Anda di halaman 1dari 2

SEMINAR KEUSAHAWANAN

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan telah menganjurkan satu program yang
mewajibkan semua pelajar yang mengambil subjek keusahawanan (BPK 20802) pada
semester ini untuk menghadirinya. Program tersebut dinamakan seminar keusahawanan.
Pelajar yang diwajibkan bukan sahaja dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
tetapi juga pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar. Program seminar
tersebut berlangsung selama 8 jam bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 5 petang. Program ini
juga bertempat di Dewan TII, UTHM. Hal ini kerana dewan tersebut mampu menampung
jumlah pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Pengurusan Teknologi.
Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dimana pelajar perlu melakukan sesi
pendaftaran dan mengambil tempat masing-masing. Pada jam 8.45 pagi program perasmian
berlangsung. Pada jam 9 pagi semua ahli diberikan minum pagi dan di beri masa untuk
bersarapan selama setengah jam.
Tepat jam 9.30 pagi ceramah dan forum keusahawanan bermula. Ceramah dan forum
keusahawanan ini terbahagi kepada 2 sesi. Pada sesi pagi ianya membincangkan 3 topik
utama iaitu topic satu adalah Dasar Keusahawanan IPTA yang dibincangkan oleh wakil
Kementerian Pendidikan Malaysia. Topik yang kedua adalah pengkongsian pengalaman
daripada usahawan yang Berjaya iaitu pengusaha beras Faiza. Wakil dari syarikat Faiza telah
hadir dan berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman bagaimana syarikat Faiza
berkembang dan Berjaya. Topik yang terakhir pada sesi pagi adalah juga perkongsian
pengalaman usahawanan yang Berjaya tetapi daripada alumni UTHM. Kemudian, sesi yang
terakhir adalah sesi dialog daripada pelajar yang ingin bertanyakan sebarang pertanyaan
kepada penceraman jemputan. Forum bagi sesi pagi berakhir pada jam 12.30 dan ahli
diberikan makanan tengah hari.

Bagi menyampaikan ceramah dan forum keusahawanan ini beberapa penceramah


telah dijemput antaranya ialah En. Mohd Nzirul Abd Majid, En. Mohd Ismail b Mohd, Tuan
Hj Ahmad bin Abd Rahman, Dr. Wan Fauziah B Wan Yusuf dan En. Farizul Amin b Anuar.
Ceramah dan Forum sesi petang bersambung pada jam 2 petang. Pada sesi petang
beberapa penceramah dari syarikat yang terkemuka berkongsi pengalaman mereka dalam
mengendalikan usahawan syarikat mereka. Ceramah pertama bermula dengan penceramah
dari SME Corperation, Ceramah kedua daripada penceramah Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani. dan ceramah yang terakhir dari penceramah dari PUNB. Kemudian sesi
petang di akhiri dengan sesi dialog daripada ahli.
Pada sesi petang juga penceramah dari Majlis Amanah Raya (MARA) iaitu Ahmad
Nazirul B Abd Majid telah memperkenalkan serba sedikit fungsi MARA yang berperanan
untuk membangunkan usahawan terutama pelajar IPTA dan IPTS yang berdaya maju,
berdaya tahan dan berdaya saing selaras dengan matlamat. Program Keusahawanan MARA.
Selain itu MARA menyediakan kemudahan khidmat nasihat perniagaan bagi mengukuh dan
meningkatkan keupayaan usahawan dan perniagaan.
Daripada keseluruhan seminar yang dianjurkan ini, objektif utama yang dapat dicapai
adalah untuk mendedahkan pelajar tentang pekerjaan yang terdapat dalam pelbagai sector
perniagaan dan sekaligus menarik minat pelajar untuk menceburkan diri dalan sector
perniagaan. Antara objektif lain adalah meningkatkan kesedaran keusahawanan serta keboleh
pasaran mahasiswa dalam pelbagai sector. Selain itu, bagi melahirkan mahasiswa yang matap
dari segi pengetahuan dan pengenalan mengenai alam perniagaan berbanding pekerjaan
Pemilihan terhadap bidang keusahawanan yang kita mahu ceburi juga perlu diteliti.
Penyelidikan perlu dilakukan sebelum menetukan bidang tersebut. kita tidak boleh hanya
memilih bidang secara ikut-ikutan sahaja hanya melihat kejayaan orang lain dalam bidang
tersebut tanpa mengetahui selok belok bidang tersebut.

Anda mungkin juga menyukai