Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH
EIWAN AZRUL BIN HAMIRUN
07DEP12F2021
TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Buku laporan ini dikemukakan kepada jabatan


kejuruteraan Elektrik
sebagai memenuhi sebahagian dari syarat
penganugerahan
diploma kejuruteraan Elektronik

1|Page

BAB 1

1.1

PENGENALAN

Bagi setiap penuntut POLITEKNIK yang terdapat di Negara ini di wajibkan untuk
menjalani Latihan Industri sama ada mereka ini mengikuti kursus Sijil ataupun Diploma. Ini
adalah syarat yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan POLITEKNIK dan tempoh
Latihan Industri yang ditentukan adalah selama 6 bulan. Semua pelajar akan diberi tempoh ini
untuk menjalani Latihan Industri di mana-mana firma yang mereka pilih sendiri ataupun yang
telah ditentukan oleh pihak pengurusan POLITEKNIK.

Latihan Industri ini dijalankan pada semester yang ketiga bagi Kursus Peringkat Sijil
dan semester keempat bagi Kursus Peringkat Diploma ( kecuali bagi penuntut Kursus
Diploma Sains Kesetiausahaan iaitu bagi semester ketiga ). Penganugerahan Sijil atau
Diploma hanya akan diberikan kepada para pelajar yang telah berjaya menamatkan Latihan
Industri sebelum menyambung semula semester nanti. Ia juga merupakan salah satu syarat
yang di wajibkan untuk penganugerah Sijil mahupun Diploma. Dengan ini para penuntut
POLITEKNIK semua harus memandang serius terhadap Latihan Industri ini dan kita tidak
boleh memandang remeh sahaja. Melalui Latihan Industri inilah kita akan dapat mengetahui
alam pekerjaan yang sebenar-benarnya.

2|Page

1.2

PENDAHULUAN

Latihan industri bagi pelajar yang menjalani kursus Sijil ataupun Diploma adalah satu
langkah yang baik dalam usaha Negara iaitu Malaysia untuk melahirkan ramai tenaga mahir
dan separuh mahir. Melalui Latihan Industri ini para pelajar yang menuntut di Politeknik
dapat menimba kemahiran dan pengalaman yang baru. Malah disamping itu juga, mereka
dapat mempraktikkan teori yang telah dipelajari semasa belajar di tempat pengajian. Ini
kerana ketika apa yang para pelajar belajar di tempat pengajian berbanding semasa menjalani
Latihan Industri ini adalah amat berlainan sekali. Ternyata semasa para pelajar menjalani
Latihan Industri mereka dapat memperolehi banyak ilmu pengetahuan tentang dunia
pekerjaan yang sebenarnya. Dengan ini mereka dapat memantapkan lagi tahap pemikiran
serta kepakaran para pelajar lepasan Politeknik khususnya.

Dunia pekerjaan adalah lebih banyak rintangan dan memerlukan kematangan


seseorang itu dalam melakukan sesuatu tugas yang telah di berikan. Latihan industri menguji
sejauh manakah kebolehan serta kesabaran para pelajar untuk mempraktikkan semula teori
yang telah dipelajari dan merupakan penyediaan diri bagi pelajar sebelum memasuki alam
pekerjaan yang sebenarnya. Ketika di alam pekerjaan nanti para pelajar perlu mempelajari dan
mengetahui lebih banyak kesulitan yang akan menimpa diri kita apabila sudah bekerja kelak.

Oleh itu, buku laporan industri ini adalah gambaran keseluruhan semasa saya
menjalani latihan industri di Pejabat Telekom semporna. Selain itu, saya sertakan juga
penerangan-penerangan bagi sesuatu tajuk yang berkaitan dengan tugas-tugas yang saya
lakukan di Pejabat Telekom Semporna ini.

