Anda di halaman 1dari 11

Psikologi Pendidikan HBEF2103

( a ) Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson


Setiap manusia berupaya mengatasi kesulitan yang timbul dari semasa ke semasa pada
peringkat-peringkat perkembangan tertentu.Bagi Erik Erikson, beliau percaya bahawa
setiap manusia berpotensi untuk mengalami perkembangan psikologi yang sihat.
Terdapat 8 peringkat yang telah dikenal pasti oleh Erik Erikson dalam perkembangan
manusia :

Kepercayaan

lawan

ketidakpercayaan
( 0-18 bulan )

Ketekunan lawan rasa rendah

Autonomi lawan perasaan

diri

malu dan keraguan

( 6-12 tahun )

( 18 bulan 3 tahun )

Kerapatan lawan pengasingan

Identiti lawan kekeliruan

( 20-35 tahun )

peranan ( 12 -20 tahun )

Inisiatif lawan perasaan bersalah


( 3- 6 tahun )

Kesepaduan lawan putus asa

Generativiti lawan pemusatan

( 60 tahun hingga akhir hayat )

kendiri
(35 60 tahun )

Psikologi Pendidikan HBEF2103

Kepercayaan lawan ketidakpercayaan ( 0-18

Peringkat ini merupakan peringkat yang terpenting bagi seseorang bayi. Peringkat ini
akan mempengaruhi perkembangannya melalui setiap pengalaman yang dilalui.Mereka
akan belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain dimana ini akan
mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan orang lain. Bagi
Erikson, kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta mengatasi masalah
dalam hidup.Sebaliknya ketidakpercayaan akan menghalang atau melemahkan keupayaan
seseorang mengatasi kesulitannya.Kepercayaan akan dipupuk sekiranya keperluan
seseorang bayi dipenuhi. Selain itu, perhubungannya dengan ibu bapa dan orang dewasa
yang lain hendaklah rapat dan mesra. Kepercayaan akan terus dipupuk jika kanak-kanak
itu sentiasa berasa selamat, disayangi serta diberi perhatian oleh ibu bapanya.

Autonomi lawan perasaan malu dan keraguan ( 18 bulan 3 tahun )

Mulai umur 18 bulan, konsep diri seseorang mula bertambah nyata.Seseorang kanakkanak mula mengetahui bahawa apa yang dia cakap serta lakukan merupakan
tindakannya dan bukan tindakan orang lain. Keinginan untuk bertindak secara bebas juga
meningkat.Kanak-kanak lebih gemar membuat sesuatu sendiri tanpa bergantung pada
orang lain untuk membuatnya. Pada peringkat ini sesorang kanak-kanak mungkin
berpendapat yang dia akan cekap dan berkebolehan.Sebaliknya jika dia merasakan
dirinya kurang cekap dia akan berasa malu dan mula meragui kebolehan
dirinya.Tingkahlaku kanak-kanak yang sentiasa yakin lagi dipuji akan menyebabkan dia
berasa lebih yakin lagi.Sebaliknya tingkahlaku yang menyebabkan dia didenda atau
dimarahi akan menyebabkan kanak-kanak itu berasa malu serta ragu-ragu. Menurut
Erikson, tingkahlaku yang tidak diingini hendaklah dikawal dan yang diingini patut
dipuji. Dengan kaedah ini kanak-kanak akan menganl jenis-jenis tingkahlaku yang
digalakkan dan yang hendak dielakkan.Kecenderungan kanak-kanak untuk berfungsi
secara bebas hendaklah diterima serta didorong.

Psikologi Pendidikan HBEF2103

Inisiatif lawan perasaan bersalah ( 3- 6 tahun)

Ketika kanak-kanak berumur tiga tahun, perasaan autonominya (jika digalakkan) sudah
pun mencapai aras perkembangan yang tinggi.Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini
juga ingin menerokai dan mencuba sesuatu yang baru serta mencabar.Keinginan inisiatif
amat penting dalam lingkungan umur 3-6 tahun.Sekiranya sifat inisiatif hendak dipupuk,
kanak-kanak seharusnya sentiasa didorong untuk mencuba sesuatu yang baru untuk
perkembangan intelek.Disamping itu juga ia perlu bagi perkembangan
psikososial.Sekiranya inisiatif tidak digalakkan pada peringkat ini, perkembangannya
mungkin terjejas.Melalui galakan yang diberi kepada kanak-kanak untuk meneroka dan
mencuba, mereka akan menyedari keupayaan serta potensi mereka.Mereka akan mula
mengetahui yang mereka itu boleh mengarahkan diri sendiri untuk mencapai sesuatu
yang berfaedah. Kanak-kanak dalam keadaan tersebut akan membesar menjadi orang
dewasa yang berinisiatif.Sebaliknya bagi kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mencuba
atau meneroka, mereka akan membesar menjadi individu yang kurang berinisiatif serta
rendah keyakinan diri.Kanak-kanak seperti ini sering berasa bersalah.

