Anda di halaman 1dari 25

EDU3083

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROSIONAL GURU

TAJUK TUGASAN INDIVIDU:


TUGAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

NAMA

SHUHAINA BINTI MOHD TAIB (731105-07-5332)

KUMP

MT 1/PPG/JUN 2011

PENSYARAH

ENCIK AZLAN BIN LIN

TARIKH SERAHAN :

06 SEPT 2014

Profil Diri

NAMA: PENUH

: SHUHAINA BT MOHD TAIB

NO.K/P LAMA

: A 2554939

NO K/P BARU

: 731105-07-5332

EMEL

: shuhainaa5@yahoo.com.my

ALAMAT RUMAH

: NO. 3 TAMAN SG. BALANG PERMAI,MUAR

NO.TEL.RUMAH

: 06-98881443

ALAMAT SEKOLAH

: SK.PARIT NAWI,MUAR

NO .TEL .SEKOLAH

: 06-9881892

KELAYAKAN IKHTISAS

: SIJIL PERGURUAN MALAYSIA


(MAKTAB PERGURUAN SAINS BINTULU
SARAWAK (1994-1996)

KELAYAKAN AKADEMIK

: SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA


(SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
PENANTI,BUKIT MERTAJAM PULAU
NPINANG )

PENGALAMAN PERKHIDMATAN

: SK.TELOK SENGAT,KOTA TINGGI,JOHOR


(1997-2006)

JAWATAN DI SEK

: GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA


(2008-2014)
GURU PENYELARAS KESIHATAN
GURU MATEMATIK TAHUN 5 DAN 6

ANUGERAH KECEMERLANGAN

: APC 2004

Isikandungan

Mukasurat

Profil Diri...................................................................................................................2
Pendahuluan.............................................................................................................4
Pengenalan...............................................................................................................5
1.0.

Tugas Dan Tanggungjawab Guru Perpustakaan dan Media..........................6

2.0.

Peranan Dan Tugas Guru Perpustakaan........................................................6

3.0.

Peranan Guru Perpustakaan dan Media........................................................7

4.0.

Senarai Tugas ................................................................................................7

5.0.

Kemahiran asas..............................................................................................9

6.0.

Isu dan Cabaran Guru Perpustakaan dan Media.........................................10

7.0.

Nilai Dan Sikap Profesionalisme Guru Perpustakaan dan Media.................11

8.0.

Program Peningkatan....................................................................................14

9.0.

Refleksi..........................................................................................................16

Lampiran..................................................................................................................18
Bilbiografi.................................................................................................................25

Pendahuluan
Abad ke-21, berlaku cabaran dalam bidang pendidikan di negara kita yang berpunca
daripada Ledakan Maklumat, kewujudan Koridor Raya Multimedia dan penubuhan
sekolah Bestari. Ini memerlukan perubahan dalam sistem pengurusan agensi-agensi
maklumat, termasuk PSS serta anjakan paradigma. Kemajuan dalam bidang ilmu,
kaedah mengumpul dan mengelola bahan serta pertambahan bahan menyebabkan
pengurusan maklumat menjadi lebih kompleks. Oleh itu ia memerlukan individu atau
kumpulan kakitangan yang mempunyai kemahiran pengurusan yang tinggi.
Pengurus

akan

menggunakan

fungsi

pengurusan,

iaitu

perancangan,

penorganisasian, pemimpinan dan pengawalan bagi menukarkan sumber organisasi


kepada produk dan perkhidmatan. Dalam usaha untuk memantapkan dan
memajukan lagi sistem pendidikan (rujukan KP (BS-DSR)8787/008/2 (10) bertarikh
18 Julai 2005), Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan yang
sewajarnya dalam pelaksanaan pelbagai program berkaitan Pusat Sumber Sekolah.
Sehubungan itu, melalui Waran Peruntukan B.41 Kementerian Pelajaran Malaysia,
setiap sekolah telah diperuntukkan seorang Guru Perpustakaan dan Media Sekolah
( Penyelaras Pusat Sumber Sekolah ) sepenuh masa. Pelantikan ini diharap dapat
membantu meningkatkan keupayaan pengurusan dan kepimpinan pengurusan pusat
sumber sekolah yang lebih cemerlang dan berkesan.

