Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN
Guru bererti mereka yang mendidik, mengajar, mengasuh, menunjuk arah dan
sebagainya. Guru mengajar murid kemahiran asas iaitu menulis, membaca, mengira
dan menaakul. Menurut Wikipedia,
Teachers may provide instruction in literacy and numeracy, craftsmanship or vocational
training, the arts, religion, civics, community roles, or life skills.
Daripada kata-kata tersebut, guru merupakan orang yang mendidik jasmani,
rohani,mental dan emosi murid dengan ilmu, kemahiran dan ketrampilan dalam
melahirkan insan yang bakal menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan
negara. Para pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha
merealisasikan aspirasi negara.
Sesuatu profesion yang sebenar adalah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri
seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang
diperlukan masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan
mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan
mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan
pendidikan.
Menurut Kamus Dewan, profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran tinggi dan latihan khas.
Contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. Berdasarkan ciri-ciri
profesion, Mok Song Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme
sebagai satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai
kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi
kod etika yang ditentukan oleh organisasinya untuk dipatuhi demi mengawal kualiti dan
nilai tara perkhidmatan. Nilai tara perkhidmatan menjadi panduan dalam usaha
memastikan tingkah laku dipatuhi oleh setiap ahlinya.

Kedinamikan perubahan profesion keguruan dalam masyarakat moden sentiasa


dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan dasar strategik seperti ekonomi, politik, perubahan
sosial dan pembangunan nasional. Sehubungan dengan pelbagai perubahan yang
berlaku ini, profesion keguruan sebenarnya amat memerlukan pelbagai perubahan
inovatif

dan kreatif yang mampu menyesuaikan perjuangannya dengan cabaran-

cabaran baru dunia masa kini.


Selaras dengan usaha transformasi ekonomi negara daripada pertanian kepada
perindustrian, daripada masyarakat maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat
k-ekonomi, maka peranan profesion keguruan akan turut sama berubah dalam
menzahirkan kurikulum dan seterusnya menjadikan profesion ini lebih relevan.

2.0 KEMAHIRAN PROFESIONALISME GURU


Peranan guru dalam profesion mereka adalah sangat penting kerana guru merupakan
arkitek pembangunan

negara. Murid pada hari ini ialah pemimpin masa hadapan.

Maka, adalah penting bagi seorang guru mempunyai ciri-ciri yang berkesan dalam
menjalankan tugas mulia ini. Guru di dalam kelas berperanan untuk membina muridmurid yang akan menjadi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik dan
semangat cintakan negara.
Guru juga merupakan orang yang penting dalam pembentukan diri seseorang
pelajar kerana mereka menghabiskan sebahagian besar masa di sekolah. Seorang
kanak-kanak berhadapan dengan guru bermula sejak umur mereka 6 tahun iaitu di
peringkat prasekolah sehingga peringkat remaja. Guru akan memuji, menegur, menguji
dan menengking mereka semasa menjalankan tugas. Segala gerak laku dan perbuatan
guru yang disenangi atau sebaliknya akan diperhatikan dan ditiru oleh pelajar.
Sebagai penggerak pembelajaran, guru perlu membimbing murid-murid supaya
mereka berusaha belajar secara individu ataupun secara kumpulan. Manakala, guru
harus mengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah, menentukan corak
penyusunan meja kerusi dan peralatan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan
2

