Anda di halaman 1dari 19

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

PSIKOLINGUISTIK
Definisi
Menurut Aitchison (1998: 1) psikolinguistik merupakan kajian tentang bahasa dan
minda. Manakala Harley (2001: 1) mengatakannya sebagai suatu kajian tentang prosesproses mental dalam penggunaan bahasa. Sementara itu , Clark dan Clark (1977: 4)
mengatakan bahawa psikologi bahasa berkaitan dengan tiga hal utama: kefahaman,
penghasilan, dan pemerolehan bahasa. Daripada definisi-definisi ini dapatlah disimpulkan
bahawa
dilalui

psikolinguistik adalah Ilmu yang


oleh

setiap

manusia

dalam

mempelajari proses - proses mental yang

mereka

membina

pengetahuan

berbahasa.

Secara perinci psikolinguistik mempelajari empat topik utama: (a) kefahaman, iaitu
proses-proses mental yang dilalui oleh manusia sehingga mereka dapat menangkap apa
yang dikatakan oleh orang dan memahami apa yang dimaksudkan, (b) penghasilan, iaitu
proses-proses mental pada diri kita yang membuat kita dapat membuat ujaran seperti yang
kita ujarkan, (c) dasar biologi serta neurologi yang membuat manusia dapat berbahasa, dan
(d) pemerolehan bahasa, iaitu bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa mereka.
PENGENALAN BAHASA
Sebagai manusia kita sentiasa menggunakan bahasa untuk berinteraksi sesama
sendiri. Kemampuan kita menguasai bahasa akan membolehkan kita menyampaikan
pendapat atau perasaan dengan lebih baik lagi. Malah haiwan juga dikatakan mempunyai
bentuk bahasa mereka yang tersendiri untuk berkomunikasi sesama mereka.
Kita sering menyebut perkataan bahasa, tapi apakah makna bahasa sebenarnya?
Bagaimanakah bahasa itu diperolehi? Apakah yang ada dalam bahasa itu sendiri? Semua
ini perlu kita ketahui sekiranya kita mahu menjadi seorang pengguna bahasa yang baik dan
cekap.

PSIKOLINGUISTIK

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

PENGENALAN
Menurut teori Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak
balas bermaksud apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan yang
dilakukan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan
gerak balas (Ee Ah Meng 1994).
Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas.
Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan
pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman
manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik.
Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri, maka murid
dengan cepat akan berdiri. Jadi, daripada situasi tersebut, arahan yang diberikan oleh guru
ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri ialah gerakbalas.
Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan
daripada rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan
tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua
ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.
Pelaziman klasik ini juga mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan,
mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang
dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).
TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV
Berdasarkan

hukum

perkaitan

ini,

Pavlov

mencadangkan

bahawa

proses

asas

pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK
BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke
atas anjing. Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur
haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar'
mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak.
Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh
diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.

PSIKOLINGUISTIK

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

kajian beliau berasaskan pada 'hukum


mengkaji bagaimana
pembelajaran
akan
sesuatu
akan
teringat
association' organisma
yang diutarakan
oleh ahlisesuatu
falsafah
berlaku pada
sesuatu organisasi
kerana sebelum
ini organisma
berkenaan telah
yunani awal
iaitu Aaristotle
mengalami sesuatu yang berkenaan

Contoh : apabila kita melihat kereta yang besar dan cantik, kita akan membuat andaian,
kereta yang besar dan cantik itu milik seseorang yang kaya. Andaian ini dilakukan
bergantung kepada pengalaman yang pernah kita lalui.

PSIKOLINGUISTIK

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

Eksperimen teori pelaziman klasik Pavlov

Situasi biasa
Anjing melihat bekas dengan ------- Anjing mengeluarkan air liur

Kesimpulan : anjing tersebut telah belajar mengaitkan bekas makanan


yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak

Hipotesis : sesuatu orgamisme boleh diajar untuk bertindak dengan


memberikan rangsangan

PSIKOLINGUISTIK

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

PSIKOLINGUISTIK

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

PSIKOLINGUISTIK

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

PSIKOLINGUISTIK

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

PSIKOLINGUISTIK

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

Kesimpulan dari kajian Pavlov ialah :


