Anda di halaman 1dari 1

Penggunaan statistik dalam bidang pendidikan memang tidak dapat dipisahkan.

Keperluan kepada para pendidik khususnya untuk pengumpulan sesuatu data adalah untuk
membuat kajian, laporan apatah lagi post-mortem. Sebagai guru di sekolah, saya kerap
menghadapi masalah dalam mengira data dengan baik. Guru di sekolah biasanya membuat
anggaran tentang keputusan peperiksaan penting seperti PMR dan SPM yang bakal diperolehi
pelajar. Bagaimana guru dapat menganggar dengan tepat atau hampir tepat keputusan PMR
dan SPM tersebut? Apakah aspek-aspek yang perlu diambil kira oleh guru sebelum membuat
keputusan terakhir dibuat? Biasanya guru akan mengambil kira pencapaian dari semasa ke
semasa pelajar tersebut seperti peperiksaan bulanan dan peperiksaan percubaan. Guru juga
perlu mengikuti perkembangan semasa pelajar khususnya masalah peribadi pelajar kerana ia
dapat mempengaruhi prestasi pelajaran pelajar. Maklumat ini boleh dibentangkan dengan
menggunakan jadual atau grafik seperti histogram atau carta pai.
Selain itu, dalam bidang pendidikan, statistik juga diguna untuk menyampaikan maklumat
dalam pelbagai situasi seperti contoh yang diberikan, statistik boleh diguna untuk
menunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaian. Maklumat ini boleh dibentangkan dengan
menggunakan jadual atau grafik seperti histogram atau carta pai. Seterusnya, jika seseorang
penyelidik ingin melihat hubungan antara dua pembolehubah, contohnya antara lama masa
belajar dengan pencapaian, kaedah statistik kolerasi boleh digunakan untuk mengira kekuatan
hubungan ini. Statistik juga boleh digunakan untuk menguji hipotesis tertentu, misalnya
menguji sama ada wujud hubungan antara lama masa belajar dengan pencapaian.
Di samping itu juga, statistik ini juga membantu saya dalam membuat refleksi dalam
memperbaiki kelemahan saya di dalam pengajaran dan pembelajaran. Malahan pelajar-pelajar
saya juga dapat mengetahui perkembangan mereka dari segi pencapaian sebaik sahaja mereka
selesai menjalani ujian dan peperiksaan.
Kesimpulan yang boleh saya buat adalah jelas menunjukkan kepentingan statistik itu bukan
sekadar pengetahuan, bahkan banyak membantu tugas-tugas guru dan menjalani kajian
tindakan di dalam tugas professional mereka. Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai