Anda di halaman 1dari 53

PENGERTIAN,

KONSEP, JENIS,
TUJUAN DAN
KAEDAH
PENTAKSIRAN
DALAM PSV

P
P
E
e
e
N
n
n
tT
ig
A
a
lu
K
k
j
a
S
s
i
iIa
R
r
n
A
a
N
n
Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian
Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan
dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan
seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi
mengetahui sama ada guru mengajar dan pelajar belajar.
Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan
sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran
dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis.
Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian,
pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian
pengajaran.

Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaran yang


hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran tajuk
2

berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk


kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah
penting agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif
tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan yang diajar.
Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan
ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap
penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran pensyarah.
Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian,
ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif,
pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi
seseorang pensyarah bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu
dan adil.
Konsep Pentaksiran
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi,
menghurai maklumat tentang pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.
Definisi Pentaksiran
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman
tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Tujuan pentaksiran
i.

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang


dalam pembelajaran

ii.

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan


pembelajaran

iii.

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran


dan pembelajaran

iv.

Memperbaiki pengajaran pembelajaran

Prinsip Pentaksiran
IP
nr
si
t
nr
su
mp
eP
ne
n
t
a
k
s
r
a
n

Pengertian Pengujian
Pengujian

merupakan

proses

mengaturkan

satu

siri

tugasan

untuk

diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar


dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran. Ujian adalah alat ukur. bagi
mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi
satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus
bagi merangsang pelajar untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka
dalam

kursus

berkenaan.

Tahap

penguasaan

pelajar

biasanya

dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk


mendapatkan

bukti

empirik

bagi

tujuan

penilaian

pengajaran

dan

pembelajaran di sekolah, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang


bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya
dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh

dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan


menjalankan pengujian yang berkualiti.

Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran


Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh
digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian di bilik darjah boleh membantu para guru menambah baik
pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis
pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi
pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar.
a. Diagnosis
Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang
dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran
diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan. Sekiranya
berkesan, guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah
pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan
mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru
boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.

b. Pengredan
Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred
pencapaian pelajar kepada kategori lulus atau gagal, lemah, sederhana
atau cemerlang atau gred A, B C, D atau E. Melalui pengredan pelajar,
kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi
akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain.

Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan
peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan
pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan
dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar
khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan
pembangunan pelajar di sekolah.

c. Pemilihan dan Penempatan


Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi
pemilihan dan penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar yang cemerlang
dalam sesuatu mata pelajaran sains mungkin dipilih untuk mewakili sekolah.
Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi pemilihan pelajar untuk
mengikuti kursus tumpuan bidang tertentu.

d. Kaunseling dan Bimbingan


Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya
berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan kaunselor boleh
membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing
supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan
pelajar. Keputusan ujian juga membantu para guru dan kaunselor untuk
memberi khidmat bimbingan misalnya bagi memandu pelajar menceburi
bidang kerjaya yang diminati.

Konsep Penilaian

Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi


menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.
Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif
pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum.
Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru
berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.
Tujuan Penilaian
i.

Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan


asas yang sedia ada pada pelajar-dalam perkara yang
hendak diajar.

ii.

Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar


mereka telah dapat

menguasai atau mempelajari

perkara yang telah disampaikan.


iii.

Membandingkan pencapaian pelajar dengan temanteman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang
sama di sekolah.

iv.

Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang


amat lemah dalam pencapaian mereka.

v.

Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta


kaedah pengajaran mereka.

vi.

Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan


mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan
segera pula memperbaikinya.

Jenis-Jenis Penilaian
Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat
berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif,
sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran
juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti
disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar.
Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu
penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa
dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.

a. Penilaian Formatif
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh
pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi
memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka
diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif
sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan
pelajar dapat dikesan.
8

Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk


mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif
juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan
penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.
Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis
kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif
amat sesuai dirumuskan sebagai menguasai atau tidak menguasai
sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.

b.

Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar


dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir
sesi

kursus.

Contoh

penilaian

sumatif

ialah

ujian

akhir

semester.

Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari


penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan
pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan
pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan
pemilihan dan penempatan pelajar ke alam pembelajaran yang lebih tinggi.

c. Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik


Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar
berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap
sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik pula dilakukan
sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk
mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum bersedia, guru dapat
mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta
penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.
9

- Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah


menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan
apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada
ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif,
afektif dan psikomotor.

- Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara
luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap
intelektual am seseorang individu.

- Ujian Prestasi
Ujian

prestasi

adalah

ujian

yang

memerlukan

pelajar

menunjukkan

pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti
seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk
memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka
berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara teknik yang digunakan
dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam sebahagian aktiviti,
menemubual

pelajar

bagi

mengesahkan

kebolehan,

kefahaman

dan

pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa


hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada
kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan ujian.
d.

