Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2016

Program : PISMP

Nama Pelajar:

Kod: EDU3093

Semester / Tahun : Semester 2/


Tahun 4
Ambilan: Jan 2013

Nama Kursus: Guru Dan


Cabaran Semasa

Tugasan

Kumpulan : (B&K (A); B&K (B); PJ(A);


PJ(B); PJ(C); dan SEJARAH)

Tarikah Mula

Tarikh Hantar

1. Pembentangan (KumpulanSoft & Hard Copy)

20 Jun 2016

01 Julai 2016

2. Penuliasan Akademik (Individu)

20 Jun 2016

01 Julai 2016

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Membincangkan secara mendalam peraturan-peraturan awam yang berkaitan
dengan kerjaya guru.
2. Menganalisis dengan kritis isu-isu dan cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh
guru dengan merujuk kepada pelbagai sumber yang relevan dan membuat
pembentangan.
3. Mencadangkan langkah-langkah yang berkesan untuk menangani gangguan emosi
dalam kalangan guru dan murid.
4. Merangka pelan tindakan untuk mengurus perubahan dalam bidang pendidikan
sesuai dengan kehendak pendidikan semasa.

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar dapat :
1. Mencadangkan langkah untuk memperbaiki sistem pendidikan dalam bentuk
pembentangan kumpulan.

2. Menghasilkan penulisan individu tentang pengaplikasian TMK dalam pengajaran


dan pembelajaran.
3. Mengaplikasikan amalan reflektif dalam penulisan.
4. Menggunakan pelbagai sumber rujukan untuk menghasilkan penulisan yang
berkualiti.
5. Membuat justifikasi yang sesuai dengan mengemukakan bukti dan sokongan.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:


TUGASAN 1:Pembentangan( Kumpulan ; 30%)
Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 untuk melahirkan ekosistem pendidikan supaya generasi muda Malaysia
akan terus mendapat pendidikan berkualiti setanding dengan standard pendidikan
antarabangsa yang semakin meningkat dan untuk membolehkan mereka berperanan
sebagai sumber tenaga manusia di Malaysia yang berhasrat menjadi sebuah negara
maju.
Namun mengikut pengukuran Organisasi Untuk Kerjasama Ekonomi dan
Pembangunan (OECD) pada 2013, kedudukan struktural sistem pendidikan di
Malaysia perlu diperbaiki, jika ingin berjaya menjadi negara maju.
Utusan Online, Isnin, 23 Mei 2016.
Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan langkah-langkah yang telah dan akan
diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menangani isu dan cabaran di
atas supaya dapat melahirkan generasi muda yang benar-benar berpendidikan
bertarafdunia.
Hasil perbincangan di atas perlu dibentangkan dengan menggunakan kaedah
pengurusan garfik.
Pembentangan di atas perlu mematuhi perkara-perkara berikut.

Jangka masa pembentangan adalah selama 30 minit.


Bilangan ahli kumpulan dihadkan kepada 2 hingga 3 orang sahaja.
Semua ahli kumpulan harus mengambil bahagian dalam proses
pembentangan.
Gaya pembentangan adalah berdasarkan kreativiti.
Pembentangan menggunakan kaedah pengurusan grafik.
Setiap pembentangan perlu menyerahkan tugasan dalam bentuk soft copy
dan hard copy.

TUGASAN 2: Penulisan Esei (Individu; 70%)


Anjakan 7 di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) adalah
memanfaatkan Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT) bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membelanjakan
lebih RM6 bilion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif
pendidikan

PPPM 2013-2025
Berpandukan petikan di atas, bincangkan sejauhmanakah penggunaan dan
pengaplikasian TMK sebagai alat pengajaran yang dapat meningkatkan kualiti
pembelajaran. Hujah anda mesti disokong dengan sumber rujukan dan bukti.
Panjang esei ialah 2000 patah perkataan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


a. Tugasan kumpulan dan tugasan individu perlu dihantar secara berasingan. Tugasan
anda hendaklah bertaip, langkau 1.5 baris, tidak termasuk muka depan dan senarai
rujukan. Gunakan font arial dan saiz 11.
b. Kulit hadapan hendaklah selaras dengan keperluan PISMP dari format, warna dan
perlu mengandung ibutir-butir berikut :

Nama Pelajar
Angka Giliran
No. Kad Pengenalan
Kumpulan/Unit
Kod dan nama Kursus
Nama Pensyarah Akademik
Tarikh Hantar

c. Lampirkan Borang Maklum Balas Kerja Kursus yang lengkap diisi butiran peribadi
selepas muka depan.
d. Lampirkan senarai rujukan untuk kedua-dua tugasan secara berasingan. Cara
menulis rujukan perlu mengikut Publication Manual of the American Psychological
Association (APA) .
e. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50.
f.

Tugasan harus menunujukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.

g. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.


h. Sila rujuk rubrik permarkahan sebagai panduan.
i.

Tugasan ini ditaksir berdasarkan kriteria berikut:

j.

Liputan dan Kandungan


Kualiti Reviu
Organisasi
Kualiti sumber

Tugasan bertulis mesti disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

_______________________________
(KALAISELVAN A/L PATCHEYAPAN)
Penyelaras Kursus EDU3093
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Perlis

(
Pakar Bidang (SME)
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Perlis

Disahkan oleh:

______________________________
(
Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Perlis

____________________________

Anda mungkin juga menyukai