Anda di halaman 1dari 7

EDG4212: SUBSTANCE ABUSE & ADDICTION

MODEL-MODEL PENAGIHAN
M odel

Konsep Asas

Penerangan dan Contoh

Biopsychosocial

Melihat tingkahlaku bermasalah sebagai hasil


daripada 3 penyebab utama iaitu biologikal,
psikologikal & sosial, di samping interaksi kompleks
ketiga-tiganya.

Model ini mencadangkan bahawa bukan satu faktor yang menyebabkan


penagihan tetapi kombinasi beberapa faktor, namun satu faktor (cth: biologikal)
boleh mendedahkan seseorang individu kepada penagihan, kemudiannya satu
faktor lain (cth: sama ada faktor psikologikal atau sosial) mencetus kepada
penagihan.

Faktor biologikal: gen yang mengawal metabolism, gen yang mempengaruhi


sistem neurobiologikal, neurotransmisi.
Faktor psikologikal: proses kognitif, keadaan afektif (emosi dan perasaan)
Faktor sosial: kelompok/kumpulan, budaya, komuniti, kejiranan.
Problem Behavior Theory

Mencadangkan
bahawa
tingkahlaku
devian
memuaskan fungsi psikososial remaja. Penglibatan
dalam tingkahlaku bermasalah ialah fungsi kepada
problem proneness, hasil daripada interaksi
personaliti, tingkahlaku, dan tanggapan sistem
persekitaran, yang boleh berperanan untuk mencegah
atau memulakan tingkahlaku risiko.

Tingkahlaku bermasalah memuaskan banyak fungsi psikososial remaja,


contohnya paparan penentangan kepada norma dan nilai konvensional, cara
untuk menangani perasaan atau pengalaman negatif, menggambarkan kesatuan
kumpulan, sebagai pengesahan identiti, simbol peralihan kepada status dewasa,
dan sebagai penegasan nilai-nilai bukan konvensional.

Sistem personaliti: mengandungi 3 struktur motivasi/pemula, kepercayaan


personal, dan kawalan personal.
Sistem tingkahlaku: prososial/konvensional dan antisosial/penyertaan aktiviti
bermasalah.
Tanggapan sistem persekitaran: pengaruh faktor distal dan proximal terhadap
tanggapan individu terhadap persekitaran sosial-psikologikalnya (faktor jauh
atau dekat seseorang itu dengan dadah).


Stage modeling

2
Perkembangan masalah penggunaan/penyalahgunaan
dadah seseorang individu boleh dibahagikan kepada
beberapa tahap.

Tahap pertama: individu berada dalam fasa persediaan di mana faktor


sosioekonomi, personaliti, keluarga, dan rakan sebaya amat berpengaruh.
Faktor neurobiologikal boleh juga memainkan peranan.
Tahap kedua: individu mungkin mencuba dadah. Faktor operatif utama adalah
pengaruh sosial rakan sebaya. Faktor lain ialah dadah mudah diperolehi dan
selamat.
Tahap ketiga: individu memasuki fasa mencuba/eksperimen. Jangkaan hasil,
tabiat penggunaan, peneguhan fisiologikal dan pengalaman dalaman
berkaitan dadah akan terbentuk.
Tahap keempat dan kelima: menjadi pengguna dadah regular. Peneguhan
fisiologikal, identiti sebagai penagih, proses kognitif otomatik mempengaruhi
pengambilan dadah.

PACE stage model

Mencadangkan bahawa perkembangan corak


tingkahlaku penggunaan dadah disebabkan oleh 4
pembolehubah

pragmatic,
attraction,
communication, dan expectation (PACE).

Pragmatic:
berfungsi
mengesan
sama
ada
individu
boleh
mendapatkan/memperolehi dadah dan menggunakannya secara regular atau
tidak.
Attraction: daya tarikan kepada dadah mungkin hasil daripada jangkaan
individu tersebut bahawa dadah boleh mengembalikan keseimbangan fungsi
emosinya. Ia juga melibatkan keselesaan kepada rangsangan dadah, konteks
pengunaan dadah, dan kesan dadah.
Communication: melibatkan keselesaan interaksi seseorang mengenai dadah
semasa di bawah pengaruh dadah atau tidak.
Expectation: jangkaan atau kepercayaan individu terhadap keupayaan dadah
menyediakan penyelesaian dan bantuan kepadanya meneruskan hidup dengan
selesa masa kini. Jangkaan akan berterusan terbentuk dan berkembang selagi
penggunaan dadah berterusan.

2013 Mohd Rafidi bin Jusoh


Transtheoretical M odel of
Behavioral Change (TTM )

3
Menerangkan
bagaimana
seseorang
individu
membina (creating), mengubahsuai (modify) dan
menghentikan (stop) sesuatu tingkahlaku penagihan
dalam empat dimensi iaitu tahap-tahap perubahan,
proses-proses perubahan, penentu-penentu perubahan
dan konteks perubahan.

Tahap-tahap perubahan: mengandungi 5 tahap perubahan yang akan dilalui


individu iaitu precontemplation (tidak mempunyai minat atau niat untuk
berubah), contemplation (membuat pertimbangan untuk berubah),
preparation (membuat persediaan untuk berubah), action (mengambil
tindakan untuk berubah, dan maintenance (mengekalkan perubahan).
Proses-proses perubahan: corak pengalaman dan aktiviti dalaman dan luaran
yang menyebabkan seseorang itu bergerak dari satu tahap ke tahap lain dalam
perubahan. Terdapat 10 proses perubahan yang dibahagikan kepada 2
peringkat iaitu proses-proses kognitif/ experiential dan proses-proses
tingkahlaku.
Penentu-penentu perubahan: mengandungi 2 penentu iaitu keputusan
berimbang (pro dan kontra untuk berubah) dan keupayaan kendiri (keyakinan
individu melakukan sesuatu tingkahlaku).
Konteks perubahan: mengenalpasti 5 situasi yang boleh memudah atau
menyukarkan perubahan, iaitu situasi kehidupan masa kini, kepercayaan dan
sikap, hubungan interpersonal, sistem sosial, dan ciri-ciri personaliti yang
masih ada.

2013 Mohd Rafidi bin Jusoh


M edical model

4
Juga dikenali Disease Model, mencadangkan
penagihan adalah penayakit (sama seperti penyakit
lain), dan bukan simptom kepada masalah psikologi
atau fizikal. Ia kronik, progresif dan boleh membawa
maut jika tidak dirawat. Penyakit ini tidak boleh
disembuhkan, tetapi boleh diurus dengan selamat
seperti mana penyakit diabetes atau penyakit kronik
lain.

Dengan andaian bahawa penagihan adalah satu penyakit, mana-mana masalah


yang berkaitan dengan penagihan adalah kesan/hasil daripada penyakit
penagihan, bukan punca kepada penagihan. Model ini menggariskan empat
tahap perkembangan penyakit penagihan:

Contact: individu mula mengenali dadah, guna dadah. Guna dadah untuk urus
kehidupan, pergantungan secara psikologikal, tiada gejala pengunduran.
Prodromal: berlaku toleran dan bergantung secara fizikal. Individu hilang
kawalan.
Crucial: keadaan hilang kawalan makin teruk dan gagal berhenti. Fizikal dan
psikologikal individu makin merosot, hidup dipenuhi konflik, dan
penggunaan sukar dihentikan/akan berterusan.
Chronic: kehidupan individu terpisah daripada dunia luar, buang aktiviti sosial,
singkir keluarga, hilang kerja, ditahan (penjara/pusat pemulihan) dan sering
berhadapan masalah undang-undang. Sebahagian akan mati, hit bottom, atau
tekad melakukan apa saja untuk berubah.

2013 Mohd Rafidi bin Jusoh


Family system model

5
Perkembangan
penagihan
dianggap
bermula
daripada keluarga sebagai sebuah sistem. Ini kerana
sesebuah keluarga akan dipenuhi dengan interaksi
rumit berkaitan hubungan, biologi, nilai, kepercayaan,
tindakan dan emosi.

Model ini mengandaikan bahawa tingkahlaku penagihan individu (kanakkanak/remaja) mungkin berpunca daripada:
(1) dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai penagih (ibu atau bapa
atau kedua-duanya penagih, atau ahli keluarga yang menagih) model
dan coping;
(2) dibesarkan dalam keluarga yang tidak berfungsi (dysfunctional)
penafian, pengabaian, penderaan dll menjadi perkara biasa;
(3) dibesarkan dalam peraturan keluarga yang tidak rasional bagi
mengekalkan keamanan dalam keluarga menafikan masalah,
komunikasi yang teruk;
(4) peranan yang dimainkan anak-anak dalam mengekalkan keseimbangan
keluarga hero, mascot, lost dan scapegoat ;
(5) dibesarkan dalam keluarga yang menjadikan penggunaan dadah
sebagai budaya atau norma.

2013 Mohd Rafidi bin Jusoh


Islamic perspective

6
Islam memandang berat perbuatan yang merosakkan
diri dan orang lain (termasuk binatang dan alam
sekitar), dan perbuatan ini adalah haram di sisi Islam.
Penagihan merupakan antara perbuatan yang
merosakkan diri dan orang lain. Walaupun tiada
istilah khusus dadah digunakan dalam al-Quran
mahupun hadis Nabi (S.A.W), para ulama sepakat
mengatakan bahawa dadah adalah termasuk dalam
kategori khamar, yang bermaksud segala sesuatu
yang memabukkan.

Bukti dalil/nas mengenai pendirian Islam ini adalah seperti berikut:


(1) al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 219, maksudnya
Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah:
Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi
manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.
Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan.
Katakanlah: Yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah
menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir.
(2) al-Quran, surah an-Nisa, sebahagian ayat 43, maksudnya
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati solat ketika
kamu dalam keadaan mabuk sampai kamu sedar apa yang kamu
ucapkan, dan .
(3) al-Quran, surah al-M aidah, ayat 90, maksudnya
Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya meminum khamar,
berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan
anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan.
Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu berjaya.
(4) hadis Rasulullah S.A.W , yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim
Setiap yang memabukkan adalah khamar, dan setiap yang
memabukkan adalah haram
(5) hadis Rasulullah S.A.W , yang diriwatkan oleh Termizi dan Ibnu
Majah
Rasulullah s.a.w melaknat tentang khamar, sepuluh golongan,
pembuatnya,
pengedarnya,
peminumnya,
pembawanya,
pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya,
pembelinya, dan pemesannya.

2013 Mohd Rafidi bin Jusoh

7
(6) fatwa, Al Sheikh Hasanin Mahkluf dalam bukunya Fatwal Al-Syariiyah, mengatakan bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi
penggunaan, pemberian dan membuat jalan perniagaan (ms. 184)

2013 Mohd Rafidi bin Jusoh

Anda mungkin juga menyukai