Ketekunan lawan rasa rendah diri (6-12 tahun )

Seorang kanak-kanak akan bertenaga apabila umur mereka mencecah 6 tahun.Kebolehan


berbahasa telah meningkat dan mula mencapai peringkat operasi konkrit iaitu berupaya
menggambarkan transformasi dan pertalian antara dua situasi yang berkaitan, memahami
proses pembalikan serta berfikiran logik.Mereka juga boleh memahami konsep
ruang,kelajuan, masa dan sebab musabab satu-satu kejadian. Mereka boleh menyusun
idea-idea mengikut urutan dan boleh memahami sesuatu idea dari beberapa segi. Ini
menunjukkan mereka telah bersedia menerima pandangan orang lain.Bahasa mula
digunakan dengan agak jitu dan tepat selagi ia adalah tentang objek yang konkrit.
Konsep-konsep seperti kejujuran dan taat setia masih lagi sukar difahami.Persaingan

Psikologi Pendidikan HBEF2103

dalam permainan mula bertambah hebat.Kanak-kanak tidak lagi mudah menerima


kekalahan dimana pertengkaran juga sentiasa berlaku dalam permainan dimana unsur
persaingan adalah kuat.Menurut Erikson, kanak-kanak pada peringkat ini perlu
menyalurkan tenaga mereka kearah menghasilkan sesuatu yang baik. Tugasan yang
dijalankan hendaklah menghasilkan suatu penyelesaian, produk, kemahiran atau
fahaman.

Identiti lawan kekeliruan peranan ( 12-20tahun )

Peringkat hidup ini merupakan peringkat remaja.Ini amat penting dalam menentukan
nilai-nilai dan penjelasan identity seseorang. Remaja agak keliru tentang tujuan dan
aspirasi diri serta harapan orang lain. Individu akan tertanya-tanya: Siapa saya
sebenarnya? Apakah yang saya inginkan ? Apakah yang boleh saya boleh ? Apakah
perhubungan saya dengan orang lain? Apakah pandangan orang lain terhadap saya?
Akibat keraguan ini, remaja akan meniru pelbagai tingkah laku orang dewasa seperti
ibubapanya, guru dan sebagainya.Pelbagai amalan, nilai dan sikap yang ditunjukkan oleh
seseorang remaja biasanya menimbulkan konflik dengan orang dewasa terutamanya ibu
bapa.Proses ini amat pahit bagi kedua-dua pihak kerana banyak konflik yang timbul.Ibu
bapa hendaklah memahami keperluan remaja agar suatu identity diri yang sihat akan
terbentuk.Remaja yang sentiasa dihalang dalam setiap tindakannya akan membesar
menjadi seorang dewasa yang kurang berkeyakinan serta cenderung dan sentiasa
bergantung pada orang lain.

Kerapatan lawan pengasingan ( 20-35 tahun )

Seseorang dewasa akan mendirikan rumahtanggan pada peringkat ini.Cara inilah yang
akan membolehkan orang dewasa berkongsi hidup bersama serta mencapai kemesraan
atau kerapatan. Sebaliknya orang dewasa yang masih bujang atau tidak berkahwin akan
berasa sunyi serta mengalami rasa pengasingan.

Psikologi Pendidikan HBEF2103

Generaviti lawan pemusatan kendiri ( 35-60 tahun )

Generaviti merupakan satu usaha seseorang untuk memberi sumbangan dan


perkhidmatan untuk generasi akan datang.Pada peringkat ini seseorang dewasa akan
berpuas hati jika dia dapat membantu anak-anaknya menjadi orang dewasa yang
bertanggungjawab serta berguna kepada masyarakat dan Negara. Selain iti, individu
berkenaan juga ingin membantu arang lain dalam kesusahan serta menjalankan kerja
amal.Dia gemar memberi sumbangan kepada masyarakat.Sebaliknya individu yang hanya
mementingkan diri sendiri dan tidak memberi apa-apa bantuan kepada orang lain akan
berasa kecewa dan kurang berpuas hati dengan hidupnya.

Kesepaduan lawan putus asa ( 60 tahun hingga akhir hayat )

Pada peringkat ini, seseorang dewasa akan sentiasa melakukan refleksi kendiri.Dia akan
mengingati kembali kejayaan dan kegagalan yang dialaminya pada peringkat-peringkat
awal. Jika individu itu berasa puas hati dan telah berjaya mengatasi masalah-masalah
yang dialaminya pada peringkat-peringkat awal, dia akan mencapai
kesepaduan.Sebaliknya kalau seseorang itu sentiasa menyesal tentang peluang-peluang
yang terlepas pada masa yang lalu atau gagal mengatasi masalah-masalah pada peringkat
umur yang awal, dia akan berputus asa.

Psikologi Pendidikan HBEF2103

Identiti lawan kekeliruan identiti ( 12-20tahun )


Peringkat hidup ini merupakan peringkat remaja.Ini amat penting dalam menentukan
nilai-nilai dan penjelasan identiti seseorang. Remaja agak keliru tentang tujuan dan
aspirasi diri serta harapan orang lain. Individu akan tertanya-tanya: Siapa saya
sebenarnya? Apakah yang saya inginkan ? Apakah yang boleh saya boleh ? Apakah
perhubungan saya dengan orang lain? Apakah pandangan orang lain terhadap saya?
Akibat keraguan ini, remaja akan meniru pelbagai tingkah laku orang dewasa seperti
ibubapanya, guru dan sebagainya.Pelbagai amalan, nilai dan sikap yang ditunjukkan oleh
seseorang remaja biasanya menimbulkan konflik dengan orang dewasa terutamanya ibu
bapa.Proses ini amat pahit bagi kedua-dua pihak kerana banyak konflik yang timbul.Ibu
bapa hendaklah memahami keperluan remaja agar suatu identiti diri yang sihat akan
terbentuk.Remaja yang sentiasa dihalang dalam setiap tindakannya akan membesar
menjadi seorang dewasa yang kurang berkeyakinan serta cenderung dan sentiasa
bergantung pada orang lain.Remaja sering dikaitkan dengan masalah walaupun daripada
sifat semula jadi, remaja adalah zaman yang penuh bertenaga dan mempunyai potensi diri
yang cemerlang. Masalah sosial yang membabitkan remaja hari ini benar-benar
membimbangkan.Ketidakupayaan dan kegagalan mengatasi halangan ini menimbulkan
pelbagai masalah.Mereka sedang meneroka identity yang sesuai dengan jiwa
mereka.Hubungan dengan dunia luar selain anggota keluarga kini bertambah penting dan
memainkan peranan yang besar dalam pembentukan identity.Remaja adalah golongan
yang sentiasa memerlukan bimbingan dan sokongan.Oleh itu mereka perlu dibantu
supaya tidak terkeliru dalam membuat keputusan,Menurut Steinberg ( 1987 )
perkembangan remaja melibatkan beberapa siri transisi daripada keadaan belum matang
kearah kematangan ataupun sempadan remaja.Oleh itu remaja di anggap sebagai masa
storm and stress iaitu masa bergelora dan perubahan perasaan atau mood ( G.Stanley
Hall, 1844-1924 ). Mereka mudah dipengaruhi terutamanya pada tahap perkembangan
kognitif. Ini menyebabkan remaja berhadapan dengan konflik yang hebat antara
keinginan dan peraturan masyarakat. Disini saya ingin memberikan contoh tentang satu
senario yang berlaku pada remaja sekarang iaitu salah laku seksual.Jenayah seksual
dikalangan remaja bukan lagi isu baru di negara kita.Sepuluh tahun dahulu kita mungkin

