Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi membina dan
menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan agama sebagai
proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan diri dalam apa
jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di dalam program
ini adalah berteraskan kepada Prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekali
gus menjadi asas pembentukan rakyat dan menjadi tonggak pembinaan sesebuah negara
bangsa.
Program Bina Insan Guru kali ini seperti yang dinyatakan di dalam proforma kursus
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah mengadakan satu lawatan
penanda aras selama sehari, dalam tempoh yang diperuntukkan iaitu sepuluh jam ke
sebuah sekolah pilihan tetapi perlulah mempunyai cirri-ciri dan diiktiraf sebagai sekolah
kluster, sekolah bestari, sekolah harapan Negara dan yang terbaru sekali ialah sekolah
berprestasi tinggi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan
kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan sekolah, penerapan budaya-budaya
cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan semasa mengajar di sekolah
kemudian hari.

2.0 OBJEKTIF
Objektif program BIG Fasa 5 adalah seperti berikut:
Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kepimpinan dan
pelaksanaan sesuatu organisasi.
Mengenali dan menilai potensi diri insan guru
Membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap perguruan
Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti
Mengamalkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab.
Memahami realiti dan bertanggungjawab seorang guru.
Setelah selesai program dan hasil refleksi bersama mendapati kesemua objektif pada
kali ini tercapai dengan jayanya. Ia berikutan dengan hasil yang ditunjukkan oleh semua guru
pelatih.

3.0 PELAKSANAAN PROGRAM

LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM

PERKARA

BUTIRAN

a) Nama Program/ Aktiviti

BINA INSAN GURU FASA V

b) Tarikh Program/ Aktiviti

7 dan 17 September 2015

c) Tempat Program/
Aktiviti

1. Dewan TSSK, IPG Kampus Keningau


(Ceramah bersama Encik Agus bin Yanul)
2.

SK Lingga Baru Tamparuli Sabah

(Lawatan Benchmarking)
d) Penganjur

UNIT KOKURIKULUM

UNIT KOKURIKULUM

PISMP GSTT BM KUMP 2 (21 Orang Pelajar)


07 September 2015- Isnin
Pada tarikh 6 September 2015, seramai 63
orang pelatih bersedia mendengar sesi ceramah
selama

tiga

jam.

Ceramah

pada

kali

ini

disampaikan oleh Encik Agus Yanul bertempat di


Dewan Tan Sri Suffian Koroh, IPG Kampus
Keningau.

Penceramah

merupakan

Pegawai

Cemerlang SICC+ yang bertugas di Pejabat


f) Ringkasan Perjalanan Program
(Rumusan mengikut tentatif keseluruhan
program)

Pendidikan Daerah Keningau.


Sepanjang tempoh tiga jam mendengar
ceramah

yang

bertajuk

Professional

Seorang

Guru.Setelah sesi ceramah berlangsung kami


diberikan bengkel atau lebih dikenali sebagai i-think
stesen yang meminta kami menjawab persoalan
yang menggunakan i-think map dan meminta kami
menerangkan setiap apa yang kami peroleh. Kami
selesai tepat jam 5.30 petang.
17 September 2015- Khamis
Pada tarikh 17 September 2015, pelatih PISMP
GSTT Bahasa Melayu seramai 21 orang telah

bergerak ke SK Lingga Baru Tamparuli. Pelepasan


telah dijalankan oleh Pn. Bawani a/p Sincaroo pada
jam 5.15 pagi.
Perjalanan ke Tamparuli memakan masa selama 4
jam dan kami tiba pada pukul 10 pagi kerana
kesesakan lalu lintas di Bandaraya Kota Kinabalu.
Setelah tiba di Tamparuli, kami kemudiannya
bergerak ke SK Lingga Baru dengan menaiki bas
mini yang telah dicarter.
Apabila tiba di sana, kami disambut dengan tarian
asli suku kaum dusun yang ditarika oleh murid SK
Lingga Baru Tamparuli. Setelah itu, tepat jam 11. 00
pagi, kami kemudiannya melawat sekitar kawasan
sekolah

yang

memperlihatkan

keunikan

yang

terhadap sekolah tersebut.


