Anda di halaman 1dari 35

QGJ 3063 SUKAN PERPASUKAN B.

TAMPAR
ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan Permainan

2. Senarai Dan Penerangan Kemahiran Asas

3. Prosedur/Ansur Maju Latihan Kemahiran Asas

4. Justifikasi Pemilihan Latihan

5. Peralatan

6. Rumusan

7. Perkara - Perkara Lain Yang Berkaitan

8. Rujukan

1. PENGENALAN
Sejarah Dan Perkembangan Bola Tampar

Sejarah atau bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun
asal usulnya tidak jelas, tetapi dipercayai bahawa terdapat satu permainan yang hampir
sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika
Tengah, Selatan dan di Asia Tenggara.
Di dalam sebuah buku bertajuk Sports and Games yang di karang oleh Howard
Keith pada tahun 1942 telah menyatakan bahawa bola tampar di Amerika telah
diubahsuai daripada permainan Fraust Ball yang mana telah diperkenalkan di Jerman
pada tahun 1893. pada tahun 1895 David McConnaugh telah memperkenalkan permainan
Minton dan di bawa ke Amerika Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri
yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap
berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.
Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium
Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan
pada tahun 1870-1942 sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang
pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi
untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat
mula,permmainan ini telah menggunakan bola keranjang, bola ini di pukul dengan tangan
supaya ia sentiasa di udara seperti menimbang bola takraw. Kemudian jaring diletakkan
di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki
namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit
kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat
Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak
lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh masyarakat.

Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama
Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896.
Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi Negara pertama
menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan
bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906),
Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke
Eropah.
Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan
permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland (1919)
serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang
daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan.
Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas
telah bermula.
Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah
diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak
persatuan bola tampar ditubuhkan.
Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti
oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium
masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946.
Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah
badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan
tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.

2. Senarai Dan Penerangan Kemahiran Asas


Kemahiran asas dalam sukan amat penting diketahui oleh pemain. Pemain perlu
dimaklumkan tentang perkara ini kerana kemahiran akan terus ditingkatkan dari semasa
ke semasa dan diubahsuai mengikut peringkat dan keadaan sukan itu. Di antara
kemahiran yang penting dalam sukan ini adalah kemahiran yang melibatkan pergerakan
kaki, posture, menyangga, servis, hantaran, umpanan, merejam dan mengadang.
Setiap pemain perlu mempelajari dan menguasai kemahiran asas dalam permainan
bola tampar. Memandangkan ada beberapa kemahiran asas malah saya memilih 4 jenis
kemahiran asas untuk permainan bola tampar. Kemahiran-kemahiran asas yang perlu
dikuasai dalam permainan bola tampar ialah menyangga, servis, hantaran Atas dan
merejam. Latihan secara sistematik dapat meningkatkan taraf kemahiran pemain-pemain
dalam sukan ini.

2.1.

Menyangga

Menyangga ialah kemahiran menerima dan menghantar bola dengan kedua-dua belah
tangan. Kemahiran ini digunakan untuk menahan dan mengawal bola servis atau rejaman
pihak lawan. Keupayaan megawal dan menghantar bola tepat kepada rakan dapat
menghasilkan tindak balas yang berkesan.
Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau 'dig'. Hantaran ini
dilakukan pada aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan (a two-handed
underhand pass) dan merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan
bola tampar. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat
dengan lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan
hantaran atas kepala.

Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk


menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak
lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan
penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan
menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.

Teknik-teknik Menyangga:

Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.

Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.

Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke


hadapan.

Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut


dibengkokkan untuk menerima hantaran.

Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran
sebelum bermain bola.

Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.

Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.

Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.

Kendurkan bahagian atas tubuh.

Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik
oleh ahli pasukan yang lain.

Gambar rajah 2.1 Menyangga

Kemahiran menyangga
Fasa persediaan

Buka kaki seluas bahu.

Kaki dominant di hadapan.

Fleksi lutut dan siku.

Kedua-dua tangan di hadapan badan.

Mata pandang pergerakan bola.

Fasa pelaksanaan

Terima bola di hadapan badan.

Genggam tangan dan luruskan siku.

Ekstensi siku dan lutut semasa kontak bola.

Kontak bola pada kawasan pergelangan tangan.

Mata pandang bola.

Fasa ikut lajak

2.2

Siku kekal lurus.

Mata pandang pergerakan bola dan sasaran.

Mengumpan

Mengumpan ialah kemahiran menghantar dan menyediakan bola untuk memudahkan


rakan sepasukan melakukan rejaman. Mengumpan boleh dilakukan sama ada di tepi
jaring atau di tengah gelanggang mengikut strategi permainan. Kemahiran ini
memerlukan persefahaman yang tinggi antara pengumpan dengan pemain yang akan
melakukan rejaman.
Pukulan mengumpan biasanya dilakukan dalam sentuhan bola yang kedua dalam
permainan. Kemahirann ini bertujuan untuk memberi peluang kepada rakan sepasukan
untuk membuat rejaman. Hantaran atas dianggap sebagai kunci kepada serangan semasa
bermain.
Terdapat dua jenis hantaran atas, iaitu seperti berikut:

i.

Cara berdiri

: hadapan, belakang dan sisi.

ii.

Cara melompat : hadapan dan belakang.

Teknik teknik Melakukan Hantaran Atas :


Prinsip segi tiga digunakan: Jari membentuk segi tiga dengan keduaduaibu jari
sebagai dasar dan jari-jari lain sebagai sisi segi tiga itu. Segi tiga itu dibesarkan
mengikut keselesaan individu, untuk memegang bola dengan baik.
Jari-jari dibuka dan kedudukan siku dikeluarkan sedikit daripada bahu.
Tapak tangan diletakkan 15-20 cm di hadapan muka dan tidak jauh dari dahi.
Bahagian sentuhan bola ialah pada hujung jari. Jangan sekali-kali membiarkan
bola menyentuh tapak tangan.
Satu hantaran atas yang baik akan bergerak melengkung setinggi satu meter di
atas aras jaring.

Terdapat beberapa jenis hantaran atas, iaitu hantaran atas terbuka/tinggi, hantaran
sederhana, hantaran atas meluncur cepat/rejaman selari (shooting), hantaran atas pendek
dan hantaran atas belakang.

2.2.1 Hantaran Atas Terbuka/Tinggi


la merupakan hantaran yang paling banyak digunakan. Bola setinggi sekurang-kurangnya
4.5 meter dan jatuh kira-kira 2/3 meter dari jaring, satu meter dari garis tepi (di luar atau
di dalam gelanggang). Bola yang dihantar dekat dengan jaring mudah dihalang oleh
lawan. Bola yang memuncak tinggi di luar garis tepi memberi kelebihan dari
segikawasan bola mendarat di gelanggang lawan, dan rejaman yang dibuat mudah
melepasi dua pengadang bola.

2.2.2 Hantaran Atas Sederhana


Bola daripada hantaran ini ialah setinggi kira-kira 0.6-0.7 meter dari aras atas jaring.
Ketinggian bertambah mengikut keselesaan dan ketinggian pemain. Bola dihantar ke
kedudukan 3 atau kedudukan 2.

2.2.3 Hantaran Atas Meluncur Cepat

Bola rendah dihantar ke tepi atau ke tengah gelanggang. Bola terbangpada aras yang
berbeza dan titik sentuhan yang baik ialah kira-kira 0.5 meter dariaras atas jaring.
Pukulan dapat dilakukan dengan cara pintasan saja. Hantaran ini memerlukan pengumpan
dan perejam yang baik. Di samping timing, persefahaman yang baik juga diperlukan di
antara pemain pengumpan dan perejam.

2.2.4 Hantaran Atas Pendek


Dalam hantaran ini, ketinggian bola berbeza sehingga 1 meter rnaksimurn. Perejam akan
menunggu bola dan melompat untuk memukulnya. Pengumpan memerlukan hantaran
pertama yang baik untuk mengumpan bola jenis ini. Tangan pengumpan adalah tinggi
dan kedudukannya di atas kepala.

2.2.5 Hantaran Atas Belakang


Kedua-dua belah tangan hendaklah berada di atas kepala.
Tangan digerakkan ke belakang dan badan dilentik ke belakang.
Bola mesti sentiasa di atas kepala.

Pemain hanya melakukan pukulan umpan apabila kedudukan bola melepasi paras kepala.
Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukan pukulan umpan. Hal ini akan
memberi peluang kepada sendi-sendi pemain menyerap dan mengekalkan kelajuan bola.
Daya bola diserap dengan menurunkan sedikit siku dan membengkokkan lutut. Luruskan
kaki dan tangan serentak serta pergelangan tangan dilenturkan untuk menolak bola
dengan bertenaga. Tolakan jari-jari adalah daya yang terakhir dikenakan kepada bola.
Pukulan bola yang baik adalah apabila melambung secara melengkung pada ketinggian
satu hingga 1.5 meter.

Gambar rajah 2.2 Mengumpan


Kemahiran mengumpan
Fasa persediaan

Buka kaki seluas bahu.

Kaki dominan di belakang.

Fleksi lutut dan siku.

Tangan bersedia di atas kepala.

Fasa pelaksanaan

Bergerak ke arah bawah bola.

Buka jari dan kontak bola di atas aras dahi.

Ekstensi tangan dan kaki serentak.

Fleksi pergelangan tangan.

Fasa ikut lajak

2.3

Ekstensi tangan dan keseluruhan badan.

Arahkan tangan pada sasaran. Berdiri di atas bebola kaki.

Merejam

Merejam ialah kemahiran menyerang dengan memukul bola secara kencang ke dalam
gelanggang pihak lawan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan mata servis lawan.
Merejam adalah kemahiran yang kompleks. Pemain perlu mempunyai koordinasi tubuh
yang baik bagi melakukan larian, lompatan, pergerakan di udara, memukul bola dan
mendarat. Rejaman boleh dilakukan dengan baik apabila bola berada dekat dengan jaring.
Pemain barisan belakang hanya boleh melakukan rejaman di belakang garisan serangan.
Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk mendapatkan skor atau mata
dengan membuat pukulan smesyi (smash) ke dalam gelanggang pihak lawan. Pemain
perlu bersedia berdiri berdekatan jaring dan menghadap ke arah bola yang akan dihantar
oleh rakan sepasukan. Semasa bola mula menjunam turun, pemain perlu melompat tinggi

ke udara dan menghayunkan tangan ke atas untuk memukul bola masuk ke dalam
gelanggang pihak lawan.
Pergerakan ini samalah seperti smash dalam permainan badminton. Mata akan
diperolehi seandainya bola tidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan berjaya
menjejaki ke lantai dalam gelanggang. Rejaman bola boleh dibahagikan kepada empat
peringkat seperti Penujuan kejaring, Lonjakan, Pergerakan badan di udara sebelum aksi
memukul bola dan Aksi pukulan bola.

2.3.1 Penujuan
Larian ke hadapan tiga langkah atau dua langkah digunakan mengikut kebiasaan
pemain.
Untuk larian tiga langkah, ia hendaklah bermula dari persimpangan garis serangan
dan garis tepi dengan kaki kiri, diikuti dengan langkah kanan.
Semasa langkah ketiga dibuat dengan langkah kiri, kaki kanan digerak serentak
untuk membolehkan pemain membuat lonjakan ke atas dengan dua kaki.

2.3.2 Lonjakan
Lonjakan dilakukan sejurus tumit berada pada peringkat akhir penujuan atau detik
akhir kaki menyentuh lantai.
Lonjakan bermula dengan sentuhan tumit, diikuti dengan bebola tapak kaki.
Tangan diayun ke hadapan dan diikuti ke atas sekuat mungkin.
Badan diluruskan.
Lonjakan dan pendaratan adalah dengan dua kaki.
Titik lonjakan terbaik ialah pada titik bola 45-50 cm dari bahu kanan.

2.3.3 Pergerakan Badan Sebelum Pukulan


Semasa lonjakan, tangan kanan ke hadapan dan diikuti ke atas. Lengan
dibengkokkan di siku dan dibawa ke belakang telinga dengan siku menghala ke
hadapan.

Tangan kiri menghulur ke arah bola menyebabkan bahu kanan lebih rendah
daripada bahu kiri.
Belakang badan dilentikkan.
Apabila bola hampir dengan tangan kanan, tangan kiri dijatuhkan untuk
menaikkan bahu dan lengan kanan.

2.3.4 Aksi Pukulan


Badan digerakkan ke hadapan, ke arah bola.
Tangan di belakang telinga digerakkan ke atas dan ke hadapan.
Jari-jari dan pergelangan tangan dalam keadaan biasa. Tapak tangan digerakkan
ke hadapan apabila hampir dengan bola dan terus memukulnya.

Gambar Rajah 2.3.1 Rejam Diri

Gambar Rajah 2.3.2


Merejam

Kemahiran merejam
Fasa persediaan

Bergerak ke arah bola yang diumpan.

Ayun kedua-dua belah tangan ke belakang.

Mata pandang bola.

Fleksi kedua-dua lutut.

Lompat dengan kedua-dua belah kaki.

Fasa pelaksanaan

Hiperekstensi ke belakang bahagian bahu semasa melompat.

Kontak bola dengan tangan lurus.

Pukul bahagian atas bola.

Fleksi pergelangan tangan.

Fasa ikut lajak

2.4

Mata pandang pergerakan bola.

Fleksi lutut semasa mendarat.

Servis

Servis adalah suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan
bola dihantar dari kawasan servis oleh seorang pemain yang memegang giliran untuk
melakukan untuk melakukan servis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang
terpenting yang perlu dikuasai oleh semua pemain.

Kepentingan servis antaranya ialah mengikut peraturan permainan bola tampar,


sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor.
Oleh itu pasukan yang memiliki pemain handal membuat servis berpeluang untuk
mendapatkan skor dan mengekalkan servis.

Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu,


pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar
olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah
daripada pasukan lawan yang menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan
seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).

2.4.1 Servis bawah bahu atau Servis Cedok (the underarm serve).
Servis yang baik akan meletakkan pasukan lawan dalam keadaan bertahan dan tidak
mampu membuat serangan. Penempatan bola yang baik, pergerakan bola yang susah
dijangka dan kelajuan bola yang tinggi atau gabungan faktor-faktor itu merupakan asas
dan unsur yang penting bagi servis yang berkesan.
Terdapat pelbagai cara pukulan servis. Servis bawah bahu merupakan servis yang tepat
dan mudah dipelajari pemain.

Teknik-teknik:
Berdirilah secara sisi dengan bahu kiri mengadap jaring (jika memukul bola
dengan tangan kanan). Buka kaki seluas bahu. Tangan kiri memegang di bahagian
bawah bola. Tangan kanan pula menyokong kedudukan bola.
Genggam tangan kanan dan tangan tersebut ditarik ke belakang. Genggam tangan
memberi permukaan luas untuk pemain memukul bola.
Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan apabila pemain menghayun tangan ke
hadapan. Bola yang berada di tangan kiri dilepaskan sebelum tangan kanan
menyentuh bola.
Bahagian bawah bola dipukul sambil membuat hayunan lajak ke arah sasaran.

Gambar Rajah 2.4.1 Servis Bawah Bahu


Kemahiran Servis bawah bahu atau Servis Cedok
Fasa persediaan

Buka kaki seluas bahu.

Kaki dominan di belakang.

Fleksi lutut.

Pegang bola dengan tangan bukan dominan pada paras pinggang.

Pandang bola dan arah sasaran.

Genggam tangan memukul.

Fasa pelaksanaan

Ayun tangan memukul ke belakang. Berat badan pada kaki belakang.

Lambung bola.

Ayun tangan memukul ke hadapan. Pindah berat badan pada kaki


hadapan.

Kontak bola pada paras pinggang.

Pukul bola dengan pangkal tapak tangan. Kunci pergelangan tangan.

Fasa ikut lajak

Berat badan pada kaki hadapan.

Tangan ikut lajak.

2.3.2 Servis Atas Kepala

Untuk mengawal servis, pemain harus mengubah arah bola dan jarak servis (panjang atau
pendek) menerusi latihan-latihan tertentu. Perubahan arah (lurus atau pepenjuru)
dilakukan dengan mengubah kedudukan hujung kaki hadapan, bukan dengan mengubah
lambungan atau pergerakan tangan. Mengubah atau menukar kelajuan dan perubahan
arah secara tiba-tiba sememangnya berkesan tetapi servis yang cepat mungkin
menyebabkan kesalahan. Kedudukan kaki semasa membuat servis lurus dan servis
pepenjuru dengan tujuan menukar arah bola .

Dalam servis ini, bola akan dilambung ke atas seperti dalam permainan tenis, dan
tangan yang satu lagi akan terus memukul sebaik sahaja bola menurun. Pemain terutama
sekali pemain baru, harus berhati-hati kerana bola daripada servis ini mudah terjejas ke
jaring atau gagal menemu sasaran. Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak
lawan tertekan dan sukar untuk memainkan bola. Perlakuan servis atas bahu menyerupai
servis dalam permainan tenis.

Teknik-teknik:
Pemain perlu berdiri secara sisi ke arah jaring. Kaki dibuka seluas bahu. Pemain
perlu memegang bola di hadapan paras mata.
Gerakkan badan ke kaki belakang. Lambung bola pada ketinggian kira-kira 30-45
cm dari tapak tangan, dan hayun tangan yang memukul ke belakang bahu.
Berat badan dipindahkan kehadapan kaki pemain dan tangan menghayun
memukul ke hadapan. Sentuh bola di atas ketinggian kepala.
Pastikan ketika menyentuh bola, lengan tangan yang memukul berkeadaan lurus
dan tapak tangan dikeraskan.

Servis-servis lain yang digunakan terutama oleh pemain yang sudah mahir pula adalah
seperti berikut:
i.

Servis apungan (floater).

ii.

Servis cangkuk (hask/windmill/roundhouse).

Kemahiran Servis Atas Kepala


Fasa persediaan

iii.

Buka kaki seluas bahu.

Kaki dominan di belakang.

Pegang bola dengan tangan bukan dominan di hadapan badan.

Letak tangan memukul di atas bola.

Pandang bola dan arah sasaran.

Servis berpusing atas tangan.


Gambar Rajah 2.4.2 Servis Atas Kepala

Fasa pelaksanaan

Ayun tangan memukul ke belakang dan lambung bola serentak.

Kontak bola pada aras atau kepala.

Tangan memukul lurus semasa kontak bola.

Pukul gena tapak tangan. Kunci pergelangan tangan.

Fasa ikut lajak

Berat badan pada kaki hadapan.

Fleksi pergelangan tangan dan ikut lajak.

3. Prosedur/ansur maju latihan kemahiran asas


3.1 Latihan Membuat Menyangga

i.

Perseorangan. Dalam kedudukan berdiri, pemain melambungkan bola kemudian


membengkokkan lutut untuk menerima bola selepas ia melantun dari lantai
gelanggang. Pemain menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menerima bola
dengan postur hantaran bawah yang betul. (rajah 3.1)

Rajah 3.1

ii.

Berpasangan. Pemain A bersedia dalam kedudukan melutut dan kedua-dua tangan


dalam kedudukan menerima bola, terletak di antara dua kaki. Pemain A
mengayunkan tangan ke atas untuk memukul bola yang dilepaskan oleh pemain B

Rajah 3.2

dari paras tertinggi. Titik sentuhan bola ialah sebelum tangan selari dengan
lantai. (rajah 3.2)

iii.

Berpasangan. Pemain A melambung bola tinggi supaya ia melantun kira-kira satu


meter di hadapan pemain B. Pemain B merendahkan badan dalam postur hantaran

Rajah 3.3

bawah dan memukul bola kepada A. Ini diulang sebanyak 10 kali dan kemudian
bertukar peranan antara kedua-dua pemain. (rajah 3.3)
iv.

Berpasangan. Pemain A memulakan latihan dengan melambung bola kepada


pemain B. Pemain B membuat hantaran bawah selepas bola melantun dari
lantai.Pemain A juga berbuat demikian. Latihan ini boleh diteruskan sehingga

Rajah 3.4

diberi isyarat oleh jurulatih. (rajah 3.4)

v.

Berpasangan. Pemain A melambung bola kepada pemain B .Pemain B bergerak


untuk menyambut bola dengan membuat hantaran bawah semasa bola masih di
udara. Tukar peranan selepas 10 hantaran. (rajah 3.5)

Rajah 3.5

vi.