Psikologi Pendidikan HBEF2103

terkejut dan takut apabila remaja berusia 12 tahun berani membunuh orang tetapi tidak
pada hari ini. Ia seolah-olah sudah menjadi satu trend yang terpaksa dihadapi oleh seluruh
rakyat Malaysia.Sebagai seorang guru, Cikgu Rosmawar perlu mempunyai satu
penyelidikan tindakan terhadap masalah-masalah yang melibatkan personaliti pelajarpelajarnya.Ia merupakan salah satu kaedah penyelesaian masalah-masalah harian seorang
guru dalam bilik darjah.Hasley (1972 ) mentafsir tindakan penyelidikan sebagai satu
intevensi kecil dalam fungsi dunia nyata dan seterusnya pemeriksaan ke atas kesan
intervensi ituDaripada kesan penyelidikan tindakan ini sedikit sebanyak dapat
membantunya dalam menyelesaikan situasi bermasalah dan meningkatkan kesedaran
kendiri seseorang, kesedaran tentang satu-satu masalah serta juga meningkat aras
komitmen.Contohnya beliau boleh mengambil model Penyelidikan Tindakan Mc
Kernan (1988 ) sebagai satu jalan untuk di implementasi di dalam pendekatan yang bakal
di gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui penyelidikan tindakan
yang dibuat, Cikgu Rosmawar boleh memilih beberapa pendekatan yang boleh
digunakan didalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut situasi dan masalah
yang sedang dihadapi oleh pelajar-pelajar di dalam kelas.

Mengenal pasti
masalah
Mentafsir keperluan

Membuat keputusan

Membentuk hipotesis

Menilai pelan tindakan

Membentuk pelan
tindakan

Melaksanakan pelan
tindakan

Model Mc Kernan ( 1988 )

Psikologi Pendidikan HBEF2103

Dalam konteks ini Cikgu Rosmawar sebagai seorang guru seharusnya dalam langkah
pertama, berusaha untuk mengenal pasti personaliti murid dan menyediakan strategi
pengajaran yang sesuai. Seperti kata Rita dan Kenneth Dunn, if children cannot learn
the way we teach them then we must teach them the they learn.Berikut adalah beberapa
cadangan dalam pendekatan dan aktiviti pembelajaran dalam mengatasi masalah
yang disebutkan :

Pendekatan Psikomotor

Sebagai seorang guru adakan latihan permainan bagi menajamkan lagi kemahiran yang
ada pada para pelajar. Selain itu juga adakan sesi latihan olahraga dan aktiviti-aktiviti
fizikal yang lain untuk terus membina daya tenaga, daya tahan, ketangkasan dan
pergerakan cekap.Disamping itu bantu pelajar menerima bentuk tubuh badan dan
mendedahkan mereka kepada biologi tubuh badan dalam pelajaran sains atau pendidikan
jasmani dan kesihatan.

Pendekatan Kognitif

Mengadakan latihan-latihan menyelesaikan masalah bagi memperkukuhkan lagi


keupayaan pelajar menyelsaikan masalah konkrit atau abstrak. Didalam membuat
penilaian, sediakan yang mana pelajar ketika menyelesaikan masalah dikehendaki
membuat kaitan di antara satu situasi dengan situasi yang lain. Selain itu guru haruslah
memastikan soalan-soalan yang dikemukakan peringkat ini mempunyai aras kognitif
yang lebih tinggi iaitu di aras aplikasi, analisis, sintesis atau penilaian. Ini adalah perlu
untuk menggalakan perkembangan pemikiran yang analilitis dan kritis.

Perkembangan Bahasa

Apabila di dalam bilik darjah guru seharusnya memainkan peranan dalam pembentukan
sosiodarama dari semasa ke semasa bagi mewujudkan peluang bagi pelajar-pelajar
berinteraksi. Ini secara langsung akan membantu perkembangan penguasaan bahasa
pelajar-pelajar.Selain itu aktiviti kempen membaca harus diterapkan agar penguasaan
bahasa bagi setiap pelajar meningkat.

Psikologi Pendidikan HBEF2103

Pendekatan Sosioemosi

Selain itu guru juga boleh menggunakan aktiviti-aktiviti kokurikulum agar pelajar lelaki
dan perempuan dapat mempelajari cara bercampur gaul dengan sihat. Dalam pengajaran,
kendalikan kerja kumpulan agar pelajar-pelajar berlainan jantina dapat berinteraksi serta
bertukar-tukar pendapat.sebagai guru juga seharusnya kita mewujudkan peluang-peluang
bagi pelajar menikmati kejayaan dan dengan itu akan terus mengekalkan penghargaan
kendiri yang positif. Disamping itu dalam pengajaran juga haruslah mengendalikan kerja
berkumpulan agar pelajar berlainan jantina dapat berinteraksi serta bertukar-tukar
pendapat. Satu sesi kaunseling haruslah diadakan dan juga aktiviti simulasi dalam
kumpulan bagi membantu pelajar mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa.