Tepat jam 11.45 pagi, kami diberikan taklimat
penuh mengenai program oleh En. Juan bin Nauli
selaku Guru Besar Cemerlang. Dalam taklmat
beliau ada berkongsi mengenai kepimpinan dan
pengurusan sekolah bagi mencapai matlamat kea
rah sekolah berprestasi tinggi. Setelah sesi taklimat
selesai, berlangsung sesi soal jawab di antara
pihak sekolah dan pihak IPG.
Kemudian pada jam 12.30 tengah hari majlis
penutupan program berlangsung di Dewan Terbuka
SK Lingga Baru. Sekali lagi kami dihidangkan
dengan persembahan muzik bamboo daripada
murid sekolah. Pihak sekolah mengatakan bahawa
Persatuan Muzik sekolah ini telah sampai ke
peringkat antarabangsa iaitu di Perth Australia.
Selesai acara rasami penutupan kami kemudiannya
disajikan dengan hidangan makan tengahari. Tepat
jam 1.00 petang kami bergerak semula ke Pekan
Tamparuli.

g) Kos Perbelanjaan (RM) (sertakan


bersama Penyata Perbelanjaan jika ada)

h) Masalah/ kekangan yang dihadapi

: Ditanggung oleh pihak IPG

Program Bina Insan Guru pada kali ini juga

mempunyai

sedikit

sebanyak

kekurangan.

Antaranya, kekurangan yang amat ketara dapat


dilihat seperti pengurusan masa yang tidak teratur
oleh pelatih yang menyebabkan beberapa aktiviti
agak lewat dimulakan, dengan kata lain, tidak
menepati jadual yang sepatutnya. Selain itu,
terdapat juga beberapa pelatih yang tidak boleh
menerima pendapat orang lain dan interaksi
dengan ahli kumpulan kurang bagi pelatih yang
tidak mempunyai sosialisasi dengan pelatih lain.
Kurangnya

kerjasama

semasa

aktiviti

berlangsung dalam kalangan guru pelatih. Hal ini


berikutan daripada kekangan dari segi persediaan
i) Kelebihan / Manfaat program kepada

dan persiapan.
Program Bina Insan Guru yang telah

peserta

dilaksanakan terdapat juga beberapa kekuatan


antaranya, ialah dapat mengeratkan hubungan
silaturahim diantara semua pelatih dan juga para
pensyarah sekaligus warga SK. LIngga Baru,
Tamparuli. Selain itu, dengan program ini juga
dapat mewujudkan kerjasama diantara semua
pelatih

dimana

mereka

berkerjasama

dalam

kumpulan dan dapat mewujudkan sikap yang


bertanggungjawab.

Tambahan

lagi,

dengan

program ini juga dapat meningkatkan motivasi serta


keyakinan diri pelatih dalam melaksanakan sesuatu
perkara.
Selain itu juga, program ini juga dapat
memberi kesedaran diri tentang tugas guru yang
agak mencabar dalam abad 21 kini, Guru abad 21
yang perlu bersedia dari segi mental dan fizikal

untuk

memikul

tugas

dalam

merealisasikan

tranformasi pendidikan yang lebih berkesan.


Sehubungan

dengan

itu

juga,

melalui

program ini juga dapat menambahkan pengalaman


sedia ada dalam melaksanakan tugasan dan dapat
berjumpa dengan pucuk pimpinan yang telah
menjadikan sekolah lebih diiktiraf di peringkat yang
lebih tinggi. Tambahan lagi, program ini dapat
memupuk setiakawan antara semua pelatih dan
sentiasa bersedia dalam setiap masa serta kreatif
dalam

merancang

berkaitan.
Bagi
j) Cadangan penambahbaikan program

segala

aktiviti-aktiviti

penambahbaikan

yang

yang
dapat

dicadangkan agar program BIG di masa akan


datang dapat dilakukan di tempat yang lebih
mencabar

bagi menguji

kemampuan peserta.

Pengurusan dan pengelolaan program perlulah


lebih teratur dan tersusun supaya perjalanan
program berjalan lancar. Selain itu, pelatih perlulah
dimaklumkan lebih awal mengenai perjalanan
aktiviti supaya dapat bersedia lebih awal dan
peraturan disiplin perlu ditingkatkan lagi supaya
peserta dapat mematuhinya setiap masa.