Berpasangan. Pemain A dan B membuat hantaran bawah bertubi-tubi supaya bola


tidak terjatuh. Bilangan hantaran yang dapat dilakukan dikira sebelum bola
terjatuh. (rajah 3.6)

vii.

Berpasangan .Dalam latihan ini,anda boleh gunakan bola tampar atau bola jaring
atau bola keranjang. Pemain akan menerima bola dengan kedua-dua tangan,
menghantarnya dengan hantaran bawah dan terus merendahkan badan untuk
Rajah 3.6

Rajah 3.7

menggulingkan bola. Perlakuan ini diulang sehingga isyarat diberikan oleh


jurulatih. (rajah 3.7)

viii.

Berpasangan Pemain menerima bola dengan kedua-dua tangan, diikuti dengan


tangan kanan, tangan kiri dan kemudian dengan dua belah tangan sekali lagi.Ini
diulang secara bergilir-gilir sehingga diberi isyarat untuk berhenti oleh jurulatih.

ix.

Berpasangan. Pemain menerima bola dengan memukulnya ke atas di hadapan diri


sendiri, diikuti dengan pukulan ke arah rakan latihan, iaitu pemain A. Ini diulang
secara bergilir-gilir sehingga diberi isyarat untuk berhenti oleh jurulatih.

x.

Berpasangan. Pemain membuat hantaran bawah semasa bergerak ke hadapan,


belakang dan sisi. Pemain melambung bola secara bergilir-gilir.

3.2 Latihan Membuat Mengumpan


i.

Perseorangan. Pemain melambung bola tinggi ke atas dengan postur hantaran atas
dan menangkap bola dengan postur yang sama. Ulang sebanyak 10 kali. (rajah 3.8)

Rajah 3.8

ii.

Perseorangan Pemain melambung bola ke atas dengan postur hantaran atas dan
menyambut bola selepas ia melantun daripada lantai. Ulangi sebanyak 10
kali. (rajah 3.9)

Rajah 3.9

iii.

Berpasangan. Pemain A melambung bola lalu ditangkap oleh pemain B. Pemain


B akan terus melambung tinggi ke atas untuk ditangkap oleh pemain A. Keduadua pemain membuat lambungan dan tangkapan secara berglir-gilir dengan postur
hantaran atas. Ulangi sebanyak 10 kali. (rajah 3.10)

Rajah 3.10

iv.

Berpasangan. Perlakuan yang sama seperti latihan 3 tetapi bola dilambung dan
ditangkap oleh pemain B hanya selepas bola melantun daripada lantai. Lakukan
latihan tersebut secara bergilir-gilir sebanyak 10 kali. (rajah 3.11)

Rajah 3.11

v.

Berpasangan. Pemain A melambung bola kepada pemain B. Pemain B membuat

hantaran atas tanpa menangkapnya. Cuba perhatikan bahawa bola tidak terjatuh.
Perlakuan ini diulang sebanyak 10 kali sebelum kedua-dua pemain bertukar
peranan. (rajah 3.12)

vi.

Berpasangan Latihan dimulakan dengan pemain A melambung bola Pemain B


membuat hantaran terus kepada A dan hantaran dibuat berulang-ulang dengan
hantaran dipastikan tinggi.Teruskan latihan sehingga Rajah
diberi 3.12
isyarat oleh
jurulatih. (rajah 3.13)

Rajah 3.13

vii.

Berpasangan Pemain A melambung bola ke hadapan pemain B .Pemain bergerak


pantas ke bawah bola untuk menerimanya, tangkap dan tolak bola kepada pemain
A. Ulang sebanyak 10 kali dan tukar peranan antara kedua-dua pemain.

viii.

Berpasangan.Ulang latihan 7 dengan menghantar bola ke kiri dan ke kanan antara


kedua-dua pemain .(rajah 3.14)

Rajah 3.14

ix.

Berpasangan

Ulang

latihan

dan

Dalam

latihan

terus menghantarkan bola tanpa menangkapkan terlebih dahulu.

3.3 Latihan Membuat Servis

ini,

penerima

Latihan servis patut dilakukan pada permulaan, petengahan dan akhir sesi latihan
untuk menyesuaikan diri pemain dengan suasana permainan sebenar.

i.

Servis dilakukan ke arah dinding melepasi garisan 7m. Latihan dimulakan pada
jarak 3m, 6m dan seterusnya 9m. Latihan diadakan secara berseorangan . (rajah
3.15)

ii.

Servis dilakukan secara berpasangan daripada garisan tepi gelanggang.


Pemain melakukan servis secara bergilir-gilir. (rajah 3.16)

Rajah 3.15

iii.

Rajah 3.16

Dalam latihan ini,servis dilakukan secara berpasangan dan bola dipukul melepasi
jaring. Servis bermula pada jarak 3m, 6m dan 9m. (rajah 3.17)

iv.

Untuk latihan ini, tali direntang 1 meter di atas jaring. Servis dilakukan
secara berpasangan dan bola mesti melepasi ruang antara paras atas jaring dan tali
1 meter tersebut. (rajah 3.18)

Rajah 3.17
v.

Rajah 3.18

Pemain melakukan servis dan menghantar bola ke gelanggang lawan yang


telah dipetakkan dan dinomborkan 1-6. Pemain melakukan servis sercara

berseorangan mengikut giliran dan menghantar bola ke petak-petak tersebut


mengikut turutan nombor dari 1 hingga 6 . (rajah 3.19)

vi.

