Anda di halaman 1dari 5

Refleksi

1.0 Pendahuluan
Kokurikulum merupakan elemen yang sama penting dengan kurikulum akademik dalam
pendidikan negara kita selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berobjektif untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Salah sejenis
kurikulum yang mustahak ialah badan beruniform. Badan beruniform dapat memupuk semangat
berdisiplin dalam kalangan guru pelatih dan juga mencambahkan pemimpin yang berwibawa.
Dalam semester ini, saya berpeluang untuk mengikuti perkhemahan unit beruniform yang telah
dijalankan pada 12 Oktober 2015 15 Oktober 2015. Perkhemahan ini telah melibatkan
kesemua guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2014 yang kini menuntut di semester empat.
Perkhemahan ini merupakan syarat lulus kursus yang wajib dijalani oleh semua guru pelatih.
Perkhemahan ini dapat memberi input baharu dan juga tauladan kepada saya dalam
menghadapi dunia perguruan pada masa hadapan. Selain itu, saya telah menempuh dengan
banyak cabaran, dugaan dan halangan yang telah diberikan daripada para pensyarah
pembimbing tanpa disedari. Semua cabaran dan halangan ini sebenarnya mempunyai motifnya
yang tersendiri untuk membina ahli Pengakap dan insan guru yang berkualiti.
2.0 Isi-isi
2.1 Memberi kerjasama
Sebenarnya, saya kurang berminat untuk pergi berkhemah kerana saya kurang
berkeyakinan dengan keadaan yang akan dihadapi dalam perkhemahan sebelum ini. Tetapi,
persepsi saya telah bertukar apabila saya telah berada di perkhemahan tersebut dan
merasakan perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan juga memberi pengalaman yang
cukup manis buat saya. Di samping itu, saya juga telah mengeratkan hubungan dengan rakanrakan yang lain unit beruniform. Kami yang kurang rapat sepanjang jam interaksi kokurikulum
pun telah menjadi rapat pada akhirnya. Ia telah membina semangat setiakawan di anatara satu
sama lain. Kami juga dapat mengangkat barang-barang yang begitu banyak dari stor ke tapak
perkhemahan dalam masa yang singkat. Bak kata pepatah, yang ringan sama dijinjing, yang
berat sama dijunjung. Walaupun pada tahun ini agak berbeza kerana cuma terdapat dua badan
beruniform tetapi kami juga telah menjayakan aktiviti perkhemahan ini dengan tolerasi, tolongmenolong dan bantu-membantu. Kami sebagai guru pelatih haruslah mengamalkan sifat-sifat
yang baik supaya murid-murid kita juga dapat mengikut jejak kaki kami juga. Saya juga dapat
merasakan pensyarah-pensyarah pembimbing yang menjaga kami juga memberi kerjasama

dengan pelatih. Mereka telah memberi dorongan dan pengajaran kepada kumpulan saya.
Dengan adanya, kerjasama antara pensyarah dan pelatih maka akan mencambahkan beih
perpaduan, intergrasi nasional dan nasionalisme sehingga merealisasikan Gagasan 1 Malaysia.
2.2 Seorang yang bertanggungjawab
Selain itu, sebagai seorang ahli Pengakap, saya juga diberi input berkaitan asas yang
perlu ada seseorang pengakap kanak-kanak seperti istiadat bendera, laungan agung, dan juga
protokol dewan. Apabila saya didedahkan, saya bertanggungjawab menjadi seorang pemimpin
Pengakap semasa di sekolah nanti. Seorang pemimpin Pengakap perlulah memahami
persetiaan Pengakapa dan undang-undang Pengakap yang ada. Dengan itu akan melahirkan
seorang pemimpin pengakap yang baik dan dapat membimbing ahli pengakap iaitu murid-murid
sekolah nanti. Seorang Pengakap perlu mempunyai ciri-ciri seperti patuh kepada tujuan
kepimpinan, berminat dan berkeyakinan serta ikhlas, sentiasa menambah pengetahuan dan
berkemampuan. Dalam perkhemahan ini, saya dapat mencungkil bakat-bakat saya seperti
menjadi seorang pemimpin. Saya berpeluang menjadi ketua sekawan dan penolong sekawan.
Ini merupakan peluang yang baik untuk melatih kepimpinan saya dan saya juga berjaya
memimpin sekawan ungu untuk mendapat tempat pertama pada hari terakhir semasa
pemeriksaan pagi. Ini merupakan kejayaan yang besar kepada saya dan juga rakan-rakan saya
sekali. Sebagai pemimpin atau sebagai guru, kami tidak harus mengamalkan sikap suka
mengarah orang lain, malah

kami harus melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada

kumpulan.
2.3 Giat untuk meneroka kemahiran
Seterusnya, saya juga memperoleh pelbagai input yang berkaitan dengan pembinaan
gajet. Sebelum ini, saya tidak pernah membina gajet khususnya untuk model tapak
perkhemahan. Kami telah diberikan buluh yang disiap potong dan untuk didirikan gajet-gajet.
Saya telah mempelajari simpulan yang digunakan dalam proses pembinaan gajet yang lengkap
dan teratur. Hal ini sudah pasti akan membantu pada masa akan datang terutamanya sewaktu
kecemasan. Selain itu, saya juga mengetahui bahawa gajet-gajet yang harus dibina semasa
aktiviti perkhemahan mengikut keperluan dan kesesuaian aktiviti. Ilmu yang diperolehi melalui
pembinaan tapak perkhemahan perlu dilalui agar pengalaman ini sungguh bermakna. Sebagai
guru, kami wajarlah mempunyai kemahiran dalam kerja kasar. Memotong buluh, mengikat
buluh,dan mencantikkan buluh memerlukan kemahiran. Tanpa kemahiran ini, guru tidak akan
dapat mengaplikasikan barang-barang yang sedia ada menjadi satu bahan-bantu mengajar.

Buluh dapat menjadi gerbang, pintu, dapur, meja, kerusi dan sebagainya. Melalui perkhemahan
ini, saya telah melatih dan membina kemahiran yang luar biasa ini. Walaupun tiga malam turutmenurut membuat gajet adan mengikat tali, saya berasa gembira dan bangga dalam
mempelajari kemahiran tersebut.
2.4 Seorang yang mempunyai keyakinan dan keberanian
Dalam aktiviti kembara, saya dapat merasai keseronokan bermain flying-fox dan juga
rock climbing. Kedua-dua aktiviti ini merupakan kali pertama saya merasai. Walaupun aktiviti
amat menakutkan namun, saya telah mecabarkan diri saya untuk mencuba aktiviti ini. Aktiviti ini
tidak bahaya tetapi kami harus mengikut langkah-langkah keselamatannya. Kami juga
didedahkan kepada prosedur-prosedur mengikut aktiviti ini. Kedua-dua aktiviti ini juga telah
memupuk sikap keberanian and keyakinan diri. Ini merupakan cabaran kepada diri sendiri.
Saya berjaya melalui kedua-dua akitiviti tersebut kerana saya mempunyai keberanian dan juga
keyakinan diri kepada diri sendiri saya. Sebagai seorang guru, kami haruslah yakin kepada diri
sendiri. Sesorang guru yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat membantu seorang
guru untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Kebanyakan masalah disiplin yang timbul di
dalam bilik darjah adalah disebabkan sifat kurang yakin guru sendiri. Guru yang mempunyai
sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu keputusan. Sebagai
seorang guru, saya juga haruslah mempunyai keberanian mengajar serta membantu sekuat
tenaga pada murid-murid agar mereka lebih maju. Kami harus percaya kepada diri sendiri dan
mempunyai keyakinan yang tinggi di dalam kelas semasa mengajar supaya murid-murid akan
menghormati kami dan juga mempercayai kami. Kami juga boleh memberi keyakinan kepada
murid-murid dengan memberi kata motivasi kepada meraka. Dalam aktiviti ini juga, saya juga
memberi dorong kepada rakan-rakan saya yang takut untuk mencuba aktiviti tersebut.
2.5 Menghargai apa yang sedia ada
Seterusnya aktiviti flying-fox dan rock climbing, kami telah pergi ke Kampung
Malanggang untuk khidmat masayarakat. Khidmat masyarakat telah memberi pendedahan
kepada kami tentang kehidupan orang di luar bandar. Kami sebagai orang yang agak bagus
dalam kehidupan, harus membantu mereka. Kami telah membantu penduduk kampung tersebut
untuk mencuci parit dan membuat parit. Walaupun agak susah dan penat, kami juga telah
berjaya membuat parit tersebut. Khidmat masyarakat ini telah mengeratkan hubungan kami
dengan penduduk di luar bandar. Kami dapat merasai kehidupan di luar bandar dan kami juga
menghargai kehidupan kami sekarang. Di dalam perkhemahan ini, saya juga belajar untuk

memasak. Saya selalu mencari alasan untuk menolak permintaan ibubapa saya untuk
memasak namun pada kali ini, saya telah mencabar diri sendiri untuk memasak. Walaupun
pada kali pertama memasak, saya berjaya menghiris ayam dan ikan dan memasak dengan
enak sekali. Memasak bukan sesuatu yang susah tetapi memerlukan kerajinan dan juga
kesabaran. Sebagai seorang guru, kami haruslah mempunyai kerajinan yang tinggi dan juga
kesbaran yang tinggi semasa mengajar murid-murid.
2.6 Seorang yang berdikari
Dalam akitiviti ikhtihar hidup, kumpulan saya hanya dibekalkan beberapa buah-buahan,
telur dan sebagainya untuk menghasilkan beberapa menu-menu. Kumpulan saya telah
mengagihkan beberapa menu untuk seseorang. Saya telah memasak dengan kemampuan
saya sendiri dengan menggunakan beberapa bahan sahaja. Di dalam aktiviti ini, saya telah
belajar untuk berdikari. Sikap berdikari akan membentuk sikap yang seimbang sama ada dari
segi fizikal mahupun mental. Kami akan sentiasa bersikap sedia bagi menghadapi sebarang
risiko dan menangani masalah dengan sebaik mungkin.Kami juga tidak teragak-agak untuk
membuat pilihan. Ini kerana kami yakin terhadap kemampuan kami sendiri dalam melakukan
sesuatu pekerjaan. Sikap ini akan menjadikan kami seorang yang kreatif serta berupaya
menghasilkan kerja yang berkualiti. Kami akan sentiasa berfikir untuk menaik taraf hidup dan
berusaha memperbaiki diri sendiri. Akhirnya, saya dapat menghidang kuih yang berbalut
dengan pisang dan juga pisang kentang.
2.7 Seorang yang kreatif
Dalam aktiviti Malam Kebudayaan pula, saya juga menikmati aktivit tersebut kerana
persembahan semuanya sangat menarik. Walaupun diberikan masa yang singkat untuk
menghasilkan tetapi, kami berjaya mempersembahkan tarain yang menarik. Dalam proses
mempersembahkan tarian ini, kami telah mempelajari bahawa kreativiti amat penting. Guru
yang kreatif menggunakan segala sesuatu yang dia miliki untuk mengaktualisasikan
pembelajaran aktif untuk memotivasi murid seperti pemikiran, fakta, dan idea-idea atau bahkan
kombinasi pemikiran dan idea. Guru yang kreatif mampu melakukan ajaran proses belajar
efektif dengan menggabungkan berbagai kontekstual instruksional bahan, strategi pengajaran,
pembelajaran media dan pengalaman kehidupan nyata. Kreatifitas guru sangat penting untuk
memfasilitasi efektif belajar.
3.0 Kesimpulan

Sebagai menggulung segala yang diperkatakan di atas, saya sangat bersyukur kerana
aktiviti perkhemahan ini telah banyak menyumbag pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri
saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik
yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada program perkhemahan yang seterusya, saya akan
lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi
seorang pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya bangga menjadi seorang ahli
Pengakap. Once a scout, always a scout.

Anda mungkin juga menyukai