Disediakan oleh

Nama

: NORAINASAFILA BINTI MUSA

Jawatan

: AJK PENGANGKUTAN BIG FASA 5

Tarikh

: 23 SEPTEMBER 2015

REFLEKSI BIG FASA 5


Nama

: NORAINASAFILA BINTI MUSA

No.K.P

: 870910-49-6164

Opsyen

: PISMP GSTT BAHASA MELAYU KUMP. 2

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga
saya mengikut semua aktiviti semasa Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 yang telah diadakan di

IPG Kampus Keningau, (sesi ceramah), dan Sekolah Kebangsaan Lingga Baru, Tamparuli,
Sabah pada 17 September 2014.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih
tentang pengurusan sekolah, penerapan budaya-budaya cemerlang di sekolah berkenaan
untuk dijadikan panduan semasa mengajar di sekolah kemudian hari.

Melalui perbincangan dengan setiap pelajar kelas PISMP PK/PJ 02 serta


persetujuan daripada pensyarah, kami telah memilih Sekolah Menengah Sultan Abdul
Halim, Jitra Kedah atau lebih dikenali dengan singkatan nama SEMSAH. Sekolah ini telah
menjadi pilihan kami sekelas kerana ia telah dicadangkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal
Pelajar IPG kampus Darulaman. Sekolah ini dicadangkan kerana baru-baru ini ia telah
diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi
Tinggi. Selain itu, faktor jarak juga diambil kira dimana jarak IPG kampus Darulaman terletak
berhampiran dengan Sekolah tersebut. Hal ini diambil kira kerana pada ketika kertas kerja
bagi Program Bina Insan Guru ke-5 ini diusulkan kepada pihak pentadbiran, kami digalakkan
untuk mengamalkan dasar penjimatan dimana ia meliputi kos perbelanjaan minyak
kenderaan bas IPG dan permohonan terhadap barang-barang di Setor utama.
Selain faktor yang telah dinyatakan di atas, sekolah tersebut kami pilih kerana ia
merupakan sebuah sekolah yang terbilang dan elit bukan sahaja di dalam negei Kedah
malahan pada pperingkat kebangsaan. Ia cemerlang dari segi akademik dan ko-kurikulum
yang mana membuatkan kami tertarik dan berfikir faktor-faktor yang menyumbang kepada
kecemerlangan sekolah tersebut.
Bagi menjayakan program ini, saya telah dilantik sebagai setiausaha program. Mulanya
saya tidak bersetuju kerana faham akan cabaran dan tugas berat yang terpaksa dipikul
sebagai seorang setiausaha. Akan tetapi, setelah dilantik maka saya pasrah dan terima dan
menganggapkannya sebagai satu pengalaman berharga yang mungkin berguna semasa di
sekolah kelak. Sebagai setiausaha, saya telah menyiapkan kertas kerja bersama naib
setiausaha iaitu Nurulain Fazillah di mana ia dipersetujui dan diluluskan oleh mentor kami
iaitu Pn Harlina Bt. Haji Ishak, Ketua jabatan Jabatan hal Ehwal Pelajar, Pelajar En Ahmad
Sukri Bin Mustafa, Ketua jabatan Jabatan Pendidikan Khas, Haji Abdul Rahim B. Haji
Marzuki, Pegawai Ekserkutif Kanan, En Padri Bin Ahmad, Timbalan Pengarah IPGM
Kampus Darulaman En Shaari Bin Osman dan Pengarah IPGM Kampus Darulaman, Tn Hj
Roslan Bin Abd. Hamid.

Dalam pada itu, saya dan naib setiausaha telah menyiapkan surat ke Pengetua Sekolah
Menengah Sultan Abdul halim dan surat permohonan kebenaran untuk melaksanakan BIG
kepada tuan pengarah. Selain itu, sebelum kami melaksanakan Program Lawatan Penanda
Aras, saya bersama-sama pengerusi program beserta naib pengerusi turut melakukan
perbincangan dengan pengetua sekolah bagi menyatakan hasrat kami untuk melaksanakan
program Bina Insan Guru disekolahnya selain menentukan tarikh yang sesuai. Melalui
tugasan kali ini, kerja-kerja dan tanggungjawab sebagai setiausaha saya akui amat berat,
namun ia banyak mendedahkan saya dengan tugasan yang melibatkan pengurusan serta
perancangan dimana perkara-perkara seperti ini sendiri amat ditekankan dalam program
Bina Insan Guru kali ke-5.