3|Page

1.3 PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi ke


atas nikmat dan kurniaNya, akhirnya saya dapat menyiapkan laporan Industri dengan lengkap
pada masa yang ditetapkan oleh pihak politeknik. Dalam ruangan ini juga saya ingin
menyampaikan rasa terima kasih saya pada pihak syarikat TELEKOM MALAYSIA
BERHAD kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya selama 5 bulan saya jalani
latihan industri di syarikat tersebut
Jutaan terima kasih juga kepada jurutera-jurutera dan juruteknik-juruteknik Syarikat
TM yang turut membantu memberi tunjuk ajar kepada saya walaupun permulaannya sukar
untuk mereka berkomunikasi dengan saya, dan alhamdulillah saya dapat menimba
pengalaman yang berhaga dan dapat saya guna pakai pada masa akan datang

4|Page

1.4

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri adalah wajib bagi pelajar-pelajar yang sedang menuntut di


POLITEKNIK sebelum layak dipertimbangkan untuk mendapat Sijil dan Diploma di dalam
bidang pengkhususan masing-masing. Kepentingan Latihan Industri ini dapat dilihat apabila
setiap palajar perlu lulus di dalam Latihan Industri sebelum mereka memasuki semester yang
berikutnya.

Para pelajar yang menjalani Latihan Industri ini akan ditempatkan di firma-firma atau
organisasi-organisasi yang sesuai dengan kursus yang di pelajari ketika berada di
POLITEKNIK. Oleh itu, beberapa objektif Latihan Industri ini diadakan adalah :

Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenarnya.


Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan membina perhubungan baik sesama
pekerja.
Untuk memperlihatkan pelajar perkaitan antara teori dan praktikal.
Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan, displin masa dan etika kerja
dalam Latihan Industri.
Untuk memupuk sifat amanah, bertanggungjawab, membina keyakinan diri dan tahan
menghadapi cabaran dunia pekerjaan.
Untuk menyiapkan diri bagi menyediakan satu laporan rasmi setelah tamat Latihan
Industri.

5|Page

1.5

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri mempunyai banyak kepentingannya kepada para pelajar. Tambahan


pula tempoh masa panjang yang di tetapkan oleh pihak POLITEKNIK memberi kelebihan
kepada pelajarnya berbanding dengan industri pengajian lain yang hanya menyediakan ruang
tempoh yang begitu singkat.

Selain itu, Latihan Industri ini membolehkan para pelajar mengaitkan teori-teori
kepada praktikal dan sebaliknya. Sebagai seorang penuntut di POLITEKNIK, teori dan
praktikal adalah dua perkara yang sama penting. Oleh itu, sebagai seorang penuntut amat
penting bagi mereka yang mempraktikkan apa yang telah dipelajari agar tidak berasa kekok
apabila bekerja nanti.

Latihan Industri amat penting kepada para pelajar kerana :

Pelajar dapat berdikari dengan mengenali cabaran dunia luar dan bertemu orang-orang
yang baru di sekeliling mereka.
Mengasah bakat dan minat para pelajar terhadap setiap tugasan yang telah di berikan
oleh penyelia atau kakitangan di syarikat tersebut.
Mematangkan kehidupan serta pemikiran pelajar dalam menempuhi tempoh sepanjang
Latihan Industri tersebut.
Dapat membentuk sahsiah diri dan keterampilan para pelajar kearah yang lebih positif
agar mereka lebih berkeyakinan apabila bekerja kelak.
Mengetahui serta mempelajari lebih mendalam lagi bagaimana sesuatu pekerjaan itu
dilaksanakan dengan sistematik dan bagaimana menyelesaikan masalah yang timbul.

6|Page

7|Page

1.6

RINGKASAN AKTIVITI SEMASA LATIHAN INDUSTRI

Semasa menjalani Latihan Industri di Ibu Sawat Telekom Semporna ini kebanyakan
saya didedahkan kepada pemasangan telefon dan sedikit kerja-kerja pemasangan fiber optik
dan lain-lain. Antara aktiviti dan tugas yang telah saya lakukan di Pejabat ini ialah :

Memasang jumper di kabinet dan MDF


Membaik pulih telefon
Pemasangan komputer
Pemasangan Fiber optik
Loping
Menukar pair dan eside di MDF.

1.7

SKOP LATIHAN INDUSTRI

Semasa saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini, penyelia tidak menetapkan
sesuatu tugas kepada saya. Walaupun saya melakukan sesuatu tugas yang sama setiap hari
tetapi dalam setiap minggu melakukan kerja, saya juga didedahkan dengan tugas-tugas yang
berbeza. Ini kerana penyelia mahu melihat saya mempelbagaikan tugas saya yang banyak
bersangkut paut dengan kursus yang saya ambil iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik. Saya
amat berterima kasih kerana telah mendapat tunjuk ajar daripada penyelia serta rakan-rakan
sekerja sebagaimana yang diharapkan sebelum menghadapi Latihan Industri.