Penilaian Alternatif

Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi


satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional.

Penilaian
10

pengajaran di sekolah sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil


pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini
adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar,
bengkel dan oral pelajar.

PERKAITAN 3P

P
e
n
giul
ja
i
an

P
e
n
giul
ja
i
an

Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan


mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu
penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.

11

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

Konsep Pentaksiran
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran
seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Pentakiran dapat dirumuskan seperti
carta di bawah;

PMP rer ooan ksdg eluuh s kam k aimt a n


Tujuan Pentaksiran
i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang
dalam pembelajaran
12

ii.

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan

iii.

pembelajaran
Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif
untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam
pembelajaran juga bertujuan untuk memberi maklumat tentang

iv.

pencapaian akademik, kemahiran atau sikap


Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.

Memikirkan

Mengapa perlu penilaian dalam Pendidikan Seni?


Berikan pendapat anda berdasarkan tiga domain iaitu;
-

Domain kognitif

Domain afektif

Domain psikomotor
Maklumat anda perlu dipersembahkan dalam bentuk peta minda dan
dimasukkan ke dalam porfolio. Atas persetujuan bersama anda juga
2.1 emailkan
Jenis Pentaksiran
boleh
kepada pensyarah untuk tujuan semakan.
2.1.1 Pentaksiran autentik

Bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang


mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Mengikut
Rudner & Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses yang
memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan
strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau
realiti yang bermakna.
Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh seperti
yang disebut oleh HillS (1993);
13

Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi


pengetahuan

pelajar, pemahaman

mendalam,

penyelesaian

masalah,

kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi


dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan
suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang
boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap
pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang
membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan
mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara
berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering
digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational
Assessment of Students).

Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai


untuk

dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang

pendidikan seni visual dengan rasional lain seperti yang berikut:


a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk
perkembangan kanak-kanak:
- Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan
tanggapan seterusnya melahirkan konsep.
-

Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam

memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran


yang kritis.
b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan
kanak-kanak

14

c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan


kesinambungan subjek.

Ciri-ciri Pentaksiran Autentik


Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam
menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal
kanak-kanak.
Antara ciri-cirinya ialah:
i.

Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang


dilaksanakan.

ii.

Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.

iii.

Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.

iv.

Subjek membina maksud yang tersirat.

v.

Berpusatkan kanak-kanak.

Contoh-contoh pentaksiran autentik;


Persembahan tarian
Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya
Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science
fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni)
Menunjukkan

keterampilan

yang

dimiliki

dalam

bentuk

pengumpulan portfolio.

15

Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;


Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman
akademik mereka.
Menghubungkan

pembelajaran

dengan

pengalaman

mereka

sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.


Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi
mereka.
Menangani teknologi dan berfikir sistematik.
Kesimpulan Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanakkanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah pentaksiran
ini

juga

akan

dapat

memperbaiki

penyediaan

guru

dalam

proses

pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan ke alam


persekolahan yang lebih tinggi.
Pentaksiran Hasil Pembelajaran
Definisi kepada pentaksiran hasil pembelajaran adalah proses pengumpulan
data yang memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan
telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain,
adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada individu
yang terlibat.
Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran
yang diharapkan. Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu sahaja.
Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti
yang dijalankan bukan kepada sesorang individu sahaja.
menggunakan maklumat

Pihak sekolah

yang diperoleh untuk menentukan kaedah yang

terbaik untuk membantu menangani masalah yang dirasakan perlu. Penilaian

16

yang

diadakan

mestilah

bersifat

berterusan.

Pihak

penilai

mestilah

berakauntabiliti dan berkepimpinan dalam menjalankan penilaian.

Pendektan yang yang dikemukan dikemukan oleh oleh


MONTGOMERY tentang pentaksiran berasaskan berasaskan hasil
pembelajaran;

Student learning outc omes (SLO)

Jangkaan hasil pembelajaran yang


diperoleh dengan memberi penekanan
kepada pertambahan ilmu pengetahuan ,
kemahiran dan sikap.

Student progress outc omes (SPO)

Berterusan iaitu murid dapat melakukan


perubahan yang lebih baik dalam
peringkat
yang seterusnya.

Penilaian tidak dilakukan pada satu tahap


semata- mata.

Pembelajaran bersifat berterusan maka

pentaksiran juga bersifat berterusan.

17

Kebaikan

kaedah

pentaksiran

hasil

pembelajaran

ini

boleh

dikategorikan kepada 3 bahagian;

18

Kebaikn Kebaikn Kebaikn

Kesimpulan

Pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian


yang sistematik. Murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang
spesifik.

cemerlang.

