Anda di halaman 1dari 5

Aktiviti 1:

Sebelum boleh mengajar murid berkeperluan khas, anda perlu menjawab


persoalan-persoalan berikut:
Siapakah individu-individu yang boleh dikategorikan sebagai berkeperluan
khas?
MURID BERKEPERLUAN KHAS
Ramai orang yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU) adalah terdiri
daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota,
pekak , bisu dan buta.
Tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan sebagai OKU di
bawah masalah pembelajaran.
Secara amnya, terdapat enam kategori keperluan khas di Malaysia yang layak
didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad
OKU. Kategori tersebut ialah kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal,
cerebral palsi, masalah pembelajaran dan lain-lain.
Di bawah kategori masalah pembelajaran ini adalah kumpulan kanak-kanak yang
mengalami lewat perkembangan (Global Developmental Delay) iaitu untuk kanak-kanak
yang berusia kurang dari 3 tahun, kanak-kanak Sindrom Down, autisma, kurang tumpuan
dan hiperaktif - lebih dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD),
dan juga kanak-kanak terencat akal (Intellectual impairment) yang berumur lebih dari 3
tahun.
Selain itu masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia (kesukaran dalam
menulis, mengeja dan membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga termasuk dalam
kategori keperluan khas. Kebiasaannya, guru-guru berhadapan dengan kanak-kanak yang
sukar untuk mengikuti pembelajaran di sekolah dan sebahagian daripada mereka
dilabelkan sebagai bodoh, dungu, lembam dan nakal kerana tingkah laku mereka yang
kadang-kala mengganggu kelas.

Ramai pelajar yang masih gagal menulis nama sendiri, tidak mengenal warna dan
bentuk, serta sering gagal melakukan kerja sekolah kerana tidak faham soalan dan
sebagainya. Ramai yang beranggapan sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat membaca,
ianya adalah disebabkan mereka malas dan tidak minat belajar. Kebanyakan mereka akan
diletakkan di kelas terakhir dan diajar oleh guru-guru pemulihan. Guru-guru akan
membantu pelajar ini sedaya upaya agar mereka dapat belajar seperti pelajar lain

Bagaimanakah anda mengenalpasti seseorang murid berkeperluan khas?


(menggunakan instrumen khas atau melalui cerapan tingkahlaku tertentu
atau lain-lain cara).
Sesungguhnya mengajar di kelas pemulihan memerlukan banyak kesabaran dan sedikit
peningkatan dalam pembelajaran kanak-kanak ini adalah satu kepuasan bagi guru-guru
ini. Pun begitu, ramai juga guru-guru yang kecewa setelah usaha mereka tidak
menampakkan hasil.
Ini adalah titik permulaan di mana pelajar-pelajar ini patut dirujuk kepada pakar
psikiatri untuk penilaian seterusnya.
Ramai yang tidak mengetahui dan ramai yang juga tertanya-tanya mengapa perlu dirujuk
kepada pakar psikiatri sedangkan anak-anak mereka normal dan tidak mengalami
penyakit mental. Sebenarnya masalah pembelajaran adalah salah satu masalah yang
dilihat di klinik psikiatri.
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) adalah salah satu hospital yang
memberikan perkhidmatan ini.
Kebiasaannya, pelajar boleh dirujuk oleh guru-guru, ibu bapa ataupun oleh doktor
dari mana-mana klinik terus ke Unit Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja di Klinik
Psikiatri. Penilaian asas oleh jururawat yang terlatih ke atas pelajar-pelajar ini akan
dilakukan pada sesi pertama.
Penilaian termasuklah ujian untuk mengetahui secara kasar IQ (Intelligent
Quotient) pelajar dan beberapa set soal selidik berkaitan tingkah laku pelajar dan masalah

pembelajaran. Seterusnya pelajar-pelajar ini akan diberikan tarikh temujanji untuk


bertemu doktor.
Kebiasaannya selepas penilaian dilakukan oleh doktor dan disokong oleh laporan
akademik pelajar dari pihak sekolah, sekiranya ternyata mereka mempunyai masalah
pembelajaran, pelajar ini akan dirujukkan ke JKM untuk pendaftaran OKU dan ke
Jabatan Pendidikan Negeri untuk penempatan yang sesuai. Ini adalah amat perlu untuk
memastikan mereka mendapat pembelajaran yang lebih baik dalam konteks suasana
belajar yang lebih selesa berbanding dengan kelas biasa di mana rakan-rakan yang lain
adalah pelajar yang tidak mengalami masalah pembelajaran.
Pada masa yang sama, penilaian dari segi emosi juga dilakukan kerana tidak dapat
dielakkan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini akan mengalami perasaan
rendah diri atas kekurangan mereka dan kemungkinan mengalami tekanan emosi.
Pun begitu, ada juga di kalangan ibu bapa yang kurang bersetuju dengan status
OKU dan tidak mahu anak-anak mereka dirujukkan ke sekolah dengan pendidikan khas.
Ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh doktor dan kebiasaannya sebelum rujukan
dibuat, perbincangan secara mendalam dengan ibu bapa dijalankan agar mereka tidak
salah anggap dan faham mengapa kanak-kanak ini perlu dirujuk kepada pakar. Penting
untuk doktor menerangkan tentang kelebihan pendaftaran OKU ini, lagipun pihak
kerajaan telah memberi banyak peruntukan untuk OKU. Sementara itu, kanak-kanak ini
akan dirujukkan ke unit pemulihan cara kerja untuk penilaian lanjut oleh jurupulih cara
kerja di HUSM.
Apakah kaedah/teknik pembelajaran dan pengajaran yang anda boleh
gunakan supaya bersesuaian dengan murid berkeperluan khas?
Selepas penilaian, jurupulih cara kerja yang memang terlatih dengan masalah
pembelajaran ini akan melakukan terapi yang bersesuaian kepada pelajar-pelajar ini.
Kebiasaannya, mereka akan dikenalpasti mengalami masalah seperti sensori integrasi dan
pengamatan yang menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam pembelajaran di
dalam bilik darjah. Latihan di unit ini perlu dilakukan secara berkala untuk memastikan
keberkesanan terapi.

Pada masa yang sama, pelajar berkenaan akan dirujuk ke unit pertuturan sekiranya
mempunyai masalah pertuturan dan unit-unit lain yang berkaitan sekiranya perlu. Ini
adalah satu rawatan yang komprehensif untuk kanak-kanak dengan masalah
pembelajaran.
Strategi pengajaran dan pembelajaran(PdP)
Kepelbagaian tahap penerimaan dan penguasaan murid memerlukan guru lebih kreatif
dan prihatin terhadap keperluan murid untuk mencapai objektif pembelajaran murid.
Strategi pdp dapat dibahagi kepada tiga iaitu berpusatkan guru, berpusatkan murid dan
berpusatkan bahan. Namun begitu mengikut Mok Soon Sang,2007; strategi PdP mediatif,
koperatif, masteri serta pemusatan murid dan bahan boleh dilaksana terhadap kanakkanak khas.
i.

mediatif - menggunakan komputer dengan simbol-simbol yang menarik untuk


menarik perhatian murid, memudahkan pemahaman dan ingatan mereka.

ii.

koperatif - aktiviti kumpulan, interaksi dengan rakan sebaya. Picture Exchange


Communication System (PECS) sesuai digunakan terutama untuk kanak-kanak autistik
(Roa & Gagie, 2006) Program 6 fasa dengan mengikut urutan dan kajian menunjukkan
berlaku pertambahan perbendaharaan kata terhadap murid.

iii.

masteri - pembelajaran secara individu. Aktiviti yang sesuai seperti lihat pada
guru, letak tangan atas meja dan sebagainya. Sesetengah mereka ini perlukan komunikasi
berkaitan persekitaran, pengalaman dan interaksi mereka dengan orang dewasa (Light
&Drager, 2007)

iv.

pemusatan murid dan bahan - murid dibantu untuk bergiat aktif dengan bantuan
bahan yang sesuai disediakan guru. Murid banyak berinteraksi dengan bahan.

Apakah keperluan fizikal atau sokongan infrastruktur yang mesti


disediakan untuk murid berkeperluan khas?
Infrastruktur dan bahan.
Kemudahan infrastruktur khas amat perlu untuk program pendidikan khas. Satu ruangan
kelas yang khusus perlu untuk keselesaan pelajar dan kemudahan bagi guru untuk
mengurus perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Ruangan kelas ini pula perlu dibahagi
kepada kelas-kelas kecil dan bilik khas untuk aktiviti sampingan lain seperti bilik belajar
mengendali perkakas asas, bilik komputer dan bilik pelbagai.
Pelajar khas juga banyak menggunakan bahan yang membantu pembelajaran mereka.
Bahan seperti kad kerja, kad imbasan, bahan maujud, gambar-gambar, carta dan berbagai
jenis lagi bahan yang digunakan. Selain itu, alat audio visual juga perlu untuk membantu
proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan yang disediakan hendaklah praktikal, mudah
alih dan senang digunakan.

Anda mungkin juga menyukai