Anda di halaman 1dari 9

Sistem Peredaran Darah Dalam Badan Manusia

Jumaat, Mac 08, 2013 Sains Ting 3 19 comments


Jantung merupakan antara organ yang paling penting dalam badan manusia.
Jantung juga adalah organ yang tidak pernah berhenti berdegup dalam menjalankan
tugas mengepam darah ke seluruh badan kecuali mati.

Jantung adalah berbentuk kon. Genggam jari anda sebesar penumbuk, dan itulah
lebih kurang saiz jantung kita. Dikatakan bahawa jantung juga akan berhenti
berdegup seketika semasa kita bersin. Jadi, jangan bersin lama-lama, takut nanti
jantung berhenti terus. LOL!
Jantung juga merupakan organ pertama yang tercipta saat pembentukan bayi, iaitu
kira-kira 4 minggu setelah bercantumnya sperma dan ovum. Pusaran cap jari kita
terbentuk kerana pergerakan dan saluran darah semasa kita bayi dulu!

Terdapat 3 jenis salur darah yang ada dalam badan manusia, iaitu kapilari, arteri dan
vena
KAPILARI
Kapirlari adalah salur darah yang paling kecil. Salur darah ini sangat nipis, dan ini
membenarkan berlakunya pertukaran bahan-bahan antara darah dan badan.
ARTERI
Arteri adalah salur darah yang tebal dan membawa darah keluar dari jantung.
Kenapa perlu tebal? Sebab tekanan tinggi diperlukan untuk mengepam darah ke
seluruh badan. Kalau nipis, mungkin salur akan pecah akibat tak mampu
menanggung tekanan tersebut.
VENA
Vena adalah salur darah yang membawa darah ke jantung. Uniknya vena, kerana ia
nya mempunyai struktur "penghalang" disebut sebagai injap. Injap akan menghalang
darah tidak beroksigen daripada berpatah balik dan bercampur dengan darah yang
beroksigen.

Gambar di atas adalah proses yang menerangkan bagaimana darah beredar dalam
badan kita. Hmm susah nak hafal kan? OK, saya dah ringkaskan dalam bentuk
jadual untuk memudahkan penghafalan murid.

Jaga jantung anda dan Selamat mencuba!

Kandungan Darah Manusia


Jumaat, Mac 08, 2013 Kesihatan, Sains Ting 3 82 comments

Mengapa darah berwarna merah?


dan
Apa yang ada dalam darah anda?

Darah sebenarnya terdiri daripada 4 jenis bahan iaitu sel darah merah, sel darah
putih, platlet dan plasma. Darah berwarna merah kerana ada pigmen merah yang
disebut sebagai hemoglobin. Jom tengok satu persatu kandungan dalam darah!

Sel darah merah merupakan sel yang berbentuk cakera dan cembung. Sel ini
berwarna merah kerana mengandungi pigmen (pewarna) merah yang juga dikenali
sebagai hemoglobin. Sel ini tidak bernukleus. Fungsi untuk sel darah merah adalah
untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Jangka hayat bagi sel darah merah
adalah selama 120 hari.

Sel darah putih pula adalah sel yang tidak mempunyai bentuk yang tetap. Bentuk
macam-macam. Namun begitu, sel darah putih mempunyai nukleus. Sel darah putih
berfungsi untuk melawan jangkitan penyakit dengan membunuh bakteria dan juga
mikroorganisma dalam badan dengan penghasilan antibodi. Selain daripada itu, sel
darah putih juga menghasilkan antitoksin. Jangka hayat bagi sel darah putih adalah
selama 2 hari hingga 2 bulan.

Platlet pula adalah kepingan sel pecah yang sangat kecil. Platlet tidak mempunyai
nukleus. Oleh kerana ia nya adalah sel-sel yang pecah, maka ia tidak mempunyai
bentuk yang tetap. Platlet berfungsi untuk membantu dalam pembekuan darah.
Selain daripada itu, platlet juga memulakan proses penyembuhan dan membaiki
luka-luka pada sel.

Akhir sekali adalah plasma, iaitu bendalir yang ada bersama-sama bahan lain untuk
membentuk darah. Plasma sebenarnya adalah 90% air dan 10% bahan terlarut.
Antara bahan terlarut yang ada dalam plasma adalah nutrien, garam mineral, bahan
kumuh, protein terlarut dan juga hormon. Selain daripada itu, plasma juga
mengangkut bahan yang tidak larut dan haba keluar dari badan.

Sistem Pengangkutan Dalam Tumbuhan


Jumaat, Mac 08, 2013 Sains Ting 3 6 comments
Sistem pengangkutan dalam tumbuhan adalah untuk membantu membawa bahanbahan ke seluruh bahagian tumbuhan. Ia nya terdiri daripada tiub-tiub nipis yang
dipanggil berkas vaskular dan boleh ditemui dalam batang, daun dan akar.

Struktur floem berada pada bahagian luar berkas vaskular. Floem berfungsi untuk
mengangkut hasil fotosintesis (glukosa) dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan.
Manakala struktur xilem pula boleh ditemui pada bahagian dalam berkas vaskular.
Xilem berfungsi untuk mengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke daun. Selain
itu ia nya juga memberi sokongan kepada tumbuhan.

Transpirasi pula adalah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran melalui
stomata dalam bentuk wap air.
Air hilang dalam kuantiti kecil melalui penyejatan dari permukaan bunga dan juga
lentisel pada batang.Namun, hampir 90% air hilang adalah dalam bentuk wap air
dan kebanyakkan nya hilang melalui liang-liang kecil pada permukaan daun, yang
dikenali sebagai stomata.
Stomata adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel pengawal
yang berbentuk seperti kacang. Berfungsi untuk membenarkan pertukaran oksigen
dan karbon dioksida semasa fotosintesis dan juga respirasi. Selain itu, stomata juga
berfungsi untuk menyingkirkan wap air semasa transpirasi.

Sistem Perkumuhan Manusia


Jumaat, Februari 22, 2013 Sains Ting 3 5 comments

Perkumuhan

Proses penyingkiran bahan buangan yang berlebihan dalam badan manusia.

Tujuan Perkumuhan
1) Menyingkirkan sisa toksik dan beracun
2) Menyejukkan badan dan membantu mengekalkan suhu badan
3) Mengawal pH badan
4) Mengekalkan keseimbangan kimia dan air
5) Menyingkirkan bahan-bahan berlebihan

Anda mungkin juga menyukai