Anda di halaman 1dari 3

Memahami Tekanan Udara

Selasa, Julai 30, 2013 Sains Ting 2 1 comment


Apa yang dimaksudkan dengan tekanan udara? Tekanan Udara bermaksud tekanan yang dihasilkan oleh
pelanggaran zarah-zarah udara ke atas permukaan luar dan permukaan dalam sesuatu objek.Bagi lebih
memahami konsep Tekanan Udara, kita perlulah memahami terlebih dahulu Teori Kinetik Jirim. Teori ini
mengatakan bahawa zarah-zarah dalam sesuatu jirim sentiasa bergerak dan berlanggar antara satu sama lain.
Jadi zarah udara yang ada dalam sesuatu objek juga akan berlanggar dengan permukaan dalam, manakala zarah
udara yang ada di luar objek akan berlanggar dengan permukaan luar. Perlanggaran inilah yang menghasilkan
Tekanan Udara.



Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
tekanan udara?
1) Isipadu
Jika udara dimampatkan lagi dengan mengurangkan isipadu bekas, zarah udara akan melanggar dinding bekas
dengan lebih kerap. Ini menyebabkan tekanan bertambah

Isipadu berkurang, Tekanan bertambah

2) Suhu udara
Jika udara dipanaskan, zarah-zarah udara dalam bekas akan memperolehi lebih banyak tenaga dan akan
melanggar dinding bekas dengan lebih kerap. Ini menyebabkan tekanan bertambah

Suhu meningkat, Tekanan meningkat

Aplikasi Prinsip Tekanan Udara Dalam
Kehidupan Harian
Pelbagai peralatan dalam kehidupan seharian kita beroperasi dengan menggunakan prinsip tekanan udara.
Tanpa tekanan udara, banyak peralatan tidak dapat berfungsi dengan seperti yang kita harapkan. Jom kita
tengok bagaimana tekanan udara memainkan peranan untuk membolehkan alat-alat tersebut berfungsi.

1. Penyedut minuman
Apabila udara disedut, kawasan dalam penyedut akan menghasilkan kawasan tekanan rendah. Tekanan udara
yang lebih tinggi di luar akan menolak air masuk ke dalam penyedut minuman.



2. Picagari
Apabila omboh ditarik ke atas, kawasan dengan tekanan rendah terbentuk dalam picagari. Tekanan udara yang
lebih tinggi di luar menolakair masukke dalam picagari.




3. Pam Semburan
Apabila omboh ditolak ke dalam silinder, udara dipancut keluar dengan laju. Satu kawasan tekanan rendah
terbentuk di sekeliling muncung silinder. Keadaan ini menyebabkan tekanan udara yang lebih tinggi di dalam tin
memaksa racun serangga masuk ke dalam tiub logam. Kemudian, racun serangga dipecahkan kepada titisan kecil
oleh udara yang dipancut keluar dengan laju dari silinder.




4. Sifon
Apabila air mengalir dari hujung bawah salur, kawasan tekanan rendah terbentuk di dalam salur. Tekanan udara
yang lebih tinggi di luar menolak air masuk ke sifon.




5. Paip tersumbat
Menekan pam akan memaksa udara yang ada di dalamnya keluar, kemudian membentuk keadaan bertekanan
rendah. Mangkuk getah melekat pada permukaan singki apabila tekanan yang lebih tinggi di luar menekan ke
atasnya. Tekanan yang lebih tinggi di dalam paip menolak kotoran yang tersumbat apabila pam sedutan ditarik
ke atas.




6. Tin dengan dua lubang
Susu dipaksa keluar di salah satu lubang oleh tindakan tekanan udara yang menolak udara ke dalam lubang yang
bertentangan.

Anda mungkin juga menyukai