Pengenalan

Dalam usaha untuk memantapkan dan memajukan lagi sistem pendidikan (rujukan
KP(BS-DSR)8787/008/2 (10) bertarikh 18 Julai 2005), Kementerian Pelajaran
Malaysia sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan
pelbagai program berkaitan Pusat Sumber Sekolah. Sehubungan itu, melalui Waran
Peruntukan

B.41.

Kementerian

Pelajaran

Malaysia,

setiap

sekolah

telah

diperuntukkan seorang Guru Perpustakaan dan Media Sekolah ( Penyelaras Pusat


Sumber Sekolah ) sepenuh masa. Pelantikan ini diharap dapat membantu
meningkatkan keupayaan pengurusan dan kepimpinan pengurusan pusat sumber
sekolah yang lebih cemerlang dan berkesan. Pelantikan Guru Perpustakaan dan
Media Sekolah (GPM) merupakan satu usaha Kementerian yang sememangnya
dinanti-nantikan. Namun kebanyakan pihak pentadbir, kurang jelas tentang bidang
tugas GPM dan beranggapan masa yang diberikan kepada GPM iaitu 6 hingga 8
waktu mengajar adalah terlalu sedikit. Walaupun pada dasarnya sebanyak lapan
belas senarai tugas yang telah disenaraikan. Sehubungan dengan itu,diharap buku
panduan ini dapat membantu GPM menumpukan perhatian kepada pengurusan
pusat sumber sekolah secara am termasuk pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. PSS perlu diurus dengan baik dan teratur. Ini
termasuklah penjadualan dan sistem pinjam meminjam peralatan, bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan yang sentiasa dikemaskinikan.
Rasional buku panduan ini perlu diterbitkan adalah kerana GPM perlu jelas dengan
peranan PSS yang mempunyai hubungan langsung dengan pelaksanaan program
kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah. Oleh itu, banyak tugas yang perlu
GPM tumpukan untuk memastikan PSS dapat digunakan dengan berkesan dan
diuruskan dengan baik agar penggunaan media cetakdan bukan cetak tersebut akan
dapat dimanfaat oleh semua guru dan murid di sekolah berkenaan. Adalah
diharapkan dengan adanya penerbitan tugas GPM ini dapat memberi sokongan
moral kepada GPM untuk meningkatkan kemahiran pengurusan PSS yang
berkesan, disamping menerapkan dan membudayakan teknologi pendidikan demi
memartabatkan PSS sebagai nadi utama pengajaran dan pembelajaran ke arah
Pusat Kecemerlangan Pendidikan yang lebih berkesan.
5

a. Tugas Dan Tanggungjawab Guru Perpustakaan dan Media.


Pelantikan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (GPM) merupakan satu
usaha Kementerian yang sememangnya dinanti-nantikan. Pada dasarnya
sebanyak lapan belas senarai tugas yang telah disenaraikan. Sehubungan
dengan itu, GPM terlibat dalam pengurusan pusat sumber sekolah secara am
termasuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
PSS perlu diurus dengan baik dan teratur. Ini termasuklah penjadualan dan
sistem