8|Page

1.8 PENYELARASAN

Buku laporan Iatihan Industri ini adalah :

Merupakan satu catatan dari rekod rasmi untuk melaporkan tugasan yang berkaitan
dengan perjalanan Latihan Industri.
Untuk tujuan penyelarasan. Penulisan laporan ini adalah mengambil kira setiap
tugasan mengikut keutamaan yang sistematik dan bersepadu serta laporan disesuaikan
dengan perhubungan semasa agar peningkatan diri di dalam menjalankan
tanggungjawab dan amanah dapat membangun dengan seiringan

9|Page

1.9

OBJEKTIF LAPORAN

Objektif laporan ini adalah untuk menghuraikan apa yang telah dipraktikkan semasa
menjalani Latihan Industri dan juga dapat melihat sejauh manakah kefahaman para pelajar
tentang Latihan Industri sebenarnya.

Selain itu, di dalam laporan ini saya juga turut menceritakan serba sedikit tentang apa
yang saya laksanakan di Ibu sawat Telekom Semporna ini. ini bertujuan untuk dijadikan
sumber rujukan bagi saya serta para pelajar di masa akan datang.

Akhir sekali, laporan ini juga bertujuan sebagai satu rumusan atau kesimpulan tentang
segala aktiviti-aktiviti yang saya lakukan dan pelajari di pejabat ini selama tempoh 6 bulan
ketika menjalani Latihan Industri.

Semoga dengan adanya ilmu serta kemahiran yang diperolehi semasa menjalani
Latihan Industri ini saya berharap semua pelajar dapat mempraktikkan dengan sebaik yang
mungkin. Di samping itu para pelajar dapat membantu Negara melahirkan tenaga pekerja
yang lebih optimis di masa hadapan apabila mereka sudah mendapat pekerjaan kelak.

10 | P a g e

1.10 CARA LAPORAN DISUSUN

Cara yang mudah untuk saya menyusun laporan ini agar nampak lebih kemas supaya
dapat mencapai objektif yang sebenar adalah seperti berikut :

JUN

Mempelajari serta memahami beberapa perkara yang berkaitan dengan segala hal-hal
syarikat.
JULAI

Mula mencari maklumat-maklumat yang di perlukan untuk memuatkan ke dalam buku


Laporan Industri seperti latar belakang syarikat
OGOS

Mencari maklumat yang perlu di tambah untuk dimasukkan ke dalam buku Laporan
Industri iaitu tentang syarikat dan mula merangka isi-isi yang perlu ditaip untuk
laporan ini.
SEPTEMBER

Menaip sedikit sebanyak maklumat yang diperolehi dan disamping itu juga mencari
maklumat tambahan yang diperlukan untuk dimuatkan di dalam laporan ini.
OKTOBER

Meneruskan menaip segala maklumat-maklumat yang diperolehi agar mudah untuk


disusun dan dijadikan buku laporan yang lengkap. Kemudian, menyiapkan isi laporan
kandungan serta lampiran yang perlu dimuatkan.
NOVEMBER

seterusnya menyusun segala maklumat yang telah siap ditaip agar menjadi sebuah
buku laporan sebelum ia dijilid.

11 | P a g e

1.11 JADUAL LATIHAN INDUSTRI

Semasa saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini mereka tidak menyediakan
jadual Latihan Industri yang tetap bagi setiap pelajar. Oleh itu, ini terpulang kepada daya
usaha oleh seseorang pelajar itu untuk melakukan kerja-kerja yang telah disediakan dan kerjakerja sampingan yang diberikan oleh kakitangan mereka.

Pada kebiasaannya, kerja-kerja yang diberikan oleh penyelia turut diberi juga oleh
kakitangan yang lain kerana mereka memerlukan bantuan para pelajar. Antara kerja-kerja
yang biasa saya lakukan ialah, Memasang jumper di MDF, membaik pulih telefon, memasang
komputer,

Saya bersyukur kerana kebanyakkan kerja-kerja yang diberikan adalah berkaitan


dengan bidang yang diambil iaitu elektronik.

12 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai