Anda di halaman 1dari 2

ISLAMIC LINK

http://sunnah.tv/video
http://www.onewaytoparadise.net
http://www.drfathulbari.com
http://www.ilmusalaf.com
http://www.ilmusunnah.com
http://fiqh-sunnah.blogspot.com
http://an-nawawi.blogspot.com
http://mromi.wordpress.com
http://ustazidrissulaiman.wordpress.com
http://fadlan-mohd-othman.blogspot.com
http://mashoori.wordpress.com
http://www.imamsyafie.com
http://bahaya-syirik.blogspot.com
http://www.fatwa-online.com
https://www.sayingsofthesalaf.net
http://www.abuaqifstudio.com

DITERBITKAN OLEH :
GRUP DAKWAH JALANAN

Beberapa Pendapat Imam


Syafie
Apabila disebut nama Imam Syafie, rata-rata umat
Islam mengenalinya. Apatah lagi di negara seperti
Malaysia, yang majoriti umat Islam bermazhab Syafie.
Pun begitu, ada pendapat atau pegangan Imam besar
ini yang tidak popular di negara kita, atau sengaja tidak
dipopularkan. Antaranya:
1) Imam Syafie beraqidah Allah Taala berada di
atas Arasy.
Imam Syafie berkata: Pegangan dalam sunnah yang
aku berada di atasnya, dan dipegang oleh mereka
yang aku temui seperti Sufian, Malik dan lain-lain ialah
menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar
selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah,
dan Allah berada di atas arasyNya di langitNya,
mendekati makhlukNya sebagaimana Dia kehendaki,
turun ke langit dunia sebagaimana Dia kehendaki.
Al-Uluw oleh Al-Zahabi (hlmn: 165), Ijtima Al-Juyusy
Al-Islamiyyah (hlmn: 165).
2) Imam Syafie menegaskan kewajipan beriman
dengan segala sifat Allah, dan sifat Allah
hendaklah dipelajari melalui syarak, bukan dengan
akal.
Kata Imam Syafie: Allah Taala mempunyai
nama-nama dan sifat-sifat. Tidak boleh seseorang pun
menolaknya. Sesiapa yang menyalahi selepas tertegak
hujah di hadapannya, maka dia menjadi kufur.
Manakala sebelum tertegaknya hujah, dia dimaafkan
dengan alasan jahil. Kerana ilmu tentangnya tidak
dapat diperolehi dengan akal, pandangan, dan fikiran.
(Fathul Bari 20/494)

Ibn Katsir berkata, Daripada ayat yang mulia ini, Imam


Syafie -rahimahullah- dan mereka yang mengikutinya
mengeluarkan hukum bahawa pahala hadiah bacaan (Al
-Quran) tidak sampai kepada orang-orang yang mati.
(Tafsir Ibn Katsir: 7/465).
4) Imam Syafie melarang bersembahyang
berimamkan orang Syiah.
Al-Buwaitiy (murid Imam Syafie) bertanya kepada Imam
Syafie, Bolehkah aku bersembahyang di belakang
orang Syiah?
Imam Syafie berkata, Jangan bersembahyang di
belakang orang Syiah, orang Qadariyyah, dan orang
Murjiah
Al-Buwaitiy bertanya pula tentang sifat-sifat mereka.
Lalu Imam Syafie menyifatkan, Sesiapa yang
mengatakan Abu Bakr dan Umar bukan imam, maka dia
Syiah. (Siyar Alam Al-Nubala 10/31).
5) Imam Syafie mencela kumpulan sufi.
Imam Syafie berkata: Kalau seorang lelaki bertasauf
pada awal pagi, tidak sampai waktu Zohor kamu akan
mendapati dia sudah menjadi bebal. (Manaqib AlSyafie 2/208)
Kata beliau lagi: Tidak ada seorang pun melazimi
golongan sufi selama 40 hari, kemudian akalnya boleh
kembali (seperti sediakala). (Talbis Iblis: 371)
Kata beliau lagi: Seorang sufi tidak menjadi sufi melainkan ada padanya empat sifat:
- sangat malas
- banyak makan
- banyak tidur
- banyak cakap kosong.

3) Imam Syafie berpendapat pahala bacaan AlQuran tidak sampai kepada si mati.

(Manaqib Al-Syafie 2/208).

Firman Allah Taala yang bermaksud:

Antara kata-kata Imam Syafie lagi tentang tasauf:


Tasauf diasaskan di atas kemalasan. (Hilyatul Awliya).

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi


seseorang melainkan (balasan) apa yang
diusahakannya. (Al-Najm: 39).

Beliau juga berkata: Aku mendampingi golongan sufi


selama tiga puluh tahun, aku tidak melihat seorang pun
dalam kalangan mereka berakal kecuali Muslim

Al-Khawwash. (Talbis Iblis: 447).


6) Imam Syafie mencela orang yang mendalami
ilmu kalam.
Kata Imam Syafie: Hukumanku terhadap ahli kalam
ialah mereka hendaklah dipukul dengan pelepahpelepah, diusung di atas unta, dan bawa mengelilingi
kabilah-kabilah. Dilaungkan kepada mereka: Inilah
balasan orang yang meninggalkan Kitab dan Sunnah,
dan mempelajari ilmu kalam. (Tawali al-Tasis: 64).
7) Imam Syafie mewajibkan tunduk kepada dalil,
bukan taksub kepada imam.
Kata Imam Syafie: Ulama telah berijmak (sepakat)
bahawa sesiapa yang telah nyata baginya sunnah
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, tidak halal dia
meninggalkannya kerana mengikut pendapat
seseorang. (Madarij al-Salikin 2/335)

Anda mungkin juga menyukai