Anda di halaman 1dari 1

Rumusan

Sebagai rumusan bagi temubual bersama dengan majikan Swissland encik


Yong Kok Boon, saya dapati bahawa beliau berpotensi untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya tetapi beliau terlalu terkongkong dan sentiasa stress di
bawah masalah yang banyak. Pada pendapat saya, beliau kelihatan seorang yang
pesemis dan sikap beliau yang berupa o, ini susah, banyak masalah, mustahil untuk
dicapai yang menghalang beliau menjadi seorang usahawan yang bertaraf lebih
tinggi.
Walaubagaimanapun, saiz bisnes beliau merupakan bisnes yang agak besar
sekiranya skalanya terhad kepada kawasan bandaraya Alor Setar sahaja. Dengan
adanya pelanggan yang datang dari pelbagai arah, termasuk kawasan Perlis, dan
Pulau Pinang (catering), sudah tentu keenakan hidangan di restoran beliau boleh
diiktiraf. Bukan begitu sahaja, pelanggan beliau meliputi kaum yang lain, iaitu kaum
India dan kaum Melayu, disebabkan makanan restoran beliau adalah hala.
Tambahan lagi, restoran beliau pernah dilawati oleh rancangan televisyen Jalanjalan Cari Makan, sudah tentu terdapat sesuatu yang istimewa dalam restoran
beliau yang dapat menarik perhatian rancangan televisyen tersebut untuk
mengunjung ke restoran beliau.
Walaubagaimanapun terdapat juga sedikit sebanyak sifat keusahawanan
yang terdapat dalam personaliti encik Yong. Iaitu beliau mampu berinovatif dengan
menggunakan Facebook sebagai media pengiklanan utama beliau. Meskipun beliau
sudah tua dan tidak mendapat pendidikan yang tinggi sejak kecil, namun beliau rajin
belajar teknologi yang baru. Selain itu, beliau juga mengambil inisiatif untuk
mengsegmentasikan bisnes beliau dengan penubuhan cabangan catering selain
bisnes restoran beliau sendiri. Hal ini merupakan satu ciri usahawan yang penting
yang ada pada diri beliau.

Anda mungkin juga menyukai