Pentaksiran ini memacu sekolah ke arah yang lebih


Pembelajaran yang berterusan akan berlaku kerana

penilaian bersifat berterusan.

Pentaksiran lebih terarah kepada

program yang afektif bukan bebentuk individu.

Pentaksiran Performance Based

19

Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang


menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang
dijalankan.

Kaedah ini mengkhendaki

pelajar menggunakan

pengetahuan dengan bermakna juga menghendaki pelajar mahir


menggunakan

pelbagai

kemahiran

(contohnya,

penulisan,

penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran


berfikir secara kritis). Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan
melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke
semasa

dalam

Merangsang

memperoleh
pelajar

kejayaaan

menggunakan

pada

masa

kombinasi

hadapan.
kemahiran,

pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.


Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based:
1. Portfolio (dapatan hasil kerja)
Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari
semasa ke semasa.

Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian

terhadap murid dibuat secara keseluruhannya.


2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar).
Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan
keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.
3. Mengukur berdasarkan keupayaan.
Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :-

Bahan penulisan

Persembahan

Gerak kerja projek

Pentaksiran dan Motivasi


Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor
dalam diri individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan
20

menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat
terlihat dari luar. Motivasi dapat menggerakkan manusia untuk menampilkan
suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu tujuan.
Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri
manusia. Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi;

sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam

tindakannya sama ada secara negatif atau positif


Pengarah Tujudan Penggerak Tindakan
Darjah Kesungguhan
Stimulator / semangat

Tiga Kategori Motivasi


i. Motif Primer :

Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar


Faali/psikologis
Keinginan untuk makan & minum

ii. Motif Umum:

Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar


Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia
Kebutuhan kasih sayang, rasa ingin tahu & diperhatikan

iii. Motif Sekunder:

Tumbuh sebagai hasil proses belajar


Tidak berhubungan dengan proses faali
Kebutuhan berprestasi & berkuasa

Pentaksiran Konsep kendiri


Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara
dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina
konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal

21

ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan
juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai
terbaik terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui
apa yang pelajar benar-benar tahu atau berupaya mengetahui. Namun,
kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak mengenal keupayaan sendiri tanpa
membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian.
Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri
sendiri. Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu
gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi
dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep
kendiri.

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963),
berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:

tanggapan diri seseorang individu

proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu

Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu


organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir
daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan
menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.

Fungsi
Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian
kendiri;

22

membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi

terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu


kemahiran atau disiplin ilmu;

memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus

memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya;

memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai

perkembangan diri dan pencapaiannya;

dan

mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan


kekurangan/kekuatan

dan

kelemahannya

dalam

sesuatu

bidang/kemahiran, dan

membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.

Kaedah:
1.

Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan

menepati matlamatnya guru hendaklah


meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam

proses

pembelajaran
mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat
penilaian kendiri.

melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka

berpandukan instrumen seperti senarai semak atau alat rubrik


membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masingmasing, dan
kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya;
2.

Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan

menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang
hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak atau sebagainya,
kemudian

meminta

kerjasama

rakan

sebayanya

(individu/kumpulan)

membuat penilaian terhadap dirinya. Dapatan itu kemudian dikumpul dan


dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut.
Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai
dirinya sendiri itulah menjadi penilaian kendiri
23

Konsep Kendiri Positif


Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat,
mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga
meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang
tidak baik dan stabil.

Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif

Menghargai

Memuji orang lain

Puas hati dengan pencapaian

Murah hati

Mudah berkawan

Puas hati dengan dirinya

Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya

Peramah

Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif

Cenderung untuk merasa salah

Takut kepada kegagalan

Sering merasa bimbang

Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil

24

Pencapaian akademik yang rendah

Tidak gemar kerja mencabar

Kurang keyakinan pada diri sendiri

Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas

Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personality

Bentuk Pentaksiran Pendidikan Seni Visual

PENILAIAN FORMATIF
Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan
pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

Ciri-ciri :
dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.
25

dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian


ini digunakan secara terus menerus.
bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah
yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.
dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran

berlangsung
maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta
dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar
pelajar

dan

guru

sama-sama

memperolehi

manfaat

daripadanya
Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan
ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.

Prosedur Penilaian Formatif


Menentukan topik pembelajaran.

Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang


seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk

satu tahun.
Topik berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut

peringkat kesukaran.
Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas,
maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan

dikecilkan kepada sub-topik tertentu.


Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid
menguasai sesuatu

sub-topik tertentu terlebih dahulu

sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya.


Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan
ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.