pinjam

meminjam

peralatan,

bahan-bahan

pengajaran

dan

pembelajaran dan kemudahan yang sentiasa dikemaskinikan. GPM perlu


jelas dengan peranan PSS yang mempunyai hubungan langsung dengan
pelaksanaan program kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah. Oleh
itu, banyak tugas yang perlu GPM tumpukan untuk memastikan PSS dapat
digunakan dengan berkesan dan diuruskan dengan baik agar penggunaan
media cetak dan bukan cetak tersebut akan dapat dimanfaat oleh semua guru
dan murid di sekolah berkenaan. GPM harus memiliki kemahiran pengurusan
PSS yang berkesan, disamping berkeupayaan untuk menerapkan dan
membudayakan teknologi pendidikan demi memartabatkan PSS sebagai nadi
utama pengajaran dan pembelajaran ke arah Pusat Kecemerlangan
Pendidikan yang lebih berkesan.
b. Peranan Dan Tugas Guru Perpustakaan.
GPM berperanan penting menyokong visi dan misi sekolah, membangunkan
PSS dan menilai keberkesanan PSS. Beliau juga perlu bekerjasama dengan
pentadbir dan guru untuk merancang pelan pembangunan PSS dan
menyokong pelaksanaan kurikulum. GPM perlu mempunyai pengetahuan dan
kemahiran

menyediakan

maklumat

dan

berkebolehan

menyelesaikan

masalah. Beliau perlu mengetuai program, aktiviti dan kempen galakan


membaca dan galak guna PSS. GPM juga perlu mempunyai kepakaran
dalam menggunakan pelbagai jenis sumber bercetak, bukan cetak dan digital.
Beliau perlu menyedia dan menguruskan semua dokumen dan rekod
berkaitan perolehan, pendokumentasian dan perkhidmatan perpustakaan.
Dalam usaha untuk memantap dan memajukan lagi sistem pendidikan
6

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa memberi penekanan yang


sewajarnya dalam pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti berkaitan PSS.
Sehubungan itu, melalui Maksud Bekalan 41 KPM (B41), setiap sekolah telah
diperuntukkan seorang GPM sepenuh masa.
c. Peranan Guru Perpustakaan dan Media.
GPM berperanan penting menyokong visi dan misi sekolah, membangunkan
PSS dan menilai keberkesanan PSS. Beliau juga perlu bekerjasama dengan
pentadbir dan guru untuk merancang pelan perancangan PSS dan
menyokong pelaksanaan kurikulum. GPM mempunyai pengetahuan dalam
pengurusan sumber pendidikan dan pengurusan maklumat. GPM mengetuai
dan bekerjasama secara kolaboratif dengan guru dalam merancang dan
melaksana program literasi maklumat. GPM juga berperanan dalam mewujud,
membina, mempromosi dan menyokong program galakan membaca di
sekolah.
d. Senarai Tugas .
4.1.

Menyediakan peraturan:
a. mengurus perlantikan pengawas perpustakaan
b. menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan
c. memamstikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua murid
d. melatih pustakawan-perpustakawan yang baru dilantik supaya mahir
dengan peraturan dan keadaan di perpustakaan.

4.2.

Membuat Anggaran Perbelanjaan:


a. menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan
b. menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan
c. mengagihkan pembelian buku mengikut peruntukan yang ada, sama
ada dari wang kerajaan atau wang suwa

4.3.

Membuat Pesanan Buku:


a. Menyediakan senarai nama buku dan alatan peprpustakaan yang
hendak dibeli
b. Membuat pesanan buku-buku melalui Guru Besar
c. Memeriksa buku-buku yang dibekalkan oleh pembekal untuk
menentukan cukup bilangannya dan baik keadaannya
d. Mengkelaskan buku-buku mengikut pengkelasan Peprpuluhan
Dewey.
e. Memasukkan kenyataan mengenai buku-buku ke dalam stok
f. Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran dan guru-guru lain
dalam memilih buku dan majalah-majalah.

4.4.

Memproses Buku:
a.menyediakan slid kerja iaitu mencatatkan mengenai cetakan,
pengarang/penerbit dan butiran berkenaan.
b. Membuat tanda hak milik dan pengenalan pada tiap-tiap buku.

4.5.

Menyediakan Kad-Kad:
Setiap buku hendaklah dilekatkan dengan:
a. Kocek buku
b. Kad buku
c. Slid tulang belakang
d. Kad katalog

4.6.