Perkembangan rohani dan moral

Bagi meningkatkan lagi perkembangan rohani, pendidikan rohani, pendidikan agama


haruslah ditekankan.Kesedaran tentang tuhan sebagai pencipta alam semesta dan bendabenda di sekeliling terus ditegaskan. Melalui pendidikan agama, semangat sayang kepada
tuhan serta sifat taat kepada suruhan tuhan tetap akan diperkukuhkan.Selain itu pelajar
disekolah menengah terus didedahkan kepada sikap bersih, belas kasihan dan bertimbang
rasa, sikap sederhana, sikap adil, sikap berterima kasih, berbudi bahasa dan bersopan
santun, amanah, hormat menghormati dan kasih saying melalui pendidikan moral yang
disediakan.

Pendekatan estetik dan daya kreatif

Guru bolehlah mengadakan aktiviti aktiviti berunsurkan muzik bagi mewujudkan


peluang bagi pelajar menikmati dan menyertainya. Penubuhan kumpulan koir di sekolah
bagi melibatkan lebih ramai lagi pelajar dalam bidang muzik dan nyanyian. Selain itu
boleh pelajar-pelajar boleh di dedahkan dengan latihan bermain alat-alat muzik. Bagi
pelajar-pelajar yang berbakat dalam lakonan, guru bolehlah mengendalikan aktiviti drama
dan persembahan persembahan lain agar setiap pelajar dapat memperkembangkan daya
kreativiti mereka.

Psikologi Pendidikan HBEF2103

KESIMPULAN
Kesimpulannya seorang guru itu sendiri dapat membentuk dirinya menyediakan objektif
pembelajaran yang sesuai dengan setiap pelajar. Selain dari itu sumber pengajaran
dan pembelajaran yang guru sediakan dapat menarik perhatian setiap pelajar sekiranya ia
dapat di susun mengikut situasi yang sesuai tidak kira bagaimana sekali pun ciri-ciri
tingkahlaku setiap pelajar. Penggunaan strategi pengajaran pembelajaran yang sesuai
dengan perkembangan mental, jasmani dan emosi dapat meningkatkan proses
perkembangan dalam situasi bilik darjah.Setiap pendekatan yang dilakukan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sebenarnya sedikit sebanyak memberi pendedahan minda
kepada pelajar-pelajar.Contohnya seperti pendekatan psikomotor, dengan adanya mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pelajar akan dapat membina tahap
kecerdasan minda.Bagi pelajar yang menghadapi masalah tingkah laku , saya percaya ini
adalah salah satu kaedah pembelajaran yang sesuai bagi mereka mengurangkan tekanan
yang di hadapi atau dengan kata lain tempat untuk melepaskan perasaan.Apabila kita
bersenam kita secara automatik jiwa dan hati akan menjadi tenang.Dengan cara ini
pelajar-pelajar boleh meluahkan sebarang permasalahan yang dihadapinya dengan
mudah.Selain dari itu pendidikan agama dan moral harus diterapkan dalam setiap aspek
pembelajaran. Melalui pendidikan agama, pelajar akan dapat mewujudkan semangat
sayang kepada Tuhan serta sifat taat kepada suruhan tuhan tetap akan diperkukuhkan
kerana ini merupakan pertahanan kepada jiwa seseorang. Walaubagaimanapun
pendekatan sosioemosi perlu diterapkan kerana melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum
pelajar lelaki dan perempuan akan didedahkan dengan cara pergaulan yang sihat. Maka
setiap pelajar kan tahu batas-batas pergaulan masing-masing. Perkembangan bahasa perlu
bagi setiap pelajar supaya dapat membantu perkembangan penguasaan bahasa.Dengan
perkembangan tersebut pelajar akan rasa lebih yakin dan selamat untuk bertutur dengan
orang lain terutamanya guru. Untuk pendekatan estetik dan daya kreatif perlu diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Sebenarnya pelajar-pelajar yang
diketegorikan permasalahannya seperti tajuk yang dibincangkan ini kebanyakannya
mempunyai kelebihan yang terpendam.Dengan adanya pendedahan seperti ini mereka
akan rasa lebih dihargai oleh orang-orang yang berada disekitarnya terutamanya apabila
berada di sekolah.

10

Psikologi Pendidikan HBEF2103

11

Anda mungkin juga menyukai