26

Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topic


pembelajaran.

Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal


warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan
topik berkenaan.

Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh


menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah
terhadap satu-satu topik berkenaan.

Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga


90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap
sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar
sudah menguasai topik berkenaan.

Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.

Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam


topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu
dengan berdasarkan taksonomi pendidikan.

Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai,


gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan
yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan
dan tidak terpisah.

27

]
Jadual:

Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

TAHAP
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas,
definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll
daripada pembelajaran yang lepas.
Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk
kepada satu bentuk yang lain, menyatakan
idea-idea utama dalam ayat sendiri,
menterjemah, memberi contoh kepada konsep,
menterjemah draf.
Penggunaan
Menggunakan maklumat dalam situasi yang
baru, termasuk menyelesaikan masalah
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori,
formula. Bina graf daripada data, dll.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada
yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat,
kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur
organisasi.

ISTILAH
Nyatakan,
terangkan,
namakan, labelkan.
Pilih, terangkan,
tulis semula.

selesaikan,
ramalkan, cari,
kesilapan, bina alat.

Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu,
usaha tersendiri, menyelesaikan masalah,
membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina, hasilkan,
susun, kembangkan.

Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi
rasional atas alasan dalaman atau luaran,
menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan alasan,


kritikan, buktikan.

Membentuk soalan ujian.

28

Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan


setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar
sekurang-kurangnya satu soalan.

Mencadangkan langkah susulan.

Guru

mengetahui

tahap

penguasaan

sesuatu

topik

pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh

murid-murid.
Tindakan susulan

keputusan ujian yang diperolehi.


Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara

harus

dilaksanakan

berdasarkan

dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus


diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan
atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar muridmurid boleh menguasai topik tersebut.

Tujuan Penilaian Formatif:

memperbaiki pengajaran pembelajaran.


meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu

pelajaran.
memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama
ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan
seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat

menguasai dengan lebih baik.


menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik
pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi
pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau

semester persekolahan.
memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar.
Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila

29

beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari

semasa ke semasa.
guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang
memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat
antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian
murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah
dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh
murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah
diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi
pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal

persekolahan.
mengubah suai pengajaran seseorang guru.
guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik

dalam penyampaian.
memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.
menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri
ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan
dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran

PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir
penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar.
Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian
penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk
menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir
tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum.
Ciri- ciri:

lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam


satu-satu topik pembelajaran

30

untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu


penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan
keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan

Langkah-langkah membentuk ujian sumatif :


Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang
lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian,
kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal
dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.

Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan


perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji

objektif pelajaran yang telah ditetapkan


Mengumpul
item
secara
sistematik.

Misalnya

mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item


objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei
dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan
topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya
menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih

tinggi.
Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan
kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam

pemberian markah murid-murid.


Menyediakan arahan yang jelas

tentang

apa

yang

seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan

yang dikemukakan.
Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis
kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal
dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta
dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada

item berkenaan.
Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi
mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item,
ketunggalan

item,

kesahan

dan

kebolehpercayaan
31

berkenaan

serta

memastikan

pilihan

jawapan

yang

disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik


Tujuan :

membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan

pencapaian.
memberikan

gred

kepada

murid-murid

berdasarkan

pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang

diadakan.
mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh
pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar

dalam penilaian yang dijalankan.


dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru

yang berkaitan.
memperlihatkan

peringkat

pencapaian

yang

berbeza

mengikut kumpulan

PEMERHATIAN
Kaedah Pemerhatian Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan
untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan
alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data
selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat
mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubahpemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai
pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta
melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.
Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampelsampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini
banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam
makmal sains dan bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati
32

adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat
lebih tepat.
Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik
mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji
perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap
kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku
agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga.
Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum
kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih.
Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan
yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu,
dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan
secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh
dipercayai.
Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian
iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati,
generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku.
Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang
perlu diperhati dan direkodkan.
Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang
berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan
yang eksklusif. Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang
berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama
lain. Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah
satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses
merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat.
Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian,
semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan
unit

tingkah

laku

yang

kecil

akan

meningkatkan

kesahan

dan
33

kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga


akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang
diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran
pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang
diperoleh.
Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu
tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk
penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh
digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain isu mengenai generalisasi ini,
isu yang lain ialah pensampelan tingkah laku.
Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak
mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.
Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan
sama ada pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa.
Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak
dijadikan sampel, sementara pensampelan masa pula merujuk kepada
perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang
diperhati.
Jenis-jenis Pemerhatian
Pemerhatian Peserta
Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli
dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia
membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik
memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.
Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami
sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan
pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. Menggunakan kaedah ini juga
34

memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang tidak


dijangka dapat diperhati di peringkat awal.
Pemerhatian Bukan Peserta
Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai
untuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang
semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat .pemerhatian
secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang
diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alatalat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video.
Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan
kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang
tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini
akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat
yang tepat akan menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat.
Kebaikan Kaedah Pemerhatian

Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih


terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang
kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh

dipercayai.
Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama
ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan

penting dalam kajian.


Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang
diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel
yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal
pasti.

35

Kelemahan Kaedah Pemerhatian

Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah

laku mereka diperhati dan diteliti.


Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati

apabila tingkah laku mereka diperhati.


Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan
membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka

hati mereka.
Pemerhati mungkin

bias

terhadap

sampel

yang

diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan


ras, budaya, fahaman, dan nilai.

Portfolio
Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi
bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini
mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan
perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara
terancang. Rakaman Proses Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini
merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian
benar.

Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat :

Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar


Contoh hasil kerja pelajar
Penyataan
perasaan
pelajar
semasa
proses

pembelajaran Pendidikan Seni Visual


Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi

sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama

pihak lain
Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses
kerja serta hasil kerja seni

36

Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada


kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses
penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio
Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut
menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan
penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik
tertentu.
Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah
yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya
pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi
mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio
supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah
satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran pelajar.
Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio
dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar
portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian,
perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang
hendak dibuat.
Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek :
Kajian

Pemerhatian dan pengamatan

Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan

kegiatan

Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

Lakaran

Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea

yang konstruktif Pewujudan Idea

Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk

Rangka Sebenar
37

Merangka reka cadang atau model

Menentukan alatan dan bahan

Prototaip (jika berkaitan)

Persembahan Portfolio

Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat

Mengikut urutan

Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang

meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan


melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan
fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada
kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:

Jurnal

Diari

Laporan

Kompilasi catatan yang dijilid

Beberapa helaian kertas yang di kokot

Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa


kegunaan portfolio secara umum.

Antaranya :

Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada


hasil kerja dan pencapaian pelajar

Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil


keria sendiri

Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain


mengetahui

kemajuan pembelajaran pelajar

Memberi

peluang

kepada

pelajar

bersama

mengusahakan hasil kerja sendiri

Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja


seorang pelajar dengan pelajar yang lain
38

Cadangan Kandungan Portfolio


Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan
beberapa kecerdasan, antaranya:
Kecerdasan linguistik seperti :

Catatan pra penulisan

Draf projek penulisan

Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian

Proses Penyelesaian masalah


Kecerdasan ruang-,visual seperti:

Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah,


peta minda, carta aliran
Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.

Kecerdasan interpersonal seperti :

Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan


pihak lain

Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti:

Catatan jurnal

Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri

Sampel latihan refleksi kendiri

Soal selidik

Carta kemajuan

Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri

Hasil Kerja
Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan
kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang
relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi,
keaslian, kreativiti dan kemasan.
39

Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah
pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan,
keselamatan, ketekunan, bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan.
Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru
berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid
terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan
menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir.
Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda,
kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran.
Perkara-perkara

yang

boleh

dinilai

secara

lisan

adalah

penguasan

pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan


belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif
dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.
Penilaian

secara

penulisan

pula

dapat

mengesan

dan

mengukur

perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan


serta merekod proses dalam bentuk folio.
Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur
id secara logikal, kritikal dan analitikal.

Murid juga digalakkan membuat

kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan.


Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan,
pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan
kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus
menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan
aras kesukaran berasaskan

Taxonomy Bloom seperti pengetahuan,

kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

40

41

MEMBUAT PENTAKSIRAN DAN


PENILAIAN HASIL KERJA
MURID MURID TAHAP 2
TENTANG MEMBANDING
BEZA PERATURAN MEMBERI
MARKAH SECARA HOLISTIK.

MEMBINA SATU INSTRUMEN


PENILAIAN (INDIVIDU)

BORANG PENILAIAN / PEMARKAHAN BAGI SUBJEK PENDIDIKAN SENI


VISUAL TAHUN 5 AL- FATONAH
BORANG PEMARKAHAN/ PENILAIAN BAGI SUBJEK PSV TAHUN 5 Al- FATONAH
BI
L

NAMA

KATEGORI PEMARKAHAN
50
20
30
WARNA
KEKEMASA
KREATIVITI

JUMLAH
MARKAH

42

GRED

1
2
3
4
5
6
7.
8
9
10
11
12
13
14
15
16
1
7
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33

ADAM HAKIMI B. KORI


AHMAD ADAM FAZRIEL B. MOHD
ALI
AHMAD DANIAL B.
KAMARULZAMAN
AHMAD FAKHRUL B. MOHAMAD
AHMAD IMAN B. ROSLI
AIMAN DANIEL B. MOHD
SHABERI
ALIFA ILYANA BT SHUHAIMY
AMER MUKRIZ BIN JOHARI
CHE WAN IYAD B. CHE WAN
AZIZ
IQWANHAZIQ B. ADAM
IRIQA KHADIJAH BT AJWI
IZFAH ZAHIRAH BT ZULKIPLI
MUHAMAD AMIRUL B. MOHD
AMIN
MUHAMAD FARHAN B. SUKRI
MUHAMMAD FAIZ B. JAMALUDIN
MUHAMMAD FITRI B. WAHAB
MUHAMMAD HAFIZ B.
ISKANDAR
MUHAMMAD IDZHAM B.
SHAHNIZAM
MUHAMMAD IZZAT ISYRAQ B.
SAPI
MUHAMMAD KHAIRIN B.
YUSNAIDI
MUHAMMAD LUQMAN B. ZAMRI
MUHAMMAD MUZAMMIL B.
HASSAN
MUHAMMAD SHARUL B. ALIAS
NUR ALIA IZZATY BT TARMIZI
NUR AMALIN AISYAH BT NOR
AZIZI
NUR ELYS AINA BT RUZI
NUR IRDINA BT ALI YUDDIN
NUR SYAFIKAH BT AWANG
NUR SYAMIMI ALIA BT JAILANI
NURUL SYAZLINDA BT GHAZALI
SITI HAJAR BT ANUAR
TUAN NURIN QISTINA BT TUAN
BAKAR
WAN FAZLINA BT WAN FAZLI

28

14

14

56

29

15

15

59

30
30
33

18
15
15

15
23
17

63
68
65

B
B
B

25
33
27

12
15
12

16
16
15

53
64
54

C
B
C

35
35
38
30

15
16
18
15

14
18
18
15

64
69
74
60

B
B
B
B

24
33
30
33

12
12
15
17

14
15
18
15

50
50
63
65

C
C
B
B

30

15

15

60

35

18

15

68

33

15

15

61

35
25

15
10

17
13

67
48

B
C

40
35
30

18
13
13

18
16
15

76
64
58

B
B
C

40
40
45
43
38
40
33

14
15
14
12
13
14
12

18
18
15
18
16
15
14

72
73
74
73
67
69
59

B
B
B
B
B
B
C

30
28

10
10

15
14

55
52

C
C

INDIVIDU

43

Nama : Muhammad Hafiz Bin Iskandar


Tahun : 5 Al - Fatonah
Tajuk lukisan : Di tepi pantai
Bidang
: MENGGAMBAR
Aktiviti
: Lukisan
Media
: Pensel warna
NAMA

Muhammad Hafiz Bin Iskandar

KATEGORI PEMARKAHAN

JUMLAH MARKAH

WARNA

KREATIVITI

KEKEMASAN

SAHSIAH

35

30

15

20

100

20

15

10

15

60

ANALISIS PEMARKAHAN / PENILAIAN

NAMA : MUHAMMAD ALIFF BIN SHAFIE


KELAS: 5 ALFA
TAJUK LUKISAN : SUASANA KAMPUNGKU
BIDANG : MENGGAMBAR
AKTIVITI : LUKISAN
MEDIA : PENSEL WARNA

1.Warna
Warna yang digunakan di dalam karya tersebut masih dianggap mentah
kerana tidak terdapat campuran warna yang menarik. Penggunaan warna
44

tidak menampakkan tona yang menarik. Warna yang digunakan juga terbatas
iaitu warna jingga, hijau, coklat, biru sedikit kuning dan sedikit merah. Lukisan
juga tidak diwarnakan dengan sepenuhnya. Penggunaan warna tidak
menampakkan perspektif kerana objek samada dekat ataupun jauh di warna
secara sama terang sahaja.
2. Komposisi
Komposisi bermaksud cara pelukis menyusun hal benda yang terdapat di
dalam sesebuah karya.Komposisi yang baik akan menampakkan satu ruang
perspektif yang menarik iaitu terdapat ruang depan, tengah dan belakang.ini
secara tidak langsungnya akan menampakkan penggunaan warna yang
menarik. Di dalam karya ini hal benda atau imej imej disusun secara ruang
rata iaitu tidak terdapat ruang depan , tengah dan belakang. Kesemua objek
dilihat berada di ruang hadapan. Susunan kolam juga menampakkan seolah
olah kolam sedang berdiri . Begitu juga dengan olahan sawah padi, ayam dan
itik yang kelihatan begitu kaku seolah olah tidak menampakkan pergerakkan.
Murid juga tidak dapat mengagak saiz yang idea antara rumah, bukit dan
pokok.
3. Kreativiti
Dari segi kreativitinya pula murid telah menunjukkan satu daya kreativiti dari
segi hal benda atau imej yang dilukis berbanding dengan lukisan rakan rakan
yang lain hanya melukis rumah dan sawah. Murid ini sudah berjaya
memasukkan objek figuratif walaupun kelihatan kaku. Murid ini juga berjaya
melukis objek di tempat yang sesuai tetapi tidak berjaya menyusun objek
mengikut komposisi yang betul. Murid ini juga dapat melukis sebuah rumah
yang begitu indah dan cantik..
4. Kekemasan
Dari segi kekemasan pula, murid dapat menghasilkan satu karya yang kemas
iaitu tidak menampakkan kekotoran pada karya. Lukisan juga kelihatan
kemas dengan cara dan teknik mewarna yang betul iaitu cara sapuan warna
yang bersih.