Galakan Penggunaan Perpustakaan


Menyediakan aktiviti-aktiviti seperti:
a. menganjurkan pertandingan kuiz
b. mengadakan pameran
c.meneka buku
d. bercerita
e. perbincangan mengenai buku
f. ceramah
g. drama ringkas
h.seminar

4.7.

Rekod Penggunaan

a.

mencatatkan

bilangan

pengguna

perpustakaan,

setiap

kali

perputskaan dibuka
b. senarai peminjam buku
c. senarai kekerapan murid meminjam buku
4.8.

Rawatan Buku
a. membaiki buku-buku yang rosak dengan cara menjilidkannya semula
b. menjilidkan majalah-majalah
c. menentukan dan menjamin keselamatan segala harta dan perabot
dalam bilik perpustakaan darida kehilangan
d. menjaga atrau menjamin kebersihan bilik peprpustakaan
e. mengadakan fail-fail tegak
f. menyimpan guntingan akhbar-akhbar dan kertas soalan-soalan
peperiksaan untuk rujukan

4.9. Penyemakan/Hapus kira Buku Stok


a. buku-buku yang berkedaan yang amat buruk dipilih dan dicadangkan
untuk dihapuskira.
b. Menyemak/menutup stok pada akhir tahun

e. Kemahiran asas
Kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh GPM adalah seperti berikut:
Berkomunikasi secara positif
Memahami keperluan pengguna
Bekerjasama dengan pelbagai pihak
Mempunyai pengetahuan berkaitan kepelbagaian budaya
Mempunyai pengetahuan berkaitan metodologi pembelajaran dan teori
pendidikan
Mempunyai pengetahuan berkaitan kemahiran dan penggunaan maklumat
Mempunyai pengetahuan berkaitan koleksi bahan PSS dan cara
mengaksesnya
Mempunyai pengetahuan berkaitan kesusasteraan kanak-kanak, media
dan budaya.
9

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan dan


pemasaran.
Mempunyai

pengetahuan

dan

kemahiran

dalam

bidang

teknologi

maklumat dan komunikasi.


Kerjasama antara GPM dan guru adalah amat penting untuk memastikan
perkhidmatan PSS yang maksimum. GPM dan guru perlu bekerjasama untuk
mencapai aspek-aspek berikut:
Membangun, mengurus, melaksana, dan menilai pembelajaran murid
merentas kurikulum
Membangun dan menilai kemahiran maklumat
Membina rancangan pengajaran harian
Menyedia dan melaksanakan kerja kursus atau pembelajaran berasaskan
projek
Menyedia dan melaksanakan program membaca
Mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam kurikulum
Menerangkan kepentingan PSS dan pembacaan kepada ibu bapa.
f. Isu dan Cabaran Guru Perpustakaan dan Media.
Guru Perpustakaan dan Media dulunya dikenali sebagai penyelaras Pusat
Sumber Sekolah. Pelbagai perkara dan perisitwa telah dihadapi dari
membangunkan sebuah perpustakaan yang dulunya sepi, kusam dan
menakutkan kepada sebuah pusat sumber yang ceria, aktif dan mempunyai
kemudahan yang lengkap. Usah dikira waktu bekerja kalau siang sampai jauh
malam, sekolah adalah rumahku, pusat sumber sekolah adalah teman ku,
Guru perpustakaan sering memikirkan idea-idea untuk membuat perubahan.
Kalau difikirkan tenaga entahlah berapa puluh juta kalori telah digunakan dari
mengecat, memotong, mengangkat, menyapu, melabel, memanjat, mengerat,
mengelap, menyusun, mengalih dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan
pusat sumber sekolah. Guru Perpustakaan tiada pembantu hanya temanteman yang faham datang membantu sekali sekala.
Namun sekarang cabaran seorang GPM semakin hebat terasa antaranya.

10

1. Tidak dan kurang mendapat sokongan dari pentadbir sekolah kerana dalam
era digital dan globalisasi ini mereka beranggapan Pusat Sumber Sekolah
tidak penting ke Pusat Sumber hanya membuang masa sahaja.
2. Amalan dan galakan membaca untuk meluaskan ilmu pengetahuan tidak
perlu kerana tiada kena mengena dengan peperiksaan.
3. Sukar mendapat kerjasama kawan-kawan kerana mereka menggangap
GPM seorang yang serbaboleh, mempunyai masa yang banyak dan telah
menjadi tugas dia.
4. Warga sekolah masih kabur dan tidak memahami fungsi Pusat Sumber
dan kaitannya dengan pembangunan keseluruhan sekolah.
5. Kekurangan kursus profesional mengenai pengurusan Pusat Sumber
Sekolah, apatah lagi apabila GPM sering kali bertukar dengan guru-guru
baru disebabkan kenaikan pangkat dan sebagainya.
6. GPM terdedah dengan pelbagai kamahiran bernilai tambah khususnya ICT
yang perlu dikuasai untuk menyayingi kepantasan ledakan maklumat di
kalangan warga sekolah khususnya murid-murid.
g. Nilai Dan Sikap Profesionalisme Guru Perpustakaan dan Media.
GPM adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan
kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada maasa
depan. Maka, peranan yang dimainkan oleh GPM dalam bidang pendidikan
tidak kurang pentingnya. Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku GPM
akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya.
Guru saharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial
yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi ini
akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna.

11

7.1.

Sifat Dan Kualiti Peribadi.


Seseorang GPM yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti
peribadi berikut:1. Baik hati
2. Jenaka
3. Sabar
4. Bertanggungjawab
5. Yakin
6. Kepimpinan

7.2.

Sifat Dan Kualiti Sosial/Tingkah Laku


Di samping menjalankan tugas di perputakaan, GPM juga hendaklah
bekerjasama dengan rakan sejawatnya kerana kemajuan pelajaran
dan pendidikan di antara murid-murid di sekolah bergantung kepada
kerjasama dan muafakat di antara semua golongan guru di sekolah itu.
Oleh yang demikian, konsep guru perpustakaan yang berjaya pada
masa kini bukan hanya ditinjau dari segi sifat dan kualiti peribadi dan
profesional semata-mata, tetapi juga dari segi sosial. Antara sifat dan
kualiti sosial seseorang GPM ialah:1. Budi pekerti
2. Ramah mesra
3. Merendah diri
4. Semangat tinggi
5. Jujur
Mengikut

Nilai-Nilai

Keguruan,

kualiti

sosial

seseorang

GPM

merangkumi inovasi dalam hubungan sosial, berpekerti mulia, mudah


suai, berdaya kepimpinan, kesedaran terhadap persekitaran serta
sikap toleransi. Secara umum, seseorang GPM mempunyai sifat dan
kualiti sosial yang murni dapat diperhatikan daripada keadaan-keadaan
berikut:1. Murid-murid suka berdamping rapat dengannya.
2. Rakan-rakan sejawat suka bergaul dengannya.
12

GPM adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak. GPM memainkan


peranan untuk menyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan bangsa.
GPM merupakan pelita kepada murid-muridnya. Seharusnya GPM
mempunyai segala sifat dan kualiti yang murni dan bernilai tinggi. GPM
perlu menyemai dan memupuk sifat dan kualitinya sendiri di dalam
usaha menjalankan tugasnya sesuai dengan pendidik, pengasuh serta
penyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan bangsa. Hanya GPM
yang memiliki sifat dan kualiti yang murni dan bernilai tinggi sahaja
dapat menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab dengan
sempurna dan penuh dedikasi.
7.3.

Sifat Dan Kualiti Profesional


Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan syarat wajib GPM
yang

bertauliah.