Lawatan kami telah diadakan pada 4 Mac 2010 dan kami telah merancangkan tiga
sesi sepanjang lawatan disekolah tersebut. Pada sesi pertama dan sesi kedua yang
dijalankan di Bilik persidangan, sesi yang dijalankan lebih berbentuk taklimat dan
penerangan daripada pihak sekolah iaitu tentang aspek-aspek kepimpinan, pengurusan
sekolah yang meliputi visi dan misi sekolah serta cara sistematik yang dilaksanakan oleh
pihak sekolah sehingga mandapat pengiktirafan yang tertinggi dalam pencapaian sesebuah
sekolah setakat ini. Selain itu, penerangan tentang iklim serta budaya sekolah turut menjadi
isi penerangan daripada pihak sekolah. Setelah mendengar penerangan daripada pihak
guru kanan sekolah maka sesi kami disusuli dengan sesi bersoal jawab diantara pihak
pelajar IPG kampus Darulaman dengan pihak sekolah.
Akhir sekali kami akhiri lawatan kami dengan sesi melawat sekitar kawasan sekolah. Antara
kawasan yang dilawati ialah pusat sumber sekolah, kawasan kantin sekolah yang unik
kerana berbentuk y jika dilihat dari pemandangan udara, kawasan asrama sekoah yang
bersih, Balai Adiwarna serta bilik muzik.

KELEBIHAN/ KEKUATAN
Sepanjang satu hari kami di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, banyak yang telah kami
pelajari, antaranya membahagikan tugasan kepada setiap peserta program Bina Insan Guru
kali ke-5 ini. Saya bersama-sama pengerusi dan naib pengerusi program telah ke sekolah
tersebut bagi menemuramah pengetuanya dan dalam sesi temuramah tersebut kami telah
memfokuskan topik perbincangan kepada tiga aspek penting iaitu ciri-ciri kepimpinan beliau
dalam pentadbiran sekolah, bagaimana keadaan sekolah yang kondusif diwujudkan dan
bagaimana beliau membentuk iklim sekolah yang mesra budaya. Melalui temuramah yang

dijalankan, banyak ilmu-ilmu baru mengenai kepimpinan dan pentadbiran yang telah saya
pelajari.
Melalui temuramah ini juga, saya dapati pengetua sekolah tersebut iaitu Haji Ahmad B. Haji
Din merupakan seorang pengetua yang suka merendah diri. Beliau menyatakan bahawa,
sebarang perubahan dan budaya kecemerlangan yang diterapkan di sekolah tersebut
adalah sama seperti sekolah-sekolah yang lain, tiada banyak perbezaan dilakukan. Namun,
beliau amat menekankan disiplin di sekolah tersebut. Bukan sahaja murid-murid perlu
berdisiplin malahan guru-guru juga tidak terkecuali. Beliau juga mencipta sebuah program
disiplin- program bersih yang meliputi aspek fizikal, mental, pertuturan, tingkah laku dan
persekitaran bagi memastikan aspek disiplin dipandang serius.
Semasa melakukan lawatan ke SEMSAH antara kelebihan lain sekolah tersebut selain
daripada faktor disiplin, faktor guru-guru juga telah menyumbang kepada pengiktirafan
sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi. Faktor tersebut ialah faktor guru-guru.
Kebanyakan guru-guru di sekolah ini sangat komited terhadap kerjaya mereka dan sanggup
berkorban untuk memastikan pelajar-pelajar mereka berjaya. Malah di sekolah ini terdapat
program Caring Teacher dimana mereka ini menjiwai watak sebagai ibu bapa kepada
pelajar. Mereka juga sanggup datang untuk memberikan tunjuk ajar pada waktu malam
meninggalkan anak dan keluarga di rumah dan mereka ini tidak mengharapkan sebarang
balasan, cukuplah jika dapat mengetahui pelajar-pelajar telah berjaya melanjutkan pelajaran
di luar negara dan mendapat keputusan cemerlang. Saya turut berasa kagum kerana
apabila ditanya kepada para guru, mereka menyatakan mereka tidak menginginkan gaji
lebih atau sebarang elaun tambahan tetapi melakukannya diatas rasa tanggungjawab untuk
melihat anak bangsa berjaya.
Kelebihan seterusnya ialah faktor penerapan budaya-budaya cemerlang ke atas pelajarpelajar di sekolah tersebut.contohnya dari aspek akademik iaitu program Kawan Bestarikan
Kawan (KBK). Melalui penerangan yang diberikan semasa lawatan dijalankan di sekolah
tersebut, guru kanan sekolah telah memberitahu tentang program ini dimana pelajar yang
cemerlang akan membantu kawan mereka yang lemah. Mereka akan mengadakan kelas
seawal 6.45 pagi di tapak perhimpunan atau di kelas-kelas bagi memastikan kecemerlangan
adalah milik setiap pelajar. Bukti hasil program ini dapat dilihat apabila sekolah tersebut
selalunya akan terpilih sebagai sekolah yang cemerlang PMR setiap tahun serta mendapat
pengiktirafan taraf lima bintang oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
KELEMAHAN
Antara kelemahan yang dapat dilihat pada Program Bina Insan Guru kali ke-5 ini
ialah dari aspek peruntukan masa. Masalah yang kami hadapi ialah peruntukan yang diberi