Servis dibuat melepasi jaring dan dihantar ke tempat yang ditetapkan iaitu
di tempat rakannya berdiri. Rakan pasangan ditugaskan mengutip bola dan
bertukar peranan setiap lima servis. Bola yang dikutip dileret ke arah pembuat
servis. (rajah 3.20)

Rajah 3.19

vii.

Rajah 3.20

Latihan servis ini dilakukan mengikut kumpulan dengan bilangan pemain antara
empat atau enam orang. Pemain melakukan servis secara serentak tetapi mengikut
giliran daripada seorang ke seorang pemain. Bola yang masuk ke gelanggang
pihak lawan termasuk bola yang menyentuh jaring adalah dikira. Masa tiga minit
diberi dan bilangan servis yang berjaya dikira. Ulang latihan sebanyak dua kali.

viii.

Latihan ini dilakukan tanpa giliran, pemain melakukan servis sebanyak mungkin
dalam tempoh tiga minit. Dua orang pemain ditugaskan untuk mengira bilangan
bola yang berjaya dihantar ke gelanggang pihak lawan. Manakala dua orang
pemain pula ditugaskan untuk mengutip bola.

3.4 Latihan Membuat Merejam


1. Latihan penujuan secara perseorangan

a. Pemain berdiri dalam satu barisan di belakang garisan serang. Apabila isyarat
diberikan oleh jurulatih, penujuan tiga langkah ke hadapan dilakukan oleh semua
pemain.

b.Latihan (1) diulangi dengan pemain menghadap jaring dan berdiri pada garisan

serang dalam tiga atau dua barisan. Selepas isyarat diberi, pemain di hadapan akan
membuat penujuan tiga langkah dan selepas itu bergerak untuk berbaris di
belakang. (rajah 3.21- a)

c. Latihan yang sama seperti (2) diulangi dengan pemain berada dalam dua barisan.
Pemain membuat penujuan mengikut giliran dari kedudukan di luar gelanggang.
(rajah 3.21- b)

Rajah 3.21-a

Rajah 3.21b

2. Latihan memukul bola berpasangan. Pemain B memegang bola dengan


menghulurkan tangan ke atas. Pemain A memukul bola dengan gaya merejam.
Perlakuan memukul diulang sebanyak 10 kali dan selepas itu kedua-dua
pemain bertukar peranan .(rajah 3.22)
3. Merejam bola yang dipegang secara berpasangan. Pemain A meletakkan bola
di satu tapak tangan dan menghulurkannya ke atas untuk pemain B
membuat rejaman. Ulang sebanyak 10 kali dan tukar peranan. (rajah 3.23)

Rajah 3.22

Rajah 3.23

4. Melompat dan menangkap bola secara perseorangan. Pemain melambung bola


ke atas, lalu melompat dan menangkapnya pada takat tertinggi dengan
gaya rejaman iaitu menggunakan satu tapak tangan di hadapan bola dan satu lagi
di belakang. Ulang perlakuan sebanyak 10 kali. (rajah 3.24)

Rajah 3.24

5.Melambung dan menangkap bola secara berpasangan. Pemain A melambung bola


untuk pemain B. Pemain B melompat dan menangkap bola dengan gaya rejaman
dari luar gelanggang seperti latihan (4).

6.Melompat dan menangkap bola yang selari dengan jaring. Jurulatih melambung
bola selari dengan jaring kepada pemain B. Pemain B berlari menuju jaring,
melompat dan menangkap bola dengan gaya rejaman.

7. Merejam bola yang dilambung. Perlakuan adalah sama seperti latihan (6), tetapi
pemain memukul bola perlahan. Ketinggian bola adalah lebih kurang satu meter
dari aras atas jaring. (rajah 3.25)

Rajah 3.25

8. Merejam kuat bola yang dilambung. Ulang latihan (7). Tetapi dalam latihan ini bola
dipukul dengan lebih kuat lagi.

4.

Justifikasi Pemilihan Latihan


Bola tampar ialah permainan berpasukan. Permainan ini dimainkan oleh dua

pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada enam pemain dan enam orang pemain simpanan.
Objektif permainan bola tampar ialah mendapatkan mata yang diperolehi apabila
meletakkan bola di kawasan lawan. Oleh itu, kemahiran-kemahiran asas perlu dikuasai
oleh pemain bagi mecapai objektif permainan. Mengikut pilihan pilihan kemahiran asas
diberikan latihan adalah disebabkan:

4.1 Justifikasi Pemilihan Kemahiran Menyangga/Dig

Hantaran jenis ini menggunakan kedua belah tangan (a two handed underhand pass).
Kegunaannya adalah untuk menerima servis, hantaran, dan serangan pihak lawan.
Kemahiran ini juga diaplikasikan apabila semasa bola berada terlalu dekat lantai dan
pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas
kepala. Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan , menyelamatkan
hantaran, dan mengawal bola.
Kebaikan Menyangga
I.
II.

Kemahiran menyangga digunakan sebagai teknik menahan .


Kemahiran menyangga boleh menyelamatkan hantaran dan mengawal bola.