pembelajaran yang sesuai. Bukan setakat itu sahaja guru juga berperanan sebagai ibu
bapa kepada murid-murid, demi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan
ini membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai anggota keluarga
mereka.
Peranan dan tanggungjawab guru juga sebagai kerani seperti melakukan kerjakerja menaip kertas-kertas soalan yang disediakan, merekod markah-markah ujian,
mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan , menulis surat kepada ibu bapa
dan kerja-kerja kerani yang lain. Selain itu guru juga berperanan pelajar dengan
mengikuti kursus meningkatkan keilmuan profesionalisme keguruan dari semasa ke
semasa untuk meningkatkan mutu pengajarannya.
Guru juga harus mempunyai perhubungan sebagai pegawai antara guru besar
dengan murid, antara pihak sekolah dengan ibu bapa.
Secara khususnya pula guru berperanan dan bertanggungjawab sebagai
pengamal ilmu. Dalam erti kata lain guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia
dalam memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid serta memberi petunjuk
kearah jalan yang benar sebagai pengamal ilmu.
Guru sebagai pengamal kemahiran profesional harus mempunyai
pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta
mempunyai sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi. Guru yang memperoleh
kemahiran profesioanal adalah bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti
pengajaran, bimbingan dan aktiviti ko-kurikulum berlandaskan amalan teori-teori
pendidikan. Seorang guru mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang
matapelajaran yang hendak diajarkan agar penyampaian dalam pengajarannya dapat
difahami oleh murid-murid.
Guru sebagai agen sosialisasi. Sehubungan ini guru harus berperanan sebagai
penyebar ilmu kemasyarakatan serta membentuk sahsiah yang sesuai dengan norma

dan nilai masyarakat. Tambahan lagi guru juga pembentuk masyarakat penyayang
serta menjadi rol model kepada murid dan masyarakat.
Guru juga berperanan sebagai agen perubahan. Sebagai agen perubahan,
guru bertanggungjawab membentukkan akhlak mulia dan jati diri di samping membina
kekuatan minda dan kreativiti dalam kalangan murid dalam usaha mencapai matlamat
negara bagi menghadapi pelbagai cabaran dunia tanpa sempadan.
Guru sebagai pakar rujuk serta seorang profesional, wajarlah sentiasa belajar
dan meningkatkan keupayaan agar dapat menjadi pakar rujuk bukan sahaja kepada
murid tetapi juga kepada rakan sejawatan. Guru sebagai seoarang pakar rujuk perlu
memiliki ciri-ciri seperti kecemerlangan peribadi, kecemerlangan pengetahuan dan
kemahiran,

kecemerlangan

dalam

kerja,

kecemerlangan

berkomunikasi

dan

mempunyai potensi untuk menyumbang tenaga ke arah kejayaan sekolah dan negara.
Peranan guru sebagai pembimbing (mentor) ialah mengutamakan kebajikan,
kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. Guru juga harus
membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau
bayaran. Guru hendaklah membimbing murid-murid yang menghadapi masalah agar
mereka dapat membina sifat keyakinan diri dan menyertai aktiviti pembelajaran secara
aktif.

3.0 TUGAS-TUGAS PENGURUSAN GURU


Selain daripada peranan yang dinyatakan di atas, guru juga terlibat dengan tugas-tugas
pengurusan di sekolah. Antara tugas-tugas tersebut seperti Guru kelas, Ketua Panitia,
Guru Sukan, Setiausaha PIBG, Penyelaras LINUS, Penasihat Persatuan atau Kelab,
Jurulatih Olahraga dan Permainan, Setiausaha Peperiksaan dan lain-lain lagi.
3.1 GURU KELAS
Sebagai guru di sekolah rendah, saya telah menerima pelbagai tugas yang perlu
dilaksanakan bagi membantu melancarkan pentadbiran sekolah. Antara tugas-tugas
pengurusan yang saya jalankan ialah guru kelas. Bidang tugas guru kelas meliputi
tugas merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar dalam buku rekod
kedatangan, kad 001, buku kemasukan pelajar juga dalam sistem aplikasi kemasukan
pelajar dalam talian. Setiap hari, sebagai guru kelas adalah menjadi tanggungjawab
menanda kedatangan pelajar pada waktu pertama . Apabila berlaku ketidakhadiran
pelajar, guru perlu memastikan murid mengemukakan surat kenyataan sama ada
daripda ibu bapa atau penjaga murid aatupun surat cuti daripada doktor. Sekiranya
tiada penjelasan dan sebab yang munasabah, guru hendaklah mengirimkan surat
amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah.
Selain itu, guru kelas berperanan menjalankan pengurusan bilik darjah seperti
pemilihan ketua darjah, membuat giliran bertugas, , giliran kebersihan, alat tulis,
perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan
pertukaran pelajar. Begitu juga dengan tugas memungut yuran-yuran khas, yuran
peperiksaan, sukan dan permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan
merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran. Tugas
menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks pelajar juga
merupakan bidang tugas guru kelas.