selama 10 jam tidak mencuupi bagi kami untuk mendapatkan maklumat keseluruhan
tentang Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim yang berguna kepada kami.
Selain itu, sekolah yang menjadi pilihan kami ini ialah sekolah pada peringkat
menengah. Kami sepatutnya memilih sekolah rendah untuk menjalankan program BIG ke-5
ini kerana ia akan lebih membantu dan menepati konteks kami yang akan mengajar di
sekolah rendah.

LAMPIRAN
SESI CERAMAH BIG BERSAMA ENCIK AGUS YANUL

AKTIVITI SEPANJANG BENGKEL

LAWATAN BENCHMARKING BINA INSAN GURU SK. LINGGA BARU, TAMPARULI


PELEPASAN OLEH PUAN BAWANI A/P SINCAROO

KETIBAAN DI TAMPARULI

KETIBAAN DI SK LINGGA BARU TAMPARULI

PROGRAM BENCHMARKING YANG BERLANGSUNG

AKTIVITI SEPANJANG BENGKEL

5.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program BIG pada kali ini dijalankan dengan lancar dan
juga telah menepati lima objektif yang telah digariskan di awal program dimana ia bertujuan
untuk membentuk insan guru yang sempurna. Aktiviti ini merupakan kaedah yang baik untuk
membentuk insan guru yang seimbang yang memberikan pengalaman yang baharu serta
memberi banyak manfaat. Ternyata latar belakang hidup semua masyarakat akan
memebrikan kesan terhadap pendidikan anak-anak di sekolah.
Semua pengalaman dan pengetahuan yang diperloehi akan diaplikasikan agar
menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Ikatan terjalin semasa aktiviti BIG ini
bukan sahaja sesama rakan bahkan sesama ahli keluarga angkat yang sehingga kini tidak
lekang dari bertanya khabar. Kerjasama yang baik tidak akan memberikan input dan
pengalaman yang manis oleh itu kerjasama inilah yang perlu dipupuk apabila berada di
sekolah kelak.
Oleh itu, untuk memanusiakan manusia bukanlah perkara mudah. Perkara utama
adalah melihat latar belakang murid. Kepelebagaian latar belakang ini akan memberi
cabaran kepada guru untuk lebih melihat ke hadapan untuk membantu mereka yang masih
berada di kepompong hidup yang susah. Mememtik kata-kata Saidina Ali Didiklah anakmu
sesuai dengan zamannya, dengan kata-kata ini maka untuk mendidik perlu sesuai dengan
perubahan zaman dan sosiologi.

Anda mungkin juga menyukai