Seseorang

yang

memegang

jawatan

GPM

mempunyai sifat dan kualiti profesional yang menjalankan tugasnya


dengan berkesan. Untuk seorang GPM yang cekap dan berkesan,
GPM seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional seperti
berikut:1. Ingin tahu
2. Pengetahuan ikhtisas
3. Suka membaca
4. Kemahiran bertutur
5. Daya ingatan
6. Daya usaha
Mengikut Nilai-Nilai keguruan, kualiti profesional seseorang GPM
merangkumi semangat berdedikasi, peka kepada perubahan, sedar
tentang keperluan negara, bersikap positif terhadap pembelajaran, dan
mempunyai inovasi dalam tugas

13

h. Program Peningkatan.
Terdapat dua program utama PSS iaitu program galakan membaca dan
literasi maklumat. Semua aktiviti yang dirancang perlu menjurus ke arah
pelaksanaan program ini.
Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan program PSS diselaraskan,
Surat Pekeliling Ikhtisas berikut perlu dipatuhi dan dijadikan panduan:
a)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1983: Perpustakaan Sekolah bertarikh 27


Disember 1983

b)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1988 : Kegiatan Khas Bagi Tahun


Pembaca 1988 bertarikh 20 Januari 1988

c)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca


bertarikh 22 Mei 1998

d)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2000: Tahun Pusat Sumber Sekolah


(PSS) bertarikh 20 April 2000

e)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/2001: Gerakan Membaca di Sekolahsekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri
bertarikh 19 November 2001

f)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2003: Dasar Penggunaan Media dan


Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bertarikh 28 Julai 2003.

g)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005: Memantapkan Budaya Membaca Di


Kalangan Murid Sekolah bertarikh 12 Mei 2005

14

8.1.

Program Galakan Membaca


Program galakan membaca perlu dilaksanakan kerana budaya ilmu
dalam sesebuah masyarakat dapat dibina melalui amalan membaca
yang berterusan. Bagi memantapkan program galakan membaca,
Kementerian

Pelajaran

Malaysia

melaksanakan

pendekatan

pembacaan secara terancang melalui program NILAM (Nadi Ilmu


Amalan Membaca).
8.2.

Literasi Maklumat
Program literasi maklumat perlu dilaksanakan untuk menyedia dan
melengkapkan murid dengan kemahiran tertentu yang diperlukan bagi
menghadapi kehidupan sebenar. Aspek kemahiran yang perlu diberi
penekanan dalam literasi maklumat adalah seperti berikut:
Pentafsiran maklumat
Penghasilan produk yang berkualiti
Pembelajaran kendiri
Penglibatan secara aktif sebagai ahli kumpulan kerj
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara
bertanggungjawab dan beretika
Kemahiran yang menyumbang ke arah pencapaian matlamat literasi
maklumat adalah seperti berikut:

Kemahiran belajar secara kendiri

Kemahiran bekerjasama

Kemahiran merancang

Kemahiran mencari dan mengumpul

Kemahiran memilih dan mentafsir

Kemahiran menyusun dan merekod

Kemahiran komunikasi

Kemahiran menilai

Literasi maklumat perlu dilaksanakan oleh GPM dan semua guru mata
pelajaran secara :

modular

integrasi / merentas kurikulum


15

i. Refleksi.
Semasa menyiapkan tugasan ini, saya terpaksa membahagikan masa yang
panjang untuk menyiapkan beberapa tugasan saya ini. Ini kerana saya terlibat
dengan program ala asrama di sekolah selama 4 hari. Namun begitu
,akhirnya tugasan ini berjaya disiapkan juga dengan bantuan rakan-rakan
seperjuangan MT 1.
Sepanjang pengalaman saya menjadi guru perpustakaan dan media
(GPM),sememangnya telinga sentiasa panas dengan suara-suara sumbang
mengatakan tugas GPM mudah,goyang kaki, waktu mengajar kurang
dan banyak rehat.Persepsi sesetengah guru, tugas Guru Perpustakaan dan
Media (GPM) mungkin dianggap mudah. Peruntukan masa Cuma 12 waktu
seminggu dan mempunyai bilik sendiri iaitu perpustakaan. Tetapi pada
hakikatnya tugas saya sebagai GPM sangat mencabar sebagai pengurus
pusat sumber.