1. Penguasaan(Acquisition)
Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerakbalas atau respons
baru berlaku berperingkat-peringkat. Lebih kerap organisma mencuba,lebih kukuh
penguasaan berkenaan.
2. Generalisasi(Generalisation)
Pavlov menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,tetapi anjing masih mengeluarkan
air liur.Ini menunjukkan bahawa organisme telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu
rangsangan tak terlazim(RTT) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT=air liur)
walaupun rangsangan itu berlainan atau hampir sama.
3. Diskriminasi (Discrimination)
Pavlov mendapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng,anjing masih
mengeluarkan air liur.Apabila nada jauh berbeza daripada bunyi asal,anjing itu tidak
mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat membezakan
atau mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak
bertindak atau bergerak balas.
PSIKOLINGUISTIK

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

4. Penghapusan (Extinction)
Sekiranya

sesuatu

rangsangan

terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak

terlazim (makanan), lama - kelamaan organisme itu tidak akan bertindak balas. Gerak
balas

berperingkatperingkatterhapus.

TINGAH LAKU BAHASA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK BERLAKU


PEMEROLEHAN BAHASA

PSIKOLINGUISTIK

10

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

Kita akan dapati kanak - kanak selalunya dapat memperolehi atau mempelajari
bahasa secara berperingkat - peringkat dari masa ianya bayi. Apa yang penting ialah
bahawa bayi itu belajar secara tidak formal, atau pembelajaran berlaku dengan secara
tidak sedar dan tidak perlu diajarkan. Yang perlu hanya pendedahan kepada pemakaian
bahasa itu dan kanak-kanak itu akan terus memperolehi sesuatu bahasa tersebut. Jadi para
sarjana cuba mencari jawapan bagaimana ini boleh berlaku. Ada dua aliran yang mencuba
menganalisa dan menerangkan fenomena ini. Ada sarjana yang berfikir bahawa bahasa itu
serupa dengan lakuan lain dan lakuan ini dikuasai oleh kanak-kanak secara meniru segala
lakuan pertuturan Ibu bapanya. Kemudian terdapat pula sarjana yang memikirkan
bahawa kanak-kanak memperolehi bahasa itu kerana ianya sudah terancang untuk
berkembang dalam kanak-kanak tersebut dari segi biologis. Kanak-kanak yang terdedah
pada bahasa akan dengan

sendirinya

mempunyai

keupayaan untuk memperolehi

bahasa.
TEORI BEHAVIORISME
Salah satu dari bidang ilmu yang banyak mempengaruhi linguistik ialah psikologi.
Mereka yang mengkaji mengenai teori behaviorisme ini ialah sarjana psikologi yang
beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan sesuatu lakuan.
Teori psikologi ini menyelidik lakuan-lakuan binatang. Eksperimen ini tidaklah dapat disebut
satu persatu tetapi cukuplah bagi kita sekadar membincangkan teori behaviorisme ini yang
bersangkutan dengan kegunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Walau
bagaimanapun, teori behaviorisme ini tidaklah pula membuat tuntutan yang khusus
mengenai bagaimana bahasa dikuasai. Mereka hanya menganggap bahawa kemahiran
bertutur itu juga merupakan satu lakuan manusia, sama seperti lakuan lain. Jadi bagaimana
lakuan lain itu dipelajari, maka begitulah juga lakuan bahasa dipelajari. Kajian mereka hanya
ditumpukan kepada lakuan binatang. Kesimpulan dari kajian ini dianggap akan dapat
diterima sebagai sah untuk lakuan

manusia.

Watson
Dalam kurun ke-19, aliran kajian psikologi di Amerika mulai bergerak berpisah dari
pemikiran tradisi sarjana- sarjana psikologi di Eropah. J.B. Watson, profesor psikologi di
John Hopkins University telah membuat kajian dan menulis artikelnya: Psychology as the
Behaviorist View (1913). Dia hanya mengkaji lakuan dan telah membezakan antara lakuan
sedar dan yang tidak sedar. Dengan mengetepikan sesuatu yang subjektif maka dia telah
dapat melakukan kajian terhadap lakuan sedar. Inilah sumbangannya yang terbesar, iaitu
PSIKOLINGUISTIK

11

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

penolakannya terhadap pembezaan jasad dan fikiran, yakni ia mengetepikan apa yang
berdasarkan agakan tanpa bukti yang dapat dilihat nyata. Inilah yang dipegang oleh ahli
psikologi sebagai lakuan itu. Dengan itu semua ahli psikologi menumpukan perhatian
kepada lakuan atau gerak-gerak yang dapat diperhatikan secara objektif. Mereka ini selalu
mengkaji lakuan binatang dan mereka suka menjalankan analisa mengikut rangsangan dan
tindakbalas,

dan

dengan

memberi

penegasan

terhadap

pembelajaran

Guthrie
Di samping sarjana ini kita dapati pula E.R. Guthrie yang menjadi profesor psikologi
di University of Washington. Dalam bukunya The Psychology of Learning (1935), dia
memberi perhatian terhadap pendapat berikut, bahawa pembelajaran itu berlaku dengan
adanya rangsangan yang diikuti dengan tindakbalas. Dengan kata lain apa yang
dimaksudkan olehnya ialah kalau sesuatu lakuan itu terjadi dalam satu keadaan tertentu,
maka semasa kita berada dalam keadaan itu pada masa yang lain, tentulah kita akan
membuat lakuan yang

sama. Apabila

terjadi rangsangan

dan t indakbalas secara

berulangan maka terhasillah pembelajaran. Ternyata bahawa kenyataan seperti ini


mempunyai kekurangan dari segi pembelajaran. Katakanlah seorang itu disuruh mengisi
teka silang kata. Dia akan mengisi kata-kata dalam teka silang itu dan akan menyelesaikan
masalah itu kalau ianya mudah. Tetapi kalau teka silang itu sukar dan dia tidak dapat
membuatnya, maka dia akan meninggalkannya setelah bosan. Pada satu masa lain, dia
diberi teka silang kata yang sukar juga tidak dapat dibuatnya dan oleh itu terus
ditinggalkannya. Dalam hal ini dapatkah kita mengatakan dia sudah mempelajari sesuatu?
Pada hal dia tidak menyelesaikan teka silang kata itu dan ternyata dia tidak mempelajari
sesuatu apa pun. Menurut teori behaviorisme, kalau dia memberi tindakbalas yang sama,
maka berlakulah pembelajaran. Dalam hal ini ternyata tidak terjadi proses pembelajaran
yang

dikatakan

tersebut.

Skinner
Dalam teori pembelajaran melalui teori lakuan ini, nama ahli psikologi yang masyhur
sekali ialah B.F. Skinner. Skinner merupakan seorang sarjana teori behaviorisme dan
mengajar di Harvard University. Skinner telah mengkaji dan memperbaiki teori behaviorisme
itu. Mengikutnya pembelajaran itu berlaku kalau ada rangsangan dan tindakbalas yang
berulangan. Dalam hal ini, beliau membuat eksperimen dengan menggunakan binatang,
salah satu darinya ialah dengan menggunakan merpati. Merpati itu dikurung dalam kotak. Di
PSIKOLINGUISTIK

12

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

dinding kotak itu ada swis. Apabila swis itu dipatuk terbukalah satu lubang untuk memberi
makanan. Ini telah ditafsirkan oleh seorang sarjana psikologi sebagai keadaan yang dapat
dipadankan dengan pembelajaran lakuan di kalangan binatang, termasuk manusia. Apabila
merpati itu lapar dan mematuk swis itu, maka timbullah rangsangan dan diberi balasan
dengan makanan. Ini tidak jauh berbeza dari yang disebut oleh Watson dan Guthrie, tetapi
apa yang berbeza ialah tentang konsep pengukuhan. Pengukuhan ini dianggap oleh Skinner
sebagai asas dalam proses pembelajaran. Pengukuhan berlaku apabila lakuan itu diberi
balasan dengan hadiah. Keinginan mendapat balasan hadiah ini menimbulkan keinginan
supaya berbuat demikian untuk mendapatkan hadiah yang sama. Oleh sebab itu lakuan itu
akan diulang. Pengulangan yang kerap dilakukan akan mengukuhkan proses pembelajaran.
Berdasarkan

pengkajiannya,

Skinner

telah

dapat

membezakan

dua

jenis

pembelajaran yang berlainan kerana ada dua jenis lakuan tindakbalas. Pertama ialah lakuan
automatis yang tetap. Contoh lakuan automatis yang paling mudah ialah lutut akan
terangkat apabila diketuk oleh doktor. Itu merupakan satu lakuan yang ada rangsangan
(ketuk) dan ada tindakbalas (kaki terangkat). Lakuan seperti ini dianggap sebagai
tindakbalas automatis dan berlaku secara tidak sedar dan ianya tetap. Kedua ialah lakuan
operan. Bagi beliau kebanyakan lakuan yang kita lakukan ialah sejenis operan. Lakuan
automatis ini akan hanya berlaku sekiranya ada rangsangan tetapi lakuan operan akan
berlaku dalam sesuatu lingkungan atau keadaan. Dengan kata lain, rangsangannya tidak
semestinya menerbitkan tindakbalas tertentu yang tetap, seperti berjalan, bercakap dan lainlain. Misalnya, lakuan menyuap makanan bukan sahaja kerana rangsangan itu melibatkan
makanan, tetapi juga kerana rasa lapar, lingkungan sosial dan beberapa lingkungan atau
suasana yang berlainan. Proses ini perlulah diambil kira. Belajar melalui lakuan operan itu
ialah yang dikatakan pembelajaran menurut syarat. Syarat itu timbul dari lingkungan yang
menjadi rangsangan yang mendorong lakuan tersebut. Ini jelas berbeza dari lakuan sebagai
tindakbalas otot secara

automatis.

Dalam bukunya Verbal Behavior (1957) Skinner telah membincangkan lebih lanjut
tentang proses pembelajaran dengan menggunakan unsur rangsangan, tindakbalas dan
segala syarat dan pengukuhan yang terlibat dalam menghasilkan pembelajaran secara
maksimum. Dengan adanya pendapat ahli psikologi ini, maka ianya dapat menjelaskan
kekaburan dari segi teori dalam sistem pembelajaran bahasa dalam abad ke-20 ini. Jadi
teori behaviorisme ini melengkapkan apa yang diperlukan oleh para pendidik. Dengan itu
lahirlah pendapat yang mengatakan bahasa itu adalah suatu lakuan dan boleh dipelajari
melalui syarat-syarat tertentu, samalah dengan binatang mempelajari lakuan tertentu (G.A.
Kelly, 1969). Sejak Skinner, ramai lagi ahli psikologi yang mengkaji bagaimana
PSIKOLINGUISTIK

13

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

pembelajaran berlaku. Ada di antara mereka yang mengkaji bagaimana kanak-kanak


menguasai bahasa dan apa implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Jadual pemerolehan Bahasa

Salah satu dari teori E.H. Lenneberg (1967) mengenai pemerolehan bahasa ialah
bahawa semua kanak-kanak yang sihat dan normal mulai bercakap dan bertutur pada
peringkat umur yang agak sama. Ini menyokong bahawa kebolehan untuk berbahasa itu
berkembang telah sedia ada terjadual secara biologis. Pembentukan pertuturan dan
perkembangan bahasa membuktikan adanya sesuatu yang sudah terjadual dari segi biologi.
Nampaknya apabila sudah sampai masanya maka seseorang anak itu akan dengan serta
merta menjadi tertarik terhadap segala bunyi yang didengarnya dan dia dapat menajamkan
pancainderanya.
Kajian Lenneberg telah mengatakan bahawa pemerolehan bahasa ini bergantung
kepada suatu jadual biologi dan bukan terbit dari rangsangan yang datang dari lingkungan.
Misalnya anak yang lahir dari ibu bapa yang pekak dan bisu tentu sekali tidak mempunyai
lingkungan bahasa, tetapi mereka juga akan mula belajar bertutur pada peringkat umur yang
sama dengan kanak-kanak lain dan perkembangannya dapat dijangka seolah-olah telah
terjadual. Jadi apakah maksud bahasa itu suatu fenomena biologi? Ini membawa dua
implikasi yang pertama ialah bahawa kanak-kanak itu tidaklah bergantung kepada ibu
bapanya untuk mengajarnya sesuatu bahasa.
Kanak- kanak mempunyai keupayaan merumus dengan sendiri dan kita tidak akan
dapat mengajarnya, walaupun sekiranya kita mahu berbuat begitu. Implikasi yang kedua
ialah perkembangan bahasa ini hanya terbatas kepada hubungan dengan jenis makhluk
yang dikenali sebagai manusia sahaja. Manusia melahirkan bayi dengan keadaan yang
tidak berupaya, yakni ia terpaksa dijaga dan disusui. Tetapi anak binatang boleh terus
makan sendiri dan berlari setelah beberapa saat sahaja ia dilahirkan. Otak manusia
memakan masa yang panjang untuk membesar, dan hal ini dapat memberi keupayaan
untuk bahasa tumbuh dan berkembang. Mungkin itulah sebabnya bahasa boleh
berkembang. Sebaliknya anak binatang hanya membesar dari segi jasad sahaja dan tidak
dari kebolehan lain. Dia sudah lengkap sejak lahir.

Peringkat Penguasaan Bahasa

PSIKOLINGUISTIK

14

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

Masalah memahami perkembangan penguasaan bahasa melibatkan perkaraperkara yang lebih abstrak dan rumit. Pada hakikatnya, inilah yang kita maksudkan dengan
bahasa sebagai suatu fenomena perkembangan biologi. Hal ini menolak peranan
lingkungan sahaja dalam perkembangan bahasa. Kita dapat melihat bahawa kanak-kanak
tidaklah mempelajari bahasa dengan meniru-niru percakapan ibu bapa. Pertuturan kanakkanak itu sebenar-benarnya keluar dari daya ciptaan mereka sendiri. Rangkaikatarangkaikata seperti, `abah gi', `dah bis' dan lain-lain merupakan gabungan-gabungan
pertuturan yang dibuat oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukanlah merupakan pertuturan
yang mereka dengar dan tiru dari ibu bapa. Apa yang selalu diperhatikan berlaku ialah
sebaliknya, iaitu ibu bapa yang selalunya meniru-niru kanak-kanak itu.
Pemerolehan Bahasa Mengikut Umur
Menurut Lenneberg (1967) perkembangan pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak
melalui lapan peringkat:
1. Semasa berumur tiga bulan, kanak-kanak hanya dapat mengangkat kepada meniarap.
Dia meletakkan semua berat badannya pada sikunya. Kanak-kanak kurang menangis pada
masa ini dan dia boleh mengeluarkan bunyi seakan-akan bunyi vokal yang kadang-kadang
berpanjangan antara lima belas sampai dua puluh saat.
2. Semasa berumur empat bulan, kepala kanak-kanak itu mula kukuh dan tegap dan kanakkanak mula menggemari barang- barang permainan. Tindakbalas kepada suara manusia
lebih tajam, matanya mencari si penutur kadang-kadang kanak-kanak itu akan ketawa.
3. Pada masa berumur lima bulan, kanak-kanak tersebut boleh duduk tegap. Dia mula
menyebut bunyi konsonan di antara bunyi vokal tersebut. Tetapi dari segi akustik bunyibunyi itu berbeza dari bunyi bahasa.
4. Semasa kanak-kanak yang berumur enam bulan ia mula boleh bertupang tangan semasa
duduk. Kebolehan mengagah bertukar kepada pengeluaran bunyi-bunyi yang berciri
sukukata seperti ma, mam, da, dak, di, dan dik dan lain-lain.
5. Pada masa berumur lapan bulan kanak-kanak mula boleh berdiri sambil berpegang
kepada dinding. Pengulangan bunyi- bunyi menjadi lebih kerap dan pola lagu menjadi lebih
nyata dan pertuturan mula digunakan untuk menyatakan kemahuan dan perasaan.

PSIKOLINGUISTIK

15

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

6. Semasa berumur sepuluh bulan kanak-kanak itu mulai merangkak dan kadang-kadang
berdiri tegak. Kanak-kanak mula mengeluarkan berbagai-bagai bunyi dan mula meniru bunyi
dan membezakan bunyi yang berlainan yang didengarnya.
7. Semasa berumur dua belas bulan kanak-kanak mulai belajar berjalan-jalan dan bunyi
yang serupa dengan bunyi bahasa mula diterbitkan dan perkataan seperti mak, abah,
mamam, mula disebut. Pada masa ini juga kanak-kanak tersebut mulai memahami arahan.
8. Semasa berumur lapan belas bulan kanak-kanak tersebut mulai berjalan. Dia sudah
mempunyai antara tiga hingga lima puluh perkataan. Kefahamannya bertambah baik dan
dia mula menggabungkan dua perkataan untuk menjadi rangkaikata. Semasa umurnya
meningkat dua tahun pola-pola ayatnya mula menjadi lengkap dan dia dapat
merumuskannya dengan bersendirian. Proses ini berterusan hingga umurnya menjadi baligh
apabila bahasanya menjadi sempurna.

IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN KLASIK KE ATAS PENGAJARAN


PSIKOLINGUISTIK

16

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

DAN PEMBELAJARAN
Menurut teori pelaziman klasik, cara pembelajaran yang sesuai ialah menggunakan
ransangan tak terlazim dikaitkan dengan ransangan terlazim. Hal ini dibuktikan oleh Pavlov
dan Watson melalui kajian yang mereka jalankan iaitu Eksperimen Little Albert dan
eksperimen

ke

atas

anjing.

Eksperimen-eksperimen

tersebut

secara

ringkasnya

menekankan bahawa, peneguhan atau keselesaan kepada responden pada awalnya.


Kemudian, setelah responden terbiasa dengan keadaan tersebut, penghapusan akan
dijalankan.
Melalui teori yang dikemukakan oleh kedua- dua tokoh tersebut, dapatlah digunakan
oleh para pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara implikasi teori tersebut
dalam P&P ialah gerak balas positif iaitu perhatian dan penglibatan murid- murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipupuk melalui pelaziman klasik.
Selain daripada itu juga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada muridmurid untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan perkataan bola kepada murid, pastikan
murid mampu menyebut perkataan tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan sebiji batu
kearahnya. Kemudian, tunjukkan kad perkataan bola disertakan dengan sebiji batu untuk
mendapat gerak balas murid tersebut. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehinggalah
murid mampu menyebut perkataan bola apabila ditunjukkan kad perkataan kepadanya.
Di samping itu juga,guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan
ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Contohnya, guru menyediakan soalan
berkaitan dengan soalan penyelesaian masalah matematik dengan kerap kali. Seterusnya,
gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan
fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikan murid
semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan gula- gula
sekiranya murid dapat menjawab dengan betul , kemudian pada hari yang lain pula guru
memberikan pensel sebagai peneguhan. Malah, guru perlu membantu murid memulihkan
ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan
pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.
Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini
bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku
itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat
membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
PSIKOLINGUISTIK

17

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

REFLEKSI
NAMA : HANISAH BINTI ISA
NO. K/P : 860327-30-5026

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia . Pertama sekali saya bersyukur kehadrat


Ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan ini, dengan bantuan ahli kumpulan iaitu
Muhd Khairul Azizi bin Kamal dan Azizan bin Mohamad. Apa yang dapat saya gambarkan
semasa menerima tugasan ini ialah kesukaran untuk memahami kehandak soalan tugasan
ini. Selain itu juga terdapat juga halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada
dari segi keluarga, kesihatan, kewangan,masa serta sumber untuk mendapatkan maklumat.
Namun , setelah diberi penerangan oleh pensyarah matapelajaran Bahasa Melayu
2 ( Psikolinguistik ) iaitu Puan Zainiyah binti Mohd Zain, saya dapat memahami kehandak
soalan serta memudahkan saya merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini.
Kami telah memilih teori pelaziman klasik untuk menghasilkan kerja kursus pendek
ini. Sepanjang

proses

kami

menyiapkan

kerja

kursus

ini, pada mulanya kami

membahagikan tugasan kepada ahli kumpulan. Supaya tugasan ini dapat dilaksanakan
dengan rapi dan sempurna. Setelah mencari maklumat, saya dapati bahawa setiap yang
saya

pelajari

selama

ini

bukan

mudah

untuk difahami, malah menimbulkan

kekeliruan bagi memahami kehendak soalan Setelah mencari maklumat dan bertanya
kepada pensyarah dan juga rakan barulah saya dapat gambaran serta memahami
secara mendalam tentang kehendak tugasan tersebut. Saya juga dapat memahami subjek
ini dengan lebih mendalam setelah melaksanakan tugasan ini.
Setiap manusia perlu tahu bahawa ilmu itu merupakan sesuatu yang indah untuk
dipelajari kerana menuntut ilmu itu adalah wajib atas setiap muslim.
Sepanjang proses melaksanakan tugasan ini, saya menghadapi pelbagai dugaan dan
rintangan dari Allah SWT. Antara dugaan dan kekangan untuk melaksanakan tugasan ini,
adalah masalah masa untuk berbincang dengan ahli kumpulan, disebabkan saya tinggal di
luar kampus.jadi kami membuat keputusan untuk mengagihkan tugasan dan satukan pada
masa yang terluang Selain masa, saya juga terpaksa berkorban tenaga, kewangan dan
sebagainya.

PSIKOLINGUISTIK

18

BAHASA MELAYU 2 ( PSIKOLINGUISTIK )

Namun saya tetap bersyukur dan berpuas hati kerana hasil kerja keras saya dapat
juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya Berjaya menghasilkan tugasan ini
bukan sahaja dari diri sendiri malah pensyarah, suami serta rakan-rakanlah yang banyak
membantu selain memberi tujuk ajar, dorongan dan sokongan yang padu.
Akhir kata, saya sangat bersyukur dan sangat gembira kerana dapat menyiapkan
kerja kursus ini dengan jayanya, dan dapat menghantar tugasan ini dengan hati yang
tenang. Mudah-mudah kejayaan mengiringi saya berjaya dalam pelajaran dunia dan akhirat.

PSIKOLINGUISTIK

19

Anda mungkin juga menyukai