45

5. Sahsiah
Secara keseluruhannya, murid ini menunjukkan satu sikap yang baik semasa
menghasilkankan karya. Murid ini dapat menyiapkan tugasan dalam masa
yang ditetapkan. Murid ini juga memberi perhatian yang baik semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Dari segi komunikasi pula, murid ini dapat
menonjolkan sikap interpersonal yang baik dan dapat bekerjasama dengan
guru dan rakan rakan sekelas yang lain.

BAB 3

46

MERANCANG KAEDAH
TINDAKAN UNTUK
PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan kepada instrumen penilaian yang telah diberikan di


dalam borang pemarkahan tersebut, secara keseluruhannya pencapaian
murid berada di aras sederhana. Bagi memastikan murid murid dapat
menghasilkan karya karya yang bermutu pada masa masa akan datang
dicadangkan beberapa penambahbaikan bagi memastikan objektif
pengajaran dan pembelajaran tercapai. Pertama, guru hendaklah memainkan
peranan yang sangat penting dalam menyampaikan ilmu pendidikan seni
47

visual kepada murid iaitu guru itu sendiri perlu mempunyai ilmu pengetahuan
yang tinggi di dalam bidang seni visual dengan cara mengikuti kursus,
bengkel, perbincangan, seminar yang bersangkutan dengan PSV. Kedua,
sekolah perlu mempunyai sebuah bilik khas atau studio PSV yang mana
segala aktiviti yang melibatkan Indoor activities.Bilik khas ini juga penting
kerana ia juga merupakan tempat di mana alatan dan bahan seni visual
disimpan.Ketiga, penggunaan alatan dan bahan seni visual yang berkualiti.
Ini secara langsung akan menghasilkan karya atau produk yang bermutu.
Keempat, guru perlu mahir dalam pedagogi pendidikan seni visual. Ini
termasuklah cara guru berkomunikasi dengan murid, cara guru menunjuk
cara bagaimana sesuatu karya itu dihasilkan. Penggunaan bahan bantu
mengajar yang dapat menarik minat murid dan penggunaan TMK khususnya
bagi mengakses internet bertujuan mencari sumber rujukan seperti contoh
contoh karya dalam dan luar negara yang dihasilkan oleh pengkarya yang
tersohor. Kelima, bagi memastikan murid dapat menghasilkan karya yang
berkualiti dicadangkan juga supaya murid di bawa melawat ke tempat tempat
seperti Balai Seni visual Negara. Ini bertujuan supaya minda dan idea untuk
menghasilkan sesuatu karya lebih terbuka dan kreatif kerana di tempat
sebegitu dipamerkan berbagai bagai jenis karya samada catan, lukisan, arca
dan sebagainya yang bersangkutan dengan seni visual yang di hasilkan oleh
pengkarya yang tersohor. Keenam, kelas bimbingan seni visual bagi murid
yang sederhana dan lemah manakala murid yang baik di beri aktiviti
pengukuhan dan pengayaan. Ketujuh, galakkan murid menyertai
pertandingan samada mewarna atau melukis. Ini bertujuan memberi
pendedahan kepada murid mengenai suasana pertandingan disamping
menghasilkan karya dalam masa yang ditetapkan. Kelapan, murid juga perlu
menonton video bagaimana sesuatu karya itu dihasilkan mengikut prosedur,
kaedah dan teknik yang betul. Kesembilan, guru juga perlu mengadakan
pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Ini bertujuan murid dapat
mencari idea idea yang baru yang kreatif bagi menghasilkan sesebuah karya.
Kesepuluh, memberi galakan dan motivasi kepada murid bahawa tidak rugi
menceburi bidang seni visual kerana ia dapat memberi pendapatan
sampingan kepada pengkarya itu sendiri walaupun sudah mempunyai
pendapatan tetap.Kesebelas, memberi peluang yang cukup luas kepada
48

pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di dalam bidang arkitek kerana


salah satu subjek yang dinilai ialah subjek PSV.Berdasarkan kepada sepuluh
cara penambahbaikan di atas, pada pandangan saya yang paling utama
sekali ialah peranan guru itu sendiri. Bagaimana seorang guru PSV dapat
mencurahkan ilmu, memotivasikan murid, memupuk minat murid dan dapat
mencetuskan idea kepada murid dalam menghasilkan sesuatu karya yang
bermutu dan bermakna dan seterusnya dapat memastikan subjek PSV satu
subjek yang majoritinya diminati oleh murid.

BAB 4
49

PENULISAN REFLEKSI

REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurniaNya dapatlah saya menyiapkan tugasan projek ini iaitu PSV 3113
Pentaksiran Dalam Pendidikan Seni Visual. Di kesempatan ini, saya ingin
,mengucapkan jutan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Tuan
50

Haji Salleh bin Said kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dalam
penghasilan tugasan projek ini bermula dari beliau memberi taklimat
sehinggalah tarikh akhir menghantar tugasan ini. Di sini juga saya ingin
mengucapka ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seunit kerana dapat
berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menghasilkan tugasan ini.
Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan sepanjang proses
menghasilkan tugasan ini. Antara kekuatan yang diperolehi ialah sikap tolong
menolong antara rakan rakan seunit iaitu masing masing tidak kedekut
berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pelaksanaan pentaksiran dalam PSV.
Saya juga dapat menimba ilmu pengetahuan bagaimana untuk melakukan
prosedur pentaksiran yang betul . Selain daripada itu, saya juga dapat menilai
murid terhadap karya yang dihasilkan dengan cara pengisian borang
pemarkahan yang sesuai. Ini sebenarnya sangat memudahkan kerja guru
dalam proses pemberian markah.Selain itu, melalui proses pentaksiran ini,
saya dapat mengetahui kualiti karya yang dihasilkan oleh murid murid
seterusnya dapat mengetahui aras pencapaian murid.
Walaupun begitu terdapat juga beberapa kelemahan dalam proses
pentaksiaran ini. Pertama, guru memerlukan masa yang lama dalam proses
menilai hasil karya murid kerana dalam borang tersebut terdapat beberapa
item yang perlu dinilai. Seperti yang kita tahu sesuatu karya itu sangat susah
dinilai kerana mempunyai maksud dan nilai estetika yang tersendiri.justeru itu,
hanya guru guru yang arif di dalam bidang seni visual sahaja yang boleh
menilai hasil karya murid. Kedua, ia memberi masalah kepada guru yang
bukan opsyen seni visual kerana guru guru ini tidak mempunyai ilmu dan
pengalaman dalam menilai karya cukup subjektif.Ketiga, sebahagian murid di
dalam kelas ini tidak berminat dalam subjek PSV kerana subjek ini tidak
melibatkan peperiksaan UPSR. Keempat, murid tidak memiliki alatan dan
bahan kerana harga yang terlalu mahal. Ini menyebabkan murid hanya
melakukan aktiviti PSV di sekolah sahaja. Kelima, Sebahagian besar murid
begitu lemah dalam proses melukis dan mewarna kerana murid tidak
berminat dengan subjek PSV. Pihak pentadbiran sekolah kurang memberi
motivasi dan galakan kepada murid supaya aktif dalam bidang seni visual
kerana menganggap PSV bukan subjek UPSR.
51

Walaupun subjek PSV pada masa kini berpecah kepada dua iaitu
KSSR tahun 1 hingga 4 dan KBSR tahun 5 dan 6 tetapi matlamatnya adalah
sama iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek.Justeru itu, guru, ibu bapa, masyarakat dan negara memainkan
peranan yang sangat penting dalam memastikan matlamat tersebut tercapai
dan seterusnya menjadikan PSV satu subjek yang dapat mendisiplinkan diri
murid supaya menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

BIBLIOGRAFI

Dr Abu Bakar Nordin (1986): Siri Maktab Perguruan. Asas Penilaian


Pendidikan.

52

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001);Penilaian Kendalian Sekolah.


Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1983): Panduan Penilaian Dalam


Bilik Darjah. DBP
http://psv3.blogspot.com/2013/09/modul-psv3111-pentaksiran-pendidikan.html
http://www.slideshare.net/NoorSyazwanni/pengujian-pengukuran-penilaian24570300
https://bkree66.21classes.com/pentaksiran-dalam-pendidikan-seni-visual

53

Anda mungkin juga menyukai