aqil, seorang pengusaha resort dan agensi pelancongan dalam menjalankan
perniagaanya? (6 markah)






Encik Fauzi, saya
nak buka kilang roti
di Bukit Pasir Muar
Bagus Puan Sabariah, tapi
puan perlu tahu beberapa
factor pengeluaran yang
terlibat.
SULIT 3755/2
3755/2 [Lihat sebelah
SULIT
2 (a) Gambar 1 menunjukkan sejenis keluaran yang terdapat dalam pasaran.


Gambar 1
i. Tentukan saluran agihan yang paling sesuai untuk memasarkan keluaran
tersebut. (1 markah)

ii. Mengapakah saluran agihan ini dipilih ? (3 markah)

2 (b) Gambar 2 menunjukkan lambang-lambang perniagaan yang terdapat di Malaysia.



Gambar 2
Jelaskan kelebihan perniagaan ini kepada peniaga. (5 markah)
2 (c) Bagaimanakah pemborong membantu peruncit ? (5 markah)










SULIT 3755/2
3755/2 [Lihat sebelah
SULIT
2(d) Dokumen berikut telah diterima oleh Kedai Buku Maju.


(i) Apakah nama dokumen ini ? (1 markah)

(ii) Hitungkan nilai Y. (5 markah)

2 (e) Maklumat berikut merupakan perbualan antara dua sahabat.

Azmi : Perniagaan saya agak merosot sejak akhir akhir ini. Tiada pelanggan
dating membeli perabot saya.
Fuad : Berapakah harga perabot perabot itu ?
Azmi : Kebanyakan perabot saya bernilai RM 2000 ke atas.
Fuad : Jika begitu, saya cadangkan penjualan perobot dengan cara
pembayaran ansuran.

(i) Apakah kaedah penjualan yang dicadangkan oleh Fuad? (1 markah)

(ii) Terangkan kebaikan yang akan Azmi perolehi sekiranya, dia bersetuju
dengan cadangan Fuad itu. (4 markah)


SULIT 3755/2
3755/2 [Lihat sebelah
SULIT
3 (a) Berikut merupakan perniagaan yang telah dijalankan di antara Negara Malaysia
dengan negara Taiwan.








Negara Malaysia menghasilkan minyak masak yang dijual kepada Negara Taiwan
dan Negara Malaysia membeli peralatan Basikal daripada Negara Taiwan. Nyatakan
kepentingan perhubungan ini kepada Negara Malaysia (4 markah)

3 (b) Industri kecil dan sederhana berkait rapat dengan industry berat contohnya berkaitan
dengan industry pemasangan kereta.
Anda diminta untuk menghuraikan tentang konsep pemasaran bersepadu atau
dikenali dengan konsep Payung. (5 markah)
3(c) Dalam menguruskan sebuah perniagaan kita perlu untuk melihat kepada beberapa
aspek penting di dalam pengendalian perniagaan yang dijalankan.
(i) Berikan 3 aspek pengurusan sumber manusia dan (3 markah)
(ii) Berikan 3 aspek pengurusan pelanggan (3 markah)


3 (d) (i) Encik Taat dan Encik Ain telah menubuhkan sejenis perniagaan yang diberi
nama T and T Fruits Entreprise. Mereka terlibat dalam pembelian pelbagai
jenis buah-buahan tempatan seperti durian, nangka, pisang dan lain-lain.
Perniagaan mereka terletak di PekanBaru, Muar.Jelaskan kelebihan
pemilikan perniagaan tersebut. (5 markah)
3(d) (ii) Bilangan ahli terdiri daripada 2 orang hingga 50 orang.
Jenis Pemilikan perniagaaan apakah yang dimaksudkan. Berikan 4 ciri-ciri
lain pemilikan perniagaan ini. (5 markah)







TAIWAN
MALAYSIA
MINYAK MASAK
PERALATAN BASIKAL
SULIT 3755/2
3755/2 [Lihat sebelah
SULIT
4(a) Berikut adalah logo kepunyaan sebuah bank.




Bank tersebut tidak dapat berfungsi penuh seperti bank yang lain.
Jelaskan ciri ciri bank tersebut. (3 markah)
4(b) (i) Maklumat berikut berkaitan dengan satu kaedah pembayaran menggunakan
cek.






Lakarkan cek tersebut. (6 markah)
4(b) (ii) Pada pendapat anda, mengapakah Cik Adibah ingin membuat pembayaran
dengan menggunakan cek? (4 markah)
4(c) Seorang pekilang perabot yang beroperasi di Johor Bahru telah menggunakan
Pengangkutan Antarabangsa Routier (TIR) untuk urusan penghantaran perabot ke
Belanda.
Terangkan tiga sebab pekilang tersebut memilih jenis pengangkutan berkenaan.
(6 markah)
4(d) Gambar berikut berkaitan sejenis perniagaan atas talian.







Cadangkan perkhidmatan yang boleh digunakan oleh syarikat tersebut untuk
menghantar barang kepada pembeli. Berikan alasan anda. (6 markah)

Cik Adibah membuat bayaran sebanyak RM850 kepada
Syarikat SST Sendirian Berhad. Beliau mengeluarkan cek
pada 22 Ogos 2014. Akaun semasanya dibuka di MIB Bank,
cawangan Muar. Syarikat SST Sendirian Berhad meminta
supaya cek tersebut dipalang.


SULIT 3755/2
3755/2 [Lihat sebelah
SULIT
5(a) Huraikan ciri gudang yang baik. (5 markah)
5(b) Terangkan tiga unsur campuran pemasaran yang penting dalam memasarkan
sesuatu produk? (6 markah)
5(c) Gambarajah di bawah menunjukkan sejenis alat komunikasi.










5(c) (i) Nyatakan jenis media elektronik tersebut. (1 markah)
5(c) (ii) Jelaskan dua faktor pemilihan media pengiklanan di atas. (4 markah)

5(d) Terangkan maksud strategi pemasaran. (4 markah)

5(e) Dialog berikut adalah antara Salmah, seorang pelanggan dengan Irene, seorang
pekedai kain.

Puan bole





Padapendapatanda, adakahSuriamerupakanpembeli yang bijak?
Kemukakanempatalasan. [ 5markah ]


Pada pendapat anda, adakah Salmah merupakan pembeli yang bijak? Kemukakan
empat alasan. (5 markah)

Salmah : Eh, Cantiknya kain ni. Coraknya meanarik
Irene : Ambillah puan. Sekarang ada potongan harga 20%. Dah ramai
orang beli.
Salmah : Tapisaya baru beli sepasang kain minggu lepas. Belum tempah
pun lagi.
Irene : Tak jadi masalah. Puan boleh tempah kemudian. Lagipun
coraknya cantik dan terkini. Tentu suami puan pun suka kalau
puan pakai baju cantik. Inilah masanya puan boleh menggayakan
corak terkini.
Salmah : Betul juga. Saya boleh pakai pergi kendur ikahwin bulan depan.
Kalau macam tu, saya mahu 4 meter.
Irene : Kain ni tinggal 5 meter. Puan kena ambil semua. Kalau potong 4
meter nanti saya rugi.
Salmah : Baiklah.
SULIT 3755/2
3755/2 [Lihat sebelah
SULIT
Bahagaian B
[25 markah]
Soalan ini wajib dijawab.
6 Encik Nazrin seorang persara tentera mengusahakan Resort DMor terletak
di kaki Bukit Mor, Parit Jawa, Muar sejak tahun 2010. Keluasan tanah beliau kira-
kira 10 ekar dan kemudahan yang disediakan ialah dua bilik dorm, 20 bilik berhawa
dingin, dewan mesyuarat, dewan makan dan kemudahan untuk beriadah. Pelancong
datang untuk menyertai aktiviti mendaki bukit atau merasa masakan tempatan
seperti asam pedas dan mee bandung yang memang sudah terkenal di seluruh
negara. Biasanya pada musim cuti sekolah atau hujung minggu bilik-bilik habis
ditempah. Tempahan dan bayaran boleh dibuat secara atas talian.
Kakitangan resort seramai lima orang pekerja tetap dan sepuluh orang
pekerja sambilan. Beliau juga mempunyai sebuah van dan lori untuk kegunaan
resort.
Pada tahun lepas, lima ekar tanah beliau telah diambil alih oleh kerajaan
untuk tujuan pembinaan sebuah sekolah rendah. Beliau telah diberi pampasan
sebanyak RM600,000.
Dengan wang sejumlah itu beliau bercadang membuat pelaburan. Beliau
memilih dua jenis pelaburan iaitu:

Pembinaan 2 unit rumah kedai 2
Tingkat
Saham Syarikat Future Furniture Berhad
Kos pembinaan : RM 600,000
Kegunaan : Sewaan
Hasil sebulan : RM6,000
Harga pasaran Selepas lima tahun :
RM800,000
Kos belian : RM600,000
Kegunaan : Pelaburan jangka
panjang
Hasil sebulan : 10% setahun
Harga pasaran Selepas lima tahun :
RM 600,000

Walau bagaimanapun beliau telah memilih untuk membina dua unit rumah
kedai dua tingkat dan menolak pembelian saham Syarikat Future Furniture Berhad.
Beliau telah melantik dan membuat perjanjian dengan sebuah Syarikat kontraktor
binaan.
Selepas lapan bulan, bangunan kedai tersebut siap dibina. Beliau mendapati
bangunan tersebut tidak menepati spesifikasi yang dijanjikan. Beliau telah membuat
aduan kepada kontraktor tersebut, malangnya permintaan untuk mendapat gantirugi
tidak dilayan. Beliau bercadang untuk membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan
Pengguna.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut.

(a) Cadangkan tiga jenis insurans yang boleh diambil oleh Resort DMor.
(6 markah )

(b) Terangkan dua jenis perkhidmatan bank yang boleh dicadangkan kepada
Resort DMor? (4 markah)
SULIT 3755/2
3755/2 [Lihat sebelah
SULIT
(c) Wajarkah Encik Nazrin memilih pembinaan 2 unit rumah kedai dua tingkat ?
Berikan alasan anda. (6 markah)

(d) (i) Adakah Encik Nazrin bole menuntut gantirugi melalui Tribunal
Tuntutan Pengguna. (3 markah)
(ii) Terangkan dua tanggungjawab Encik Nazrin kepada Masyarakat.
(4 markah)
(e) Berikan dua cara kerajaan dan agensi lain memberi perlindungan kepada
pengguna. (2markah)


KERTAS SOALAN TAMAT
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

.................................. ....................................
HAMIZA BINTI YAHAYA

Anda mungkin juga menyukai