Selain itu dengan ledakan teknologi maklumat yang

terkini,saya perlu mahir dalam bidang teknologi maklumat terkini seperti


membina blog,membuat buletin dan mengemaskini data pinjaman murid
dalam sistem iNILAM secara online. Dan yang palingterbaharu iaitu frogVLE.
Saya juga perlu membantu guru menyediakan bahan bantu mengajar(BBM)
di samping melatih pengawas perpustakaan seramai 18 orang bertugas di
perpustakaan.
Sebagai GPM saya terbeban dengan penyediaan

fail-fail Pusat Sumber

sebanyak 12 fail termasuklah fail NILAM. Saya juga bertindak sebagai pakar
hiasan dalaman bagi menceriakan pusat sumber menggunakan wang poket
sendiri. Tugas GPM tidak terhad di dalam perpustakaan sahaja kerana saya
bertindak sebagai jurugambar sekolah. Segala aktiviti sekolah dirakamkan
dan gambar-gambar yang dirakam itu akan dimasukkan dalam album sekolah
bagi memudahkan guru atau setiausaha program membuat laporan aktiviti.
Saya menghadapi banyak masalah untuk menjadi GPM kerana saya tidak
mempunyai latihan asas sains perpustakaan. Pengurusan sistem fail juga
lemah. Masalah fail merupakan bebanan saya setiap tahun hinggakan
menumpulkan minat saya terhadap pusat sumber. Begitu juga dengan

16

pengurusan kewangan. Saya perlu memikirkan alternatif untuk menambah


sumber kewangan pusat sumber sekolah.
Saya tidak dapat melaksanakan kesemua tugas yang tersenarai kerana saya
juga dilantik sebagai guru kesihatan bagi menjaga kebajikan murid-murid.
Saya juga dilantik sebagai guru Matematik UPSR yang setiap tahun akan
bergelumang dengan anak-anak tahun 6.
Bagi menangani

masalah ini saya berjumpa dengan GPM sekolah yang

berdekatan dan meminta nasihat dan panduan menguruskan fail dan hal-hal
yang berkaitan dengan pusat sumber. Selain itu saya juga berhubung terus
dengan pusat kegiatan guru (PKG) iaitu PKG Sungai Balang,Muar berkaitan
dengan masalah sistem online NILAM.
Selepas menyiapkan tugasan ini,barulah saya menyedari bahawa peranan
GPM penting di sekolah. Oleh itu saya berazam untuk berfikiran positif
terhadap arahan tugasan yang diberikan kepada saya. Tugas saya sebagai
GPM menuntut agar sentiasa menjaga hubungan baik dengan warga sekolah
kerana banyak aktiviti pusat sumber melibatkan mereka. Untuk itu saya
berusaha untuk menjaga emosi saya ketika berurusan dengan guru-guru lain
dan menghormati sebarang pendapat dari mereka.
Secara keseluruhan tugasan ini telah memberi satu suntikan dan input baru
kepada saya tentang tugas GPM. Walaupun tugas GPM terlalu banyak dan
memerlukan pengorbanan masa sama ada di sekolah atau berlarutan di
rumah namun saya suka dengan jawatan GPM ini. Saya berazam untuk
sentiasa bersedia membangunkan PSS sekolah saya agar menjadi contoh
dan ikutan kepada orang lain.

17

Lampiran.

18

19

20

21

22

23

24

Bilbiografi

1. Buku Panduan Tugas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Untuk Guru


Perpustakaan Dan Media Sekolah (GPM) (2007),Bahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah,( 2010 ) Asas Kepimpinan
dan Perkembangan Profesional Guru, Siri Pendidikan Guru, Oxford Fajar
Sdn.Bhd

25

Anda mungkin juga menyukai