Anda di halaman 1dari 26

KRITIKAN DAN ANALISIS

1. PENDAHULUAN

Di dalam set pendahuluan, penulis ini dapat melahirkan idea-idea yang baik dalam
menghuraikan maksud sistem pendidikan negara abad ke 21 ( SPN 21). Sebagai contoh dapat
dilihat dalam jadual di bawah ini untuk melihat dengan lebih jelas struktur yang disampaikan.

Jadual 1: Jadual menunjukkan struktur isi-isi di dalam setiap perenggan

1 ISI : Perubahan kualiti sistem pendidikan di negara ini


2 ISI : cabaran-cabaran dalam perubahan kualiti sistem pendidikan
3 ISI: Pelaksanaan Sistem Pendidikan Negara abad ke 21
4
ISI: Pengertian Pelaksanaan
5 ISI: Pengertian SPN 21
6 ISI: Tujuan Pelaksanaan SPN 21
7 ISI: Penerangan untuk memulakan esei

Menurut Sulasiah Munajir & Hamedi Mohd Adnan (2000) pendahuluan esei yang baik
haruslah membayangkan sesuatu yang akan ditulis dengan memberikan (i) latar belakang
isu yang ditanya dalam soalan, (ii)memberi definisi dan (iii) menyatakan isi utama.

Setelah dianalisis, penulis ada mengaitkan tiga-tiga rangka yang dinyatakan iaitu latar
belakang isu yang ditanya dalam soalan mengenai mengenai sistem pendidikan (Perenggan 1
hingga 3). Memberikan definisi (Perenggan 4) dan menyatakan isi utama (perenggan 5-6).

Walau bagaimanapun, cara pengolahan isi yang diberikan tidak teratur dan kurang kemas
malahan terdapat beberapa perenggan diterangkan secara berulang-ulang.

Sebagai cadangan:

Adalah lebih baik sekiranya pengertian SPN 21 bermula pada perenggan 3 dan kemudian
diikuti bagi isi tujuan perlaksanaan SPN 21. Pada perenggan isi ke 3, 4 dan 6 diterangkan
secara berulang-berulang dan maksud yang diberikan adalah sama. Oleh itu, adalah lebih baik
dicantumkan perenggan 3, 4 dan 6 untuk menggelakkan kekeliruan. Dengan cara ini mampu
menarik perhatian pemeriksa atas pengolahan ayat yang kreatif.

Pendahuluan dalam sesebuah karangan itu amat penting. Ia akan memberikan gambaran
pertama kepada pemeriksa tentang mutu penulisan yang akan diperiksanya. Pendahuluan
yang baik, lancar dan berkesan akan memberikan gambaran isi penulisan yang mantap dan
menarik. Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang
perbincangan dalam bahagian isi (Rossaliza Binti Haini : 2009)

Ini dapat saya simpulkan bahawa bakal guru ini belum dapat menghasilkan pendahuluan
yang baik walaupun pada hakikatnya idea-idea yang diberikan munasabah.

1
1.2 Fakta yang betul

Bakal guru ini mengaitkan fakta-fakta yang kukuh dalam mengukuhkan jawapan beliau.
Sebagai contoh:

“The national education should provide a dynamic, forward looking educational programme to provide knowledge
and skills required by industry and services without ignoring values”

( Titah baginda Sultan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam ketika sambutan Hari kebangsaan yang ke 19
tahun)

(Perenggan 1, Muka surat 1)

1.3 Tatacara rujukan

Saya mendapati bahawa bakal guru ini membuat rujukan. Ini terbukti beliau menerangkan
maksud ‘perlaksanaan’ melalui rujukan kamus komprehensif Bahasa Melayu tahun 2005.
Penggunaan rujukan kamus dalam esei adalah bahan yang penting untuk memberi maklumat
dalam pelajaran bahasa. Ini kerana rujukan kamus bukan setakat untuk mendapatkan makna
sesuatu perkataan tetapi berupaya menerangkan fungsi perkataan dalam ayat dengan tepat daa
sesuai (S,Nathesan,1999). Tambahan pula, kamus tidak dapat dipisahkan dengan pengajaran
bahasa dan tanpa kamus pengajaran bahasa tidak akan menjadi sempurna dan lengkap.

1.4 Hujahan yang baik

Hujahan yang diberikan ringkas dan mudah difahami

1.5 Bahasa Melayu

1.5.1 Ayat

Dari segi penggunaan ayat terdapat masih terdapat kekurangan dan kurang kemas. Menurut
Sulasiah Munajir & Hamedi Mohd Adnan (2000) ayat yang tidak lengkap dan kurang
menyalahi tatabahasa atau menyalahi tatabahasa akan menyebabkan gagasan tidak sempurna.
Oleh itu, penulis hendaklah menghasilkan ayat yang gramatis dan baik.

1.5.2 Ejaan

Ejaan digunakan dengan baik. Tidak ada kesalahan ejaan pada bahagian ini

1.5.3 Frasa

Saya mendapati bahawa banyak kesalahan frasa yang dilakukan. Misalannya:

2
Tahun 2009 akan menjadi satu mercu tanda yang penting dalam Sistem Pendidikan Negara Brunei Darussalam.
Ini kerana, akan adanya perubahan dalam sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam yang mana
perubahan ini adalah selaras dengan perubahan zaman yang semakin moden ini. Memandangkan dunia
semakin moden dan canggih, maka kualiti sistem pendidikan di Brunei juga turut dititiberatkan dan
dipertingkatkan untuk menghadapi segala cabaran-cabaran yang baru.

(Perenggan 1 Muka surat 1)

Kesalahan 1: Penggunaan perkataan yang berulang-ulang iaitu perkataan ‘ini’

Pembetulan:

… Ini kerana akan adanya perubahan dalam sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam
selaras dengan perubahan zaman yang semakin moden.

Kesalahan 3: Penggunaan ayat yang kurang kemas dan digunakan secara berulang-ulang.

Contoh: Ayat 1:…..perubahan zaman yang semakin moden


Ayat 2. Memandangkan dunia semakin moden…

Pembetulan

Bagi ayat ke (2) digugurkan.

Ini kerana akan adanya perubahan dalam sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam selaras
dengan perubahan zaman yang semakin moden. Maka, kualiti sistem pendidikan di Brunei perlu turut
dititikberatkan dan dipertingkatkan untuk menghadapi segala cabaran-cabaran yang baru

Kesalahan 4: Penggunaan ungkapan‘yang mana’

Penulis ini cenderung menggunakan ungkapan ‘yang mana’ di dalam bahagian ini. Ini dapat
dirujuk pada perenggan 1 dan perenggan 7. Ungkapan sedemikian memang menyalahi
aturan-aturan Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu, ungkapan ‘yang mana’ hanya
digunakan sebagai unsur pertanyaan, dan tidak wajar digunakan sebagai unsur keterangan
relatif (S. Nathesan,1999)

Pembetulan : Perkataan ‘yang mana’ digugurkan.

…Ini kerana akan adanya perubahan dalam sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam yang
mana perubahan ini adalah selaras dengan perubahan zaman yang semakin moden

Kejadian gejala menggunakan ungkapan ‘di mana’ dan ‘yang mana’ sebagai unsur
penghubung menurut kebanyakan ahli bahasa adalah berpunca daripada kelaziman pengguna
terikut-ikut susunan ayat bahasa inggeris iaitu yang menggunakan kata relative where dan
which untuk menghubung dua ayat.(S. Nathesan,1999: 92)

3
2. EKPEKTASI/HARAPAN SPN21 DAN GURU-GURU BARU

2.1 Isi-isi penting

Isi-isi yang diterangkan lebih memfokuskan kepada harapan SPN 21 daripada isi bagi
harapan kepada guru-guru baru. Sungguhpun demikian, isi bagi harapan SPN 21 diterangkan
secara umum sahaja malahan tidak memberangsangkan. Beliau tidak memberikan sebarang
contoh-contoh dan bukti yang mantap untuk mengukuhkan jawapan tersebut. Manakala isi
bagi harapan pada guru-guru baru hanya diterangkan satu isi sahaja. Hal demikian, dapat
disimpulkan bahawa penulis ini masih tidak dapat melahirkan idea-idea yang bernas dan
tidak kreatif dalam bahagian ini

Antara lain, terdapat juga isi yang kurang difahami dan maksud yang diterangkan tergantung.
Sebagai contoh:

Di samping itu harapan SPN 21 ini adalah untuk memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran yang
bakal ditempuhi di alaf baru ini[1] di mana keadaan teknologi pada ketika ini kian berubah begitu pantas dan
keadaan ekonomi pula mudah bergolak. Maka perlaksanaan SPN 21 ini di sekolah –sekolah [2] adalah tepat
pada masanya di mana kementerian Pendidikan telah mewujudkan satu sistem pendidikan yang relevan [3]
dengan kehendak semasa dan masa yang mendatang.

(Perenggan 2, Mukasurat 3)

Persoalan:

1) Apakah dia harapan SPN 21 yang memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-


cabaran yang bakal ditempuhi di alaf baru ini?
2) Apakah perlaksanaan di sekolah-sekolah bagi menempuhi SPN 21?
3) Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan yang relevan? Adakah terdapat sistem
pendidikan yang lain selainnya tertubuhnya SPN 21?
(kekeliruan maksud yang diberikan)

Ulasan

Jawapan yang diberikan masih tergantung. Penulis seharusnya menyatakan contoh-contoh


apakah diantara keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran SPN 21 dan apakah perlaksanaan
SPN 21 di sekolah. Diantaranya sebagai contoh yang baik iaitu

1. Memperkukuhkan kompetensi dalam teknologi infokomunikasi (ICT) bagi penuntut,


guru dan pentadbir pendidikan termasuk integrasi ICT ke dalam kurikulum sekolah
2. Membentuk program yang menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan
meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.

4
Selain itu juga, isi bagi harapan SPN 21 kepada guru-guru baru belum mencukupi untuk
menjawab soalan ini dan perlu diberikan contoh-contoh yang lain. Sebagai contoh:

Harapan bagi guru-guru baru pula ialah dengan wujudnya SPN 21 ini, ia akan dapat melatih seorang guru untuk
lebih berkreatif [ISI] dalam mengajar iaitu bukan hanya menggunakan satu kaedah sahaja yang digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi menggunakan pelbagai kaedah

(Perenggan 4, mukasurat 3)

Cadangan

Diantara harapan SPN 21 kepada guru-guru baru ialah

1) Memupuk budaya penyelidikan dikalangan guru-guru baru


2) Menimbulkan pembelajaran yang konstruktivisme
3) Berkebolehan di dalam pelbagai aspek bidang-bidang yang tertentu

Sehubungan dengan itu, ini mungkin dapat menguatkan lagi isi-isi beliau agar lebih padat dan bermutu.

2.2 Fakta yang betul

Fakta yang diberikan terdapat kekeliruan dan masih kurang dapat difahami. Kelemahan
perenggan ini dapat dilihat bagaimana penulis ini menyampaikan idea, maksud ataupun isi
tersebut. Teliti contoh kesalahan berikut ( tumpukan perhatian kepada fakta atau isi yang
disampaikan)

Di samping itu harapan SPN 21 ini adalah untuk memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran yang
bakal ditempuhi di alaf baru ini[1] di mana keadaan teknologi pada ketika ini kian berubah begitu pantas dan
keadaan ekonomi pula mudah bergolak [2]

(Perenggan 2, Mukasurat 3)

Persoalan:

Kenapa dengan ekonomi di negara ini yang boleh menyebabkan pergolakkan timbul
sehinggakan SPN 21 turut menempuhi cabaran tersebut?

Penyataan di atas tiada rujukan yang sahih.Maksud yang disampaikan kurang difahami dan
tidak ada fakta mengenainya malahan tidak disertakan di dalam lampiran untuk
mengukuhkan jawapan beliau.

Ulasan:

Di dalam perenggan ini, teknologi berubah begitu pantas mungkin dapat diterima dengan
kelogikkan fakta yang kukuh kerana dalam SPN 21 memerlukan guru mengukuhkan
kompetensi dalam teknologi infokomunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran.
Akan tetapi ekonomi mudah bergolak adalah idea yang kurang sesuai bagi mengukuhan idea
yang bernas.

5
2.3 Tatacara rujukan

Penulis tidak ada memberikan sebarang rujukan bagi menguatkan lagi hujahnya. Sebagai
contoh penulis tidak ada menggunakan perkataan ‘menurut’,’merujuk’, ‘mengikut kajian’ dan
sebagainya. Sekurang-kurangnya jika penulis menggunakan ayat seperti ini dapatlah
memastikan atau membuktikan bahawa beliau telah membuat rujukan kepada seseorang
pakar pendidikan atau psikologi dan sebagainya. Di sini dapat saya simpulkan bahawa
penulis lebih menggunakan kefahaman beliau sendiri

2.4 Hujahan yang baik

Penulis hanya menghujahkan secara ringkas dan terdapat maksud yang berbelit-belit.Penulis
perlu mempelbagaikan ayat tersebut dengan menyelitkan kata hubung atau penanda wancana
untuk menarik perhatian pemeriksa. Antara lain, dengan mengaitkan fakta dan bukti yang
relevan akan mengukuhkan jawapan penulis esei tersebut. Berdasarkan tersebut, penulis akan
mendapat permarkahan yang lebih tinggi hasil pengolahan yang kreatif dan bermutu

2.5 Bahasa Melayu

2.5.1 ayat

Saya mendapati bahawa penulis sukar untuk mengkontruksikan ayat dengan baik yang
menyebabkan maksud yang disampaikan kurang difahami dan berbelit-belit. Misalnya:

Dengan adanya sistem pendidikan yang baru ini, Kementerian Pendidikan berharap ia akan dapat melengkapi
generasi muda dengan pendidikan yang berkualiti dan mencapai pendidikan ke tahap yang tertinggi. Seterusnya
ia akan dapat merapatkan jurang pencapaian (achievement gap) diantara kumpulan pelajar yang berbeza minat,
keupayaan dan latar belakang yang berbeza supaya mereka lebih dinamik, proaktif dan dapat memperbaiki
kehidupan masing-masing dan seterusnya akan dapat menyumbang terhadap pembangunan negara; bukan
hanya tertumpu terhadap penghasilkan ‘emas hitam’nya iaitu minyak dan gas sahaja, tetapi juga kepada sumber
tenaga manusia.

(Perenggan 1 , Mukasurat 3)

Penggunaan “seterusnya” cenderung digunakan. Adalah lebih baik sekiranya penulis


menggunakan kata hubung selain menggunakan perkatan “seterusnya” agar maksud yang
disampaikan berkesan dan lebih bemutu.

Penulis ini juga mencampuradukkan isi dalam perenggan ini. Saya mencadangkan isi yang
dinyatakan di atas diterangkan pada perenggan yang baru. Huraian hendaklah lebih padat
dengan bukti yang kukuh. Berdasarkan tersebut, ini membolehkan pemeriksa melihat isi-isi
penting dengan lebih jelas dan padat

Antara lain juga, terdapat pengulangan ayat berlaku pada peranggan satu dan lima dengan
memberikan maksud yang sama iaitu mengenai pembangunan negara. Namun dengan
demikian, hal ini bukan menjadi satu masalah.Ini adalah kerana membuat pengulangan ayat
pada bahagian yang tertentu menunjukkan bahawa perkara yang diulang itu diberi penekanan
agar memberi kesan yang mendalam (Sulasiah Munajir &Hamedi Mohd Adnan,2000)

6
2.5.2 Ejaan

Tiada kesalahan ejaan di dalam bab ini

2.5.3 Frasa
Di samping itu, harapan SPN 21 ini adalah untuk memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran yang
bakal ditempuhi di alaf baru ini di mana keadaan teknologi pada masa kini.....

(Perenggan 2, Mukasurat 3)

Kesalahan 1: Penggunaan ungkapan‘di mana’

Penulis ini menggunakan ungkapan ‘di mana’ di dalam bahagian ini. Ungkapan sedemikian
memang menyalahi aturan-aturan Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu, ungkapan ‘di
mana’ hanya digunakan sebagai unsur pertanyaan, dan tidak wajar digunakan sebagai unsur
keterangan relatif (S. Nathesan,1999)

Pembetulan : Pengunaan di mana boleh dibaiki menjadi ayat-ayat berikut :

Di samping itu, harapan SPN 21 ini adalah untuk memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran
yang bakal ditempuhi di alaf baru ini dengan keadaan teknologi pada masa kini

Kejadian gejala menggunakan ungkapan ‘di mana’ dan ‘yang mana’ sebagai unsur
penghubung menurut kebanyakan ahli bahasa adalah berpunca daripada kelaziman pengguna
terikut-ikut susunan ayat bahasa inggeris iaitu yang menggunakan kata relative where dan
which untuk menghubung dua ayat.(S. Nathesan,1999: 92)

Antara lain,

Ia akan dapat melatih seorang guru untuk lebih kreatif dalam mengajar ; iaitu bukan hanya menggunakan satu
kaedah sahaja yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran....

(perenggan 4, muka surat 3)

Kesalahan 2: Penggunaan tanda baca koma bertitik (;)


Tanda koma betitik hanya digunakan (i) pada baris pertama dan kedua pantun dua dan empat
kerat, dan (ii)memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara tanda baca koma
bertitik digunakan kurang sesuai dan hendaklah digugurkan (Sulasiah Munajir &Hamedi
Mohd Adnan,2000)

7
3. APAKAH CABARAN-CABARAN DALAM PERSEDIAAN GURU-GURU
(TERMASUK GURU-GURU PELATIH) DALAM MENGHADAPI
CABARAN-CABARAN SPN 21

3.1 Isi-Isi penting

Terdapat isi-isi penting di dalam bab ini. Isi-Isi yang diberikan dikaitkan dengan contoh-
contoh yang relevan. Sebagai contoh, penulis ini mengambil model Sarjana Muda Pendidikan
sebagai salah satu program pendidikan perguruan di Universiti Brunei Darussalam iaitu guru-
guru pelatih). Tujuan penulis ini adalah untuk mengukuhkan jawapan dengan mengaitkan
SPN 21

Walau bagaimanapun, Isi-isi yang diterangkan hanya memfokuskan kepada cabaran yang
bakal dihadapi pada guru-guru pelatih tetapi tidak dinyatakan dan diterangkan bagi guru-guru
yang berkhidmat. Dengan demikian, bakal guru ini tidak mengikut kehendak soalan yang
diberikan

Saya mendapati bahawa isi-isi yang digunakan tidak memberangsangkan.Isi-isi yang diolah
masih terkawal malahan kekurangan idea-idea yang bernas. Penulis seharusnya
mempelbagaikan dan ditambah isi-isi tersebut dengan lebih kukuh lagi. Dengan cara ini,
sudah setentunya mampu menarik perhatian pemeriksa.

3.2 Fakta yang betul

Banyak kekeliruan fakta yang digunakan. Isi bagi menguatkan fakta masih belum dapat
menjawab soalan yang diberikan. Maksud ayat seolah-olah tergantung.

Sebagai contoh:

Cabaran-cabaran dalam persediaan guru-guru seperti guru pelatih dalam menghadapi cabaran-cabaran SPN 21
ialah di dalam program Sarjana Muda Pendidikan ( SMP) iaitu salah satu program pendidikan perguruan di
Universiti Brunei Darussalam ada terdapat kursus Latihan Mengajar. Kursus ini bertujuan untuk memberi
pengalaman kepada para guru pelatih yang bertugas di sebuah sekolah dan mereka akan berinteraksi dengan
guru-guru dan pelajar-pelajar sambil mempelajari mengenai tanggungjawab perguruan daripada guru-guru
sekolah. Ini adalah salah satu cabaran yang akan ditempuhi oleh seorang guru pelatih dalam menghadapi
cabaran SPN 21 yang memerlukan seorang guru yang berkualiti tinggi dan berpengalaman yang luas mengenai
pendidikan guru. Dari itu seseorang guru pelatih perlu lebih bersedia dalam mendalami teknik di dalam kursus
Latihan Mengajar

(Perenggan 1, mukasurat 5)

Persoalan: Ayat tergantung.

1) Seterusnya apakah kesan yang akan timbul pada pelajar dan guru tersebut?
2) Apa perbezaan di antara sebelum dan selepas SPN 21 yang menyebabkan penulis
perlu menerangkan untuk mendalami teknik? Lebih baik (Pengajaran dan Pengajaran)

8
Penulis tidak menyelitkan contoh-contoh teknik apa yang sesuai dalam SPN 21. Dengan
demikian, ayat ini masih dianggap tergantung dan masih belum dapat mengukuhkan jawapan
yang diberikan.

Antara lain,

Selain daripada itu, guru-guru pelatih perlu disediakan lebih banyak lagi latihan-latihan mengajar di sekolah
sekolah supaya dapat memperolehi banyak pengalaman daripada guru yang berpengalaman dan juga
persekitaran di sekolah dan juga lebih terdedah kepada ‘real world of schools’ Ini adalah disebabkan ada
sesetengah sekolah membuat laporan mengatakan bahawa pihak sekolah mengalami kekurangan guru yang
berpengalaman dalam sesuatu subjek.

(Perenggan 2, muka surat 5)

Dimanakah maklumat diperolehi dan mata pelajaran apakah yang kekurangan guru itu?

Fakta yang diberikan tidak ada rujukan yang sahih. Dengan menyatakan ‘sesuatu subjek’
sudah menampakkan keterangan yang diberikan masih tidak jelas dan tidak kukuh. Bahan
bukti yang menyatakan kekurangan guru juga tidak disertakan di dalam lampiran sebagai
sumber diperolehi . Oleh yang demikian, fakta yang digunakan masih kurang kepastian dan
perlu mengukuhkan dengan bukti yang jelas

Ini dapat saya simpulkan penulis ini hanya mampu memberikan penjelasan dalam
permasalahan tapi kurang memberikan bukti yang kukuh.

3.4 Tatacara rujukan

Penulis tidak ada memberikan sebarang rujukan bagi menguatkan lagi hujahnya. Sebagai
contoh penulis tidak ada menggunakan perkataan ‘menurut’,’merujuk’, ‘mengikut kajian’ dan
sebagainya. Sekurang-kurangnya jika penulis menggunakan ayat seperti ini dapatlah
memastikan atau membuktikan bahawa beliau telah membuat rujukan kepada seseorang
pakar pendidikan atau psikologi dan sebagainya. Di sini dapat saya simpulkan bahawa
penulis lebih menggunakan kefahaman beliau sendiri

3.5 Bahasa Melayu

Dalam aspek bahasa banyak memberi pengaruh kepada keberkesanan karangan yang ditulis.
Tanpa bahasa yang baik dan berkesan, karangan yang ditulis mungkin sukar untuk difahami
dan cepat membosankan pembaca.(Sulasiah Munajir& Hamedi Mohd Adnan,2000).
Kesalahan yang dilakukan oleh penulis dari segi ejaan, pemilihan kata, penggunaan ayat
dapat dilihat dalam bahagian ini

9
3.5.1 Ejaan

KESALAHAN EJAAN
PERENGGAN KESALAHAN PEMBETULAN
1 tangungjawab tanggungjawab
1 berkualitit berkualiti
2 sesetegah sesetengah

3.5.2 Frasa

Terdapat kesalahan yang dilakukan oleh penulis dari segi tatabahasa.

Cabaran-cabaran dalam persediaan guru-guru seperti guru pelatih dalam menghadapi cabaran-cabaran SPN 21
ialah di dalam program Sarjana Muda Pendidikan (SMP) iaitu salah satu program pendidikan perguruan di
Universiti Brunei Darussalam ada terdapat kursus latihan mengajar.

(Perenggan 1, Mukasurat 5)

Kesalahan

Pada perenggan ini, pengolahan ayat kurang kemas dan berbelit-belit. Ini adalah disebabkan
perkataan ‘ialah’ dan ‘iaitu’ digunakan serentak dalam menerangkan satu makna ayat.
Penulis sepatutnya mempelbagaikan ayat dengan lebih kreatif supaya menarik perhatian
pemeriksa

Pembetulan

Cabaran-cabaran SPN 21 ini telah menguji keupayaan guru termasuklah guru-guru pelatih di institusi
perguruan. Sebagai contoh program Sarjana Muda Pendidikan (SMP) bagi program pendidikan
perguruan di Universiti Brunei Darussalam ada terdapat kursus latihan mengajar

Selain daripada itu, guru-guru pelatih perlu disediakan lebih banyak lagi latihan-latihan mengajar di sekolah-
sekolah supaya dapat memperolehi banyak pengalaman daripada guru yang berpengalaman dan juga
persekitaran di sekolah dan juga lebih terdedah kepada ‘real world of schools’

(Perenggan 2, Mukasurat 5)

Kesalahan
Pembinaan ayat di dalam perenggan ini kurang kemas dan kurang kreatif. Selain itu juga,
ayat lewah berlaku iaitu penggunaan kata hubung ‘dan juga’ digunakan berulang-ulang.

Pembetulan

Selain itu juga,guru-guru pelatih perlu diberikan perdedahan awal di dalam krusus latihan mengajar di
sekolah agar dapat memperolehi banyak pengalaman yang berguna dari guru-guru yang bertauliah
dan berpengalaman agar dapat persekitaran ‘real world of schools’

10
Dengan adanya SPN 21 inilah di harap akan bertambah ramai lagi guru tempatan Brunei yang berpengalaman
dan berkualiti untuk bekerja sebagai guru nanti.

(Perenggan 2, Mukasurat 5)

Kesalahan

Penulis keliru dengan penggunaan kata sendi di. Kata sendi di berfungsi sebagai kata
perposisi dan merujuk kepada lokasi atau tempat ( Abdullah Jumain Abu Samah: 2008). Kata
sendi di hanya akan ditulis terpisah jika merujuk kepada lokasi atau tempat. Perkataan
‘harap’ bukan merujuk kepada lokasi dan tempat. Oleh itu ia tidak boleh dipisahkan.

4. APAKAH KAEDAH, STRATEGI, PENDEKATAN, TEKNIK PENGAJARAN


YANG DIGALAKKAN DALAM SPN21?

4.1 Isi-Isi penting

Penulis dapat menjawab soalan yang diberikan iaitu dapat memberikan pengertian dan
menyatakan contoh-contoh dalam penggunaan kaedah, strategi, pendekatan dan teknik
pengajaran. Walau bagaimanapun, saya mendapati bahawa ke semua isi-isi yang diterangkan
masih belum jelas dan tidak spesifik dalam menjawab soalan yang diberikan. Isi-isi yang
diterangkan terlalu ringkas dan adakala diterangkan secara berbelit-belit menyebabkan lari
daripada maksud isi. Malahan juga, contoh-contoh yang diberikan juga kurang berkesan
kerana penulis tidak mengaitkan contoh-contoh tersebut dengan penggunaan sistem
pendidikan negara abad ke 21 (SPN 21)

Kesalahan 1

Konsep pendekatan ialah cara mendekati sesuatu. Dalam konteks bilik darjah, pendekatan merujuk
kepada cara-cara bagaimana objektif-objektif jangka panjang dapat dicapai dalam sesuatu mata
pelajaran. Pendekatan biasanya berasaskan satu-satu teori pengajaran dan pembelajaran. Contohnya,
pendekatan induktif. Ia adalah berasaskan Model Pemikiran Induktif yang dipelopori oleh Hilda Taba
(Perenggan 2, Mukasurat 6)

Pada perenggan ini, penulis memberikan pengertian konsep pendekatan dan contoh yang
diberikan adalah pendekatan induktif berasaskan model Hilda Taba. Namun, keterangan yang
diberikan tidak jelas seolah-olah maksud yang diberikan tergantung. Selain itu juga, penulis
ini hanya menyatakan bahawa pendekatan induktif itu adalah dipelopori oleh Hilda Taba
tetapi tidak dikaitkan dengan SPN 21.

Dalam perenggan ini, penulis hanya menyatakan satu pendekatan sahaja. Seharusnya, penulis
perlu lagi memperkembangkan isi tersebut agar lebih spesifik dan tepat. Sebagai contoh,
penulis dapat pendekatan lain iaitu pendekatan Deduktif, Eklektif, Tematik dan sebagainya.

11
Kesalahan 2

…Kaedah strategi, pendekatan dan teknik pengajaran yang digalakkan oleh SPN 21 ialah seperti
mengadakan lawatan ke tempat- tempat yang tertentu, sumbangsaran, inkuiri, penyelesaian masalah,
kuiz, drama, bercerita, kajian dari luas kelas, permainan, main peranan, projek. Teknik perbincangan
seperti bahas, forum seminar, reinforcement seperti model-model, carta, poster, artikel majalah dan
surat khabar juga digalakkan dalam SPN 21
(Perenggan 7, Muka surat 8)

Pada akhir perenggan, barulah penulis mula menyatakan satu persatu apa yang digalakkan
dalam SPN 21. Contoh-contoh hanya dinyatakan tetapi tidak dijelaskan dengan sebarang
bukti yang digunakan dalam SPN 21. Di sini, penulis mencampuradukkan contoh tersebut
yang boleh menyebabkan kekeliruan terjadi. Penulis sepatutnya mengaitkannya terlebih awal
dengan isi yang diterangkan perenggan sebelumnya. Dengan demikian, ini sudah setentunya
keterangan yang diberikan itu jelas dan padat.

Sebagai pembetulan, saya memecahkan dan menyusun isi-isi tersebut untuk menghasilkan
pengolahan ayat yang berkualiti. Sebagai contoh memilih isi bagi menerangkan maksud
“Teknik”

RAJAH 2: struktur pengolahan isi yang bersistematik dan baik

TEKNIK

PENGERTIAN TUJUAN JENIS TEKNIK CONTOH SPN 21 BUKTI

KESAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID DAN


GURU SPN 21

[BINAAN ISI]

Konsep teknik membawa maksud cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran.Ia
merangkumi aktiviti perlakuan dan kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar
yang telah dilaksanakan. Teknik ini mengambil kita faktor latar belakang pelajar dalam menentukan
teknik yang dipilih.[PENGERTIAN] Ia adalah bertujuan supaya guru dapat mengendalikan langkah
langkah di dalam aktiviti pengajaran tersebut agar dapat menarik minat pelajar .[TUJUAN] Di antara
jenis teknik di dalam pengajaran ialah seperti teknik bercerita, perbincangan, penyoalan,simulasi, main
dan sebagainya.[JENIS-JENIS].
SPN 21 menitikberatkan teknik simulasi.[CONTOH SPN21 ] Ini terbukti di dalam SPN 21, Sekolah
rendah Ahmad Tajudin di Daerah Belait, teknik nyanyian dan pelbagai pemainan seperti susun suai
gambit( jigsaw puzzle) telah diterapkan di sekolah.[BUKTI] Dengan adanya teknik pengajaran guru
seperti ini dapat menarik perhatian pelajar serta galakkan mereka untuk berfikir di luar kotak. [KESAN]

12
Kesalahan 3

Konsep teknik bererti cara menjelaskan pelbagai langkah dalam pengajaran. Misalnya, dalam kaedah bercerita,
pelbagai teknik digunakan untuk menjadikan cerita itu bermakna dan menyeronokkan. Bagi menguji kefahaman
murid tentang cerita itu, guru menggunakan teknik menyoal

(Perenggan 5, Muka surat 7)

Dalam perenggan ini, penghuraian isi terlalu ringkas dan tidak kreatif. Contoh-contoh yang
diberikan dengan tidak tepat. Di sini, dapat dilihat bahawa guru ini tidak dapat menghuraikan
keterangkan yang padat.

Pembetulan

Konsep Teknik pula dibawah konteks pendidikan, teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran
guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Mengikut pandangan Edward M.Antony (1963), teknik mengajar merujuk kepada satu
muslihat atau strategi atau satu teknik yang digunakan oleh guru dengan tujuaan untuk mencapai
objektif pelajaran secara optimum.’

4.2 Fakta yang betul

Penulis tidak menguatkan isi dengan sebarang fakta-fakta yang betul. Fakta yang diberikan
masih terdapat kekeliruan dan masih kurang dapat difahami

kesalahan 1

Pendekatan biasanya berasaskan satu-satu teori pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, pendekatan
induktif. Ia adalah berasaskan Model Pemikiran Induktif yang dipelopori oleh Hilda Taba

(Perenggan 2, Mukasurat 6)

Fakta yang dijelaskan oleh penulis mengenai Model Pemikiran Induktif tidak diberikan
dengan spesifik. Maksud pendekatan induktif juga tidak diterangkan dengan jelas. Oleh yang
demikian, untuk menerangkan maksud pendekatan masih keliru dan kurang difahami.Penulis
juga tidak mengaitkan dengan SPN 21.Jika penulis dapat memberikan dengan jelas dengan
fakta-fakta yang kukuh, sudah setentunya akan menghasilkan satu isi yang padat dan baik

13
4.3 Tatacara rujukan

Penulis tidak ada memberikan sebarang rujukan bagi menguatkan lagi hujahnya. Sebagai
contoh penulis tidak ada menggunakan perkataan ‘menurut’,’merujuk’, ‘mengikut kajian’ dan
sebagainya. Sekurang-kurangnya jika penulis menggunakan ayat seperti ini dapatlah
memastikan atau membuktikan bahawa beliau telah membuat rujukan kepada seseorang
pakar pendidikan atau psikologi dan sebagainya. Di sini dapat saya simpulkan bahawa
penulis lebih menggunakan kefahaman beliau sendiri.

Meskipun penulis lebih menggunakan idea-idea beliau sendiri dalam membuat penulisan esei
ini , tetapi saya mendapati bahawa penulis membuat satu kesalahan besar yang sepatutnya
penulis tidak boleh lakukan. Ini terbukti:

Kesalahan 1

PENGERTIAN

Konsep pendekatan Ialah cari mendekati sesuatu. Dalam konteks bilik darjah pendekatan
merujuk kepada cara bagaimana objektif-objektif jangka panjang dapat
dicapai dalam sesuatu mata pelajaran

(Perenggan ke 2, Mukasurat. 6)

Konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih satu-satu pendekatan serta


ecekapan merancang kaedah-kaedah dan teknik untuk mencapai objektif-
objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

(Perenggan 4,Mukasurat 6)

Konsep teknik bererti cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran.

(Perenggan 5, Mukasurat 7)

Dalam perenggan ini,penulis memberikan maksud pengertian tersebut seolah-olah mengikut


idea kefahaman beliau sendiri. Walhal, maksud pengertian di atas adalah hasil penulisan dari
seorang pakar pendidikan iaitu Ee Ah Meng.Ini terbukti dapat dilihat rujukan di dalam buku
Ee Ah Meng (2002), Pedagogi III Edisi Kedua (Semester III). Penerbitan Fajar Bakti
Sdn.Bhd.Johor Baharu. Malaysia

Ini dapat kita simpulkan bahawa penulis ini mengguna-pakai idea orang lain. Ini
mencerminkan seorang guru yang tidak berkualiti dan tidak amanah. Seandainya, penulis ini
menyertakan maksud tersebut sebagai rujukan, ini sudah setentunya dapat mengukuhkan
jawapan beliau malahan dianggap kreatif dalam mengaitkan idea-idea dan rujukan. Tidak
menjadi satu masalah jika penulis ini ingin menggunakan pengertian di atas, cuma perlu
diubahsuaikan ayat agar lebih merujuk kepada idea-idea sendiri

14
Sebagai pembetulan, penulis dapat menggunakan seperti berikut :

Menurut Eh Ah Meng (2002 :70) Konsep pendekatan ialah cari mendekati sesuatu. Dalam konteks bilik
darjah pendekatan merujuk kepada cara bagaimana objektif-objektif jangka panjang dapat dicapai
dalam sesuatu mata pelajaran

4.4 Hujahan yang baik

Penulis hanya menghujahkan secara ringkas dan mudah difahami. Penulis perlu
mempelbagaikan ayat tersebut dengan menyelitkan kata hubung untuk menarik perhatian
pemeriksa. Antara lain, mengaitkan dengan fakta dan bukti yang relevan akan mengukuhkan
jawapan penulis tersebut. Berdasarkan tersebut, penulis akan mendapat permarkahan yang
lebih tinggi hasil pengolahan yang kreatif

4.5 Bahasa Melayu

4.5.1 Ejaan

Terdapat beberapa kesalahan ejaan yang telah dilakukan oleh penulis. Sebagai contoh

KESALAHAN EJAAN
PERENGGAN KESALAHAN PEMBETULAN
1 pemgajaran pengajaran
2 pemelajaran pembelajaran
3 pendeatan pendekatan
7 seperi seperti
8 menghasilakan menghasilkan

4.5.2 Frasa

Tidak mempunyai masalah. Pengolahan ayat sahaja yang perlu diperbaiki dan dikemaskan
bagi menggelakkan kekeliruan agar mempermudahkan pemeriksa untuk memeriksa. Oleh itu,
pelbagaikan kata hubung dan penanda wanca seperti walau bagaimanapun, jesteru itu,
namun, serta dan sebagainya agar lebih menarik dan kemas.

15
4.5.3 Jadual

Penulis dapat menghasilkan satu jadual dengan baik. Jadual tersebut diterangkan dan
dibahagikan mengikut susunan dan kelihatan lebih teratur dan kemas. Dengan adanya jadual
tersebut, ini mempermudahkan pemeriksa untuk mengetahui isi-isi penting dengan jelas.

Walaupun jadual ini diterangkan secara teratur tetapi isi yang diberikan terlalu terhad. Penulis
perlu menambahkan lagi isi-isi penting agar lebih padat dan spesifik.

Antara lain, kedudukan untuk menerangkan arah jadual hendaklah dinyatakan awal sebelum
menghasilkan rajah tersebut. Sebagai contoh

Kesalahan 1

Jadual 1: jadual menunjukkan perbezaan di antara pendekatan, teknik,strategi dan kaedah

JENIS/PERBEZAAN PENDEKATAN TEKNIK STRATEGI KAEDAH


PENGERTIAN
CONTOH
TUJUAN

Jadual 1: jadual menunjukkan perbezaan di antara pendekatan, teknik,strategi dan kaedah

(Perenggan 6, ms. 7)

Penulis tidak menyatakan sebarang rujukan dalam membuat jadual ini, oleh itu, dapat saya
simpulkan bahawa jadual ini adalah hasil daripada kreativiti beliau sendiri.

16
BAB 5

KLAFIKASIKAN CARA-CARA PENGAJARAN YANG DIGALAKKAN OLEH SPN


21 MENGIKUT KAEDAH, STRATEGI, PENDEKATAN DAN TEKNIK
PENGAJARAN

5.2 Isi-Isi penting

Penulis menyampaikan isi-isi penting secara teratur dan sistematik. Beliau memulakan esei
dengan pendahuluan, isi-isi penting yang hendak disampaikan tetapi tidak disertakan
kesimpulannya. Ini selaras dengan pendapat Kinzer dan Mandell (1978) perenggan
pendahuluan boleh dianggap sebagai wajah sesebuah karangan, daripada wajahnya pembaca
akan membentuk tanggapan, sama ada karangan berkenaan menarik, melucukan, berfaedah,
bagus atau sebaliknya. Keadaan ini tergambar melalui peranan perenggan pengenalan; untuk
menarik perhatian, mengekalkan perhatian dan menyatakan idea pusat kepada pembaca.

Sebagai contoh pada set pendahuluan

Klasifikasi bererti pengelasan atau pengasingan kepada beberapa bahagian atau kumpulan menurut sifat-
sifatnya yang tertentu (kamus Komprehensif, 2005)

(Perenggan 1, Mukasurat 9)

Dengan memberikan maksud klasifikasi ini, ini memberikan kefahaman kepada penulis agar
mengikut kehendak soalan yang diminta.

Penggunaan rujukan kamus dalam esei adalah bahan yang penting untuk memberi maklumat
dalam pelajaran bahasa. Ini kerana rujukan kamus bukan setakat untuk mendapatkan makna
sesuatu perkataan tetapi berupaya menerangkan fungsi perkataan dalam ayat dengan tepat
dan sesuai (S,Nathesan,1999). Tambahan pula, kamus tidak dapat dipisahkan dengan
pengajaran bahasa dan tanpa kamus pengajaran bahasa tidak akan menjadi sempurna dan
lengkap.

Kelemahan penulis dapat dilihat tatkala memasuki perenggan isi, saya mendapati bahawa isi-
isi yang diterangkan secara umum sahaja. Isi diolah secara ringkas bahkan tidak kreatif. Ini
menyebabkan isi yang diterangkan itu kurang menarik dan memberangsangkan.Penulis tidak
memberikan contoh-contoh berhubungkait dengan SPN 21. Saya mendapati kebanyakkan
pengolahan isi itu lebih membincangkan tentang asas pedagogi yang lazim digunakan dalam
ilmu pendidikan.

Antara lain juga, penulis tidak membincangkan isi mengenai pendekatan walhal dalam
penghasilan rajah ada dinyatakan.

17
5.3 Fakta yang betul

Terdapat beberapa ayat yang digunakan oleh penulis tidak diterima sebagai ayat yang betul.
Penulis ini masih melakukan kesalahan-kesalahan yang sama, iaitu gagal menyampaikan
fakta dengan tepat.

Kelemahan perenggan ini dapat dilihat bagaimana penulis ini menyampaikan idea, maksud
ataupun isi dengan jelas dan tepat. Teliti contoh kesalahan berikut ( tumpukan perhatian
kepada fakta atau isi yang disampaikan)

Kesalahan 1

Bagi kaedah yang digalakkan dalam SPN 21 pula ialah seperti kaedah inkuiri (darjah penglibatan guru di tahap
yang sederhana). Tujuan kaedah ini adalah untuk membantu para pelajar memperolehi pengalaman dan
keyakinan dalam mencari jawapan kepada soalan-soa2lan dan masalah yang mereka minati atau yang perlu
diselesaikan[1]. Dalam kaedah ini, guru tidak menyediakan nota dan tidak menyampaikan pengetahuan melalui
kuliah[2]. Sebaliknya guru berperanan sebagai pemerhati dan pembimbing. Terdapat pelbagai pendekatan
dalam menggunakan kaedah inkuiri. Beberapa pendekatan melibatkan penemuan oleh para pelajar melalui
rantaian penaakulan mereka sendiri.

(Perenggan 3 : mukasurat 10)

Kesalahan utama dapat dilihat melalui kaedah yang dipilih dengan tujuan kaedah .Tujuan
yang diberikan itu belum dapat mengukuhkan jawapan beliau bahkan tidak spesifik untuk
bagi kaedah inkuiri. Sebagai contoh kita tidak akan dapat mengetahui dan menduga samaada
pelajar tersebut akan merasa yakin dengan melakukan aktiviti-aktiviti dalam kaedah inkuiri

Dengan demikian, tujuan kaedah Inkuiri yang jelas dan tepat dapat dilihat dalam buku
pedagogi Mok Song Sang (2008: 199) iaitu diantaranya :

1) Melatih murid- murid supaya memerhati, berfikir, menaakul, mentafsir dan membuat
kesimpulan dengan tepat
2) Membangkitkan naluri ingin tahu murid serta minat mereka terhadap aktiviti
pembelajaran
3) Mengekalkan ilmu pengetahuan dalam ingatan melalui aktiviti kajian secara sendiri
4) Memupuk semangat berdikari melalui aktiviti kajian secara sendiri

18
Kesalahan 2

Selain itu juga, penulis menyatakan bahawa penglibatan guru dalam kaedah inkuiri adalah di
tahap sederhana iaitu hanya berperanan sebagai pemerhati dan pembimbing dan tidak akan
menyediakan sebarang nota mahupun menyampaikan pengetahuan melalui kuliah.

Di sini, terdapat kekeliruan maksud iaitu “membimbing dan memerhati” dan “tidak
menyediakan sebarang nota mahupun pengetahuan” adalah satu maksud dan makna yang
berbeza tetapi penulis menyimpulkan makna tersebut adalah sama. Di sini saya membuat
jadual untuk lebih menjelaskan lagi maksud tersebut:

Jadual 1: kekeliruan maksud dalam kaedah inkuiri

KAEDAH INKURI

ISI TAHAP KECERDASAN TAHAP KECERDASAN


GURU MURID
1. Guru berperanan Sederhana ½ (GURU)
sebagai pemerhati dan ½( MURID)
pembimbing Guru dan murid saling memberi
dan membantu
2. Guru tidak menyediakan
sebarang nota mahupun Rendah Pelajar sangat aktif tanpa ada
menyampaikan bantuan guru.
pengetahuan melalui
kuliah

Perhatian : Ayat ke (1) dan (2) adalah berbeza dari segi tahap kecerdasan guru. Apabila guru
berperanan sebagai pembimbing sudah setentunya masih membantu muridnya dalam
menyampaikan pengetahuan. Ini dapat disimpulkan bahawa penyimpangan maksud dan idea
telah belaku. Penulisan esei sedemikian adalah di luar mantik (logik bahasa) atau tidak
munasabah. (Abdullah Jumain Abu Samah : 2009)

Seorang guru perlu mengetahui bahawa kesalahan bahasa yang menyebabkan berlakunya
peyimpangan fakta ataupun kesalahan fakta adalah lebih serius berbanding kesalahan
tatabahasa. Ini menampakkan seorang guru yang tidak berkualiti.

5.3 Hujahan yang baik

Apabila sesuatu maksud dan idea yang disampaikan tidak bermutu dan fakta-fakta yang tidak
bernas, ini sudah setentunya sukar untuk mendapat hujahan yang baik. Walaupun penulis ini
kurang dalam menghujahkan fakta, tidak semestinya dianggap seorang yang lembab dan
rendah darjah kecerdasannya atau IQ-nya. Ini cuma disebabkan beliau kurang peka tentang
berlakunya penyimpangan maksud,idea ataupun fakta ayat-ayat yang ditulisnya. Dengan
demikian, hasil penulisan yang tidak bermutu dan tidak kreatif terjadi.

Antara lain,penulis perlu mempelbagaikan ayat tersebut dengan menyelitkan kata hubung dan
penanda wancana untuk menarik perhatian pemeriksa

19
5.4 Tatacara rujukan

Klasifikasi bererti pengelasan atau pengasingan kepada beberapa bahagian atau kumpulan menurut sifat-
sifatnya yang tertentu (Kamus Komprehensif, 2005)

(Perenggan 1, mukasurat. 9)

Penulis ada menyelitkan rujukan iaitu maksud ‘klasifikasi’ yang dipetik dari kamus
komprehensif cetakan tahun 2005. Setelah dianalisis dan diperiksa, hasil rujukan yang
diberikan adalah tepat. Penulis juga menerangkan maksud klasifikasi pada awal pendahuluan
sebelum menyentuh kepada bahagian isi. Ini adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman
yang jelas agar isi tersebut relevan dengan kehendak soalan.

Namun demikian, pada bahagian isi, penulis tidak mengaitkan sebarang rujukan bagi
mengukuhkan jawapan yang diberikan. Sebagai contoh penulis tidak ada menggunakan
perkataan ‘menurut’,’merujuk’, ‘mengikut kajian’ dan sebagainya. Sehubungan dengan itu,
sekurang-kurangnya jika penulis menggunakan ayat seperti ini dapatlah memastikan atau
membuktikan bahawa beliau telah membuat rujukan kepada seseorang pakar pendidikan atau
psikologi dan sebagainya.

Malahan lagi, rujukan yang berkaitan dengan SPN 21 tidak dikaitkan di dalam isi. Jelaslah di
sini, saya mendapati bahawa isi yang diterangkan hanya pada kefahaman beliau sendiri dan
secara umum dibincangkan. Dengan demikian, kefaktaan yang diberikan kurang jelas dan
tidak kukuh.

5.5 Bahasa melayu

5.5.1 Ejaan dan Frasa

Dalam bahagian ini, tidak terdapat kesalahan ejaan yang dilakukan. Ejaan dan tatabahasa
digunakan dengan baik.

5.5.2 Logik

Saya mendapati bahawa kelogikkan ayat kurang tepat dilakukan. Sebagai contoh :

Murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran kerana SPN 21 mahu murid dapat libatkan diri
secara aktif manakala guru seorang pemimpin yang membimbing murid……

(Perenggan 1 :Mukasurat 9)

Ulasan : guru seorang pemimpin adalah kurang sesuai kerana penggunaan ‘seorang’
digunakan untuk menerangkan kereteria seseorang itu, tetapi ayat di atas adalah menunjukkan
kata kerja. Perkataan yang sesuai digunakan adalah “sebagai”

20
5.5.3 Rajah dan Jadual

Penulis menghasilkan jadual dan rajah dengan baik. Penghasilan rajah bagi klasifikasi perlu
ditambah dan dipelbagaikan agar menunjukkan rajah yang berkualiti dan kreatif. Dalam
rajah muka surat 9 tidak disertakan cara-cara pengajaran bagi pendekatan.kaedah
penyelesaian masalah dan sumbangsaran tidak dihuraikan

6. IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN


JASMANI DALAM KONTEKS INI

6.1 Isi- Isi Penting

Walaupun pada hakikatnya terdapat isi-isi yang diberikan adalah relevan tetapi saya
mendapati bahawa penulis tidak mengikut kehendak soalan yang telah diarahkan. Soalan
meminta untuk menjelaskan apakah kesan-kesan yang dihadapi pada pengajaran dan
pembelajaran. Penulis hanya menjelaskan peranan guru sahaja iaitu dalam pengajaran tetapi
tidak dikaitkan dengan peranan pelajar di dalam pembelajaran. Di sini dapat disimpulkan
bahawa isi-isi yang diberikan masih tidak kukuh. Sebagai contoh dapat dilihat melalui jadual
yang saya hasilkan di bawah ini.

Jadual menunjukkan struktur isi perenggan yang diberikan

ISI-ISI PENTING
(IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)
PEMBELAJARAN/
PERENGGAN ISI –ISI PENTING PENGAJARAN
Guru pendidikan Jasmani perlu mempunyai
1 kualiti yang tinggi PENGAJARAN
Guru pendidikan Jasmani perlu mempunyai
2 pengalaman dan kemahiran yang tertentu PENGAJARAN
Subjek pendidikan jasmani dijadikan teras
3 dengan menyediakan infrastruktur dan PENGAJARAN
kemudahan-kemudahan untuk bersukan

Selain itu juga, kurang kemantapan isi yang diolah. Penulis ini lebih membincangkan
keterangan secara umum sahaja tanpa menyelitkan sumber yang di perolehi.

Cadangan: Mungkin adalah lebih baik, penulis menerangkan kaedah-kaedah SPN 21 yang
digunakan dalam pendidikan jasmani serta membuat perbezaan di antara pengajaran dan
pembelajaran jasmani sebelum dan selepas SPN 21. Dengan demikian, ini dapat
mengukuhkan jawapan yang diberikan.

21
6.2 Fakta yang betul

Setelah dianalisis, pelajar didapati berjaya memberikan beberapa fakta-fakta yang betul
dalam penulisan esei. Sebagai contoh

Di samping itu, ada juga terdapat Program Pendidikan Khusus di dalam SPN 21. Program ini adalah bagi pelajar
yang berbakat dan berkercedasan tinggi dalam bidang akademik tertentu seperti sains, berkebolehan dalam
muzik dan seni atau berkebolehan dalam bidang sukan.

(Perenggan 2, Mukasurat 11)

6.3 Hujahan yang baik


Bakal guru ini hanya menghujahkan secara ringkas dan mudah difahami. Beliau perlu
mempelbagaikan ayat tersebut dengan menyelitkan kata hubung dan penanda wancana untuk
menarik perhatian pemeriksa. Antara lain, bakal guru ini perlu lebih banyak mengaitkan
dengan fakta dan bukti yang relevan agar dapat lebih mengukuhkan jawapan yang dihasilkan.
Berdasarkan tersebut, bakal guru ini akan mendapat permarkahan yang lebih tinggi hasil
pengolahan yang kreatif

6.4 Tatacara rujukan

Bakal guru ini tidak memberikan sebarang rujukan bahkan tidak disertakan dalam lampiran
dalam bahagian ini walaupun pada hakikatnya fakta yang diberikan itu betul. Saya
berpendapat dengan adanya rujukan diberikan, pemeriksa akan lebih yakin dengan pendapat
atau ulasan yang di buat oleh penulis mengenai soalan ini.

6.5 Bahasa Melayu

Saya mendapati bahawa penulis sukar untuk mengkontruksikan ayat dengan baik yang
menyebabkan kekeliruan dan ketidakkan logik ayat berlaku. Misalnya:

Selain daripada itu, Pendidikan Jasmani telah dijadikan menjadi sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah-
sekolah. Ini bermakna mata pelajaran Pendidikan Jasmani ada mempunyai penilaian untuk melihat sejuah mana
peningkatan tahap kecergasan fizikal terhadap seseorang pelajar.

(Perenggan 3, Mukasurat 11)

Ulasan: Penulis ini menyatakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani seolah-olah mata
pelajaran yang baru diajaran di sekolah-sekolah walhal ianya sudah lama diterapkan sebelum
SPN 21. Ini dapat dilihat cara penulis mengkonstruksikan ayat tidak betul sehinggakan
maksud yang disampaikan turut berubah.
Pembetulan
Selain daripada itu, Pendidikan Jasmani telah dijadikan salah satu mata pelajaran wajib seteras
dengan mata pelajaran yang lain dalam SPN 21....

22
PERBINCANGAN: PELAKSANAAN SPN 21 DI SEKOLAH-SEKOLAH SWASTA

Isi-isi penting

Dalam bahagian ini, penulis membuat perbincangan sebagai tambahan esei mengenai
pelaksanaan SPN 21 di sekolah-sekolah swasta. Isi yang diberikan dapat menguatkan hujah-
hujah beliau dengan menyertakan fakta pada lampiran. Ini merupakan kelebihan penulis,
sekurang-kurangnya untuk memberikan penjelasan yang kukuh kepada pemeriksa.

Fakta yang betul

Kelebihan yang dihasilkan oleh penulis ini ialah penulis ada mengaitkan fakta-fakta
mengenai SPN 21 melalui sumber-sumber yang diperolehi. Akan tetapi perlu dikembangkan
lagi isi yang diberikan.

Hujahan yang baik

Bakal guru ini hanya menghujahkan secara ringkas dan mudah difahami. Beliau perlu
mempelbagaikan ayat tersebut dengan menyelitkan kata hubung dan penanda wancana untuk
menarik perhatian pemeriksa. Antara lain, bakal guru ini perlu lebih banyak mengaitkan
dengan fakta dan bukti yang relevan agar dapat lebih mengukuhkan jawapan yang dihasilkan.
Berdasarkan tersebut, bakal guru ini akan mendapat permarkahan yang lebih tinggi hasil
pengolahan yang kreatif

Bahasa Melayu

Ejaan

Terdapat kesalahan ejaan yang dilakukan oleh penulis ini.

KESALAHAN EJAAN
PERENGGAN KESALAHAN PEMBETULAN
1 dilaksanankan dilaksanakan
4 Di seklah-sekolah Di sekolah-sekolah
1 menyumabng menyumbang

Bahagian ini hanya sebagai tambahan penulis sahaja . Oleh itu, saya tidak perlu membuat semula
dalam esei yang ingin yang saya hasilkan.

23
7. PENUTUP

7.1 Penyampaian isi

Penutup merupakan kesimpulan daripada huraian yang telah ditulis dalam perenggan isi yang
merangkumkan keseluruhan dalam satu penerangan yang padat. Tanpa kesimpulan, karangan
berkenaan dikatakan tidak lengkap atau tidak sempurna.

Dengan pengertian di atas, saya berpendapat bahawa penghasilan penutup yang dihasilkan
oleh penulis ini tidak bertepatan dengan perkara yang dibincangkan. Ini dapat dilihat bahawa
keseluruhan penutup adalah lebih membincangkan kepada harapan- harapan SPN 21 yang
sudah dibincangkan dalam perenggan isi bahagian sebelumnya.Ini dapat saya simpulkan
bahawa pengolahan penutup tidak memuaskan dan tidak kreatif.

Antara lain, penulis membuat bab 7 pada perenggan perenggan iaitu bab 7 adalah isi bagi
perbincangan perlaksanaan SPN 21 swasta. Di sini kekeliruan berlaku samaada penutup yang
diberikan ini bagi penutup keseluruhan bahagian isi atau bahagian 7.

7.2 Fakta yang betul

Kelebihan yang dihasilkan oleh penulis ini ialah penulis ada mengaitkan fakta-fakta
mengenai SPN 21 melalui sumber-sumber yang diperolehi. Malahan fakta yang diberikan itu
adalah benar dan kukuh. Ini dapat dilihat dalam perenggan ini.

…Proses pengajaran dan pembelajaran menurut yang dikehendaki oleh SPN 21, tidak lagi mengikut cara lama
seperti ‘spoon feeding’ dan berfikir secara ‘outside the box’ supaya para pelajar nanti akan dapat pendidikan
yang menyeluruh seperti yang dimahukan oleh misi Kementerian Pendidikan

(Perenggan 2, Mukasurat 13)

Keterangan yang diperolehi ini telah saya sertakan di dalam lampiran untuk mengukuhkan
bukti yang diberikan. Walaubagaimanpun, keterangan yang diberikan oleh bakal guru ini
terlalu ringkas yang menyebabkan pengolahan isi yang terkawal. Adalah lebih baik kalau isi
diutarakan dipelbagaikan dan ditambah agar lebih memantapkan hujahan beliau.

7.3 Hujahan yang baik

Bakal guru ini hanya menghujahkan secara ringkas dan mudah difahami. Beliau perlu
mempelbagaikan ayat tersebut dengan menyelitkan kata hubung dan penanda wancana untuk
menarik perhatian pemeriksa. Antara lain, bakal guru ini perlu lebih banyak mengaitkan
dengan fakta dan bukti yang relevan agar dapat lebih mengukuhkan jawapan yang dihasilkan.
Berdasarkan tersebut, bakal guru ini akan mendapat permarkahan yang lebih tinggi hasil
pengolahan yang kreatif

24
7.4 Tatacara rujukan

Hasil rujukan ada digunakan di dalam set penutup. Walau bagaimanapun rujukan yang
diperolehi tidak disertakan dalam lampiran.

7.5 Bahasa Melayu

7.5.1 Ejaan

Terdapat kesalahan ejaan yang dilakukan oleh bakal guru ini.

KESALAHAN EJAAN
PERENGGAN KESALAHAN PEMBETULAN
1 Berpelang Berpeluang
1 ang yang
1 menyumabng menyumbang

7.5.2 Frasa

Kesalahan dari segi frasa dapat dilihat dalam perenggan pertama ini.

Di samping itu, dengan adanya SPN 21 ini, ia bertujuan untuk melengkapi generasi muda melalui
pendidikan yang berkualiti dan dapat memperbaiki kehidupan masing-masing dan di harap akan
dapat menyumbang terhadap pembangunan negara

(Perenggan 1, mukasurat 13)

Kesalahan 1:

Beliau menggunakan kata hubung ‘dan’ berulang-ulang dalam satu ayat. Ayat diterangkan
juga tidak kemas

Pembetulan

...ia bertujuan untuk melengkapi generasi muda melalui pendidikan yang berkualiti agar dapat
memperbaiki kehidupan masing-masing dan diharap akan dapat menyumbang terhadap pembangunan
negara

Beliau perlu menggunakan pelbagai kata hubung daripada hanya menggunakan kata hubung
‘dan’. Ini dapat memberikan pengolahan ayat yang mudah difahami dan lebih jelas

Kesalahan 2:

Beliau keliru dengan penggunaan kata sendi di. Kata sendi di berfungsi sebagai kata perposisi
dan merujuk kepada lokasi atau tempat ( Abdullah Jumain Abu Samah: 2008). Kata sendi di
hanya akan ditulis terpisah jika merujuk kepada lokasi atau tempat. Perkataan ‘harap’ bukan
merujuk kepada lokasi dan tempat. Oleh itu ia tidak boleh dipisahkan.

25
KESIMPULAN.

Secara kesimpulannya, penulis dapat memahami maksud Sistem Pendidikan Negara Abad ke
21 (SPN 21) akan tetapi pengolahan idea tidak begitu memuaskan yang menyebabkan
maksud yang diberikan tergantung. Fakta yang dihujah perlulah disertakan contoh-contoh
yang relevan agar mengukuhkan jawapan beliau. Penyimpangan dan kekaburan fakta juga
kelemahan penulis dalam menghasilkan penulisan esei yang bermutu.

Selain itu juga bahasa memainkan peranan penting di dalam membuat laporan yang baik dan
berkualiti. Ini adalah kerana kesilapan kecil boleh menyebabkan seluruh jawapan menjadi
musnah kerana tidak tepat. Oleh sebab itu, kita seharusnya menyisihkan semua kesilapan atau
kesalahan bahasa apabila menulis atau apabila berbahasa secara lisan. Abdullah Jumain Abu
Samah (2009).

Secara keseluruhan, markah yang layak diperolehi oleh pelajar ini adalah gred C. Seorang
penulis perlu ada ‘Mind Set’ sebelum penulisan jawapan dimulakan kerana penulisan yang
baik mencerminkan pemarkahan yang baik dan mudah difahami oleh pembaca.

26

Anda mungkin juga menyukai