Anda di halaman 1dari 2

3 Golongan Orang Yang Berpuasa

3 Kategori orang yang bepuasa yang telah dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali :
1) Puasa Orang Awam
Puasa orang awam bermaksud orang yang berpuasa perut dan kemaluan sahaja. Tetapi
mereka tidak menjaga pandangan, pendengaran, hati, kaki, tangan dan lidah mereka daripada
perkara-perkara maksiat dan juga mungkar. Maka golongan ini sukar untuk mendapatkan taqwa
kepada Allah sedangkan puasa yang disyariatkan oleh Allah swt adalah bertujuan untuk melatih
diri kita supaya bertaqwa kepada Allah seperti mana dinyatakan dipenghujung ayat surah alBaqarah ayat 183 di atas yang berbunyi


yang bermaksud moga-moga kamu
bertaqwa.
Jadi sesiapa yang termasuk di dalam golongan ini hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja
seperti mana sabda Rasulullah saw :




Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta, dan berbuat dusta, serta amal
kebodohan,maka tiadalah Allah ingin melihat pada amalannya meninggalkan makan dan
minumnya.

[Hadith shahih riwayat Bukhari]


2) Puasa Orang Khawas

Puasa orang khawas adalah peringkat pertengahan. Puasa orang khawas adalah puasa yang
bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi mereka juga menjaga mata mereka daripada
melihat perkara mungkar, menjaga lidah mereka daripada menuturkan perkara-perkara yang
haram, menjaga kaki mereka daripada melangkah ke tempat-tempat maksiat dan menjaga seluruh
pancaindera yang lain daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Inilah yang dimaksudkan
puasa orang khawas.

Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw :

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya puasa itu
bukan menahan daripada makan dan minum saja, hanyalah puasa yang sebenarnya ialah
menahan daripada ucapan sia-sia (lagha) dan lucah/ mencarut (rafath), maka apabila
seseorang mencacimu atau berbuat sesuatu yang bodoh kepadamu katakanlah:
Sesungguhnya aku sedang berpuasa. [Hadith shahih riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu
Hibban, dan Al-Hakim]

Puasa orang khawas ini lebih tinggi daripada puasa orang awam. Puasa orang khawas insyaAllah
akan menjadi latihan untuk diri kita menjadi insan yang bertaqwa selepas melalui madrasah
Ramadhan ini. Maka marilah kita mencuba dengan sebaik mungkin untuk mendapat puasa di
dalam kategori ini.
3) Puasa Orang Khassul / Khususul Khawas

Kategori ini adalah kategori yang paling tinggi dalam berpuasa. Inilah puasapuasa kalangan
Nabi, as-Shiddiqin, orang soleh, para wali dan seumpamanya. Mereka bukan sahaja menjaga
anggota zahir daripada melakukan maksiat dan boleh membatalkan puasa tetapi mereka juga
menjaga anggota batin daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar yang boleh
menghilangkan pahala puasa.

Kategori ini agak sukar untuk dicapai oleh orang biasa seperti kita tetapi ianya juga bukanlah
sesuatu yang mustahil. Sebab bila difikirkan kita mungkin boleh menjaga anggota zahir kita
untuk tidak melakukan perkara-perkara yang mampu membatalkan puasa tetapi untuk menjaga
hati kita supaya sentiasa ingat kepada Allah dan untuk menjaga hati kita daripada terbayang
perkara-perkara yang sia-sia dan boleh mengurangkan pahala puasa adalah sesuatu yang sangatsangat susah. Hanya mereka yang betul-betul menjaga hati mereka sahaja yang mampu sampai
ke tahap ini.

Anda mungkin juga menyukai