4.2 Justifikasi Pemilihan Kemahiran Mengumpan

Mengumpan ialah kemahiran menghantar dan menyediakan bola untuk memudahkan


rakan sepasukan melakukan rejaman. Dalam situasi pertandingan, kebiasaannya,
seseorang pemain akan diberi tugas untuk melakukan umpanan. Tanpa umpanan yang
baik dan tepat daripada setter, ia akan menyulitkan perejam.
Kebaikan Mengumpan
I.

Mengumpan akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada
rakannya bagi membolehkannya pasukan membuat rejaman untuk memperolehi
mata.

II.
III.

Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap persefahaman yang tinggi.


Pengumpan tahu akan arah dan corak lambungan bola yang dikehendaki perejam
sebelum dia membuat rejaman.

4.3

Justifikasi Pemilihan Kemahiran Merejam

Kemahiran merejam digunakan oleh pasukan serangan untuk mendapatkan mata atau
skor. Ia adalah bola yang dihantar dengan membuat smesy ke bawah gelanggang pihak
lawan. Perejam berdiri dekat jaring, menghadap arah dari mana bola akan tiba. Semasa
bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan menghayun tangan kanan
atau kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah ke dalam gelanggang pihak lawan.
Kebaikan Merejam
I.

Menahan dan menghalang serangan daripada kemahiran merejam oleh pihak


lawan.

II.
III.

Menghadang lintasan bola untuk dibalikkan semula ke gelanggang lawan


Mendapatkan skor atau mata dengan menggagalkan percubaan rejaman oleh
pihak lawan.

IV.

Mengurangkan kelajuan dan memesongkan bola kepada pemain pasukan sendiri

4.4 Justifikasi Pemilihan Kemahiran Servis

Servis merupakan suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola
dari kawasan servis oleh seorang pemain, iaitu peservis. Ia juga merupakan salah satu
kemahiran terpenting untuk dikuasi oleh semua pemain. Servis bukan sahaja sebagai
pemula permainan, bahkan boleh dianggap sebagai faktor serangan yang berkuasa jika ia
digunakan dengan sebaiknya.
Kebaikan Servis
I.

Pasukan yang mempunyai peservis yang mahir akan mempunyai kelebihan untuk
mendapat skor yang dan mengekalkan servis.

II.

Setiap servis yang kuat boleh memaksa penerima yang lemah membuat kesilapan
seperti terlepas, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass)

5.

KEMUDAHAN DAN PERALATAN BOLA TAMPAR

Bola tampar boleh dimainkan di luar atau di dalam dewan. Semua ukuran peralatan yang
digunakan dalam permainan ini adalah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan
oleh Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB)
A. Gelanggang
Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simen atau
sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola tampar juga
boleh dibuat di atas padang rumput dan permukaan tanah liat.

B. Tiang, Jaring dan Antena


Tiang yang digunakan perlu berbentuk silinder. Ketinggian tiang dan jaring adalah
mengikut peringkat umur dan jantina. Jaring diikat pada dua batang tiang yang berada di
luar gelanggang. Ketinggian jaring diukur pada bahagian tengahnya. Sepasang antena
diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepi gelanggang. Antena
diwarnakan putih berbelang merah.
Kategori Pertandingan

Ketinggian Jaring

Lelaki bawah 18 tahun

2.43 m

Perempuan bawah 18 tahun

2.24 m

Lelaki bawah 15 tahun

2.25 m

Perempuan bawah 15 tahun

2.10 m

C. Bola
Taraf
Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada satu lapisan kulit atau kulit sintetik
yang fleksibel dengan satu pundi dalamannya diperbuat daripada getah atau bahan yang
sama. Warnanya boleh seragam dan cerah atau kombinasi warna-warni. Lilitannya adalah
65-67 cm dan jisimnya 260-280 g. tekanan udara ialah 0.30-0.325 kg/cm2

Keseragaman Bola
Semua bola yang digunakan dalam satu-satu perlawanan mesti mempunyai taraf yang
sama dari segi lilitan, berat, tekanan udara,dan jenis warna. Pertandingan Rasmi dan
Dunia FIVB termasuk Kejohanan Kebangsaan atau Liga mesti menggunakan bola
kelulusan FIVB kecuali dengan persetujuan FIVB.

Dimensi bola tampar

6.

Rumusan
Pada masa kini, bola tampar sangat popular sebagai permainan rekreasi di

kalangan Liga dalam pertubuhan perniagaan, masyarakat dan program intramural sekolah.
Bola tampar merupakan suatu permainan bukan sahaja untuk pertandingan
malah untuk kecergasan dan riadah. Permainan ini terkenal di seluruh dunia kerana ia
adalah sukan untuk orang ramai termasuk orang yang cacat anggotanya. Permainan ini
boleh dimainkan di mana-mana sahaja: di taman, di tepi pantai atau di kawasan lapang.
Bola tampar merupakan permainan berpasukan tanpa sentuhan fizikal dan dengan itu
mengurangkan kecenderaan individu dan menambahkan keseronokan bermain.
Kita perlu menguasai semua kemahiran asas permainan bola tampar untuk
menjadi pemain yang baik. Sebagai sebuah pasukan, setiap pemain perlu bekerjasama,
cepat dan bijak membuat keputusan ketika beraksi menentang pihak lawan. Pengetahuan
berkaitan permainan bola tampar akan melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi,
membentuk sikap pemain yang berdisiplin dan beretika.
Ciri-ciri permainan ini membolehkan peminatnya untuk menceburkan diri tanpa
mengira tahap kecekapan. Sama ada ia dimainkan semasa perkelahan atau dalam

pertandingan

peringkat

antarabangsa.