Guru bertanggunggungjawab terhadap pelajar di dalam kelasnya mengenai


disiplin dan menanam sikap rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan mempunyai kesedaran
sivik. Sekiranya terdapat kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru, perkara ini
perlu dilaporkan kepada PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng sekolah, kesulitan
memungut yuran dan masalah disiplin lain.
Kebersihan dan keceriaan kelas merupakan tanggungjawab guru kelas. Guru
bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot, kerusi meja dan alatan yang
terdapat di dalam kelasnya. Tugas ini boleh dibantu oleh pelajar berdasarkan jadual
tugas yang perlu disediakan oleh guru.
Kesimpulannya, guru kelas ibarat seorang ibu bapa di dalam kelasnya.
Tanggungjawab menjaga bilik darjah dan mengawasi anak-anak murid adalah tugas
utama. Guru kelas mestilah mengenal keperibadian dan latar belakang keluarga setiap
pelajarnya. Ini dapat membantu memudahkan guru menguruskan pelajar di dalam
kelasnya. Peranan ini membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah
sebagai sebahagian keluarga mereka. Secara professional, guru ialah penggerak
pembelajaran yang berperanan membimbing murid-murid supaya mereka berusaha
belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kebijaksanaan guru kelas
menguruskan bilik darjah dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang selesa. Maka, secara tidak langsung guru dapat membendung masalah
ketidakhadiran dan ponteng.

3.2 KETUA PANITIA MATAPELAJARAN

Di samping tugas guru kelas, tugas sebagai ketua panitia turut dipikul oleh saya.
Seorang Ketua Panitia Matapelajaran haruslah mempunyai ciri-ciri tertentu dalam
proses mengendalikan sebuah panitia yang penting di sekolah demi untuk
meningkatkan prestasi matapelajaran yang dipegang. Antaranya ialah memiliki kualiti
peribadi seperti minat dan berfikiran positif, mempunyai pengetahuan, teori dan amalan
pengurusan seperti pengurusan strategik; berkemahiran seperti kemahiran membuat
keputusan dan memiliki penghayatan nilai-nilai murni dan memiliki tingkah laku positif
sebagai Ketua Panitia .
Ketua Panitia berperanan penting dalam memastikan pengurusan panitia
berteraskan prinsip pengurusan panitia berkesan, menjana visi dan misi panitia,
merancang dan melaksanakan strategi dengan berkesan, menggunakan maklumat,
dapatan kajian, pendekatan dan teknologi terkini

dalam pengurusan panitia,

menghayati dan memupuk budaya menuntut ilmu sepanjang hayat melalui programprogram terancang serta membawa dan melaksanakan perubahan dengan mengambil
kira teori perubahan, amalan semasa dan tuntutan akan datang.
Melalui tugas-tugas yang dijalankan sebagai guru panitia, seorang guru telah
meningkatkan nilai profesionalismenya iaitu menjadi kreatif, inovatif dan bermotivasi
dalam menerajui panitia, komited terhadap budaya menuntut ilmu sepanjang hayat
untuk diri dan warga panitia,berpegang pada prinsip ekuiti, akauntabiliti dan integriti
dalam menerajui kecemerlangan pendidikan, berani dan sanggup mengambil risiko.
serta komited terhadap tanggungjawab yang diamanahkan.
Bidang kurikulum pula memberikan fokus kepada fungsi ketua panitia sebagai
pengurus

kurikulum

yang

menggerakkan

segala

sumber

untuk

menyokong

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memastikan kejayaan


semua murid.
Oleh itu tugas ketua panitia ialah memastikan pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan

berdasarkan prinsip dan peraturan, melaksanakan strategi untuk


7

meningkatkan prestasi kurikulum, menggunakan pendekatan, dapatan kajian dan


teknologi terkini bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran, meletakkan sasaran
dan cabaran yang tinggi terhadap pencapaian sekolah, memastikan pembelajaran
menjadi teras aktiviti sekolah, membuat penambahbaikan program kurikulum seperti
pembelajaran berterusan, menganalisis prestasi pengajaran dan pembelajaran serta
memberi maklum balas kepada rakan sekerja untuk tindakan penambahbaikan.
Tugas-tugas sebegini mampu meningkatkan nilai profesionalisme guru yang
menjadikannya seorang yang berpegang pada prinsip bahawa setiap murid boleh
belajar dan berhak mendapat pengajaran dan pembelajaran, berpegang pada prinsip
bahawa setiap murid mesti terlibat dalam aktiviti kurikulum, menghargai masa
pembelajaran akademik murid, berupaya menghadapi cabaran serta dapat menangani
masalah dan isu- isu yang berkaitan dengan kurikulum, komited terhadap usaha
memajukan prestasi akademik murid dan berpegang teguh pada ekspektasi yang tinggi
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Bidang kokurikulum pula menekankan tanggungjawab ketua panitia memimpin
dan mengurus akitiviti kokurikulum untuk menyokong dan mengukuhkan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Ketua panitia sekolah
hendaklah mampu mewujudkan aktiviti yang memberi peluang seluas-luasnya kepada
murid untuk menambah, mengukuh, mengamal pengetahuan serta kemahiran bagi
mengembangkan potensi murid denganmenerapkan nilai murni yang diperoleh.
Tugas ketua panitia dalam bidang ini ialah m erancang dan melaksana pelan
strategik kokurikulum, melaksanakan strategi untuk meningkatkan prestasi kokurikulum,
memastikan pengurusan dan kepimpinan kokurikulum berasaskan prinsip dan
peraturan, mengembangkan aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid melalui
kegiatan kokurikulum, melaksanakan penilaian dan penambahbaikan program secara
berterusan

seperti penglibatan murid dan guru secara analitis dan saintifik dan

membentuk watak sekolah melalui program kokurikulum.


Nilai profesionalisme yang terkandung dalam tugas ini ialah berpegang pada
prinsip bahawa setiap murid mesti terlibat dalam aktiviti kokurikulum, mempunyai minat
8

dan komitmen yang mendalam terhadap aktiviti kokurikulum, berupaya menghadapi


cabaran serta dapat menangani masalah dan isu- isu yang berkaitan dengan
kokurikulum, mempercayai bahawa aktiviti kokurikulum dapat merperkembangkan ciriciri peribadi murid.
Seterusnya dalam bidang

pengurusan hal ehwal murid menekankan

tanggungjawab ketua panitia dalam mewujudkan sistem pengurusan hal ehwal murid
yang berkesan. Ia bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan, kebajikan,
keselamatan, disiplin, keselesaan, keharmonian dan kesejahteraan murid bagi
mencapai pendidikan berkualiti.
Tugas Ketua Panitia dalam bidang ini membina dasar pengurusan hal ehwal murid
berlandaskan Dasar Pendidikan
perkembangan

Negara, undang-undang dan peraturan serta

terkini, memastikan program hal ehwal murid berasaskan prinsip

perkembangan fisiologi, psikologi, intelek, emosi dan kerohanian murid, memastikan


pengurusan aktiviti berkaitan hal ehwal murid berasaskan

prinsip dan peraturan,

melaksanakan strategi untuk meningkatkan prestasi hal ehwal murid, melaksanakan


aktiviti kebajikan, keselamatan, keselesaan, disiplin, kesejahteraan dan kerharmonian
murid dan berkomunikasi secara berkesan dengan murid, ibu bapa dan penjaga.
Tugas-tugas yang dijalankan dengan komited mampu meningkatkan nilai
profesional guru seperti menyukai dan menyayangi murid, prihatin terhadap aspek
kebajikan, kesejahteraan, keselamatan, keselesaan,

keharmonian dan kesihatan

murid, toleransi yang tinggi dalam semua keadaan dan peka terhadap keperluan
kerjaya murid terkini dan masa depan mereka.

4.0 PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU


Setiap ahli pendidik memiliki pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tugas
pengajaran pembelajaran. Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk
berusaha memperkembangkan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya
sejajar dengan perubahan terkini dalam dunia pendidikan. Usaha sedemikian dilihat
sebagai perkembangan profesional individu dan suatu usaha peribadi yang berterusan
serta

memaparkan

semangat,

komitmen

dan

kematangan

individu

terhadap

profesionnya.
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) adalah salah satu bahagian untuk
melaksanakan program-program kemajuan staf bagi menyediakan perkhidmatan
pengurusan pendidikan keguruan secara profesional, cekap dan berkesan agar para
pendidik sentiasa berketrampilan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru
(FPG), Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) serta Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM).
Latihan-latihan sebegini boleh dianjurkan oleh pihak sekolah, Pejabat Pendidikan
Daerah, Jabatan Pelajaran mahupun Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara kursuskursus yang boleh dijalankan bagi meningkatkan profesionalisme guru sejajar dengan
tugas saya sebagai guru kelas dan Ketua Panitia ialah Kursus Profesionalisme Guru
dan Kursus Pengurusan Panitia .
Antara cadangan bahan untuk Kursus Pengurusan Panitia ialah seperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4 / 1986 Pengurusan Panitia


Peranan dan Fungsi Panitia
Pengurusan Mesyuarat
Minit mesyuarat
Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah
Pengurusan Fail Panitia
Fail Meja Ketua Panitia
Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
Senarai Semak Pengurusan Fail PBS Jabatan Bahasa
Borang Indeks Fail Jabatan Bahasa

10

Pendidikan Berterusan lebih tertumpu kepada usaha seseorang untuk


menyambung pengajiannya di sesebuah kolej atau universiti untuk memperoleh sijil,
diploma atau ijazah lanjutan sama ada secara sepenuh masa atau secara sambilan.
Pendidikan berterusan merupakan peluang kepada seseorang untuk mencapai
pendidikan yang lebih tinggi. Di Malaysia, pendidikan berterusan semakin menarik
minat ramai graduan. Biiangan yang memiliki ijazah kedua (Sarjana) dan ijazah ketiga
(Ph.D) bertambah pada setiap tahun. llniversiti- universiti tempatan kini banyak
menawarkan program bagi mereka yang mahu meneruskan pengajian secara sambilan
pada hujung minggu yang lazimnya bermula pada petang Jumaat hingga hari Ahad.
Terdapat pelbagai kaedah dalam pendidikan berterusan, antaranya pembelajaran yang
berlaku secara tradisional yakni pembelajaran yang dijalankan di bilik kuliah dan
makmal. Pada masa kini, Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) yang semakin popular dapat
dilaksanakan dengan bantuan rakaman video dan bahan-bahan pengisian CD ROM,
program broadcasting, pembelajaran atas talian (OLL), internet serta kursus interaktif
atas talian (Online Interactive Courses). Pendidikan ini dapat menambah pengetahuan
dan meningkatkan profesionalisme guru.
Pada masa kini, terlalu banyak sumber bacaan yang ada, bacaan tidak hanya
terbatas melalui buku-buku, majalah dan akhbar (hard copy) semata-mata, malahan,
melalui internet pelbagai bacaan dapat dilakukan. Guru-guru di luar negara terutama di
negara maju menjadikan membaca sebagai rutin dalam kehidupan mereka sehingga
mereka mampu membincangkan pelbagai isu dan perkara tanpa teragak-agak.
Keupayaan mereka melontarkan idea, mengupas isu dan menganalis sesuatu
permasiilahan mencerminkan imej seorang pendidik yang pintar, berihnu dan
berwawasan. Maka, guru di Malaysia patut bangun menggilap imej guru Malaysia
melalui pembacaan bagi memastikan guru tidak terpinggir daripada kelompok
profesional yang lain.
Budaya menyelidik dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya kalangan
guru masih belum menyeluruh. Penyelidikan merupakan salah satu aktiviti yang sangat
berkesan

dalam

Pembelajaran

Sepanjang
11

Hayat

memandangkan

menerusi

penyelidikan kita mula berfikir, merancang, melakukan tinjauan dengan membaca


pelbagai bahan terutama hasil dapatan kajian pihak lain, menyediakan item-item
soalan, menganalisis dan menulis laporan. Proses menyelidik mendorong ke arah
pemikiran yang tinggi sehingga ke peringkat analisis dan melatih kita menjadi lebih
peka dan berpemikiran kritis. Selain itu, penyelidikan membolehkan kita mencungkil
pelbagai perkara baharu yang membolehkan kita mencadangkan sesuatu tindakan
yang lebih tekini dan sesuai.

Berfikiran reflektif merupakan amalan berfikir atau merenung kembali sesuatu


pengalaman yang kita alami dan menyedari implikasinya terhadap diri kita. Berfikiran
reflektif adalah suatu usaha yang bermakna untuk kita menjiwai proses P&P. Budaya
berfikir secara reflektif dalam kalangan guru mampu membantu guru untuk
mengimbangkan kepercayaan kita dengan keperluan pelajar. Apabila kita membuat
refleksi, kita menjadi lebih sedar dan kritis mengenai amalan kita sendiri dan dengan ini
sesuatu pengajaran mampu dipertingkatkan.
Melalui refleksi, kita menilai hasil perancangan dan strategi kita dalam P&P. Kita
juga cuba mengenal pasti kelebihan dan kelemahan kita. Kita selalu menyemai sikap
positif untuk mempertingkatkan pencapaian murid. Amalan membuat refleksi
membantu kita berkembang sebagai guru yang profesional dan berkesan.
Pengajaran reflektif adalah penting kerana pengajaran ini membolehkan kita
memahami pengalaman praktik tanpa mengetepikan hakikat bahawa terdapat nilai,
andaian, kepercayaan dan perspektif kendiri yang mempengaruhi kedua-dua amalan
dan bagaimana amalan itu dialami. Pengajaran reflektif adalah satu strategi untuk
membantu kita membuat keputusan yang matang mengenai teori dan amalan
pengajaran.

12

5.0 KESIMPULAN
Bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan
yang berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat
wawasan 2020. Setiap perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan menjadi
satu cabaran kepada profesion keguruan. Oleh itu,sewajarnya guru sentiasa berusaha
mempertingkatkan kecekapan kemahiran serta menjaga etika profesion keguruan. Isu
memartabatkan profesion keguruan perlu ditangani secara serius kerana kejayaan
sesebuah masyarakat dan negara berteraskan kepada kegigihan golongan pendidik
yang berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh pengamal ilmu yang terbaik.
Pengiktirafan masyarakat terhadap golongan guru adalah bergantung kepada guru itu
sendiri. Usaha pihak kerajaan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang
unggul dan disegani ramai tidak akan berjaya sekiranya guru itu sendiri tidak berusaha
bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Bidang pendidikan juga merupakan
pelaburan terpenting bagi sesbuah negara, dan gurulah pemankin utama yang menjadi
tonggak dalam memastikan segala hasrat kerajaan tercapai. Komitmen dan dedikasi
guru membawa perubahan kepada msyarakat seterusnya memacu negara menacapai
matlamat wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

13

14

Anda mungkin juga menyukai