Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Saya Sivanathan A/L Anbu Selvam dari opsyen Matematik/PJ/BT. Pada semester kali ini
WAJ 3113 telah menjadi salah satu subjek wajib jabatan matematik bagi memenuhi syarat
kelulusan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Persatuan Matematik Semester 6
bermatlamat melahirkan guru guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian
dan keguruan, daya ketahanan yang tinggi dan aura keguruan yang selaras dengan prinsip
Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Bagi
menjalani dan memenuhi pembelajaran subjek ini, kami dikehendaki untuk mengadakan
beberapa aktiviti, persembahan, lawatan, gotong-royong dan prom night.
Dalam program persatuan Matematik ini, terdapat banyak perkara yang dapat dipelajari
oleh setiap peserta. Antaranya ialah kemahiran menguruskan dan mengendalikan sesuatu
program. Hal ini mengajar kami erti tanggujawab dan nilai kerjasama dalam menjayakan suatu
kerja. Setiap guru pelatih telah diberi tanggujawab yang tertentu dalam persatuan ini. Kami
mempunyai tugas masing-masing yang perlu diurus. Dari sini, kami pelajari betapa pentingnya
tanggungjawab dan amanah yang telah diberi.
Kerjasama adalah kunci kejayaan setiap program yang dijalankan. Tanpa kerjasama,
kami tidak dapat membuat persediaan dan menjalani aktiviti yang ditetapkan denga baik.
Dengan kerjasama, kami dapat merancang dan mengenal pasti masalah sebelum, semasa dan
selepas program. Segala masalah yang dihadapi sama-sama diletakkan di atsa bahu semua
ahli untuk diselesaikan. Nilai tanggujawab ini amat penting untuk dipupuk bagi melahirkan
insane yang berdedikasi, cakna dan cemerlang bagi member jasa dan bakti kepada anak
bangsa juga tanah air. Dalam aktiviti Interaksi antara pelajar yang dijalankan, para peserta
dapat mengenal pasti tentang kelemahan dan kelebihan yang pada diri mereka.Setiap
kelemahan akan diperbaiki dan kelebihan akan digunakan bagi menjadi guru pada masa
hadapan. Para peserta turut dapat mengenali diri mereka dan ini akan member peluang mereka
untuk memperbaiki diri mereka.
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Antaranya
ialah, penciptaan logo persatuan Matematik dalam kumpulan. Ini menyebabkan tidak ramai
pelajar yang cuba membuat logo dan didapati hanya beberapa orang sahaja yang
menggunakan perisian komputer untuk mencipta logo. Ia menunjukan tidak ramai di kalangan

kami masih kurang mahir dalam penggunaan perisiaan unutk mengeditkan gambar. Selain
daripada ini, ia juga membuka ruang untuk mencungkil kreativiti masing-masing dalam
penciptaan logo
Tambahan pula, aktiviti-aktiviti tertentu seperti Sudoku, mereka baju tshirt, mereka blog
boleh dijadikan sebagai pertandingan dengan melibatkan guru pelatih lain selain daripada ahli
persatuan lain. Hal ini, lebih mencabarkan semua orang serta dapat meningkatkan kreativiti
semua murid dan juga dapat meneroka kemahiran yang baru.
Disini saya mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
pensyarah Persatuan Matematik yang telah bersusah payah member tunjuk ajar dan bakti
dalam menjana daya dan gerak kerja persatuan ini.

Anda mungkin juga menyukai