Permainan

ini

tetap

pantas,

bertenaga,

menyeronokkan dan mencabar. Bola tampar boleh dianggap sebagai sukan sepanjang
hayat dan ia boleh diserapkan kepada semua peringkat umur dan kemahiran.

7.

Perkara-perkara lain yang berkaitan

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undang Persatuan Bola
Tampar Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan Sekolahsekolah Malaysia (MSSM). Antara undang-undang asas permainan bola tampar adalah
seperti berikut:
1) Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil
pertama dan pengadil kedua.
2) Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang pemain
dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar.
3) Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel.
4) Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah.
5) Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang.
6) Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh
bola dengan mana-mana bahagian badan.
7) Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga
sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak
termasuk sentuhan bagi mengadang.
8) Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan.
9) Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan
serangan.
10) Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jarring atau memasuki
kawasan pihak lawan.
11) Setiap pasukan boleh meminta dua kali time out dalam satu set permainan
dengan kebenaran pengadil.

12) Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan
bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti
dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula.
13) Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong.
Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk
menentukan kemenangan.
14) Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua mata
diperlukan untuk menentukan kemenangan
15) Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan
permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan.

FORMAT KIRAAN MATA


Perlawanan akan dijalankan dalam 5 set permainan untuk setiap perlawanan di mana
pasukan yang memenangi 3 set terdahulu daripada 5 set dikira memenangi perlawanan.
Bagi setiap perlawanan, kiraan mata penamat ialah 25 dengan kelebihan sekurangkurangnya 2 mata. Di dalam kes 24-24 tie, permainan diteruskan sehingga 2 mata dicapai
sebagai contoh (26 - 24/27-25).
Bagi setiap perlawanan yang berlarutan sehingga set ke 5, mata penamatnya adalah 15
mata dengan kelebihan sekurang-kurangnya 2 mata.
Berikut adalah sistem pemberian mata :o MENANG = 3 MATA
o KALAH = 0 MATA
Sekiranya pada akhir perlawanan pusingan awal terdapat (2) atau lebih pasukan yang
mempunyai mata yang sama, maka cara menentukan kedudukan akan dibuat mengikut
bilangan set kemenangan tertinggi sepanjang kejohanan.

Kesalahan-kesalahan Dalam Memainkan Bola

Pukulan Empat Kali :

Sesuatu

sebanyakempat

pasukan
kali

didapati
(tidak

melakukan

termasuk

kesalahan

bola

yang

jika

memukul

dihadang)

bola

sebelum

menghantarkannyasemula ke pihak lawan.

Bola Dipegang :

Kesalahan berlaku jika seseorang pemain didapati tidak memukul bola dengan

jelas atau memegang dan melambung bola.

Sentuhan Dua Kali

Kesalahan juga berlaku apabila seseorang pemain memukul bola dua kaliberturut-

turut atau bola itu menyentuh beberapa bahagian badan secara berturut-turut .

Menyeberangi Jaring

Semasa mengadang, seseorang pengadang boleh menyentuh bola pihak

lawantanpa mengganggu pemain pihak lawan sebelum atau semasa pihak lawanmembuat
pukulan serang.

9. Rujukan
1. Kemahiran Asas Sukan: Bola Tampar-Borhannudin Abdullah , Salleh Mohamed
Sheh , Mohamad Razali Abdullah .PENERBIT:DBP TAHUN TERBITAN: 2013
2. http://ameeroza.blogspot.com/
3. https://www.google.com.my/search?es_sm=93&biw=1366&bih=667&noj=1&tb
m=isch&sa=1&q=merejam+bola+bersendirian+bola+tampar&oq=merejam+bola
+bersendirian+bola+tampar&gs_l=img.3...44541.48725.0.49089.12.12.0.0.0.0.42
3.423.4-1.1.0....0...1c.1.58.img..12.0.0.3BYjdFIDyWU#imgdii=_
4. http://www.slideshare.net/Szami/1-present-bola-tampar
5. http://www.slideshare.net/sandracillarinduh/kepegawaian-dalam-sukan-bolatampar
6. http://www.slideshare.net/gtabbas/chegu-abbas-undangundang-dan-peraturanbola-tampar
7. http://www.slideshare.net/BongTong/bola-tampar-2-form-3-pj-folio
8. http://www.slideshare.net/gtabbas/chegu-abbas-nota-bola-tampar-2
9. http://www.slideshare.net/gtabbas/chegu-abbas-nota-bola-tampar-3?related=3
10. Siri Kokurikulum Bola Tampar by Junaidah Salehudin. 2006. Puchong, Selangor.
Karisma Publications snd. Bhd.
11. www.dawama.com by Kemahiran Asas Sukan: Bola Tampar
12. Volleyball Steps to Success.by Bonnie Kenny & Cindy Gregory. 2006. United
States of America. Human Kinetics.
13. http://www.slideshare.net/muzlimi/bola-tampar-sekolah-menengah

Anda mungkin juga menyukai